Transcript
  • http://sejarahstpm.blogspot.com/

    SULIT*

    940/2

    (SEJARAH MALAYSIA, ASIA TENGGARA,ASIA SELATAN, DAN ASIA TIMUR, 1800

    PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMASIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2011

    PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUASEKOLAH MENENGAH MALAYSIA

    Persidangan Kebangsaan Pengetua Sekolah Menengah Perlis (PKPSM) & JPNP 2011

    1http://sejarahstpm.blogspot.com/

    SKEMA SEJARAH

    KERTAS 2

    (SEJARAH MALAYSIA, ASIA TENGGARA,ASIA SELATAN, DAN ASIA TIMUR, 1800-1963)

    PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMAINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2011

    ANJURANPERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA

    SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA(CAWANGAN PERLIS)

    Persidangan Kebangsaan Pengetua Sekolah Menengah Perlis (PKPSM) & JPNP 2011

    STPM 2011

    1963)

    INGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2011

    PENGETUA

    Persidangan Kebangsaan Pengetua Sekolah Menengah Perlis (PKPSM) & JPNP 2011

  • 2http://sejarahstpm.blogspot.com/

    1. Terangkan bagaimanakah kuasa raja-raja Melayu diperkukuh sebagai kuasatertinggi dalam politik Melayu sebelum kedatangan kuasa Barat.

    A. PENGENALAN (3M)

    i. Dalam hirarki masyarakat Melayu, raja berada dalam kedudukan paling atas.ii. Ketinggian darjat raja telah memberikan mereka kuasa pemerintahan yang tertinggi.

    Raja dianggap orang paling suci dan dihormati.iii. Peranan dan keistimewaan yang dimiliki raja-raja Melayulah yang memperkukuhkan

    kuasa tertinggi raja-raja Melayu.

    B. Isi-isi - Pengukuhan Kuasa Tertinggi Raja dalam Sistem Politik Melayu (20M)

    Konsep, kuasa dan keistimewaan

    i. Asal Keturunan

    Anak raja yang dilahirkan oleh permaisuri yang sah ditabalkan sebagai raja dengan penuhadat istiadat. Menurut Adat Raja-raja Melayu, sultan dianggap sebagai Amirul Mukminin(pemimpin orang-orang mukmin)/Zulillahi-filalam (Khalifah Allah) iaitu wakil Allah dibumi.

    ii. Konsep daulat raja-raja Melayu

    Raja dianggap mempunyai kuasa sakti bagi tujuan mengagung-agungkan baginda. Setiaprakyat percaya sekiranya melanggar perintah atau engkar pasti akan ditimpa tulah ataumalapetaka.

    Memandangkan anggapan rakyat bahawa raja itu wakil Allah, maka setiap titah perintahraja tidak wajar disanggah kerana mengengkari perintah raja bermakna melanggarperintah Allah.

    iii. Perlantikan dan Pertabalan

    Raja dilantik melalui upacara pertabalan. Pengesahan pertabalan dilakukan oleh raja yanglebih masyhur dan kedudukan yang lebih tinggi.

    Pertabalan mesti disertai oleh alat-alat kebesaran raja digelar regalia Pertabalandisokong oleh pembesar-pembesar dan rakyat daripada pelbagai lapisan.

  • 3http://sejarahstpm.blogspot.com/

    iv. Kedudukan dan kuasa raja

    Raja mempunyai kuasa mutlak atau berkuasa penuh dalam kerajaannya. Bagindadianggap sebagai ketua negeri yang tertinggi.Raja berkuasa menggubal undang-undang dan dasar dan rakyat tidak bolehmempersoalkan dasar yang digubal. Baginda juga tidak tertakluk pada undang-undangdan bebas daripada hukuman. Rakyat patuh dan taat setia kepada raja/sultan dan tidakboleh menderhaka. Segala arahan raja/sultan yang diperintah dilakukan tanpa bantahan.

    v. Keistimewaan raja

    Beberapa keistimewaan yang dimiliki oleh raja-raja Melayu telah secara langsung dapatmemperkukuh kuasa tertinggi. Kuasa istimewa tersebut dapat membezakan kedudukanraja dan rakyat jelata.Raja memiliki pelbagai alat kebesaran yang tidak dimiliki oleh kebanyakan antaranya copmohor, keris, patung, tombak dan kendi. Keistimewaan raja juga dapat dibezakan denganpenggunaan warna dalam pemakaian. Warna kuning hanya dikhaskan untuk raja sahaja.Penggunaan bahasa juga dapat membezakan antara raja dengan rakyat jelata. Contohnyaberadu, santap, bersiram dan sebagainya. Raja juga menggunakan bunyi-bunyian alatmuzik khas seperti nobat.Hak istimewa bertujuan untuk membezakan raja dengan rakyat.

    Peranan dan tanggungjawab raja-raja Melayu

    v. Pemerintahan dan pentadbiranKuasa tertinggi raja-raja Melayu diperkukuh dengan peranan dan tanggungjawab yangdipikul oleh seseorang raja yang memerintah dalam politik dan pentadbiran. Rajamempunyai kuasa politik pusat ke atas semua kawasan yang ditadbir oleh baginda.Kuasa tersebut termasuklah muara-muara sungai hingga kawasan pergunungan yangterhad. Raja juga bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengawal keselamatan bagimewujudkan keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan rakyat jelata.

    vi. Melantik Pengganti dan Pembesar

    Mempunyai keistimewaan melantik penggantinya di antara putera-puteranya daripadaanak gahara walaupun sepatutnya mengikut umur yang lebih tua.Raja berkuasa melantik pembesar. Kekuatan pembesar akan memperkukuhkankedudukan raja. Pembesar memberi sokongan kepada raja dalam menentukankedudukannya sebagai raja, misalnya pelantikan Sultan Perak banyak bergantung kepadasokongan pembesar masa itu.

  • 4http://sejarahstpm.blogspot.com/

    vii.Perundangan dan kehakiman.Dalam bidang perundangan dan kehakiman raja berperanan sebagai ketua hakim. Bidangkehakiman/perundangan sebelum kedatangan kuasa Barat tiada berdasarkan tulisan tetapiberdasarkan hukuman bersifat adat. Lama kelamaan, peraturan ditulis dan disusun denganjelas seperti yang terkandung dalam Undang-undang 99 Perak, Undang-undang Pahangdan sebagainya. Baginda bertanggungjawab dalam mengendali dan memutuskanhukuman. Hukuman mati hanya diputuskan oleh raja.

    viii.EkonomiDalam bidang ekonomi, khususnya kuasa memungut cukai adalah terletak di bawahbidang kuasa raja ke atas keseluruhan kawasan takluknya, misalnya cukai ke ataspertanian dan perlombongan bijih timah.Raja/sultan mempunyai sumber pendapatan melalui cukai yang diperoleh daripadapembesar sebagai tanda sokongan atau lambang kesetiaan kepada raja..Contohnya diPerak, Sultan Perak menerima $6 daripada setiap bahara bijih timah yang dieksport darimana-mana daerah di Perak sebagai perlambangan taat setia pembesar kepada raja/sultan.

    C. KESIMPULAN (2M)i. Peranan raja diperkukuh dengan keistimewaan raja/sultan dengan unsur mitos,keistimewaan dalam bahasa dan peralatan khas termasuk tempat tinggal di istana. Dalammemperteguh kedudukan dan peranan raja/sultan, sokongan pembesar juga amat pentingbagi mengekalkan kesejahteraan dan keamanan serta bertindak sebagai pelaksana ataupembantu raja/sultan dalam sistem pemerintahan sesebuah negara.ii. Kedudukan dan kuasa tertinggi raja mulai berkurang apabila Sistem Residen muladiperkenalkan tahun 1874 selepas Perjanjian Pangkor. Raja hanya berkuasa dalam halehwal agama dan adat istiadat Melayu sahaja.

  • 5http://sejarahstpm.blogspot.com/

    2. Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada campur tangan British di Selangor danPahang pada abad ke-19.

    A. PENGENALAN ( 2/3 m )

    a ) British campur tangan di Selangor pada tahun 1875 disebabkan oleh masalah huru-hara didalam negeri ekoran perebutan kuasa antara pembesar-pembesar kerana berebut kawasanlombong bijih timah,pergaduhan kongsi gelap,dan masalah pelanunan.

    b) Pendudukan British di Selangor berlaku pada Oktober 1874 selepas J.G Davidsondilantik sebagai Residen.

    c) British cuba meluaskan kuasanya ke Pahang setelah berjaya menguasai Perak ( 1874 ) danSelangor ( 1874 ) tetapi tidak berjaya kerana tiada sebarang masalah yang boleh dijadikanalasan untuk campur tangan.British perlu campur tangan di Pahang kerana minat yangmendalam ditunjukkan oleh Jerman di Pahang.

    d ) Terdapat pelbagai faktor yang mendorong British untuk campur tangan di Pahang danSelangor pada pertengahan abad ke 19.

    B. ISI-ISI ( 20 markah )

    Faktor-faktor Campur tangan di Selangor

    1. Peristiwa Perang Saudara ( Perang Kelang 1867 1874 )

    a) Perebutan kuasa berlaku antara Raja Mahadi dan Raja Abdullah telah mencetuskanPerang Kelang yang meletus selama enam tahun ( 1867 1873 ).Perang Kelangdisebabkan oleh ketiadaan pentadbiran yang kukuh,perebutan kawasan-kawasanmelombong bijih timah oleh pembesar-pembesar Melayu serta campur tangan orangBugis,Cina dan Mandeling.

    b) Sultan Muhammad Syah telah menyerahkan daerah Kelang kepada putera sulungnya iaituRaja Sulaiman.Malangnya Raja Sulaiman tidak memajukan Kelang.Pada tahun1850,Raja Sulaiman mangkat.Sultan Muhammad telah menyerahkan kuasa memerintahKelang kepada menantunya iaitu Raja Abdullah.Raja Abdullah kemudian memajukankawasan bijih di Kelang dengan membawa masuk buruh-buruh Cina.

    c) Tindakan Sultan Muhammad menimbulkan rasa tidak puas hati putera Raja Sulaimaniaitu Raja Mahadi.Raja Mahadi berpendapat baginda lebih berhak mewarisi daerahKelang.Tuntutan Raja Mahadi ditolak oleh Sultan Abdul Samad.Bagi mengurangkanketegangan Raja Abdullah membayar wang saguhati setiap bulan kepada RajaMahadi.Raja Mahadi tidak berpuas hati dan berusaha untuk mendapat sokonganmerampas semula Kelang daripada Raja Abdullah.

  • 6http://sejarahstpm.blogspot.com/

    d) 1867, Raja Mahadi telah menyerang Kelang dan berjaya menguasainya.Raja Abdullahberundur ke Melaka dan bersetuju menerima $ 1500 sebulan.Raja Abdullah kemudiannyamangkat di Melaka.Raja Ismail putera Raja Abdullah meneruskan peperangan bagimendapatkan semula Kelang dengan bantuan Tengku Kudin iaitu menantu Sultan AbdulSamad.

    e) Kedua - dua pihak berusaha mencari sekutu masing-masing dengan membuat perikatandengan pembesar-pembesar tempatan dan kongsi-konsgi gelap.Akhir tahun 1869 Yap AhLoy dan Fui Chew ( Hai San ) menyokong Tengku Kudin dan Raja Ismail sementaraRaja Mahadi pula disokong oleh Maharaja Abu Bakar dan kongsi gelap Ghee Hin.

    f) Pada awal peperangan kedua-dua belah pihak sama kuat.Perikatan Tengku Kudin danRaja Ismail berjaya mengatasi Raja Mahadi dengan menyekat kemasukan barang-barangmakanan dan perdagangan bijih timah ke Kelang.

    g) 1873,Tengku Kudin berjaya menguasai Kelang.Raja Mahadi berundur dan bertahan diKuala Selangor.Pengusiran Raja Mahadi dan penawanan semula Kuala Lumpurmenamatkan perang saudara yang berlangsung selama tujuh tahun.

    2. Pergaduhan Kongsi Gelap

    a) Perang Kelang bertambah rumit dengan adanya pertelingkahan antara dua pelombongCina di Selangor iaitu puak Kah Yeng Chew ( Ghee Hin ) yang berpusat di Kanching danpuak Fei Chew ( Hai San ) yang berpusat di Kuala Lumpur-Ampang.

    b) Pergaduhan tercetus apabila Ah Sze wakil Yap Ah Loy di Kanching telah dibunuh olehpuak Kah Yeng Chew yang diketuai oleh Chong Chong dan berjaya mengusirnya keluardari Kanching.Pertelingkahan menjadi bertambah rumit apabila kongsi gelap Ghee Hindan Hai San terlibat dalam perang Klang.

    c) Chong Chong dari puak Ghee Hin berpihak kepada Raja Mahadi manakala Yap Ah Loydan puak Hai San memihak kepada Tengku Kudin.Pada tahun 1872,Raja Mahadi denganbantuan Chong Chong berjaya menawan Kuala Lumpur.Bulan November 1873,TengkuKudin,Yap Ah Loy,dan Bendahara Wan Ahmad ( Pahang ) menyerang Kuala Lumpurdan berjaya menawannya kembali.Tengku Kudin kemudiannya telah melantik Yap AhLoy menjadi Kapitan Cina di Kuala Lumpur.

