27
FAKTOR-FAKTOR DALAM PEMBENTUKAN PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR PEREMPUAN TERHADAP MATA PELAJARAN TEKNIKAL DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH TEKNIK NEGERI PERAK, SATU TINJAUAN ZAIHASLINDA ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ZAIHASLINDA ISMAIL - fp.utm.my filekuat di antara faktor peranan rakan sebaya terhadap persepsi pelajar. Berdasarkan Berdasarkan dapatan kajian, beberapa cadangan telah dikenal pasti

  • Upload
    ngokien

  • View
    230

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

FAKTOR-FAKTOR DALAM PEMBENTUKAN PERSEPSI

PELAJAR-PELAJAR PEREMPUAN TERHADAP MATA

PELAJARAN TEKNIKAL DI SEKOLAH-SEKOLAH

MENENGAH TEKNIK NEGERI PERAK,

SATU TINJAUAN

ZAIHASLINDA ISMAIL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR DALAM PEMBENTUKAN PERSEPSI PELAJAR-

PELAJAR PEREMPUAN TERHADAP MATA PELAJARAN TEKNIKAL DI

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK NEGERI PERAK,

SATU TINJAUAN

ZAIHASLINDA ISMAIL

Laporan Projek Ini Dikemukan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Elektrik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC 2004

v

DEDIKASI

Teristimewa Buat Ayah dan Mama yang sentiasa disayangi,

Ismail Bin Mokhsin Rudiah Binti Abas

Dengan doa, kasih sayang dan perhatian kalian membantuku dalam mengharungi

setiap kesukaran dalam hidup ini.

Untuk Mak Long dan Pak Long

Hj. Anuwar Bin Yahya Hjh. Badariah Binti Abbas

Terima kasih di atas ingatan, doa dan nasihat yang menjadi azam dalam diri ini.

Buat along dan adik yang disayangi,

Zainuddin Bin Ismail Zaihasliza Binti Ismail

Semoga kejayaan angah akan menjadi kejayaan kita bersama

Buat teman setia yang sentiasa memberi dorongan dalam semua situasi

Mohd. Fadil Bin Misnan

Untuk sahabat seperjuangan 4 SPE yang sentiasa bersama sepanjang perjuangan

kita di sini. Terima kasih di atas segalanya, sesungguhnya kejayaan ini akan

menjadi kenangan paling manis kita bersama ....

vi

PENGHARGAAN

Segala kesyukuran dan keinsafan dipanjatkan kepada Allah Subhanahu

Wataala serta selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W

kerana dengan keredhaan dan keberkatan-Nya sahajalah hadir kekuatan bagi saya

bagi menyempurnakan Tesis Sarjana Muda ini.

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Prof. Madya Dr. Azizi bin Hj.

Yahya di atas panduan dan bimbingan, saranan dan juga teguran yang tidak pernah

henti dari awal sehingalah selesai proses penulisan Tesis Sarjana Muda ini.

Tidak lupa juga kepada pengetua-pengetua serta guru-guru Sekolah

Menengah Teknik sekitar Negeri Perak, iaitu Sekolah Menengah Teknik Persiaran

Brash, Sekolah Menengah Teknik Lebor Cator serta Sekolah Menengah Teknik Seri

Iskandar di atas kesudian untuk menghulurkan kerjasama bantuan dan pandangan

terhadap laporan kajian ini.

Kepada Encik Mohd Isa Bin Idris dan Puan Saedah Binti Kordi, penghargaan

yang tidak terhingga diatas keyakinan dan kepercayaan dan galakan bahawa diri ini

mampu menjadi insan yang lebih baik.

Akhir sekali, ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara

langsung atau pun tidak sepanjang proses menyempurnakan Tesis Sarjana Muda ini.

Zaihaslinda Ismail

Februari 2004

vii

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pelajar perempuan

tingkatan 4 aliran teknikal (Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik dan

Kejuruteraan Jentera) terhadap mata pelajaran teknikal. Sampel kajian adalah terdiri

daripada 90 orang pelajar perempuan tingkatan 4 aliran teknikal yang mengambil

mata pelajaran ini di tiga buah sekolah teknik di Negeri Perak iaitu Sek. Men. Teknik

Persiaran Brash, Sek. Men. Teknik Lebor Cator dan Sek. Men. Teknik Seri Iskandar.

