Transcript
Page 1: 8 dsp matematik ting 2   6 feb 2013

DSP Mathematics Tingkatan 2 Februari 2013

1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI

MATEMATIK

TINGKATAN 2

Page 2: 8 dsp matematik ting 2   6 feb 2013

DSP Mathematics Tingkatan 2 Februari 2013

2

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi

individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis

dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang

berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

keluarga, masyarakat dan negara."

Page 3: 8 dsp matematik ting 2   6 feb 2013

DSP Mathematics Tingkatan 2 Februari 2013

3

MATLAMAT KURIKULUM MATEMATIK Kurikulum Matematik Sekolah Menengah bertujuan untuk membentuk individu yang berpemikiran matematik dan berketerampilan mengaplikasikan

pengetahuan matematik dengan berkesan dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, supaya berupaya

menangani cabaran dalam kehidupan harian bersesuaian dengan perkembangan sains dan teknologi.

OBJEKTIF KURIKULUM MATEMATIK Kurikulum matematik sekolah menengah membolehkan murid:

1. Memahami definisi, konsep, hukum, prinsip dan teorem yang berkaitan dengan Nombor, Bentuk dan Ruang dan Perkaitan. 2. Memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi yang berkaitan dengan Nombor, Bentuk dan Ruang

dan Perkaitan. 3. Menguasai kemahiran asas matematik iaitu:

Membuat anggaran dan penghampiran

Mengukur dan membina

Memungut dan mengendali data

Mewakilkan dan mentafsir data

Mengenal perkaitan dan mewakilkannya secara matematik

Menggunakan algoritma dan perkaitan

Menyelesaikan masalah

Membuat keputusan 4. Berkomunikasi secara matematik. 5. Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. 6. Menghubungkaitkan ilmu matematik dengan bidang ilmu yang lain. 7. Menggunakan teknologi yang bersesuaian untuk membina konsep, menguasai kemahiran dan menyelesaikan masalah serta meneroka ilmu

matematik. 8. Membudayakan penggunaan pengetahuan dan kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggungjawab. 9. Bersikap yang positif terhadap matematik.

10. Menghargai kepentingan dan keindahan matematik.

Page 4: 8 dsp matematik ting 2   6 feb 2013

DSP Mathematics Tingkatan 2 Februari 2013

4

PENDAHULUAN

Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik

Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.

Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai

apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.

Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Page 5: 8 dsp matematik ting 2   6 feb 2013

DSP Mathematics Tingkatan 2 Februari 2013

5

TAFSIRAN

o Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan

individu.

o Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi gambaran

holistik tentang individu.

o Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di

mana kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua

iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih

qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.

o Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir dan

dicapai.

o Evidens

Murid : Pernyataan yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa yang dia tahu dan boleh buat

berdasarkan deskriptor.

Instrumen : Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam

bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain.

o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian

secara lisan, demonstrasi, ujian amali.

Page 6: 8 dsp matematik ting 2   6 feb 2013

DSP Mathematics Tingkatan 2 Februari 2013

6

TAFSIRAN BAND

BAND PERNYATAAN BAND TAFSIRAN

1 TAHU Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap

perkara yang asas.

2 TAHU DAN FAHAM Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta

menjelaskan apa yang telah dipelajari.

3 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.

4 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT

DENGAN BERADAB

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara

sistematik.

5 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT

DENGAN BERADAB TERPUJI

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan mengikut prosedur atau

secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.

6 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT

DENGAN BERADAB MITHALI

Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat

keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh

berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai

secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

Page 7: 8 dsp matematik ting 2   6 feb 2013

DSP Mathematics Tingkatan 2 Februari 2013

7

BAND PERNYATAAN STANDARD

1 Tahu pengetahuan asas matematik.

2 Tahu dan faham konsep dalam matematik.

3 Tahu, faham dan boleh menggunakan kemahiran asas matematik.

4 Tahu, faham dan boleh menyelesaikan masalah matematik secara sistematik.

5 Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah yang kompleks dengan menggunakan pelbagai kaedah.

6 Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik secara kreatif, inovatif dan berkesan.