    3. Masalah pelanunan.

    a) Kegiatan lanun dan rompakan merebak di perairan Selangor.Kegiatan tidak dapatdikawal kerana ada di kalangan kumpulan lanun ini diketuai oleh putera-putera sultan

  • 7http://sejarahstpm.blogspot.com/

    dan pembesar-pembesar yang kehilangan pendapatan kerana kalah dalam perebutankawasan perlombongan.

    b) Pada 8 November 1873,sebuah kapal dagang milik rakyat Britain diserang oleh lanunyang disokong oleh putera-putera Sultan Abdul Samad berhampiran SungaiJugra.Serangan menyebabkan lapan anak kapal warga British terbunuh.Britishmenangkap sembilan orang Melayu Selangor yang disyaki terlibat dalam kejadiantersebut.

    c) Kerajaan British telah memaksa Sultan Abdul Samad membicarakan lanun-lanun yangditangkap.Setelah dibicarakan semua didapati bersalah dan dihukum mati.

    d) Pada Januari 1874,lanun-lanun telah menyerang rumah api di Tanjung Richardo (Tanjung Tuan ).Walaupun serangan gagal,Sir Andrew Clarke meminta Sultan AbdulSamad menghukum mereka yang terlibat.

    e) Peristiwa memberi peluang kepada Andrew Clarke untuk campur tangan diSelangor.Tahun 1874,British meminta Sultan Abdul Samad menerima seorang residenBritish.Pada mulanya Sultan Abdul Samad enggan menerimanya.Setelah dipujuk olehFrank Swettenham,baginda bersetuju menerima residen British di Selangor.

    f) Pada Disember 1874, J.G Davidson telah dilantik sebagai residen British yang pertamadan Frank Swettwenham dilantik menjadi penolong residen di Kuala Langat.TengkuKudin pula diiktiraf sebagai Wizurai Selangor.

    Faktor-faktor Campur tangan di Pahang

    Masalah Perang Saudara

    a) Pada tahun 1857 berlaku perang saudara di Pahang yang meletus akibat perebutan takhtaantara Bendahara Wan Ahmad dan adiknya Wan Mutahir.Perang berlangsung selamaenam tahun dan menyebabkan ekonomi golongan saudagar Singapura di Pahang terjejas.

    b) Wan Ahmad berjaya mengalahkan Wan Mutahir dan melantik dirinya sebagaiBendahara.Pada tahun 1884 Wan Ahmad melantik dirinya sebagai sultan dan memakai gelaranSultan Ahmad.

    c) Pada bulan November British telah membuat satu usul untuk meluaskan pengaruh Britishdi negeri-negeri Melayu,termasuk Pahang.Cecil Clementi telah menghantar FrankSwettenham untuk mengetuai satu perutusan ke Pahang bagi menyelesaikan masalah

  • 8http://sejarahstpm.blogspot.com/

    pertikaian antara Sultan Ahmad dengan adiknya Wan Mansor serta memujuk bagindamenerima seorang residen British.

    d) Usaha Swettenham gagal kerana Sultan Ahmad tidak mahu menerima bantuanBritish.Baginda memberi alasan perkara itu haruslah terlebih dahulu dirundingkandengan pembesar-pembesar negeri sebelum keputusan dibuat.Sultan Ahmad merupakanseorang yang tidak mudah didesak.Baginda turut mendapat nasihat daripada MaharajaAbu Bakar Johor yang mempunyai hubungan yang rapat dengan baginda.

    e) Setelah usaha Swettenham gagal,Gabenor NNS Sir Frederick Weld pergi sendiri kePahang untuk memujuk Sultan Ahmad menimbangkan tawaran British tetapi sekali lagiusaha British menemui kegagalan kerana Sultan Ahmad masih enggan meletakkanPahang di bawah pengaruh dan perlindungan British.

    Pembukaan Pahang Kepada Pelaburan Asing.

    a) British pada ketika itu sedang menghadapi persaingan hebat dengan negara-negarabarat yang lain bagi mendapatkan tanah jajahan.Pada ketika itu Peranchis telahbertapak di Indochina manakala Jerman,Amerika Syarikat dan Rusia jugamenunjukkan minat terhadap negara-negara di Asia Tenggara.

    b) Sultan Ahmad pada masa itu berada dalam keadaan serba salah.Masalah politikdalaman,pergolakan di Perak dan Selangor dijadikan alasan oleh British untukcampur tangan membangkitkan kebimbangan baginda.

    c) Baginda berhasrat untuk membangunkan Pahang dengan memberi kebenaran kepadapelabur asing untuk melabur di Pahang.Tindakan baginda didorong oleh kepentinganekonomi.Kedudukan perbendaharaan Pahang hampir muflis akibat perang saudarayang berlarutan.Oleh itu Pahang perlu membenarkan kemasukan pelabur asing.

    d) Tindakan Sultan Ahmad tidak dipersetujui oleh golongan pembesar.Ini kerana tanah-tanah milik mereka telah diberikan kepada kepada pedagang Eropah danCina.Pembesar melihat kemasukan pelaburan asing boleh menjejaskan kedudukanekonomi dan kuasa politik mereka.Sultan Ahmad walau bagaimanapun tetapmempertahankan keputusan itu.

    Perutusan Hugh Clifford 1887.

    a) Bulan Mac 1887,Sir Frederick Weld menghantar Hugh Clifford untuk berundingdengan Sultan Ahmad bagi menggubal sebuah perjanjian untuk meletakkan Pahangdi bawah perlindungan British dan melantik seorang wakil British bertaraf konsol.

  • 9http://sejarahstpm.blogspot.com/

    b) Clifford mencadangkan Sultan Ahmad membuat perjanjian dengan kerajaan Britishkerana orang Eropah semakin ramai di Pahang.Peraturan perlu digubal untukmengendalikan sebarang perbalahan yang melibatkan orang Pahang dengan rakyatasing.

    c) Clifford menegaskan keadaan tidak aman di Pahang memungkinkan negeri itudiserang oleh kuasa luar.Tanpa sebarang perjanjian yang ditandatangani antaraPahang dengan British menyukarkan pihak British memberikan sebarang bantuanjika Pahang diserang.Rundingan gagal kerana Sultan Ahmad masih tetap engganmenerima perlindungan British.Clifford diminta pulang ke Singapura.

    d) Walau bagaimanapun selepas itu Sultan Ahmad berubah sikap disebabkan olehbeberapa perubahan semasa yang berlaku di dalam dan di luar Pahang.Setelahmenerima nasihat daripada Maharaja Abu Bakar,pada 8 Oktober 1887, SultanAhmad bersetuju menandatangani satu perjanjian dengan kerajaan British yangdiwakili oleh Gabenor Weld.Hugh Clifford dilantik menjadi wakil British di Pahangdan diberi tugas seperti seorang pegawai Konsol.

    Peristiwa Pembunuhan Go Hui

    a) Walaupun berjaya menempatkan wakil di Pahang,British belum berpuashati daningin campur tangan sepenuhnya di Pahang kerana kuasa ekonomi dan politik sultanterutama dalam pemberian konsesi masih tidak dapat dikawal.

    b) Pentadbiran negeri kian merosot,jenayah seperti pembunuhan dan kecurian semakinberleluasa.Perbalahan timbul dengan pemegang konsesi kerana mereka tidakberpuashati dengan sekatan yang dikenakan ke atas mereka.

    c) Sultan Ahmad mengurangkan kuasa pemegang konsesi dan membatalkan konsesiyang terdahulu.Ini membangkitkan kemarahan pemegang konsesi dan merekamengadu kepada British.

    d) Februari 1888,seorang rakyat British berketurunan Cina dijumpai mati berhampiranistana sultan di Pekan.British menjadikan peristiwa pembunuhan Go Hui sebagaialasan mendesak Sultan Ahmad menerima campur tangan British sepenuhnya diPahang.

    e) Setelah menerima nasihat daripada Maharaja Abu Bakar,Sultan Ahmad akhirnyabersetuju menerima seorang Residen British di Pahang.Oktober 1888,JohnPickersgill Rodger dilantik menjadi residen British yang pertama di Pahang danberakhirlah kedaulatan Pahang sebagai negeri yang bebas dan merdeka.

  • 10http://sejarahstpm.blogspot.com/

    C.KESIMPULAN ( 2/3 markah )

    a) British telah mengubah dasar dari tidak campur tangan kepada dasar campur tangansecara rasmi di Selangor dan Pahang dengan mengambil kesempatan ke atasmasalah-masalah yang berlaku di negeri-negeri tersebut terutama yang melibatkanekonomi.

    b) Masalah perang saudara,perebutan takhta,pergaduhan kongsi gelap dan ancamanlanun dijadikan alasan British untuk campur tangan di Selangor manakala di negeriPahang pembunuhan Go Hui dijadikan alasan penting untuk British campur tangandan seterusnya memaksa Sultan Ahmad untuk menerima seorang residen British.

    c) Perlantikan J.G Davidson dan J.P Rodger sebagai residen di Selangor dan Pahangmenandakan bermulanya dasar campur tangan British secara rasmi di negeri-negeritersebut dan berakhir pada tahun 1914 di Johor.

  • 11http://sejarahstpm.blogspot.com/

    3. Huraikan faktor-faktor penubuhan Persekutuan 1896 dan kesan-kesannya.

    A. Pendahuluan ( 4 markah )

    I. Kelemahan dalam pelbagai masalah pentadbiran dan kewangan negeri Pahangtelah menyebabkan pada tahun 1893, Frank Swettenham telah mencadangkanpenggabungan negeri Pahang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.

    II. Penggabungan ini menjadi kenyataan selepas Perjanjian Persekutuanditandatangani pada 1 Julai 1895 dan dilaksanakan pada 1 Julai 1896.

    III. Persekutuan 1896 ini yang merangkumi 4 buah negeri ini dinamakanNegeri-negeri Melayu Bersekutu yang menyatukan pentadbiran dibawah kuasaResiden Jeneral yang berpusat di Kuala Lumpur.

    B. Isi-isi ( 20 markah )

    Faktor-faktor penubuhan Persekutuan

    I. Masalah kewangan Pahang.Pahang menghadapi masalah kewangan yang teruk kerana perbelanjaan yangbanyak dalam menangani pemberontakan rakyat. Melalui persekutuan lebihanpendapatan Perak dan Selangor boleh disalur untuk mengurangkan bebankewangan Pahang.

    II. Kecekapan pentadbiran dan keseragaman.Negeri-negeri Melayu tidak mempunyai pentadbiran yang seragam. Pentadbiranberbeza dan bergantung kepada Residen masing-masing.Keseragaman pentadbiran amat perlu untuk menyelaras pelbagai dasar danperancangan pembangunan negeri-negeri Melayu. Permasalahan yangditimbulkan oleh JWW Birch menjadi antara sebab untuk British merombakpentadbiran sistem residen.

    III. Mengurangkan kuasa residenMajlis Mesyuarat Negeri tidak dapat mengawal kuasa residen. Walaupun Gabenormenjadi pengawal residen tetapi kedudukan terlalu jauh di Singapura dan tiadapengetahuan yang cukup untuk mengawal residen. Residen terlalu memonopolikuasa secara keterlaluan dan British juga bimbang perasaan tidak puashatidikalangan raja-raja dan pembesar-pembesar Melayu.

    IV. KeselamatanPembentukan persekutuan akan memudahkan pembentukan pasukan tenterabersama bagi mempertahankan negeri-negeri Melayu dan negeri-negeriSelat.Keperluan pasukan tentera amat dirasakan kerana pemberontakan di Perakdan Pahang. Gabungan tentera dari kalangan negeri dalam persekutuan mampumelindungi diri tanpa bantuan dari pihak luar.

  • 12http://sejarahstpm.blogspot.com/

    V. EkonomiDasar ekonomi oleh Residen telah gagal menarik masuk pelabur Eropah danhanya lebih menguntungkan orang China terutamanya dalam pengeluaran bijihtimah.

    IV. Dasar BritishDasar persekutuan yang berjaya di Kanada, Afrika Selatan dan Australia telahmempengaruhi pentadbiran British di negeri-negeri Melayu. Dasar persekutuanmembolehkan negeri kecil dan miskin dibantu dari sumber-sumber negeri dalampersekutuan.

    Kesan-kesan penubuhan Persekutuan

    I. Kesan politik

    a. Berlaku pemusatan kuasa residen jeneralKesemua keputusan penting dibuat oleh Residen Jeneral di Kuala Lumpur. Tiadapembahagian kuasa yang jelas antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

    b. Kehilangan kuasa Sultan, Residen dan Majlis Negeri.Penubuhan persekutuan telah menjejaskan kuasa Sultan, Residen dan MajlisMesyuarat Negeri. Kuasa ditangan Residen Jeneral, Sultan perlu menurut nasihatResiden Jeneral, Sultan hanya sebagai pengesah sesuatu keputusan. Residen pulaterpaksa mematuhi segala arahn Residen Jeneral. Majlis Mesyuarat Negeri jugakehilangan fungsi kerana hanya sebagai pelulus ketetapan dari Kuala Lumpur.MMN tidak boleh mencampuri dalam perbelanjaan umum.

    c. Penubuhan Persidangan raja-raja Melayu ( Durbar )Yang berperanan sebagai medan persidangan keempat-empat raja-raja Melayudengan pegawai British dan fungsi utamanya ialah mewujudkan perpaduan dankerjasama di keempat-empat negeri Melayu dan membolehkan raja-raja Melayumenasihati kerajaan Persekutuan.

    d. Penubuhan Majlis Mesyuarat PersekutuanMajlis Mesyuarat Persekutuan telah ditubuhkan bertujuan mengurangkan kuasaResiden Jeneral, menambahkuasa Pesuruhjaya Tinggi di Singapura danmengembalikan kuasa pentadbiran kepada Sultan dan Residen yang telahkehilangan kuasa.

