16
X PENGENALAN „Saya tidak perlu lebih banyak keputusan! Saya perlu lebih banyak orang!‰ (Seorang Jeneral tanpa nama dalam pertempuran Stalingrad semasa Perang Dunia Kedua) T T o o p p i i k k 1 1 0 0 X Strategi dan Alat bagi Membuat Keputusan Akhir HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan pendekatan berbeza dalam pembuatan keputusan; 2. Mengenal pasti strategi pembuatan keputusan dan peranan risiko dalam proses pembuatan keputusan; 3. Menjelaskan bentuk-bentuk berbeza Pembuatan Keputusan Kumpulan; dan 4. Menerangkan bagaimana menggunakan alat atau teknik pembuatan keputusan dalam proses pembuatan keputusan.

20140414111334 topik 10 strategi dan alat bagi membuat keputusan akhir

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 20140414111334 topik 10 strategi dan alat bagi membuat keputusan akhir

PENGENALAN

„Saya tidak perlu lebih banyak keputusan! Saya perlu lebih banyak orang!‰ (Seorang Jeneral tanpa nama dalam pertempuran Stalingrad semasa Perang Dunia Kedua)

TTooppiikk

1100

Strategi dan Alat bagi Membuat Keputusan Akhir

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menerangkan pendekatan berbeza dalam pembuatan keputusan;

2. Mengenal pasti strategi pembuatan keputusan dan peranan risikodalam proses pembuatan keputusan;

3. Menjelaskan bentuk-bentuk berbeza Pembuatan KeputusanKumpulan; dan

4. Menerangkan bagaimana menggunakan alat atau teknik pembuatankeputusan dalam proses pembuatan keputusan.

Page 2: 20140414111334 topik 10 strategi dan alat bagi membuat keputusan akhir

TOPIK 10 STRATEGI DAN ALAT BAGI MEMBUAT KEPUTUSAN AKHIR

208

Dalam topik terdahulu telah diterangkan proses pembuatan keputusan dan bentuk keputusan berbeza yang kita perlu lakukan seharian. Kemudian kita telah terokai corak pemikiran berdasarkan kepada instrumen Herrmann Brain Dominance yang memberi kesan kepada proses pembuatan keputusan kita. Kita telah bincang Kitaran Pembuatan Keputusan Berpandukan Bukti yang berupaya menjadi alat dalam membantu membuat keputusan yang tepat dan berkesan. Kita akhiri dengan membincangkan kualiti bagi keputusan yang baik. Topik ini akan menfokus kepada bagaimana untuk membuat keputusan muktamad melalui beberapa pendekatan dan strategi yang berguna. Kita kemudian akan membandingkan proses pembuatan keputusan individu dan kumpulan. Akhir sekali, pengenalan kepada beberapa alatan dalam pembuatan keputusan yang biasa diguna dalam bisnes dan politik akan dilakukan.

PENDEKATAN PEMBUATAN KEPUTUSAN

Satu keputusan boleh dianggap sebagai kemuncak proses pembuatan keputusan seperti yang dibincangkan dalam Topik 9. Dalam kehidupan peribadi, kita mungkin menjadi orang yang kerap membuat keputusan akhir bila berhadapan pelbagai isu dan pilihan. Dalam kumpulan, organisasi atau bisnes yang mana ada beberapa orang yang terlibat dalam operasi seharian, pembuatan keputusan boleh dilakukan sama ada di salah satu tahap berikut:

(a) Autoritarian Dalam pembuatan keputusan autoritarian, ketua atau individu yang berkuasa membuat keputusan akhir berdasarkan kepada pertimbangan beliau atau selepas perbincangan dengan rakan sekerja dan para pekerja. Ketua ini kemudiannya perlu menjelaskan keputusan tersebut kepada ahli kumpulan lain yang terlibat dan memantau daripada penerimaan kepada perlaksanaan dan penilaian.

(b) Kumpulan Dalam pembuatan keputusan kumpulan beberapa orang yang membentuk kumpulan berkongsi input masing-masing dalam membuat keputusan akhir. Mereka boleh mencapai keputusan ini dengan bertukar-tukar idea dan analisis serta lambat laun bersetuju dengan perincian perlaksanaan dan susulan.

