70
INSTITUT PERGURUAN TUANKU BAINUN MENGKUANG, 14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG. KPLI-SR LPBS j-QAF GERKO KPLI (SR) LPBS TUGASAN GERAK KERJA KOKURIKULUM (PERINGKAT PERTAMA) PENSYARAH: EN. MAHAMAD ALI B. ABDUL RAHMAN SETIAUSAHA UNIT GERKO DISEDIAKAN OLEH: NAMA: SYATRIAH BINTI ABDUL AZIZ NO KP: 810101-02-5974 OPSYEN: PENGAJIAN ISLAM

15292602 gerko-bpg-lengkap

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 15292602 gerko-bpg-lengkap

INSTITUT PERGURUAN TUANKU BAINUNMENGKUANG, 14000 BUKIT MERTAJAM,

PULAU PINANG.

KPLI-SR LPBS j-QAF

GERKO KPLI (SR) LPBS

TUGASAN GERAK KERJA KOKURIKULUM

(PERINGKAT PERTAMA)

PENSYARAH:

EN. MAHAMAD ALI B. ABDUL RAHMAN

SETIAUSAHA UNIT GERKO

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA: SYATRIAH BINTI ABDUL AZIZ

NO KP: 810101-02-5974

OPSYEN: PENGAJIAN ISLAM

KUMPULAN: j-QAF 6

SEKOLAH: SK BUMBONG LIMA

AMBILAN JANUARI 2006

Page 2: 15292602 gerko-bpg-lengkap

Penghargaan

Bismillahirrahmanirrahim… Alhamdulillah, tiada kalimah yang selayaknya

dilafazkan kepada al-Bariy Jalla wa ‘Alla. Segala pujian hanya bagi Allah S.W.T,

Selawat dan Salam ke atas junjungan besar, penghulu sekalian rasul, Nabi Muhammad

S.A.W. yang membawa rahmat untuk sekalian alam.

Bersyukur saya kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan rahmatnya dapat saya

menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan ini. Jutaan terima kasih kepada

pensyarah-pensyarah Institut Perguruan Tuanku Bainun khasnya semua pensyarah

Jabatan Ilmu Pendidikan di atas ilmu dan tunjuk ajar yang dicurahkan.

Seterusnya, sekalung penghargaan buat semua warga Sekolah Kebangsaan

Bumbong Lima khususnya Guru Besar, Pn Hjh Mazni bt Hashim Dan Guru Penolong

Kanan Kokurikulum, Pn Hjh Noraini bt Aziz, guru-guru penasihat persatuan/kelab,

sukan permainan dan unit beruniform, dan semua guru-guru yang sudi meluangkan

masa untuk di temuramah bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan di dalam

tugasan ini.

Tidak lupa juga, ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang telah banyak

berkongsi ilmu, informasi dan kefahaman di dalam menyiapkan tugasan yang diberikan

juga memberi dorongan dan semangat untuk menyiapkan tugasan dengan sempurna.

Akhir sekali, saya berdoa kepada Allah Azza Wajalla semoga usaha ini

mendapat keberkatan daripadaNya. Dan sentiasa berada di bawah keredhaan dan

keampunanNya.

Page 3: 15292602 gerko-bpg-lengkap

Isi Kandungan

Page 4: 15292602 gerko-bpg-lengkap
Page 5: 15292602 gerko-bpg-lengkap
Page 6: 15292602 gerko-bpg-lengkap

SEKOLAH KEBANGSAAN BUMBONG LIMA

13200 KEPALA BATAS, SEBERANG PERAI (UTARA)

PULAU PINANG

VISI SEKOLAH

Menjadi Sekolah Cemerlang Menjelang 2010

MISI SEKOLAH

Meningkatkan Pencapaian Kurikulum , Kokurikulum & Sahsiah Murid

PIAGAM SEKOLAH

SK Bumbong Lima sentiasa komited untuk merealisasikan visi dan misi sekolah

melalui;

Melahirkan generasi yang berpengetahuan luas, berakhlak mulia dan

bersemangat patriotisme yang tinggi

Sentiasa mementingkan kepentingan dan kebajkan murid dalam suasana mesra

dan selesa

Menitikberatkan pemupukan budaya ilmu dan penerapan niali-nilai murni

melalui proses P&P

Berusaha mewujudkan budaya kerja cemerlang dikalangan guru , pekerja dan

waris

Sentiasa melibatkan waris dan masyarakat dalam mengembangkan

potensi dan intelek murid-murid melalui konsep pemuafakatan.

Page 7: 15292602 gerko-bpg-lengkap

MATLAMAT SEKOLAH

Melahirkan pelajar yang kompetatif, berilmu, bermaruah, bertaqwa dan mempunyai

semangat juang yang kental bagi mengharungi dunia serba canggih kini atas dasar-

dasar seperti berikut:

1. Mempunyai pengurusan yang telus, cekap dan berkesan;

2. Bersikap jujur serta menghormati hak-hak individu.

3. Menghasilkan ramai murid yang cemerlang dibidang akademik dan

kokurikulum

4. Mempunyai pengurusan kokurikulum yang berkualiti ke arah menghasilkan

murid yang berpotensi

5. Mempunyai pengurusan Hal Ehwal Murid ( HEM ) yang berkualiti ke arah

menghasilkan murid yang bersahsiah.

Page 8: 15292602 gerko-bpg-lengkap

PERANCANGAN STRATEGIK KOKURIKULUM

SEKOLAH KEBANGSAAN BUMBONG LIMA 2006

VISI KOKURIKULUM

Menjadikan kegiatan kokurikulum sebagai pelengkap kecemerlangan SKBL menjelang

2010.

MISI KOKURIKULUM

Meningkatkan lagi usaha secara berterusan bagi merealisasikan visi melalui

1. Pelajar yang cemerlang Kurikulum dan Kokurikulum

2. Pelajar yang aktif dalam kokurikulum

3. Pelajar yang berketrampilan, berdaya saing, kreatif dan inovatif.

PENDAHULUAN

Gerak kerja ko-kurikulum mempunyai peranan memupuk semangat

kewarganegaraan dan perpaduan di samping menyemai dan memupuk disiplin, nilai

serta sikap positif selaras dengan Rukun Negara.

Memberi pengalaman kepada murid-murid berkembang, bergaul dan bersatu

padu dalam masyarakat mengukuh dan meperkayakan pengalaman yang dipelajari di

dalam darjah juga memaju dan mengembangkan minat, bakat dan kemahiran murid-

murid di dalam bidang tertentu.

