28
ADAB-ADAB MNUNTUT ILMU 10 adab dalam menuntut ilmu - panduan dari Imam al- Ghazali Dalam penulisan agung “Ihya’ `Ulum al-Din” karangan Hujjatul Islam, Imam al-Ghazali, beliau telah membuat satu garis panduan adab pelajar dalam menuntut ilmu. Dalam penulisannya, beliau telah mengenalpasti 10 panduan yang boleh dijadikan asas pedoman kepada para pelajar. Asas-asas ini perlu dihayati dan dicernakan dalam diri para pelajar dalam usaha mereka menuntut ilmu sama ada di peringkat rendah atau di peringkat pengajian tinggi. Pertama, menjauhi perkara-perkara yang boleh merosakkan akhlak yang murni, kerana ilmu amat mudah mendekati orang yang baik budi pekertinya dan jiwa yang sentiasa bersih dan tenang. Sekiranya, hati seseorang itu dicemari dengan elemen-elemen yang negatif yang boleh merosakkan kemurnian hati dan jiwa menyebabkan pelajar tersebut sukar untuk menguasai ilmu. Ini kerana secara prinsipnya, ilmu itu bersifat suci. Sebagaimana firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang musyriq itu najis” (at-Taubah:28).

Adab adab menuntut ilmu

  • Upload
    ozaiton

  • View
    5.470

  • Download
    11

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Adab adab menuntut ilmu

ADAB-ADAB MNUNTUT ILMU

10 adab dalam menuntut ilmu - panduan dari Imam al-Ghazali

Dalam penulisan agung “Ihya’ `Ulum al-Din” karangan Hujjatul Islam, Imam al-Ghazali, beliau telah membuat satu garis panduan adab pelajar dalam menuntut ilmu. Dalam penulisannya, beliau telah mengenalpasti 10 panduan yang boleh dijadikan asas pedoman kepada para pelajar. Asas-asas ini perlu dihayati dan dicernakan dalam diri para pelajar dalam usaha mereka menuntut ilmu sama ada di peringkat rendah atau di peringkat pengajian tinggi. 

Pertama, menjauhi perkara-perkara yang boleh merosakkan akhlak yang murni, kerana ilmu amat mudah mendekati orang yang baik budi pekertinya dan jiwa yang sentiasa bersih dan tenang. Sekiranya, hati seseorang itu dicemari dengan elemen-elemen yang negatif yang boleh merosakkan kemurnian hati dan jiwa menyebabkan pelajar tersebut sukar untuk menguasai ilmu. Ini kerana secara prinsipnya, ilmu itu bersifat suci. Sebagaimana firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang musyriq itu najis” (at-Taubah:28).

Istilah najis yang dijelaskan oleh al-Quran merupakan simbolik yang mengertikan sifat kotor tersebut mesti dijauhi dan dihindari disebabkan sifat tersebut boleh merosakkan manusia.

Kedua, para pelajar disarankan tidak terlalu terikat dengan hal-hal keduniaan yang berkecenderungan melalaikan fikiran daripada menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran. Unsur-unsur ini

Page 2: Adab adab menuntut ilmu

boleh menyebabkan pelajar tidak dapat menunaikan tanggungjawabnya sebagai pelajar yang hakiki dan memalingkan fikirannya dalam usaha menuntut ilmu. Hal ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah dalam al-Quran yang bermaksud:

“Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua organ hati dalam rongganya” (al-Ahzab:4).

Oleh yang demikian, sekiranya fikiran para pelajar dipengaruhi oleh elemen-elemen yang boleh mencemari mentalitinya menyukarkan untuk mengetahui hakikat ilmu. Menurut Imam al-Ghazali, “Seseorang itu tidak dapat menguasai ilmu secara sebahagian, melainkan ia memberi perhatian dan tumpuan yang sepenuhnya”. Beliau memberi perumpamaan terhadap pemikiran yang dipengaruhi oleh hal-hal yang tidak berkait dengan ilmu seperti air yang mengalir dari sungai kecil, sebahagiannya diserap oleh tanah dan sebahagian lagi diserap oleh udara sehingga tidak ada lagi yang sampai ke ladang.

Ketiga, para pelajar tidak boleh bersikap angkuh dan bongkak terhadap golongan intelektual dan guru. Adalah menjadi kewajipan pelajar untuk menyerahkan segala urusan berkaitan ilmu dan mematuhi serta menghormati guru seperti orang sakit yang mematuhi arahan dan nasihat doktor. Para pelajar dituntut bersifat rendah diri, baik sangka dan setia kepada guru serta sedia menawarkan perkhidmatan kepadanya. Oleh yang demikian, pelajar tidak boleh bersikap sombong dengan guru seperti tidak mengambil manfaat ilmu yang disampaikannya dengan alasan antaranya, beranggapan guru tersebut tidak mempunyai kelayakan akademik yang tinggi. Sikap seperti ini menunjukkan kebodohan dan kedangkalan pemikiran yang ada dalam diri seseorang pelajar. Sebaliknya, para pelajar seharusnya merasa terhutang budi terhadap guru yang mencurahkan ilmu yang memandunya ke arah kebenaran.

