Transcript
  • KEBERKESANAN PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN

    DESA DI SABAH

    FATIMAH ABDILLAH

    Laporan Penyelidikan ini dikemukakan untuk memenuhi sebahagian daripada syarat -syarat bagi Ijazah Sarjana

    Sains Perpustakaan dan Maklumat di Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat

    Universiti Malaya Kuala Lumpur

    April 1999

  • PENGHARGAAN

    Syukur kehadrat Yang Maha Esa Allah s.w.t kerana memberi kekuatan dan ketabahan semasa mengikuti dan meyelesaikan kursus ini

    Kepada Abdul Rahim Hj. Saban yang dikasihi

    Kepada keluarga, di atas kasih sayang, doa dan sokongan mereka

    Kepada Cik Chong Mei Ling dan En. Ethelbert Dumpangol, di atas kerjasama yang diberikan

    Kepada Dr. Diljit Singh, di atas peluang yang diberikan dan kesabaran beliau

  • Senarai Kandungan

    M ukasurat Senarai Jadual iv Senarai Lampiran Singkatan vi Abstrak vii

    Latar Belakang Kajian

    Pengenalan 1 Latar Belakang Kajian 3

    Perpustakaan Negeri Sabah 3 Perpustakaan Desa 7

    Latar Belakang 7 Koleksi 9 Perkhidmatan 9 Masa Pembukaan 10 Pembaca / Pengguna 10 Bangunan 10 Objektif 11

    Penyataan Masalah 16 Matlamat Kajian 18 Soalan Kajian 19

    Kepentingan Kajian 19 Definisi 20 Batasan Kajian 21

    Ulasan Karya Pendahuluan 22 Pewujudan Perpustakaan Desa 23 Perancangan dan Pelaksanaan 25 Peranan dan Perkhidmatan 30 Perkembangan Perpustakaan Desa di Malaysia 44 Kesimpulan 50

  • Mukasurat

    Metodologi Kajian

    Pengenalan 52 Kawasan Kai ian 52 Persampelan 53 Pengumpulan Data 54

    Borang Soal Selidik 54 Analisis Data 55

    Analisis Data

    Pengenalan 56 Latar Belakang Sampel Kajian 56

    Analisis Responden 60 Profil Responden 60

    Analisis Penggunaan Perpustakaan 63 Kekerapan Mengunjungi Perpustakaan 63 Tujuan Datang ke Perpustakaan 65 Kesesuaian Lokasi Perpustakaan 67 Bahan Bacaan Yang Diminati 69 Kepuasan Pengguna dan Kepentingan Perpustakaan 71

    Cadangan Responden 72

    Kesimpulan dan Cadangan Rumusan 75 Cadangan 79 Kesimpulan 83

    Lampiran 84

    Bibliografi 101

  • Se narai Jadual

    Jadual Mukasu rat

    1 Statistik keahlian, pinjaman dan koleksi 57 buku, Perpustakaan Desa

    2 Taburan umur responden mengikut lokasi 59 Perpustakaan Desa

    3 Kategori pekerjaan responden 60 4 Agihan pekerjaan dan jantina responden 61 5 Kekerapan mengunjungi perpustakaan 62 6 Tujuan datang ke perpustakaan 64 7 Kesesuaian lokasi perpustakaan 66 8 Bahan bacaan yang diminati responden 68 9 Kepuasan pengguna dan kepentingan perpustakaan 70 10 Cadangan responden 72

  • Senarai Lampiran

    Lamp iran

    1 Nama-nama Bahagian dan Daerah, Negeri Sabah 2 Kawasan DUN 3 Statistik Perpustakaan Awam di Malaysia 4 Statistik Perpustakaan Wilayah, Cawangan,

    Bergerak dan Desa, PNS 5 Carta Orgnisasi PNS 6 Pelan Standard Perpustakaan Desa 7 Peta Petunjuk Perpustakaan Desa di Sabah 8 Borang Soal Selidik