Page 9: 15292602 gerko-bpg-lengkap

Melatih murid-murid mengisi masa lapang denagn gerak kerja yang berfaedah.

Di samping membina kesihatan dan kesejahteraan diri memberi peluang dan galakan

kepada murid-murid membuat kerja-kerja khidmat kepada sekolah dan masyarakat.

PENGERTIAN KOKURIKULUM

Kegiatan kokurikulum adalah meliputi semua kegiatan luar bilik darjah dan adalah

merupakan lanjutan dari kurikulum yang diajar di bilik-bilik darjah.

FALSAFAH KOKURIKULUM SEKOLAH

1. Menyamai kesedaran terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan di

kalangan murid-murid.

2. Mengimbang antara perkembangan mental denagn perkembangan sosial,

jasmani dan rohani murid-murid.

3. Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan yang sihat di kalangan murid-murid

dalam sekolah dan antara sekolah.

4. Membina dan meningkatkan disiplin dan suasana sekiolah supaya lebih menarik

dan mengembirakan.

5. Menambahkan semangat kekitaan di kalangan murid-murid serta membina dan

meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dan

masyarakat setempat.

6. Menanamkan sikap nilai hidup harmoni dalam masyarakat.

Page 10: 15292602 gerko-bpg-lengkap

MATLAMAT STRATEGIK

1. Menyemaikan kesedaran dan kepatuhan kepada agama dan kepercayaan

kepada tuhan.

2. Memastikan guru-guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu

permainan, kelab dan unit beruniform.

3. Memastikan setiap unit beruniform, persatuan/kelab mempunyai sukatan dan

perancangan tahunan dan memantau aktiviti mereka sepanjang tahun.

4. Menggalakan penyertaan para pelajar dalam aktiviti sukan, permainan,

kokurikulum samada diperingkat sekolah, daerah, zon, negeri dan kebangsaan.

5. Penggunaan masa lapang yang memanfaatkan.

OBJEKTIF-OBJEKTIF KOKURIKULUM DI SEKOLAH

1. Memperseimbangkan gerak kerja kokurikulum dengan pelajaran akademik yang

dijalankan dalam bilik darjah. Kedua-duanya di anggap sebagai proses

pendidikan yang saling lengkap melengkapi.

2. Untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai nilai-nilai akhlak mulia,

kesusilaan dan kenegaraan sepenuhnya, serta mempunyai semangat patriotik

yang tinggi.

3. Memberi peluang kepada semua pelajar melibatkan diri dengan aktif secara

individu, kumpulan dan beramai-ramai.

4. Melibatkan pelajar dari semua kaum dalam semua gerak kerja kokurikulum yang

sesuai dengan tujuan memupuk perpaduan dan rasa tanggungjawab.

Page 11: 15292602 gerko-bpg-lengkap

5. Melibatkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Seklah ( JBPS ), Persatuan Ibu

Bapa dan Guru (PIBG), ibu-bapa dan masyarakat setempat, guru-guru dan

pelajar-pelajar dalam perancangan dan pelaksanaan gerakerja kokurikulum.

6. Mengadakan lebih banyak pertandingan melibatkan semua pelajar, terutamanya

pelajar yang kurang berminat dan kurang berbakat.

7. Menggalakan murid-murid mengambil bahagian dalam pertandingan-

pertandingan yang dianjurkan oleh badan-badan luar.

8. Meningkatkan mutu pencapaian dalam aktiviti-aktiviti sukan rekreasi dan

kecergasan.

9. Menggalakan kerjasama dan penyelarasan antara badan-badan yang

bertanggungjawab untuk memajukan sukan negara.

10.Melatih murid-murid supaya dapat menggunakan masa lapang dengan gerak

kerja yang berfaedah.

11.Melahirkan murid-murid yang berketrampilan, berakhlak mulia, kreatif dan

dinamik.

OBJEKTIF UNIT BERUNIFORM

1. Membimbing dan melatih ahli unit beruniform supaya berdisiplin serta

mempunyai potensi daya maju.

2. Memberi pendedahan dan pengalaman yang menyeronokkan melalui aktiviti-

aktiviti serta latihan yang dijalankan di dalam pasukan beruniform.

3. Mendekatkan dan membiasakan murid-murid kepada rangsangan dan

kehendak masyarakat serta alam persekitaran.

Page 12: 15292602 gerko-bpg-lengkap

4. Mewujudkan generasi muda yang mempunyai nilai-nilai akhlak, kesusilaan dan

ketatanegaraan.

OBJEKTIF KELAB DAN PERSATUAN

1. Meningkatkan semangat bekerjasama di antara ahli-ahli kelab dan persatuan.

2. Membantu murid-murid meningkatkan pencapaian dalam bidang akademik.

3. Melatih ahli persatuan mengembangkan bakat, daya kepimpinan dan keyakinan

diri untuk memperluaskan pengetahuan serta meningkatkan kebolehan

menjalankan aktiviti persatuan.

OBJEKTIF SUKAN DAN PERMAINAN

1. Sekurang-kurangnya memasuki peringkat separuh akhir dalam semua

pertandingan di peringkat daerah.

2. Memungut seberapa banyak pingat dalam kejohanan olahraga.

3. Memupuk dan mewujudkan semangat kesukanan kepada murid-murid.

4. Sekurang-kurangnya 75% murid-murid dapat menguasai kemahiran asas setiap

permainan.

Page 13: 15292602 gerko-bpg-lengkap

STRATEGI KOKURIKULUM

1. Melibatkan murid daripada semua kaum dalam aktiviti kokurikulum bagi

memupuk perpaduan.

2. Melibatkan murid dan pihak sekolah dalam aktiviti kokurikulum.

3. Merancang dengan teliti aktiviti kokurikulm bagi memantapkan matlamat yang

dikehendaki.

4. Merekod dan menilai kemajuan aktiviti kokurikulum yang dijalankan.

5. Mengadakan penyeliaan dan penilaian yang sistematik secara berterusan.

6. Memberi penghargaan kepada murid dan pihak lain dari semasa ke semasa.

Page 14: 15292602 gerko-bpg-lengkap

PERANCANGAN STRATEGIK KOKURIKULUM

DAN PELAN TINDAKAN

MATLAMAT STRATEGIK:

Memastikan setiap pasukan seragam, persatuan/kelab dan permainan mempunyai

perancangan tahunan dan memantau aktiviti mereka.

