34
Great mind thinks BIG (GIG) MAKTAB RENDAH SAINS MARA PDRM KULIM TARIKH 7, 8, 9 MAC 2014 TEMPAT MAKTAB RENDAH SAINS MARA PDRM KULIM ANJURAN PERSATUAN MAHASISWA/I PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (PERSIAP UKM) Inspiring Mindful Leadership”

ifolio.ukm.my · Web viewGreat Mind Thinks Big(GIG) ini merupakan salah satu aktiviti Persatuan Perubatan Mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia. Aktiviti ini bertujuan memupuk

  • Upload
    others

  • View
    8

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: ifolio.ukm.my · Web viewGreat Mind Thinks Big(GIG) ini merupakan salah satu aktiviti Persatuan Perubatan Mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia. Aktiviti ini bertujuan memupuk

Great mind thinks BIG

(GIG)

MAKTAB RENDAH SAINS MARA PDRM KULIM

TARIKH

7, 8, 9 MAC 2014

TEMPAT

MAKTAB RENDAH SAINS MARA PDRM KULIM

ANJURAN

PERSATUAN MAHASISWA/I PERUBATAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (PERSIAP UKM)

KAMPUS KUALA LUMPUR

TEMA

“Inspiring Mindful Leadership”

“Inspiring Mindful Leadership”

Page 2: ifolio.ukm.my · Web viewGreat Mind Thinks Big(GIG) ini merupakan salah satu aktiviti Persatuan Perubatan Mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia. Aktiviti ini bertujuan memupuk

KERTAS KERJA

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini bertujuan memberi penerangan tentang program Great Mind Thinks

Big(GIG) di samping memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan

kewangan daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPEL) Universiti

Kebangsaan Malaysia (UKM) serta memohon surat pelepasan cukai kepada pihak

yang ingin memberi sumbangan untuk program ini.

2.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG

Great Mind Thinks Big(GIG) ini merupakan salah satu aktiviti Persatuan Perubatan

Mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia. Aktiviti ini bertujuan memupuk

kemahiran kepimpinan dalam diri setiap ahli gerak kerja dan peserta yang menyertai

program ini. Program ini terbuka kepada semua mahasiswa/i Kolej Tun Syed Nasir

UKM yang terdiri dari berbilang bangsa dan agama yang berminat untuk

menyertainya.

3.0 MISI

Melaksanakan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat demi kebaikan dan

perkembangan komuniti; di samping melahirkan mahasiswa/i yang bijak merancang

strategi dan berketerampilan dalam menempuh arus generasi pembangunan dan

permodenan dunia.Secara tidak langsung dapat mengukuhkan perpaduan di antara

mahasisisw/ia perubatan yang terdiri daripada pelbagai kaum.

“Inspiring Mindful Leadership”

Page 3: ifolio.ukm.my · Web viewGreat Mind Thinks Big(GIG) ini merupakan salah satu aktiviti Persatuan Perubatan Mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia. Aktiviti ini bertujuan memupuk

4.0 MATLAMAT

4.1. Membentuk jati diri sebagai pelajar UKM melalui gerak kerja sepanjang

program dilaksanakan.

4.2. Membantu mahasiwa/i dalam meningkatkan kemahiran insaniah dalam

berorganisasi.

4.3 Menerapkan ciri-ciri kepimpinan dan kebertanggungjawaban dalam kalangan

pelajar-pelajar perubatan UKM.

5.0 OBJEKTIF

5.1 Memupuk sifat-sifat kepimpinan dalam diri pelajar tingkatan satu MRSM PDRM

Kulim di samping membina keserasian dalam kalangan mereka.

5.2 Menerapkan jati diri dalam diri pelajar-pelajar tingkatan satu MRSM PDRM Kulim

dalam menyesuaikan diri dengan alam pembelajaran yang baru.

5.3 Memberi pendedahan kepada mahasiswa/i UKM dalam memahami ilmu psikologi.

5.4 Memupuk rasa tanggungjawab dalam diri mahasiswa/i UKM dan menjadikan

program ini sebagai medan interaksi mahasiswa bersama masyarakat .

5.5 Membina sahsiah, semangat berpasukan dan muhibah dalam kalangan pelajar-

pelajar UKM.

6.0 TEMA

“Inspiring Mindful Leadership”

“Inspiring Mindful Leadership”

Page 4: ifolio.ukm.my · Web viewGreat Mind Thinks Big(GIG) ini merupakan salah satu aktiviti Persatuan Perubatan Mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia. Aktiviti ini bertujuan memupuk

7.0 ANJURAN

Persatuan Mahasiswa/i Perubatan (PERSIAP)

Universiti Kebangsaan Malaysia

8.0 TARIKH DAN MASA

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada :

Tarikh : 7,8,9 Mac 2014

Hari : Jumaat,Sabtu dan Ahad

9.0 TEMPAT PROGRAM

Tempat program yang dicadangkan ialah:

MAKTAB RENDAH SAINS MARA PDRM KULIM,KEDAH

10.0 PENGLIBATAN AHLI PROGRAM

Urusetia : Mahasiswa/i perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia

Bilangan urusetia : 40 orang

Penasihat program : Dr. Norwahidah binti Abd Karim

Bilangan pelajar : 160 orang

“Inspiring Mindful Leadership”