  • 13http://sejarahstpm.blogspot.com/

    II. Kesan ekonomi

    a. Pembinaan jalanraya diperluaskan dengan menghubungkan bandar-bandarseperti Butterworth, Ipoh, Kuala Lumpur dan Seremban.

    b. Berlaku perkembangan pesat dalam pengeluaran bijih timah dan penanamangetah.

    c. Peningkatan pendapatan persekutuan amat menguntungkan British dengankemasukan ramai pelabur Eropah yang bermodal besar dalam industri bijihtimah dan peladangan getah.

    III. Kesan sosial

    a. Berlaku perkembangan pesat di NNMB, kemasukan ramai buruh Cina,penempatan mereka menyebabkan perkembangan pesat bandar-bandar sepertiIpoh, Taiping dan Kuala Lumpur.

    b. Penduduk di NNMB meningkat dengan mendadak. Pada tahun 1891 terdapatseramai 420,000 orang meningkat kepada hampir 700,000 orang pada 1901.

    C. Kesimpulan ( 1 markah )

    I. Penubuhan persekutuan 1896 atan negeri-negeri Melayu Bersekutu adalahbertujuan untuk membantu memajukan negeri yang kurang kemampuan dari segikewangan dan pembangunan ekonomi.

    II. Melalui Persekutuan, British dapat menyelesaikan masalah ketidak seragamandalam pentadbiran.

    III. British berjaya mengurangkan perasaan tidak senang dikalangan pembesartempatan dan meningkatkan perkembangan ekonomi yang menguntungkanBritish.

  • 14http://sejarahstpm.blogspot.com/

    4. Huraikan peranan dan sumbangan golongan wartawan dalam gerakan kesedarandi Tanah Melayu sehingga Perang Dunia Kedua.

    A. Pendahuluan ( 4 markah )

    i. Kebangkitan semangat kebangsaan di Tanah Melayu tidak jauh bezanya daripadanegara-negara lain di Asia. Penduduk di Tanah Melayu ingin membebaskan TanahMelayu daripada cengkaman penjajahan British yang telah lama bertapak di sini. Sukardipastikan sejak bila semangat kebangsaan mula tumbuh di Tanah Melayu tetapipejuangan menentang penjajah bermula sejak British mula campur tangan di TanahMelayu.

    ii. Kebangkitan gerakan kesedaran di Tanah Melayu dipengaruhi oleh banyak faktor samaada faktor luaran dan dalaman. Faktor luaran yang membantu kebangkitan gerakankesedaran di Tanah Melayu ialah gerakan Islah di Mesir, Gerakan Turki Muda,nasionalisme China dan India dan faktor dalaman seperti perkembangan pendidikan,paranan agama Islam, dasar British, peranan bidang kewartawanan dan lain-lain lagi

    iii. Golongan wartawan memainkan peranan penting dalam merangsang gerakannasionalisme di Tanah Melayu. Mereka berfungsi sebagai pemberi maklumat, penyebarberita dan menyedarkan rakyat tempatan. Keadaan ini amat jelas sebelum PerangDunia Kedua apabila golongan wartawan di Tanah Melayu bergerak denganmenggunakan akhbar menyedarkan rakyat untuk menentang British.

    B. Peranan dan sumbangan golongan wartawan dalam gerakan kesedaran(20 markah )

    i. Sepanjang tahun 1930-an dan 1940-an terdapat 80 buah akhbar dan majalah yangditerbitkan di Tanah Melayu. Antara akhbar dan majalah yang diterbitkan ialahMajlis, Warta Malaya, Idaran Zaman, al-Imam, Lembaga Malaya, Utusan Melayu,Majalah Guru dan Warta Negara.

    ii. Antara golongan wartawan yang memainkan peranan penting dalam gerakankesedaran ini ialah Syed Syeikh Ahmad al-Hadi, Abdul Rahim Kajai, Ibrahim HajiYaakob, Ishak Haji Muhammad dan Ahmad Boestamam.

    iii. Golongan wartawan bukan hanya menyiarkan berita dan laporan sahaja, tetapiberperanan menyalurkan pandangan, menambahkan ilmu pengetahuan danmenyampaikan mesej kepada orang Melayu untuk mencapai kemajuan dalam bidangkehidupan.

    iv. Walaupun wartawan mempunyai peranan dan perjuangan tertentu tetapi kandungantidak banyak berbeza. Sebelum tahun 1930-an tumpuan wartawan adalah kepada

  • 15http://sejarahstpm.blogspot.com/

    berita-berita dunia, masalah sosial dan agama. Laporan perjuangan golongannasionalis di luar negara menuntut kemerdekaan dan membangkitkan kesedaranpenduduk tempatan menentang British.

    v. Syed Syeikh Ahmad al-Hadi telah mengeluarkan akhbar Al-Ikhwan di Pulau Pinangpada tahun 1926. Akhbar ini memberi tumpuan untuk menyebarkan pembaharuanagama, menimbulkan kesedaran sosial dan politik kepada orang Melayu. Tujuanpenerbitannya ialah untuk membawa pembaharuan agama kepada masyarakat Melayuserta menimbulkan kesedaran politik dan sosial kepada mereka. Perkara-perkara lainyang dibincangkan ialah emansipasi wanita dan kepentingan pelajaran Inggeris dikalangan orang Melayu dengan tujuan untuk meningkatkan taraf sosial orang Melayumelalui bidang pendidikan.

    vi. Pada tahun 1928, Syed Syeikh Ahmad al-Hadi telah menerbitkan akhbar Saudara.Akhbar ini cenderung memperjuangkan isu-su agama dan menjadi saluranmenyebarkan idea-idea pembaharuan Islam Kaum Muda. Pada peringkat awal akhbarini diterbitkan pada setiap hari Sabtu tetapi apabila telah memiliki penerbitan sendiri,iaitu Jelutong Press di Pulau Pinang, akhbar ini diterbitkan dua kali seminggu.

    vii. Saudara juga cenderung menerbitkan banyak rencana tentang Islam dan keadaansosioekonomi orang Melayu. Pengarang pertamanya ialah Mohd Yunos bin AbdulHamid dan dibantu oleh Abdul Rahim Kajai sebagai Penolong Pengarang. Akhbar initelah memainkan peranan penting sebagai wadah untuk menyalurkan idea-ideareformis Islam dari Kaum Muda.

    viii. Akhbar ini telah menjadi pengkritik hebat terhadap cara hidup orang Melayu yangenggan menerima pembaharuan dalam agama dan sosial. Selain isu-isu agama ia jugamenyiarkan pelbagai rencana tentang ekonomi, politik, sejarah dan pelajaran.Menjelang tahun 1930-an akhbar ini telah memperlihatkan kesedaran politik yangjelas apabila ia mula menyeru umat Islam terutama orang Melayu supaya berusahamenjaga negeri agar tidak dikuasai oleh bangsa asing.

    ix. Pada tahun 1934, akhbar Saudara memulakan ruangan baru yang dinamakan HalamanSahabat Pena untuk menimbulkan minat membaca, mengembangkan persuratanMelayu dan bertukar-tukar pendapat di kalangan pembaca-pembaca Melayu.Ruangan Halaman Sahabat Pena telah ditukar kepada Persaudaraan sahabat Penasetelah mendapat sambutan yang menggalakkan. Pada tahun 1935 ruangan inidiawasi dan dikawal rapi pihak British. Menerusi pengawasan pasukan CawanganKhas Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, pihak British mula mengintip danmemerhatikan kegiatan ruangan ini dan semua tokoh yang terlibat.

    x. Pada tahun 1930, akhbar Warta Malaya telah diterbitkan di Singapura. Pada mulanyadicetak oleh Anglo Asiatic Press yang dimilki oleh Syed Hussein Ali al Sagoffbersama abangnya Syed Abdullah dan sepupunya Sharifah Shaikah. Akhbar inimerupakan akhbar harian Melayu terbesar setanding dengan akhbar-akhbar bangsaasing di Tanah Melayu.

  • 16http://sejarahstpm.blogspot.com/

    xi. Pada tahun 1935, Warta Malaya membuka cawangannya di Kuala Lumpur danmengeluarkan akhbar mingguannnya iaitu Warta Ahad, diikuti oleh Warta Jenakayang merupakan sebuah majalah mingguan yang diterbitkan setiap hari Isnin.Pengarang pertamanya ialah Dato Onn bin Jaafar. Warta Malaya banyak menyiarkanrencana pengarangnya yang menyentuh keadaan sosioekonomi orang Melayu, soalpelajaran tinggi orang Melayu, dasar pemusatan kuasa British dan tindak tandukgolongan imigran terutama tuntutan mereka untuk mendapat hak yang lebih. SelepasDato Onn meninggalkan Warta Malaya, ia digantikan oleh Sayid Alwi dan beliaumeneruskan perjuangan Dato Onn.

    xii. Warta Malaya sering mengemukakan kritikan mereka yang bersifat pro-Melayu dananti-British tetapi akhbar itu tidak bersifat radikal terhadap British. Akhbar ini seringmendesak British supaya memberikan banyak jawatan pentadbir kanan kepada orangMelayu walaupun mereka sedar bahawa orang Melayu yang berpendidikan dan layakuntuk jawatan itu adalah sedikit.

    xiii. Pada tahun 1931, akhbar Majlis telah diterbitkan di Kuala Lumpur oleh MohamadAmin bin Hj Mohd Yusof pemilik Selangor Press. Ia merupakan akhbar kebangsaanpertama. Abdul Rahim Kajai telah dilantik menjadi Ketua Pengarang Maljis yangpertama. Beliau adalah seorang peminat politik dan rencana yang disiarkan banyakberkisar kepada isu-isu politik. Pada masa ini Majlis lebih menjurus kepada isu-isuberkaitan dengan sosial dan politik. Akhbar Majlis merupakan akhbar Melayu yangpertama menyediakan ruangan membicarakan politik secara meluas danmembincangkan hak-hak orang Melayu.

    xiv. Penerbitannya juga bertujuan menyatukan orang Melayu bagi mencapai kemajuandalam pelbagai bidang. Selain politik ia juga banyak menerbitkan rencana tentangperpaduan bangsa, kesedaran dan kebangkitan untuk mengatasi kemunduranterutamanya mengenai hak dan kedudukan orang Melayu yang perlu dilindungi dantuntutan orang asing untuk hak dan kedudukan yang sama seperti orang Melayu tidakseharusnya diterima.

    xv. Utusan Melayu diterbitkan pada 29 Mei 1939. Akhbar ini merupakan akhbar pertamayang dimiliki oleh syarikat orang Melayu sendiri kerana sebelumnya syarikat-syarikatakhbar banyak dimiliki oleh orang Arab. Pengarang utamanya ialah Abdul RahimKajai. Akhbar ini melambangkan kegigihan orang Melayu.

    xvi. Akhbar ini memperjuangkan semangat kebangsaan dan kegiatan orang Melayu dalampolitik. Menekankan kepentingan pendidikan untuk mencapai kemajuan. Salahseorang sidang pengarangnya ialah Ishak Hj Muhammad yang banyak menyerumasyarakat Melayu supaya bersatu. Syarikat ini turut menerbitkan Utusan Zaman danMastika.

  • 17http://sejarahstpm.blogspot.com/

    A. KESIMPULAN ( 2 M )

    i. Peranan wartawan dalam membangkitkan kesedaran di kalangan masyarakat MelayuTanah Melayu memang tidak dapat dinafikan. Penulis-penulis yang aktif mengkritiktentang kemunduran orang Melayu terutamanya dalam bidang ekonomi telah dipandangserius. Tulisan-tulisan mereka menjadi penggalak kepada orang Melayu untuk menjagahak dan bangkit menentang penjajah.

    ii. Rata-rata isu utama yang menjadi persoalan berkaitan dengan seruan untuk kembalikepada ajaran Islam yang sebenar, masalah kemunduran orang Melayu,hak-hak istemewaorang Melayu,kepentingan ekonomi dan pendidikan yang bernilai komersil tidakketinggalan perjuangan emansipasi wanita.

    iii. Perjuangan wartawan semakin nyata dengan penerbitan Utusan Melayu terutamanyaselepas perang dengan isu Malayan Union.

  • 18http://sejarahstpm.blogspot.com/

    5. Bincangkan reaksi penduduk tempatan terhadap Perlembagaan Malayan Uniondan Penyerahan Sarawak kepada British pada tahun 1946.