Pembuatan keputusan kumpulan boleh dicapai melalui sekurang-kurangnya dua bentuk proses pembuatan keputusan:

10.1

Page 3: 20140414111334 topik 10 strategi dan alat bagi membuat keputusan akhir

TOPIK 10 STRATEGI DAN ALAT BAGI MEMBUAT KEPUTUSAN AKHIR

209

(a) Diskusi bebas: satu masalah dibincangkan secara bebas dan terbuka di dalam kumpulan dan pelbagai pendekatan terhadap penyelesaian masalah dicari;

(b) Diskusi perkembangan (juga dikenali sebagai diskusi berstruktur): melibatkan pemecahan masalah kepada beberapa komponen. Kumpulan perlu mencapai matlamat yang ditetapkan bagi setiap bahagian masalah. Pendekatan ini kurang inovasi namun lebih menyeluruh, berkesan dan menjimatkan penggunaan sumber. Memandangkan pembuatan keputusan kumpulan lebih berkesan dan menjimatkan maka ia perlu dilakukan sekerap mungkin. Sama seperti dalam kehidupan peribadi, kita kerap mendapati dalam membuat keputusan yang besar adalah lebih baik dengan bantuan dan pertolongan keluarga dan kawan-kawan.

Dalam senario bisnes dan kumpulan, pembuatan keputusan kumpulan telah terbukti penting bagi alasan lain. Orang lebih cenderung untuk melaksanakan idea yang dianggap kepunyaan mereka berbanding dengan idea yang dipaksakan orang yang berautoriti.

STRATEGI PEMBUATAN KEPUTUSAN

Setiap masalah mempunyai beberapa penyelesaian dan sebahagian daripada proses pembuatan keputusan adalah memilih penyelesaian terbaik daripada beberapa pilihan. Pemilihan dalam mencari penyelesaian terbaik ditentukan oleh faktor-faktor di bawah:

(a) Sumber yang ada termasuk sumber tenaga dan kewangan;

(b) Kekangan masa;

(c) Teknologi yang ada;

(d) Kemungkinan membuat keputusan yang salah (terutama dalam kes yang melibatkan keputusan berkenaan kesihatan atau nyawa manusia); dan

(e) Pandangan umum Adalah penting untuk mengambil kira kesulitan yang dihadapi dalam melaksanakan sebarang keputusan tanpa hilang arah akan matlamat. Bersandarkan perkara ini dalam diingatan, terdapat beberapa strategi yang digunakan dalam memilih penyelesaian yang optima:

(i) Maximin (memaksima minimum): kemungkinan terburuk setiap keputusan dianalisis dan keputusan yang mengandungi paling kurang kesan buruk sebagai hasil akan dipilih. Strategi ini berguna terutama apabila kesan membuat keputusan salah adalah sangat tidak diingini.

10.2

Page 4: 20140414111334 topik 10 strategi dan alat bagi membuat keputusan akhir

TOPIK 10 STRATEGI DAN ALAT BAGI MEMBUAT KEPUTUSAN AKHIR

210

(ii) Maximax (memaksima maksimum): alternatif yang mengandungi hasil pulangan tertinggi dipilih. Strategi ini berguna kerana mengambil risiko adalah sesuatu yang amat diterima dan kurang kemungkinan untuk menghasilkan kesan negatif yang ekstrem.

(iii) Optimising: pilihan terbaik bagi menyelesaikan masalah dipilih. Ini adalah strategi yang mengandai sumber dan keupayaan tanpa had bagi menyelesaian sebarang masalah tertentu.

(iv) Satisficing (memuaskan dan mencukupi): pilihan pertama yang memuaskan dipilih. Ini adalah strategi yang paling banyak digunakan dalam membuat keputusan harian seperti memilih di mana untuk meletak kereta di parkir atau minuman apa yang hendak diminum di hari yang panas.