Page 5: ifolio.ukm.my · Web viewGreat Mind Thinks Big(GIG) ini merupakan salah satu aktiviti Persatuan Perubatan Mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia. Aktiviti ini bertujuan memupuk

11.0 STRUKTUR ORGANISASI

Rujuk Lampiran A

13.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B

14.0 BELANJAWAN

Rujuk Lampiran C

15.0 PERINCIAN PROGRAM

Rujuk lampiran D

16.0 TAJAAN

Tajaan dari pihak tuan amat diperlukan bagi membiayai program Great Mind Thinks Big(GIG)

yang akan diadakan pada 7 Mac 2014 hingga 9 Mac 2014. Hal ini demikian kerana kami

bukanlah sebuah badan yang mengaut keuntungan, maka tiada wang sedia ada untuk

memulakan program ini. Maka dengan tajaan pihak tuan pasti dapat membantu pihak kami

untuk melaksanakan progam ini.

“Inspiring Mindful Leadership”

Page 6: ifolio.ukm.my · Web viewGreat Mind Thinks Big(GIG) ini merupakan salah satu aktiviti Persatuan Perubatan Mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia. Aktiviti ini bertujuan memupuk

17.0 PEJABAT URUSAN

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat

menyurat, sila hubungi :

Nur Anis Nadirah binti Zulkifli

(Setiausaha 1 Great Mind Thinks Big(GIG) )

@

Nurul Wahida binti Khalid

(Setiausaha 2 Great Mind Thinks Big(GIG) )

Kolej Tun Syed Nasir

53200 Jalan Temerloh

Kuala Lumpur

No. telefon : 013-3792078(Anis) emel : [email protected]

0132653885(Wahida) [email protected]

18.0 PENUTUP

18.1 Pihak urusetia juga berharap agar program ini akan mencapai matlamat dan

objektifnya selaras dengan aspirasi universiti.

18.2 Semoga mahasiswa/mahasiswi yang terlibat mendapat manfaat dan pengalaman

daripada program ini serta dapat menjalankan tugas dengan baiknya.

18.3 Semoga pihak tuan dapat mempertimbangkan untuk memberi tajaan pada program

ini. Segala kerjasama pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima

kasih.

“Inspiring Mindful Leadership”

Page 7: ifolio.ukm.my · Web viewGreat Mind Thinks Big(GIG) ini merupakan salah satu aktiviti Persatuan Perubatan Mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia. Aktiviti ini bertujuan memupuk

LAMPIRAN A

STRUKTUR ORGANISASI

PENAUNG

Y. BHG. PROF. DATUK DR. NOOR AZLAN GHAZALI

NAIB CANSELOR, UKM

PENGERUSI

Y. BHG. PROF. IR. DR OTHMAN A. KARIM

TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI), UKM

PENYELARAS

EN MUSA ZAINAL ABIDIN OTHMAN

KETUA UNIT PENTADBIRAN JABATAN PERKHIDMATAN PELAJAR

PENASIHAT

DR. NORWAHIDAH BINTI ABD KARIM

KETUA JABATAN BIOKIMIA KAMPUS UKM KL

PENGARAH

MOHAMAD SALEHUDDIN BIN MD SAAD (FPER/1)(A146998)

TIMBALAN PENGARAH

SITI NUR ‘AIN BINTI MUHAMAD AYOB (FPER/1)(A143662)

SETIAUSAHA 1

NUR ANIS NADIRAH BINTI ZULKIFLI (FPER/1)(A143678)

SETIAUSAHA 2

NURUL WAHIDA BINTI KHALID (FPER/1)(A143641)

BENDAHARI

NURUL BALQIS BINTI MOHD SHARIFF MUNIANDY (FPER/1)(A143693)

EXCO PROGRAM : MUHAMMAD AFIQ AMANI BIN CHE ZULKEPLI (FPER/1)

(A143576)

NIK AHMAD HAFIZ BIN NIK AHMAD EID (FPER/1)(A146993)

MUHAMMAD RIDZUAN BIN ROSLAN (FPER/1)(A143598)

DAYANG NURAZILAWANI BINTI KASSIM ALIAS

(FPER/1)(A143654)

NUR FAREEHAH BINTI AHMAD BASIR (FPER/1)( A143683)

“Inspiring Mindful Leadership”

Page 8: ifolio.ukm.my · Web viewGreat Mind Thinks Big(GIG) ini merupakan salah satu aktiviti Persatuan Perubatan Mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia. Aktiviti ini bertujuan memupuk

ADAM BIN AHMAD CHANG (FPER/1)(A147016)

EXCO PROTOKOL : NURSUHAIRA BINTI SULAIMAN (FPER/1)(A143705)

SITI RAIHANAH BINTI RAZALI (FPER/1)(A143579)

EXCO PENGANGKUTAN : MUHAMMAD SYAHIR AFHAM BIN KAMARUDIN

DAN PENGINAPAN (FPER/1)(A143655)

GAN POH VIEN (FPER/1)(A143617)

EXCO DANA DAN : HAMZAH BIN FIROZ HUSAIN (FPER/1) (A143616)

