Transcript

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS

TALIAN BERTAJUK PEMIKIRAN ALGEBRA II

NOOR AZIDA BINTI SAHABUDIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦

JUDUL : PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN BERTAJUK PEMIKIRAN ALGEBRA II

SESI PENGAJIAN : 2009/2010

Saya NOOR AZIDA BINTI SAHABUDIN (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

SULIT

TERHAD

TIDAK TERHAD

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

(TANDATANGAN PENYELIA) (TANDATANGAN PELAJAR)

Tarikh: ____________________________ Tarikh: ______________________________

PM DR ZALEHA ISMAIL

Nama Penyelia

Disahkan oleh

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

Alamat Tetap: MR01, BATU 1 ½, JALAN MARAN, 28000, TEMERLOH, PAHANG

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS

TALIAN BERTAJUK PEMIKIRAN ALGEBRA II

NOOR AZIDA BINTI SAHABUDIN

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2010

i

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)”

Tandatangan : …………………………..............

Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. ZALEHA BINTI ISMAIL

Tarikh : .....................................................

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : …………………………..............

Nama Penulis : NOOR AZIDA BINTI SAHABUDIN

Tarikh : .....................................................

iii

DEDIKASI

“Syukur kehadrat ilahi kerana memanjangkan usiaku hingga ke saat ini dan berjaya mengharungi liku-liku kehidupan di sini”

Buat… Ayah dan Ibu

En. Sahabudin Bin Hussain dan Pn. Hasnah Binti Yunan yang di kasihi dan di sayangi..........

Demi sedikit harapan Melihat kejayaanku dunia dan akhirat, Terima kasih atas doa dan restu kalian,

tidak lupa juga buat kakak-kakak, abang dan adikku

Suwati, Suamani, Mariyatun, Mohd. Khairul Anuar,

Suhaila dan Muhammad Rusdan,

Ingatan dan kasih sayang kalian menjadi sumber kekuatan dan inspirasi ku……

Buat rakan-rakan seperjuangan 4 SPT yang sentiasa membantu sepanjang

perjuangan kita di sini. Terima kasih si atas segalanya, semoga kejayaan menjadi milik kita semua.

InsyaAllah.......

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T. di atas rahmat dan limpah

kurniaNya maka dapatlah saya menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini dengan

jayanya. Saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas dan setinggi-tinggi terima kasih

kepada Prof Madya Dr Zaleha Ismail selaku penyelia PSM 1 dan PSM 2 yang telah

memberikan tujuk ajar dan kepercayaan kepada saya. Tanpa bantuan, tunjuk ajar dan

sokongan beliau projek ini tidak akan dapat disempurnakan dengan baik. Ucapan terima

kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada rakan seperjuangan Norasyikin

Arshad yang merupakan rakan web portal Pemikiran Algebra yang banyak membantu

serta menghabiskan banyak masa untuk berfikir dan berbincang tentang projek ini.

Tidak dilupakan buat rakan-rakan yang lain yang terlibat secara langsung atau tidak

yang telah memberi pandangan dan cadangan dalam menghasilkan projek ini. Akhir

kata, semoga segala sokongan, bantuan dan kerjasama yang diberikan hanya Allah

S.W.T sahaja yang dapat membalasnya.

Sekian, wassalam.

v

ABSTRAK

Pemikiran algebra (Algebraic Thinking) adalah strategi pemikiran yang

melibatkan perwakilan, keseimbangan, makna pembolehubah, corak dan fungsi serta

penakulan induktif dan deduktif. Pemikiran ini selaras dengan objektif pembelajaran

matematik KBSM yang menekankan penakulan matematik (Mathematical Reasoning).

Walaupun KBSM mengfokuskan kepada pemikiran kreatif dan kritis, penakulan dan

penyelesaian masalah, namun di peringkat perlaksanaan lazimnya penumpuan terbatas

kepada kemahiran prosedur. Disamping itu, pembelajaran berasaskan web adalah satu

alternatif yang berkesan dalam pendidikan kerana kaedah ini mampu mewujudkan

pembelajaran berpusatkan pelajar yang menyokong pembelajaran kendiri. Sekarang ini,

pembelajaran menggunakan e-pembelajaran banyak diterapkan di sekolah dimana

banyak sekolah melanggani beberapa web portal yang sedia ada yang hanya

menekankan pembelajaran berasaskan peperiksaan (Exam Oriented) semata-mata.

