Transcript
Page 1: Kertas kerja kem remaja wawasan (krew) kelab fizik

KERTAS KERJA

KEM REMAJA WAWASAN

(KREW)

TARIKH

25 HINGGA 28 SEPTEMBER 2014

TEMPAT

PULAU LANGKAWI

ANJURAN

KELAB SAINS FIZIK

PUSAT PENGAJIAN FIZIK GUNAAN

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI

SESI 2014/2015

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

“FEEL THE DIFFERENCE” KERTAS KERJA

Page 2: Kertas kerja kem remaja wawasan (krew) kelab fizik

KREW KELAB FIZIK

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

25-28 SEPTEMBER 2014

“FEEL THE DIFFERENCE”

2

KREW KELAB FIZIK

KELAB SAINS FIZIK

PUSAT PENGAJIAN FIZIK GUNAAN

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI

SESI 2014/2015

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0 TUJUAN

Pengusulan kertas kerja ini adalah bagi tujuan memohon pertimbangan dan kelulusan

serta bantuan kewangan dari Jabatan Perkhidmatan Pelajar untuk mengadakan ‘Kem

Remaja Wawasan (KREW)’ Kelab Fizik bagi sesi 2014/2015 ini.

2.0 PENGENALAN

Kelab Fizik merupakan salah sebuah kelab dibawah Fakulti Sains dan Teknologi Universiti

Kebangsaan Malaysia. Kelab Fizik ditubuhkan untuk mewujudkan interaksi sesama mahasiswa

dan pensyarah di samping menambah perkongsian ilmu. KREW Kelab Fizik merupakan program

tradisi Kelab Fizik.Ia dianjurkan oleh mahasiswa/i Kelab Fizik sesi 2014/2015 setelah tiga tahun

penubuhannya. Program ini adalah hasil kerjasama Kelab Fizik UKM sesi 2014/2015 dan

Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi (PMFST). KREW ini diadakan di sekitar

Pulau Langkawi. Program ini merupakan suatu aktiviti gerak kerja luar yang melibatkan pelajar

fizik dengan tujuan memberi pendedahan dan ilmu yang berguna kepada mahasiswa/i baru tahun

satu untuk dipraktik dan diaplikasikan dalam ilmu fizik disamping memberi peluang kepada

mahasiswa/i melibatkan diri dalam pengendalian suatu gerak kerja yang rapi dan teratur.

Program ini juga dapat memupuk minat dan pengalaman yang berguna dikalangan mahasiswa/i.

Pelbagai aktiviti akan dilaksanakan sepanjang program ini berlangsung supaya pensyarah,

alumni, mahawiswa/i dapat mengeratkan silaturrahim di antara satu sama lain. Ahli

Jawatankuasa Kelab Fizik telah diberi mandat untuk merancang dan mengendalikan. KREW ini

yang bertemakan “Feel The Difference” merupakan satu usaha murni bagi mengangkat visi dan

aspirasi universiti melalui kegiatan berkonsepkan perpaduan dan kerjasama di kalangan warga

Program Fizik dengan pendedahan yang baru dan segar. Program ini akan dijalankan selama 3

hari 2 malam ini akan disertai oleh ahli kelab seramai 70 orang terdiri daripada alumni dan

mahasiswa/I tahun 1dan tahun 2.

3.0 MISI

Sebagai pihak jawatankuasa adalah menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan

kelancaran dan kejayaan program ini dengan

3.1 Mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti supaya

dapat membentuk mahasiswa/i yang berketrampilan dan berdisiplin.

3.2 Melaksanakan program selari dengan matlamat pengisian-pengisian yang

ditetapkan dan objektif-objektif yang telah digariskan.

3.3 Menjaga nama baik universiti dan kolej sebelum, sepanjang dan selepas

pelaksanaan program.

Page 3: Kertas kerja kem remaja wawasan (krew) kelab fizik

KREW KELAB FIZIK

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

25-28 SEPTEMBER 2014

“FEEL THE DIFFERENCE”

3

4.0 MATLAMAT

Pihak jawatankuasa telah menetapkan matlamat penganjuran program ini adalah

4.1 Mengeratkan hubungan sesama mahasiswa/i, pensyarah serta kakitangan Program

Fizik

4.2 Mendedahkan kepentingan perpaduan dan kerjasama dalam sesebuah institusi

4.3 Memupuk minat membina pengetahuan dan pengalaman berguna serta pembangunan

insaniah dikalangan mahasiswa/i.

4.4 Melatih mahasiswa/i mengendalikan sesuatu program untuk anjuran aktiviti

seterusnya di masa hadapan.