PEMBUATAN KEPUTUSAN KUMPULAN: KAEDAH

Kita telah lihat dalam Bahagian 10.1 bahawa pembuatan keputusan kumpulan adalah lebih berkesan dan sempurna berbanding pembuatan keputusan individu. Kita sekarang akan bincang secara ringkas sebahagian kaedah pembuatan keputusan kumpulan. Johnson & Johnson (2000) menerangkan tujuh kaedah yang mana kumpulan boleh guna untuk membuat keputusan yang berkesan. Ini boleh diringkaskan sebagai berikut:

(a) Keputusan yang dibuat pihak berwajib tanpa perbincangan kumpulan;

(b) Keputusan oleh pakar;

(c) Keputusan dengan mengambil purata pandangan individu;

(d) Keputusan yang dibuat oleh pihak berwajib setelah perbincangan kumpulan;

(e) Keputusan oleh minoriti;

(f) Keputusan oleh undian majoriti; dan

(g) Keputusan oleh sebulat suara. Walaupun setiap keputusan di atas ada kekuatan dan kelemahan masing-masing, kaedah terakhir, keputusan sebulat suara selalunya adalah kaedah paling berkesan dan memberikan keputusan terbaik dalam tempoh lama. Oleh itu, jika anda berada dalam keadaan membimbing atau memandu arah terhadap proses pembuatan keputusan kumpulan, cuba untuk mengemudi arah agar keputusan akhir yang dibuat berdasarkan kepada keputusan sebulat suara kumpulan.

10.3

Page 5: 20140414111334 topik 10 strategi dan alat bagi membuat keputusan akhir

TOPIK 10 STRATEGI DAN ALAT BAGI MEMBUAT KEPUTUSAN AKHIR

211

1. Terdapat dua pendekatan utama kepada pembuatan keputusan iaitu pembuatan keputusan autoritarian dan pembuatan keputusan kumpulan. Bandingkan kedua-dua pendekatan ini. Antara dua pendekatan ini yang mana lebih baik? Kenapa anda berfikir sedemikian?

2. Kita telah bincang empat strategi pembuatan keputusan. Secara ringkas terangkan setiap strategi dan bandingkannya.

3. Kita telah lihat kepada lima cara untuk membuat keputusan. Bolehkah anda senarai dan terangkan setiap satu daripadanya?

4. Kita juga telah bincangkan tujuh kaedah yang boleh digunakan dalam pembuatan keputusan kumpulan. Bolehkah anda mengingati semula kesemuanya? Kaedah yang mana satukah yang anda akan gunakan sekiranya anda berada di dalam kumpulan? Huraikan pilihan anda.

SEMAK KENDIRI 10.1

1. Layari http://www.foundationcoalition.org/home/keycomponents/teams/decision2.html dan buat nota kelebihan dan kekurangan (dipanggil Kekuatan dan Kekurangan dalam jadual yang tertera di laman sesawang) bagi setiap kaedah pembuatan keputusan kumpulan. Catatkan masa paling sesuai menggunakan setiap kaedah ini. Dengan menggunakan informasi tersebut, bincang sesama sendiri contoh kisah benar yang mana salah satu daripada kaedah ini boleh digunakan bagi mendapatkan keputusan terbaik dan juga sebahagian daripada kaedah yang dibukti berkesan.

2. Membuat keputusan kebiasaannya adalah soal antara hidup dan mati bagi askar dalam perang. Pilih tiga kaedah pembuatan keputusan kumpulan yang boleh digunakan dalam situasi berperang. Terangkan bgaimana anda rasakan kaedah ini berkesan.

3. Fikirkan keputusan yang baru dibuat oleh sebuah kumpulan yang mana anda telah menjadi sebahagian daripada ahli (misalnya keluaga, jabatan, kumpulan tutorial, kumpulan sukan dan kelab peminat). Senaraikan kekuatan dan kelemahan kaedah yang digunakan dalam pembutan keputusan tersebut? Adakah keputusan tersebut berkemungkinan menjadi keputusan terbaik?

AKTIVITI 10.1

Page 6: 20140414111334 topik 10 strategi dan alat bagi membuat keputusan akhir

TOPIK 10 STRATEGI DAN ALAT BAGI MEMBUAT KEPUTUSAN AKHIR

212

ALAT-ALAT PEMBUATAN KEPUTUSAN

Ada beberapa alat atau teknik yang boleh digunakan untuk membantu anda membuat keputusan yang sesuai. Alat-alatan ini membantu anda untuk melakar kebarangkalian keputusan, menentukan kepentingan faktor individu dan pemilihan tindakan terbaik untuk diambil. Sebagai contoh alatan pembuatan keputusan termasuklah:

(a) Analisis Grid membuat pemilihan di antara pilihan yang baik;

