Download pdf - Buletin Edisi 6

Transcript
Page 1: Buletin Edisi 6

PESTA SUKAN IPTIM 2011 І 01

PENGHARGAAN

EDISI 6 | 27/10/11 29 ZULKAEDAH 1432 KHAMIS

Acara-acara bagi Pesta Sukan IPTIM 2011 sudah semakin hampir pada penghujungnya. Semua kontinjen merasakan tekanan membebani mereka apabila persaingan menjadi bertambah sengit. Tambahan pula, terdapat beberapa perlawanan yang telah tamat hingga ke separuh akhir dan pemenang-pemenang bagi perlawanan tersebut sudah pun diketahui. Hari kelima Pesta Sukan IPTIM 2011 menyaksikan perlawanan akhir bagi acara bola jaring, bola tampar kategori wanita, dan juga sepak takraw di mana setiap perlawanan berakhir pada waktu yang ber-lainan. Hal ini memudahkan penyokong untuk memberi sokongan yang terakhir dan padu kepada pemain-pemain yang terlibat dalam pertandingan tersebut. Perlawanan bagi acara sepak takraw dan bola jaring adalah yang terawal menamatkan peringkat akhir, justeru menentukan kedudukan pemenang-pemenang bagi acara-acara tersebut. Sepak takraw yang telah tamat perlawanannya pada pagi semalam memperlihatkan kemenangan berpihak kepada Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) diikuti Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang mendapat tempat kedua dan juga Pusat Asasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Petaling Jaya pada tempat ketiga. Bagi acara bola jaring pula, kontinjen Pusat Asasi UIAM berjaya merampas kedudukan pertama dari Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) yang berada pada tempat kedua diikuti Kolej Islam Antarabangsa

(IIC) di tempat ketiga. Bagi acara bola tampar kategori wanita yang berakhir petang semalam, kehebatan kontinjen Pusat Asasi UIAM amat terserlah apabila mereka berjaya membolot kemenangan daripada semua pihak lawan. Pasukan tersebut berjaya mengekalkan pungutan mata pada ketiga-tiga set perlawanan hingga membuatkan pihak lawan tiada peluang untuk men-curi mata walau sedikit pun. Tiga (3) acara telah pun berakhir iaitu bola jaring, bola tampar kategori wanita dan sepak takraw tetapi terdapat empat (4) lagi acara yang

masih dipertandingkan iaitu futsal bola tampar kategori lelaki,bola sepak dan badminton untuk mencari pemenang-pemenang bagi pasukan masing-masing. Kita saksikan kehebatan mereka dalam merebut kemenangan bagi Pesta Sukan IPTIM 2011!! ^__^

3 DOWN, 4 MORE TO GO~!!!

WAKTU SOLAT

27 OKTOBER 2011

SUBUH

ZUHUR

ASAR

MAGHRIB

ISYAK

05:47

12:58

16:18

18:59

20:05

Page 2: Buletin Edisi 6

PESTA SUKAN IPTIM 2011 І 02

Cuaca pada pagi hari ke - 5 Pesta Sukan IPTIM agak men-dung. Peserta – peserta yang bertanding di luar Pusat Asasi, Universiti Islam Antarabangsa Petaling Jaya, bersiap – sedia di hadapan Mahallah Fatimah Az – Zahra. Kesemua kontinjen yang terlibat dalam acara futsal ber-gerak ke Universiti Islam An-tarabangsa, Gombak manakala pasukan KUIS dan IIC bergerak ke Universiti Malaya untuk per-tandingan bola sepak.

Menurut laporan yang kami terima, kontinjen dari YIU begitu menyerlah sepanjang acara

futsal berlangsung. Setakat ini, YIU telah berjaya mendahului kontinjen lain dalam perlawanan separuh akhir menen-tang kontinjen Kolej UNITI dengan pungutan mata 7 – 4. Pusat Asasi UIAM juga berjaya melayakkan diri ke pering-kat akhir futsal apabila berjaya menumpaskan kontinjen KUIS dengan 4 – 2. Bagi perlawanan bola sepak pada hari semalam, pertemuan antara KUIN dan KIAS berakhir dengan keputusan seri satu (1) sama. Lain pula ceritanya dengan perlawanan antara KUIS dan IIC. KUIS tersenyum lebar apabila berjaya menembusi benteng pihak lawan sebanyak dua kali manakala IIC kecundang tanpa sebarang jaringan.

Hari ke 5 turut merupakan hari pertama bagi acara badminton yang telah diadakan di Dewan Al – Malik Faisal (AMF), Pusat Asasi, UIAM Petaling Jaya. Pada awalnya, acara ini kurang mendapat sambutan daripada orang ramai namun menjelang waktu tengah hari, dewan AMF dipenuhi oleh penyokong. Acara terus diadakan pada malam harinya dan berlanjutan sehingga ke jam 11 malam.

Pada pagi yang sama, perlawanan akhir bola jaring dan sepak takraw turut berlangsung. Setelah setengah jam berhempas – pulas dan mengerah keringat di atas gelanggang bola jaring, kontinjen KUIM telah berjaya me-newaskan Kolej UNITI dengan mata 26 – 9. Semasa perlawanan antara kontinjen Pusat Asasi UIAM bertemu kontinjen KUIS, pasukan KUIS telah mendapat sokongan daripada KUIM yang semalamnya telah ditumpaskan oleh kontinjen Pusat Asasi UIAM. Walaupun sorakan daripada pihak lawan menekan kontinjen dari tuan rumah, namun ia bukanlah menjadi penyebab untuk melemahkan semangat mereka untuk menang. Kemenangan telah berpihak kepada tuan rumah dengan mata 34 -11.

