Transcript

MAJALAH RASMI POS MALAYSIA BERHADNO. KDN: PP14292/8/2006

Bilangan 38 (keluaran 1/2011)Untuk edaran dalaman

JARINGAN MAKLUMAT POS MALAYSIA BERHAD

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Keadaan cuaca yang tidak menentu telah mengundang pelbagai bencana alam di seluruh dunia. Malaysia negara yang aman damai dan tenteram tidak ketinggalan terkena tempias apabila alam mula memberontak. Limpahan hujan yang mencurah turun tidak hentinya telah menghadirkan banjir yang telah menenggelami beberapa negeri. Johor antara yang menerima kesan yang teruk daripada banjir ini. Demi memastikan misi syarikat dalam menunaikan tanggungjawab sosial korporatnya dapat direalisasikan, Skuad Bencana Alam Pos Malaysia (SkuBA) yang belum dilancarkan secara rasminya telahpun menjalankan tugas pertama di Negeri Johor Darul Takzim ini. Bantuan yang dihulurkan diharap dapat meringankan beban mangsa terutamanya pelajar-pelajar sekolah.

Tahun ini juga negeri Johor terpilih untuk menjadi tuan rumah majlis makan malam tahunan. Kegemilangan “Arabian Night” menjadi tema untuk malam gilang gemilang tersebut. Ke mana pula destinasi makan malam tahunan tahun hadapan? Nantikan saja.

Salam mesra.

NOTA

KETUA PENGARANG

3 Gempak @PosNet

Halaman 3

Perkhidmatan MAYBANK kini di Pejabat Pos!!

Makan Malam Tahunan - ‘Arabian Night’

Aznil riuhkan Pos Malaysia !!

Man Juara Raja Lawak Musim Ke-5

Ketua PengarangDato Rohaiza HashimKetua Kumpulan, Komunikasi Korporat & Penjagaan Pelanggan

ISU 38

KandunganDato’ Syed Faisal AlbarPengarah Urusan Kumpulan / Ketua Pegawai Eksekutif

PenasihatYazli Muhamad Saleh

Pengurus Kanan, Komunikasi Korporat

Pengarang

Azizul Izham PenolongPengurus,

Komunikasi Korporat

PerekaGrafik

Ayob Ramli

KomunikasiKorporat

Mohd Rezuwan Mohd Noor Komunikasi Korporat

ShahrilSafriKomunikasi Korporat

JurugambarJurugambar

Jurugambar

Hazly DamanhuriPenolong KananPengurus, Komunikasi Korporat

Penolong Pengarang

Roslizamri Ghazali Penolong Eksekutif,KomunikasiKorporat

Penulis

Pada 14 Januari 2011 lalu, telah berlangsungnya satu Majlis Menandatangani Perjanjian dan Pelancaran Perkhidmatan Perkongsian Perbankan Bersama Maybank dan Pos Malaysia di Pejabat Pos Benut, Pontian, Johor Darul Takzim. Pelancaran Perkhidmatan Perkongsian Perbankan serta mesin ATM (Automatic Transfer Machine) ini telah memberi satu sinar baru dalam kehidupan seluruh penduduk di Benut kerana kini mereka tidak perlu lagi keluar dari Benut untuk melakukan transaksi perbankan.

Perkhidmatan Perkongsian Perbankan ini akan dilakukan secara berperingkat-peringkat ke 400 buah pejabat pos terpilih termasuklah Sabah dan Sarawak. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah seperti deposit tunai, aktiviti pengeluaran tunai, ‘top-up mobile credit’ dan kad Touch N Go, serta perkhidmatan membuka akaun simpanan di kaunter pejabat pos.

Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Ahmad bin Hj Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Merangkap Ahli Parlimen Pontian. Antara yang turut hadir menjayakan majlis tersebut adalah YBhg. Dato’ Sri Abdul Wahid Omar,Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Berhad, YBhg. Dato’ Syed Faisal Albar,Pengarah Urusan Kumpulan/ Ketua Pegawai Eksekutif, Pos Malaysia Berhad, Pengurusan Kanan Pos Malaysia dan Maybank, Wakil-wakil media serta para penduduk di kawasan Benut, Pontian.

