Transcript
Page 1: Teknik Menjawab Soalan Pemahaman

Teknik Menjawab Soalan Pemahaman

Sekolah Menengah CoralCikgu LiyanaBahan diambil daripada Cikgu Wani (Sekolah Menengah Telok Kurau) dan Cikgu Siti (Sekolah Menengah Coral)

Page 2: Teknik Menjawab Soalan Pemahaman

Soalan Pemahaman

Rasional1. Memberi fokus pada: Pemahaman pelajar Keupayaan pelajar memberikan

alasan/sebab Keupayaan pelajar

mengaplikasikan pengetahuan

Page 3: Teknik Menjawab Soalan Pemahaman

2. Menguji proses pemikiran dan kemahiran pelajar

3. Memperlihatkan cara pelajar menyelesaikan masalah

4. Memperlihatkan cara pelajar mencerna maklumat

5. Memperlihatkan cara pelajar menginterpretasi maklumat

Page 4: Teknik Menjawab Soalan Pemahaman

Jenis-jenis soalan di dalam pemahaman

Page 5: Teknik Menjawab Soalan Pemahaman

4 bentuk soalan

1. Literal berasaskan makna sebenar

2. Inferens kesimpulan yg dibuat berdasarkan

fakta 3. Penilaian4. Penghayatan

perihal menghayati / mengalami / merasai dalam diri sendiri.

Page 6: Teknik Menjawab Soalan Pemahaman

Soalan Literal

Soalan yang memerlukan jawapan yang tertera secara jelas dalam teks bacaan

Memerlukan pelajar mengenal pasti atau mengecam

Mengingat kembali

Page 7: Teknik Menjawab Soalan Pemahaman

Soalan Literal

Hari itu hujan telah turun dengan lebatnya. Tania menggigil kesejukan kerana baju sekolahnya basah. Payung yang dibawanya tadi telah terbang ditiup angin kencang, Tania tiada pilihan lain. Jika dia menunggu hingga hujan berhenti, dia akan terlambat ke sekolahnya. Oleh itu sambil memeluk erat beg sekolahnya, dia meluru ke sekolahnya. Sebentar kemudian, terdengar bunyi loceng. Tania menarik nafas lega.

Apakah yang akan terjadi jika Tania menunggu hingga hujan berhenti?

Bagaimanakah keadaan cuaca pada hari itu?

Page 8: Teknik Menjawab Soalan Pemahaman

Soalan Inferens

Soalan yang memerlukan jawapan yang harus dicungkil daripada teks bacaan

Membuat kesimpulan berdasarkan fakta: Membuat interpretasi Memberikan bukti-bukti Meneliti sebab dan akibat Meramalkan tindakan

Page 9: Teknik Menjawab Soalan Pemahaman

Soalan Inferens

Hari itu hujan telah turun dengan lebatnya. Tania menggigil kesejukan kerana baju sekolahnya basah. Payung yang dibawanya tadi telah terbang ditiup angin kencang, Tania tiada pilihan lain. Jika dia menunggu hingga hujan berhenti, dia akan terlambat ke sekolahnya. Oleh itu sambil memeluk erat beg sekolahnya, dia meluru ke sekolahnya. Sebentar kemudian, terdengar bunyi loceng.Tania menarik nafas lega.

Mengapakah baju sekolah Tania basah?

Adakah Tania lambat tiba ke sekolah?

Page 10: Teknik Menjawab Soalan Pemahaman

Soalan Penilaian

Soalan yang memerlukan penlaian pelajar berdasarkan keterangan yang terdapat dalam teks bacaan. Menyatakan pendirian Memberikan pandangan kritis Membuat perbandingan

Page 11: Teknik Menjawab Soalan Pemahaman

Soalan Penilaian

Hari itu hujan telah turun dengan lebatnya. Tania menggigil kesejukan kerana baju sekolahnya basah. Payung yang dibawanya tadi telah terbang ditiup angin kencang, Tania tiada pilihan lain. Jika dia menunggu hingga hujan berhenti, dia akan terlambat ke sekolahnya. Oleh itu sambil memeluk erat beg sekolahnya, dia meluru ke sekolahnya. Sebentar kemudian, terdengar bunyi loceng. Tania menarik nafas lega.