Kaedah pensempelan yang digunakan ialah sample tidak rawak bertujuan. Instrumen

kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah soalan soal selidik. Kajian rintis yang

dijalankan menunjukan nilai Alpha Conbach 0.7305. Data dan maklumat yang

diperolehi telah diproses dan dianalisis secara berkomputer dengan menggunakan

perisian Statical Packages for Social Sciences (SPSS) Versi 11.50. Analisis Kolerasi

Pearson digunakan untuk melihat hubungan di antara faktor-faktor terhadap persepsi

pelajar. Hasil kajian mendapati bahawa para pelajar yang terlibat di dalam kajian ini

mempunyai persepsi yang tinggi terhadap mata pelajaran teknikal. Faktor minat

didapati menjadi pendorong utama kepada pelajar-pelajar untuk cemerlang. Dapatan

kajian juga secara langsung menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang sangat

kuat di antara faktor peranan rakan sebaya terhadap persepsi pelajar. Berdasarkan

dapatan kajian, beberapa cadangan telah dikenal pasti supaya para pelajar perempun

yang mengikuti aliran teknikal pada masa hadapan sentiasa mempunyai persepsi

yang baik terhadap mata pelajaran teknikal.

viii

ABSTRACT

This study wass aimed to identify the depth and perception of Form 4 female

students in Secondary Technical Schools towards technical subjects. Sample

consisted of 90 female students currently taking the subjects stated in three schools in

the state of Perak Darul Ridzuan, which are Sek Men Teknik Persiaran Brash, Sek.

Men. Teknik Lebor Cator and Sek. Men. Teknik Seri Iskandar. The sampling method

used in this research is purposive not random. Instrument used in this study is

questionnaires. From the pilot study, reliablity of the questionnaires are stated at

Alpha Conbach value of 0.7305. Data and informations are processed and analyzed

using the Statistical Package for Social Science (SPSS) Version 11.50. Results

showed that students’ perception level towards technical subjects is high. Interest,

attitude, will and effort are the stimulus to excellence. This study shows that interest

is the main contributor that encouraging students to excel. The outcome of this

research also illustrate that there are strong relation between acquaintances and

students’ perception. Based on the findings of this research, a number of purposals

are laid out in order to enhance future students’ perception towards technical

subjects.

ix

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

BAB I

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL

HALAMAN PENGAKUAN

HALAMAN DEDIKASI

HALAMAN PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

SENARAI SINGKATAN

SENARAI LAMPIRAN

PENGENALAN

1.0 Pengenalan

1.1 Latar Belakang Masalah

1.2 Penyataan Masalah

1.3 Objektif Kajian

1.4 Persoalan Kajian

1.5 Kepentingan Kajian

1.6 Batasan Kajian

1.7 Definisi Operasional

1.8 Penutup

i

ii

iii

iv

v

vi

vii

viii

ix

xv

xviii

xix

1

3

5

6

7

8

9

10

13

x

BAB II

BAB III

SOROTAN KAJIAN

2.0 Pengenalan

2.1 Kronologi Sistem Pendidikan Teknikal

Di Malaysia.

