Transcript
  • 1 | M S S D M a n j u n g 2 0 1 5

    PERATURAN KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD MANJUNG 2015

    1.0 NAMA KEJOHANAN

    Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah- Sekolah Daerah Manjung Tahun 2015

    2.0 TARIKH DAN MASA

    Kejohanan : 28 Januari, 2015, Masa 7.30 pag. (Sekolah Rendah)

    29 Januari 2015, Masa 7.30 pagi (Sekolah Menengah)

    3.0 TEMPAT : Padang Astaka Sitiawan (Sekolah Rendah)

    SMK DatoIdris Pantai Remis (Sekolah Menengah)

    4.0 UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

    KEJOHANAN ini dijalankan mengikut Undang-Undang Kesatuan Olahraga Amatur

    Malaysia ( KOAM ), Peraturan Peraturan AM Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia

    ( MSSM ), Peraturan Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia

    ( MSSM ) dan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Perak (MSSPk).

    5.0 JENIS PERTANDINGAN / KATEGORI / JARAK LALUAN

    5.1 Pertandingan akan dijalankan secara Individu dan Berpasukan

    5.2 Kumpulan Umur dan Kategori adalah seperti berikut:

    Kategori Peringkat Umur Jarak

    A Lelaki bawah 18 tahun 8 km

    B Perempuan bawah 18 tahun 6 km

    C Lelaki bawah 15 tahun 6 km

    D Perempuan bawah 15 tahun 6 km

    E Lelaki bawah 12 tahun 4 km

    F Perempuan bawah 12 tahun 4 km

    6.0 PENGESAHAN PESERTA PESERTA / TURUTAN KEJOHANAN

    6.1 HARI KEJOHANAN

    6.1.1 Melaporkan diri

    6.1.1.1 Melapor diri dan sesi Pengesahan penyertaan yang akan dilakukan

    oleh Jawatankuasa Pertandingan dengan menunjukkan borang

    penyertaan dan disertakan photostat kad pengenalan / Sijil lahir atau

    Mykid (sekolah rendah ) yang disahkan oleh Pengetua / Guru Besar

    sekolah masing-masing.

  • 2 | M S S D M a n j u n g 2 0 1 5

    6.1.1.2 Borang penyertaan yang lengkap setelah disemak hendaklah

    diserahkan

    a) Jawatankuasa Pertandingan semasa pengesahan pasukan atau

    b) Penyelia Peserta Setiap kumpulan Umur pada hari pertandingan.

    6.2 PERTANDINGAN

    6.2.1 Pertandingan

    6.2.2 Penyampaian Hadiah

    6.2.3 Bersurai

    7.0 PENDAFTARAN PESERTA

    7.1 Setiap peserta yang didaftarkan hendaklah Warga Negara Malaysia dengan 6 peserta

    bagi setiap kategori (Sekolah Menengah). 4 peserta bagi setiap kategori (Sekolah

    Rendah)

    7.2 Pendaftaran peserta hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Penyertaan

    Rasmi yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola.

    7.3 Borang Pendaftaran Sekolah Rendah secara ONLINE. Gunakan link dibawah;

    http://goo.gl/forms/WXJ7pNS8Mi juga terdapat dalam portal

    www.olahragamanjung.com

    7.4 Borang penyertaan Sekolah Menengah yang telah dilengkapkan perlu diemail

    kepada:

    1. [email protected] atau [email protected] ( En. Mohd Wazir

    Syafiq bin Kholil 019-5752887 ) sebelum atau pada 23 Januari, 2015.

    8.0 PENETAPAN PUNGUTAN MATA BAGI BERPASUKAN

    8.1 Daripada 4 peserta yang berlari prestasi / pencapaian terbaik 3 orang peserta yang

    menamatkan larian akan diambil kira untuk menentukan kedudukan pasukan.

    (Sekolah Rendah)

    8.2 Daripada 6 peserta yang berlari, prestasi / pencapaian terbaik 5 orang peserta yang

    menamatkan larian akan diambil kira untuk menentukan kedudukan pasukan.

    (Sekolah Menengah)

    8.2 Pasukan yang mendapat agreget terendah akan diisytiharkan sebagai pemenang.

    8.3 Jika berlaku seri penamat yang keempat bagi (Sek. Rendah) dan keenam bagi (Sek.

    Men) terbaik akan diambil kira bagi menentukan pemenang.

  • 3 | M S S D M a n j u n g 2 0 1 5

    9.0 PENENTUAN JUARA KESELURUHAN

    9.1 Juara keseluruhan merentas desa adalah berdasarkan kepada jumlah agreget yang

    terendah dikumpulkan daripada dua kategori (Sekolah Rendah) empat kategori

    (Sekolah Menengah)

    9.2 Jika berlaku seri, pasukan yang mendapat bilangan Johan berpasukan yang terbanyak

    akan dikira sebagai pemenang.

    9.3 Jika berlaku seri juga, tempat kedua dan berikutnya akan diambil kira sebagai

    pemenang.

    10.0 HADIAH HADIAH

    10.1 Bagi acara Individu

    10.1.1 Hadiah diberikan kepada pemenang tempat pertama hingga ke lima belas

    bagi setiap kategori.