5.0 OBJEKTIF

Selari dengan Kemahiran Generik Pelajar, pihak jawatankuasa telah pun menggariskan

beberapa objektif yang perlu dicapai

5.1 Melatih para pelajar dalam kemahiran komunikasi seperti menggunakan kemahiran

bukan lisan (penampilan fizikal, gerak tubuh dan hubungan mata) yang sangat

berkesan, mendengar dan memberi maklum balas yang relevan dengan cepat,

menyampaikan idea secara lisan dan bertulis, berunding ke arah mencapai keputusan

dengan menghormati pandangan orang lain dan sebagainya.

5.2 Memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan kemahiran berfikir secara

kritikal dalam menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi secara individu atau

berpasukan dengan menggunakan pelbagai pendekatan seperti pendekatan saintifik

(penggunaan logik fikiran dan hipotesis) atau pendekatan professional (pengalaman

dan pembelajaran yang berterusan)

5.3 Memupuk kemahiran kerja berpasukan dalam kalangan pelajar seperti

menghormati pandangan, pendirian dan kepercayaan orang lain, menerima

kepelbagaian yang wujud dalam kumpulan, membantu rakan-rakan secara proaktif,

memberi sumbangan kepada perancangan kerja dan sebagainya.

5.4 Mendedahkan kepada pelajar kemahiran pengurusan maklumat seperti

menstrukturkan aktiviti dan tugasan yang diberi, mengagihkan kuasa dan

tanggungjawab kepada orang lain, memastikan perlaksanaan tugasan yang konsisten

dengan perancangan/target/objektif dan sebagainya.

Page 4: Kertas kerja kem remaja wawasan (krew) kelab fizik

KREW KELAB FIZIK

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

25-28 SEPTEMBER 2014

“FEEL THE DIFFERENCE”

4

6.0 TEMA

“FEEL THE DIFFERENCE”

7.0 ANJURAN

Kelab Fizik Sesi 2014/2015 Program Fizik, Pusat Pengajian Fizik Gunaan, Fakulti Sains dan

Teknologi dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Sains dan Teknologi (PMFST),

Universiti Kebangsaan Malaysia.

8.0 TARIKH DAN MASA

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada:

Tarikh : 25-28 September 2014

Hari : Khamis hingga Ahad

10.0 TEMPAT PROGRAM

Tempat program akan dijalankan ialah di Pulau Langkawi

11.0 PUBLISITI

Dalam usaha untuk menjayakan program Kem Remaja Wawasan Kelab Fizik, publisiti dan

sebaran maklumat adalah tertumpu kepada warga Program Fizik yang meliputi pensyarah,

kakitangan, alumni serta mahasiswa/i tahun satu dan dua. Publisiti terhadap maklumat program

akan disebarkan dengan menampal poster, menyediakan kain rentang sekitar kawasan bangunan

Pusat Program Fizik Gunaan dan hebahan melalui laman sosial.

12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

Bilangan peserta : 70 orang

Bilangan pensyarah : 2 orang

13.0 STRUKTUR ORGANISASI

Rujuk Lampiran A

14.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B

Page 5: Kertas kerja kem remaja wawasan (krew) kelab fizik

KREW KELAB FIZIK

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

25-28 SEPTEMBER 2014

“FEEL THE DIFFERENCE”

5

15.0 BELANJAWAN

Rujuk Lampiran C

16.0 PEJABAT URUSAN

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan atau urusan serta surat-menyurat,

sila hubungi :

u/p :

Ketua Pengarah : Rozelia Azila Binti Abd Razak

014-5343749

[email protected]

Timbalan Ketua Pengarah : Muhammad Aizat Bin Kamarudin

01123694614

[email protected]

Setiausaha : NurFarhana Alyssa Binti Ahmad Affandi

017-2056580

[email protected]

17.0 PENUTUP

Adalah diharapkan agar kertas kerja Kem Remaja Wawasan (KREW) Kelab Fizik ke

Langkawi ini mendapat kelulusan daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel)

dan juga amat diharapkan pihak JPPel mempertimbangkan sewajarnya serta meluluskan

permohonan bantuan kewangan seperti yang telah dinyatakan. Selain itu, adalah

menjadi harapan jawatankuasa agar program ini dapat dijayakan dengan lancar dan

mencapai segala objektif yang telah digariskan. Oleh itu, segala sokongan, komitmen

dan pengembelingan tenaga daripada semua pihak amat dialu-alukan. Semoga segala

bentuk ilmu dan strategi pengurusan dapat dipraktikkan sepenuhnya agar program ini

dapat dijayakan dengan sempurna dan dapat memberi satu input berguna khususnya

kepada semua warga Sains Fizik dan mahasiswa/ i Universiti Kebangsaan Malaysia.