KEUSAHAWANAN : MUHAMMAD SYAHMI BIN AINUDDIN (FPER/1) (A143611)

LUQMAN HAKIMI BIN NAYAN (FSK/1)( A144408)

IMRAN QADIR (FPER/1)(A143596)

NUR AFIQAH BINTI AMRAN (FPER/1)(A143670)

NUR ‘ALLIA SYAFIQA BINTI MOKHTAR (FPER/1)(A143669)

EXCO TEKNIKAL : MUHAMMAD NABIL IMAN BIN ADIL (FPER/1)(A143676)

SITI FATIMAH BINTI KATHER HUSSAIN (FPER/1)(A143671)

EXCO TUGAS-TUGAS KHAS : AHMAD FITRI BIN KAMARULZAMAN (FPER/1)(A143652)

MUHAMMAD AKMAL HAKIM BIN ROSLAN (FSK/1)(A144714)

NAZRUL IQBAL BIN ABDUL MULOP (FPER/1)(A143595)

EXCO JAMUAN : FARAH MADIEHAH BINTI ABDUL HADI (FPER/1)(A143679)

NURUL HIKMAH BINTI MOHAME RASHIDI (FPER/1)(A143637)

EXCO SUKAN,REKREASI : MUHAMMAD NAJIB BIN ABDUL RAZAK (FPER/1) (A143676)

DAN KESELAMATAN FAIZUL HAFIZ BIN ZULKIFLI AMIN (FSK/1)(A144561)

ABDUL HAFIZ BIN ZAKARIA (FSK/1)(A144377)

MIOR FARHAN NAJIB BIN FAISAL (FSK/1)(A144492)

EXCO KEROHANIAN : MUHAMMAD AZFAR SHAIRAZI BIN MOHD ARIFFIN

(FPER/1)(A143601)

JULAINA BINTI ZAINAL (FPER/1)( A143588)

NUR FAZLIN BINTI ABDUL MANAN (FPER/1)(A143667)

EXCO MULTIMEDIA : CHOONG YONG SHENG (FPER/1) ( A146943)

WONG SOON KUEN (FPER/1)(A143620)

EXCO PERHUBUNGAN : FATIN NORHAFIZAH BINTI FAZIL (FPER/1)(A139720)

“Inspiring Mindful Leadership”

Page 9: ifolio.ukm.my · Web viewGreat Mind Thinks Big(GIG) ini merupakan salah satu aktiviti Persatuan Perubatan Mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia. Aktiviti ini bertujuan memupuk

EXCO CENDERAHATI : SARAH NABILA BINTI HAMDAN (FPER/1)(A143685)

FATIN ADIELA BINTI MOHD RUSLI (FPER/1)(A143569)

“Inspiring Mindful Leadership”

Page 10: ifolio.ukm.my · Web viewGreat Mind Thinks Big(GIG) ini merupakan salah satu aktiviti Persatuan Perubatan Mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia. Aktiviti ini bertujuan memupuk

LAMPIRAN B TENTATIF PROGRAM

TARIKH DAN MASA AKTIVITI

07 Mac 2013 (Jumaat)

2.00 – 6.00 petang

9.00 – 11.00 malam

-Bertolak dari KTSN ke MRSM PDRM KULIM

LDK 1 : Team BuildingSesi Ice-Breaking

Modul 1-“Kasutku Kasutmu Jua”

-Taklimat untuk aktiviti pada hari seterusnya

kepada para peserta

“Inspiring Mindful Leadership”

Page 11: ifolio.ukm.my · Web viewGreat Mind Thinks Big(GIG) ini merupakan salah satu aktiviti Persatuan Perubatan Mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia. Aktiviti ini bertujuan memupuk

TARIKH DAN MASA AKTIVITI

08 Mac 2013 (Sabtu)

5.45 pagi – 7.00 pagi

7.00 pagi – 8.00 pagi

8.00 pagi – 9.00 pagi

9.00 pagi – 10.30 pagi

10.30 pagi – 11.30 pagi

11.30 pagi – 12.30 tengahari

12.30 tengahari – 2.30 petang

2.30 - 5.00 petang

5.30 petang – 6.30 petang

6.30 petang – 8.00 malam

9.00 malam – 11.00 malam

-Persiapan diri dan Santapan Rohani

-Sarapan pagi

LDK 2: Team Building Modul 2 : Mafia Wars

-Slot ceramah motivasi dan kepimpinan - “The Little Caliph” oleh Imam Muda Hassan -Jamuan ringan bersama vip dan penceramah

-Slot bersama Bank Islam

LDK 3 : KreativitiTaklimat untuk persembahan Majlis Penutup kepada peserta

-Makan tengahari/ Rehat

TREASURE HUNT

-Persiapan untuk malam persembahan. -Persiapan diri, solat Maghrib dan kuliah Maghrib

-Majlis Penutup, makan malam & persembahan pelajar

“Inspiring Mindful Leadership”

Page 12: ifolio.ukm.my · Web viewGreat Mind Thinks Big(GIG) ini merupakan salah satu aktiviti Persatuan Perubatan Mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia. Aktiviti ini bertujuan memupuk