Keempat, orang yang bersifat tekun dalam menuntut ilmu pada tahap awalnya perlu mengelakkan diri mendengar perselisihan dan perbezaan pendapat di kalangan manusia sama ada yang melibatkan ilmu keduniaan atau ilmu akhirat. Secara rasionalnya, ia boleh mengelirukan pemikirannya terhadap disiplin ilmu yang baru dipelajarinya dan membantutkan usahanya untuk membuat penyelidikan yang mendalam. Namun begitu, bagi seseorang yang telah menguasai sesuatu bidang disiplin ilmu secara mahir dan mendalam tidak menjadi halangan untuk mengkaji perbezaan pendapat tentang sesuatu perkara. Ini kerana, perbezaan pendapat tentang sesuatu perkara merupakan salah satu daripada metodologi medan penyelidikan ilmu.

Kelima, seseorang pelajar tidak boleh meninggalkan sesuatu disiplin ilmu yang terpuji melainkan ia telah mempertimbangkan dengan sebaik mungkin. Sekiranya faktor usia mengizinkan untuk menuntut ilmu, ia harus

Page 3: Adab adab menuntut ilmu

mengambil peluang untuk meningkatkan kepakarannya ke peringkat yang lebih tinggi. Sebaliknya jika faktor usia menjadi kekangan terhadap usaha menimba ilmu pengetahuan maka seseorang itu perlu mengetahui perkara asas dan penting dalam ilmu yang dikuasainya berdasarkan kemampuannya.

Keenam, tidak memaksa untuk menguasai semua disiplin ilmu secara sekaligus. Tindakan yang bijak ialah dengan menguasai sesuatu bidang ilmu itu mengikut tahap dan tingkatan ilmu berdasarkan kemampuan dan keupayaan yang ada pada diri seseorang. Kompetensi yang ada pada manusia adalah terbatas oleh pelbagai faktor dari aspek pengalaman, realiti semasa, kepakaran dan keupayaan mentaliti seseorang.

Ketujuh, seseorang tidak boleh mencampuradukkan sesuatu cabang ilmu sebelum menguasai dan memahami dengan mahir cabang ilmu yang sebelumnya. Ini kerana tertib dalam ilmu adalah tersusun dan berkait rapat antara satu sama lain. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang pelajar memahami sesuatu ilmu dengan tertib dan tersusun maka ia dapat menguasai sesuatu konsep ilmu dengan baik. Pemahaman manusia tentang konsep ilmu akan lebih sempurna dan konsisten jika setiap cabang ilmu dihadam dan dicernakan mengikut tahap-tahap dan fasa yang tersusun dan terancang.

Kelapan, seseorang pelajar perlu mengetahui hakikat dan objektif sesuatu disiplin ilmu yang dipelajari. Ia bertujuan untuk menilai sesuatu kepentingan ilmu dan faedahnya kepada para pelajar supaya ilmu tersebut dapat diaplikasi dalam kehidupan dan memberi manfaat kepada masyarakat. Matlamat utama ilmu yang dipelajari itu tidak bertentangan dengan syariat dan membawa kemudharatan kepada umat manusia.

Kesembilan, para pelajar perlu bersikap ikhlas dalam menuntut ilmu. Kepentingan nilai ikhlas bertujuan untuk membersihkan jiwa seseorang yang bersifat riak dan takabur sesama manusia. Hakikatnya, manusia yang berilmu memiliki jiwa yang bersih dan sentiasa mendekatkan diri kepada Allah. Meskipun manusia dituntut menguasai ilmu-ilmu agama, namun ilmu-ilmu yang berkaitan dengan keduniaan tidak boleh diabaikan, kerana ia sebahagian daripada fardhu kifayah. Dalam era globalisasi ini, ilmu yang dikategorikan sebagai fardhu kifayah sangat penting bagi masyarakat Islam kerana ia dianggap sebagai satu kemaslahatan ( keperluan ) yang perlu dikuasai oleh umat Islam. Sekiranya manusia mengabaikan bidang disiplin ilmu ini menyebabkan umat Islam ketinggalan dalam zaman yang serba canggih. Dalam al-Quran, Allah berfirman yang bermaksud:

“ Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan” (al-Mujadalah:11)

Page 4: Adab adab menuntut ilmu

Kesepuluh, setiap pelajar perlu mengetahui perkaitan ilmu yang dipelajari bertujuan supaya mengutamakan keperluan ilmu yang perlu didahulukan daripada ilmu yang berbentuk sampingan. Keutamaan ilmu ini penting kerana ia dapat mengukuhkan pemahaman pelajar tentang sesuatu perkara. Di samping itu, ia menjadi asas utama untuk mempelajari disiplin ilmu yang lain disebabkan ia mempunyai kesinambungan di antara satu cabang ilmu dengan disiplin ilmu yang lain.

Berdasarkan garis panduan yang telah diberikan oleh Hujjatul Islam, Imam al-Ghazali dalam kitabnya “Ihya’ `Ulum al-Din” diharapkan dapat memberi pedoman yang berfaedah kepada mereka yang bergelar pelajar. Mutiara kata-kata yang dicurahkan oleh ulama’ silam perlu diambil perhatian dan diamalkan oleh individu yang bergelar pelajar, agar ilmu yang dipelajari diberkati oleh Allah dan dapat memberi faedah besar kepada umat sejagat.