Page 8: 8 dsp matematik ting 2   6 feb 2013

DSP Mathematics Tingkatan 2 Februari 2013

8

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

B1

TAHU

B1 Tahu pengetahuan asas matematik

B1D1 Mengetahui asas nombor kuasa dan nombor punca kuasa

B1D1E1 Menyatakan

nombor yang didarabkan dengan diri sendiri sebagai nombor kuasa dua dan sebaliknya

nombor yang didarabkan dengan diri sendiri dua kali sebagai nombor kuasa tiga dan sebaliknya

B1D2 Mengetahui asas ungkapan algebra

B1D2E1 Menyatakan

pembolehubah dalam sebutan algebra dalam dua pembolehubah atau lebih

ungkapan algebra dalam dua atau lebih pembolehubah

bilangan sebutan dalam ungkapan algebra yang diberi dalam dua atau lebih pembolehubah

B1D3 Mengetahui asas persamaan linear

B1D3E1 Menyatakan

sebutan algebra linear

ungkapan algebra linear

B1D4 Mengetahui asas Teorem Pythagoras

B1D4E1 Menyatakan hipotenus bagi segi tiga bersudut tegak.

Page 9: 8 dsp matematik ting 2   6 feb 2013

DSP Mathematics Tingkatan 2 Februari 2013

9

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

B1D5 Mengetahui perkara asas dalam satah Cartesan

B1D5E1 Menyatakan paksi-x, paksi-y dan asalan pada satah Cartesan.

B1D6 Mengetahui konsep asas bulatan

B1D6E1 Menyatakan bulatan sebagai satu set titik yang sama jarak dari satu titik tetap.

B1D7 Mengetahui asas penjelmaan

B1D7E1 Menyatakan penjelmaan sebagai padanan satu-dengan-satu antara titik pada satah.

Page 10: 8 dsp matematik ting 2   6 feb 2013

DSP Mathematics Tingkatan 2 Februari 2013

10

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

2

Tahu dan faham

B2

Tahu dan faham konsep dalam matematik

B2D1 Memahami konsep nombor berarah

B2D1E1 Membanding dan menyusun tertib nombor perpuluhan.

B2D2 Memahami nilai kuasa dua, kuasa tiga, punca kuasa dua dan punca kuasa tiga

B2D2E1 Mencari nilai atau anggaran nilai

kuasa dua suatu nombor

punca kuasa dua suatu nombor

kuasa tiga suatu nombor

punca kuasa tiga suatu nombor dengan / tanpa kalkulator

B2D2E2 Menentukan hubungkait di antara

kuasa dua dan punca kuasa dua

kuasa tiga dan punca kuasa tiga

B2D3 Memahami ungkapan algebra

B2D3E1 Menyatakan

sebutan algebra dalam dua atau lebih pembolehubah sebagai hasil darab pembolehubah dengan suatu nombor.

pekali dalam sebutan algebra dalam dua atau lebih pembolehubah.

sebutan serupa dan sebutan tidak serupa dalam dua pembolehubah atau lebih.

sebutan serupa untuk sebutan algebra yang diberi.

B2D3E2 Menulis ungkapan algebra bagi suatu situasi dengan menggunakan simbol huruf.

Page 11: 8 dsp matematik ting 2   6 feb 2013

DSP Mathematics Tingkatan 2 Februari 2013

11

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

B2D4 Memahami konsep persamaan linear

B2D4E1 Menyatakan hubung kait di antara dua kuantiti

dengan menggunakan simbol ‘ ’ atau ‘ ’. B2D4E2 Menentukan persamaan yang diberi adalah

suatu persamaan linear.

suatu persamaan linear dalam satu pembolehubah.

B2D5 Memahami konsep nisbah, kadar dan perkadaran

B2D5E1 Membanding

dua kuantiti dalam bentuk a : b atau b

a

tiga kuantiti dalam bentuk a : b : c

B2D6

Memahami Teorem Pyhtagoras dalam segi tiga bersudut tegak

B2D6E1 Menentukan hubungan di antara panjang sisi-sisi sebuah segi tiga bersudut tegak.

B2D7 Memahami konsep koordinat

B2D7E1 Menandakan nilai pada kedua-dua paksi dengan melanjutkan urutan nilai yang diberi pada paksinya. B2D7E2 Menyatakan titik tengah bagi garis lurus yang menyambungkan dua titik.