OBJEKTIF KOKURIKULUM DI SEKOLAH

1. Memperseimbangkan gerak kerja kokurikulum dengan pelajaran akademik yang

dijalankan dalam bilik darjah. Kedua-duanya di anggap sebagai proses

pendidikan yang saling lengkap melengkapi.

2. Untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai nilai-nilai akhlak mulia,

kesusilaan dan kenegaraan sepenuhnya, serta mempunyai semangat patriotik

yang tinggi.

3. Memberi peluang kepada semua pelajar melibatkan diri dengan aktif secara

individu, kumpulan dan beramai-ramai.

4. Melibatkan pelajar dari semua kaum dalam semua gerak kerja kokurikulum yang

sesuai dengan tujuan memupuk perpaduan dan rasa tanggungjawab.

5. Melibatkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Seklah ( JBPS ), Persatuan Ibu

Bapa dan Guru (PIBG), ibu-bapa dan masyarakat setempat, guru-guru dan

pelajar-pelajar dalam perancangan dan pelaksanaan gerakerja kokurikulum.

6. Mengadakan lebih banyak pertandingan melibatkan semua pelajar, terutamanya

pelajar yang kurang berminat dan kurang berbakat.

Page 15: 15292602 gerko-bpg-lengkap

7. Menggalakan murid-murid mengambil bahagian dalam pertandingan-

pertandingan yang dianjurkan oleh badan-badan luar.

8. Meningkatkan mutu pencapaian dalam aktiviti-aktiviti sukan rekreasi dan

kecergasan.

9. Menggalakan kerjasama dan penyelarasan antara badan-badan yang

bertanggungjawab untuk memajukan sukan negara.

10.Melatih murid-murid supaya dapat menggunakan masa lapang dengan gerak

kerja yang berfaedah.

11.Melahirkan murid-murid yang berketrampilan, berakhlak mulia, kreatif dan

dinamik.

Page 16: 15292602 gerko-bpg-lengkap
Page 17: 15292602 gerko-bpg-lengkap

PERANCANGAN STRATEGIK KOKURIKULUM

DAN PELAN TINDAKAN (UNIT BERUNFORM)

MATLAMAT STRATEGIK:

Menggalakan pelajar dalam aktiviti sukan dan kokurikulum samada diperingkat sekolah,

daerah, zon, negeri dan kebangsaan.

OBJEKTIF UNIT BERUNIFORM

1. Membimbing dan melatih ahli unit beruniform supaya berdisiplin serta

mempunyai potensi daya maju.

2. Memberi pendedahan dan pengalaman yang menyeronokkan melalui aktiviti-

aktiviti serta latihan yang dijalankan di dalam pasukan beruniform.

3. Mendekatkan dan membiasakan murid-murid kepada rangsangan dan

kehendak masyarakat serta alam persekitaran.

4. Mewujudkan generasi muda yang mempunyai nilai-nilai akhlak, kesusilaan dan

ketatanegaraan.

Page 18: 15292602 gerko-bpg-lengkap
Page 19: 15292602 gerko-bpg-lengkap

PERANCANGAN STRATEGIK KOKURIKULUM

DAN PELAN TINDAKAN (PERSATUAN/KELAB)

MATLAMAT STRATEGIK:

Menggalakan pelajar dalam aktiviti sukan dan kokurikulum samada diperingkat sekolah,

daerah, zon, negeri dan kebangsaan.

OBJEKTIF KELAB DAN PERSATUAN

1. Meningkatkan semangat bekerjasama di antara ahli-ahli kelab dan persatuan.

2. Membantu murid-murid meningkatkan pencapaian dalam bidang akademik.

3. Melatih ahli persatuan mengembangkan bakat, daya kepimpinan dan

keyakinan diri untuk memperluaskan pengetahuan serta meningkatkan

kebolehan menjalankan aktiviti persatuan.

Page 20: 15292602 gerko-bpg-lengkap
Page 21: 15292602 gerko-bpg-lengkap

PERANCANGAN STRATEGIK KOKURIKULUM

DAN PELAN TINDAKAN (SUKAN DAN PERMAINAN)

MATLAMAT STRATEGIK:

Menggalakan pelajar dalam aktiviti sukan dan kokurikulum samada diperingkat sekolah,

daerah, zon, negeri dan kebangsaan.

OBJEKTIF SUKAN DAN PERMAINAN

1. Sekurang-kurangnya memasuki peringkat separuh akhir dalam semua

pertandingan di peringkat daerah.

2. Memungut seberapa banyak pingat dalam kejohanan olahraga.

3. Memupuk dan mewujudkan semangat kesukanan kepada murid-murid.

4. Sekurang-kurangnya 75% murid-murid dapat menguasai kemahiran asas

setiap permainan.

Page 22: 15292602 gerko-bpg-lengkap
Page 23: 15292602 gerko-bpg-lengkap
Page 24: 15292602 gerko-bpg-lengkap

JAWATANKUASA KOKURIKULUM

Pengerusi : Guru Besar

( Pn. Hjh Mazni bt Hashim )

Naib Pengerusi 1 : Penolong Kanan Ko-Kurikulum

( Pn Hjh Noraini bt Aziz )

Naib Pengerusi 2 : Penolong kanan 1

( Hj Saari bin Ismail )

Naib Pengerusi 3 : Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

( Pn Habibah bt Ahmad PJM )

Setiausaha Sukan : Tn Hj Nasri bin Subhi

Penyelaras : Sukan & Kelab Permainan

( En.Rahimi bin Darus )

Penyelaras : Persatuan

( Pn. Sakina bt. Saidin )

Penyelaras : Unit Beruniform

( Pn Nang Sofiah bt Nik Hamid )

Ahli Jawatankuasa : Semua Guru Penasihat Ko-Kurikulum

Page 25: 15292602 gerko-bpg-lengkap

CARTA ORGANISASI PENGURUSAN KOKURIKULUM

SEKOLAH KEBANGSAAN BUMBONG LIMA 2006

PENGERUSIPN. HJH. MAZNI BT. HASHIM

GURU BESAR

TIMBALAN PENGERUSIPN. NORAINI BT. AZIZ

PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

SETIAUSAHATN HJ. NASRI B. SUBHI

PENYELARAS

UNIT BERUNIFORM KELAB/PERSATUAN PERMAINAN Cik Shaheezatul Azwa Pn. Sakina Saidin En. Rahimi Darus