Read more: http://www.ahmad-sanusi-husain.com/2012/01/10-adab-dalam-menuntut-ilmu-panduan.html#ixzz2JwCR9cNp

Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan

Ummah(Buku 5) 

Penyusun : Hafiz Firdaus Abdullah

 

 

 

Adab-Adab Menuntut Ilmu Agama

 

 

Alhamdulillah, ramai yang bertanya kepada saya apakah adab-adab

untuk menuntut ilmu agama. Ini adalah pertanyaan, atau lebih tepat,

perkembangan yang baik di kalangan umat Islam. Untuk menjawab

persoalan ini, saya menyusun dua risalah yang ringkas, yang pertama

menyentuh adab-adab menuntut ilmu manakala yang kedua adalah

unsur-unsur yang dapat merosakkan ilmu.

 

Page 5: Adab adab menuntut ilmu

 

Adab # 1: Ikhlas dalam menuntut ilmu.

Sepertimana amalan-amalan yang lain, langkah yang pertama adalah

keikhlasan diri. Langkah ini merupakan faktor yang amat penting

sehinggakan Rasulullah telah memberi amaran:

 

“Sesiapa yang mempelajari satu ilmu yang sepatutnya dilakukan

kerana mencari Wajah Allah, namun dia tidak mempelajarinya kecuali

untuk mendapatkan keuntungan duniawi, maka dia tidak akan

mencium bau syurga pada Hari Kiamat.”

 

[Maksud hadis riwayat Ibn Hibban dan ia dinilai sahih oleh Syu’aib al-

Arna’uth dalam semakannya ke atas Shahih Ibn Hibban (Muassasah al-

Risalah, Beirut, 1997), hadis no: 78].

 

 

Oleh kerana itu dalam sebuah hadis yang lain, baginda mengingatkan:

 

“Jangan mempelajari ilmu untuk berbangga-bangga di hadapan para

ulama’, atau untuk berdebat dengan orang-orang bodoh, atau untuk

memilih majlis yang terbaik (demi mendapat pujian orang). Sesiapa

melakukan hal itu maka nerakalah tempatnya.”

 

[Maksud hadis riwayat Ibn Hibban dengan para perawi yang dipercayai

lagi sahih, demikian terang Syu’aib al-Arna’uth dalam semakannya ke

atas Shahih Ibn Hibban, hadis no: 77].

 

 

Justeru orang yang ingin memahami agama perlu membetulkan niat

dan tujuannya. Hendaklah dia melakukannya kerana:

Page 6: Adab adab menuntut ilmu

1. Ingin memperbaiki diri dalam mentauhidkan Allah sebagai

merealisasikan bahagian pertama syahdah: “La ilaha illallah”.

2. Ingin memperbaiki diri dalam mengamalkan sunnah Rasulullah

sebagai merealisasikan bahagian kedua syahdah: “Wa anna

Muhammad Rasulullah”.

3. Ingin memperbaiki keadaan umat Islam sebagai merealisasikan

tuntutan amar ma’ruf dan nahi mungkar yang merupakan salah

satu tuntutan asas agama.

4. Ingin membela agama Islam daripada fitnah musuh-musuhnya

seperti para orientalis dan para pencipta bid’ah.

 

Sesiapa yang memiliki niat dan tujuan yang betul sepertimana di atas,

dia tidak sekali-kali akan terkalah dengan pelbagai cubaan dan fitnah

yang mungkin dihadapinya dalam rangka memahami agama Islam. Ini

kerana:

 

“Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama)

Allah nescaya Allah membela kamu dan meneguhkan tapak pendirian

kamu.”

[Maksud surah Muhammad, ayat 7]

 

 

 

Adab # 2: Positif dan Yakin kepada diri sendiri.

Sikap yang positif dan keyakinan diri adalah faktor yang penting untuk

mencapai sesuatu tujuan. Faktor ini tidak terpisah bagi sesiapa yang

ingin memahami agama yang dicintai ini. Bahkan ketahuilah bahawa

sesiapa yang berusaha dengan ikhlas untuk tujuan ini, maka Allah akan

membimbingnya, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

 

Page 7: Adab adab menuntut ilmu

“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana

memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan

memimpin mereka ke jalan-jalan Kami; dan sesungguhnya

(pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang

berusaha membaiki amalannya.” [al-Ankabut, ayat 69]

 

 

“Pimpinan” Allah boleh wujud dalam pelbagai bentuk, seperti

dipertemukan dengan guru yang benar, ditunjuki kepada buku

daripada penulis yang jujur, dipersahabatkan dengan orang-orang yang

shalih, dibimbing kepada subjek-subjek yang mengikut tertib

kepentingannya dan ditanam dalam dirinya akhlak yang mulia apabila

berinteraksi dengan ilmu agama. Oleh itu janganlah merasa ragu-ragu

atau rendah diri untuk berusaha memahami agama Islam. Yakinilah

bahawa Allah akan memimpinnya selagi mana dia ikhlas dan

bersungguh-sungguh.

 

 

 

Adab # 3: Bersiap sedia untuk melakukan pengorbanan.

Tidak ada jalan pintas (short cut) untuk memahami agama Islam, maka

janganlah mengharapkan kefahaman dalam agama secara serta merta

atau melalui jalan yang mudah. Sebaliknya hendaklah bersiap sedia

untuk melakukan banyak pengorbanan dari sudut tenaga, masa,

kewangan dan kehidupan. Proses menuntut ilmu sememangnya

memerlukan banyak pengorbanan dan hal ini diketahui oleh Rasulullah.