Kebanyakkan sekolah yang melanggan adalah untuk pelajar-pelajar mereka yang akan

menduduki peperiksaan seperti UPSR, PMR atau SPM. Namun, berbeza dengan web

portal yang sedia ada, web portal yang dibangun ini lebih mengfokuskan kepada strategi

pemikiran algebra yang menjangkau isi kandungan algebra di sekolah. Bagi

membangunkan Web Portal Pemikiran Algebra ini, perisian sistem pengurusan kursus

yang dikenali sebagai Moodle telah dipilih. Moodle mempunyai ciri-ciri interaktif dan

mesra pengguna disamping reka bentuknya yang menyokong prinsip konstruktivisme

sosial. Bagi memastikan pembangunan dilakukan dengan sistematik, model ADDIE

yang merangkumi lima fasa iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan

penilaian telah digunakan. Bahan e-pembelajaran yang terdapat dalam Web Portal

Pemikiran Algebra ini menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik dan interaktif seperti

kuiz yang pelbagai format, tugasan, forum, ‘chat’ dan jurnal. Selain itu, persekitaran

pembelajaran web portal ini turut disertakan dengan grafik, audio, video dan animasi

yang menarik.

vi

ABSTRACT

Algebraic thinking is a thinking strategy that involve representation, balance,

meaning of variable, patterns and functions and also inductive and deductive reasoning.

This strategy is paralleled with the objective mathematics education in KBSM which

emphasize mathematical reasoning. In the current learning of practice, the algebra only

concentrated on procedured skills inspite of KBSM emphasize on creative thinking,

reasoning and problem solving. On the other hand, Web based learning is viewed as an

effective means of delivering courses in education because this method can support

student-centered learning. Nowadays, many schools encourage their students to learn

through e-learning which they subscribed web portal in market. Unfortunately, these

web portals are too focus on exam oriented. These are those who are students going to

sit for the coming on UPSR, PMR or SPM. Different from the web portal in market, this

web portal focuses on algebraic thinking strategies. The Web Portal Algebraic Thinking

was construct on course management system software name of Moodle. Moodle is

interactive and user friendly while supporting the principles of social constructivism. To

ensure the developments are systematic, ADDIE’s model which comprise of five phases

namely analysis, design, development, implementation and evaluation are adopted. This

web portal provide different types of interactive activities likes quiz of various

formatting, lesson, assignment, forum, chat and journal. Besides that, the learning

environment is enhanced with an interactive graphics, audio, video and animations.

vii

KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL

PENGAKUAN PENULIS ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSRTACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Penyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Kepentingan Projek 8