    A. PENGENALAN (3 M)1. Rancangan Malayan Union (MU) telah digubal oleh Unit Perancangan Tanah Melayu

    semasa meletusnya Perang Dunia Kedua. MU telah ditubuhkan pada 1 April 1946. MUmendapat tentangan hebat daripada orang-orang Melayu kerana penghapusan kuasapolitik dan kedaulatan sultan serta hak istimewa orang-orang Melayu.

    2. Gerakan Anti Penyerahan Sarawak yang tercetus akibat daripada keputusan VynerBrooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British selepas Perang Dunia Kedua.Tindakan Vyner Brooke ini bercanggah dengan Perlembagaan 1941 negeri Sarawak.

    B. ISI-ISI

    I. REAKSI TERHADAP MALAYAN UNION (10 M)

    i. Pengumuman Rancangan Malayan Union oleh Setiausaha Tanah Jajahan British diParlimen British pada 10 Oktober 1945 telah menyemarakkan kesedaran nasionalismedalam kalangan orang-orang Melayu.

    ii. Akhbar-akhbar Melayu seperti Utusan Melayu, Majlis dan Warta Melaya telahmemainkan peranan penting membangkitkan kesedaran nasionalisme orang Melayuuntuk menentang Malayan Union. Utusan Melayu telah mendesak sultan-sultan Melayumengkaji perlembagaan untuk menentang MU. Sementara akhbar Warta Malaya pulamembantah dan mengutuk Rancangan MU serta mencadangkan orang-orang Melayumengadakan Kongres Melayu SeMalaya bagi menyatukan orang-orang Melayu untukmenentang Malayan Union.

    iii. Cadangan akhbar Warta Malaya telah disokong oleh Dato Onn b. Jaafar yang menyeruorang-orang Melayu bersatu untuk memperjuangkan kedaulatan, maruah dan martabatorang-orang Melayu. Akibat seruan Dato Onn, beberapa pertubuhan separa-politikNegeri-negeri Melayu telah dihidupkan kembali seperti Persatuan Melayu Kedah,Kelantan, Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Johor untuk menentang MU.

    iv. Sementara itu, di Johor lapan buah pertubuhan Melayu telah bergabung membentukIkatan Melayu Semenanjung Johor untuk menentang MU pada 20 November 1945. Pada3 Januari 1946, Gerakan Melayu Semenanjung Johor telah ditubuhkan di bawahpimpinan Dato Onn bagi menentang MU.

    v. Orang Melayu turut mengadakan demonstrasi secara besar-besaran bagi menentangMalayan Union seperti di Kelantan yang melibatkan 10,000 orang pada 15 Disember1945, di Kedah melibatkan 50,000 orang pada 19 Januari 1946 dan di Johor melibatkan15,000 orang termasuk kaum wanita.

    vi. Atas usaha Dato Onn Jaafar dan Setiausaha Persatuan Melayu Selangor satu KongresMelayu SeMalaya yang dihadiri oleh 107 orang perwakilan, 56 orang pemerhati daripada41 buah pertubuhan di seluruh Tanah Melayu telah diadakan di Padang Kelab SultanSulaiman pada 1 hb-4 hb Mac 1946. Melalui kongres ini, Dato Onn telah dilantik sebagaipemimpin Kongres Melayu SeMalaya bagi menentang MU.

    vii. Kongres Melayu SeMalaya turut memberi mandat kepada Dato Onn menghantartelegram kepada Perdana Menteri Britain bagi mengingat beliau bahawa British

  • 19http://sejarahstpm.blogspot.com/

    hendaklah menepati janji bahawa Tanah Melayu merupakan hak raja-raja Melayu danrakyatnya seperti yang termaktub dalam perjanjian antara British dengan raja-rajaMelayu. Namun, British tetap dengan keputusannya untuk menubuhkan MU.Penubuhannya ditetapkan pada 1 April 1946.

    viii. Keputusan British ini menyebabkan Kongres Melayu Semalaya mengadakan mesyuarattergempar pada 29 dan 30 Mac 1946. Mesyuarat ini menyeru orang-orang Melayubersatu menentang MU, memulaukan sebarang upacara berkaitan MU, menarik diridaripada menjadi anggota majlis mesyuarat atau ahli jawatankuasa dalam MU danistiadat pelantikan Sir Edward Gent sebagai gabenor MU. Mesyuarat ini juga menyeruorang-orang Melayu berkabung selama 7 hari dengan melilit kain putih di songkok.

    ix. Dalam usaha menentang MU, Kongres Melayu Semalaya telah mengadakanmesyuaratnya yang kedua di Johor Bahru pada 11 Mei 1946. Dalam mesyuarat ini,Kongres Melayu Semalaya bersetuju menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan MelayuBersatu (UMNO) bagi menggantikan Kongres Melayu SeMalaya dengan Dato OnnJaafar sebagai presidennya yang pertama.

    x. Melalui UMNO, Dato Onn telah mendapat sokongan kuat daripada orang-orang Melayuuntuk melancarkan penentangan secara besar-besaran terhadap MU di seluruh TanahMelayu. UMNO telah menganjurkan rapat umum, demonstrasi dan tunjuk perasaan diseluruh negara. Sementara pemimpin UMNO telah menjelajah ke seluruh negara untukmenerangkan butir-butir perlembagaan MU yang merugikan orang Melayu dan mendesakorang Melayu bangun menentangnya.

    xi. Hasilmya orang Melayu telah mengadakan rapat umum di seluruh negara dengan caramelilit kain putih di songkok sebagai tanda berkabung. Ketika menentang MU, UMNOmelaungkan slogan Hidup Melayu untuk menyatukan orang-orang Melayu bagimempertahankan hak keistimewaan dan kepentingan mereka di Tanah Melayu.

    2. GERAKAN ANTI-PENYERAHAN SARAWAK (10 M)i. Keputusan Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada jajahan British selepas Perang

    Dunia Ke-2 menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat Sarawak.ii. Pertubuhan yang pertama menentang penyerahan Sarawak kepada kerajaan British ialah

    Persatuan Melayu Sarawak (PMS). PMS menentang tindakan Vyner Brooke ini keranamenganggap penyerahan Sarawak kepada kerajaan British bercanggah denganperlembagaan 1941 dan akan melambatkan kemerdekaan Sarawak.

    iii. Pada 12 Februari 1946, PMS telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkanpenyerahan Sarawak kepada British. Mesyuarat ini telah membuat keputusan untukmenghantar surat bantahan kepada Satiausaha Pejabat Tanah Jajahan di London.

    iv. Pada 1 hb Julai 1946, PMS telah menghantar telegram kepada Perdana Menteri Britain,Clement Attle sebagai tanda protes terhadap penyerahan Sarawak kepada kerajaanBritish.

    v. PMS telah bertindak mengadakan beberapa demontrasi semasa upacara pengisytiharanSir Arden Clarke sebagai gabenor Sarawak yang pertama pada 30 Oktober 1946.

    vi. Pada 1 November 1946, PMS telah menganjurkan satu persidangan kebangsaanpertubuhan-pertubuhan seluruh Sarawak yang dihadiri oleh 40 wakil pelbagai pertubuhantermasuklah wakil kaum Iban.

  • 20http://sejarahstpm.blogspot.com/

    vii. Persidangan ini telah membuat keputusan mengadakan demontrasi secara besar-besaranpada hari ulang tahun pertama pengambilalihan Sarawak oleh kerajaan British danmenghantar surat makluman mengenai tunjuk perasaan tersebut kepada Sir Arden Clarkeiaitu Gabenor British yang pertama di Sarawak. Malangnya, surat tersebut telah di balasdengan amaran keras oleh kerajaan British.

    viii. Sungguhpun begitu, tunjuk perasaan tetap diadakan juga. Pada 1 Julai 1947, satudemontrasi secara besar-besaran telah dianjurkan oleh PMS dengan kerjasama PersatuanDayak Sarawak (PDS).

    ix. Ramai yang terlibat dalam demontrasi tersebut ialah kakitangan kerajaan yang berjawatanguru. Justeru itu, kerajaan British telah mengeluarkan satu pekeliling (pekeliling no.9)pada bulan Disember 1947 untuk menyekat kakitangan kerajaan menyertai gerakan anti-penyerahan. Surat ini memberi amaran keras kepada mereka yang terlibat dalam gerakananti-penyerahan.

    x. Pekeliling ini telah membangkitkan lagi sentimen anti-British dan menyebabkan 338orang kakitangan meletakkan jawatan untuk meneruskan perjuangan mereka.Kebanyakan mereka terdiri daripada guru. Ini menyebabkan 22 daripada 87 buah sekolahMelayu terpaksa ditutup.

    xi. Namun begitu, kerajaan British tetap dengan keputusannya. Kempen kerajaan Britishdengan cara melaga-lagakan orang Melayu dengan orang Dayak telah berjayamelemahkan semangat pejuang gerakan anti-penyerahan. Menjelang tahun 1948, gerakananti-penyerahan yang dipimpin oleh PMS semakin lemah dan ramai kakitangan kerajaantelah memohon kembali jawatan mereka.

    xii. Namun demikian, masih terdapat sebuah pertubuhann Melayu yang agak radikal iaituPergerakan Pemuda Melayu Sibu (PPMS) yang masih tetap menentang penyerahanSarawak kepada kerajaan British.

    xiii. Pada 20 Ogos 1948, PPMS telah menubuhkan sebuah pertubuhan sulit iaitu Rukun TigaBelas di bawah pemimpin Rosli Dhobi.

    xiv. Pada 3 Disember 1949, pemimpin Rukun Tiga Belas, Rosli Dhobi telah menikamgabenor Sarawak yang kedua, Duncan Steward ketika dalam lawatan ke Sibu. DuncanSteward meninggal dunia seminggu kemudian.

    xv. Akibat Rosli Dhobi dan 3 orang rakannya telah dihukum mati. Sementara yang lain telahdipenjarakan. Serentak dengan itu, PPMS telah diharamkan oleh kerajaan British.Tindakan ini telah melemahkan gerakan anti-penyerahan.

    xvi. PMS telah bangkit semula dan menyusun gerakan anti-penyerahan. Pada 18 hb April1950, PMS telah menghantar surat bantahan kepada gabenor Sarawak, Sir Anthony Abeldan menyatakan PMS ingin mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran. Tindakanini tidak dipersetujui oleh British.

    xvii. Pada 30 Oktober 1950, wakil PMS telah berunding dengan wakil kerajaan British diSingapura tetapi gagal.

    xviii. Pada tahun 1951, terdapat perubahan sikap kedua-dua pihak baik PMS mahupun kerajaanBritish. PMS akhirnya akur dengan nasihat kerajaan British supaya tidak bersikapmenentang lagi.

    xix. Sementara kerajaan British pula berjanji akan membimbing dan membantu Sarawakmencapai kemerdekaan dalam lingkungan negara Komanwel British.

    xx. Dengan janji kerajaan British ini, PMS telah menamatkan gerakan anti-penyerahan padatahun 1951.

  • 21http://sejarahstpm.blogspot.com/

    C. KESIMPULAN (2 M)i. Dengan ini, jelaslah bahawa penentangan orang Melayu terhadap MU lebih berjaya

    berbanding dengan gerakan anti-penyerahan Sarawak.ii. Akibat penentangan orang Melayu, British terpaksa memansuhkan Perlembagaan

    Malayan Union pada bulan Julai 1946 dan menggantikan dengan PerlembagaanPersekutuan Tanah Melayu pada bulan Februari 1948. Kejayaan ini kerana penentanganterhadap MU mendapat sokongan padu orang Melayu.

    iii. Sementara gerakan anti-penyerahan Sarawak pula telah gagal untuk menghalangpenyerahan Sarawak kepada kerajaan British. Kegagalan gerakan anti-penyerahan keranatidak mendapat sokongan meluas penduduk Sarawak.

  • 22http://sejarahstpm.blogspot.com/

    6. Nyatakan ciri-ciri kerajaan demokrasi berparlimen di Malaysia sehingga tahun 1963.A. PENGENALAN ( 2/3 markah )

    a) Selepas Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos 1957,sistem pemerintahan adalahberdasarkan konsep demokrasi berparlimen dan perlembagaan yang berkait rapat denganhak rakyat dalam usaha kerajaan dalam menjaga kepentingan mereka.

    b) Sistem ini merangkumi ciri-ciri seperti ketua negara berpelembagaan,parlimen,ketua diperingkat negeri dan pilihanraya.