Adakah perbuatan Tania berlari ke sekolah itu patut dicontohi? Jelaskan.

Adakah keputusan Tania untuk tidak menunggu hujan berhenti satu keputusan yang baik? Jelaskan.

Page 12: Teknik Menjawab Soalan Pemahaman

Soalan Penghayatan

Soalan yang memerlukan pelajar merumuskan atau memberikan pengajaran yang diraih berdasarkan keterangan dalam teks bacaan

Page 13: Teknik Menjawab Soalan Pemahaman

Soalan Penghayatan

Hari itu hujan telah turun dengan lebatnya. Tania menggigil kesejukan kerana baju sekolahnya basah. Payung yang dibawanya tadi telah terbang ditiup angin kencang, Tania tiada pilihan lain. Jika dia menunggu hingga hujan berhenti, dia akan terlambat ke sekolahnya. Oleh itu sambil memeluk erat beg sekolahnya, dia meluru ke sekolahnya. Sebentar kemudian, terdengar bunyi loceng. Tania menarik nafas lega.

Apakah yang boleh kamu teladani daripada sifat Tania?

Melalui teks ini, terangkan sikap Tania.

Page 14: Teknik Menjawab Soalan Pemahaman

Soalan Semantik

Seerti/ seiras Berlawan/ berpasang Frasa kepada Kata / Kata kepada

Frasa Menerangkan maksud berdasarkan

konteks

Page 15: Teknik Menjawab Soalan Pemahaman

Soalan Semantik

Hari itu hujan telah turun dengan lebatnya. Tania menggigil kesejukan kerana baju sekolahnya basah. Payung yang dibawanya tadi telah terbang ditiup angin kencang, Tania tiada pilihan lain. Jika dia menunggu hingga hujan berhenti, dia akan terlambat ke sekolahnya. Oleh itu sambil memeluk erat beg sekolahnya, dia meluru ke sekolahnya. Sebentar kemudian, terdengar bunyi loceng. Tania menarik nafas lega.

Terangkan maksud perkataan:

- memeluk erat memegang sesuatu dengan kuat

- meluru berlari dengan pantas menuju ke arah sesuatu

Page 16: Teknik Menjawab Soalan Pemahaman

Sebelum menjawab soalan…

Page 17: Teknik Menjawab Soalan Pemahaman

1. Baca Petikan Teks dengan Teliti

Baca petikan untuk memahami: Jalan cerita Maksud Mesej Maklumat

yang ingin di sampaikan oleh pengarang

Page 18: Teknik Menjawab Soalan Pemahaman

Mencari Jawapan

Page 19: Teknik Menjawab Soalan Pemahaman

Baca Soalan-soalan dengan teliti

Soalan selalunya diatur mengikut urutan perenggan.

Jawapan bagi soalan satu biasanya di perenggan pertama atau awal perenggan kedua

Page 20: Teknik Menjawab Soalan Pemahaman

Boleh kamu mencari perkataan-perkataan itu di dalam teks?

Perhatikan perkataan2 yang ada di dlm soalan

Page 21: Teknik Menjawab Soalan Pemahaman

Perhatikan perkataan2 yang ada di dlm soalan

BOLEH Jawapannya berdekataan atau

disekeliling perkataan-perkataan yang kamu jumpa di dalam teks

Page 22: Teknik Menjawab Soalan Pemahaman

Perhatikan perkataan2 yang ada di dlm soalan

TIDAK Cari perkataan-perkataan yang

sama atau hampir sama maknanya (seerti/seiras) dengan perkataan-perkataan di dalam soalan.

Jawapannya ada berdekataan atau disekelilingnya.

Page 23: Teknik Menjawab Soalan Pemahaman

Cari Maksud yang tersurat dan tersirat di dalam petikan

TERSURAT Kata-kata di dalam petikan yang

JELAS menunjukkan maksud, mesej dan maklumat yang hendak disampaikan oleh pengarang teks.

Page 24: Teknik Menjawab Soalan Pemahaman

Cari Maksud yang tersurat dan tersirat di dalam petikan

TERSIRAT Kata-kata di dalam petikan yang

TIDAK JELAS menunjukkan maksud, mesej dan maklumat tersembunyi yang perlu ditafsir/diteka oleh pelajar

Page 25: Teknik Menjawab Soalan Pemahaman

Selalunya…

Soalan selalunya diatur mengikut urutan perenggan.