2.2 Rasional Pendidikan Teknik dan

Vokasional

2.3 Hala Tuju Pendidikan Teknik dan

Vokasional Di Malaysia

2.4 Mata Pelajaran Teknikal

2.5 Persepsi

2.6 Faktor Peranan Guru

2.7 Faktor Dorongan dan Perana Ibu bapa

2.8 Faktor Minat Terhadap Bidang Teknikal

2.9 Faktor Peranan Rakan Sebaya

2.10 Penutup

METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pengenalan

3.1 Reka bentuk Kajian

3.2 Sampel Kajian

3.3 Tempat Kajian

3.4 Instrumen Kajian

3.5 Prosedur Kajian

3.6 Kajian Rintis

3.7 Analisis Data

3.8 Jangkamasa Kajian

3.9 Penutup

14

14

16

17

18

19

20

22

23

25

26

28

28

29

30

31

33

34

36

38

38

xi

BAB IV

ANALISIS DATA 4.0 Pengenalan

4.1 Analisis Bahagian A

4.1.1 Taburan Responden Mengikut

Kursus

4.1.2 Taburan Responden Mengikut

Bangsa dan Agama

4.1.3 Taburan Responden Mengikut

Keputusan PMR

4.1.4 Taburan Responden Mengikut

Cita-Cita

4.1.5 Taburan Responden Mengikut

Sekolah

4.1.6 Taburan Responden Mengikut

Bekas Sekolah

4.2 Analisis Bahagian B

4.2.1 Analisis Data Berkaitan

Dengan Persepsi Terhadap

Matapelajaran Teknikal

4.2.2 Analisis Data Berkaitan

dengan Faktor Minat Terhadap

Bidang Teknikal Sebagai

Faktor Pembentukan Persepsi

4.2.3 Analisis Data Berkaitan

Dengan Faktor Peranan dan

Dorongan Ibu Bapa Sebagai

Faktor Pembentukan Persepsi

4.2.4 Analisis Data Berkaitan Faktor

Peranan Guru Sebagai Faktor

Pembentukan Persepsi

39

40

41

42

42

43

44

45

46

49

52

56

xii

BAB V

4.2.5 Analisis Data Berkaitan Faktor

Peranan Rakan Sebaya

Sebagai Faktor Pembentukan

Persepsi

4.2.6 Analisis Kolerasi Pearson Bagi

Hubungan Antara Faktor

Minat Terhadap Teknikal

Dengan Faktor Peranan Dan

Dorongan Ibu Bapa, Faktor

Peranan Rakan Sebaya Dan

Faktor Peranan Guru Terhadap

Persepsi Pelajar Terhadap

Mata Pelajaran Teknikal

4.2.7 Perbandiangan Min Dalam

Menentukan Faktor Lebih

Dominan Antara Faktor Minat

Terhadap Teknikal, Peranan

Dan Dorongan Ibu Bapa,

Peranan Rakan Sebaya Dan

Peranan Guru Dan Persepsi

Dalam Mempengaruhi

Persepsi Pelajar Terhadap

Mata Pelajaran Teknikal

4.3 Kesimpulan

4.4 Penutup

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan

5.1 Perbincangan

5.1.1 Perbincangan Dapatan Berkaitan

59

62

63

64

65

68

67

69

xiii

Dengan Persepsi Pelajar-Pelajar

Perempuan Di Sekolah-Sekolah

Menengah Teknik Di Negeri

Perak Terhadap Mata Pelajaran

Teknikal

5.1.2 Perbincangan Dapatan Bekaitan

Dengan Minat Terhadap Bidang

Teknikal Dalam Pembentukan

Persepsi Pelajar Terhadap Mata

Pelajaran Teknikal

5.1.3 Perbincangan Dapatan Kajian

Berkaitan Dengan Dorongan Dan

Peranan Ibu Bapa Dalam

Pembentukan Persepsi Pelajar

Terhadap Mata Pelajaran

Teknikal

5.1.4 Perbincangan Dapatan Kajian

Berkaitan Dengan Peranan Guru

Dalam Pembentukan Persepsi

Pelajar Terhadap Mata Pelajaran

Teknikal

5.1.5 Perbincangan Dapatan Berkaitan

Dengan Peranan Rakan Sebaya

Pembentukan Persepsi Pelajar

Terhadap Mata Pelajaran

Teknikal

5.1.6 Dapatan Berkaitan Dengan

Hubungan Diantara Faktor Minat

Terhadap Bidang Teknikal

Dengan Faktor Peranan Dan

Dorongan Ibu Bapa, Faktor

Peranan Guru, Faktor Peranan

Rakan Sebaya

70

72

74

75

77

xiv

5.1.7 Perbincangan Dapatan Berkaitan

Faktor Dominan Diantara Faktor

Minat Terhadap Bidang

Teknikal, Faktor Peranan Dan

Dorongan Ibu Bapa, Faktor

Peranan Guru Dan Faktor

Peranan Rakan Sebaya

Perbincangan Dapatan Berkaitan

Dengan Hubungan Diantara

Faktor Minat Terhadap Bidang

Teknikal Dengan Faktor Peranan

Dan Dorongan Ibu Bapa, Faktor

Peranan Guru, Faktor Peranan

Rakan Sebaya

5.2 Rumusan

5.3 Cadangan

5.3.1 Cadangan Kepada Pelajar

5.3.2 Cadangan Kepada Ibu Bapa

5.3.3 Cadangan Kepada Guru

5.3.3 Cadangan Kepada Sekolah

5.3.4 Cadangan Kepada Kementerian

Pendidikan Malaysia

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan

5.5 Penutup