TKRS BAHASA MELAYU BOLA SEPAKCik Shaheezatul Azwa Pn. Rusna Kaladi Tn. H. NasriEn. Md. Nizam Pn. Che Norlia En. Muhd AzhanPn. SuzanaPn. Rusna Kaladi BAHASA INGGERIS BOLA JARING

Cik Syarliza Cik NorjauharahPUTERI ISLAM Pn. Rozita Pn. SuzanaPn. Nang SofiahPn. Hjh. Che Bashah MATEMATIK/SAINS BOLA BALINGPn. Norhayati Cik Norjauharah En. Mohd FaizalPn. Normaniyah Pn. Norhayati Pn. Norheyyah

PENGAKAP AGAMA ISLAM RAGBIEn. Rahimi Pn. Normaniyah En. Zul PakarPn. Rozita Pn. Nang Sofiah Tn. Hj. NasriEn. Mohd Faizal

SENI KREATIF TAKRAWSILAT/TAE KWAN DO Pn. Sakina En. Rahimi Pn. Sakina Pn. Rohani En. Zul PakarCik SyarlizaPn. Hjh. Noraini P. RAKAN SEBAYA BADMINTON

Pn. Zahida Pn. RohaidaPn. Norsuzana En. Md. Nizam

Page 26: 15292602 gerko-bpg-lengkap

SENI LUKIS

Cik Shaheezatul Azwa

Pn. Hjh. Che Bashah

REKA CIPTA

Pn. Habibah

En. Rahimi

PSS

Pn. Norheyyah

Pn. Norihan

SPBT

Pn. Rohaida

En. Zul Pakar

Page 27: 15292602 gerko-bpg-lengkap
Page 28: 15292602 gerko-bpg-lengkap
Page 29: 15292602 gerko-bpg-lengkap

PENTAKSIRAN GERAK KERJA KOKURIKULUM (GERKO)

Gerak kerja ko-kurikulum mempunyai peranan memupuk semangat

kewarganegaraan dan perpaduan di samping menyemai dan memupuk disiplin, nilai

serta sikap positif selaras dengan Rukun Negara.

Memberi pengalaman kepada murid-murid berkembang, bergaul dan bersatu

padu dalam masyarakat mengukuh dan meperkayakan pengalaman yang dipelajari di

dalam darjah juga memaju dan mengembangkan minat, bakat dan kemahiran murid-

murid di dalam bidang tertentu.

Melatih murid-murid mengisi masa lapang dengan gerak kerja yang berfaedah.

Di samping membina kesihatan dan kesejahteraan diri memberi peluang dan galakan

kepada murid-murid membuat kerja-kerja khidmat kepada sekolah dan masyarakat.

Sekolah Kebangsaan Bumbong Lima, pihak sekolah telah menetapkan aktiviti

kokurikulum hendaklah dijalankan pada waktu persekolahan dan telah tercatat di dalam

jadual waktu setiap kelas bagi tahap dua dan tahun tiga bagi tahap satu. Pihak sekolah

menetapkan pada setiap hari Rabu pukul 7.45 pagi hingga 8.45 pagi diadakan aktiviti

untuk unit beruniform. Pada setiap hari Khamis pula dijalankan aktiviti untuk

persatuan/kelab atau sukan/permainan secara bergilir-gilir. Jika pada hari Khamis

minggu tersebut dijalankan aktiviti untuk persatuan/kelab, maka pada hari Khamis

berikutnya pula dijalankan aktiviti untuk sukan/permainan. Aktiviti untuk persatuan/kelab

dijalankan pada pukul 12.35 petang hingga 1.35 petang manakala bagi

sukan/permainan pula dijalankan pada pukul 7.45 pagi hingga 8.45 pagi.

Pada setiap hari Rabu, murid-murid hendaklah memakai pakaian seragam unit

beruniform masing-masing. Bagi guru-guru pula digalakan untuk memakai pakaian

seragam unit beruniform masing-masing. Pada hari Khamis pula murid-murid

hendaklah memakai pakaian sukan sepertimana pakaian mereka semasa bersenam

jika pada hari tersebut dijalankan aktiviti untuk sukan/permainan. Jika pada hari Khamis

Page 30: 15292602 gerko-bpg-lengkap

minggu tersebut dijalankan aktiviti untuk persatuan/kelab, mereka hendaklah memakai

seragam sekolah.

PERSATUAN AGAMA ISLAM

Guru Pendidikan Islam (GPI) bertanggungjawab untuk membangun agama,

bangsa dan negara. Guru-guru perlu mempersiapkan murid-muridnya kearah

keupayaan membangunkan diri, agama, bangsa dan negara supaya mereka hidup

dalam suasana yang penuh dengan adab, disiplin untuk mengankat martabat insaniah.

Di dalam Persatuan Agama Islam penilaian di buat dari semasa ke semasa.

Guru-guru yang terlibat akan mengadakan ujian keatas murid-murid bagi menentukan

tahap pencapaian mereka di dalam bidang agama supaya dapat meningkatkan akhlak

dan sahsiah diri murid-murid. Melalui pemerhatian dan penilaian yang dibuat, guru-guru

dapat melihat perubahan sikap dikalangan ahli. Disamping itu juga, pertandingan

seperti kuiz, poster, mewarna, buku skrap dan hafazan untuk menilai kerja murid.

PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) merupakan program unit beruniform,

melalui kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dengan Pergerakan Puteri Islam

Malaysia. Bagi melatih dan melahirkan murid-murid yang berdisiplin dan berdikari

melalui aktiviti kokurikulum sekolah.

Guru hendaklah mengadakan ujian Puteri Bongsu bagi murid-murid tahun 6

untuk menilai samada mereka mampu menjadi pembimbing untuk kumpulan mereka

atau tidak. Di samping itu juga guru-guru akan melatih puteri-puteri mengamalkan

segala sifat mahmudah sebagai amalan harian. Guru-guru penasihat juga akan

melaksanakan program-program yang mencabar seperti perkhemahan, merentas desa

Page 31: 15292602 gerko-bpg-lengkap

dan sebagainya untuk menilai kemampuan mereka, melahirkan kemesraan dikalangan

ahli dan melahirkan jiwa yang tabah.

PERMAINAN/SUKAN BOLA JARING

Permainan bola jaring ialah permainan berpasukan yang dimainkan oleh

pemain perempuan. Pemain hendaklah menguasai kemahiran asas seperti

menghantar, menerima, gerak kaki, mengelak, mengacah, mengacah, mengawal dan

menjaring adalah penting dalam permainan bola jaring.