Jawapan bagi soalan satu biasanya di perenggan pertama atau awal perenggan kedua

Page 26: Teknik Menjawab Soalan Pemahaman

Cikgu, bagaimana harus saya menulis jawapan pemahaman?

Page 27: Teknik Menjawab Soalan Pemahaman

Mulakan jawapan dengan ayat yang terdiri daripada:

1. SUBJEK 2. PREDIKAT.

“Anjing itu lapar.” Subjek = Anjing

Predikat = itu lapar.

Page 28: Teknik Menjawab Soalan Pemahaman

Contoh:Soalan

Bagaimanakah pergaulan masyarakat berbilang bangsa di Singapura?

JawapanMasyarakat berbilang bangsa di

Singapura (subj) / bergaul sebagai sebuah keluarga besar (predikat).

Page 29: Teknik Menjawab Soalan Pemahaman

Jika ada 2 atau lebih jawapan, tulis dalam bentuk ayat-ayat pendek dan terpisah.

Pastikan lengkap.

Page 30: Teknik Menjawab Soalan Pemahaman

Contoh:Soalan

Terangkan cara rakyat Singapura merayakan perayaan masing-masing?

JawapanPertama, mereka memakai pakaian tradisional yang beraneka fesyen . Kedua, mereka menziarahi sahabat handai.

Page 31: Teknik Menjawab Soalan Pemahaman

RUJUK Kata Kunci yang berikut:

Jelaskan... Terangkan... Buktikan... Berikan contoh... Berikan alasan… Nyatakan…

Page 32: Teknik Menjawab Soalan Pemahaman

Soalan-soalan yang bermula dengan perkataan-perkataan itu tadi mempunyai interpretasi yang memerlukan pelajar:

beri penjelasan/penerangan dengan KATA-KATA sendiri

sertakan contoh untuk membuktikan sesuatu

Contoh diberi dengan KATA-KATA sendiri

Page 33: Teknik Menjawab Soalan Pemahaman

Contoh Jelaskan apa yang dimaksudkan dengan

peribahasa ‘Ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi?’ Berikan contoh hal ini berlaku dalam petikan.

Jawapan Perilaku atau kelakuan seseorang itu akan

diikuti oleh keluarganya atau menjadi turun temurun. Hal ini berlaku dalam keluarga Pak Dolah kerana beliau, isterinya, anak lelaki yang tua dan juga cucu mereka merokok

Page 34: Teknik Menjawab Soalan Pemahaman

INGAT!

Page 35: Teknik Menjawab Soalan Pemahaman

Jawab terus tanpa menyalin sebahagian daripada soalan.

RUJUK MARKAH dalam tanda kurung untuk menentukan bilangan jawapan yang diperlukan

(dua markah bagi setiap satu isi)

Pastikan kehendak soalan daripada KATA KUNCI yang diberikan

Gunakan ayat sendiri. Ambil kata kunci sahaja, bukan seluruh ayat daripada teks

Page 36: Teknik Menjawab Soalan Pemahaman

Elakkan!

Page 37: Teknik Menjawab Soalan Pemahaman

Penggunaan, “ialah /adalah”

SoalanPak Dolah ialah seorang yang tidak mahu menerima teguran orang lain. Buktikan kebenaran pendapat ini.Jawapan Ini ialah kerana... Pak Dolah sememangnya seorang yang

sombong dan degil. Kita dapat melihat telatahnya apabila...

Page 38: Teknik Menjawab Soalan Pemahaman

penggunaan kata hubung yang berderetan, atau berlebihan

Contoh: dan...kerana

tetapi...walau bagaimanapun ...jika kalau-kalau... ...dan tetapi...

Page 39: Teknik Menjawab Soalan Pemahaman

Elakkan

memulakan jawapan dengan ayat: Ia kerana... Ini kerana ... Kerana…

membuat kesilapan ejaan dan penggunaan bahasa yang salah

Page 40: Teknik Menjawab Soalan Pemahaman

Selamat Maju Jaya !