1.5.1 Pelajar 8

1.5.2 Guru 8

1.5.3 Sekolah 8

viii

1.5.4 Ibubapa dan Masyarakat 9

1.6 Skop dan Batasan Projek 9

1.7 Kerangka Teori Projek 10

1.8 Definisi Istilah 12

1.8.1 Pemikiran Algebra 12

1.8.2 Portal 12

1.8.3 Web Portal Pendidikan 13

1.8.4 ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) 13

1.8.5 E-Pembelajaran 13

1.8.6 Pembelajaran Kendiri 13

1.9 Penutup 14

2 SOROTAN KAJIAN 15

2.1 Pengenalan 15

2.2 Pemikiran Algebra 16

2.2.1 Definisi Pemikiran Algebra 16

2.2.2 Istilah Pemikiran Algebra 17

2.2.3 Ciri-ciri Pemikiran Algebra 17

2.2.4 Kebaikan Pemikiran Algebra 18

2.3 E-Pembelajaran 20

2.3.1 Definisi E-Pembelajaran 20

2.2.2 Istilah E-Pembelajaran 20

2.2.3 Ciri-ciri E-Pembelajaran 21

2.2.4 Kebaikan E-Pembelajaran 21

2.4 Perkembangan Web Portal Dulu dan Kini 22

2.4.1 Kelebihan Portal Pendidikan 23

2.4.2 Contoh Portal Pendidikan di Malaysia 23

2.4.2.1 Web Portal Score A 24

2.4.2.2 Web Portal Zoom A 25

2.4.2.3 Web Portal Pendidikan Utusan Malaysia 26

2.4.2.4 Web portal Cikgu.net 27

2.4.3 Contoh portal pendidikan di Luar Negara 27

ix

2.4.3.1 CoolMath. com 28

2.4.3.2 Visual Math Learning 28

2.4.3.3 Purplemath.com 29

2.5 Perisian Sumber Terbuka 29

2.5.1 Kelebihan Perisian Sumber Terbuka 30

2.6 Sistem Pengurusan Kursus MOODLE 31

2.6.1 Teori konstruktivisme sosial 31

2.7 Keberkesanan Kajian Dalam Negara 33

2.8 Pembelajaran Matematik 34

2.8.1 Kesalahan yang sering dilakukan oleh pelajar dalam 35

topik Algebra

2.9 Penutup 37

3 PROSEDUR PEMBANGUNAN 38

3.1 Pengenalan 38

3.2 Kaedah Pelaksanaan 38

3.2.1 Analisis 40

3.2.1.1 Web Portal Score A 42

3.2.1.2 Web Portal Zoom A 42

3.2.2 Rekabentuk 43

3.2.2.1 Pembentukan Objektif 52

3.2.3 Pembangunan 54

3.2.3.1 Prosedur pembangunan bahan pembelajaran 55

pelajar (Student's Lesson)

3.2.3.2 Prosedur pembangunan nota pengajaran 56

(Notes)

3.2.3.3 Prosedur pembangunan kuiz (Quiz) 57

3.2.3.4 Hot Potatoes Quiz 58

3.2.3.5 Prosedur pembangunan Video 62

3.2.3.6 Prosedur pembangunan Tugasan 63

3.2.3.7 Prosedur pembangunan Forum 64

3.2.3.8 Prosedur pembangunan Chat 64

x

3.2.3.9 Prosedur pembangunan Jurnal 65

3.2.3.10 Prosedur pembangunan Glossari 65

3.2.4 Pelaksanaan 66

3.2.5 Penilaian 66

3.3 Penutup 67

4 HASIL PEMBANGUNAN 68

4.1 Pengenalan 68

4.2 Web Portal Pemikiran Algebra II 69

4.2.1 Skrin Login 69

4.2.2 Penyusunan dan struktur penyampaian bahan 71

e-pembelajaran

4.3 Hasil Projek bahan e-pembelajaran Pemikiran Algebra II 71

4.3.1 Bahan Pembelajaran Pelajar 72

4.3.2 Nota Pengajaran 75

4.3.3 Kuiz (Quiz) 75

4.3.4 Hot Potatoes Quiz 77

4.3.5 Tugasan (Assignment) 79

4.3.6 Forum 80

4.3.7 Perbualan (Chat) 80

4.3.8 Jurnal (Journal) 81

4.4 Pengujian 82

4.5 Penutup 82

5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN 83

5.1 Pengenalan 83

5.2 Perbincangan Projek 84

5.3 Keistimewaan dan Kebaikan Web Portal Pemikiran Algebra II 87

5.4 Kelemahan Web Portal Pemikiran Algebra II 88

5.5 Masalah yang Dihadapi 89

xi

5.6 Cadangan penambahbaikan dan pembangunan pada masa hadapan 90

5.7 Kesimpulan 91

RUJUKAN 92

LAMPIRAN

Lampiran A 97

Lampiran B 99

Lampiran C 105

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Jadual topik yang dibangunkan serta 40