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN A-E

78

78

80

81

83

84

85

87

88

98 -96

97 - 108

xv

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK HALAMAN

2.1

3.1

3.2

3.3

3.4

3.5

3.6

3.7

3.8

3.9

3.10

4.1

4.2

4.3

4.4

4.5

Senarai Kursus Yang Ditawarkan Di Sekolah-Sekolah Menengah Teknik Pensempelan Mengikut Jurusan Pensempelan Mengikut Sekolah Item-item soal selidik Bahagian A Item-item soal selidik Bahagian B Skala Likert dan Skor Pekali Alpha Cronbach – klasifikasi berdasarkan kekuatan korelasi Analisis Item Kajian Rintis: Item yang dibaiki Pengkelasan Skala 5 Tahap kepada 3 Tahap Skala Pemeringkatan Skor Min Klasifikasi Kekuatan Kolerasi Taburan Peratusan Responden Mengikut Kursus

Taburan Peratusan Responden Mengikut Bangsa dan Agama Taburan Peratusan Responden Mengikut Keputusan PMR Taburan Peratusan Responden Mengikut Cita-Cita Taburan Peratusan Responden Mengikut Sekolah

18

30

30

32

32

33

35

35

36

37

37

40

41

42

42

43

xvi

4.6

4.7

4.8

4.9

4.10

4.11

4.12

4.13

4.14

4.15

4.16

4.17

Taburan Peratusan Responden Mengikut Bekas Sekolah Taburan Responden Mengikut Peratusan, Sisisan Piawai Dan Min Bagi Persepsi Terhadap Mata Pelajaran Teknikal. Taburan Responden Mengikut Tahap Persepsi Terhadap Mata Pelajaran Teknikal Taburan Responden Mengikut Peratusan, Sisisan Piawai Dan Min Bagi Faktor Faktor Minat Terhadap Bidang Teknikal Sebagai Faktor Pembentukan Persepsi.

Taburan Responden Mengikut Tahap Minat Terhadap Bidang Teknikal Sebagai Faktor Pembentukan Persepsi.

Taburan Responden Mengikut Peratusan, Sisisan Piawai Dan Min Bagi Faktor Peranan Dan Dorongan Ibu Bapa Sebagai Faktor Pembentukan Persepsi.

Taburan Responden Mengikut Tahap Peranan Dan Dorongan Ibu Bapa Sebagai Faktor Pembentukan Persepsi. Taburan Responden Mengikut Peratusan, Sisisan Piawai Dan Min Bagi Faktor Peranan Guru Sebagai Faktor Pembentukan Persepsi.

Taburan Responden Mengikut Tahap Peranan Guru Sebagai Faktor Pembentukan Persepsi. Taburan Responden Mengikut Peratusan, Sisisan Piawai Dan Min Bagi Faktor Rakan Sebaya Sebagai Faktor Pembentukan Persepsi

Taburan Responden Mengikut Tahap Rakan Sebaya Sebagai Faktor Pembentukan Persepsi Analisis Kolerasi Pearson Bagi Hubungan Antara Faktor Minat Terhadap Teknikal, Peranan Dan Dorongan Ibu Bapa, Peranan Rakan Sebaya Dan Peranan Guru Terhadap Persepsi Pelajar Dalam Mata Pelajaran Teknikal.

44

46

48

49

51

52

54

56

58

59

61

xvii

4.18

Perbandingan Min Dalam Menentukan Faktor Lebih Dominan Antara Faktor Minat Terhadap Teknikal, Peranan Dan Dorongan Ibu Bapa, Peranan Rakan Sebaya Dan Peranan Guru Dan Persepsi Dalam Mempengaruhi Persepsi Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Teknikal

63

xviii

SENARAI SINGKATAN

KPM

BPPDP

SMT

JPT

IPTA

P&P

PMR

SPSS

SMTPBI

SMTSI

SMTLC

Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Pendidikan

Sekolah Menengah Teknik

Jabatan Pendidikan Teknik

Institut Pengajian Tinggi Awam

Pengajaran dan Pembelajaran

Penilaian Menengah Rendah

Statistical Package of Social Science

Sekolah Menengah Teknik Persiaran Brash Ipoh

Sekolah Menengah Teknik Seri Iskandar

Sekolah Menengah Teknik Lebor Cator

xix

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A

B

C

D

E

Borang Soal Selidik Surat Akuan Surat BPPDP Surat JPN Analisis Kajian Rintis

BAB 1

PENGENALAN

1.0 Pengenalan

Sistem pendidikan hari ini adalah satu bentuk sistem yang banyak

menawarkan kepelbagaian kepada jenis pendidikan kepada pelajar. Sama ada

seseorang pelajar itu berminat untuk mengikuti pendidikan berteraskan sains,

teknikal, vokasional mahupun kemahiran. Selari dengan keperluan Falsafah

Pendidikan Negara yang menuntut kepada perkembangan potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu, selain untuk memenuhi keperluan individu, keluarga dan