Oleh itu baginda menjanjikan ganjaran yang besar kepada sesiapa

yang melakukan pengorbanan tersebut dengan bersabda, maksudnya:

 

“Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu,

maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.”

Page 8: Adab adab menuntut ilmu

 

[Riwayat Muslim dalam Shahihnya (penomboran Fu’ad Abd al-Baqi),

hadis no: 2699].

 

Pengorbanan dari sudut tenaga dan masa adalah berusaha untuk ke

kelas-kelas pengajian agama sekalipun kesibukan atau keletihan

dengan kuliah di universiti atau kerja di pejabat. Pengorbanan

kewangan adalah membelanjakan wang ringgit untuk membeli buku-

buku agama yang berkualiti. Ini adalah pengorbanan yang tidak boleh

ditinggalkan, dimana setiap yang ingin memahami agama Islam perlu

mencintai buku dan berusaha membina koleksi buku-buku agama atau

perpustakaan peribadi yang tersendiri.

 

Namun di antara semua pengorbanan, yang terbesar adalah

pengubahsuaian gaya hidup. Tidur perlu dikurangkan, gizi pemakanan

perlu dijaga dan aktiviti harian yang sia-sia perlu dihindari. Sedar atau

tidak, terdapat banyak aktiviti harian yang sebenarnya adalah sia-sia

seperti mengikuti acara sukan, membaca akhbar harian, menonton

televisyen dan berbual kosong. Semua ini hendaklah diubah kepada

bersukan demi menjaga kesihatan, menelaah akhbar harian sekadar

mencari laporan yang bermanfaat, menghadkan tontonan televisyen

kepada dokumentari yang ilmiah dan berbual sekadar menyampaikan

nasihat. Pengubahsuaian ini akan membuka banyak masa lapang yang

dapat dimanfaatkan untuk memahami agama Islam.

 

 

 

Adab # 4: Tidak mengenal titik noktah.

Semua orang yang melazimkan diri berinteraksi dengan ilmu akan

mengetahui bahawa ia sentiasa dinamik tanpa mengenal titik noktah.

Maka demikianlah juga seharusnya sikap setiap muslimin dan

Page 9: Adab adab menuntut ilmu

muslimah yang ingin mencari kefahaman agama. Tidak boleh berkata

“Saya sudah habis belajar agama” atau “Saya sudah faham Islam”.

Sebaliknya hendaklah sentiasa mengkaji dan menganalisa kerana ilmu

agama juga adalah sentiasa dinamik. Bak kata pepatah:

 

“Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.”

 

 

Perhatikan doa yang diajar oleh Allah kepada Rasulullah, yang

bermaksud:

 

Dan berdoalah dengan berkata: “Wahai Tuhanku, tambahilah

ilmuku”. [Ta-Ha, ayat 114]

 

 

Perkataan “tambahilah” menunjukkan ilmu itu tidak mengenal batas

maksimum, sebaliknya sentiasa dinamik sehingga boleh bertambah

dan bertambah.

 

Memiliki manhaj yang dinamik dalam rangka memahami agama

setidak-tidaknya memiliki kepentingan dari dua sudut:

 

Pertama: Pada masa kini terdapat banyak ajaran yang menyeleweng,

setiap darinya berselindung di sebalik slogan “Ahli Sunnah Wal

Jamaah” agar kelihatan berada di atas jalan yang benar. Seandainya

seseorang itu tergelincir dalam salah satu daripada ajaran yang

menyeleweng, sikap dinamiknya yang sentiasa mengkaji dan

menganalisa akan mengeluarkan dirinya daripada ajaran tersebut

kepada ajaran yang benar.

 

Page 10: Adab adab menuntut ilmu

Kedua: Seseorang yang berusaha memahami agama akan melalui

beberapa tahap, daripada tahap kebudak-budakan sehinggalah kepada

tahap kedewasaan. Ini kerana dalam rangka melakukan kajian, dia

akan menemui banyak perkara baru yang tidak pernah diketahuinya

sebelum itu. Penemuan ini akan menjana semangat baru dalam

dirinya. Terdapat kemungkinan yang besar semangat tersebut akan

mengarah dirinya kepada sikap merasa dirinya amat berilmu (ujub),

memandang rendah para ulama’ dan mudah menghukum orang yang

tidak sependapat dengannya. Inilah sikap kebudak-budakan yang saya

maksudkan.

 

Di sini manhaj dinamik amatlah perlu dimana sikap yang sentiasa

mengkaji dan menganalisa akan mengalih seseorang itu dari tahap

kebudakan-budakan ke tahap kedewasaan. Tahap kedewasaan akan

mengarah kepada sikap merendah diri berdasarkan keinsafan bahawa

ilmu agama sebenarnya amat luas, sikap menghormati para ‘ulama

berdasarkan kesedaran bahawa terdapat banyak faktor lain yang

mereka pertimbangkan dan terbuka kepada dialog berdasarkan mata

yang celik kepada hakikat berbeza pendapat adalah fitrah manusia.

 

 

 

Adab # 5: Mengamalkan ilmu.