Pendapat anda keutamaan kami.Kongsikan bersama kami segala pandangan dan cadangan anda ke:

Team PosNetBahagian Komunikasi KorporatTingkat 34, Menara DayabumiJalan Sultan Hishamuddin50050 Kuala LumpurTel : 03-2267 2000Faks : 03-2274 5951e-mel : [email protected] / [email protected]

16 Berita SBU & Negeri

@PosNet

22 Info@PosNet

24Penghargaan

@ PosNet

21 Japeni

@PosNet

Halaman 5Halaman 4

Tanggal 10 Februari 2011 lalu, pihak Pos Malaysia Berhad

tidak terkecuali menjalankan tanggungjawab sosialnya kepada

masyarakat yang memerlukan. Umum telah mengetahui,

bahawa keadaan hujan lebat yang berpanjangan telah

mengakibatkan Negeri Johor Darul Takzim sekali lagi

mengalami banjir yang agak teruk. Atas dasar keprihatinan yang

tinggi, Pos Malaysia telah tampil membantu melalui pasukan

Skuad Sukarelawan Bencana Alam Pos Malaysia (SkuBA), yang

telah ditubuhkan pada akhir Disember 2010 lalu. Ahli-ahli

sukarelawan ini juga terdiri daripada warga kerja Pos Malaysia.

SkuBA Pos Malaysia dengan kerjasama daripada Radio

Televisyen Malaysia, guru-guru daripada Sekolah Kebangsaan

Panchor, Muar, Angkatan Tentera, Polis Gerakan Am dan

Pasukan Bomba & Penyelamat telah bersama-sama bergotong-

royong membersihkan kawasan sekolah tersebut akibat

daripada banjir yang agak teruk tempoh hari. SkuBA juga

turut bersama-sama dengan warga kerja Pos Malaysia Panchor,

Muar untuk membersihkan Pejabat Pos Panchor yang turut

mengalami kerosakan daripada bencana alam itu.

Bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Johor, Majlis Makan Malam Tahunan Pos Malaysia telah diadakan. Tarikh 31 Januari 2011 telah dipilih untuk majlis tersebut. Bertemakan “Arabian Night” telah menjadikan dewan tersebut pada malam itu bagaikan di sebuah Negara Arab dengan kehadiran warga kerja Pos Malaysia Johor dan sebahagian dari Melaka dan Negeri Sembilan yang tampil dengan busana indah bermotifkan Arabian. Perlbagai rona warna dan rekaan menjadikan mereka seperti wanita arab dan pak sheikh yang asli.

Pada malam tersebut juga Dato’ Syed Faisal Albar telah melontarkan kehebatan vokal beliau dengan mendendangkan lagu Kamelia dari Sweet Charity. Kehebatan Dato’ Syed Faisal diteruskan dengan kemunculan artis jemputan pada malam itu penyanyi rock terkenal, Awie. Persembahan tarian gelek daripada penari-penari jemputan turut menghangatkan suasana di samping celoteh daripada pengacara dan pelawak terkenal Sharifah Shahira dan Nabil. Kemeriahan Majlis Makan Malam Tahunan ini akan diteruskan pada tahun hadapan di Negeri yang lain pula. Jumpa lagi tahun hadapan.

Pos Malaysia melalui PostMe.com.my bekerjasama dengan pengacara terkenal, Aznil Haji Nawawi dan radio Era FM menerusi program ‘Aznil Riuhkan Pos Malaysia bersama Ray & Haniff ’ bagi mengutip dana yang akan disalurkan kepada Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia. Melalui segmen ‘Riuh Pagi Di Era’ yang ke udara dari pukul 6 pagi sehingga 10 pagi, Aznil membuat liputan secara langsung melalui radio ERA dari 10 Pejabat Pos terpilih di sekitar Semenanjung Malaysia bermula 14 Feb sehingga 25 Februari 2011 yang lalu.

Selain daripada sumbangan, pengunjung berpeluang membeli barangan edisi terhad seperti setem dan poskad yang memaparkan wajah Aznil keluaran khas Pos Malaysia yang turut akan disalurkan kepada yayasan tersebut.