Page 6: Kertas kerja kem remaja wawasan (krew) kelab fizik

KREW KELAB FIZIK

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

25-28 SEPTEMBER 2014

“FEEL THE DIFFERENCE”

6

Page 7: Kertas kerja kem remaja wawasan (krew) kelab fizik

KREW KELAB FIZIK

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

25-28 SEPTEMBER 2014

“FEEL THE DIFFERENCE”

7

LAMPIRAN A

STRUKTUR ORGANISASI

PROGRAM KREW KELAB FIZIK UKM

Penaung

Y. Bhg. Prof Dato’ Dr Noor Azlan Ghazali

Naib Cancelor, UKM

Pengerusi

Y. Bhg. Prof Datin Noor Aziah Awal

Timbalan Naib Cancelor (Hal Ehwal Pelajar& Alumni), UKM

Penyelaras

Tuan Haji Musa Zainal Abidin Othman

Timbalan Pendaftar

Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel), UKM

Penaung Kelab Fizik

Y. Bhg. Prof. Dr. Sahrim Haji Ahmad

Dekan Fakulti Sains dan Teknologi, UKM

Ketua Program Fizik

Prof. Dr Supian Samat

Ketua Program Fizik, UKM

Penasihat Kelab Fizik

Dr. Rozidawati Awang

Dr. Zalita Zainuddin

Dr. Yap Chi Chin

Encik Wan Mohd Aimran Wan Mohd Kamil

Ketua Pengarah

Rozelia Azila Binti Abd Razak

014-5343749

A146158

Timbalan Ketua Pengarah

Muhammad Aizat Bin Kamarudin

A147077

011-23694614

Page 8: Kertas kerja kem remaja wawasan (krew) kelab fizik

KREW KELAB FIZIK

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

25-28 SEPTEMBER 2014

“FEEL THE DIFFERENCE”

8

Setiausaha

NurFarhana Alyssa Binti Ahmad Affandi

A146141

Bendahari

Siti Nor Amirah Binti Mohd Amin

A146142

Post Program

Muhammad Faidzi Bin Md Sobri FST/2

Nurul Syahirah Binti Aziz Jaafar FST/2

Norhani Binti Muhammad Nasir Anadurai FST/2

Mohd Hafizudin Bin Kamal FST/2

Nur Amalina Binti Said FST/2

Nor Fitrah Ain Bin Ngahidar FST/2

Post Jamuan

Nurul Asyikin Binti Md Lazim FST/2

Nurumira Asyikin Binti Mohd Abdul Wahab FST/2

Muhammad Asri Bin Adnan FST/2

Nurul Hafizah Binti Mohd Shukur FST/2

Post Teknikal & Logistik

Muhammad Syafiq Bin Mohd Shakri FST/2

Shajaratul Hidayah Binti Ami Nordin FST/2

Muliani Binti Mansor FST/2

Munirah Binti Ishak FST/2

Nurul Asyikin Binti Razali FST/2

Post Keselamatan & Pengangkutan

Muhammad Aliff Aiman Bin Mahmod FST/2

Nurul Nadiah Binti Abdul Hamid FST/2

Post Penginapan

Nurshuzishafiza Binti Ishak FST/2

Siti Nor Zafirah Binti Abdul Aziz FST/2

Nurfatin Afeeqa Binti Baniyami FST/2

Nur Syamimie Nadzwin Binti Hasnan FST/2

Post Pendaftaran & Cenderamata

Anis Afifi Binti Roslan FST/2

Mirratul Mukminah Binti Junedi FST/2

Aina Salsabil Binti Abd Latif FST/2

Muhammad Rajaie Bin Jaafar FST/2

Nur Akasyah Binti Jaafar FST/2

Page 9: Kertas kerja kem remaja wawasan (krew) kelab fizik

KREW KELAB FIZIK

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

25-28 SEPTEMBER 2014

“FEEL THE DIFFERENCE”

9

LAMPIRAN B

ATURCARA PROGRAM

KEM REMAJA WAWASAN(KREW) KELAB FIZIK UKM

Khamis, 25 SEPTEMBER 2014

MASA PERKARA TEMPAT

11.00 malam

Berkumpul dan Bertolak ke Jeti Kuala Perlis

DAM,FST

Jumaat 26 SEPTEMBER 2014

MASA PERKARA TEMPAT

5.00 pagi

Tiba di Jeti Kuala Perlis

Solat Subuh

Sarapan pagi

Hemah diri

Jeti Kuala Perlis

7.00 pagi

Menaiki feri ke Jeti Pulau Langkawi

9.00 pagi

Tiba di Jeti Pulau Langkawi

Dataran Lang,

Langkawi

9.30 pagi

Ice Breaking

11.00 pagi

Rehat/Hemah Diri

Dataran Lang,

Langkawi

12.00 t/hari

Makan Tengahari

1.00 petang

Solat Jumaat (lelaki)

