Transcript

Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah ditubuhkan pada tahun 1995 selepas tertubuhnya Universiti Malaysia Sabah secara rasmi pada 24 November 1994. Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah ditubuhkan untuk memberi sokongan kepada pengajaran, pembelajaran, penyelidikan, inovasi dan penerbitan Universiti. Perpustakaan UMS turut menyediakan perkhidmatan di Kampus Cawangan Sandakan, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Sebuah perpustakaan khas juga telah ditubuhkan untuk Sekolah Perubatan yang kini terletak di Blok B. Perpustakaan UMS menggunakan VIRTUA sebagai sistem perpustakaan dan ia boleh diakses 24 jam 7 hari seminggu melalui Portal Perpustakaan.Perpustakaan UMS juga mempunyai visi, misi, falsafah, objektif, piagam pelanggan dan moto tersendiri. Aspek-aspek inilah yang menjadikan Perpustakaan UMS mencapai statusnya pada hari ini.VisiKe arah gedung ilmu tersohor di dunia melalui pembangunan sumber maklumat yang dinamik dan inovatif.MisiMenyediakan sumber dan perkhidmatan yang komprehensif bagi menyokong keperluan pembelajaran, pengajaran, penyelidikan dan inovasi serta penerbitan universiti.FalsafahMembina masyarakat terpelajar, cemerlang dan berbudaya maju yang berteraskan kepada penguasaan serta kecintaan terhadap ilmu pengetahuan melalui pembacaan dan pembelajaran sepanjang hayat.Objektif Membina koleksi bahan dan maklumat yang berkualiti. Menyediakan perkhidmatan yang efisien, efektif, tepat dan mesra pelanggan. Mengoptimumkan penggunaan pelbagai maklumat, kemudahan dan perkhidmatan. Memupuk budaya ilmu dikalangan warga university dan masyarakat sekitar.Piagam Pelanggan Membangunkan koleksi bahan dan maklumat yang berkualiti dan relevan. Menyediakan maklumat yang efisien, elektif dan tepat setiap masa. Memberi khidmat kepada pengguna dengan mesra. Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif.MotoBerkhidmat, BerkualitiBersama-sama ini, ia menyokong pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan inovasi bagi university ini. Perpustakaan UMS terdiri daripada lima (5) Perpustakaan, empat (4) Blok Klinikal dan satu (1) Pusat Perkhidmatan Luar Kampus yang terdiri seperti berikut:Perpustakaan1. Perpustakaan Kampus Induk Kota Kinabalu (UMS). Ditubuhkan pada tahun 1995, perpustakaan ini menyediakan bahan-bahan bagi memenuhi keperluan ahli perpustakaan selaras dengan kursus-kursus dan program yang ditawarkan di university.2. Perpustakaan Cawangan Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL). Cawangan ini ditubuhkan pada tahun 1999 untuk menyokong pengajaran dan pembelajaran untuk Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan dan Fakulti Komputeran dan Informatik.3. Perpustakaan Perubatan. Perpustakaan Perubatan mula beroperasi pada bulan Ogos 2011 bagi menyediakan bahan koleksi perubatan. Perpustakaan Perubatan terletak di Bangunan Blok B, Aras 3 dan 4, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan.4. Perpustakaan Kampus Sandakan). Perpustakaan Kampus Sandakan ditubuhkan pada bulan September 2011 dan mula beroperasi pada 3 Oktober, 2011. Kebanyakan daripada koleksi yang terdapat di sini adalah berdasarkan rujukan khusus bahan bagi Fakulti Pertanian Lestari.5. Perpustakaan Mini Multimedia.Blok Klinikal1. Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. Ditubuhkan pada tahun 2007, matlamat tumpuan adalah untuk memenuhi keperluan maklumat pelajar perubatan dan pensyarah.2. Riverside Kinfisher, Kota Kinabalu. Ditubuhkan pada tahun 2008, matlamat utama adalah untuk memenuhi keperluan maklumat pelajar yang menjalani latihan praktikal di Hospital Duchess of Kent.3. Duchess of Kent, Sandakan. Ditubuhkan pada tahun 2007, matlamat utama adalah untuk memenuhi keperluan maklumat pelajar yang menjalani latihan praktikal di Hospital Duchess of Kent.4. Pusat Pendidikan Perubatan Desa Sikuati, Kudat. Ditubuhkan pada tahun 2009, matlamat utama adalah bagi memenuhi keperluan maklumat kepada pelajar yang menjalani latihan praktikal di Hospital Kudat dan juga projek PUPUK.Pusat Perkhidmatan Bacaan Luar1. Pusat Perkhidmatan Bacaan Luar, Tawau. Ditubuhkan pada tahun 2007, matlamat utama adalah untuk memenuhi keperluan maklumat bagi Pusat Luar Universiti Malaysia Sabah (PLUMS). Koleksi yang sedang dibangunkan adalah berdasarkan kepada program yang ditawarkan dan cadangan pensyarah.


Recommended