Bagi acara sepak takraw, perlawanan antara KUIN dan Pusat Asasi UIAM berlangsung pada waktu pagi, begitu juga pertemuan antara IIC dan KUIS bagi acara yang sa-ma. Akhirnya, KUIN dan KUIS berjaya mengalahkan pe-saing masing-masing dengan keputusan 2-1 bagi kedua-dua perlawanan.

Sebelum bermulanya perlawanan suku akhir bagi acara

bola tampar, pasukan tuan rumah telah bertemu Kolej

UNITI pada sebelah pagi dan keputusannya 3 – 0 dengan

kontinjen tuan rumah sebagai pemenang. Keadaan cuaca

yang tidak menentu sejak kebelakangan ini telah menjejas-

kan jadual perlawanan. Perlawanan yang sepatutnya diadakan pada jam empat petang, telah ditangguhkan pada

jam lima petang berikutan hujan yang sangat lebat. Perlawanan pertama pada waktu petang telah melibatkan KUIN

dan KUIS dengan keputusannya 2-3 bahkan mereka mengambil masa yang agak lama untuk menamatkan per-

mainan menyebabkan perlawanan seterusnya yang menemukan kontinjen Pusat Asasi UIAM dengan KIAS ber-

larutan hingga lewat petang.

ATLIT SEMAKIN LINCAH !!!

Page 3: Buletin Edisi 6

PESTA SUKAN IPTIM 2011 І 03

Apakah penambahbaikan yang anda cadangkan bagi meningkatkan lagi kualiti Pesta Sukan IPTIM supaya menjadi lebih baik pada tahun akan datang?

“Pada pandangan saya, semua prasarana, kemudahan dan layanan yang diberikan oleh tuan rumah pada tahun ini amat memuaskan. Cuma saya berharap agar pihak penganjur Pesta Sukan IPTIM pada tahun-tahun yang akan datang dapat memberikan tumpuan yang lebih kepada kemudahan penginapan para atlit.” Nabilah Roslan Atlit Bola Tampar Kolej UNITI

“Sudah menjadi keperluan kepada para atlit untuk bijak menyesuaikan diri dengan tempat berlangsungnya kejo-hanan sukan. Bagi saya, penganjuran Pesta Sukan IPTIM pada tahun ini berjalan dengan lancar dan teratur Saya berharap agar tuan rumah Pesta Sukan IPTIM pada tahun yang akan datang dapat mengelola Pesta Sukan ini dengan lebih baik lagi.” Najad Hadri Atlit Pingpong Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS)

KEBAIKAN MANDI : 1. Mengeluarkan racun jika berendam dalam air panas (32-35C) selama 10-20 minit kerrana akan membuka ruang kulit yang

dapat membantu mengeluarkan toksin. 2. Meringankan stress sekiranya mandi dengan air sejuk kerana dapat melegakan ketegangan dimana ia dapat menyempitkan

darah dan meningkatkan gula dalam darah. 3. Jangkitan kulit seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan sodium bikarbonat ke dalam air mandian

sebagai antiseptik dan digalakkan berendam selama 10-20 minit.

4. Insomnia dapat diatasi dengan memasukkan kaki kedalam air sejuk sehingga anda merasa dingin.

“Kualiti Pesta Sukan IPTIM dapat ditingkatkan lagi dengan lebih penyertaan kontinjen dari luar negara pada masa akan datang.” Khairul Faizi Abdul Khadir Atlit Bola Tampar Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)

http://www.facebook.com/pestasukaniptim2011 http://[email protected]

ACARA BOLA TAMPAR (W) KUIS (3) - UNITI (0) CFS IIUM (3) - KUIM (0)

ACARA BADMINTON (BERPASUKAN)

KUIS (1) - KUIN (4) KUIM (0) - IIC (5) CFS IIUM (3) - KUIS (2) KISDAR (5) - KUIM (0) KUIN (3) - CFS IIUM (2) IIC (3) - KISDAR (2)

ACARA FUTSAL (L)

SUKU AKHIR

YALA (9) - KIAS (1) KUIN (1) - UNITI (2) KUIS (4) - IIC (1) KUIM (0) - CFS IIUM (2)

SEPARUH AKHIR

YALA (7) - UNITI (4) CFS IIUM (4) - KUIS (2)

ACARA BOLA SEPAK KIAS (1) - KUIN (1) KUIS (2) - IIC (0)

ACARA BOLA JARING

KUIM (26) - UNITI (9) CFS IIUM (34) - KUIS (11)

ACARA SEPAK TAKRAW

CFS IIUM (1) - KUIN (2) IIC (1) - KUIS (2)

ACARA BOLA TAMPAR (L) CFS IIUM (3) - UNITI (0)

SEPARUH AKHIR

KUIN (2) - KUIS (3) CFS IIUM (3) - KIAS (0)

Page 4: Buletin Edisi 6

PESTA SUKAN IPTIM 2011 І 04