Solat Zohor & Usrah (perempuan)

2.30 petang

Bertolak ke Pusat Penyelidikan UKM

Page 10: Kertas kerja kem remaja wawasan (krew) kelab fizik

KREW KELAB FIZIK

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

25-28 SEPTEMBER 2014

“FEEL THE DIFFERENCE”

10

3.00 petang

Rehat dan Aktiviti Bebas

Pusat Penyelidikan

UKM, Langkawi

5.00 petang

Solat Asar

Persediaan Makan Malam

6.00 petang

Makan Malam

7.00 malam

Solat Maghrib & Isyak

8.30 malam

LDK1 (MyFizik)

10.00 malam

Night Walk

12.00 malam

Tidur

Sabtu, 27 SEPTEMBER 2014

MASA PERKARA TEMPAT

5.30 pagi

Mandi

Solat Subuh

Pusat Penyelidikan

UKM, Langkawi

7.00 pagi

Sarapan

Agihan bekalan roti dan air mineral

8.00 pagi

Mendaki Gunung Mat Cincang

Gunung Mat Cincang,

Langkawi

11.00 pagi

Turun Menggunakan Kereta Kabel

11.30 pagi

LDK2 ( Mind Refreshing )

12.30 petang

Pulang ke Pusat Penyelidikan UKM

Solat Zohor

Makan Tengahari

3.00 petang

Berkumpul

Page 11: Kertas kerja kem remaja wawasan (krew) kelab fizik

KREW KELAB FIZIK

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

25-28 SEPTEMBER 2014

“FEEL THE DIFFERENCE”

11

Bertolak ke Pantai Cenang

Pantai Cenang ,

Langkawi

4.00 petang

Sukaneka

6.30 petang

Bersiap/Mandi

Makan Malam

Solat Maghrib & Isyak

8.30 malam

Malam Kebudayaan

11.00 malam

Bertolak Pulang ke Pusat Penyelidikan UKM

Ahad, 28 SEPTEMBER 2014

MASA PERKARA TEMPAT

5.30 pagi

Mandi/Hemat Diri

Solat Subuh/Aktiviti Kerohanian

Pusat Penyelidikan

UKM

7.00 pagi

Sarapan

8.00 pagi

Bertolak ke Galeri Tun.Dr.Mahathir

Galeri Tun.Dr.

Mahathir

8.30 pagi

Melawat Galeri Tun.Dr.Mahathir

9.30 petang

Bertolak ke Kuah Town

Lawatan Ilmiah ke Bandar Langkawi

Galeri Tun.Dr.

Mahathir

1.30 petang

Berkumpul dan Bertolak ke jeti

Pekan Kuah

2.30 petang

Bertolak pulang ke UKM Bangi

Page 12: Kertas kerja kem remaja wawasan (krew) kelab fizik

KREW KELAB FIZIK

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

25-28 SEPTEMBER 2014

“FEEL THE DIFFERENCE”

12

LAMPIRAN C

BELANJAWAN

Anggaran Pendapatan

BIL PERKARA RM

1.

2.

3.

4.

5.

Fakulti Sains dan Teknologi

Jabatan Perkhidmatan Pelajar

Penajaan Kementerian Pengajian Tinggi

Hasil Jualan

Tajaan Syarikat

1 000

200

3 000

2 500

2 000

JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN

8 700

Page 13: Kertas kerja kem remaja wawasan (krew) kelab fizik

KREW KELAB FIZIK

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

25-28 SEPTEMBER 2014

“FEEL THE DIFFERENCE”

13

Anggaran Perbelanjaan

BIL PERKARA RM

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

Pengangkutan

i) Tiket feri pergi balik (RM 36 × 70 orang)

ii) Tiket Kereta Kabel (RM 10 × 70 orang )

Makanan

i) Makan (RM 15 × 70 orang × 3 hari)

Sijil & Cendramata

Cendramata (RM 4 X 70 orang)

Hamper (RM 30 X 5)

Pengurusan program

i) Teknikal

Publisiti

i)Banner

ii)Poster

Penginapan

Kecemasan

Rencam

2520

700

3150

280

150

300

70

30

1500

150

150

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN

9 000