  • Singkatan

    PNS Perpustakaan Negeri Sabah

    PD Perpustakaan Desa

    DUN Dewan Undangan Negeri

    APPREB Asia Pacific Cooperative Programme in Reading

    Promotion and Book Development

    ERIC Educational Resources Information Center

  • ABSTRAK

    Perpustakaan desa di Sabah telah menunjukkan perkembangan

    yang memuaskan se j ak pembukaan perpus takaan desa yang

    pertama pada tahun 1986. Sehingga kini, negeri Sabah mendahului

    negeri-negeri lain di Malaysia dengan jumlah perpustakaan desa

    yang ditubuhkan iaitu sebanyak 34 buah. Keperluan menubuhkan

    perpustakaan desa ini lahir dari kesedaran untuk membasmi buta

    lauruf di kalangan penduduk luar bandar dan menanam minat

    membaca di kalangan mereka. Kajian telah dijalankan di 5 buah

    perpustakaan desa yang mewakili setiap bahagian negeri Sabah.

    Sebanyak 50 borang soal selidik telah diedarkan. Sejumlah 88%

    daripada responden dapat mencari bahan yang mereka inginkan di

    perpustakaan. Kekerapan pinjaman buku juga adalah tinggi dengan

    80% responden adalah peminjam buku yang aktif. Aktiviti pinjaman

    buku, mendapatkan maklumat rujukan dan membaca majalah dan

    surat khabar adalah antara faktor yang menggalakkan orang ramai

    datang ke perpustakaan. Golongan pelajar dan kanak-kanak adalah

    kumpulan yang sering mengunjungi perpustakaan desa. Ia memberi

    peluang kepada mereka yang tinggal di kawasan pedalaman

    untuk sama-sama merasa faeclah yang boleh diperolehi daripada

    perkhidmatan perpustakaan. Ianya juga telah berjaya

    vii

  • dalam usaha menggalakkan minat membaca di kalangan penduduk

    luar bandar. An ta ra cadangan yang d i kemukakan ada l ah

    mengadakan pertandingan membaca dan bercerita untuk kanak -

    kanak; dan juga memanjangkan masa pembukaan perpustakaan.

    Cadangan-cadangan yang diajukan menunjukkan keprihatinan

    penduduk luar bandar terhadap meningkatkan perkhidmatan

    perpustakaan yang disediakan untuk mereka. Sambutan yang

    diberikan oleh penduduk tempatan terhadap perpustakaan desa

    telah dapat menunjukkan perkembangan minat membaca yang

    semakin tinggi di kalangan mereka.

    viii

  • BAB SATU

    LATAR BELAKANG KAJIAN

    Pe nge nalan

    Sabah adalah salah sebuah negeri daripada 13 buah negeri yang

    membentuk persekutuan Malaysia. Sebelum memasuki Malaysia

    dan merdeka pada tahun 1963, ia adalah dikenali sebagai Borneo

    Utara di bawah naungan kerajaan British. Ia terletak di bahagian

    utara pulau Borneo dan berkongsi sempadan dengan negeri

    Sarawak, Brunei dan Indonesia. Ia meliputi kawasan seluas 73,619

    km persegi , lebih dar ipada separuh keluasan Semenanjung

    Malaysia.

    Sabah adalah sebuah negeri yang berbukit -bukau dengan

    hutan tropikal yang tebal, tanah lanar dan persisiran pantai yang

    berpaya, dengan sungai dan lembah yang subur. Sabah pada

    umumnya adalah sebuah negeri pertanian tetapi sedang bergerak

    menuju ke arah perindustrian.

    Penduduk Sabah, walaupun kecil, tetapi adalah terdiri daripada

    berbagai suku kaum yang kaya dengan kebudayaannya tersendiri.

    Kumpulan etnik terbesar dan membentuk majoriti penduduk adalah

    Kadazandusun (25%), Bajau (16%), dan kaum bumiputera lain

    seperti Suluk, Rungus, Bisaya, Kedayan dan lain-lain lagi (18%),

  • kumpulan bukan-bumiputera yang besar adalah orang Cina (15%)

    (Buku Tahunan Perangkaan Sabah, 1997).