objektif pembelajaran

3.2 Rekabentuk pembinaan item soalan bagi topik 45

algebra

3.3 Jadual objektif pembelajaran dan hasil 53

pembelajaran bagi topik Pemikiran Algebra II

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

1.1 Kerangka Teori Projek 10

3.1 Lima fasa dalam model ADDIE 39

3.2 Carta alir pembangunan Students’s Lesson 55

3.3 Skrin Add an activity Lesson 55

3.4 Carta alir pembangunan nota pengajaran (Notes) 56

3.5 Skrin Add a Resource and Link to a file or Web 56

Page

3.6 Carta alir pembangunan kuiz (Quiz) 57

3.7 Skrin Editting Multiple Choice Question 57

3.8 Carta alir pembangunan Hot Potatoes Quiz 58

3.9 Antara muka Hot Potatoes 59

3.10 Skrin Klu (Hint) di dalam Jcross 60

3.11 Skrin Jcross yang telah siap di muat naik di dalam 60

Moodle

3.12 Skrin menyimpan fail Jmatch dalam bentuk HTML 61

3.13 Video pembelajaran bagi topik Sistem Persamaan 62

3.14 Carta alir pembangunan Assignment 63

3.15 Antara soalan tugasan (Assignment) yang

Disediakan 63

3.16 Carta alir pembangunan Assignment 64

3.17 Carta alir pembangunan Chat 64

xiv

3.18 Carta alir pembangunan Journal 65

3.19 Carta alir pembangunan Glossary 65

4.1 Skrin Login 69

4.2 Skrin Create new account 70

4.3 Skrin maklumat pengguna (new account) 70

4.4 Skrin Algebraic Thinking II 70

4.5 Skrin Learning Targets dipaparkan pada setiap 72

permulaan Lesson

4.6 Skrin Lesson yang menekankan strategi berfikir 73

4.7 Skrin soalan di dalam Lesson 73

4.8 Skrin maklumbalas jawapan betul 74

4.9 Skrin maklumbalas jawapan salah 74

4.10 Skrin membuka dan memuat turun nota Patterns 75

in Algebra

4.11 Skrin soalan kuiz 76

4.12 Skrin soalan kuiz yang menguji Pemikiran Algebra 76

4.13 Skrin bank soalan Kuiz (Quiz) 77

4.14 Skrin Crossword Puzzle in Algebra 78

4.15 Skrin Match Equation yang telah siap dihasilkan 78

4.16 Skrin Assignment 79

4.17 Skrin memuat naik fail bagi Assignment 79

4.18 Skrin Forum 80

4.19 Skrin aktiviti Chat 81

4.20 Skrin Journal 81

xv

SENARAI SINGKATAN

MOODLE - Modular Object Oriented Dynamic Learning

Environment

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

STPM - Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia

IT - Teknologi Maklumat

ICT - Teknologi Maklumat dan Komunikasi

PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer

IPTA - Pusat Pengajian Tinggi Awam

IPTS - Pusat Pengajian Tinggi Swasta

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

WWW - World Wide Web

PTPK - Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

CMS - Sistem Pengurusan Kursus

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Soal Selidik 97

B Analisis Hasil Pengujian 99

C Rekabentuk soalan kuiz bagi tajuk 105

Pemikiran Algebra II

1

 

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dalam menuju Wawasan 2020, Malaysia kini semakin maju dalam pelbagai

bidang termasuklah bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Ini menyebabkan

teknologi maklumat atau lebih dikenali dengan singkatan IT (Information Technology)

telah menjadi satu keperluan dalam kehidupan masyarakat kita pada masa kini. IT

merupakan alat utama dalam era maklumat kerana IT menjadi teras dalam komunikasi

antara manusia dan pembekal maklumat kepada masyarakat. Menurut Mohd Izham

(2007), peranan IT menjadi begitu penting terutamanya dalam bidang pendidikan

sebagai asas penyaluran ilmu.

Ini menyebabkan masyarakat menggunakan pelbagai altenatif dalam mencari dan

mendapatkan maklumat. Jika sebelum ini sumber maklumat agak terbatas iaitu seperti

daripada sumber surat khabar, audio, visual dan elektronik, tetapi dengan perkembangan

teknologi yang semakin canggih dan berkembang maju, kini maklumat boleh didapati

melalui jaringan internet. Revolusi maklumat yang seterusnya mewujudkan era

2

 

maklumat yang akan membawa perubahan yang menyeluruh kepada cara hidup

masyarakat baru yang lebih celik IT, Baharuddin Aris (2003).