Semasa proses pembelajaran murid-murid hendaklah mematuhi arahan yang

guru pembimbing berikan, bekerjasama dan saling bantu membantu semasa

melakukan latihan. Murid-murid juga hendaklah melakukan aktiviti dengan bersungguh-

sungguh dan bermuafakat dalam kumpulan. Disamping itu juga, murid hendaklah yakin

kepada diri sendiri untuk melakukan aktiviti dan murid hendaklah mempunyai

tanggungjawab untuk menjaga dan menyimpan semula peralatan yang telah digunakan

dengan kemas.

Guru membuat penilaian keatas setiap murid yang menyertai permainan bola

jaring dengan memerhati setiap gerak langkah murid tertentu. Jika murid tersebut

mempunyai potensi, guru akan menggalakan mereka supaya berlatih bersungguh untuk

menjadi wakil sekolah ke peringkat yang lebih tinggi.

Page 32: 15292602 gerko-bpg-lengkap
Page 33: 15292602 gerko-bpg-lengkap
Page 34: 15292602 gerko-bpg-lengkap

KERTAS KERJA

PROGRAM KEM BESTARI SOLAT FASA 1 2006

i. PENDAHULUAN

Model Bestari Solat satu dari program j-QAF yang dijalankan secara kem atau luar masa

persekolahan. Masa dan tempat adalah terletak kepada keputusan ahli jawatankuasa j-

QAF.

ii. TAKRIF

Aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan

sempurna dari segi bacaan, perbuatan, ilmu pengetahuan dan penghayatan. Aktiviti ini

dilaksanakan secara intensif di satu tempat khas mengikut kesesuaian sekolah.

iii. MATLAMAT

i. Memberi pemahaman akan konsep ibadah yang sempurna terhadap

pelajar.

ii. Membentuk murid-murid kearah generasi yang soleh dan solehah.

iii. Menerapkan kecintaan dan ketaqwaan terhadap Allah SWT dan RasulNya.

iv. Menerapkan lagi hubungan di antara guru-guru, para ibu bapa dan murid-murid

yang berilmu, beramal dan bertaqwa dapat dicapai.

Page 35: 15292602 gerko-bpg-lengkap

iv. OBJEKTIF

i. Murid dapat berwuduk dengan sempurna.

ii. Murid dapat mengetahui bilangan rakaat solat-solat fardu.

iii. Murid dapat melaksanakan semua perbuatan serta bacaan dalam solat

dengan betul dan lancar.

iv. Murid dapat melaksanakan solat dengan sempurna sama ada secara

bersendirian atau berjemaah.

v. KUMPULAN SASARAN

- Semua murid tahun satu yang beragama Islam.

- Seramai 55 orang murid tahun satu yang terlibat dan dibahagikan kepada 3

kumpulan.

vi. TARIKH, MASA DAN TEMPAT PELAKSANAAN

- Program ini dijalankan pada 11 Mac 2006 bermula jam 8.00 pagi dan berakhir

pada jam 5.30 petang.

- Aktiviti untuk murid lelaki dijalankan di Dewan SK Bumbong Lima dan aktiviti

untuk murid perempuan dijalankan di Surau SK Bumbong Lima.

Page 36: 15292602 gerko-bpg-lengkap

vii. STRATEGI PELAKSANAAN

1. Mesyuarat diadakan bagi melantik AJK pelaksana Kem Bestari Solat Fasa 1 2006.

Menetapkan masa, tempat, jadual aktiviti, pembahagian bidang tugas guru-guru

SKBL dan fasilitator terdiri daripada semua guru Pendidikan Islam dan guru j-QAF.

2. Membahagikan murid mengikut kumpulan, setiap kumpulan mempunyai 8-9 orang

murid.

3. Pengisian kem adalah amali wudhuk, bacaan dalam solat dan perlakuan dalam

solat secara amali.

4. Taklimat ringkas kepada fasilitator mengenai perjalanan program dan pengisian

borang penilaian.

5. Melaporkan keputusan penilaian kem kepada Guru Besar.

6. Guru akan merekodkan laporan prestasi murid selepas kem untuk di hantar ke

JPN.

viii. BIDANG TUGAS ORGANISASI PELAKSANA

Pengerusi

- Membentuk jawatankuasa pelaksana

- Mempengerusikan dan mengendalikan mesyuarat pelaksana

Naib Pengerusi

- Membantu tugas Pengerusi

- Memangku Pengerusi mesyuarat

Setiausaha

- Menguruskan surat menyurat

Page 37: 15292602 gerko-bpg-lengkap

- Menyelaras dan menyelia persiapan jawatankuasa program

- Membentuk jawatankuasa kecil, mencatat dan menyediakan minit mesyuarat.

- Mengeluarkan surat kebenaran ibubapa.

Bendahari

- Menyediakan anggaran perbelanjaan.

- Mendapatkan anggaran perbelanjaan daripada jawatankuasa.

- Mengurus dan menyelia perolehan dan perbelanjaan.

- Menyediakn laporan kewangan.

Urusetia & Pendaftaran

- Menentukan perkataan ‘backdrop’

- Menentukan pengerusi majlis.

- Mengagihkan kumpulan peserta.

- Menyediakan borang-borang.

- Menyediakan keperluan pendaftaran

- Mengedarkan buku program

Catering

- Membentuk jawatankuasa kecil

- Menyediakan menu kepada jawatankuasa, peserta, fasilatator dan tetamu.

- Menyediakan anggaran perbelanjaan makanan dan minuman.

- Menentukan tempat, masa dan bentuk jamuan.

- Memastikan bekalan makan dan minum mencukupi sepanjang program.

- Menguruskan bil pembayaran tempahan makan dan minum melalui bendahari.

Page 38: 15292602 gerko-bpg-lengkap

Penyelaras Fasilatator

- Menyediakan bahan dan tajuk ceramah yang sesuai.

- Membimbing dan memudahkan cara peserta melaksanakan aktiviti dan latihan

dalam kumpulan (LDK)

Keselamatan & Disiplin

- Memberi taklimat kepada peserta sebelum aktiviti bermula.

- Menyediakn peralatan dan bantuan kecemasan.

- Menyediakan senarai barangan keperluan peserta.

Dokumentasi

- Menyediakan dan menerbitkan laporan penuh aktiviti

- Menyelaras agenda post mortem program.

Teknik, Peralatan & Siaraya

- Menyediakan dan meyusun tempat aktiviti

- Memastikan kebersihan dan kekemasan tempat aktiviti

- Menyediakan alternatif tempat, alatan dan bahan jika ada gangguan.