    B. ISI-ISI ( 20 markah )1. Ketua Negara/Yang Dipertuan Agong ( YDPA )

    a) Merupakan ketua negara.Jawatan diwujudkan mengikut Perlembagaan PersekutuanTanah Melayu 1957.Dalam melaksanakan kuasa eksekutif baginda haruslah dulumendapat nasihat Perdana Menateri dan ahli kabinet.Antaranya termasuklah perkara-perkara yang berkaitan dengan perlantikan dan perlucutan jawatan Jemaah Menteri danmerasmikan Dewan Parlimen.

    b) Baginda dianggap sebagai lambang keagungan dan lambang perpaduan.Bagindamenjalankan peranan dan tanggungjawab selari dengan peruntukan yang termaktubdalam Perlembagaan Persekutuan.

    c) Dalam menjalankan kuasa pemerintahan baginda tertakluk di bawah perlembagaan danJemaah Menteri.Perlembagaan juga memperuntukkan kuasa berdasarkan budi bicarasendiri.Contohnya dalam bidang perundangan ,baginda berkuasa memperkenankan rangundang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara sebelumrang undang-undang itu menjadi undang-undang yang sah.

    d) Baginda juga berkuasa memanggil,menangguh dan membubarkan parlimen sebelum limatahun.Baginda sendiri melantik Perdana Menteri dan berkuasa memanggil mesyuaratRaja-Raja terutamanya membincangkan kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu.

    e) Baginda berkuasa melantik hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dan MahkamahTinggi,menangguh dan meringankan hukuman atau berkuasa memberi pengampunan.

    f) Baginda juga pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia dan berkuasamengisytiharkan darurat dan undang-undang tentera.Baginda mempunyai kuasamengampun,meringankan serta menangguhkan hukuman ke atas setiap kesalahan yangdibicarakan oleh Mahkamah Tentera.

    g) YDPA juga ketua Agama Islam di negeri baginda sendiri,WilayahPersekutuan,Melaka,Pulau Pinang,Sabah dan Sarawak serta bertanggungjawabmemelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera di Sabah danSarawak serta kepentingan kaum-kaum lain.

  • 23http://sejarahstpm.blogspot.com/

    h) Umumnya Majlis Raja-Raja Melayu dianggotai oleh 9 orang Raja-Raja Melayu dan 4orang Yang Dipertuan Negeri.Hanya 9 orang sultan sahaja yang dipilih secara bergilir-gilir sebagai YDPA dan dibantu oleh seorang timbalan YDPA.Kedua-duanya dilantikuntuk memegang jawatan selama lima tahun.

    2. Perlembagaan Persekutuana) Merupakan satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-

    undang yang dianggap penting bagi pemerintahan dan pentadbiran sesebuahnegara.Perlembagaan berperanan dalam menentukan bidang kuasa pemerintahan iaituYDPA,Sultan/Raja,Badan Eksekutif,Badan Kehakiman,Pilihanraya,pembahagian kuasaantara kerajaan pusat dan negeri dan hak-hak rakyat.

    b) Undang-undang tertinggi negara dan menjadi asas kepada semua undang-undang,samaada yang sudah atau bakal digubal.Semua undang-undang yang ada tidak bolehbertentangan dengan perlembagaan.Jika berlaku undang-undang tersebut akan terbatal.

    c) Kedudukan perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi amat penting bagi sesebuahnegara yang mengamalkan sistem persekutuan seperti Malaysia.Peruntukan inimemudahkan kerajaan pusat menjalankan kuasa pemerintahan dan pentadbiran denganlicin tanpa bersaing dengan pihak lain.

    d) Seiring dengan kedudukan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertingginegara,parlimen mempunyai kuasa yang terhad dan tidak boleh membuat undang-undangyang di luar bidang kuasanya.

    e) Perlembagaan Persekutuan diwujudkan semasa penubuhan Malaysia yang berasaskanPerlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Perlembagaan ini mengandungi 183perkara yang dibahagi dalam 15 bahagian.

    3. Parlimena) Merupakan institusi bagi negara yang mengamalkan sistem pemerintahan

    demokrasi.Peranan parlimen adalah untuk menggubal undang-undang bagi PersekutuanMalaysia.

    b) Parlimen terdiri daripada YDPA,Dewan Rakyat dan Dewan Negara.Dewan Rakyatberfungsi membincang ,membahas,dan menggubal rang undang-undang yang telah dibuatdalam tempoh 30 hari selepas diluluskan.Undang-undang tersebut akan dibahaskan sekalilagi sekiranya YDPA telah memperkenankannya.Walaupun demikian,undang-undangtersebut sah setelah diluluskan oleh kedua-dua dewan buat kali kedua walaupun tanpaperkenan YDPA.

  • 24http://sejarahstpm.blogspot.com/

    c) Selain merangka undang-undang,parlimen juga berfungsi :

    i. Mengawal kewangan negara dan meluluskan peruntukan belanjawan untuksesebuah kementerian.

    ii. Meminda perlembagaan mengikut keperluan negara

    iii. Mengawasi pemerintahan dan mempengaruhi dasar-dasar kerajaan

    iv. Mendengar rayuan orang ramai yang menyentuh tentang kepentingan rakyat.

    4. Pilihanrayaa) Merupakan ciri penting yang dijamin oleh perlembagaan Persekutuan.Pilihanraya

    diadakan setiap lima tahun sekali untuk memilih wakil bagi menduduki institusiperundangan sama ada untuk Badan Perundangan Persekutuan atau Badan PerundanganNegeri.

    b) Pilihanraya dianggap sebagai suara atau pilihan rakyat untuk membentuk kerajaan bagimewakili kepentingan mereka.Proses ini dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihanraya.

    c) Suruhanjaya ini merupakan badan bebas yang tidak berpihak kepada mana-mana partipolitik kepada mana-mana parti politik.Ahli-ahli ini adalah dilantik sendiri oleh YDPAdan bukannya kerajaan.

    d) Bagi Semenanjung Malaysia,Perlembagaan Persekutuan menetapkan supaya pilihanrayamesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran parlimen manakala bagi Sabahdan Sarawak tempohnya tidak lebih daripada 90 hari.

    5. Badan Eksekutifa) Badan pembuat dasar tertinggi negara yang menjalankan kuasa eksekutif.Tugas

    utama ialah menggubal dasar-dasar kerajaan semua perkara dan memberi arahankepada jentera kerajaan di peringkat persekutuan melaksanakan dasar-dasartersebut.

    b) Diketuai oleh seorang Perdana Menteri iaitu seorang ahli Dewan Rakyat yangmendapat kepercayaan daripada sebahagian besar ahli-ahli dewan.

    c) Tugas utama Perdana Menteri ialah mengetuai kabinet,memimpinkerajaan,menjalankan pentadbiran dan menggubal dasar-dasar kerajaan.

    d) Perdana Menteri boleh melantik Timbalan Perdana Menteri,Menteri-menteri,Timbalan-Timbalan Menteri dan setiausaha-setiausaha parlimen untukmembantu beliau dalam melicinkan urusan pentadbiran negara

  • 25http://sejarahstpm.blogspot.com/

    e) Tugas Timbalan Perdana Menteri ialah membantu Perdana Menteri menjalankantugas-tugas itu semasa Perdana Menteri bercuti atau berada di luar negara.

    f) Kementerian diketuai oleh seorang Menteri yang akan dibantu oleh TimbalanMenteri,Setiausaha Parlimen,Setiausaha Politik,Ketua SetiausahaKementerian,pegawai kementerian dan kakitangannya yang dikenali sebagaipegawai kerajaan.

    g) Kementerian lazimnya mempunyai bahagian pusat,negeri dan daerah.Selain ituterdapat kementerian yang mempunyai badan tertentu misalnya Arkib NegaraMalaysia dan Muzium di bawah Kementerian Kebudayaan,Kesenian danPelancongan dan mempunyai Ketua Pengarah.

    h) Pelantikan pegawai dan menjaga disiplin pegawai beberapa Suruhanjayadilantik,misalnya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam,Suruhanjaya PerkhidmatanPendidikan,Suruhanjaya Undang-undang dan kehakiman.

    C. KESIMPULAN ( 3/2 markah )

    a) Persekutuan Tanah Melayu selepas mencapai kemerdekaan ditadbir oleh rakyat sendiriselaras dengan dasar demokrasi.

    b) Secara amnya sistem pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu dari tahun 1957 hingga1963 adalah melalui proses demokrasi.Perlembagaan digubal untuk menjaga kepentingandan keistimewaan semua kaum yang ada.

    c) Prinsip-prinsip yang menentukan bentuk kerajaan yang boleh didirikan dan kuasa yangboleh digunakan oleh kerajaan semuanya ditentukan seharusnya dipatuhi dan tidakberlakunya penyalahgunaan kuasa oleh mana-mana badan tersebut.

  • 26http://sejarahstpm.blogspot.com/

    7. Jelaskan sistem feudal yang diamalkan oleh masyarakat China dan Jepunsebelum campur tangan Barat.

    A. PENGENALAN ( 3 Markah )

    i. Sebelum kedatangan kuasa-kuasa Barat ke Asia pada abad ke-19 kebanyakannegara Asia Timur, Asia Tenggara dan Asia Selatan merupakan kerajaanberbentuk sistem feudal. Feudalisme bermaksud satu masyarakat yang bersusunlapis mengikut heiraki dan ianya merupakan cara hidup yang meliputi aspekpolitik, ekonomi dan sosial. Feudalisme juga merupakan satu bentuk kerajaantempatan yang diperintah oleh individu-individu tertentu yang tidak terikatdengan kerajaan pusat.

    ii. Di Asia Timur China dan Jepun, sistem feudal boleh dibahagikan kepada duagolongan iaitu golongan memerintah dan golongan yang diperintah. Golonganmemerintah terdiri daripada raja dan pembesar sementara golongan yangdiperintah pula ialah rakyat.

    iii. Tujuan sistem feudal ini diamalkan adalah untuk menentukan kedudukan danstatus golongan tertentu dalam masyarakat bagi menjamin keharmonianmasyarakat.

    B) ISI1) Sistem Feudal Di China ( 10 Markah )

    Golongan Pemerintah

    a) Maharaja

    i. Maharaja menduduki heiraki tertinggi, berkuasa mutlak dan mengawal seluruhmasyarakat China. Maharaja sangat berkuasa dalam bidang pentadbiran iaitu eksekutif,lagislatif dan kehakiman.

    ii. Baginda mempamerkan dirinya sebagai pemimpin intelektual dan pemimpin agamatertinggi dan menganggap dirinya sebagai Anak Tuhan Dari Syurga.

    iii. Maharaja wajib mematuhi etika moral ajaran confucius dan harus menjadi contohkepada rakyat. Maharaja yang jujur dan berkarisma akan disanjung , dihormati dan ditaatioleh rakyat. Jika berlaku sebaliknya rakyat berhak memberontak dan menggulingkanmaharaja itu.

    b) Golongan BangsawanGolongan bangsawan terdiri daripada kerabat diraja, bangsawan bergelar dan bangsawanperang.

  • 27http://sejarahstpm.blogspot.com/

    i) Bangsawan Kerabat DirajaBangsawan kerabat diraja terdiri daripada kaum lelaki keturunan nunhaci yangberjumlah kira- kira 700 orang. Sejak kurun ke-16 hingga kurun ke-19, seluruhkehidupan mereka diuruskan oleh maharaja sebagai kumpulan bangsawan yang utama.Mereka dianugerahkan oleh maharaja tanah, tempat tinggal rasmi dan elaun dalam bentukperak dan beras. Namun demikian, mereka hidup terasing kerana tidak dibenarkanberhubung dengan pihak berkuasa wilayah dan Sekretariat/Majlis Agung.

    ii) Bangsawan BergelarBangsawan bergelar pula terdiri daripada 5 kelas yang tiap-tiap satunya terbahagi pulakepada beberapa kelas mengikut darjat. Bangsawan bergelar juga mempunyaikeistimewaan dan menerima anugerah daripada maharaja seperti beras, perak dan tanah.Sebagai contoh, Duke kelas pertama menerima 260 taels.

    iii) Bangsawan PerangBangsawan perang merupakan kumpulan bangsawan yang ketiga. Mereka adalahpemimpin elit tentera yang menjadi teras pertahanan Manchu sehingga kurun ke- 19.Sebahagian besar daripada mereka ditempatkan di Peking dan kawasan sekitarnya.Sebahagian lagi di tempatkan di markas-markas tentera yang jauh. Mereka diberi layananyang baik oleh maharaja melalui pemberian pencen tahunan, tanah untuk ternakan lembu,beras dan kain. Selalunya bangsawan perang terdiri daripada keturunan Manchu, diberilayanan lebih baik daripada keturunan China dan Monggol. Semua bangsawan perangadalah dilarang mengambil bahagian dalam perburuhan bagi menjaga maruah danstatus sosial mereka. Pemimpin tertinggi tentera Manchu boleh membicarakan merekaatas kesalahan-kesalahan tertentu.