Page 12: 8 dsp matematik ting 2   6 feb 2013

DSP Mathematics Tingkatan 2 Februari 2013

12

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

B2D8 Memahami bahagian-bahagian bulatan

B2D8E1 Melabel bahagian-bahagian bulatan: a. pusat bulatan b. lilitan c. jejari d. diameter e. perentas f. lengkok g. sektor h. tembereng

B2D9 Memahami konsep penjelmaan dan mengenalpasti jenis-jenis penjelmaan

B2D9E1 Mengenalpasti objek dan imejnya bagi suatu penjelmaan yang diberi. B2D9E2 Mengenalpasti a. translasi. b. pantulan. c. putaran. B2D9E3 Mengenalpasti

sama ada suatu penjelmaan sebagai isometri

sama ada dua rajah adalah kongruen.

Page 13: 8 dsp matematik ting 2   6 feb 2013

DSP Mathematics Tingkatan 2 Februari 2013

13

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

B2D10 Memahami ciri-ciri pepejal geometri

B2D10E1 Menyatakan

ciri-ciri geometri bagi prisma, piramid, silinder, kon dan sfera

bilangan permukaan bagi prisma, piramid, silinder dan kon

B2D11 Memahami konsep asas data dalam statistik

B2D11E1 Membuat pengkelasan data berdasarkan yang mana boleh dikumpulkan secara a. mengira. b. mengukur.

Page 14: 8 dsp matematik ting 2   6 feb 2013

DSP Mathematics Tingkatan 2 Februari 2013

14

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

3

Tahu, Faham,

Boleh buat

B3

Tahu, faham dan boleh menggunakan kemahiran asas matematik

B3D1 Melakukan operasi kepada nombor terarah

B3D1E1 Melakukan operasi : a. darab b. bahagi

yang melibatkan dua integer ke atas integer. B3D1E2 Membanding dan menyusun pecahan secara tertib. B3D1E3 Melakukan operasi tambah atau tolak atau darab atau bahagi ke atas : a. pecahan. b. perpuluhan. c. dua nombor berarah.

B3D2 Melakukan operasi asas berkaitan nombor kuasa dua dan punca kuasa dua

B3D2E1 Menentukan :

nilai-nilai kuasa dua sempurna.

sama ada suatu nombor itu merupakan nilai kuasa dua sempurna

nilai punca kuasa dua bagi kuasa dua sempurna tanpa menggunakan kalkulator

B3D2E2 Melakukan operasi darab ke atas dua punca kuasa dua bagi : a. dua nombor yang sama. b. dua nombor yang berlainan.

Page 15: 8 dsp matematik ting 2   6 feb 2013

DSP Mathematics Tingkatan 2 Februari 2013

15

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

B3D3 Mengendalikan operasi dalam ungkapan algebra

B3D3E1 Mencari : a. hasil darab dua sebutan algebra. b. hasil bahagi dua sebutan algebra. B3D3E2 Mempermudahkan ungkapan algebra dengan mengumpulkan sebutan serupa. B3D3E3 Mencari nilai suatu ungkapan algebra dengan menggantikan huruf dengan suatu nombor. B3D3E4 Melakukan operasi : a. darab dan bahagi ke atas ungkapan algebra

dengan suatu nombor. b. tambah dan tolak ke atas dua ungkapan

algebra.

Page 16: 8 dsp matematik ting 2   6 feb 2013

DSP Mathematics Tingkatan 2 Februari 2013

16

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

B3D4 Mengendalikan operasi dalam persamaan linear

B3D4E1 Menulis persamaan linear dalam satu pembolehubah bagi pernyataan yang diberi dan sebaliknya. B3D4E2 Menentukan : a. sama ada suatu nilai merupakan penyelesaian

bagi suatu persamaan linear dalam satu pembolehubah.

b. penyelesaian bagi persamaan linear dalam satu pembolehubah secara cuba jaya.

B3D4E3 Menyelesaikan persamaan linear dalam bentuk : a. x + a = b. b. x – a = b. c. ax = b.

d. ba

x

di mana a, b, c ialah integer dan x ialah suatu

pembolehubah.

B3D5 Mengendalikan operasi asas dalam konteks nisbah, kadar dan perkadaran

B3D5E1 Menyatakan

sama ada nisbah yang diberi adalah setara

nisbah kepada sebutan terendah

nisbah yang berkaitan dengan suatu nisbah yang diberi.

B3D5E2 Menyatakan sama ada kuantiti yang diberi adalah berkadaran.