TARIKH DAN MASA AKTIVITI

09 Mac 2014 (Ahad)

7.00 pagi -10.00 pagi

10.00-10.30 pagi

10.30-11.00 pagi

11.00 -1.00 pagi

1.00-2.00 petang

2.00 petang

-Bersiap,bertolak ke Hospital Kulim,Kedah

-Dijangka tiba di Hospital Kulim

-Taklimat daripada wakil Kulim

-Melawat sekitar hospital dan wad

-Makan tengahari dan solat Zohor

-Bertolak balik ke KTSN

“Inspiring Mindful Leadership”

Page 13: ifolio.ukm.my · Web viewGreat Mind Thinks Big(GIG) ini merupakan salah satu aktiviti Persatuan Perubatan Mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia. Aktiviti ini bertujuan memupuk

LAMPIRAN C

ANGGARAN BELANJAWAN

Anggaran Pendapatan

Bil. Pendapatan Jumlah (RM)

1. Fakulti Perubatan, UKM 2000.00

2. Pemasaran 5000.00

Jumlah 7000.00

Anggaran Perbelanjaan

Bil. Perbelanjaan Jumlah (RM)

1.

Program Penceramah motivasi kpimpinan

Aktiviti Latihan dalam Kumpulan(LDK)

LDK 2

LDK 3

Treasure Hunt

1000.00

20.00

300.00

200.00

2.

Cenderahati Cenderamata bagi sekolah,hospital,perasmi dan

penceramah

Hadiah pertandingan

Cenderamata pelajar

350.00

250.00

300.00

3.

Jamuan dan Makan Makan pagi (2 hari×41 unit×RM5.00)

Makan tengah hari (2 hari× 41unit×RM10.00)

Makan malam (2 hari× 41 unit×RM10.00)

Jamuan Malam Penutupan (241unit×RM10.00)

410.00

820.00

820.00

2410.00

“Inspiring Mindful Leadership”

Page 14: ifolio.ukm.my · Web viewGreat Mind Thinks Big(GIG) ini merupakan salah satu aktiviti Persatuan Perubatan Mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia. Aktiviti ini bertujuan memupuk

4.

Perhubungan dan publisiti I-Talk

Banner

Fotostat dan print

20.00

50.00

50.00

JUMLAH 7000.00

“Inspiring Mindful Leadership”

Page 15: ifolio.ukm.my · Web viewGreat Mind Thinks Big(GIG) ini merupakan salah satu aktiviti Persatuan Perubatan Mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia. Aktiviti ini bertujuan memupuk

LAMPIRAN D

PERINCIAN PROGRAM

Modul 1: “Ice Breaking”

Ice breaking adalah suatu sesi yang penting bagi sesebuah program kerana ia bertujuan untuk membuka minda dan pemikiran para peserta sebelum program atau kursus dimulakan. Oleh kerana latarbelakang peserta tidak sama, ice breaking digunakan sebagai satu titik permulaan yang seharusnya positif dan menyeronokkan.

Objektif:

Untuk menghilangkan rasa malu diantara satu sama lain.

Untuk menghilangkan jurang perbezaan diantara satu sama lain.

Melatih peserta untuk menjadi pemimpin.

Melatih peserta berkomunikasi dengan baik.

Masa :

15 minit - taklimat dan sesi pengenalan.

30 minit - aktiviti “Kasutmu Kasutku Jua”

Arahan:

1) Peserta dipecahkan kepada tiga kumpulan diwakili oleh 3 orang fasilitator.

2) Di dalam kumpulan, peserta dikehendaki mengadakan taaruf ringkas tentang diri mereka. Setiap peserta hendaklah menerangkan dengan ringkas tentang diri mereka kepada ahli kumpulan.

3) Selepas selesai taaruf ringkas, peserta diberikan sekeping kertas dan dikehendaki untuk menulis secara ringkas tentang pengalaman yang pernah mereka alami beserta nama mereka sekali. Pengalaman itu hendaklah menggambarkan tentang diri mereka sendiri.

4) Setelah tamat masa yang diberi, fasilitator akan mengutip semua kertas yang telah diberikan kepada peserta dan memasukkan ke dalam sebuah bekas.

“Inspiring Mindful Leadership”

Page 16: ifolio.ukm.my · Web viewGreat Mind Thinks Big(GIG) ini merupakan salah satu aktiviti Persatuan Perubatan Mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia. Aktiviti ini bertujuan memupuk

5) Kemudian, fasilitator akan mengambil 4 helai kertas dari bekas tersebut dan memanggil nama peserta yang tecatat diatas kertas tersebut. Peserta yang dipanggil namanya dikehendaki keluar dan diasingkan daripada kumpulan mereka.

6) Fasilitator akan membacakan salah satu kisah daripada daripada peserta yang dipanggil nama dan ahli kumpulan lain akan cuba meneka kisah siapa yang diceritakan. Ahli kumpulan melakukan ini dengan membincangkan kisah siapa yang lebih sesuai mengambarkan personaliti perserta-peserta yang telah dipilih tadi. Ahli kumpulan juga dibenarkan untuk bertanyakan soalan tentang kisah selain kisah yang ditulis kepada peserta pilihan.

7) Peserta-peserta pilihan tadi hendaklah meyakinkan bahawa kisah itu adalah kisah yang ditulis oleh mereka.

