NERAKA BALASAN
KEJAHATAN
Maksud Neraka
Tempat balasan seksa yang disediakan oleh Allah SWT kepada orang Kafir dan orang Islam yang
melakukan dosa.
“Keimanan kita terhadap Neraka adalah sebahagian daripada beriman kepada hari
akhirat. Sesiapa yang mendustakan kewujudannya akan menjadi murtad. Oleh itu, kita wajib beriman kepada kewujudan neraka
dan memelihara diri daripadanya”
Firman Allah SWT
Maksudnya
. . . peliharalah dirimu dari neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu, yang disediakan bagi orang yang kafir.(Surah Al-Baqarah, 24:2)
Kepentingan beriman kepada Neraka
1. Melengkapkan rukun Islam dan memastikan kebenaran Aqidah.
2. Menghalang manusia melakukan maksiat.
3. Menambahkan keyakinan bahawa setiap kejahatan akan diberikan balasan kejahatan.
Nama-nama Neraka dan maksudnya1.Jahannam : Nama Neraka; berasal daripada Bahasa
Ibrani yang bermaksud ‘tempat balasan seksa yang abadi selepas mati’
2.Sa’ir : Api yang menyala-nyala
3.Laza : Api yang menyala-nyala
4.Saqar : Api yang membakar kulit
5.Jahim : Api yang menyala-nyala
6.Hawiyah : Api yang sangat panas
7.Hutamah : Api yang dinyalakan
Bukti kewujudan Neraka❖Banyak ayat-ayat Al-Quran dan hadis yang menceritakan
tentang neraka.
❖Rasulullah SAW pernah melihatnya semasa peristiwa Israk Mikraj.
❖Tentera bergajah telah dimusnahkan dengan batu sijjil dari neraka.
Keperitan Azab Neraka●Api neraka tersangat panas dan kepanasan akan bertambah hari
demi hari.●Wajah penghuni neraka cacat dan hodoh dibakar api neraka.
●Makanan terdiri daripada buah zaqqum yang berduri dan minuman terdiri daripada air danur, kotoran darah dan nanah penghuni
neraka.
Kesan Beriman Kepada NerakaMenambah keyakinan terhadap kekuasaan Allah SWT
Menginsafkan orang yang berdosa agar segera bertaubat
Menimbulkan kesedaran untuk meninggalkan kemungkaran
Hikmat Diadakan NerakaBalasan kepada orang yang mengingkari kewujudan Allah SWT
Janji Allah SWT kepada orang yang ingkar pada perintahnya
Bukti-bukti keadilan Allah
Menunjukkan Allah berkuasa melakukan apa sahaja yang dikehendaki-Nya
Langkah Menghindari Amalan Yang Menjurus Kepada Dosa
1.Menginsafi keperitan azab di dalam neraka
2.Berdoa supaya Allah SWT memberikan kekuatan menghindari maksiat dan dugaan syaitan
3.Melaksanakan hukum-hukum berdasarkan syariat islam
4.Segera beristighfar dan bertaubat apabila terlanjur melakukan dosa
5.Mendampingi orang alim
SEKIAN TERIMA KASIH
Disediakan oleh:Nur Anisya Anis
Shaurah