Transcript
Page 1: JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH Wisma … B : PENGAKUAN PEGAWAI TAMAT KONTRAK (Tidak perlu diisi jika tamat kontrak kerana kematian) 1. Saya akui bahawa maklumat seperti yang terkandung

Tel.: 088-272000 Faks: 088-212655 E-mel: [email protected]

Bil. JBNS: NO.A/400-2146/A/Klt.3(29)

Tarikh: 12 Disember 2012

Setiausaha Kerajaan NegeriSemua Setiausaha Tetap KementerianSemua Ketua JabatanSemua Pegawai DaerahSemua Penolong Pegawai Daerah, Daerah KecilSemua Bendahari Daerah

PEKELILING JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH BILANGAN 12 TAHUN 2012PANDUAN MEMPROSES PERMOHONAN BAYARAN GANJARAN KONTRAK

TUJUAN

1. Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan garis panduan dan kaedah baru dalam memproses permohonan tuntutan bayaran ganjaran bagi Anggota Perkhidmatan Awam Negeri lantikan kontrak melalui penggunaan format baru Borang JBN. 28 (Pin. 2/2012) - 'Sijil Akuan Berhutang/Tidak Berhutang Pegawai Tamat Kontrak', dan Borang JBN. 39 (Pin. 1/2012) - 'Borang Permohonan Bayaran Ganjaran Kontrak'.

LATAR BELAKANG

2. Didapati terdapat keperluan untuk mengemaskini Borang-Borang terdahulu bagi memperkemaskan tanggungjawab dan proses kerja sesuai dengan keadaan semasa.

GARIS PANDUAN DAN KAEDAH BARU MEMPROSES BAYARAN GANJARAN KONTRAK

3. Borang JBN. 28 (Pin. 1/00) dan Borang JBN. 39 telah dipinda kepada Borang JBN. 28 (Pin. 2/2012) dan Borang JBN. 39 (Pin. 1/2012) seperti contoh dilampirkan. Borang dengan format baru ini boleh terus digunapakai dan ianya boleh di dapati melalui Laman Web Jabatan Bendahari Negeri Sabah (www.sabah.gov.my/jbn). Borang ini hendaklah dicetak pada kedua-dua belah muka kertas saiz A4.

2/....

JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAHWisma Kewangan

Jalan Tunku Abdul RahmanBeg Berkunci No. 205888595 Kota Kinabalu

Sabah, Malaysia

Page 2: JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH Wisma … B : PENGAKUAN PEGAWAI TAMAT KONTRAK (Tidak perlu diisi jika tamat kontrak kerana kematian) 1. Saya akui bahawa maklumat seperti yang terkandung

- 2 -

PEKELILING JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH BIL. 12 TAHUN 2012 12 DISEMBER 2012

4. Ketua Jabatan adalah dikehendaki untuk mengisi Borang JBN. 28 (Pin. 2/2012) dan Borang JBN. 39 (Pin. 1/2012) dengan lengkap dan teratur. Sila ambil perhatian bahawa pengiraan ganjaran yang sebelum ini dibuat di Seksyen Gaji dan Pencen, Jabatan Bendahari Negeri hendaklah dibuat di Jabatan masing-masing.

5. Penyediaan dan penjadualan baucar bayaran am bagi bayaran ganjaran kontrak yang sebelum ini dilakukan oleh Seksyen Gaji dan Pencen, Jabatan Bendahari Negeri hendaklah juga dibuat di Jabatan masing-masing.

6. Ketua Jabatan perlu menghantar Baucar Bayaran Am bersama Borang JBN. 28 (Pin. 2/2012) dan Borang JBN. 39 (Pin. 1/2012) lengkap dengan dokumen-dokumen sokongan seperti berikut ke Jabatan Bendahari Negeri untuk semakan dan kelulusan pembayaran:

(I) Salinan Surat Perjanjian Kontrak.

(II) Salinan Surat Penerimaan Jawatan/ Surat melapor diri bertugas.

(III) Salinan Surat Akuan Pergerakan Gaji Tahunan.

(IV) Salinan Lampiran Kaedah Pemindahan Matagaji (jika berkenaan).

(V) Salinan Surat Kebenaran Pelarasan Matagaji daripada SPAN (jika berkenaan).

(VI) Salinan Kad Pengenalan / MYKAD.

(VII) Salinan Buku / Penyata Akaun Bank atau Lampiran A.

(VIII) Salinan Surat Penyelesaian Cukai Pendapatan daripada LHDN.