8) Setelah ahli kumpulan melakukan perbincangan, undi dibuat. Dan aktiviti ini diulang hingga kesemua kisah ahli dalam kumpulan dibacakan.

9) Setelah tamat masa yang diberikan, peserta dikehendaki untuk berkumpul semula dalam kumpulan yang besar.

10) Fasilitator meminta wakil setiap kumpulan untuk memperkenalkan ahli kumpulan mereka.

11) Fasilitator bagi setiap kumpulan diberikan kertas yang tertulis nama-nama selebriti untuk ditampal di bahagian setiap peserta.

12) Setiap orang mempunyai nama selebriti yang tersendiri. Arahan diberikan oleh fasilitator, supaya setiap kumpulan berpecah mencari pasangan masing-masing dan pasangan peserta hendaklah dari kumpulan yang berbeza.

13) Peserta dikehendaki mengenalpasti nama selebriti yang ditampal di belakang mereka berdasarkan petunjuk yang diberikan oleh pasangan mereka. Pasangan peserta hanya boleh menjawab “ya” atau “tidak”.

14) Aktiviti tamat setelah masa yang diberikan oleh fasilitator mencukupi.

15) Ketua bagi program dilantik dan barang amanah diberikan.

Modul 2 : “Mafia Wars”

“Inspiring Mindful Leadership”

Page 17: ifolio.ukm.my · Web viewGreat Mind Thinks Big(GIG) ini merupakan salah satu aktiviti Persatuan Perubatan Mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia. Aktiviti ini bertujuan memupuk

“Mafia wars” adalah satu aktiviti untuk memupuk sifat kepercayaan pada diri dan dikalangan peserta sendiri. Aktiviti ini memerlukan pemikiran yang kritis, dan memerlukan strategi. Peserta akan diberi peranan sebagai penjenayah, polis, doktor dan juga orang awam. Objektif aktiviti ini adalah untuk menghalang golongan penjenayah sebelum mereka meneruskan matlamat menyingkirkan seluruh bandar.

Objektif :

Untuk memupuk sifat kepercayaan dikalangan sahabat dan mengelakkan dari berprasangka buruk dikalangan ahli didalam organisasi.

Untuk melatih peserta membuat keputusan yang tepat berdasarkan keadaan.

Masa:

10 minit – penerangan.

1jam – Aktiviti “Mafia Wars”

Arahan :

1) Para peserta dikhendaki berkumpul mengikut kumpulan masing-masing.

2) Fasilitator setiap kumpulan akan mengedarkan sekeping kertas kecil yang berlipat kepada setiap ahli kumpulan. Di setiap kertas kecil tersebut tertulis peranan yang harus dimainkan oleh setiap peserta dan peserta dikehendaki merahsiakan peranan masing-masing.

3) Peranan-peranan yang harus dimainkan oleh peserta adalah :

• “Mafia” – Peranan mafia adalah untuk membunuh peserta yang memainkan peranan-peranan yang lain.

• “Polis” – Peranan polis adalah untuk menangkap suspek yang disyaki mafia.

• “Doktor”- Peranan doktor adalah untuk menyelamatkan suspek yang disyaki sasaran Mafia.

• “Rakyat biasa” – Memainkan peranan sebagai rakyat biasa.

4) Setelah peserta mengetahui peranan masing-masing, fasilitator akan menerangkan cara permainan ini. Permainan akan dibahagikan kepada 3 keadaan dan Narrator memainkan peranan sebagai pengawal keadaan. 3 keadaan tersebut adalah :

“Inspiring Mindful Leadership”

Page 18: ifolio.ukm.my · Web viewGreat Mind Thinks Big(GIG) ini merupakan salah satu aktiviti Persatuan Perubatan Mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia. Aktiviti ini bertujuan memupuk

• “Malam Hari”

- Semua peserta didalam keadaan tidur. Peserta dikehendaki menundukkan kepala dan menutup mata. Narrator akan memainkan peranan.

- Narrator akan memberi arahan kepada mafia untuk bangun dan buka mata. Mafia akan secara senyap bangun dan berbincang diantara mereka tentang mangsa yang hendak disingkirkan. Setelah keputusan dibuat, Narrator mencatat mencatat mangsa yang dipilih.

- Kemudian “Mafia” disuruh tidur. (menundukkan kepala mereka dan menutup mata).

- Dan kemudian, narrator akan memberi arahan supaya peserta berperanan polis untuk bangun dan buka mata. Polis akan berbincang diantara mereka siapakah yang disyaki memainkan peranan mafia. Setelah keputusan dibuat, narrator akan meyuruh polis untuk kembali tidur dan suspek yang disyaki polis dicatat.

- Kemudian peserta berperanan doktor diberi arahan untuk bangun dan buka mata. Doktor dikehendaki memilih salah satu peserta untuk diselamatkan daripada serangan mafia pada hari tersebut. Setelah keputusan dibuat, narrator memberi arahan doktor kembali tidur dan peserta yang ingin diselamatkan dicatat.

- Narrator mengumkan bahawa hari sudah pun pagi dan semua peserta dibenarkan bangun.