masyarakat, sistem pendidikan sedia ada ini secara tidak langsung dilihat sebagai

satu usaha berterusan dalam memastikan setiap individu di Malaysia berupaya untuk

mengeksploitasi segenap kebolehan dalam diri masing-masing. (KPM, 2001) Dalam

satu petikan akhbar, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan bahawa “ Dalam usaha

membentuk Malaysia menjadi sebuah negara maju dan menguasai bidang teknikal,

lebih ramai pelajar dalam bidang-bidang teknikal dan vokasional diperlukan.” (Berita

Harian, 20 November 1999)

2

Melihat kepada keperluan negara terhadap akses pelajar ke sekolah menengah

teknik, sehingga Disember 2000, 81 buah sekolah menengah teknik (SMT) telah

dibina untuk menguatkan kefahaman dan meningkatkan kemahiran pelajar yang

cenderung mengikiti aliran teknikal. Ini ditambah pula dengan unjuran KPM yang

menunjukan peningkatan permintaan terhadap sekolah beraliran teknikal.

Dijangkakan pada tahun 2010, terdapat kekurangan sebanyak 15 525 tempat bagi

pendidikan teknikal. (KPM, 2001). Senario ini kemudiannya diperbaiki lagi dengan

pembukaan beberapa lagi sekolah-sekolah menengah teknik menjelang 2004.

Memetik laporan Pengarah Bahagian Pengurusan Pendidikan Teknik dan

Vokasional, Jabatan Pendidikan Taknikal Abdul Adris Abas, “ terdapat peningkatan

kemasukan bagi tahun 2004, sebanyak 2060 tempat berbanding tahun lalu berikutan

pembukaan tiga buah sekolah baru, iaitu di Pendang, Kedah; Pontian, Johor dan

Jengka, Pahang. Bagi kemasukan sesi 2004, seramai 36 340 orang pelajar ditawarkan

tempat untuk mengikuti aliran teknikal dan 14 180 tempat bagi aliran

vokasional.”(Berita Harian, 1 Januari 2004)

Selain daripada itu, Imran Idris (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003) di

petik sebagai berkata “setiap mata pelajaran aliran Teknikal iaitu Lukisan Tambahan,

Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Pengajian Kejuruteraan Awam dan

Pengajian Kejuruteraan Jentera serta lain-lain lagi mata pelajaran teknikal, adalah di

susun sebegitu rupa supaya pelajar dapat meningkatkan daya intelek, membentuk

pelajar yang mempu untuk membuat keputusan, kebolehan untuk mengadaptasi

perkembangan teknologi semasa dan menyesuaikannya secara berkesan dalam

kehidupan”

Kita dapati sesetengah pelajar dapat belajar dengan pantas,

mengaplikasikannya dengan segera dan dapat membina kehidupan harian mereka

sebagai seorang pelajar dengan begitu berkesan. Ini kerana pemilihan kursus yang

bersesuaian di samping subjek yang ditawarkan adalah bertepatan dengan citarasa

pelajar tersebut, maka dengan sendirinya timbul semangat untuk menghadirkan diri

untuk belajar di kelas dan akan mengambil masa yang cukup untuk mempelajari apa

yang sepatutnya dipelajari serta dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dengan

3

lebih berkesan. Pelajar hari ini adalah penentu samada wawasan 2020 akan menjadi

kenyataan atau sebaliknya. Bagi mempastikan hasrat wawasan tersebut menjadi

kenyataan, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia khasnya dan amnya

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional telah mengambil satu langkah yang

sesuai ke arah menyediakan pelajar yang berkualiti dalam bidang teknikal tanpa

mengira lelaki mahupun perempuan.

Perkembangan industri hari ini memerlukan gunatenaga manusia yang

banyak daripada golongan lelaki dan wanita. Manakala bidang teknik dan

vokasional pula merupakan suatu bidang yang memberi cabaran hebat kepada kaum

wanita dan ini memerlukan kebolehan yang berkaitan dengan faktor kreativiti, minat,

penyesuaian diri dan sikap bekerja serta berdisiplin (Ahmad Mahzan Ayob, 1993).