(IX) Penyata Dividen Syer Kerajaan Bagi Pegawai Kontrak daripada KWSP.

(X) Salinan Sijil Kematian (jika berkenaan)

(XI) Salinan Surat Perintah Mahkamah (jika berkenaan)

7. Salinan Buku Rekod Perkhidmatan bagi halaman 'Perihal Pegawai', 'Penyata *Pelantikan/Kenaikan Gaji' dan 'Penyata Perkhidmatan' seperti yang dikehendaki sebelum ini tidak perlu lagi dikepilkan. Walau bagaimanapun, Ketua Jabatan hendaklah memastikan Buku Rekod Perkhidmatan pegawai kontrak berkenaan telah dikemaskini sebelum memproses bayaran ganjaran. Sebagai ganti, Jabatan hendaklah mengemukakan salinan Surat Penerimaan Jawatan/Melapor Diri Bertugas dan salinan Surat Akuan Pergerakan Gaji Tahunan yang terakhir bagi kontrak terdahulu.

8. Bagi Jabatan Mengakaun Sendiri (JMS), proses penyemakan dan kelulusan pembayaran hendaklah dibuat di Jabatan masing-masing. Jika tuntutan pembayaran berjumlah RM50,000.00 dan ke atas, baucar bayaran hendaklah dikemukakan ke Jabatan Bendahari Negeri untuk proses penyemakan dan kelulusan pembayaran.

3/....

Page 3: JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH Wisma … B : PENGAKUAN PEGAWAI TAMAT KONTRAK (Tidak perlu diisi jika tamat kontrak kerana kematian) 1. Saya akui bahawa maklumat seperti yang terkandung

- 3 -

PEKELILING JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH BIL. 12 TAHUN 2012 12 DISEMBER 2012

9. Untuk membantu pihak Jabatan dalam menyedia tuntutan bayaran ganjaran pegawai kontrak, disertakan Senarai Semak Bayaran Ganjaran Kontrak seperti di Lampiran A.

TARIKH KUATKUASA

10. Kaedah baru memproses permohonan bayaran ganjaran kontrak ini berkuatkuasa pada 01 Januari 2013.

11. Untuk tahun 2013 Jabatan Bendahari Negeri akan menyalurkan Vot Peruntukan bagi Bayaran Ganjaran Kontrak dan akan dipertanggungjawabkan di bawah kawalan Ketua Jabatan masing-masing yang terlibat. Ketua Jabatan adalah dikehendaki untuk mengemukakan permohonan jumlah peruntukan yang diperlukan bagi tahun 2013 kepada Jabatan Bendahari Negeri dengan secepat mungkin. Adalah menjadi tanggungjawab Ketua Jabatan selaku pegawai pengawal untuk memastikan peruntukan bagi maksud bayaran ganjaran kontrak di Jabatan masing-masing adalah mencukupi.

12. Mulai tahun 2014, anggaran peruntukan bagi bayaran ganjaran kontrak hendaklah dibuat oleh Ketua Jabatan masing-masing seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.

13. Dengan berkuatkuasanya pekeliling ini, maka Pekeliling Bendahari Negeri Sabah Bil. 5 Tahun 2000 adalah dibatalkan.

TUNTUTAN PERMOHONAN TAHUN 2012

14. Permohonan tuntutan bayaran ganjaran yang telah diterima pada tahun 2012 sekiranya teratur akan diproses oleh Jabatan ini. Walau bagimanapun bagi permohonan yang didapati tidak teratur akan ditegur dan proses pembayaran hendaklah mengikut garis panduan dan kaedah baru seperti yang ditetapkan dalam pekeliling ini.

PENUTUP

15. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan tentang pelaksanaan kaedah baru ini, pihak Jabatan boleh berhubung dengan Seksyen Gaji dan Pencen, Jabatan Bendahari Negeri melalui telefon 088-272000 untuk mendapat penjelasan lanjut.

Sekian harap maklum dan terima kasih.

4/....