- Menyediakan keperluan dan alatan untuk semua slot.

Jurugambar

- Mengambil gambar sekitar program.

ix. FASILITATOR

Semua guru j-QAF dan guru Pendidikan Islam.

Page 39: 15292602 gerko-bpg-lengkap

x. Penutup

Program kem bestari Solat adalah sebahagian daripada program j-QAF yang wajib

dilaksanakan. Ia menekankann aspek berwudhuk dan solat yang sempurna sama ada dari

segi bacaan, perbuatan, ilmu pengetahuan dan penghayatannya.

Diharapkan perlaksanaan kem ini akan dapat memberi kesan kepada murid-murid

dalam meningkatkan kemahiran, kesungguhan dan rasa tanggungjawab untuk

melaksanakan fardhu ain yanh diperintahkan oleh Allah SWT. Semoga dengan komitmen

daripada barisan guru-guru dapat melincinkan lagi program murni ini dengan penuh

jayanya. Segala jasa bakti anda hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Disediakan oleh: Disemak dan disahkan oleh:

…………………………………………. ………………………………………….( PN. SYATRIAH BINTI ABDUL AZIZ) (PUAN HAJJAH MAZNI BT. HASHIM)

Setiausaha Jawatankuasa Panitia j-QAF. Guru Besar Sek. Keb. Bumbong Lima.

Page 40: 15292602 gerko-bpg-lengkap

STRUKTUR ORGANISASI PELAKSANAPROGRAM KEM BESTARI SOLAT FASA 1 2006

PenaungPuan Hajah Mazni Bt Hashim

Guru Besar Sek Keb Bumbong Lima

Penasihat 1Puan Hjh Noraini bt Aziz (PK KO-KURIKULUM)

Penasihat 2Tuan Hj Saari B Ismail (PK 1)

Penasihat 3Puan Habibah Bt Ahmad (PK HEM)

PengerusiPuan Hjh Normaniyah Bt Bahador

Naib PengerusiTn Hj Ahmad Fathur Rahman Bin Haroon

SetiausahaPuan Syatriah Bt Abd Aziz

BendahariPuan Insan Sofiah Bt Ishak

Ahli Jawatankuasa

Urusetia & Pendaftaran FasilatatorCik Shaheezatul Azwa Bt Abd Razak Tn Hj Ahmad Fathur Rahman B HaroonCik Nor Jauharah Bt Hj Mohd Encik Mohd Faissol B Che Ahmad

Encik Mohamad B ZainolCatering Pn Normaniyah Bt BahadorPuan Che Norlia Bt Saad Pn Syatriah Bt Abdul AzizPuan Hjh Che Bashah Bt Salleh Pn Insan Sofiah Bt IshakPuan Aminah Bt Mohamed YunusKeselamatan & Disiplin DokumentasiTuan Hj Nasri B Subhi Guru-guru j-QAFEncik Muhd Azhan

Teknik, Peralatan & siaraya Juru gambarEncik Rahimi B Darus Pn Sakina Bt SaidinEncik Zul Pakar B Isa Cik Syarliza Bt Shith

Page 41: 15292602 gerko-bpg-lengkap

TENTATIF PROGRAM

11hb Mac 2006 (Sabtu)

7.45 – 8.15 : Pendaftaran peserta

8.15 – 8.30 : Perasmian

8.30 – 10.00 : Tayangan VCD Panduan Solat/Pembahagian kumpulan

10.00 - 10.30 : Rehat

10.30 -12.00 : LDK 1 (Anggota, niat dan cara berwudhuk)

12.00 – 1.00 : Makan tengah hari

1.00 - 2.00 : LDK 2 (Amali wudhuk) & Solat Zohor berjamaah

2.00 – 3.00 : LDK 3 (Niat solat lima waktu)

3.00 – 4.00 : LDK 4 (Bacaan pendek dalam solat dan perlakuan solat)

4.00 – 5.00 : Solat Asar berjamaah

5.00ptg : Bersurai

Page 42: 15292602 gerko-bpg-lengkap

PERBELANJAAN

Wang Masuk

BIL PERKARA JUMLAH01 Kutipan Yuran Dari murid RM5 x 55 RM27502 Sumbangan Tabung Kokurikulum RM100