Sambutan yang diterima oleh pengunjung amat menggalakkan. Terima kasih diucapkan kepada semua kakitangan pejabat pos yang terlibat di atas kerjasama yang diberikan kepada kru penerbitan dan kakitangan PostMe.com.my. Cawangan Pejabat Pos tersebut ialah Pejabat Pos Gombak, Pejabat Pos Besar Melaka, Pejabat Pos Besar Johor Bahru, Pejabat Pos Seremban, Pejabat Pos Mydin Subang, Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur, Pejabat Pos Kelana Jaya, Pejabat Pos Besar Shah Alam, Pejabat Pos Besar Ipoh dan Pejabat Pos Bukit Mertajam.

Halaman 11Halaman 10

BAYAR SAMAN TRAFIKDI POS MALAYSIA

Seluruh warga kerja Pos Malaysia di Ibu Pejabat Pos Malaysia Kuala Lumpur serta NMPH, Shah Alam telah berkumpul untuk sama-sama mendengar taklimat dan pesanan dari Pengerusi Pos Malaysia Berhad, Tan Sri Dato’ Seri (Dr. )Aseh Che Mat Majlis yang berlangsung pada 4 Mac 2011 itu turut dihadiri oleh seluruh barisan kepimpinan Pos Malaysia.

PDRM dan Pos Malaysia kini semakin sinonim. Dengan kemudahan rangkaian yang begitu banyak di seluruh Malaysia, Pos Malaysia kini menjadi ejen kepada PDRM untuk pembayaran saman. Bersempena dengan itu, bertempat di Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur, telah diadakan satu Majlis Menandatangani Perjanjian dan Pelancaran Bayaran Saman Trafik di Kaunter Pos Malaysia, pada 3 Mac 2011 lalu. Ia telah dilancarkan dengan rasminya oleh Tan Sri Dato’ Seri (Dr. )Aseh Che Mat, Pengerusi Pos Malaysia dan Datuk Hussin Hj. Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara, Polis Diraja Malaysia. Hadir sama pada majlis tersebut adalah dan Dato’ Hj Solah Mat Hasan, Ketua Pengarah, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.

Halaman 13Halaman 12

TAKLIMAT PENGERUSI

Penyampaian Bingkai Koleksi Khas Setem Piala Aff Cup Kepada Sultan Pahang

Bersempena kunjungan hormat Prsiden FIFA, Joseph S. Blatter di Istana Hinggap negeri Pahang, pada 17 Mac 2011 lalu, Pos Malaysia telah mempersembahkan cendera kenangan kepada KDYMM Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’ain Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah, berbentuk koleksi khas setem Juara Piala AFF Suzuki 2010 sebagai penghormatan kepada baginda yang merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Semoga pasukan Malaysia akan terus mencipta sejarah di arena sukan bola sepak dunia.

KONVENSYEN KUALITI

“INVESTOR’SBRIEFING”Taklimat untuk para pelabur telah diadakan di One World Hotel Petaling Jaya pada 4 Mac 2011. Taklimat telah disampaikan oleh Dato’ Syed Faisal Albar dengan dihadiri oleh para pelabur yang ingin tahu tentang perkembangan semasa Pos Malaysia Berhad.

Pada 4 dan 5 Mac 2011 lalu, bertempat di Hotel Equatorial Bangi telah berlangsung Konvensyen Kualiti buat kali ke-2. Majlis telah dirasmikan oleh Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Aseh Che Mat, Pengerusi Pos Malaysia. Konvensyen Kualiti ini merupakan Program Penambahbaikan Kualiti Kumpulan (GWQIP) iaitu inisiatif FOKUS nombor 36. Acara sebegini bertujuan untuk menghargai warga kerja Pos Malaysia terhadap sumbangan mereka di dalam melakukan penambahbaikan kepada syarikat serta bertujuan untuk meningkatkan keupayaan dalam menyelesaikan sesuatu masalah dengan lebih bersistematik melalui perkongsian ilmu yang diperolehi secara berkumpulan.

Man bergambar bersama Dato Rohaiza HashimKetua Kumpulan, Komunikasi Korporat & Penjagaan Pelanggan, semasa kunjungannya ke Bahagian Komunikasi Korporat untuk berterima kasih kepada pihak Pos Malaysia di atas sokongan yang telah diberikan kepadanya. .