    Golongan diperintah

    a) Sarjanai) Para sarjana menduduki lapisan teratas dalam stratifikasi sosial masyarakat Cina dalamgolongan yang diperintah. Mereka ini terdiri daripada yang lulus peperiksaan awamkerajaan dan juga yang gagal dalam peperiksaan tersebut. Termasuk dalam kumpulan iniialah para literati(persuratan) yang sama ada atau enggan mengambil peperiksaankerajaan atau telah memiliki ijazah akedemik atau telah menjawat jawatan rasmi dikenalisebagai gentry (Shan-Shin). Golongan Gentri terbahagi kepada 2 iaitu mereka yangmenjadi pegawai kerajaan dikenali sebagai official gentri dan yang tidak terlibat dalambirokrasi kerajaan dipanggil skolar gentri.

    ii) Golongan Gentri (Shan-Shin) mempunyai kedudukan penting dalam masyarakat.Official gentry tergolong sebagai birokrat dan menganggotai kelas pemerintah. Skolargentri pula menjadi orang perantaraan antara golongan pemerintah dengan golongandiperintah. Mereka selalunya menjadi pemimpin di tempat mereka. Peranan mereka yangdominan dalam masyarakat dan hak-hak unik yang mereka nikmati menjadikan merekagolongan istimewa. Mereka juga adalah bakal-bakal pegawai kerajaan yang akanmengetuai kelas pemerintahan bila tiba masanya. Golongan ini juga sentiasamenganggap kumpulan mereka sebagai pelindung warisan kebudayaan, prinsip-prinsip

  • 28http://sejarahstpm.blogspot.com/

    moral dan pendidikan masyarakat Cina.

    b) Petanii) Golongan petani menduduki lapisan kedua selepas golongan sarjana. Golongan inimembentuk 80% daripada keseluruhan penduduk China. Sebagai sebuah China sebuahnegara argraria, maka status golongan petani ini lebih tinggi daripada golongan artisandan saudagar. Mereka mencapai status ini kerana golongan mereka adalah yang terbesar,menghasilkan makanan dan sumber cukai kepada kerajaan serta membekalkan tenagakerja untuk projek-projek kerajaan.

    ii) Pada umumnya, kehidupan petani di kampung-kampung kecil adalah bebas tanpagangguan selagi mereka menjelaskan pembayaran cukai, menunaikan khidmat kerah danakur dengan tanggungjawab terhadap sistem Poa-chia dan Li-chia. Namun demikian,kehidupan mereka belum tentu selesa dan makmur kerana pendapatan hasil berasdaripada tanah yang dikerjakan hanya cukup untuk menyara keluarga. Mereka jugaterpaksa menjelaskan bayaran cukai yang tinggi kepada kerajaan atau tuan-tuan tanahfeudal.

    iii) Golongan petani bagaimanapun terbuka kepada mobiliti sosial secara menegak.Seorang anak petani yang pintar selalunya berusaha keras untuk maju dalam pelajarandan lulus peperiksaan kerajaan serta mendapat ijazah. Kemudian dia menjadi ahligolongan sarjanadan mend apat jawatan yang boleh membawa penghormatankepada keluarga dan mengelakkan diri daripada kemiskinan.

    c) Artisani. Golongan artisan berada di lapisan ketiga dalam susun lapis masyarakat Cinaselepas Skolar Gentri dan petani.

    ii. Mereka ini terdiri daripada tukang kayu, tukang rumah, tukang besi, tukang tembaga,tukang jahit, pelukis, tukang kasut dan seumpamanya.

    iii. Pekerja-pekerja dalam industri proto seperti menenun kain, melombong, pembuatbarangan tembikar dan lain-lain termasuk dalam kumpulan ini.

    iv. Mereka membentuk persatuan mengikut jenis pekerjaan yang mereka jalankan bagimenetapkan harga dan mutu barangan yang dikeluarkan.

    v. Umumnya pendapatan mereka lebih tinggi daripada petani tetapi status sosial adalahlebih rendah.

    d) Saudagari. Golongan saudagar menduduki lapisan sosial paling bawah.

    ii. Mereka bukan sahaja terdiri daripada peniaga-peniaga kaya yang memegangmonopoli tetapi juga peruncit-peruncit, dan kerani.

  • 29http://sejarahstpm.blogspot.com/

    iii. Saudagar teh, sutera dan garam menjadi kaya raya serta menikmati hidup mewah.

    iv. Beberapa firma antarabangsa juga mencapai kekayaan dan terkenal. Walaupun kayadan mempunyai perniagaan yang besar tetapi status sosial mereka lebih rendahberbanding Skolar Gentri dan golongan petani.

    v. Kegiatan mereka mengejar keuntungan dianggap bertentangan dengan ajaranConfucius.

    e) Masyarakat Tanpa Kelasi. Dalam masyarakat Cina, terdapat satu kumpulan masyarakat yang disisih atau tanpakelas. Mereka ini terdiri daripada penyanyi, penghibur, peminta sedekah, pelacur,pelakon dan buruh kasar tertentu digelar palani.

    ii. Mereka ini disekat daripada menikmati peperiksaan kerajaan. Bagaimanapun,Maharaja Yung Cheng (1723-1735) telah membebaskan mereka daripada sekatan-sekatantersebut.

    2) Sistem Feudal Di Jepun

    Golongan Pemerintah

    a) Maharajai. Maharaja tidak berkuasa langsung dalam pentadbiran dan pemerintahan keranadiambil alih oleh Shogun. Kehidupan Maharaja di Kyoto dikawal ketat olehShogun dengan pelbagai undang-undang dan peraturan. Di Jepun, Maharajadibonekakan dan terbelenggu di istana.

    b) Shoguni. Shogun Tokugawa adalah panglima tertinggi tentera di Jepun dan merupakanpemerintah diktator yang menampilkan dirinya sebagai pemimpin di lapisan teratas,memiliki autoriti pentadbiran tertinggi meliputi seluruh rakyat dan istana termasukmaharaja.

    ii. Shogun sangat dihormati, ditakuti dan digeruni.

    iii. Shogun menguasai hampir seluruh tanah di Jepun dan membentuk hampir 30%daripada keluaran hasil pertanian negara.

    c) Daimyo/Tuan Tanah/Land Lordi. Daimyo terletak dilapisan selepas Shogun. Mereka diklasifikasikan mengikut hubungandan pertalian darah dengan Shogun iaitu Daimyo Sanke yang mempunyai pertalian yangrapat dengan Tokugawa dan dibahagi kepada Kii, Owari dan Mito.

    ii. Sunkyo bermaksud tiga pembesar yang mempunyai pertalian dengan Tokugawa.

  • 30http://sejarahstpm.blogspot.com/

    Mereka memakai nama keluarga mereka iaitu Toyasu, Hitotsubashu dan Shimizan.

    iii. Koman bermaksud rumpun keluarga berkait. Bilangan mereka lebih ramai danmemakai nama keluarga mereka iaitu Matsudaimo.

    iv. Fudai merupakan penyokong kuat Tokugawa yang berjumlah 120 orang. Mempunyaihak istimewa seperti boleh menjadi anggota dua Majlis Negeri.

    v. Tozama terdiri daripada tuan-tuan tanah feudal dan terpaksa tunduk kepada Tokugawa.Mereka dilarang memegang jawatan di peringkat pusat kerana dicurigai sebagai golonganpenentang.

    Golongan Diperintaha) Samuraii. Menduduki hierarki tertinggi dalam golongan diperintah. Hanya segelintir samuraidibenarkan memiliki tanah sendiri. Samurai biasanya tidak mempunyai tanah dan upahmereka dibayar dalam bentuk beras. Pada zaman keamanan, peranan samurai mulaberubahdan menjadi pentadbir ladang, wilayah, mengurus kewangan, mengawal dusundan utusan.

    ii. Samurai terbahagi kepada tiga kelas iaitu kelas teratas namun bilangan mereka tidakramai, kelas sederhana adalah taraf samurai sebenarnya dan kelas bawahan merupakantentera berjalan kaki.

    b) Petanii. Golongan ini sangat dihormati dan dianggap sebagai asas pembinaan negara keranapetani terikat dengan tanah.

    ii. Mereka menghasilkan beras dan membayar cukai feudal. Pada zaman Tokugawa,golongan ini terikat dengan tanah dan tidak boleh menukar pekerjaan. Setelah berlakuperubahan ekonomi, golongan petani mula terlibat dalam kegiatan lain yang berkaitandengan pertanian seperti menghasilkan sutera, kertas, lilin, menekap kain dan lain-lain.

    iii. Ada juga yang terlibat dalam pertanian konglomerat, menjadi pekedai runcit,peminjam wang disamping kekal sebagai tuan tanah. Walaupun golongan ini mengecapkekayaan tetapi taraf sosial mereka masih tidak berubah.

    c) Artisani. Golongan ini memainkan peranan yang penting tetapi status sosial mereka lebih rendahdaripada petani. Mereka terdiri daripada tukang kayu, tukang rumah, tukang besi, tukangtembaga, tukang jahit dan lain-lain.ii. Walaupun berpendapatan lebih tinggi daripada petani tetapi status sosial mereka lebihrendah.

    d) Saudagar/ Pedagangi. Menduduki lapisan paling bawah dalam struktur sosial masyarakat Jepun. Saudagar

  • 31http://sejarahstpm.blogspot.com/

    menguasai perdagangan tempatan yang kompleks merangkumi pelbagai jenis pekerjaanseperti jualan barangan, gudang, pengangkutan, broker beras, pertukaran wang danpinjaman wang. Mereka juga merupakan golongan yang memanipulasi pelbagaiperniagaan.ii. Golongan saudagar juga menubuhkan persatuan dan melindungi diri mereka melaluitindakan berkumpulan. Mereka adalah golongan yang kaya tetapi status mereka kekal dilapisan paling bawah.

    C. KESIMPULAN ( 2 Markah )

    i. Susun lapis masyarakat atau sistem feudal yang diamalkan di negara China dan Jepunmula berubah setelah campur tangan kuasa-kuasa Barat. Di negara China, sistem feudalini mengalami perubahan setelah berlaku kemasukan kuasa-kuasa asing dan perubahanpolitik China terutama melalui dasar pembaharuan serta perubahan daripada DinastiManchu kepada kerajaan Republik mulai tahun 1911.

    ii. Di Jepun, perubahan turut berlaku apabila Shogun Tokugawa telah dijatuhkan dandigantikan dengan Maharaja Meiji. Baginda telah mengadakan pembaharuan-pembaharuan di Jepun meliputi aspek-aspek politik, ekonomi dan sosial. Sistem ekonomiwang telah menyebabkan golongan saudagar menjadi golongan penting semasa zamanMaharaja Meiji.

  • 32http://sejarahstpm.blogspot.com/

    8.Bincangkan sistem perundangan yang diamalkan di China dan Filipina sebelum campurtangan barat.

    A. PENGENALAN ( 2/3 markah )

    a) Undang-undang merupakan peraturan yang digubal untuk mengawal tingkah lakuseseorang dalam satu masyarakat oleh pemerintah seperti raja/maharaja dan pembesar.

    b) Undang-undang adalah berbeza dangan adat kerana terdapat dalam bentuk bertulis danpelaksanaannya dikawal oleh pemerintah.Undang-undang ini bukan sahaja dipengaruhioleh amalan tradisi tetapi juga dipengaruhi oleh agama.

    c) Sistem perundangan yang diamalkan oleh masyarakat China dan Filipina bertujuan untukmengawal keharmonian serta menjadi panduan sesebuah masyarakat.Sistem perundanganterdapat dalam bentuk undang-undang lisan dan undang-undang bertulis.

    B. ISI-ISI ( 20 markah )Sistem Undang-undang China.

    a) Sistem perundangan China berasaskan dua bahagian iaitu undang-undang Maharaja ataujuga disebut sebagai Dikri Maharaja dan Undang-undang Pembesar.

    b) Dikri Maharaja dikeluarkan untuk menyelesaikan masalah-masalah negara.ContohnyaKod Undang-undang Dinasti Manchu merupakan koleksi hukuman yang menjuruskepada kes-kes tertentu.Tahun 1729,Maharaja Yung Cheng telah mengeluarkan undang-undang melarang import dan penjualan candu serta mengharamkan kegiatan rumah-rumah candu yang banyak didirikan di China.Hukuman yang berat dikenakan kepadamereka yang mengimport candu.Pada tahun 1800 undang-undang melarang penanamanpokok popi di China pula dikeluarkan.

    c) Undang-undang yang dikeluarkan juga berkaitan dengan dasar-dasar lain sepertiperdagangan dan pentadbiran.Pada tahun 1757 satu dikri dikeluarkan mengenaiperdagangan Canton.Undang-undang seterusnya dikeluarkan pada tahun 1835,iaitudengan penggubalan lapan peraturan baru mengenai peraturan perdagangan barat diChina.

    d) Perintah atau Dikri Maharaja adalah suci,sesuatu arahan atau dikri boleh dijadikanundang-undang baru.Perintah-perintah ini biasanya dijalankan oleh Pejabat SetiausahaUtama dan Majlis Utama.

    e) Undang-undang China juga berpegang kepada tanggungjawab masyarakat di mana setiapanggota masyarakat bertanggungjawab kepada kesalahan yang dilakukan individu jikaindividu tersebut tidak dapat ditangkap atau lari.Undang-undang China juga menekankankonsep nyawa dibalas nyawa.Ini bermakna kesalahan yang dilakukan mesti dibalas sama

  • 33http://sejarahstpm.blogspot.com/

    dengan kesalahan yang dilakukannya.Contohnya hukuman bunuh mesti mesti dibalasdengan bunuh tidak kira apa sebabnya.Undang-undang China menekankan prinsipseorang yang dituduh bersalah akan dianggap bersalah sehingga ia membuktikan ia tidakbersalah.

    f) Beberapa kes atau peristiwa yang berlaku contohnya peristiwa Lady Hughes di manapesalah tanpa dibicarakan telah dihukum cekik sampai mati.Kejadian yang sama berlakupada tahun 1821,iaitu kes Emily yang dibicarakan oleh golongan mandarin dan akhirnyadicekik sampai mati.

    g) Di China undang-undang jenayah menjadi tanggungjawab negara,hukumannya berat dantidak terdapat satu sistem pembelaan,orang yang tidak bersalah bergantung kepadakeadilan dan timbang rasa hakim yang bertugas.

    h) Sementara itu,undang-undang awam pula tidak di bawah kuasa kerajaan.Perselisihanyang berkaitan dengan kontrak perjanjian perniagaan,hartabenda,perwarisan,perkahwinan dan perceraian,semuanya diselesaikan oleh orang tua-tuakampung,ketua keluarga yang tua,pegawai-pegawai dari persatuan peniaga atau orangyang bertanggungjawab dari badan-badan lain yang tidak rasmi.

    i) Tidak terdapat undang-undang bertulis berkaitan dengan kes-kes ini dan undang-undangjenayah hanya menyatakan tentang jenis hukuman yang dikenakan mengenai kesalahan-kesalahan jenayah yang berbeza.

    j) Undang-undang seterusnya ialah Dikri Pembesar atau Undang-Undang Pembesar yangdikeluarkan oleh pembesar wilayah yang lebih bersifat tempatan dan dikendalikan olehPesuruhjaya yang bertanggungjawab dalam mengendalikan hal-hal pentadbirantermasuklah sebagai penguasa polis.Di peringkat wilayah Majistret pula bertindaksebagai hakim awam dan jenayah.

    k) Undang-undang China lebih menekankan kepada keharmonian sosial dan bukanpenyelesaian kes.Dalam setiap kes yang berlaku mesti dihukum.Keadaan ini jugaakhirnya membawa pertentangan apabila barat campur tangan di China.