JUMLAH KESELURUHAN RM375

Wang Keluar

BIL PERKARA JUMLAH01 Makanan & minuman RM30002 Cenderahati untuk murid RM20

JUMLAH KESELURUHAN RM320

Page 43: 15292602 gerko-bpg-lengkap

PEMBAHAGIAN MURID MENGIKUT KUMPULAN

KUMPULAN 1

1. Mohamad Ikram Izzat b. Roslan 1B

2. Mohamad Zulhilmi b. Rohim 1B

3. Mohammad Haziq Hazim b. Mohd Faisal 1B

4. Muhammad Iqram b. Taufet 1B

5. Muhammad Akmal Firdaus b. Roslan 1B

6. Ahmad Afiq b. Ahmad Azhar 1C

7. Amirul Fikri b. Zahari 1C

8. Kairil Iqmal b. Yahya 1C

9. Muhammad Hafizudin b. Abu Hassan 1C

10. Muhammad Alif Aiman b. Rosli 1C

KUMPULAN 2

1. Muhammad Ashrul Hafifie b. Shaari 1B

2. Muhammad Fitri b. Dahlan 1B

3. Muhammad Hakimi b. Hasan 1B

4. Muhammad Syafiq b. Azman 1B

5. Muhammad Izzat Shamil b. Salim 1B

6. Mohamad Firdaus b. Abdul Rani 1C

7. Mohammad Amirul Saqati b. Azalan 1C

8. Mohammad Ikmal b. Ishak 1C

9. Muhammad Arif b. Zawawi 1C

10. Muhammad Fitri b. Zakaria 1C

Page 44: 15292602 gerko-bpg-lengkap

KUMPULAN 3

1. Muhammad Zulkhairi b. Mohd Rosli 1B

2. Muhammad Khairul Ikhwan b. Noordin 1B

3. Muhammad Haikal b. Hairulnizam 1B

4. Muhammad Amirul Afif b. Abdullah Sani 1B

5. Muhammad Hafiz b. Halim 1C

6. Muhammad Hakim b. Omar 1C

7. Muhammad Shafiq b. Ghazali 1C

8. Muhammad Sofi b. Saad 1C

9. Muhammad Zakwan Fikri b. Ishak 1C

KUMPULAN 5

1. Nur Fakhira bt Md Nadzir 1B

2. Nur Fatihah Asyikin bt Wan Chik 1B

3. Nur Fatin Anis bt Zambery 1B

4. Nur Nadia bt Ahmad Latfi 1B

5. Nur Nazirah bt Rosli 1B

6. Noorhizatulimanina bt Khamis 1C

7. Nur Farhana bt Mohd Fison 1C

8. Nur Shaliza Wanie bt Hayat 1C

9. Siti Nursyafinaz bt Mohd Roozi 1C

Page 45: 15292602 gerko-bpg-lengkap

KUMPULAN 6

1. Nurr Ayu Athika bt Mohd Rodzi 1B

2. Nursheriena bt Roslan 1B

3. Siti Aishah bt Azizan 1B

4. Siti Najihah bt Fazari 1B

5. Nurafiqah Izzaidah bt Azmi 1B

6. Nur Shazlina Idayu bt Mohd Shahrol 1C

7. Nurul Asyiqin bt Rosli 1C

8. Nurul Hana bt Che Ahmad 1C

9. Siti Noor bt Abdul Halim 1C

KUMPULAN 4

1. Fathiyatulnajat bt Zulkifli 1B

2. Hazirah Izzati bt Mohd Ridzuan 1B

3. Maisarah bt Ahmad 1B

4. Nadiah bt Safar 1B

5. Nurain bt Rossedi 1B

6. Anis Natasya bt Mohd Noor 1C

7. Ardini Nabilla bt Arshad 1C

8. Fatin Alya bt Abdul Aziz 1C

Page 46: 15292602 gerko-bpg-lengkap

Kepada:Semua Waris Murid Tahun 1Sek. Keb. Bumbong Lima,13200 Kepala Batas, Seberang Perai Utara. Tuan/Puan,

KEM BESTARI SOLAT MURID TAHUN SATU FASA 1 2006

Perkara di atas adalah dirujuk. Pihak sekolah akan mengadakan Kem Bestari Solat Fasa 1 untuk murid-murid Tahun Satu 2006 pada:-

Tarikh : 11 Mac 2006Hari : SabtuMasa : 7.45 pagi hingga 5.30 petangTempat : Sek Keb Bumbong LimaPakaian : Pakaian Seragam Sekolah

Murid lelaki dikehendaki membawa songkok Murid perempuan dikehendaki membawa telekong

2. Semua murid Tahun Satu diwajibkan hadir kerana program ini merupakan salah satu daripada komponen j-QAFuntuk Tahun Satu.

3. Sehubungan dengan itu, kebenaran dari tuan/puan sangatlah diharapkan.

Sekian. Terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

………………………………(PUAN HJH MAZNI BINTI HASHIM)Guru Besar, Sek. Keb. Bumbong Lima,13200 Kepala Batas, Seberang Perai Utara.

………………………………………………………………………………………………………………....

Nama ibubapa/waris:

…………………………………………

KEBENARAN WARIS

Saya membenarkan/tidak membenarkan anak/jagaan saya yang bernama …………………………

2. Bersama ini saya sertakan bayaran untuk mengikuti Kem Bestari Solat Fasa 1 sebanyak RM5.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

………………………………..

SEKOLAH KEBANGSAAN BUMBONG LIMA13200 KEPALA BATASSEBERANG PERAI UTARA TEL / FAX : 04-5757964

Page 47: 15292602 gerko-bpg-lengkap
Page 48: 15292602 gerko-bpg-lengkap

REFLEKSI

Page 49: 15292602 gerko-bpg-lengkap

HURAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM YANG DIJALANKAN DI SEKOLAH

Aktiviti kokurikulum sekolah dijalankan pada waktu persekolahan yang telah

ditetapkan oleh pihak sekolah.

Pada setiap hari Rabu, aktiviti untuk unit beruniform dijalankan secara serentak

pada sebelah pagi iaitu pada pukul 7.45 pagi hingga pukul 8.45 pagi sebelum

bermulanya kelas seperti biasa.

Pada setiap hari Khamis pula dijalankan secara serentak aktiviti untuk

persatuan/kelab atau permainan secara berselang seli. Aktiviti untuk

persatuan/kelab dijalankan pada sebelah petang iaitu pada pukul 12.35 petang

hingga pukul 1.35 petang iaitu waktu sebelum pulang dari sekolah. Aktiviti untuk

permainan pula dijalankan pada sebelah pagi iaitu pada pukul 7.45 pagi hingga

pukul 8.45 pagi. Jika pada hari Khamis minggu tersebut dijalankan aktiviti untuk

persatuan/kelab, maka pada minggu hadapan pula dijalankan aktiviti untuk

permainan.

Setiap guru penasihat hendaklah mencatatkan setiap aktiviti yang dijalankan

pada setiap minggu membuat laporan mingguan dan tahunan.

Setiap persatuan/kelab dan unit beruniform mempunyai perancangan tahunan

masing-masing.

Murid-murid hendaklah memakai pakaian seragam pada setiap hari Rabu kerana

pada hari tersebut dijalankan aktiviti untuk unit beruniform dan guru-guru juga

digalakan memakai pakaian seragam pada hari tersebut.

Pada hari Khamis pula, murid-murid dan guru yang terlibat hendaklah memakai

pakaian sukan pada sebelah pagi jika pada hari tersebut dijalankan aktiviti untuk

permainan.

Page 50: 15292602 gerko-bpg-lengkap

Setiap murid hendaklah mencatat perkara-perkara penting yang diberikan oleh

guru pada setiap kali dijalankan aktiviti untuk unit beruniform dan

persatuan/kelab.

Murid yang terlibat dengan persatuan/kelab dan unit beruniform hendaklah

menyertai setiap aktiviti yang dijalankan contohnya perkhemahan atau

pertandingan.

KELEBIHAN

Page 51: 15292602 gerko-bpg-lengkap

Guru-guru tidak akan menghadapi masalah kehadiran dikalangan murid

kerana semua murid hadir sewaktu hari persekolahan. Tetapi jika aktiviti

dijalankan pada sebelah petang kehadiran murid-murid merosot dan guru-

guru juga menghadapi masalah kerana sesetengah guru perlu mengajar

untuk kelas tuisyen sekolah pada waktu petang.

Guru-guru dan murid-murid tidak perlu datang kesekolah pada waktu petang

kerana semua aktiviti Gerak Kerja Kokurikulum dijalankan pada waktu

persekolahan. Murid-murid dapat melakukan sebarang aktiviti contohnya

menghadiri kelas tuisyen, kelas KAFA dan sebagainya pada sebelah petang

tanpa sebarang gangguan.