Bidang pendidikan mendapat impak yang agak ketara kerana pendidikan berkait

rapat dengan perkembangan maklumat. Ini sekaligus telah mengubah cara pengajaran

dalam sistem pendidikan. Kaedah pengajaran dan pembelajaran diubah sejajar dengan

era perkembangan teknologi maklumat. Kerajaan Malaysia contohnya telah mengambil

langkah yang drastik dalam memajukan bidang pendidikan. Antara inisiatif awal dalam

memajukan bidang ini ialah dengan membekalkan guru-guru sekolah dengan komputer

untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Seperti yang diketahui umum, pendidikan matematik kebelakangan ini lebih

memberi tumpuan kepada penggunaan teknologi maklumat. Ini merupakan salah satu

usaha dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan memastikan pelajar berminat

dengan matapelajaran ini. Oleh hal yang demikian, pelajar perlulah didedahkan dengan

penggunaan komputer bagi meningkatkan kefahaman dan penguasaan mereka terhadap

matematik. Ini sekaligus memberi peluang kepada mereka meneroka dan mengamalkan

konsep pembelajaran sendiri (individualise learning) berbantukan komputer.

Pada permulaannya, penggunaan komputer agak terhad kepada beberapa fungsi

seperti menyampaikan konsep, teori, latih tubi, simulasi, tutorial, penyelesaian masalah

dan permainan. Kemudian, teknologi multimedia mula berkembang menyebabkan

industri internet berkembang pesat. Perkembangan internet merubah bentuk pengajaran

dan pembelajaran kepada e-pembelajaran.

Istilah e-pembelajaran atau pembelajaran elektronik mungkin agak baru, tetapi

konsepnya telah pun wujud beberapa dekad yang lalu. Kini kemajuannya kian pesat dan

digunakan secara meluas dalam dunia korporat dan akademik (Majalah PC, 2003). Tidak

dapat dinafikan penggunaan e-pembelajaran semakin meluas diaplikasikan dalam

pendidikan terutamanya matematik. E-pembelajaran juga boleh diklasifikasikan sebagai

proses penyelarasan serentak kerana boleh melibatkan satu atau lebih perkara dilakukan

3

 

dalam satu masa yang sama. Menurut Siti Hafizah (2003), e-pembelajaran bukan sahaja

memfokus kepada pelajar akan tetapi kepada semua pihak yang terlibat dalam sistem

pendidikan bagi sesebuah institusi seperti guru dan pentadbir.

Banyak kegunaan e-pembelajaran yang boleh dimanfaatkan untuk membantu

pelajar agar belajar dengan lebih efektif lagi. Di antara kegunaan e-pembelajaran ialah

sebagai sumber maklumat elektronik yang mengandungi kursus, objektif kursus,

maklumat tentang mata pelajaran, nota, latihan, permainan dan banyak lagi. Samat

(2000) menyatakan melalui laman web e-pembelajaran ini juga pelajar dapat bertukar-

tukar pendapat dan maklumat tentang tajuk-tajuk tertentu melalui sesi perbincangan

maya.

Portal pembelajaran merupakan salah satu cabang e-pembelajaran yang semakin

meluas diaplikasikan. Sehingga kini, portal pembelajaran semakin berkembang melalui

pengguna internet kerana portal pembelajaran merupakan pintu laluan yang

menyalurkan informasi dan bahan yang terkini menerusi internet. Ianya juga merupakan

laman web gerbang pendidikan masa kini yang berperanan sebagai sebuah institusi

pendidikan dan rujukan kepada masyarakat. Malah ia menyediakan maklumat yang

berkualiti dan interaktif.

Dengan penggunaan web portal dalam pendidikan matematik, keindahan

matematik lebih terserlah dan ini akan dapat meningkatkan minat pelajar dan persepsi

pelajar terhadap matematik. Selain itu, konsep matematik juga dapat diajarkan dalam

pelbagai bentuk yang interaktif dan terkini. Kesimpulannya, teknologi ICT perlulah

dimanfaatkan sepenuhnya dan menggunakan pendekatan yang sesuai supaya

keberkesanan pembelajaran dan pengajaran dapat dicapai.