Page 17: 8 dsp matematik ting 2   6 feb 2013

DSP Mathematics Tingkatan 2 Februari 2013

17

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

B3D6 Menggunakan teorem Phythagoras dalam segitiga bersudut tegak

B3D6E1 Menentukan sama ada sebuah segi tiga itu merupakan segi tiga bersudut tegak.

B3D7 Membuat binaan asas geometri

B3D7E1 Membina tembereng garis dengan ukuran yang diberi.

B3D8 Menggunakan ciri-ciri asas koordinat dalam satah Cartesan

B3D8E1 Memplot titik dan nyatakan a. koordinat titik-titik yang jaraknya dari paksi-y

dan paksi-x diberi. b. jaraknya dari paksi-y dan paksi-x, koordinat

titik-titik tersebut diberi. c. koordinat bagi titik-titik pada satah Cartesan B3D8E2 Menyatakan skala yang digunakan pada paksi-paksi di mana skala pada paksi-paksi itu adalah : a. sama. b. tidak sama. B3D8E3 Menandakan dan menyatakan koordinat bagi suatu titik berdasarkan skala yang diberi B3D8E4 Mencari jarak di antara dua titik yang mempunyai : a. koordinat-y yang sama. b. koordinat-x yang sama.

Page 18: 8 dsp matematik ting 2   6 feb 2013

DSP Mathematics Tingkatan 2 Februari 2013

18

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

B3D8E5 Mencari koordinat titik tengah bagi suatu garis lurus yang menghubungkan dua titik yang mempunyai : a. koordinat-y yang sama. b. koordinat-x yang sama.

B3D9 Mengendalikan konsep asas lokus dalam dua dimensi

B3D9E1 Menghurai dan melakar lokus bagi suatu titik yang bergerak. B3D9E2 Menentukan lokus bagi titik-titik dengan keadaan jaraknya sentiasa sama dari : a. satu titik tetap. b. dua titik tetap. c. suatu garis lurus. d. dua garis lurus yang bersilang.

B3D10 Melukis bulatan berdasarkan ciri-ciri yang diberi

B3D10E1 Melukis satu bulatan berdasarkan a. jejari dan pusat b. diameter c. diameter yang melalui suatu titik tertentu.

dalam bulatan dan pusat d. perentas yang melalui suatu titik pada lilitan

bulatan dan jarak e. sektor atau saiz sudut pada pusat bulatan dan

jejari yang diberi.

Page 19: 8 dsp matematik ting 2   6 feb 2013

DSP Mathematics Tingkatan 2 Februari 2013

19

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

B3D11 Mengendalikan algoritma berkaitan lilitan dan luas bulatan

B3D11E1 Menghitung lilitan bulatan berdasarkan diameter atau jejari yang diberi B3D11E2 Menghitung panjang lengkok berdasarkan sudut sektor dan jejari yang diberi B3D11E3 Menghitung luas bulatan berdasarkan diameter atau jejari yang diberi B3D11E4 Menghitung luas sektor berdasarkan jejari dan sudut pada pusat bulatan yang diberi

B3D12 Mengenalpasti ciri-ciri penjelmaan dan menentukan imej

B3D12E1 Menentukan: a. imej suatu objek di bawah suatu translasi yang

diberi. b. ciri-ciri translasi. B3D12E2 Menentukan : a. imej suatu objek di bawah suatu pantulan

pada garisan yang diberi. b. ciri-ciri pantulan. c. imej suatu objek apabila paksi pantulan diberi. d. paksi pantulan berdasarkan objek dan imej

yang diberi.

Page 20: 8 dsp matematik ting 2   6 feb 2013

DSP Mathematics Tingkatan 2 Februari 2013

20

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

B3D12E3 Menentukan : a. imej suatu objek di bawah suatu putaran

berdasarkan pusat, sudut dan arah putaran yang diberi.

b. ciri-ciri putaran. c. i. imej objek apabila pusat, sudut dan arah putaran diberi. ii. pusat, sudut dan arah putaran berdasarkan objek dan imej yang diberi. B3D12E4 Membina pola menggunakan isometri. B3D12E5 Mengenalpasti kekongruenan di antara dua rajah sebagai satu daripada ciri-ciri isometri. B3D12E6 Menentukan ciri-ciri sisi empat berdasarkan pantulan dan putaran.