    Sistem Undang-undang di Filipina.

    a) Sistem perundangan di Filipina terdiri daripada undang-undang lisan dan undang-undangbertulis.Undang-undang lisan disebut sebagai Ugali yang diturunkan secara lisan darisatu generasi ke satu generasi.

    b) Undang-undang yang telah digubal akan diumumkan kepada masyarakat atau ahlimasyarakat melalui upacara Umalahokan.Ini bermakna setiap undang-undang yangdibuat berdasar keperluan semasa dan boleh berubah-ubah.

  • 34http://sejarahstpm.blogspot.com/

    c) Undang-undang bertulis pula digubal oleh pemimpin-pemimpin tempatan yang dikenalisebagai Datu dan kebanyakannya telah lenyap.Hanya dua yang terselamat iaitu KanunMarangtas dan Kanun Kalantiaw dari Panany.

    d) Undang-undang Filipina meliputi banyak perkara seperti perhubungan keluarga,hakpemilikan harta,warisan harta pusaka,urusan-urusan perjanjian,perkongsian,pinjamanwang dan bunga,kesalahan jenayah dan hukuman,pengambilan anak angkat danperceraian.

    e) Kesalahan membunuh,menyamun,mengamalkan ilmu sihir,mencaci,menceroboh rumahdatu pada waktu malam dan mencabul benda-benda suci dianggap kesalahanbesar.Hukuman yang akan dikenakan kepada pesalah adalah hukuman bunuh,menjadiabdi atau dibakar hidup-hidup atau membayar denda yang tinggi.

    f) Kesalahan-kesalahan kecil pula seperti mencuri,berzina,memberi keteranganpalsu,menipu dalam menjalankan urus niaga akan dikenakan hukumansebat,mendedahkan seluruh tubuh agar digigit kerengga,dikenakan denda atau berenangterus menerus selama beberapa jam.

    g) Terdapat perbicaraan cara ujian terutama dalam soal-soal yang menimbulkankeraguan.Jika timbul keraguan pesalah atau orang yang dituduh mesti melakukan ujianiaitu :

    i. Menyelam dan terjun ke dalam sungai bersama lembing mereka dan sesiapa yangmenyelam lebih lama diisytiharkan tidak bersalah.

    ii. Mengambil batu dalam air atau minyak yang mendidih,sesiapa yang terukmelecur diisytiharkan bersalah.

    iii. Ujian menggunakan lilin pula,pesalah akan diberi sebatang lilin yang sama saizdan telah dinyalakan terlebih dahulu.Lilin yang padam dulu dianggapbersalah.Perbicaraan diadakan secara terbuka dan diketuai oleh seorang datu.

    h) Kanun Marangtas juga dikenalpasti sebagai Kanun Undang-undang Tertua yang ditulisoleh Datu Sumakwel pada tahun 1250 dan kadang kala juga dikenali sebagai KanunSumakwel

    i) Kanun Kalantiaw ditulis pada 1433 atau Kanun Keseksaan Rajah Kalantiaw,penghuluketiga Pulau Panay.Kanun ini mengandungi 18 perintah ( Sugo ).

    j) Kanun Marangtas mengandungi empat bahagian utama iaitu :

    i. Sengaja malas atau enggan bekerja di ladang atau bercucuk tanam akan ditangkapdan dijual kepada keluarga yang kaya untuk bekerja sebagai hamba untukmendapat pengajaran.Apabila telah rajin bekerja akan dipulangkan semula kepada

  • 35http://sejarahstpm.blogspot.com/

    keluarganya dan harga yang dibayar untuk membelinya akan dipulangkan.Jikamalas dan tidak berubah akan ditangkap semula oleh pihak berkuasa dan dihantarke hutan serta tidak dibenarkan bercampur gaul dengan sesiapa kerana akanmembawa contoh yang buruk kepada masyarakat.

    ii. Menyamun akan dihukum dengan berat.Jari-jari penyamun akan dipotong.

    iii. Perkahwinan dan memiliki anak isteri,hanya orang yang boleh menanggung satukeluarga atau beberapa keluarga sahaja boleh berkahwin lebih dari sekali danboleh mempunyai ramai anak.Keluarga yang miskin tidak boleh memberi lebihdaripada dua anak kerana ia tidak akan mampu mendidik atau menanggung anakyang lebih dari itu.Kanak-kanak yang tidak boleh ditanggung oleh ibu bapanyaakan dibunuh dan dibuang ke dalam sungai.

    iv. Jika seorang lelaki mempunyai hubungan dengan perempuan dan mempunyaianak serta enggan mengahwininya,anak tersebut akan dibunuh kerana akanmendatangkan kesusahan kepada perempuan tersebut kerana tidak bersuami.Ibubapa perempuan akan memecat anak-anak dari menjadi waris.Pihak berkuasaakan mencari lelaki yang melarikan diri,jika masih enggan berkahwin,dia akandipancung dan ditanam satu kubur bersama anaknya.

    k) Kanun Kalantiaw pula mengandungi 13 perintah iaitu :

    i. Larangan membunuh,mencuri atau mencederakan orang tua.Hukumnya dibenamdengan menggunakan batu ke dalam sungai atau ke dalam air mendidih.

    ii. Mesti melunaskan hutang kepada penghulu.Sesiapa yang engkar akan disebatseratus kali bagi kesalahan pertama.Jika hutangnya banyak,tangan orang itu akandicelup ke dalam air mendidih sebanyak tiga kali.Jika kesalahan berulang orangberhutang akan dihukum bunuh dengan direjam.

    iii. Perkahwinan dengan gadis muda tidak dibenarkan dan tidak boleh kahwinmelebihi kemampuan.Sesiapa yang engkar,bagi kesalahan pertama akan dipaksaberenang selama tiga jam dan bagi kesalahan kedua akan dibunuh denganserampang.

    iv. Jangan mengusik kubur.Sesiapa yang melanggar perintah akan dihukum bunuhdengan membiarkan kerengga menggigit badannya sampai mati atau disebatdengan serampang sampai mati.

    v. Pertukaran barang makanan mestilah dijalankan mengikut perjanjian.Jika mugkirdia akan disebat selama satu jam dan bagi kesalahan kedua akan diletakkan dalamsarang kerengga selama satu hari.

  • 36http://sejarahstpm.blogspot.com/

    vi. Hukum tidak menghormati tempat suci.Bagi kesalahan pertama didendamembayar emas atau madu bersamaan hasil kerja sebulan.Kali kedua didendabersamaan hasil kerja selama lima tahun.

    vii. Hukuman bunuh pula dikenakan ke atas orang yang membinasakan tempat-tempat suci,memanah orang lelaki dan perempuan tua pada waktu malamhari,orang yang menceroboh rumah penghulu,orang yang membunuh ikan yu danorang yang menyiat kulit buaya.

    viii. Hukuman menjadi abdi selama setahun akan dikenakan kerana mencuri isteripenghulu,membela anjing yang menggigit penghulu dan membakar tanamanorang lain.

    ix. Orang yang menyanyi pada waktu malam dipukul berturut-turut selama dua haritermasuk membunuh burung yang dinamakan Manual ", membinasakan rekodpenghulu,menipu kerana niat jahat dan mempermainkan orang yang sudah mati.

    x. Ibu mesti mengajar anak perempuan tentang kesihatan jantina dan mendidikmereka untuk menjadi ibu.Suami pula mesti menghukum isteri jika berzina.Jikaperintah dilanggar akan dikerat badan-badannya dan keratan badan akandicampak kepada buaya.

    xi. Dibakar hidup-hidup bagi orang yang melepaskan diri dari hukuman secarapaksa/menggunakan helah,orang yang membunuh kanak-kanak masih terlalukecil dan orang yang cuba mencuri isteri orang tua.

    xii. Hukuman dibenam bagi abdi yang menyerang penghulu atau tuannya dan orangyang membinasakan patung persembahan.

    xiii. Diletakkan di sarang kerengga selama setengah hari bagi orang yang membunuhkucing hitam pada waktu bulan muda,mencuri dari penghulu atau orang lebih tua.

    xiv. Diturunkan taraf menjadi abdi seumur hidup bagi orang tua yang engganmengahwinkan anak-anak gadis mereka yang cantik dengan anak penghulu ataumenyembunyikan anak dengan tujuan menipu.

    xv. Berkaitan dengan kepercayaan karut akan disebat termasuk makan bangkaidaging serangga suci,makan daun-daun ubat yang berguna,membunuh monyetputih,dan membunuh anak burung Manual.

    xvi. Membinasakan patung persembahan di meja pemujaan,mematahkan alabangkayang digunakan oleh paderi-paderi perempuan untuk mengorbankan babi ataumemecahkan tong-tong wain akan dikerat.

  • 37http://sejarahstpm.blogspot.com/

    xvii. Mencabul kesucian tempat-tempat patung persembahan dan benda-benda suciberhubung dengan dewa dan penghulu,hukumannya ialah dibakar hidup-hidup.

    xviii. Orang yang melanggar perintah-perintah di atas,jika orang tua akan dihumban kedalam sungai supaya dimakan oleh ikan yu dan buaya.

    C. KESIMPULAN ( 2/3 markah )

    a) Terdapat perbandingan yang jelas antara undang-undang di Asia.Di China menekankantanggungjawab individu sementara di Filipina lebih kepada individu.

    b) Fungsi undang-undang untuk mengawal tingkah laku dan keharmonian masyarakat tidakboleh disangkal dan dinafikan.Sistem perundangan juga menjamin hak pemerintah danrakyat.Kesemua undang-undang walau bagaimanapun berubah setelah campur tangankuasa barat.

  • 38http://sejarahstpm.blogspot.com/

    9. Sejauh manakah faktor ekonomi menjadi faktor penting kemaraan pengaruh Baratdi Jepun dan Thailand pada pertengahan abad ke-19.

    A. Pengenalan ( 4 Markah )

    i. Pada pertengahan abad ke-19 kebanyakan negara-negara di Asia telah jatuh ke tanganimperialis Barat. Negara-negara di benua Asia menjadi sasaran kuasa Barat keranakekayaan yang dimilki dengan pelbagai bahan mentah.

    ii. Negara-negara Asia menjadi tanah jajahan Barat melalui berbagai-bagai cara sepertipeperangan, pengilhakan dan juga dengan cara perjanjian.

    iii. Negara Thai dan Jepun juga tidak terlapas daripada menerima pengaruh Barat. Thailandmenerima pengaruh British manakala Jepun menerima pengaruh Amerika Syarikat.Kemaraan British di Thailand dan Amerika Syarikat di Jepun bukan sahaja disebabkanoleh faktor ekonomi tetapi juga disebabkan oleh faktor-faktor lain.

    B. Kemaraan pengaruh Barat di Jepun ( 10 Markah )

    Faktor Ekonomi

    i. Campur tangan Amerika Syarikat di Jepun didorong oleh faktor ekonomi sebagai alasanutama. Amerika Syarikat mempunyai banyak kepentingan ekonomi di Jepun.Perkembangan perdagangan antara Amerika Syarikat dengan negara China menjadi pesatpada masa ini. Kapal-kapal Amerika memerlukan sebuah pelabuhan sebagai tempatpersinggahan untuk mendapatkan bekalan arang batu, makanan dan air serta membaikikapal.

    ii. Perkembangan pesat industri menangkap ikan paus dan anjing laut oleh nelayan-nelayanAmerika.Kadang kala nelayan-nelayan Amerika memasuki Jepun secara tidak segaja.Nelayan-nelayan ini mendapat layanan buruk daripada pihak Jepun. Keadaan inimenimbulkan rasa tidak puas hati mereka.Tambahan pula mereka memerlukan tempatpersinggahan untuk membaiki kapal yang rosak.

    iii. Nelayan dan pedagang Amerika Syarikat tidak mendapat layanan yang baik semasamereka singgah di Jepun. Oleh itu kerajaan Amerika Syarikat memerlukan jaminandaripada Jepun untuk memberi layanan yang sepatutnya kepada nelayan dan pedagangmereka yang sampai di Jepun.

    iv. Alasan-alasan itu menyebabkan Amerika Syarikat berminat menjalinkan hubungan luardengan Jepun. Pedagang Amerika Syarikat tidak dibenarkan menjalankan sebarangaktiviti perdagangan di pelabuhan-pelabuhan Jepun.

    v. Amerika Syarikat telah menghantar Komoder Mathew Perry bersama satu angkatantentera untuk mendapatkan kebenaran menjalinkan hubungan perdagangan dengan Jepun.