(b) Pokok Keputusan pemilihan antara pilihan dengan memberi tumpuan kepada hasil berkemungkinan berlaku;

(c) PMI menimbang persetujuan dan keputusan;

(d) Analisis Force Field menganalisis tekanan yang menyokong dan menentang perubahan;

(e) Analisis Pareto memilih perubahan paling penting untuk dibuat;

(f) Analisis Perbandingan Berpasangan menilai kepentingan relatif pilihan berbeza;

(g) Enam Topi Pemikiran melihat keputusan daripada pelbagai arah;

(h) Analisis Kos/Keuntungan mengambil kira sama ada perubahan wajar dilakukan.

Teknik-teknik ini dibentuk ke atas alatan yang telah dibincangan dalam bahagian Alatan Pembuatan Keputusan (Topik 8), dalam pembuatan keputusan ia mengikut pemahaman situasi tersebut. Walau bagaimanapun, alatan ini hanya wujud bagi membantu keintelektualan dan akal budi yang sebenarnya merupakan aset penting dalam pembuatan keputusan yang baik. Sekarang kita akan lihat sebahagian alatan ini dengan lebih terperinci.

10.4.1 Analisis Grid: Membuat Pemilihan di mana Banyak Faktor Perlu Dipertimbangkan

Analisis Grid adalah teknik mudah yang biasa digunakan untuk memilih antara beberapa pilihan yang baik. Ia adakalanya juga dikenali sebagai Analisis Matrik Keputusan atau Analisis Matrik Pugh. Analisis Grid dilakukan dengan membentuk grid jadual dan menyenaraikan pilihan sebagai baris dalam jadual dan faktor sebagai lajur. Bila ini telah dilakukan, anda beri markah kepada setiap kombinasi pilihan/faktor dan kemudian jumlahkan markah bagi mendapat markah keseluruhan bagi setiap pilihan.

10.4

Page 7: 20140414111334 topik 10 strategi dan alat bagi membuat keputusan akhir

TOPIK 10 STRATEGI DAN ALAT BAGI MEMBUAT KEPUTUSAN AKHIR

213

Proses dalam Analisis Grid boleh diringkaskan seperti berikut:

(a) Senaraikan pilihan anda sebagai baris dalam jadual dan senaraikan faktor dalam lajur;

(b) Tentukan kepentingan setiap faktor dan letakkan nombor bagi melambangkan kepentingan berbanding pilihan lain;

(c) Bagi setiap pilihan faktor, beri markah dalam julat 0 (lemah) kepada 5 (sangat baik) sehingga jadual penuh.

(d) Darab markah bagi setiap pilihan dengan pemberat yang ditentukan untuk setiap faktor pada No.2 di atas; dan

(e) Tambah markah bagi setiap pilihan dan banding keputusan keseluruhan untuk mencapai keputusan anda.

Jadual 10.1 memberi ilustrasi proses dalam Analisis Grid.

Jadual 10.1: Analisis Grid Menunjukkan Penilaian pemberat Bagaimana Setiap Jenis Kereta Memuaskan Setiap Faktor

Faktor Kos Board Ruang Simpan Keselesaan Kegembiraan Paparan Jumlah

Berat 4 5 1 2 3 4 19 Kereta Sukan

4 0 0 2 9 12 27

SUV/ 4x4 0 15 2 4 3 4 28 Kereta Keluarga

8 10 1 6 0 0 25

Wagon 8 15 3 6 0 4 36

Sumber: http://www.mindtools.com/pages/article/newTED_03.htm

Page 8: 20140414111334 topik 10 strategi dan alat bagi membuat keputusan akhir

TOPIK 10 STRATEGI DAN ALAT BAGI MEMBUAT KEPUTUSAN AKHIR

214

10.4.2 Analisis Pokok Keputusan: Memilih antara Pilihan-pilihan dengan Tumpuan kepada Hasil Berkemungkinan Berlaku

Pokok Keputusan adalah alat yang boleh digunakan untuk membolehkan anda memilih daripada beberapa kemungkinan tindakan. Dengan menggambarkan risiko dan pilihan yang berkaitan dengan setiap pilihan tindakan membolehkan anda untuk menimbang akibat kebarangkalian keputusan sebelum anda benar-benar membuat keputusan tersebut. Rajah 10.1 menunjukkan gambaran pokok keputusan mudah. Ikut cara berikut untuk melukis pokok keputusan:

(a) Keputusan anda dilambangkan dengan sebuah kotak di bahagian kiri kertas anda;

(b) Lukiskan garisan ke bahagian kanan dari kotak itu bagi memberi gambaran setiap kemungkinan keputusan;

(c) Di hujung setiap garisan, pertimbangkan keputusan bagi pemilihan. Jika pemilihan membawa kepada keputusan yang jelas jadikan ia pengakhiran garisan. Jika pemilihan membawa kepada keputusan yang samar tunjukkan ia dengan melukis bulatan. Jika satu lagi pemilihan perlu dibuat tunjukkan dengan melukis satu lagi kotak; dan

(d) Teruskan proses ini sehingga kesemua hasil anda telah dilukis dengan jelas.

Menggunakan Jadual 10.1 sebagai templet, bina analisis grid untuk membuat keputusan. Satu contoh yang baik adalah untuk menentukan, sama seperti di atas, kereta apa yang hendak dibeli untuk diri sendiri. Isikan jadual yang setara untuk menentukan bagaimana anda akan sampai kepada pembuatan keputusan.

AKTIVITI 10.2

Page 9: 20140414111334 topik 10 strategi dan alat bagi membuat keputusan akhir

TOPIK 10 STRATEGI DAN ALAT BAGI MEMBUAT KEPUTUSAN AKHIR

215

Rajah: 10.1: Contoh Pokok Keputusan

Pokok Keputusan boleh menjadi sangat rumit dan juga boleh melibatkan nilai yang dikira bagi setiap nod. Layari laman sesawang berikut untuk maklumat lanjut dan contoh bagaimana untuk membina pokok keputusan yang berkesan.

• http://www.trans4mind.com/counterpoint/swinton4.shtml

• http://www.time-management-guide.com/decision-tree.html

• http://www.scenarioplus.org.uk/download_diagrams_text.html

10.4.3 PMI: Menimbang Persetujuan dan Penolakan Keputusan

PMI bermakna „Plus/Minus/Interesting‰ (Campur, Tolak, Menarik) dan ia alat yang sangat mudah serta berguna untuk membuat keputusan yang cepat dan berkesan. Juga amat berguna bagi menentukan sama ada anda perlu membuat keputusan di peringkat awal kerana ada ketikanya pilihan terbaik mungkin adalah tidak mengambil tindakan langsung.

Page 10: 20140414111334 topik 10 strategi dan alat bagi membuat keputusan akhir

TOPIK 10 STRATEGI DAN ALAT BAGI MEMBUAT KEPUTUSAN AKHIR

216

Sama seperti Analisis Grid, PMI juga dalam bentuk jadual:

(a) Buat jadual dengan tiga lajur dengan label Plus, Minus dan Interesting;

(b) Dalam lajur Plus, senaraikan semua akibat positif daripada pengambilan tindakan tertentu;

(c) Dalam lajur Minus, senaraikan semua akibat negatif;

(d) Dalam lajur Interesting, tulis sebarang implikasi, ketidaktentuan, komen dsb yang mungkin mempengaruhi keputusan atau mengubah pilihan ada; dan

(e) Berikan markah positif atau negatif bagi setiap poin kemudian jumlahkan markah bagi menunjukkan tindakan mana yang perlu diambil; jika ada.

Contoh di bawah menunjukkan bagaimana kaedah PMI dilakukan. Sekiranya seorang ahli profesional muda sedang memilih di mana hendak tinggal. Soalan beliau, „Adakah saya perlu berpindah ke bandar besar?‰ Beliau melakar jadual PMI seperti Jadual 10.2

Jadual 10.2: Menimbang Kelebihan dan Kekurangan Sebuah Keputusan

Plus Minus Interesting

Banyak perkara berlaku (+5)

Perlu jual rumah (-6) Lebih mudah untuk mencari kerja baru? (+1)

Lebih mudah berjumpa kawan-kawan (+5)

Lebih banyak pencemaran (-3)

Bertemu lebih ramai orang? (+2)

Lebih mudah ke banyak tempat (+3)

Kurang ruang (-3) Sukar menyiapkan kerja sendiri? (-4)

Tiada luar bandar (-2) Susah ke tempat kerja (-4)+13 -18 -1

Sumber: http://www.mindtools.com/pages/article/newTED_05.htm

Semak semula contoh pembentukan kerangka PMI dalam laman sesawang berikut: http://lpg.fsu.edu/charting /InstructionalStrategies/howto-tactics/ht-k5epmifr.asp#UseInLesson.