Page 4: JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH Wisma … B : PENGAKUAN PEGAWAI TAMAT KONTRAK (Tidak perlu diisi jika tamat kontrak kerana kematian) 1. Saya akui bahawa maklumat seperti yang terkandung

- 4 -

PEKELILING JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH BIL. 12 TAHUN 2012 12 DISEMBER 2012

" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA DENGAN BERSIH , CEKAP DAN AMANAH ”

(CHUI NGET NGO)Bendahari Negeri

BB/ACA/jet

s.k PengarahJabatan Kerja RayaJalan SembulanPeti Surat 12888592 KOTA KINABALU

(u.p: Ketua Akauntan)

s.k PengarahJabatan PertanianWisma Pertanian88632 KOTA KINABALU

(u.p: Ketua Akauntan)

s.k PengarahJabatan PerhutananBeg Berkunci 8890009 SANDAKAN

(u.p: Ketua Akauntan)

s.k PengarahJabatan Tanah Dan UkurBeg Berkunci 204488576 KOTA KINABALU

(u.p: Ketua Akauntan)

Page 5: JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH Wisma … B : PENGAKUAN PEGAWAI TAMAT KONTRAK (Tidak perlu diisi jika tamat kontrak kerana kematian) 1. Saya akui bahawa maklumat seperti yang terkandung

JBN. 28 (Pin. 2/2012)

KERAJAAN NEGERI SABAH, MALAYSIA

SIJIL AKUAN BERHUTANG/TIDAK BERHUTANG PEGAWAI TAMAT KONTRAK(Disediakan dalam 2 salinan)

BAHAGIAN A : UNTUK DIPENUHI OLEH KETUA JABATAN

1. Nama Penuh Pegawai :

(Huruf Besar)

2. Nombor * Kad Pengenalan / Pasport :

3. Tarikh * tamat kontrak/kematian :

4. *Kementerian/Jabatan terakhir berkhidmat :

5. Disahkan bahawa pegawai berkenaan:-

5.1 * Seorang yang tidak berhutang/berhutang kepada Kerajaan dalam perkara berikut:-

Bil. Rujukan/Jenis Hutang ** No. Kod Akaun Jumlah (RM)

(I) Caruman kerajaan dalam KWSP

a. Telah dikredit termasuk faedah

b. Belum dikredit bagi tempoh hingga

(II) Cukai pendapatan

(III) Baki pinjaman kenderaan

(IV)Pendahuluan Diri

a. Gaji

b. Komputer

c. Lain-lain (Nyatakan)

(V) Saraan terlebih dibayar

(VI)Lain-lain :a.

b.

NOTA : * Potong mana yang tidak berkenaan** Catatkan 'Tiada' jika tidak ada

Page 6: JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH Wisma … B : PENGAKUAN PEGAWAI TAMAT KONTRAK (Tidak perlu diisi jika tamat kontrak kerana kematian) 1. Saya akui bahawa maklumat seperti yang terkandung

BAHAGIAN B : PENGAKUAN PEGAWAI TAMAT KONTRAK(Tidak perlu diisi jika tamat kontrak kerana kematian)

1. Saya akui bahawa maklumat seperti yang terkandung dalam butiran 1 hingga 5 (Bahagian A) adalah

betul.

2. Saya akui bahawa saya:

2.1 *Seorang/Bukan seorang muflis

2.2 *Seorang/Bukan seorang yang berhutang dibawah Akta Kebankrapan 1967.

3. Sila kutip balik hutang-piutang seperti yang dinyatakan dalam butiran 5.1 (Bahagian A) daripada

bayaran ganjaran saya.

Tarikh : Tandatangan:

Nama Penuh:

No. Kad Pengenalan:

BAHAGIAN C : PERAKUAN PEGAWAI PENYEDIA DAN KETUA JABATAN

Diakui bahawa maklumat seperti yang terkandung dalam Bahagian A adalah bersamaan dengan yang terdapat

dalam rekod terkini Jabatan ini.

Tandatangan : Tandatangan : (Pegawai Penyedia) (Ketua Jabatan)

Nama Penuh : Nama Penuh :

Jawatan : Jawatan :

Tarikh : Tarikh :

Cap Rasmi Jabatan :

NOTA : * Potong mana yang tidak berkenaan** Catatkan 'Tiada' jika tidak ada

Page 7: JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH Wisma … B : PENGAKUAN PEGAWAI TAMAT KONTRAK (Tidak perlu diisi jika tamat kontrak kerana kematian) 1. Saya akui bahawa maklumat seperti yang terkandung

JBN. 39 (Pin. 1/2012)

KERAJAAN NEGERI SABAH, MALAYSIA

BORANG PERMOHONAN BAYARAN GANJARAN KONTRAK(Disediakan dalam 2 salinan oleh Jabatan)

BAHAGIAN A : MAKLUMAT PERIBADI

1. Nama Penuh Pegawai :

2. No. Kad Pengenalan / Pasport :

3. Kewarganegaraan :

4. Alamat Perhubungan :

5. Nama Bank :

6. Nombor Akaun Bank :

NOTA : Sila sertakan salinan muka surat BUKU BANK / PENYATA AKAUN yang menunjukkan butir-butir pemilik dan nombor akaun bank.