Ini kerana pihak sekolah berpendapat bahawa mereka tidak mahu

membebankan murid-murid kerana kebanyakan murid-murid perlu

menghadiri kelas tuisyen atau kelas KAFA pada sebelah petang, tetapi aktiviti

untuk Gerak Kerja Kokurikulum juga perlu dijalankan untuk melatih atau

mengembangkan bakat, daya kepimpinan dan keyakinan diri untuk

memperluaskan pengetahuan serta meningkatkan kebolehan menjalankan

aktiviti persatuan/ kelab atau permainan. Melalui aktiviti untuk unit beruniform

pula murid-murid dapat meningkatkan disiplin melalui penyemaian dan

pemupukan nilai dan sikap positif selaras dengan hasrat Rukun Negara.

Murid dapat meneliti atau mengulangkaji kembali setiap aktiviti yang telah

dijalankan oleh persatuan/kelab dan unit beruniform kerana mereka perlu

mencatat perkara penting setiap kali aktiviti dijalankan.

Murid akan mendapat faedah yang banyak contohnya keyakinan diri yang

tinggi, melahirkan jiwa yang tabah dan berdikari apabila menyertai

perkhemahan atau merentas desa. Bagi murid yang menyertai pertandingan

pula akan berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan martabat

persatuan/kelab atau sekolah jika murid tersebut menyertai pertandingan

diperingkat yang tinggi.

Page 52: 15292602 gerko-bpg-lengkap

Apabila semua aktiviti berlaku pada masa yang serentak, murid-murid tidak

menghadapi masalah semasa pulang dari sekolah kerana ini akan

memudahkan urusan ibubapa untuk menjemput anak masing-masing.

KELEMAHAN

Page 53: 15292602 gerko-bpg-lengkap

Bagi murid yang tidak mempunyai aktiviti pada sebelah petang seperti mereka

perlu menghadiri kelas tuisyen atau kelas KAFA, mereka selalunya akan

melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah seperti bermain-main, menonton

tv, melepak dan sebagainya jika tiada sebarang aktiviti dijalankan di sekolah. Ini

menyebabkan masa yang terluang tidak dapat dipenuhi sepenuhnya dengan

aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat kepada mereka.

Jika aktiviti dijalankan pada waktu persekolahan, selalunya murid tidak dapat

memberi tumpuan yang penuh terhadap aktiviti yang dijalankan kerana mereka

telah keletihan dan kepenatan belajar sepanjang hari.

Murid tidak berada dalam keadaan yang selesa semasa aktiviti dijalankan kerana

mereka terpaksa memakai pakaian seragam sekolah. Selalunya aktiviti untuk

kokurikulum dijalankan pada sebelah petang dan murid dibenarkan memakai

pakaian yang bebas tetapi sopan.

Selalunya, selepas aktiviti untuk permainan dijalankan, terdapat bau yang sangat

kurang menyenangkan dikalangan murid-murid. Ini akan menyebabkan

gangguan untuk memberi tumpuan semasa proses pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas.

Apabila aktiviti untuk persatuan/kelab, sukan/permainan dan unit beruniform

dimasukkan kedalam jadual waktu persekolahan akan menyebabkan murid

pulang terlalu lewat iaitu 1.35 petang. Kebanyakan murid tidak dapat

menumpukan perhatian kerana mungkin mereka keletihan, kelaparan dan

sebagainya.

Perjumpaan untuk persatuan/kelab dan unit beruniform terlalu kerap

menyebabkan guru-guru kekeringan idea untuk melakukan aktiviti.

Jika aktiviti Kokurikulum dijalankan pada waktu persekolahan khususnya untuk

unit beruniform akan menyebabkan murid rasa tidak selesa untuk belajar atau

Page 54: 15292602 gerko-bpg-lengkap

sesetengahnya merasa terlalu bebas kerana tidak memakai seragam sekolah

dan tidak menumpukan perhatian terhadap pengajaran yang akan disampaikan

oleh gurunya.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Page 55: 15292602 gerko-bpg-lengkap

Saya mencadangkan supaya pada tahun hadapan, aktiviti kokurikulum

dijalankan pada sebelah petang atau pada setiap hari Sabtu minggu pertama

atau ketiga kerana murid-murid dan guru-guru dapat memberikan tumpuan yang

penuh semasa aktiviti dijalankan dan peruntukan masa juga lebih panjang.

Jika aktiviti untuk persatuan/kelab, sukan/permainan dan unit beruniform pada

sebelah petang, murid-murid akan merasa lebih bersemangat untuk melakukan

sesuatu aktiviti kerana mereka telah mendapatkan rehat yang cukup selepas

pulang dari sekolah.

Bagi aktiviti untuk persatuan/kelab guru digalakan memberi kebebasan kepada

murid untuk memakai pakaian yang kasual, tetapi pakaian tersebut mestilah

sopan supaya murid-murid berasa selesa apabila hendak melakukan sesuatu

aktiviti.

Saya mencadang supaya Gerak Kerja Kokurikulum tidak dimasukkan di dalam

jadual waktu persekolahan kerana untuk membolehkan murid-murid memberi

tumpuan yang penuh terhadap pangajaran yang akan disampaikan oleh

gurunya. Tumpuan semasa pengajaran amat penting kerana, apabila murid tidak

faham pengajaran yang disampaikan gurunya mungkin ini akan mengakibatkan

mereka tidak berminat matapelajaran tersebut pada masa akan datang. Apabila

masalah ini berlarutan, maka pencapaian murid tersebut akan merosot dan boleh

melemahkan semangatnya untuk belajar.

Page 56: 15292602 gerko-bpg-lengkap

ANTARA AKTIVITI GERAK KERJA

KOKURIKULUM (GERKO) YANG DIJALANKAN

Page 57: 15292602 gerko-bpg-lengkap

DI SEKOLAH KEBANGSAAN BUMBONG LIMA

PERMAINAN

BOLA SEPAK

BOLA JARING

Page 58: 15292602 gerko-bpg-lengkap

BADMINTON

Page 59: 15292602 gerko-bpg-lengkap

SEPAK TAKRAW

Page 60: 15292602 gerko-bpg-lengkap

UNIT BERUNIFORM

Page 61: 15292602 gerko-bpg-lengkap

PERGERAKAN PUTERI ISLAM

PERSATUAN/KELAB

Page 62: 15292602 gerko-bpg-lengkap

KELAB ICT