Usaha untuk memahami agama Islam bukanlah sekadar class room

discussion, akan tetapi ia adalah untuk diamalkan. Ilmu tanpa amalan

adalah sesuatu yang dibenci oleh Allah sebagaimana firman-Nya yang

bermaksud:

 

“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu

memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat

Page 11: Adab adab menuntut ilmu

besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan

sesuatu yang kamu tidak melakukannya.” [al-Saff, ayat 2-3]

 

 

Malah ia adalah faktor yang boleh menyebabkan hati menjadi keras

sehingga tidak dapat lagi menerima apa-apa manfaat daripada ilmu.

Firman Allah:

 

“Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang

beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan

pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang

diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka

menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab

sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang

lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di

antaranya orang-orang yang fasik - derhaka.” [Maksud surah al-

Hadid, ayat 16]

 

 

Sebaliknya orang yang mengamalkan ilmunya akan ditambahi oleh

Allah dengan ilmu dalam pelbagai bentuk. Orang yang berusaha

memahami agama Islam akan meningkat keimanannya dan iman itu

sendiri adalah apa yang dibuktikan dengan hati, lidah dan perbuatan.

Keimanan seperti ini akan ditambahi oleh Allah dengan hidayah-Nya,

sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

 

“……sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang

beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka

dengan hidayah.” [Maksud surah al-Kahf, ayat 13]

 

 

Page 12: Adab adab menuntut ilmu

Orang yang mengamalkan ilmu juga bererti mengamalkan hidayah

yang Allah kurniakan kepadanya. Dengan itu Allah akan menambah

hidayah tersebut sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

 

“Dan orang-orang yang menerima hidayah, Allah menambahi

mereka dengan hidayah, serta memberi kepada mereka

(dorongan) untuk mereka bertaqwa.” [Muhammad, ayat 17] “Dan

Allah akan menambahi hidayah petunjuk bagi orang-orang

yang menurut jalan petunjuk.” [Maryam, ayat 76]

 

 

Orang yang mengamalkan ilmu juga bererti meningkatkan

ketaqwaannya, maka dengan itu Allah akan mengurniakan kepadanya

al-Furqan yang membolehkan dia membezakan antara yang benar dan

batil. Allah akan juga menambahi Rahmat-Nya dan memberikannya

cahaya untuk terus berada di atas jalan yang benar. Perhatikan dua

firman Allah berikut yang bermaksud:

 

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada

Allah, nescaya Dia mengadakan bagi kamu (al-Furqan) yang

membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan

menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta

mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya)

mempunyai limpah kurnia yang besar.” [al-Anfal, ayat 29]

 

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada

Allah dan tetaplah beriman kepada Rasul-Nya (Muhammad),

supaya Allah memberi kepada kamu dua bahagian dari

rahmatNya, dan menjadikan bagi kamu cahaya untuk kamu

berjalan dengannya, serta diampunkannya dosa kamu; dan

Page 13: Adab adab menuntut ilmu

(ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

[al-Hadid, ayat 28]

 

 

 

 

Adab # 6: Berhubung dengan orang yang berhubung dengan

ilmu.

Siapa kita berhubung, siapa kita berkawan, memiliki pengaruh yang

besar kepada perwatakan diri kita sendiri. Rasulullah pernah

mengingatkan, maksudnya:

 

“Sesungguhnya perumpamaan teman yang shalih dan

teman yang buruk hanyalah seumpama pembawa minyak

wangi dan peniup tungku api seorang tukang besi. Bagi

pembawa minyak wangi, boleh jadi sama ada dia memberinya

kepada kamu (minyak wangi) atau kamu membeli daripadanya

(minyak wangi) atau kamu mendapat bau harum daripadanya.

Bagi peniup tungku api seorang tukang besi, boleh jadi sama

ada ia akan membakar pakaian kamu (kerana kesan tiupan api)

atau kamu mendapat bau yang tidak sedap daripadanya (bau

besi).” [Diriwayatkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 2628].

 

 

Oleh itu sesiapa yang berusaha untuk memahami agama Islam

hendaklah sentiasa berhubung dengan orang-orang yang

perhubungannya sentiasa bersama ilmu. Mereka adalah orang-orang

yang perhatiannya sentiasa kepada al-Qur’an dan al-Sunnah yang

sahih, usahanya sentiasa kepada mengkaji kitab-kitab peninggalan

para ulama’ dan pemikirannya sentiasa ke arah memperbaiki keadaan

umat Islam dan menjaga kemurnian agama Islam.

Page 14: Adab adab menuntut ilmu

 

Di antara mereka ialah para alim ulama’ dan guru-guru, maka

hendaklah memuliakan mereka, mendengar nasihat mereka dan

mengikuti jejak langkah mereka. Seandainya mereka berbuat salah,

hendaklah menasihati mereka secara sopan dan tersembunyi, tidak

secara kasar dan terbuka kepada orang ramai. Di antara mereka

adalah orang-orang yang dalam proses memahami agama Islam, maka

hendaklah menjadikan mereka sebagai sahabat karib, selalu

meluangkan masa berkongsi ilmu, bertukar-tukar pendapat dan saling

menasihati.

 

 

 

Adab # 7: Berdoa Kepada Allah.