Page 21: 8 dsp matematik ting 2   6 feb 2013

DSP Mathematics Tingkatan 2 Februari 2013

21

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

B3D13 Mengenalpasti pepejal berdasarkan ciri yang diberi serta menggunakan rumus untuk mencari luas permukaan pepejal geometri

B3D13E1 Menyatakan jenis-jenis pepejal berdasarkan bentangan yang diberi. B3D13E2 Menghitung luas permukaan bagi : a. prisma b. piramid c. silinder d. kon e. sfera dengan menggunakan rumus.

B3D14 Mendapatkan maklumat asas daripada data statistik

B3D14E1 Mengumpul dan merekod data secara sistematik. B3D14E2 Menentukan : a. kekerapan sesuatu data / nilai. b. data yang mempunyai kekerapan terendah. c. data yang mempunyai kekerapan tertinggi. B3D14E3 Memperoleh maklumat dari : a. jadual kekerapan. b. piktogram. c. carta palang. d. graf garis.

Page 22: 8 dsp matematik ting 2   6 feb 2013

DSP Mathematics Tingkatan 2 Februari 2013

22

PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

4

Tahu, Faham, Boleh buat

dengan beradab

B4

Tahu, faham dan boleh menyelesaikan masalah matematik secara sistematik.

B4D1 Mengendalikan operasi gabungan dalam konteks nombor terarah

B4D1E1 Menyelesaikan masalah melibatkan operasi : a. darab b. bahagi bagi integer. B4D1E2 Melakukan pengiraan melibatkan gabungan operasi: a. tambah dan tolak b. darab dan bahagi bagi integer. B4D1E3 Melakukan pengiraan melibatkan gabungan dua atau lebih operasi dalam nombor berarah dengan penggunaan kurungan.

B4D2 Membuat pengiraan dalam konteks nombor kuasa dan nombor punca kuasa

B4D2E1 Melakukan pengiraan melibatkan : a. kuasa dua suatu nombor. b. kuasa dua dan punca kuasa dua. B4D2E2 Melakukan pengiraan melibatkan : a. kuasa tiga suatu nombor. b. kuasa tiga dan punca kuasa tiga.

Page 23: 8 dsp matematik ting 2   6 feb 2013

DSP Mathematics Tingkatan 2 Februari 2013

23

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

B4D3 Mengendalikan operasi yang melibatkan sebutan algebra

B4D3E1 Melakukan operasi darab dan operasi bahagi yang melibatkan sebutan algebra.

B4D4 Menyelesaikan persamaan linear

B4D4E1 Menyelesaikan persamaan linear

dalam bentuk ax + b = c, di mana a, b, c adalah integer dan x ialah suatu pembolehubah

dalam satu pembolehubah.

B4D5 Mengendalikan operasi untuk mencari nisbah, kadar dan perkadaran

B4D5E1 Mencari nilai suatu kuantiti bila diberi : a. nisbah dua kuantiti dan nilai satu kuantiti yang

lain. b. nisbah dan hasil tambah dua kuantiti tersebut. B4D5E2 Mencari nisbah bagi a : b : c bila diberi nisbah bagi a : b dan b : c. B4D5E3 Mencari nilai suatu kuantiti bila diberi : a. nisbah bagi tiga kuantiti dan nilai satu daripada

kuantiti tersebut. b. nisbah dan hasil tambah tiga kuantiti.

c. nisbah dan beza dua daripada tiga kuantiti

tersebut.

Page 24: 8 dsp matematik ting 2   6 feb 2013

DSP Mathematics Tingkatan 2 Februari 2013

24

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

B4D5E4 Mencari hasil tambah

dua kuantiti bila diberi nisbah bagi kuantiti-kuantitinya dan beza antara kuantiti tersebut.

tiga kuantiti bila diberi nisbah dan beza antara dua daripada tiga kuantiti.

B4D6 Menggunakan teorem Phythagoras untuk menghitung panjang suatu sisi dalam segi tiga bersudut tegak

B4D6E1 Menghitung : a. panjang sisi yang tidak diketahui bagi segi tiga

bersudut tegak b. panjang sisi bagi suatu rajah dengan menggunakan Teorem Pythagoras.