  • 39http://sejarahstpm.blogspot.com/

    Jepun pada masa ini tidak mempunyai pilihan lain dan terpaksa akur dengan permintaanAmerika Syarikat dengan menandatangani Perjanjian Kanagawa pada tahun 1854.

    Faktor Lain

    i. Amerika Syarikat berminat menjalinkan hubungan diplomatik dengan Jepun. SebaliknyaJepun pada masa ini menjalankan dasar tutup pintu bagi menghalang pencerobohan kuasaBarat di negara mereka.

    ii. Jepun mempunyai prasangka buruk kepada kuasa Barat. Kuasa Barat dianggap akanmegambil kesempatan untuk melibatkan diri dalam politik tempatan. Amerika Syarikattelah berusaha menjalinkan hubungan diplomatik dengan Jepun. Hubungan diplomatikakhirnya terjalin apabila perjanjian Kanagawa ditandatangani pada 31 Mac 1854.

    iii. Jepun juga tidak ingin mejalinkan hubungan dengan kuasa Barat kerana mereka bimbangkuasa Barat akan menyebarkan ajaran Kristian di negara mereka. Kuasa Barat sepertiAmerika memang berhasrat menyebarkan agama Kristian di Asia. Selaras dengan dasartutup pintu Jepun juga mengamalkan dasar anti Kristian di negara mereka. Jepunmenyekat kemasukan orang Barat termasuklah mubaligh Kristian. Selaras dengan itu,Jepun juga melarang penduduknya melawat negara-negara luar termasuklah negara Barat.Tindakan Jepun ini turut menimbulkan rasa tidak puas hati kuasa Barat terutamanyaAmerika Syarikat.

    C. Kemaraan Pengaruh Barat di Thailand ( 10 markah )

    Faktor ekonomi

    i. Sebelum tahun 1855 Siam mengamalkan dasar tutup pintu kerana bimbang kemasukanBarat akan menjejaskan nilai budaya dan agama Buddha yang diamalnya serta Siam tidakmemerlukan barangan dari Barat. Dasar tutup pintu yang diamalkan sejak pemerintahanzaman Rama I dan Rama II bukanlah satu dasar tertutup secara mutlak. Masih adajalinan hubungan dengan orang asing sama ada dengan China atau kuasa-kuasa Barat.

    ii. Hubungan berlangsung secara kecil-kecilan tanpa sebarang tekanan politik, contohnyasemasa zaman Rama I lagi, Siam telah menjalinkan hubungan dengan Portugis. Malahhubungan ini makin erat semasa Rama II apabila Portugis dibenarkan mendirikan KonsulResiden di Bangkok pada tahun 1820.

    iii. Kuasa Barat terutamanya British ingin berdagang di Thailand tetapi disekat olehpemerintah-pemerintah negara tersebut. British telah berusaha untuk berunding denganThailand untuk membuka pusat perniagaan mereka di negara tersebut tetapi gagal. BagiBritish, Thai amat penting dari segi ekonomi kerana kaya dengan sumber hasilnya sepertigading gajah, beras dan kayu jati. Oleh itu, Siam menjadi sasaran perdagangan British diAsia Tenggara. Walaubagaimana pun, dasar yang diamalkan oleh Siam tidak

  • 40http://sejarahstpm.blogspot.com/

    memungkinkan pedagang-pedagang British bergerak secara bebas. Selain itu, Siampenting sebagai kawasan laluan kepada kapal-kapal dagang British ke China dansebaliknya.

    iv. British berusaha menjalinkan hubungan dengan Thai dengan menghantar beberapa wakiluntuk berunding dengan Thai. Usaha untuk membuka pintu Siam telah dilakukan olehMarquis Hastings, Gabenor Jeneral India yang menghantar John Crowford sebagai utusanke Siam. Misi John Crowford dilakukan pada tahun 1822. Antara lain beliau memintaagar Siam memulangkan Kedah yang telah berjaya dikuasai pada tahun 1821. Walaubagaimana pun permintaan ini tidak diterima oleh Siam, malah dilihat sebagai satubentuk campur tangan dalam perihal Siam. Mereka juga enggan menerima syarat tentangcukai import-eksport bagi monopoli diraja. Kedatangan John Crowford juga dicurigaioleh Siam. Rama II merasakan bahawa kedatangan utusan ini bukan dengan niat yangjujur untuk mengadakan persahabatan dengan Siam tetapi membuat penyiasatan terhadapkekuasaan negara itu.

    v. Sikap tidak putus asa British untuk membuat hubungan dengan Siam dibuktikan denganpenghantaran utusan kedua ke negara itu. Utusan kali ini diketuai oleh Kapten HenryBurney. Atas kebijaksanaan diplomasi Henry Burney, akhirnya Siam bersetuju menandatangani satu persetiaan dengan British. Perjanjian ini dikenali dengan Perjanjian Burneyyang diadakan pada tahun 1826 semasa pemerintahan Rama III.

    vi. Siam bukan sahaja menandatangani perjanjian dengan British, tetapi juga denganAmerika Syarikat pada 1832. Perjanjian ini penting bagi Siam untuk mengelakkanBritish menjadi kuasa Barat tunggal di Siam. Namun begitu, tahap keduapemerintahannya, Rama III dikatakan telah mengetatkan dasar negaranya. Rama III telahmengenakan beberapa cukai baru terhadap barang-barang di dalam negeri. Tindakan initelah dipandang oleh British dan Amerika Syarikat sebagai telah melanggar syaratperjanjian.

    vii. Usaha Barat untuk melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi di Siam diteruskan apabilaAmerika Syarikat telah menghantar Joseph Ballestier, konsulnya di Singapura sebagaiduta khas ke Bangkok sementara James Brooke mewakili British. Walau bagaimanapun,pihak Siam enggan menerima sebarang permohonan dan ini bermakna utusan tersebuttelah gagal. James Brooke dikatakan telah memberi amaran bahawa peristiwa yangberlaku di China mungkin akan menimpa negara itu jika Siam masih meneruskan dasartutup pintu. Ini merupakan satu ancaman yang dipandang serius oleh Siam.

    viii. Sebenarnya suasana di Siam menjelang tahun 1850 berada dalam keadaan kurang stabil.Rama III sedang sakit menyebabkan pentadbiran Siam diserahkan kepada dua orangpembesarnya, iaitu Chao Phraya Khlang dan Pya Siphiphat. Keputusan yang dibuat olehdua orang pembesar ini memberikan imej bahawa Siam kembali menutup pintunyakepada orang asing. Secara ringkasnya dasar tutup pintu Siam dilihat berubah secara totalsewaktu Raja Mongkut menaiki takhta pada 1851.

  • 41http://sejarahstpm.blogspot.com/

    ix. Raja Mongkut sedar dan peka terhadap pergolakan politik sekitar Asia dan dasarimperialisme Barat. Contoh tersebut dilihat daripada kejatuhan Burma Hilir ke tanganBritish selepas Perang Inggeris-Burma I, pencerobohan British di China yangmenyebabkan Perang Candu I dan penguasaan Perancis ke atas Lembah Mekong. RajaMongkut sedar bahawa sikap degil dan dasar pemencilan Siam akan merugikan Siamsendiri. Raja Mongkut dengan relanya telah menandatangani Perjanjian Bowring denganBritish pada tahun 1855.

    Faktor selain daripada ekonomi

    i. Kebijaksanaan Maharaja Mongkut dalam mengendalikan hubungan dengan negara Barat.Beliau ingin berbaik-baik dengan negara Barat supaya tidak berlaku seperti apa yangberlakau di Myanmar dan China. Apabila kedua-dua negara tersebut telah diserangapabila enggan membuka pintu negara mereka kepada kuasa Barat.

    ii. Raja Mongkut peka kepada pergolakan politik yang berlaku di sekitar sekitar Asia dandasar imperialisme Barat. Contoh tersebut dilihat daripada peristiwa kejatuhan BurmaHilir ke tangan British selepas Perang Inggeris-Burma I, pencerobohan British di Chinaselepas Perang Candu I dan penguasaan Perancis ke atas Lembah Mekong. RajaMongkut sedar bahawa sikap degil dan dasar pemencilan Siam akan merugikan Siamsendiri dan kemungkinanan dijajah. Raja Mongkut dengan rela hati telah menandatanganiPerjanjian Bowring dengan British pada tahun 1855 dan kemudiannya perjanjian dengannegara-negara lain.

    C. Kesimpulan ( 2 Markah )

    i. Negara Jepun dan Siam merupakan dua negara yang mengamalkan dasar tutup pintu padaawalnya tetapi telah membuka pintu negara mereka kepada kemasukan kuasa Baratuntuk menyelamatkan negara mereka daripada serangan negara-negara Barat.

    ii. Jepun dan Siam bukan hanya menjalinkan hubungan dengan negara Amerika Syarikatdan British sahaja tetapi menjalinkan hubungan dengan negara-negara lain juga terutamasekali Siam yang menandatangani perjanjian dengan negara-negara Barat yang lain.Kebijaksanaan pemerintah Siam menjadikan negara tersebut sebagai negara yang tidakpernah dijajah di Asia.

    iii. Jepun dan Siam kemudiannya menggunakan ciri-ciri pentadbiran negara Barat untukmemajukan negara masing-masing.

  • 42http://sejarahstpm.blogspot.com/

    10. Bandingkan faktor-faktor yang menyebabkan Thailand dapat mengekalkankedaulatannya daripada penjajahan Barat berbanding dengan Myanmar padaabad ke-19.

    A. PENGENALAN (3 M)

    1. Berikutan dengan dasar imperialisme, kuasa-kuasa Barat telah berlumba-lumba untukmenguasai tanah jajahan baru. Thailand merupakan satu-satunya negara yang terlepasdaripada perebutan kuasa ini dan dapat mengekalkan kedaulatannya. Dasar buka pintuyang dijalankan semasa pemerintahan dua orang pemimpinnya iaitu Mongkut dananaknya Chulalongkorn telah berjaya memberi sumbangan besar bagi negara Thailanddalam pelbagai bidang sekaligus menyelamatkan negara mereka daripada penjajahanBarat.

    2. Namun, situasi berbeza pula dengan negara Myanmar iaitu jiran Thailand yang telahmenjadi mangsa penjajahan kuasa Barat iaitu British sehingga kehilangan negaranyasecara berperingkat-peringkat melalui 3 siri peperangan iaitu Perang Inggeris-Myanmar 1(1824), Perang Inggeris-Myanmar 2 (1852) dan Perang Inggeris-Myanmar 3 (1886) yangakhirnya menumbangkan Dinasti Konbaung yang selama ini utuh berdiri lebih daripadasatu abad lamanya di tangan British. Kemenangan British menjatuhkan maruah raja danrakyat Myanmar dan menghancurkan perasaan angkuh orang Myanmar.

    B. ISI-ISI1. THAILAND (10M)

    I.1 Mongkut (1851-1868)

    1.1.1 Politik dan pentadbiranKetika Mongkut menjadi raja ia merupakan zaman kuasa-kuasa Barat berlumba-

    lumba mencari tanah jajahan terutamanya di Asia. Mongkut sedar bahawa dia harus bijakmenjalankan pentadbiran jika tidak mahu ditawan oleh kuasa Barat seperti yang berlakuke atas Myanmar dan China. Mongkut telah mengenepikan kemegahan baginda danmerendah diri dengan Barat melalui hubungan peribadi yang dijalin dengan mereka.Baginda menamatkan dasar pemencilan Siam dengan menandatangani PerjanjianBowring 1855 yang memberi hak wilayah asingan kepada British dan pelantikan KonsulBritish di Bangkok.

    Baginda juga menjalankan hubungan diplomatik dengan negara luar sepertiAmerika Syarikat, Perancis pada tahun 1856. Melalui perjanjian dengan Perancis padatahun 1857, Mongkut rela menggugurkan pengaruh dan kedaulatannya ke atas Kembojademi hubungannya dengan Perancis. Demi mengimbangi kuasa-kuasa Barat di Siam,Mongkut juga mengadakan perjanjian dengan Denmark (1858), Portugal (1859), Belanda(1860) dan Prusia (1862). Mongkut tidak mahu memberi terlalu banyak keistimewaankepada British dan dasar ini ternyata menyelamatkan Siam dari dijajah.

    Mongkut menyedari sejak awal bahawa jaminan kedudukan Thailand daripadapenjajahan Barat memerlukan perubahan dalam pentadbiran negeri mengikut sistempentadbiran Barat. Oleh itu, baginda mengambil kira-kira 80 orang pegawai Baratbertugas di Siam. Contohnya Rolin Jacquemius dari Belgium dilantik sebagai penasihat

  • 43http://sejarahstpm.blogspot.com/

    pentadbiran, Major Gerin dari Itali mengetuai Maktab Te


Recommended