Transcript
Page 1: cth RPH Zaman Air Batu - sejarah tahun4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

SEJARAH TAHUN EMPAT

Mata Pelajaran dan Kelas

Sejarah Tahun 4 Sarawak

Standard Kandungan Zaman Air Batu

Masa 8.40 – 9.40 pagi (1 jam)

Fokus

Standard Pembelajaran

2.1.1 Menyatakan maksud Zaman Air Batu2.1.2 Menyatakan perubahan yang berlaku pada Zaman Air

Batu.

K 2.1.4 Menyatakan keperluan menghargai alam sekitar.

Objektif Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, murid akan dapat;i. menyatakan maksud zaman air batu.ii. menjelaskan sekurang-kurangnya empat perubahan yang

berlaku pada zaman air batu.iii. menyenaraikan dua keperluan menghargai alam sekitar.

Aktiviti 1. Menonton tayangan video tentang salji yang turun pada musim sejuk semasa perayaan Hari Krismas (TMK)

2. Bercerita tentang keadaan semasa cuaca sejuk dan cuaca panas berdasarkan video yang ditonton.

3. Melihat gambar keadaan bentuk muka bumi di kawasan yang mengalami musim sejuk melalui slaid powerpoint (KPS)

4. Membentangkan jawapan berdasarkan kad arahan yang diberikan.

EMK Nilai Murni : bersyukur, kasih sayang KPS : elemen asas sejarah Dimensi Kewarganegaraan : berbangga dengan sejarah asal- usul negara.TMK : belajar melalui TMK

Bahan Bantu Belajar Komputer, LCD,DVD, slaid powerpoint, buku latihan, alat tulis, kad arahan

Refleksi 30 orang daripada 36 orang murid telah mencapai objektif P&P.

Murid yang belum menguasai akan diberi bimbingan. Murid yang telah menguasai akan diberi latihan pengayaan.

Page 2: cth RPH Zaman Air Batu - sejarah tahun4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

SEJARAH TAHUN EMPAT

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI EMK CATATAN

Permulaan (5 minit)

Menonton tayangan video klip

1. Murid menonton tayangan video klip mengenai ”Perayaan Hari Christmas”.

2. Guru bersoaljawab dengan murid berdasarkan video yang ditonton:

a) Adakah kamu melihat hujan salji dalam cerita sebentar tadi?

b) Apakah yang terjadi pada salji yang turun itu?

c) Adakah salji turun di Malaysia?

3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari ini.

Nilai Murni

bersyukur kasih sayang

EMK

TKP TMK

KB menjana idea menghubung kait

BBM

Komputer riba, LCD,

DVD

Aktiviti 1 (15 minit)

1. Guru membahagikan murid kepada dua kumpulan:-

Kumpulan 1 : Murid menyenaraikan keadaan semasa cuaca sejuk.

Kumpulan 2 : Murid menyenaraikan keadaan semasa cuaca panas.

Catatan: Konsep i-think (bubble map)

2. Murid-murid menyenaraikan ciri-ciri cuaca panas dan cuaca sejuk dalam kertas sebak.

3. Guru meminta setiap ketua kumpulan untuk membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas.

4. Guru merumuskan pembentangan murid dan meminta murid menjelaskan maksud zaman air batu

Nilai Murni

menghargai alam

EMK

keusahawanan

KB

menjana idea membanding beza

o Ciri cuaca sejuk- menggigil - salji- baju tebal

o Ciri cuaca panas- berpeluh- matahari terik- haus/ dahaga

o Zaman air batu adalah dunia diliputi salji dan berkeadaan sejuk

Aktiviti 2 (20 minit)

1. Guru menunjukkan gambar slaid kawasan-kawasan yang dilitupi air batu yang sedang mencair.

2. Murid diminta menjelaskan peristiwa/

Nilai

menghargai alam

o suhu dibawah takat beku

o manusia bergerak bebas

Page 3: cth RPH Zaman Air Batu - sejarah tahun4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

SEJARAH TAHUN EMPAT

kandungan berdasarkan gambar tersebut.

3. Guru juga merumuskan jawapan murid dengan satu eksperimen ringkas iaitu kiub air batu yang terdedah.

4. Guru menyoal murid sebab-sebab pencairan air batu.

5. Murid-murid memberi beberapa jawapan berdasarkan eksperimen tersebut.

6. Guru menerangkan tentang keadaan dan pencairan zaman air batu dengan bantuan gambar-gambar berkaitan dan mengaitkan dengan perubahan zaman air batu.

EMK

ICT

KB

memberi sebab

o dunia seolah-olah satu daratan sahaja

o litupan air batu yang jelas

Aktiviti 3 (15 minit)

1. Guru membahagikan murid dalam tiga kumpulan kecil dan memperkenalkan permainan ’Kotak Beracun’.

2. Guru menyediakan kotak beracun. Setiap kotak beracun tersebut mengandungi kad arahan yang berbeza.

3. Kotak beracun akan diedarkan kepada setiap kumpulan dan berhenti mengikut iringan muzik yang dimainkan.

4. Kad arahan: Kad Arahan 1 : zaman Air batu) Kad Arahan 2 (perubahan-perubahan

zaman air batu) Kad Arahan 3 (alam sekitar)

5. Guru dan murid membuat perbincangan tentang menjaga alam sekitar.

EMK

ICT,pendidikan alam

sekitar, sains

KB

menjana idea menjelas

BBM

o gambar

o kotak beracun

o kad arahan

suhu iklim bumi turun 

menyebabkan

peningkatan jumlah

pembentukan air batu di

kutub dan glasier

gunung.

Penutup (5 minit)

1. Guru menunjukkan semula gambar-gambar berkaitan zaman air batu.

2. Murid diminta menyatakan kepentingan menjaga alam sekitar.

3. Guru merumuskan isi-isi penting dalam pelajaran hari ini.

Nilai

menjaga alam sekitar

Zaman air batu juga

dikatakan sebagai

suatu tempoh

glasier untuk tempoh

sejuk ketika zaman air

batu dan perantaraan

glasier (interglacial)

untuk suatu tempoh yang

panas.

Page 4: cth RPH Zaman Air Batu - sejarah tahun4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

SEJARAH TAHUN EMPAT

Kad Arahan 1

Berdasarkan gambar dibawah, kumpulan anda diminta menjawab soalan-soalan berikut:

1. Apa yang anda dapat perhatikan dari gambar di atas?

2. Bagaimana keadaan waktu ini?

3. Bagaimana pergerakan manusia pada waktu ini?

Page 5: cth RPH Zaman Air Batu - sejarah tahun4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

SEJARAH TAHUN EMPAT

Kad Arahan 2

Berdasarkan gambar dibawah, kumpulan anda diminta menjawab soalan-soalan berikut:

1. Bolehkah air batu dalam gambar di atas cair?

2. Mengapakah air batu boleh cair?

Kad Arahan 3

Lihat klip video berikut dan kemudian jawab soalan-soalan berikut

1. Pada pandangan kumpulan anda, mengapa peristiwa tersebut berlaku?

2. Berikan sebab mengapa kita perlu menjaga alam sekitar?

Nama ahli Kumpulan 3:1. Simon Anak Nangau SK ST.Dunstan,Maang2. Khalid Jeraul SK Jalan Arang3. Heng Yain Ling SJK Sam Hap Hin4. Yvonne Kho SJK CH Bt 11, Matang5. Phang Kong Jan SJK CH Sejijak6. Alene Macaulay SK Paya Mebi7. Awang SK Semban8. Robinson Anak Dawum SK Taba Sait9. Desa Simbo SK ST. Patrick