• “Pagi”

- Narrator mengumumkan orang yang telah tersingkir akibat dibunuh mafia, melainkan peserta yang dikehendaki mafia utk disingkirkan pada malam itu telah diselamatkan oleh doktor.

- Peserta yang telah tersingkir hendaklah meninggalkan kumpulan masing-masing.

- Peserta yang terkeluar tidak dibenarkan untuk berkata apa-apa sepanjang permainan berlangsung. Mereka hanya dibenarkan memerhati.

• “siang hari”

- Narrator akan mengumumkan bahawa hari sudah siang dan penduduk bandar (termasuk mafia, polis dan doktor) dikehendaki berbincang antara satu sama lain tentang siapakah mafia diantara mereka. Peserta tidak dibenarkan sama sekali mendedahkan peranan masing-masing sepanjang perbincangan. Peserta yang mempunyai bilangan undi yang terbanyak (50% atau lebih) disingkirkan dari permainan.

- Setelah penyingkiran dibuat, hari tersebut tamat. Penyingkiran boleh tidak dilakukan jika semua ahli kumpulan yang lain bersetuju. Hari tamat dan corak permainan diulang semula (malam, pagi, siang hari)

“Inspiring Mindful Leadership”

Page 19: ifolio.ukm.my · Web viewGreat Mind Thinks Big(GIG) ini merupakan salah satu aktiviti Persatuan Perubatan Mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia. Aktiviti ini bertujuan memupuk

5) Diakhir permainan, pemenang ditentukan berdasarkan bilangan peserta yang memegang watak mafia, “Polis” dan “Doktor”. Jika “Mafia” telah menyingkirkan “Polis” dan “Doktor” kesemuanya, kemenangan akan berpihak pada “Mafia”. Jika “Polis” Berjaya menyingkirkan “Mafia”, kemenangan berpihak pada “polis”.

Slot bersama Imam Muda – ( “The Little Caliph” )

Masa: 1 jam 30 minit

a. Tema

- Tema utama ceramah yang disampaikan adalah berkaitan dengan peranan seorang individu muslim ke arah membina suatu kehidupan yang lebih holistik bagi memandu mereka menggapai kejayaan mencakupi kejayaan dari sudut mata pandang dunia dan juga akhirat.Secara tidak langsung jika diperhalusi dari skop yang lebih besar ia merupakan suatu tapak permulaan daripada jutaan langkah yang diperlukan bagi melahirkan mukmin profesional dan modal insan taraf pertama sejajar dengan hasrat kerajaan yang ingin melahirkan lebih banyak wajah-wajah tokoh ilmuan dan cendekiawan mahu pun negarawan masa hadapan yang bakal menjadi tunjang belakang pentadbiran negara bagi meneruskan kelangsungan Malaysia.

b. Isi Ceramah

- Apakah peranan dan sebab seseorang manusia diciptakan di muka bumi ini ?

- Apakah pula peranan seorang anak kepada ibu bapanya, peranan seorang pemimpin organisasi kepada ahli-ahli organisasinya, peranan murid terhadap sekolahnya, peranan seorang rakyat kepada negaranya dan peranan seorang hamba kepada khaliqnya.

- Apakah tips2 kejayaan dan pengurusan kehidupan yang lebih mampan supaya kita dapat menjadi seorang individu yang cukup proaktif dan relevan dalam menentukan hala tuju kehidupan.

c. Kesimpulannya

- Menyedarkan murid bahawa ,kehidupan haruslah dibentuk bukan sahaja oleh guru tetapi juga oleh diri mereka sendiri .

- Sesi soal jawab bersama imam muda ( menjelaskan perkara yang masih kabur )

“Inspiring Mindful Leadership”

Page 20: ifolio.ukm.my · Web viewGreat Mind Thinks Big(GIG) ini merupakan salah satu aktiviti Persatuan Perubatan Mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia. Aktiviti ini bertujuan memupuk

- Majlis bersurai

- Jamuan ringan bersama penceramah

Slot bersama Bank Islam

Masa : 1 jam

-Slot yang berjangka masa selama satu jam ini adalah sepenuhnya di bawah kelolaan pihak Bank Islam.Ianya melibatkan semua kakitangan dan pelajar-pelajar MRSM PDRM Kulim serta pihak luar yang berminat untuk menyertainya.Para peserta akan diberi pendedahan mengenai Islamic Banking yang ditawarkan Bank Islam oleh pihak Bank Islam sendiri.

“Treasure Hunt”

- 6 aktiviti:

a. Ujian minda

b. Water In the Bottle

c. Pulse Game

d. Trust Walk

e. Jus Peria

f. “Photo scarvenger hunt”.

Aktiviti “treasure hunt” adalah aktiviti luar dimana aktiviti ini akan menguji kemahiran peserta bagi menyelesaikan permasalahan yang diberi. Peserta dibahagikan mengikut kumpulan dan dikehendaki untuk menjelajah dari satu ke satu checkpoint bagi mencari harta yang disembunyikan. Sepanjang penjelajahan, peserta akan diuji dengan ujian yang melibatkan minda, kecergasan dan juga ketahanan psikologi.

Masa:

15 minit : penerangan dan penyerahan barang petunjuk.

3 jam : Aktiviti “Treasure Hunt”.