4

 

1.2 Latar Belakang Masalah

Matematik merupakan matapelajaran teras yang utama bagi pelajar-pelajar di

sekolah tidak kira menengah atau rendah. Justeru itu, gaya pembelajaran matematik

haruslah diberi perhatian agar pencapaian pelajar akan sentiasa meningkat dari semasa

ke semasa. Menurut Abd. Razak (1996) gaya dan amalan pengajaran guru masih dengan

cara tradisional iaitu berpusatkan guru. Seperti yang sedia maklum, minat dan prestasi

murid dalam matematik berkait rapat dengan idea pemikiran, pengetahuan, kefahaman

dan kepercayaan seseorang pendidik terhadap matematik serta gaya dan amalan

pengajarannya dalam bilik darjah (Thornton, 1997). Justeru itu, penggunaan ICT adalah

dianggap penting dalam arus pembangunan globalisasi ke arah perkembangan teknologi.

Di Malaysia, pelajar diajar mengikut silibus yang telah ditetapkan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia. Guru-guru hanya mengfokuskan kepada silibus

tersebut dengan mengabaikan elemen-elemen seperti pemahaman konsep mahupun

pemikiran terhadap sesuatu subjek terutama matematik. Tidak dapat dinafikan,

pemikiran algebra memang kurang diterapkan di kalangan pelajar di Malaysia.

Sebenarnya, pelajar-pelajar telah mempelajari algebra semenjak di tadika lagi. Tetapi,

mereka sendiri tidak menyedari perkara tersebut. Untuk menggalakkan pemikiran

algebra, ianya haruslah bermula dengan pembangunan pemikiran daripada peringkat

awal persekolahan lagi.

Kepentingan gaya pengajaran amat memainkan peranan penting dalam menarik

minat pelajar untuk mempelajari sesuatu ilmu. Kaedah pembelajaran berteraskan

pemikiran adalah salah satu idea baru yang boleh diterapkan dikalangan pelajar. Kaedah

ini akan lebih berkesan jika diselarasakan dengan menggunakan bantuan komputer. Ini

bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran, malahan ia juga boleh memperbaiki

kaedah pembelajaran pelajar kerana mereka digalakkan berfikir secara kreatif dan kritis

bagi menangani sesuatu masalah.

5

 

Dalam pendidikan matematik, aspek yang paling penting adalah memahami

konsep sesuatu topik. Sekiranya pelajar mempunyai kemahiran berfikir yang tinggi dan

dapat memahami sesuatu konsep dengan mendalam, maka pelajar tersebut tidak akan

mengalami sebarang masalah dalam aktiviti penyelesaian masalah. Tetapi guru-guru

tidak sedar akan kepentingan pembelajaran dengan kaedah berfikir ini. Terdapat

pelbagai faktor yang menyebabkan guru tidak mempelbagaikan kaedah dan gaya

pembelajaran. Diantaranya termasuklah sibuk mengejar silibus dan kurang berkemahiran

dalam menggunakan komputer. Apabila keadaan ini berlaku, adalah sukar untuk

menerapkan strategi berfikir yang berkesan dan pemahaman sesuatu konsep kepada

pelajar. Ini menyebabkan pelajar hanya tahu menjawab soalan dengan menggunakan

sesuatu konsep tanpa berfikir dan mereka tidak memahami konsep yang digunakan.

Senario dalam sistem pendidikan matematik yang diajar secara tradisioanal lebih

menumpukan kepada pengiraan dan kemahiran menghafal fakta dan formula berbanding

dengan tahap pemikiran dan kefahaman pelajar. Menurut Tengku Zawawi (1997),

pembelajaran yang seperti ini biasanya bermula dan berakhir dengan himpunan pelbagai

simbol dan istilah matematik yang abstrak di samping beberapa petua dan peraturan

yang perlu dihafal. Jika pelajar tidak diterapkan dengan konsep belajar secara berfikir,

maka mereka hanya akan menghafal konsep yang diajar. Sekiranya pelajar hanya tahu

menjawab soalan tanpa berfikir dan memahami konsep yang digunakan dengan

mendalam, pengajaran ini dikatakan gagal mencapai objektif pembelajaran.