B4D7 Membuat binaan melibatkan gabungan ciri-ciri asas pembinaan geometri

B4D7E1 Membina suatu segi tiga bila diberi panjang setiap sisi. B4D7E2 Membina : a. garis pembahagi dua sama serenjang bagi

satu tembereng garis yang diberi.

b. garis serenjang kepada suatu garis dan

melalui satu titik yang terletak pada garis

tersebut.

c. garis serenjang kepada suatu garis dan

melalui satu titik yang tidak terletak pada garis

tersebut.

B4D7E3 Membina : a. sudut 60o dan 120o

b. pembahagi dua sama sudut.

Page 25: 8 dsp matematik ting 2   6 feb 2013

DSP Mathematics Tingkatan 2 Februari 2013

25

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

B4D8 Menggunakan ciri-ciri koordinat dalam satah Cartesan dalam konteks jarak dan titik tengah

B4D8E1 Mencari jarak antara dua titik dengan menggunakan Teorem Pythagoras. B4D8E2 Mencari koordinat titik tengah bagi garis yang menyambungkan dua titik.

B4D9 Membina lokus dalam dua dimensi berdasarkan ciri tertentu

B4D9E1 Membina lokus bagi titik-titik dengan keadaan jaraknya sentiasa sama dari : a. satu titik tetap. b. dua titik tetap. c. suatu garis lurus. d. dua garis lurus yang bersilang.

B4D10 Menggunakan rumus dan pembinaan geometri mencari ciri-ciri bulatan berdasarkan kriteria yang diberi

B4D10E1 Menentukan : a. pusat

b. jejari

bagi bulatan yang diberi dengan menggunakan kaedah pembinaan geometri.

Page 26: 8 dsp matematik ting 2   6 feb 2013

DSP Mathematics Tingkatan 2 Februari 2013

26

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

B4D10E2 Menghitung : a. jejari dan diameter diberi lilitan bagi satu

bulatan. b. sudut sektor diberi panjang lengkok dan jejari

bulatan.

c. panjang jejari bulatan diberi panjang lengkok dan sudut sektor.

d. jejari dan diameter diberi luas bagi satu bulatan.

e. sudut sektor diberi jejari dan luas bulatan. f. jejari diberi luas sektor dan sudut sektor.

B4D11 Menghuraikan penjelmaan dan menentukan imej atau objek

B4D11E1 a. Menghuraikan translasi dengan menyatakan

arah dan jarak pergerakan juga dalam bentuk

b

a

b. Menentukan koordinat bagi : i. imej, bila diberi koordinat objek.

ii. objek, bila diberi koordinat imej

di bawah satu translasi.

B4D11E2 a. Menghuraikan pantulan bila diberi objek dan

imej.

b. Menentukan koordinat bagi : i. imej, bila diberi koordinat objek

ii. objek, bila diberi koordinat imej

di bawah satu pantulan.

Page 27: 8 dsp matematik ting 2   6 feb 2013

DSP Mathematics Tingkatan 2 Februari 2013

27

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

B4D11E3

a. Menghuraikan putaran bila diberi objek dan imej.

b. Menentukan koordinat bagi :

i. imej, bila diberi koordinat objek

ii. objek, bila diberi koordinat imej

di bawah satu putaran.

B4D11E4 Menyelesaikan masalah melibatkan ciri kongruen.

B4D12 Menyelesaikan masalah melibatkan pepejal geometri

B4D12E1 Melukis bentangan bagi prisma, piramid, silinder dan kon. B4D12E2 Membina model pepejal geometri apabila suatu bentangan diberi. B4D12E3 Menghitung ukuran : a. panjang sisi

b. tinggi

c. tinggi hipotenus

d. jejari

e. diameter

bagi pepejal bila diberi luas permukaan dan maklumat lain yang berkenaan.

Page 28: 8 dsp matematik ting 2   6 feb 2013

DSP Mathematics Tingkatan 2 Februari 2013

28

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

B4D13 Mewakilkan data dalam jadual, piktograf, carta palang dan graf garis

B4D13E1 Penyusunan data dengan membina : a. jadual gundalan.

b. jadual kekerapan.

B4D13E2 Membina : a. piktograf b. carta palang c. graf garis untuk mewakilkan data.