“Inspiring Mindful Leadership”

Page 21: ifolio.ukm.my · Web viewGreat Mind Thinks Big(GIG) ini merupakan salah satu aktiviti Persatuan Perubatan Mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia. Aktiviti ini bertujuan memupuk

Objektif :

Untuk mengasimilasikan sifat kerjasama di antara ahli.

Untuk melatih peserta akan sifat kepatuhan kepada ketua disaat berlakunya konflik di dalam kumpulan.

Menguji kepekaan peserta di bidang ilmu semasa.

Memberi metafora tentang realiti kehidupan yang bakal mereka tempuhi.

Arahan :

1) Sebelum memulakan aktiviti, fasilitator akan menerangkan secara ringkas aturcara aktiviti.

2) Matlamat aktiviti ini adalah untuk mencari harta yang hilang. Dan untuk itu, peserta dikehendaki mengembara dari satu checkpoint ke checkpoint seterusnya bagi mencari petunjuk di sebalik rahsia harta yang hilang. Terdapat sebanyak 5 checkpoint yang harus dilalui oleh peserta.

3) Setiap kumpulan akan diberikan sebiji belon, sekeping peta dan sekeping kertas petunjuk dimanakah checkpoint mereka yang pertama. Setiap kumpulan tidak dibenarkan untuk membuka kertas tersebut sebelum diarahkan oleh fasilitator.

4) Sebelum aktiviti bermula, fasilitator akan menunjukkan arah utara bagi permainan ini. Sebaik sahaja fasilitator mengumumkan pertandingan telah bermula, peserta dibenarkan untuk membuka kertas petunjuk yang diberikan.

5) Peserta diarahkan pergi ke checkpoint masing-masing.

6) Setiap checkpoint akan dijaga oleh wakil setiap kumpulan.

7) Bagi checkpoint pertama :

Peserta yang tiba di checkpoint pertama akan diberikan ujian minda.

Peserta dikehendaki menyelesaikan ujian minda tersebut hingga selesai.

Penjaga checkpoint akan mencatit masa yang diambil bagi setiap kumpulan menyelesaikan masalah yang diberi.Ketua kumpulan diberikan pilihan untuk tidak menjawab soalan. Sebagai pertukaran,ketua kumpulan terpaksa meninggalkan seoramg ahlinya sebagai barang tukaran .

Setelah selesai, penjaga checkpoint akan memberi petunjuk di mana kertas soalan di sembunyikan.

“Inspiring Mindful Leadership”

Page 22: ifolio.ukm.my · Web viewGreat Mind Thinks Big(GIG) ini merupakan salah satu aktiviti Persatuan Perubatan Mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia. Aktiviti ini bertujuan memupuk

Setelah dijumpai, penjaga checkpoint akan memberi kertas petunjuk ke mana checkpoint peserta seterusnya dan petunjuk serpihan harta yang perlu dicari.

Peserta dikehendaki menjawab soalan yang tertera di atas kertas.

# sepanjang aktivit seterusnya , setiap kumpulan berhak untuk menuntut balik ahli kumpulan yang ditukarkan dengan, syarat mereka mestilah berjaya menyelesaikan tugas yang diberikan dalam masa yang ditetapkan.

8) Bagi checkpoint kedua:

Peserta yang tiba di checkpoint kedua akan diberikan ujian fizikal.

Aktiviti “Water in the bottle” diadakan dimana peserta dikehendaki mengisi air kedalam botol mengunakan tangan.

Penjaga checkpoint mencatat masa peserta.

Setelah aktiviti selesai, penjaga checkpoint akan memberi petunjuk dimana kertas soalan di sembunyikan.

Setelah dijumpai, penjaga checkpoint akan memberi kertas petunjuk ke mana checkpoint peserta seterusnya dan petunjuk serpihan harta yang perlu dicari.

Peserta perlu mencantumkan serpihan harta daripada checkpoint pertama untuk mengetahui dimana harta disembunyikan.

Peserta dikehendaki menjawab soalan diatas kertas.

9) Bagi checkpoint ketiga :

Peserta yang tiba di checkpoint ketiga akan menjalankan aktiviti “Pulse Game”

Cara permainan “Pulse Game” - Peserta diminta berdiri di dalam satu barisan dengan menggenggam tangan peserta lain. Barang diletakkan dihujung barisan. Peserta lain tidak dibenarkan membuka mata mereka kecuali peserta yang berada di permulaan dan peserta yang berada di hujung. Penjaga checkpoint akan melontarkan duit syiling dan secara senyap akan menunjukkan kepada peserta yang pertama. Jika “kepala”, peserta pertama akan menggenggam tangan peserta kedua, dan peserta kedua mengulangi perkara yang sama hingga sampai kepada peserta terakhir. Peserta terakhir yang menerima isyarat genggaman hendaklah berlari sepantas mungkin mendapatkan barang yang telah diletakkan.

Penjaga checkpoint mencatatkan masa yang diambil setiap kumpulan. Markah akan ditolak sekiranya peserta tersalah melihat “kepala” dan “ekor” duit syiling.

Setelah selesai aktiviti, penjaga checkpoint akan memberi petunjuk di mana kertas soalan di sembunyikan.