Justeru itu adalah menjadi harapan negara khususnya Kementerian Pendidikan

Malaysia (KPM) agar pelaksanaan matapelajaran-matapelajaran kemahiran dapat

membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran praktis dalam bidang

teknologi serta seterusnya melahirkan generasi yang mempunyai pengetahuan dan

berkemahiran. Tujuan utamanya ialah untuk membolehkan pelajar berfungsi secara

berkesan dalam masyarakat yang berorietasikan teknologi.

1.1 Latar Belakang Masalah

Pendidikan Teknik dan Vokasional adalah jenis pendidikan yang berbentuk

sains dan teknologi. Di Malaysia, Sistem Pendidikan Beraliran Teknikal sudah tidak

asing lagi semenjak ianya diadakan iaitu pada tahun 1961.

Sebelum Sijil Peperiksaan Malaysia 1999, pelajar-pelajar disekolah-sekolah

teknik diseluruh negara diwajibkan mengambil 10 mata pelajaran berbentuk pakej.

Ini adalah termasuk, 5 mata pelajaran teras, 3 mata pelajaran sains dan 2 mata

4

pelajaran teknikal. Namun begitu setelah KPM melaksanakan Sistem Peperiksaan

Sijil Terbuka, pelajar-pelajar dibenarkan mengambil seberapa banyak matapelajaran

yang di ingini Bagi pelajar-pelajar aliran teknikal, pada peringkat SPM, sebanyak

30% daripada penilaian keseluruhan mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan adalah

berbentuk penilaian kerja kursus.

Crow dan Crow (1963), menyatakan setengah-setengah pelajar

mengembangkan minatnya dalam sesuatu bidang hasil dari pengaruh guru, rakan

sebaya atau ahli keluarganya. Beliau berpendapat darjah kejayaan individu

bergantung kepada sikapnya dan juga minatnya dan di dalam buku yang

diterjemahkan oleh Habibah (1983) menyatakan dapatan psikologi mengenai corak

perkembangan kanak-kanak terhadap pendidikan adalah berkait rapat dengan

tindakan emosinya.

Menurut Khadijah Mohd Salleh (1985), wanita berbeza daripada lelaki dari

segi fizikal dan fungsi biologi. Kaum wanita kurang kekuatan berbanding dengan

kaum lelaki. Justeru itu kebanyakkan pekerja wanita sering didiskriminasikan dalam

bahagian kerja di bidang teknikal atau kejuruteraan dan keadaan ini berlaku di negara

kita (Azizah Kassim, 1985). Bagi mengatasi masalah ini kaum wanita perlu

bersama-sama merebut peluang dengan menimba seberapa banyak ilmu teknikal

seiring dengan kaum lelaki. Jika kaum wanita masih tidak memulakannya, mereka

akan terdedah kepada tanggapan prejudis yang bertitik tolak daripada yang bersifat

tradisional, batasan nilai, fizikal dan budaya.

Kesan daripada sikap prejudis inilah, sumbangan terhadap pembangunan

jarang diakui (Zaiton Nasir, 1989). Seandainya kaum wanita dapat melatihkan diri

dengan kerja teknikal ataupun praktikal, sudah pasti majikan tidak teragak-agak

untuk mengambil mereka bekerja dengan berjawatan. Wanita tidak boleh

menjadikan alasan didikan masa kecil untuk menghalang mereka berjaya, sekiranya

mereka ingin maju. Peluang wanita untuk mencapai pendidikan dan berkerjaya ke

5

peringkat yang lebih tinggi menjadi realiti disekitar abad kedua puluh menurut

Fatimah (1975).

Dengan tergubalnya Dasar Wanita Negara (1989), melambangkan

kesungguhan kerajaan berusaha mengoptimakan potensi wanita dalam bidang

pembangunan sosial dan ekonomi negara. Ini memandangkan peranan aktif yang

dimainkan oleh kaum wanita semakin meningkat dalam pembangunan.Persoalan

yang timbul ialah adakah persepsi yang terbentuk oleh seorang pelajar yang

sememangnya bergelar perempuan selari dengan bidang teknikal?

Melihat kepada kurangnya kajian yang dijalankan mengenai persepsi yang

positif terhadap matapelajaran teknikal, penyelidik merasakan adalah perlu untuk

melihat faktor-faktor yang mungkin mempengaruhi pembentukan persepsi yang

positif dikalangan pelajar perempuan.