    Negeri Sabah mempunyai sistem pentadbirannya sendiri. la

    dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu Tawau, Sandakan, Pantai

    Barat, Kudat dan Pedalaman (lihat lampiran 1) dan mempunyai 48

    konstituensi atau kawasan Dewan Undangan Negeri (lihat lampiran

    2).

    Penyelidikan ini dibuat untuk mengkaji sejauhmana

    keberkesanan perpustakaan desa kepada penduduk luar bandar di

    Sabah. Perpustakaan desa yang dib incangkan dan dikaji di sini

    adaiah yang di bawah kendalian badan-badan perpustakaan awam

    negeri. Kerajaan negeri sedang berusaha untuk meningkatkan taraf

    hidup penduduk di luar bandar dengan menyediakan lebih banvak

    kemudahan infrastruktur dan sosial, termasuklah kemudahan

    perpustakaan. Dengan adanya perpustakaan desa, ia merupakan

    salah satu cara untuk mencapai hasrat kerajaan negeri Sabah

    dalam usaha menggalakkan minat membaca dan meningkatkan

    kach r celik huruf di kalangan pendudtik luar bandar. Sabah

    mempunyai peratusan penduduk mar bandar yang tinggi iaitu

    74.4% berbancling dengan Semenanjung Malaysia iaitu 59%, dan

    kadar buta huruf yang tinggi iaitu 40% berbanding 22% di

    Semenanjung Malaysia (Leong as Wong, 1994).

  • Pada tahun-tahun kebelakangan ini, terdapat kesedaran dan

    keperluan terhadap penubuhan perpustakaan clesa di mar bandar di

    dalam negara-negara membangun. Begitu juga di Sabah,

    Perpustakaan Negeri Sabah kini memainkan peranan yang aktif

    dalam melaksanakan penubuhan perpustakaan desa untuk

    memenuhi keperluan penduduk luar bandar yang terpencil. Adalah

    menjadi hasrat kerajaan untuk membasmi kadar buta huruf di

    kalangan penduduk luar bandar dan seterusnva ini akan dapat

    membantu memperbaiki taraf kehidupan mereka supaya tidak

    ketinggalan dalam program kerajaan untuk mencapai taraf negara

    maju menjelang tahun 2020.

    Latar Belakang Kajian

    Penyelidikan ini ditumpukan khusus kepada negeri Sabah

    memandangkan negeri ini mempunyai bilangan perpustakaan desa

    yang besar iaitu sebanyak 34 buah j ika dibandingkan dengan

    negeri-negeri lain di Malaysia (lihat lampiran 3).

    Perpustakaan Negeri Sabah

    Perpustakaan Negeri Sabah adalala merupakan sebuah agensi

    kerajaan negeri. la ditubuhkan pada tahun 1953 sebagai sebuah

    seksyen di iabatan Penerangan. Pada tahun 1972, ia menjadi

    sebuah jabatan sendiri dan diletakkan di bawah Kementerian

  • Kebajikan Masyarakat. Jabatan ini kemudiannya dipindahkan pula

    ke Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada tahun 1976.

    Lima tahun kemudian ia dikembalikan ke kementerian asal yang

    kini dikenali sebagai Kementerian Perkhidmatan Sosial sehingga

    sekarang. Perpus takaan Neger i Sabah te lah menunjukkan

    perkembangan yang membanggakan sejak tahun 1963 (Sabah 25

    Years Later 1963-1988, 1989). Sehingga kini, Perpustakaan Negri

    S a b a h m e m p u n y a i s e b u a h p e p u s t a k a a n p u s a t , 3 b u a h

    perpustakaan wilayah, 17 buah perpustakaan cawangan, 12

    perpustakaan bergerak (lihat lampiran 4) dan 34 buah perpustakaan

    desa. Perpu


Recommended