“Inspiring Mindful Leadership”

Page 23: ifolio.ukm.my · Web viewGreat Mind Thinks Big(GIG) ini merupakan salah satu aktiviti Persatuan Perubatan Mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia. Aktiviti ini bertujuan memupuk

Setelah dijumpai, penjaga checkpoint akan memberi kertas petunjuk ke mana checkpoint peserta seterusnya dan petunjuk serpihan harta ke dua yang perlu dicari.

Peserta dikehendaki menjawab soalan diatas kertas.

10) Bagi checkpoint keempat :

Peserta yang tiba di checkpoint keempat dikehendaki menjalankan aktiviti “Trust walk”.

Cara Permainan “Trust Walk” – Peserta kumpulan akan diberi sehelai kertas yang mengandungi arahan dimana petunjuk serpihan harta disembunyikan. Peserta kumpulan hendaklah memilih salah satu ahli untuk dijadikan pencari harta. Ahli yang telah dipilih hendaklah menutup mata mereka dengan sehelai kain. Ahli-ahli kumpulan akan membimbing pencari harta tersebut bagi mencari petunjuk serpihan harta kedua.

Setelah harta dijumpai, masa dicatatkan. Penjaga checkpoint memberi petunjuk ke mana checkpoint peserta seterusnya.

Peserta perlu mencantumkan serpihan harta daripada checkpoint ketiga untuk mengetahui di mana harta disembunyikan.

Peserta dikehendaki menjawab soalan di atas kertas.

11) Bagi checkpoint kelima :

Bagi peserta yang tiba dicheckpoint kelima, aktiviti “Jus Peria” akan dijalankan.

Cara permainan “Jus peria” – Sebelum permainan peserta dibekalkan dengan sebiji peria , sebilah pisau ,sebuah bekas plastik dan gula Melaka.Arahan yang diberikan adalah peaserta hendaklah menghabiskan peria tersebut dalam masa yang diberikan .Penjaga checkpoint mencatatkan masa peserta.

Setelah aktiviti selesai, penjaga checkpoint akan memberi petunjuk di mana kertas soalan di sembunyikan.

Setelah dijumpai, penjaga checkpoint akan memberi kertas petunjuk ke mana checkpoint peserta seterusnya.

Peserta dikehendaki menjawab soalan di atas kertas.

12) Bagi checkpoint keenam :

Peserta yang tiba di checkpoint keenam akan menjalankan aktiviti “Photo scarvenger hunt”.

Peserta akan diberi sepuluh kriteria gambar yang perlu ditangkap mengunakan kamera.Contoh kriteria adalah seperti, pokok terbesar dikawasan itu, kereta berwarna kuning,orang yang bermain bola sepak dan sebagainya. Sebelum permainan bermula, penjaga checkpoint hendaklah menetapkan had bagi sesebuah kawasan permainan.

“Inspiring Mindful Leadership”

Page 24: ifolio.ukm.my · Web viewGreat Mind Thinks Big(GIG) ini merupakan salah satu aktiviti Persatuan Perubatan Mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia. Aktiviti ini bertujuan memupuk

Setelah kesemua kriteria dapat dicari, penjaga checkpoint akan mencatatkan masa dan memberi petunjuk di mana kertas soalan disembunyikan.

Setelah dijumpai, penjaga checkpoint akan memberi kertas petunjuk kemana checkpoint peserta seterusnya.

Peserta dikehendaki menjawab soalan di atas kertas.

13) Fasilitator akan menjadi kunci peti harta karun. Bagi fasilitator pertama, harta yang ada padanya adalah sebatang jarum dan benang. Fasilitator meminta peserta mencari kunci harta karun yang tersembunyi dikawasan sekitar. Setelah dijumpai, fasilitator akan menyerahkan harta tersebut.

14) Bagi fasilitator kedua, harta yang ada padanya adalah sehelai kain. Fasilitator meminta peserta mencari kunci harta karun yang tersembunyi dikawasan sekitar. Setelah dijumpai, fasilitator akan menyerahkan harta tersebut.

15) Setelah harta-harta dijumpai, peserta dikehendaki menjahit kain yang diperolehi menjadi sehelai baju.

16) Di akhir aktiviti “Treasure Hunt”, peserta dikehendaki menyerahkan semula kertas jawapan bagi soalan-soalan yang telah dijawab pada setiap checkpoint dan juga harta yang telah dijumpai.

17) Fasilitator menutup acara dan memberikan konklusi.

Disediakan oleh :

Nur Anis Nadirah binti Zulkifli,Setiausaha 1,

“Inspiring Mindful Leadership”

Page 25: ifolio.ukm.my · Web viewGreat Mind Thinks Big(GIG) ini merupakan salah satu aktiviti Persatuan Perubatan Mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia. Aktiviti ini bertujuan memupuk

Program Great Mind Thinks Big (GIG), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nurul Wahida binti Khalid,Setiausaha 2,Program Great Mind Thinks Big (GIG), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Disemak oleh :

Mohamad Salehuddin bin Md Saad,Pengarah,Program Great Mind Thinks Big (GIG), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Disahkan oleh :

DR Norwahidah binti Abd Karim,Penasihat,Program Great Mind Thinks Big (GIG), Universiti Kebangsaan Malaysia.

“Inspiring Mindful Leadership”