Setiap usaha perlu diikuti dengan doa dan usaha untuk memahami

agama Islam tidak terpisah daripada adab ini. Maka hendaklah berdoa

kepada Allah dan sebaik-baik doa adalah apa yang diajar oleh Allah

dan Rasul-Nya. Antaranya:

 

“Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang

Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan)

orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan)

orang-orang yang sesat.” [Maksud surah al-Fatihah, ayat 6-7]

 

 

 

KمIا. ل Mي عM بS زMدKن Uر 

“Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku”. [Ta-Ha, ayat 114]

 

Page 15: Adab adab menuntut ilmu

 

 

ا UWWنMرKمU ا مMنK أ UWWنU SئK ل ةI وUهUي UWWمKح Uر UكK دeن UWWل KنMا مU Mن Uا آت iن ب Uر

دIا. Uش Uر 

“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu,

dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada

kami untuk keselamatan agama kami.”

[al-Kahf, ayat 10]

 

 

 

KنMا م UWWنU Uا وUهUبK ل Uن Kت دUي UWه KذM دU إ KWWعU ا ب UWWنU eوب eزMغK قeل Uا الU ت iن ب Uر

. eابiهUوK KتU ال Uن iكU أ Mن حKمUةI إ Uر UكK Uدeن ل 

 

“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami

sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah

kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu; sesungguhnya Engkau

jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberian-Nya.”

[Ali Imran, ayat 8]

 

 

Page 16: Adab adab menuntut ilmu

UرMاط UWWف UيلMاف Uر KسM MيلU وUإ Uائ MيلU وUمMيك ائ UرK ب Uج iب Uر iمeهi الل

MةUادUه iWWWالشUو MبK KغUي MمU ال ال UWWWع MضKرU مUاوUاتM وUاأل iWWWالس

UتK Uن أ 

Uون eWWفM Uل ت KخU eوا فMيWWهM ي ان UWWا ك UWWيمMف UكMاد UWWبMع UنK Uي eمe ب UحKك ت

Uك iWWنM كU إ MWWنKذM Mإ قS ب UWWحK eلMفU فMيWWهM مMنK ال ت Kا اخUمM Mي ل اهKدMن

KنUي مMدKهU ت 

.� UقMيم ت Kسeاط� م UرMى صUلM اءe إ UشU ت 

“Ya Allah, Tuhan Malaikat Jibril, Mikail dan Israfil, Tuhan

pencipta langit dan bumi, Tuhan yang Maha Mengetahui semua

yang ghaib dan nyata. Engkaulah yang akan menghakimi para

hamba-Mu mengenai apa sahaja yang mereka perselisihkan.

Dengan izin-Mu berilah aku petunjuk memilih kebenaran dari

apa yang mereka perselisihkan. Engkaulah yang memberi

petunjuk kepada siapa yang Engkau kehendaki ke jalan yang

lurus.”

[Shahih Muslim, hadis no: 77].

 

 

Demikian tujuh adab yang dapat saya ringkaskan daripada sekian

banyak adab untuk menuntut ilmu. Diharapkan adab-adab di atas

bermanfaat untuk setiap orang, termasuk diri saya sendiri. Selain tujuh

Page 17: Adab adab menuntut ilmu

adab tersebut, setiap orang yang berusaha untuk memahami agama

Islam perlu berwaspada kepada unsur-unsur yang boleh

merosakkannya. Unsur-unsur tersebut akan saya jelaskan dalam

penulisan yang seterusnya insya-Allah.

 

 

Adab Menuntut Ilmu Rab, 02 Mac 2011 20:55 | Salman AL Farisi | Nor Adrenaline

Dalam usaha kita untuk menuntut ilmu, seharusnya kita mengetahui dahulu betapa perlunya adab-adab sebelum menuntut ilmu. Perkara ini diperkuatkan lagi dengan kata-kata Ibnul Mubarak dalam sebuah kitab beliau:

"Aku memperlajari adab selama tiga puluh tahun dan aku mempelajari ilmu selama dua puluh tahun. Dan adalah mereka (ulama') mempelajari adab kemudian mempelajari ilmu" [Mansuah al Adab al Islamiah : 15]

Pada pandangan saya, perlunya adab dan ilmu boleh diumpamakan seperti 'adunan untuk membuat roti'. Adab diumpamakan seperti gandum dan ilmu diumpamakan seperti garam. Hendaklah kita memperbanyakkan gandum berbanding garam namun nisbah tersebut haruslah sekata supaya gandum dan garam yang diadun sempurna nisbahnya. Dan ketahuilah, memperbanyakkan adab bersama ilmu yang sedikit lebih baik daripada memperbanyakkan ilmu berbanding adab yang sedikit.

