Transcript
Page 1: INDEKS KETERBACAAN Indeks keterbacaan ialah … · INDEKS KETERBACAAN Indeks keterbacaan ialah kiraan aras kebolehan pembaca memahami kandungan bahan bacaan. Secara umumnya indeks

INDEKS KETERBACAAN Indeks keterbacaan ialah kiraan aras kebolehan pembaca memahami

kandungan bahan bacaan. Secara umumnya indeks keterbacaan boleh diukur menggunakan formula berikut: 1. Gunning Fog Index (Bukan Teknikal) 2. Flesch Reading Ease (Teknikal) 3. Flesch–Kincaid Grade Level (Teknikal)

Page 2: INDEKS KETERBACAAN Indeks keterbacaan ialah … · INDEKS KETERBACAAN Indeks keterbacaan ialah kiraan aras kebolehan pembaca memahami kandungan bahan bacaan. Secara umumnya indeks

INDEKS KETERBACAAN Gunning Fog Index (Bukan Teknikal) Indeks ini merupakan kaedah yang digunakan untuk menganalisis bahan bertulis dan menentukan aras kesukaran bacaan dan kefahaman terhadap bahan bertulis berkenaan.

Page 3: INDEKS KETERBACAAN Indeks keterbacaan ialah … · INDEKS KETERBACAAN Indeks keterbacaan ialah kiraan aras kebolehan pembaca memahami kandungan bahan bacaan. Secara umumnya indeks

Langkah yang digunakan untuk mengira atau mengaplikasikan Gunning Fog Index 1. Ambil petikan penuh sebarang bahan bertulis

sekitar 100 patah perkataan (yang melibatkan ayat penuh).

2. Kira purata panjang ayat (PPA) untuk petikan berkenaan dengan membahagi jumlah perkataan dengan jumlah ayat.

3. Kira peratus perkataan kompleks (PPK), iaitu perkataan akar yang mengandungi 3 atau lebih sukukata dan TIDAK termasuk kata khas.

4. Campurkan PPA dengan PPK. 5. Darab jumlah campur PPA dan PPK dengan 0.4. 6. Skor yang diperolehi menunjukkan tempoh

pembelajaran dalam jumlah tahun yang diperlukan untuk memahami bahan bertulis berkenaan.

Page 4: INDEKS KETERBACAAN Indeks keterbacaan ialah … · INDEKS KETERBACAAN Indeks keterbacaan ialah kiraan aras kebolehan pembaca memahami kandungan bahan bacaan. Secara umumnya indeks

Contoh Latihan 1 (Kira Indeks Keterbacaan)

Seorang profesional adalah ahli kepada sesuatu profesion. Istilah tersebut juga menerangkan tentang piawaian pendidikan dan latihan yang menyediakan seseorang anggota sesuatu profesion dengan pengetahuan dan kemahiran khusus yang diperlukan untuk melaksanakan dan menjayakan peranan anggota dalam profesion berkenaan. Selain itu kebanyakan anggota pertubuhan profesional adalah tertakluk kepada etika perlakuan yang ketat yang mengutamakan obligasi etika dan moral. Amalan piawaian profesional dan etika untuk bidang- bidang tertentu pada kebiasaannya dipersetujui dan disenggara melalui pertubuhan profesional yang diiktiraf. Beberapa definisi “profesional” membataskan penggunaan istilah berkenaan hanya kepada profesion tertentu yang memenuhi aspek penting yang berkaitan dengan kepentingan umum dan kebaikan kepada masyarakat. (100 patah perkataan)

Page 5: INDEKS KETERBACAAN Indeks keterbacaan ialah … · INDEKS KETERBACAAN Indeks keterbacaan ialah kiraan aras kebolehan pembaca memahami kandungan bahan bacaan. Secara umumnya indeks

Contoh Latihan 2 (Kira Indeks Keterbacaan)

Since abstract writing is hard to visualize, it often seems as though it makes no sense and all the words are excessive. Writers in academic fields that concern themselves mostly with the abstract, such as philosophy and especially Post-modernism, often fail to include extensive concrete examples of their ideas, and so a superficial examination of their work might lead one to believe that it is all nonsense. The widespread expectation that scholarly works in these fields will look at first glance like nonsense is the source of humor that pokes fun at these fields by comparing actual nonsense with real academic writing. (101 words)


Recommended