Page 29: 8 dsp matematik ting 2   6 feb 2013

DSP Mathematics Tingkatan 2 Februari 2013

29

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

5

Tahu, faham dan boleh buat

dengan beradab terpuji

B5

Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah yang kompleks dengan menggunakan pelbagai kaedah

B5D1 Membuat penyelesaian masalah melibatkan gabungan operasi dalam konteks nombor terarah

B5D1E1 Menyelesaikan masalah yang melibatkan gabungan operasi penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian bagi integer termasuk penggunaan kurungan dalam konteks nombor berarah.

B5D2 Membuat penyelesaian masalah melibatkan operasi gabungan dalam konteks nombor kuasa dan nombor punca kuasa

B5D2E1 Melakukan pengiraan yang melibatkan penambahan, penolakan, pendaraban, pembahagian dan gabungan operasi ke atas kuasa dua, punca kuasa dua, kuasa tiga dan punca kuasa tiga.

B5D3 Membuat penyelesaian masalah dalam konteks persamaan linear

B5D3E1 Menyelesaikan masalah yang melibatkan persamaan linear dalam satu pembolehubah.

B5D4 Membuat penyelesaian masalah dalam konteks nisbah, kadar dan perkadaran

B5D4E1 Menyelesaikan masalah yang melibatkan: a. nisbah dan perkadaran. b. nisbah dalam tiga kuantiti.

B5D5 Menggunakan teorem Phythagoras dalam penyelesaian masalah melibatkan segitiga bersudut tegak

B5D5E1 Menyelesaikan masalah yang melibatkan: a. Teorem Pythagoras. b. akas Teorem Pythagoras.

Page 30: 8 dsp matematik ting 2   6 feb 2013

DSP Mathematics Tingkatan 2 Februari 2013

30

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

B5D6 Membina segi tiga dan segi empat melibatkan gabungan ciri-ciri asas pembinaan geometri

B5D6E1 Membina: a. segi tiga yang diberikan satu sisi dan dua

sudut. b. segi tiga yang diberikan dua sisi dan satu

sudut. c. garisan selari. d. segi empat selari yang diberikan ukuran sisi

dan sudut.

B5D7 Membuat penyelesaian masalah menggunakan ciri-ciri koordinat dalam satah Cartesan

B5D7E1 Menyelesaikan masalah yang melibatkan koordinat, jarak di antara dua titik dan titik tengah.

B5D8 Menentukan persilangan dua lokus melalui pembinaan lokus dalam dua dimensi berdasarkan ciri tertentu

B5D8E1 Menentukan persilangan dua lokus dengan melukis kedua-dua lokus itu dan menanda titik / titik-titik persilangan yang memenuhi syarat kedua-dua lokus itu.

B5D9 Membuat penyelesaian masalah dalam bulatan menggunakan rumus dan berdasarkan kriteria yang diberi

B5D9E1 Menyelesaikan masalah yang melibatkan : a. lilitan bulatan. b. lengkok suatu bulatan. c. luas bulatan. d. luas sektor dan luas bulatan. B5D9E2 Menghitung luas bulatan yang diberi lilitan dan sebaliknya.

Page 31: 8 dsp matematik ting 2   6 feb 2013

DSP Mathematics Tingkatan 2 Februari 2013

31

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

B5D10 Membuat penyelesaian masalah dalam penjelmaan

B5D10E1 Menyelesaikan masalah yang melibatkan : a. translasi. b. pantulan. c. putaran.

B5D11 Membuat penyelesaian masalah yang melibatkan pepejal geometri

B5D11E1 Menyelesaikan masalah yang melibatkan luas permukaan pepejal geometri.

B5D12 Membuat penyelesaian masalah yang melibatkan perwakilan graf dan carta statistik

B5D12E1 Menyelesaikan masalah yang melibatkan : a. piktograf. b. carta palang. c. graf garis.

Page 32: 8 dsp matematik ting 2   6 feb 2013

DSP Mathematics Tingkatan 2 Februari 2013

32

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

6

Tahu, Faham, Boleh buat

dengan Beradab Mithali

B6

Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik secara kreatif, inovatif dan berkesan

B6D1 Menyelesaikan masalah matematik dalam suatu situasi secara kreatif dan inovatif.

B6D1E1 Menyelesaikan masalah matematik dalam suatu situasi yang melibatkan gabungan pengetahuan dan kemahiran matematik secara kreatif dan inovatif. Atau Membuat pembentangan dalam pelbagai bentuk persembahan, penulisan, projek atau permainan yang menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik secara kreatif dan inovatif.