AKTIVITI 10.3

Page 11: 20140414111334 topik 10 strategi dan alat bagi membuat keputusan akhir

TOPIK 10 STRATEGI DAN ALAT BAGI MEMBUAT KEPUTUSAN AKHIR

217

Terdapat beberapa alat pembuatan keputusan lain yang tidak dibincangkan. Ini termasuk Analisis Pareto, Analisis Perbandingan Berpasangan, Analisis Force Field, Teknik Enam Topi Pemikiran dan Analisis Kos/Keuntungan. Anda dijemput untuk meneroka teknik ini dengan mencari informasi di internet. Sebahagian daripada teknik ini seperti Analisis Kos/Keuntungan adalah spesifik kepada senario bisnes manakala yang lain seperti Teknik Enam Topi Pemikiran mungkin bermanfaat dalam pembuatan keputusan individu. Gunakan lama sesawang di bawah sebagai langkah permulaan untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi teknik-teknik berikut:

(a) Analisis Pareto

http://www.mindtools.com/pages/article/newTED_01.htm;

(b) Analisis Perbandingan Berpasangan

http://www.trans4mind.com/counterpoint/swinton4.shtml dan

http://wwwmindtools.com/pages/article/newTED_02.htm;

(c) Analisis Force Field

http://www.mindtools.com/pages/article/newTED_06.htm;

(d) Teknik Enam Topi Pemikiran

http://www.mindtools.com/pages/article/newTED_07.htm

Imbas kembali masa anda buat keputusan untuk mengambil kursus yang anda ikuti sekarang. Gunakan alat pembuatan keputusan yang diberikan dalam bahagian ini untuk melihat keputusan anda dari perspektif berbeza. Adakah keputusan anda akan berbeza sekiranya anda menggunakan alatan ini waktu itu?

AKTIVITI 10.4

Page 12: 20140414111334 topik 10 strategi dan alat bagi membuat keputusan akhir

TOPIK 10 STRATEGI DAN ALAT BAGI MEMBUAT KEPUTUSAN AKHIR

218

BEBERAPA PANDUAN BAGI PEMBUATAN KEPUTUSAN AKHIR

Poin di bawah hanyalah sebahagian daripada garis panduan umum kepada pembuatan keputusan yang baik. Kebanyakannya adalah „common sense‰ dan anda mungkin telah memikirkannya di masa tertentu.

(a) Buat keputusan hanya pada keputusan yang anda perlu buat sahaja.

(b) Membuat keputusan adalah dengan membuat pemilihan daripada pelbagai alternatif. Ia bukanlah membuat pilihan antara betul dengan salah.

(c) Elakkan daripada membuat keputusan yang terburu-buru. Buat segera bagi keputusan boleh berubah tetapi ambil masa bagi keputusan yang tidak boleh berubah.

(d) Buat keputusan bila mana masih ada masa. Ini kerana membuat pilihan tepat di masa yang salah sama seperti membuat keputusan yang salah di masa yang betul.

(e) Tulis pemikiran anda sewaktu membuat keputusan. Nota dan idea anda akan membantu anda menimbangkan semua informasi berkaitan bila membuat keputusan akhir.

(f) Pemikiran anda akan menjadi lebih jelas dan hujah menjadi lebih senang difahami sekiranya anda menyenaraikan kelebihan dan kelemahan setiap tindakan. Ini juga akan menjadikan keputusan yang dibuat lebih mantap.

(g) Jangan biarkan keputusan yang kecil terkumpul menjadi keputusan yang besar, pemutusan kompleks, yang mungkin akan membebankan dan menjadi sukar untuk ditangani. Buat keputusan yang kecil dari semasa ke semasa.

(h) Mereka yang terlibat dalam keputusan anda perlu turut dilibatkan dalam proses pembuatan keputusan bila mana perlu. Ini akan meningkatkan komitmen mereka.