Guru memainkan peranan yang amat penting dalam mempelbagaikan kaedah dan

gaya pembelajaran pelajar. Para sarjana dalam bidang matematik berpendapat bahawa

punca pelajar lemah dan tidak berminat dalam bidang matematik adalah kerana guru

yang tidak dapat memberi pengajaran yang berkesan disebabkan kurang daya kreativiti

(Abu Osman, 2003). Jesteru itu, pembelajaran berpusatkan guru haruslah diubah kepada

pembelajaran berpusatkan pelajar bagi memastikan suasana pembelajaran lebih kondusif

dan pelajar menjadi aktif di dalam kelas. Sekiranya keadaan ini tidak diubah, pelajar

akan menjadi terus pasif dan menjadi kurang bermotivasi untuk belajar.

6

 

Tidak dinafikan sebelum ini kebanyakkan pelajar mempunyai persepsi bahawa

matematik adalah satu matapelajaran yang sukar. Alasan sebegini adalah tidak relevan

dan tidak boleh diterima pakai lagi. Dengan adanya teknologi yang semakin canggih,

konsep yang sukar difahami dapat dipermudahkan dengan pelbagai pendekatan yang

interaktif dan menarik seperti pengunaan multimedia audio, video, animasi dan grafik.

Menurut Shahril Sabudin (2008), penggunaan multimedia berupaya membantu proses

visualisasi dan manipulasi konsep-konsep matematik yang kompleks dengan imej-imej

tiga dimensi membantu kefahaman pelajar mengenai idea-idea matematik.

Kesimpulannya, web portal pembelajaran yang berasaskan idea pemikiran adalah

sesuai dijadikan bahan sokongan alat bantu mengajar kerana ia mampu menyediakan

suasana pembelajaran yang seronok dan meningkatkan motivasi instrinsik pelajar. Selain

itu, konsep pembelajaran secara berfikir juga dapat meningkatkan penguasaan pelajar

terhadap sesuatu konsep matematik. Kepentingan web portal pendidikan terutama

matematik di era teknologi ini tidak harus dipertikaikan lagi. Dengan ciri-ciri menarik

yang ada pada web portal, diharapkan minat pelajar terhadap matematik dapat

dipertingkatkan lagi.

1.3 Pernyataan Masalah

Masalah pengajaran dan pembelajaran matematik seperti Algebra telah lama

wujud dari dahulu sehingga ke hari ini. Masalah ini berpunca dari gaya pembelajaran

yang hanya berpusat kepada guru menyebabkan pemahaman pelajar diabaikan. Guru

sepatutnya mempelbagaikan kaedah pengajaran seperti mengajar menggunakan kaedah

pemikiran bagi menggalakkan pelajar-pelajar berfikir dengan lebih kreatif dan kritis. Ini

akan dapat menarik minat pelajar untuk mendalami ilmu matematik seperti Algebra.

Pelajar juga kurang berminat terhadap matematik disebabkan oleh sistem pengajaran

7

 

yang statik dan konsep yang abstrak hanya diterangkan melalui teori semata-mata.

Disebabkan itu, web portal pendidikan matematik yang berasaskan pemikiran algebra ini

dibangunkan sebagai sokongan untuk mengatasi masalah ini. Web portal ini akan

menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik yang menggalakkan

pelajar untuk berfikir secara kreatif dan kritis dan akan menekankan gaya pembelajaran

berpusatkan pelajar.

1.4 Objektif Projek

Objektif pembangunan projek e-pembelajaran ini adalah untuk membangunkan sebuah

web portal dengan menggunakan MOODLE bagi topik Pemikiran Algebra II (Algebraic

Thinking II) bagi pelajar menengah rendah. Pembangunan web portal ini merangkumi:

i. Bahan pembelajaran pelajar yang merangkumi nota untuk pemahaman

konsep Algebra.

ii. Nota pengajaran yang boleh digunakan oleh pelajar dan guru.

iii. Pelbagai bentuk kuiz pengukuhan mengikut subtopik.

iv. Tugasan, forum, perbualan dan jurnal.