    10.2 Bagi Acara Berpasukan

    10.2.1 Kategori L 18 : Johan, Naib Johan dan Ketiga

    10.2.2 Kategori P 18 : Johan, Naib Johan dan Ketiga

    10.2.3 Kategori L 15 : Johan, Naib Johan dan Ketiga

    10.2.4 Kategori P 15 : Johan, Naib Johan dan Ketiga

    10.2.5 Kategori L 12 : Johan, Naib Johan, dan Ketiga,

    10.2.6 Kategori P 12 : Johan, Naib Johan, dan Ketiga,

    10.3 Piala pusingan akan diberikan kepada kontinjen yang menjadi Johan Keseluruhan

    11.0 NOMBOR PESERTA

    11.1 Setiap peserta hendaklah memakai nombor pengenalan mengikut ketetapan sekolah

    masing-masing dibahagian hadapan dan belakang badan dan hendaklah disematkan

    pin pada keempat-empat sudut kain dan ukuran nombor tinggi 12cm lebar 1.5 cm.

    11.2 Penetapan nombor adalah seperti berikut:

    Kategori Warna Catatan

    A L 18 thn Putih ( Tulisan hitam )

    B P 18 thn Putih ( Tulisan hitam )

    C L 15 thn Kuning ( Tulisan hitam )

    D P 15 thn Hijau ( Tulisan hitam ) Kategori 14 thn olahraga daerah

    E L 12 thn Biru Muda ( Tulisan hitam )

  • 4 | M S S D M a n j u n g 2 0 1 5

    F P 12 thn Merah Jambu ( Tulisan hitam ) Kategori 11 thn olahraga daerah

    12.0 MELAPORKAN DIRI PESERTA

    12.1 Semua peserta mesti melaporkan diri sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu

    acara berkenaan dijadualkan berlangsung

    12.2 Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dan nombor-nombor mereka mesti

    disematkan dengan pin pada setiap penjuru di baju lari masing-masing

    13.0 MEMANASKAN BADAN

    Peserta-peserta hanya dibenarkan memanaskan badan di tempat yang ditentukan

    14.0 PAKAIAN

    14.1 Peserta hendaklah berpakain sesuai dan kemas serta berkasut sewaktu mengambil

    bahagian dan pada majlis penyampaian hadiah

    14.2 Pakaian hendaklah tidak jarang walaupun basah dan tidak menjolok mata

    15.0 BANTAHAN

    Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut Peraturan 147 KOM, kecuali perkara berikut :

    15.1 Segala masalah berkaitan dengan kelayakan ( status ) seseorang peserta yang tidak

    dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan bermula, maka

    peserta tersebut boleh mengambil bahagian di bawah bantahan ( under protest )

    dan perkara tersebut akan dikemukakan kepada MSS Perak kelak.

    15.2 Bantahan berhubung dengan acara-acara yang sedang dijalankan hendaklah

    dilakukan dengan serta merta dan tidak lewat daripada

    15.2.1 Lima belas ( 15 ) minit setelah keputusan rasmi diumumkan

    15.2.2 Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mesti disertai dengan

    wang pertaruhan sebanyak RM 200.00 ( Ringgit Malaysia : Dua Ratus

    sahaja )

    16.0 HAK HAK JAWATANKUASA PENGELOLA

    16.1 Tiap-tiap acara akan dijalankan mengikut tarikh dan waktu seperti yang ditetapkan,

    tetapi Jawatankuasa Pengelola dengan persetujuan Pengerusi Teknik dan

    Pembangunan Merentas Desa MSSD Manjung, berhak meminda susunan acara jika

    difikirkan perlu. Jika berlaku pemindaan, Pengurus-Pengurus Pasukan akan

    diberitahu.

  • 5 | M S S D M a n j u n g 2 0 1 5

    16.2 Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tercatat

    dalam Undang-Undang Olahraga KOM terkini, Peraturan-Peraturan Am MSSM atau

    Peraturan-Peraturan Pertandingan Kejohanan Merentas Desa MSSPk. Termasuk

    TIDAK MEMBENARKAN penglibatan pelajar warga asing dalam kejohanan ini

    17.0 Yuran Pendaftaran

    17.1 Sekolah Rendah RM 15 setiap kategori

    17.2 Sekolah Menengah RM25 setiap kategori

    17.3 Yuran mestilah di bayar kepada pihak penganjur sebelum atau semasa kejohanan.

    18.0 HAL HAL LAIN

    18.1 Tempat-tempat khas akan disediakan untuk peserta-peserta dan pegawai-pegawai.

    Individu yang tidak berkenaan DILARANG masuk ke tempat-tempat khas tersebut.

    18.2 Selain daripada Pegawai-Pegawai Teknik yang bertugas dan peserta-peserta yang

    mengambil bahagian, TIDAK SESIAPAPUN DIBENARKAN MASUK KE ARENA

    PERTANDINGAN KECUALI DENGAN KEBENARAN PENGURUS KEJOHANAN.

    18.3 Jawatankuasa tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan, kematian, kecacatan

    anggota, kehilangan anggota badan / harta benda / sebarang kecederaan lain

    berlaku :

    18.3.1 Semasa perjalanan pergi dan balik dari penginapan ke tempat pertandingan

    18.3.2 Semasa kejohanan dijalankan

    18.3.3 Di dalam dan di luar kawasan pertandingan

    18.3.4 Di tempat-tempat kejohanan

    18.4 Walau bagaimanapun, pihak Pengelola Kejohanan akan berusaha untuk mengambil

    langkah-langkah bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta dan

    pegawai terjamin setakat mana yang munasabah.

    ########################################################################