Dalil Menuntut Ilmu

Dalam Surah at Taubah ada menyebut bahawa bukan semua di antara kita pergi untuk berjuang (berjihad). Makanya wajib sebahagian di antara kita pergi memperdalamkan ilmu agama. Firman Allah SWT yang bermaksud:

Page 18: Adab adab menuntut ilmu

"Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang). Oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah)." [At Taubah 9 : 122]

Dan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW ada menyebut bahawa sekiranya Allah SWT ingin memberikan hambanya kebaikan, maka Allah SWT akan memberikannya kefahaman dalam agama. Perkara ini yang harus dikejar oleh setiap muslim agar dekat kepada kebaikan yang dijanjikan oleh Allah SWT dengan menuntut ilmu. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah SWT baginya akan kebaikan, nescaya Allah SWT akan memberinya kefahaman dalam agama" [HR Bukhari dan Muslim]

Adab Menuntut Ilmu

01.Niat yang ikhlas

Menuntut ilmu bukan untuk lulus dalam perperiksaaan, untuk mendapat kerja yang bagus, untuk dikatakan orang yang bijak atau pelbagai lagi niat yang lain melainkan hanya kerana Allah SWT. Daripada Ibn Umar RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang menuntut ilmu kerana selain daripada Allah SWT ataupun menghendaki menuntut ilmu (sebaliknya) selain daripada Allah SWT, maka disediakan tempat duduknya daripada neraka." [HR Tarmizi]

Niat itu sendiri memainkan peranan yang tinggi dalam sesuatu amalan. Setiap amalan kita akan dinilai oleh Allah SWT berdasarkan niat. Maka niatlah segalanya hanya kerana Allah SWT, kerana sesungguhnya Allah SWT tahu apa yang terdetik dalam hati tiap-tiap manusia.

02.Beradab dengan orang yang memberi ilmu

Imam Syafie pernah bekata:

"Sesiapa yang ingin dibuka hatinya oleh Allah, maka hendaklah ia berkhalwah, sedikit makan, menjauhi daripada bergaul dengan orang yang bodoh, dan membenci orang yang tidak berlaku adil dan tidak beradab daripada kalangan mereka yang berilmu" [Kitab Majmuk, Syarah Mazhab, jilid 1, m/s 31]

Pada pendapat saya dalam hal beradab dengan guru, ia memerlukan perbahasan yang panjang. Namun secara ringkasnya bagi kita sebagai penuntut, adab-adab ini haruslah disesuaikan mengikut situasi. Janganlah kita terlalu menghormatinya sehinggakan mengakui kesilapan yang guru itu lakukan dan janganlah juga kita terlalu memperlecehkan sehingga guru itu tidak ikhlas

Page 19: Adab adab menuntut ilmu

dalam memberi ilmu kepada kita. Hormatnya kita akan guru berubah mengikut situasi dimana hormatnya seorang kanak-kanak tadika dengan gurunya berbeza dengan hormatnya mahasiswa dengan pensyarah.

03.Bersabar dalam menuntut ilmu

Imam Syafie pernah berkata:

"Tidak diperolehi ilmu kecuali dengan bersabar atas kesengsaraan." [Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, Husin Ya'cob, m/s: 237

04. Tulis setiap yang dipelajari

Sahabat Rasulullah SAW sendiri menulis jika ingin menuntut ilmu, adakah kita lebih baik dari mereka dengan tidak menulis apa yang dipelajari?

Abu Hurairah berkata: 

"Tidak ada seorangpun daripada sahabat Rasulullah SAW yang paling banyak meriwayatkan hadis kecuali Abdullah bin Amr bin al Asr, maka sesungguhnya dia telah menulis dan aku tidak menulis" [HR Ahmad dan Baihaqi]

05.Rendah diri

Imam Ahmad bin Hambal berkata:

"Kami diperintahkan supaya tawadhu' (rendah diri) kepada siapa yang kami pelajari ilmu daripadanya." [Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, Husin Ya'cob, m/s 274]

06.Menjahui dari kenyang yang berlebihan

Ibn Jama'ah berkata:

"Sebesar-besar perkara yang menolong seorang penuntut ilmu dengan kefahaman dan tidak rasa jemu adalah makan sekadarnya daripada makan yang halal." [Kitab Fadhlu al Ilmi wa Adab Talabihi, m/s 222]

07.Tidur yang sedikit

Page 20: Adab adab menuntut ilmu

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman (syurga) dan mata air, mereka mengambil apa yang diberikan Tuhan kepada mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu (di dunia) adalah orang-orang yang berbuat baik; mereka sedikit sekali tidur di waktu malam dan pada akhir malam mereka meminta ampun (kepada Allah SWT)." [Az Zariyat 51 : 15 – 18]

08.Kurangkan berkata-kata yang tidak menfaat

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka bercakaplah dengan perkataan yang baik ataupun diam." [HR Bukhari dan Muslim]

PENUTUP:

Tiada adab yang lebih sempurna melainkan kita mengikuti adab Rasulullah SAW dan adab mereka yang segenarasi dengan Rasulullah SAW (sahabat), generasi setelahnya (tabi'in) kemudian setelahnya (tabi' tabi'in).

Saya menasihati para pembaca sekalian agar dalam usaha kita untuk menuntut ilmu agama, seharusnya memperbanyakkan adab-adab dalam menuntut ilmu. Namun adab-adab tersebut seharusnya jangan terlalu 'fanatik' sehinggakan memperbetulkan apa yang salah dari mereka yang kita hormati. Manakah yang kalian lebih cintai sama ada pemberi ilmu atau kebenaran? Dan kebenaran itu juga seharusnya dengan ilmu.