Halaman 15Halaman 14

Halaman 16

Berita SBU/Negeri

Halaman 17

Halaman 18

Seperti tahun-tahun sebelum ini, Bahagian Sumber Manusia sekali lagi telah berkerjasama dengan Institut Latihan Pos (ILP) untuk mengadakan Kursus Induksi 01/2011 pada 16 hingga 18 Februari 2011 bertempat di Dewan Sri Pos dan ILP, Bandar Baru Bangi. Seramai 41 warga kerja daripada pelbagai gred jawatan telah menghadiri program Induksi untuk kali ini.

Bertempat di Saujana Golf & Country Club, Subang telah diadakan satu Majlis Persaraan Ibu Pejabat bagi sesi 2011 yang dianjurkan oleh Sumber Manusia Kumpulan, Pos Malaysia. Hadir sama pada majlis tersebut adalah YBhg. Dato’ Syed Faisal Albar, Pengarah Urusan Kumpulan/ Ketua Pegawai Eksekutif, Pos Malaysia Berhad, Semoga anda semua berjaya melakukan apa jua pekerjaan di luar sana.

Halaman 19

Datapos(M) telah mengadakan satu majlis perasmian yang telah disempurnakan oleh YBhg Dato Syed Faisal Albar pada 8 Februari 2011 bertempat di Datapos, Bandar Baru Bangi. Hadir sama dalam majlis ini adalah En Idham Ismail, En Bahaman Kamaruzzaman, En Mohd Yusri Dolah, Pegawai-pegawai Kanan Pos Malaysia serta Kakitangan Datapos (M) Sdn Bhd.

Pada 20 Februari 2011 lalu, bertempat di Hotel Emperor Melaka, telah diadakan satu Majlis Makan Malam sempena menghargai warga kerja Pos Malaysia Melaka yang telah bersara. Turut hadir memeriahkan majlis adalah Cik Jurina Abd. Wahab (KOM merangkap PON), Encik Mahfidz Haji Omar (Ketua Posniaga Negeri Melaka) dan Encik Jamaludin Mohamad (Ketua Khidmat Sokongan).

Halaman 20

Pada 19 Disember 2010 lalu, Badan Kebajikan dan Keraian Pusat Mel Pos Johor Bahru telah mengadakan Jamuan tahunan untuk seluruh warga kerjanya. Jamuan ini telah di adakan di Restoran JB Catering degan dihadiri lebih 160 warga kerja.

Pos Malaysia Kedah/Perlis telah diberi penghargaan oleh Pejabat Tanah dan Galian negeri Perlis di atas

kerjasama yang telah diberikan dalam menghantar 54 ribu pucuk surat kepada penduduk negeri Perlis.

Atas kerjasama yang telah diberikan ini, pihak Pejabat Tanah dan Galian negeri Perlis, telah bersetuju

untuk turut serta di dalam menjayakan jelajah Kempen Permohonan Rumah yang akan dijalankan di

seluruh negeri Perlis oleh Pos Malaysia Berhad Kedah/Perlis.

Halaman 21

Tanggal 18 November 2010 lalu, telah diadakan majlis qurban dan akikah bertempat di perkarangan surau Pos tingkat 7, Pos Malaysia Kuala Lumpur. Sebanyak 10 ekor lembu telah ditumbangkan dan diagih-agihkan pada majlis tersebut. Turut hadir sama dalam majlis tersebut adalah YBhg Dato’ Mohd Derus Harun dan YBhg Dato’ Shaari Jikun dan 50 warga kerja Pos Malaysia yang turut serta menjayakan program tersebut.

Halaman 22

Sistem Employee Self Service e-leave telah mula digunakan pada 1 Oktober 2010. Sistem yang dibangunkan oleh atQuest Solution Sdn. Bhd. ini membolehkan permohonan cuti dilaksanakan hanya dengan menggunakan hujung jari. Melalui sistem ini, penggunaan kertas dan bebanan kerja Bahagian Pentadbiran dapat dikurangkan. Selain itu, ia boleh dicapai dimana-mana dan bila-bila masa sekiranya terdapat rangkaian internet serta banyak lagi kebaikan dan kelebihan yang dapat dirasai kini oleh staf Posmel. Sistem ini bukan sahaja diaplikasikan di Posmel Ibu Pejabat, malah penggunaannya turut diluaskan kepada NMPH, Pusat Mel Kurier (PMK) KLIA dan Datapos.