1.2 Penyataan Masalah

Realitinya alam pendidikan di Malaysia sentiasa menuntut setiap daripada

ahlinya untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap proses pembelajaran dan

pengajaran yang di langsungkan di dalam bilik darjah. Dengan tertubuhnya bilangan

Sekolah Menengah Teknik dan sekolah vanekular yang menerapkan kemahiran telah

meningkat, maka ianya akan dapat melahirkan sejumlah besar masyarakat

bumiputera yang berpengetahuan di dalam bidang teknologi dan tanpa

membelakangi pengetahuan yang lainnya.

Di dalam penyelidikan ini, masalah yang dikaji adalah pembentukan persepsi

pelajar-pelajar tingkatan 4 sekolah menengah teknik di negeri Perak terhadap mata

6

pelajaran teknikal yang difokuskan kepada matapelajaran-matapelajaran Lukisan

Kejuruteraan dan Pengajian Kejuruteraan (Elektrik, Awam dan Jentera)

Shahril (1999) menyatakan hanya sejumlah 30% daripada pelajar-pelajar di

seluruh Malaysia yang mengikuti pendidikan beraliran teknikal. Jumlah pelajar

perempuan yang terlibat pula adalah sangat sedikit. Ini disokong pula dengan

perangkaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui

Pembangunan Pendidikan 2001-2010 (Perancangan Bersepadu Penjana

Kecermelangan Pendidikan) yang menyatakan hanya sejumlah 27.7% sahaja yang

mengikuti aliran teknikal. Ini menunjukan bahawa imej yang dibawa oleh pendidikan

teknikal adalah masih kurang jelas dan kabur. Ditambah pula dengan idea yang

menyatakan bahawa untuk berjaya dalam bidang sains dan teknikal memerlukan

pelajar-pelajar yang mampunyai bersifat “maskulin”. Ini adalah kerana kebanyakan

daripada sainstis yang berjaya adalah dikalangan lelaki. (Whyte 1986)

Menurut Harding (1981) dalam Girls Into Science and Technology, pelajar

perempuan dilihat lebih menonjol dalam mata pelajaran sains dan teknikal di

sekolah-sekolah sejenis sahaja. Whyte (1986) pula manyatakan, pelajar perempuan

kebanyakannya dikatakan merasa rendah diri dan seolah-olah tidak berkebolahan

sekiranya berada didalam kelompok pelajar-pelajar lelaki. Adakah senario ini juga

berlaku dalam dalam konteks pendidikan teknikal di Malaysia?

1.3 Objektif Kajian

Matlamat utama kajian ini adalah untuk meninjau persepsi pelajar perempuan

di sekolah-sekolah menengah teknik terhadap mata pelajaran teknikal. Beberapa

objektif yang telah dikenalpasti ialah:

7

i. Mengenal pasti persepsi pelajar-pelajar perempuan sekolah menengah

teknik di Negeri Perak terhadap mata pelajaran teknikal.

ii. Mengenal pasti peranan minat dalam pembentukan persepsi pelajar.

iii. Mengenal pasti dorongan dan peranan ibu bapa dalam pembentukan

persepsi pelajar.

iv. Mengenal pasti peranan guru dalam pembentukan persepsi pelajar.

v. Mengenal pasti peranan rakan sebaya dalam pembentukan persepsi

pelajar.

1.4 Persoalan Kajian

i. Apakah persepsi pelajar-pelajar perempuan di sekolah-sekolah

menengah teknik di Negeri Perak terhadap mata pelajaran teknikal?

ii. Adakah minat memainkan peranan terhadap persepsi pelajar?

iii. Adakah terdapat dorongan dan peranan ibu bapa dalam pembentukan

persepsi pelajar?

iv. Adakah guru memainkan peranan terhadap persepsi pelajar?

v. Adakah rakan sebaya memainkan peranan terhadap persepsi pelajar?

vi. Apakah faktor yang dominan diantara faktor minat terhadap bidang

teknikal, faktor peranan dan dorongan ibu bapa, faktor peranan guru

dan faktor peranan rakan sebaya dalam pembentukan persepsi pelajar

terhadap mata pelajaran teknikal?

vii. Adakah terdapat hubungan yang signifikan diantara faktor minat

terhadap bidang teknikal, faktor peranan dan dorongan ibu bapa,

faktor peranan guru, faktor peranan rakan sebaya terhadap persepsi

pelajar?