(i) Anda tidak mungkin mendapat kepastian sepenuhnya bahawa anda telah membuat keputusan yang tepat kerana kesan keputusan anda hanya akan berlaku di masa akan datang. Buat keputusan dan jangan risaukannya lagi.

(j) Gunakan pendekatan OAR dalam pembuatan keputusan. Lihat pada O (objektif) yang ingin dicapai, A (alternatif) yang ada untuk anda dan R (risiko) terhadap alternatif yang anda sedang pertimbangkan.

(k) Ingat bahawa tidak membuat keputusan adalah keputusan untuk tidak mengambil tindakan.

10.5

Page 13: 20140414111334 topik 10 strategi dan alat bagi membuat keputusan akhir

TOPIK 10 STRATEGI DAN ALAT BAGI MEMBUAT KEPUTUSAN AKHIR

219

(l) Yakin pada diri sendiri untuk membuat keputusan dan berupaya untuk menghadapi akibat sewajarnya.

(m) Jangan buang masa membuat keputusan yang tidak perlu dibuat.

(n) Tentukan langkah alternatif sesuatu tindakan sebelum mengumpul data.

(o) Sekiranya anda membuat keputusan individu sebagai ganti keputusan kumpulan, berhati-hati bahawa ada kemungkinan kurang komitmen daripada mereka yang terlibat.

(p) Proses pembuatan keputusan anda perlu memasukkan rancangan perlaksanaan.

(q) Anda perlu melangkah ke hadapan apabila keputusan sudah dibuat. Kesan keputusan tersebut telah pun berjalan. Oleh itu jangan toleh ke belakang atau menyesal. Ia adalah langkah yang betul pada masa tersebut. Apakah langkah sepatutnya sekarang?

(r) Buat gambaran mental bagaimana anda hendak melaksanakan keputusan dan bayangkan hasilnya.

(s) Bagi mendapatkan idea yang segar, anda boleh dapatkan komitmen daripada kakitangan anda sekiranya anda libatkan mereka dalam sesi sumbang saran yang dijalankan.

(t) Jangan ambil masa terlalu lama untuk membuat pertimbangan, mahupun memikirkan keputusan. Buat dan laksanakannya.

(u) Setelah keputusan dibuat, usah fikirkan „apa kalau‰ dan beri komitmen kepada melaksanakan rancangan tindakan anda.

• Terdapat dua pendekatan utama pembuatan keputusan dalam organisasi

terdiri daripada kaedah autoritarian iaitu seorang eksekutif membuat keputusan bagi kumpulan dan keadah kumpulan yang mana kumpulan menentukan apa yang hendak dilakukan.

• Terdapat dua jenis sesi pembuatan keputusan kumpulan iaitu diskusi bebas di mana masalah dibentangkan untuk kumpulan bincangkan; dan diskusi perkembangan atau diskusi berstruktur yang mana masalah dipecahkan kepada langkah-langkah dan bahagian-bahagian kecil dengan matlamat khusus.

• Terdapat beberapa strategi digunakan untuk memilih daripada beberapa keputusan Optimising, Satisficing, Maximax dan Maximin.

Page 14: 20140414111334 topik 10 strategi dan alat bagi membuat keputusan akhir

TOPIK 10 STRATEGI DAN ALAT BAGI MEMBUAT KEPUTUSAN AKHIR

220

• Terdapat banyak cara untuk membuat keputusan akhir, untuk mendapat keputusan penyelesaian atau mencari persetujuan. Sebahagian daripada cara yang popular dalam membuat keputusan termasuklah persetujuan, sebulat suara, tolak ansur, undi majoriti, keputusan oleh ketua dan timbang tara.

• Banyak model pembuatan keputusan yang boleh digunakan. Ini termasuklah keputusan yang dibuat oleh autoriti tanpa keputusan kumpulan, keputusan oleh pakar, keputusan dengan mempuratakan pandangan-pandangan individu, keputusan oleh pihak berautoriti setelah diskusi kumpulan, keputusan oleh minoriti, keputusan oleh undi majoriti dan keputusan dengan persetujuan sebulat suara. Keputusan dengan persetujuan sebulat suara mungkin sebagai alatan paling berguna yang mempunyai kesan positif berhubung dengan pembuatan keputusan berpasukan lama.