Sistem ini berfungsi untuk memeriksa baki cuti, memohon dan meluluskan cuti dan juga untuk melihat status permohonan cuti secara online. Rekod cuti dari sistem ini juga akan terus dikemaskini kedalam Sistem SAP. Pentadbiran PosMel tidak perlu lagi menghantar laporan bulanan bercetak kepada Bahagian Sumber Manusia Ibu Pejabat untuk mengemaskinikan rekod SAP.

Sistem yang dipantau oleh ICT Business Posmel dengan kerjasama ICT PMB dan Sumber Manusia ini boleh dicapai secara intranet di alamat http://1pos/ess dan juga secara internet di alamat https://1pos.pos.com.my/ess. Tahniah Posmel di atas kejayaan ini dan diharapkan sistem ini dapat diperluaskan penggunaannya kepada seluruh warga Pos Malaysia oleh pihak Sumber Manusia dimasa hadapan.

Halaman 23

Berita baik! Mulai 1 FEBRUARI 2011, pelanggan-pelanggan Pos Malaysia Berhad boleh menikmati kemudahan dan servis perkhidmatan baru yang ditawarkan khas oleh PosNiaga dengan mengunjungi kesemua 703 pejabat pos di seluruh negara atau log masuk ke portal PosOnline (www.posonline.com.my) untuk membuat pembayaran bagi bil-bil berikut:

Pembayaran bil kini lebih mudah dengan gerbang pembayaran BARU, Alliance Bank. Anda tidak lagi perlu risau untuk beratur panjang. Kini, bayaran bil anda boleh dijelaskan dihujung jari sahaja. Log masuk ke portal www.posonline.com.my sekarang dan nikmati kemudahan yang kami sediakan.

Halaman 24

Komited dalam menyelesaikan permasalahan pelanggan bukan lagi satu perkara baru bagi warga kerja Pos

Malaysia malahan ianya telah menjadi amalan di dalam melakukan setiap tugasan yang telah diamanahkan oleh

syarikat. Terbaru, warga kerja Khidmat Pelanggan telah berjaya menyelesaikan masalah yang di hadapai oleh

pelanggannya apabila berjaya mengesan ‘parcel’ yang telah hilang. Kredit harus diberikan kepada Cik Catherine

Lian kerana telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan penuh komited untuk menyelesaikan masalah

tersebut. Tahniah dari seluruh warga kerja Pos Malaysia.

Halaman 25

Halaman 26 Halaman 27

Tanggal 28 Februari 2011 lalu, merupakan tarikh akhir pembayaran saman trafik tertunggak boleh dilakukan sebelum sistem pembayaran saman terbaru diperkenalkan mulai 1 Mac 2011. Walaupun tempoh 6 bulah telah diberikan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), namun pengguna jalan raya hanya berpusu-pusu untuk melakukan pembayaran saman tertunggak tersebut di saat-saat akhir apabila potongan 50% diumumkan oleh PDRM. Hal tersebut telah mengakibatkan berlakunya kesesakan bukan hanya di kaunter-kaunter pembayaran saman trafik di Ibu Pejabat PDRM malahan juga di kaunter-kaunter Pos Malaysia seluruh Negara.

Perkara tersebut telah mengakibatkan berlakunya gangguan terhadap sistem yang menyimpan rekod-rekod saman dan pembayaran saman trafik, dan ianya telah menyebabkan ketidaklancaran operasi di kaunter-kaunter pembayaran saman trafik di Pos Malaysia dan juga PDRM.

Atas sebab keprihatinan kepada permasalahan yang dihadapi oleh pengguna-pengguna jalan raya ini, pihak Pos Malaysia telah mengambil inisiatif menjalankan operasi seperti biasa pada hari Sabtu (26.2.2011), Ahad (27.2.2011) dan Isnin (28.2.2011) sehingga jam 9 malam bagi menyelesaiakan pembayaran saman trafik oleh pengguna-penguna jalan raya.

Pujian harus diberikan kepada warga kerja Pos Malaysia yang begitu komited menjalankan tugas walaupun terpaksa berhadapan dengan situasi yang begitu tegang.


Recommended