BAHAGIAN B : MAKLUMAT PERKHIDMATAN

1. Jawatan :

2. Gred Jawatan :

3. Gaji Pokok Permulaan Yang ditawarkan :

4. Peringkat dan Tanggagaji Permulaan :

5. Tarikh Pergerakan Gaji :

6. Gaji Pokok Terakhir :

7. Peringkat dan Tanggagaji Terakhir :

8. Tarikh Melapor Diri Bertugas :

9. Tarikh Tamat Kontrak :

10. Tempoh Perkhidmatan :

Page 8: JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH Wisma … B : PENGAKUAN PEGAWAI TAMAT KONTRAK (Tidak perlu diisi jika tamat kontrak kerana kematian) 1. Saya akui bahawa maklumat seperti yang terkandung

BAHAGIAN C : PENGIRAAN GANJARAN

GANJARAN = GAJI POKOK X TEMPOH PERKHIDMATAN X 17.5% TERAKHIR (yang boleh diambilkira)

= RM X BULAN X 17.5% = RM

Jumlah dalam perkataan: (Ringgit Malaysia

) Tertakluk kepada potongan yang perlu seperti berikut (jika ada) :- TOLAK :

KWSP :- Sumbangan Kerajaan = Faedah ke atas sumbangan = CUKAI :- =

LAIN-LAIN (nyatakan jika ada) :- = = =

JUMLAH GANJARAN PERLU DIBAYAR RM========================

BAHAGIAN D : PERAKUAN PEGAWAI PENYEDIA DAN KETUA JABATAN

Berdasarkan maklumat-maklumat di BAHAGIAN A dan B, maka disahkan bahawa jumlah ganjaran yang perlu

dibayar kepada pegawai tersebut seperti di BAHAGIAN C untuk Kontrak Perjanjian rujukan SPA..

yang telah ditandatangani pada tarikh adalah benar dan teratur.

Tandatangan : Tandatangan : (Pegawai Penyedia) (Ketua Jabatan)

Nama Penuh : Nama Penuh :

Jawatan : Jawatan :

Tarikh : Tarikh :

Cap Rasmi Jabatan :

Page 9: JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH Wisma … B : PENGAKUAN PEGAWAI TAMAT KONTRAK (Tidak perlu diisi jika tamat kontrak kerana kematian) 1. Saya akui bahawa maklumat seperti yang terkandung

Lampiran ASENARAI SEMAK

BAYARAN GANJARAN KONTRAK ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM

1. Borang JBN.28 (Pin.2/2012) telah lengkap diisi.

2. Borang JBN.39 (Pin.1/2012) telah lengkap diisi.

3. Salinan Surat Perjanjian Kontrak.

4. Salinan Surat Penerimaan Jawatan/Surat melapor diri bertugas bagi kontrak terdahulu.

5. Salinan Surat Penerimaan Jawatan/Surat melapor diri bertugas bagi kontrak terkini.

6. Salinan Surat Akuan Pergerakan Gaji Tahunan yang layak diberi dalam tempoh perkhidmatan kontrak (Sila kemukakan surat pengesahan Ketua Jabatan jika pegawai tidak layak diberi pergerakan gaji tahunan pada tahun berkenaan).

7. Salinan Surat Akuan Pergerakan Gaji Tahunan yang terakhir diperakukan dalam tempoh kontrak terdahulu.

8. Salinan Lampiran Kaedah Pemindahan Matagaji (jika berkenaan).

9. Salinan Surat Kebenaran pindaan / pengubahsuaian / pelarasan Gaji daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri (jika berkenaan).

10. Salinan Kad Pengenalan.

11. Salinan Buku / Penyata Akaun Bank atau Lampiran A (Pengesahan Akaun Bank) yang telah ditandatangani asal oleh pegawai yang menuntut.

12. Salinan Surat Penyelesaian Cukai Pendapatan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

13. Penyata Dividen Syer Kerajaan Bagi Pegawai Kontrak (mengikut tempoh kontrak) daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

14. Salinan Sijil Mati (jika berkenaan).

15. Salinan Surat Perintah Mahkamah (jika berkenaan).

16. Semua dokumen telah dikemukakan dalam dua salinan dan telah disahkan salinan benar oleh pegawai yang diberikuasa.


Recommended