• Terdapat beberapa alatan atau teknik yang boleh digunakan untuk mencapai keputusan yang bersesuaian. Alatan ini membantu untuk melakar kesan keputusan, melaksana kepentingan faktor individu dan memilih jalan terbaik untuk diambil. Contoh bagi alatan pembuatan keputusan ini termasuklah:

- Analisis Grid membuat pemilihan antara pilihan yang baik;

- Pokok Keputusan pemilihan antara pilihan dengan memberi tumpuan kepada hasil berkemungkinan berlaku;

- PMI menimbang persetujuan dan penolakkan sebuah keputusan;

- Analisis Force Field menganalisis tekanan yang menyokong dan menentang perubahan;

- Analisis Pareto - memilih perubahan paling penting untuk dibuat;

- Analisis Perbandingan Berpasangan menilai kepentingan relatif pilihan berbeza;

- Enam Topi Pemikiran melihat keputusan dari pelbagai arah;

- Analisis Kos/Keuntungan mengambil kira sama ada perubahan wajar dilakukan.

Page 15: 20140414111334 topik 10 strategi dan alat bagi membuat keputusan akhir

TOPIK 10 STRATEGI DAN ALAT BAGI MEMBUAT KEPUTUSAN AKHIR

221

Analisis Grid

Analisis Pokok

Diskusi Bebas

Diskusi Perkembangan

Pembuatan Keputusan Autoritarian

Pembuatan Keputusan Kumpulan

PMI

1. Terdapat dua pendekatan utama pembuatan keputusan dalam organisasi

iaitu kaedah autoritarian dan kaedah kumpulan. Bandingkan kedua-dua kaedah tersebut.

2. Terdapat beberapa strategi digunakan untuk memilih keputusan. Berikan satu contoh dan terangkannya secara ringkas.

3. Terdapat tujuh kaedah/proses yang mana sebuah pasukan mungkin menggunanya untuk membuat keputusan. Apakah tujuh kaedah ini? Bincang dan bandingkan kelebihan dan kelemahan mana-mana dua daripada tujuh kaedah itu.

4. Terdapat beberapa alatan yang boleh digunakan untuk mencapai sesuatu keputusan yang sesuai. Alatan ini membantu anda untuk melakar kemungkinan kesan keputusan, menentukan kepentingan faktor individu dan memilih jalan terbaik untuk diambil. Jelaskan berserta contoh penggunaan satu daripada alatan ini.

5. Bandingkan antara Analisis Pareto dan Analisis Perbandingan Berpasangan.

6. Apakah teknik pembuatan keputusan PMI? Bilakah teknik ini patut digunakan?

Page 16: 20140414111334 topik 10 strategi dan alat bagi membuat keputusan akhir

TOPIK 10 STRATEGI DAN ALAT BAGI MEMBUAT KEPUTUSAN AKHIR

222

Bellamy, L., Evans, D. L., Linder, D. E., McNeill, B. W., & Raupp, G. (1994). Team

training workbook. Arizona State University. Retrieved August 2008 from http://www.eas.asu.edu/~asufc/teaminginfo/teamwkbk.pdf.

Buttler, G. A. (2007). Whole brain thinking. Retrieved August 2008 from

http://holistic-personal-development.com/2007/11/13/whole-brain-thinking/

Dudiy, S. (2005). Use a decision tree analysis to systematically arrive at your

martest choice. Retrieved August 2008 from http:// www.time-managementguide.com/decision-tree.html

Infinite Innovations Ltd. (2006). Retrieved from www.brainstorming.co.uk MindTools.com. (2010). Decision making techniques. Retrieved August 2008

from http://www.mindtools.com/pages/main/mewMN_TED.htm Johnson, D. W., & Johnson, F. P. (2000). Group theory and Group Skills. 7th. ed.

Boston: Allyn and Bacon. Ministry of Education (New Zealand). (n.a.). The evidence-driven decision

making cycle. Retrieved August 2008 from http://www.tki.org.nz/r/governance/consider/decision-making-cycle_e.php

Swinton, L. (n.a.). Kurt LewinÊs force field analysis: Decision making made easy.

Retrieved from August 2008 http://trans4mind.com/counterpoint/swinton4.shtml

Wikipedia. (2010). Decision making. Retrieved August, 2008, from

http://en.wikipedia.org/wiki/Decision_making