Hanya ilmu yang layak untuk menjadi pegangan kita sebagai ummat akhir zaman ialah al Quran, as Sunnah dan sunnah Khulafa' al Rasyidin seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sesungguhnya barangsiapa di antara kalian yang hidup sepeninggalanku nanti, maka ia akan melihat perselisihan yang banyak. Oleh kerana itu wajib bagi kalian untuk berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah al Khulafa al Rasyidin yang terbina dan terbimbing. Berpeganglah erat-erat denganya dan gigitlah ia dengan gigi gerham." [HR Abu Daud, at Tarmidzi dan lain-lain]

Tinta saya hanyalah dari ilmu yang sedikit namun kerana kesedaran betapa pentingnya adab dalam menuntut ilmu maka saya kongsikan apa yang terbaik dari ilmu yang sedikit ini. Saya memohon dari para 'alim dari segala ilmu untuk menegur jika terdapat salah dan silap dari apa yang saya kongsikan ini. Sungguh tiada yang lebih benar melainkan dari al Quran dan as Sunnah Rasulullah SAW.

- Artikel iLuvislam.com

Page 21: Adab adab menuntut ilmu

Biodata Penulis

Muhammad Salman Al Farisi Bin Muhammad merupakan pelajar Sekolah Menengah Islam Al Irsyad, Kuantan. Kini, beliau sedang menyambung pelajarannya di Maahad Buuth Islami, Kaherah, Mesir.

http://cintanota.blogspot.com/

ADAB-ADAB MENUNTUT ILMU

Posted by saidi on Saturday, April 21, 2012

Bagi seorang pelajar atau murid haruslah menepati beberapa syarat untuk menuntut ilmu agar ilmu yang dicari akan memberi manfaat kepadanya di dunia mahupun di akhirat. Di antara adab-adab yang perlu dimiliki oleh seorang penuntut ialah seperti berikut:

- Niat yang ikhlas kepada Allah swt . Yakni mencari ilmu kerana ia merupakan satu kefardhuan daripada Allah. Mencari ilmu bukan bertujuan untuk mendapat habuan dunia semata-mata atau untuk berdebat dengan orang jahil. Barang siapa yang mencari ilmu dengan tujuan selain daripada kerana Allah swt maka telah siap untuknya neraka Allah swt.

- Tekun dan bertawakkal hanya kepada Allah swt. Sesungguhnya Allah swt sangat suka kepada orang yang melakukan sesuatu pekerjaan lalu ia tekun mengerjakannya. kita hendaklah bertawakkal hanya

Page 22: Adab adab menuntut ilmu

kepada Allah swt. sahaja dalam segenap hal, lebih-lebih lagi dalam masalah menuntut ilmu . Ini kerana kita sebagai hamba hanya mampu berusaha tetapi Allahlah yang menentukan segalanya.

- Menjauhi segala maksiat. Maksiat adalah satu punca daripada punca-punca seseorang pelajar itu susah untuk menerima, memahami dan mengamalkan sesuatu ilmu. Seorang pelajar perlulah berusaha semampu yang boleh untuk mengelakkan dirinya daripada sebarang maksiat. Sekiranya ia melakukan maksiat secara tidak sedar maka segeralah bertaubat kepada Allah swt. Orang yang sempurna bukan orang yang tidak pernah melakukan maksiat tetapi orang yang sempurna ialah orang yang apabila ia melakukan maksiat ia terus bertaubat kepada Allah swt dengan segera.

- Memilih kawan yang soleh. Kawan memainkan peranan penting bagi orang yang hendak menuntut ilmu. Kita akan senang terpengaruh dengan akhlak kawan, sekiranya kita memilih kawan yang soleh mudah-mudahan kita akan menjadi insan yang soleh juga.

- Banyakkan zikir atau mengingati Allah swt. Kita tidak akan melakukan sesuatu maksiat di saat kita mengingati Allah swt. Zikir juga akan memberi ketenangan kepada jiwa kita. Apabila jiwa kita tenang maka segalah masalah akan dapat diselesaikan dengan baik.

- Menghormati diri sendiri dan orang lain. Ramai orang yang boleh menghormati orang lain tetapi tidak ramai orang yang mampu menghormati diri sendiri seperti tidak melakukan perkara-perkara yang boleh merosakkan badan,roh dan akal.

- Doa daripada ibubapa. Doa ibubapa memainkan peranan penting dalam kejayaan seseorang pelajar. Doa yang tidak akan ditolak oleh Allah swt ada tiga golongan iaitu doa orang yang dizalimi,doa ibubapa dan doa orang musafir.

- Menghormati guru. Seorang pelajar wajib menghormati gurunya untuk mendapat keberkatan dalam hidupnya. Gurulah yang berkorban untuk menjadikan kita seorang yang berilmu pengetahuan sehingga dapat memasuki menara gading dan mendapatkan pekerjaan yang baik.

- Beramal dengan ilmu yang dipelajari. Allah amat murka kepada mereka yang mempunyai ilmu tetapi tidak mengamalkannya. Ilmu yang tidak diamal ibarat pohon yang tidak berbuah.

MUTIARA KATA UNTUK PELAJAR-PELAJARPESANAN LOKMAN Wahai anakku ! Tidaklah dinamakan kebaikan sekalipun kamu sibuk mencari dan mengumpul ilmu pengetahuan tetapi tidak pernah mengamalkannya. Perbuatan ini tak ubah seperti seorang pencari kayu api yang sentiasa menambah timbunan kayunya sedangkan ia tidak mampu untuk mengangkatnya.