29
EBI 3173 AKHLAK NAMA PENSYARAH: USTAZ MOHD.KAMIL BIN ISMAIL TAJUK: ADAB DALAM HIDUP BERMASYARAKAT DISEDIAKAN OLEH: NURHANANI BINTI CHE GHANI 1112978 NOR HASLINDA BT HASHIM 1112969 ZURAINI BT ZAINON 1112879 KDCN5 ( PPG) SEMESTER 5 ( 2014)

Akhlak present pwr point 2014

Embed Size (px)

Citation preview

EBI 3173 AKHLAK

NAMA PENSYARAH:USTAZ MOHD.KAMIL BIN ISMAIL

TAJUK:ADAB DALAM HIDUP BERMASYARAKAT

DISEDIAKAN OLEH:

NURHANANI BINTI CHE GHANI 1112978 NOR HASLINDA BT HASHIM 1112969 ZURAINI BT ZAINON 1112879

KDCN5 (PPG) SEMESTER 5 (2014)

Adab bermasyarakat adalah sebahagian daripada agama yang tidak boleh dipisahkan.

Seorang Islam yang sempurna ialah yang dapat melaksanakan segala bahagian agama dan berakhlak mulia.

Di dalam segala segi dia hendaklah bertingkah laku sebagai seorang Islam, dan tidak menyerupai orang-orang kafir.

TAJUK:ADAB DALAM HIDUP BERMASYARAKAT

Pengertian Akhlak Menurut Sarjana lslamAkhlak dari segi bahasa bermaksud:

kebiasaan, tabiat atau maruah. • a) Imam Al Ghazali

Akhlak ialah suatu sifat yang tertanam dalam jiwa.

Daripada jiwa itu ,…timbul perbuatan2 tanpa

melakukan pertimbangan fikiran.

• b) Prof.Dr.Ahmad Amin

Akhlak sebagai kehendak yang dibiasakan.

Ertinya, kehendak itu apabila membiasakan sesuatu, maka kebiasaan itu dinamakan akhlak.

Pengertian Masyarakat

Hammudah Abdalati mendefinisikan masyarakat sebagai, suatu kelompok yang mencakup/meliputi dua karakter tertentu:

(1).Kelompok yang didalamnya terdapat individu-individu yang dapat memiliki sebahagian besar kegiatan dan berbagai pengalaman yang sangat berguna baginya.

2.Kelompok dimana orang yang berada didalamnya terikat oleh tanggung jawab dan oleh identiti bersama.

Dan H. Abu Ahmadi dalam bukunya “ilmu sosial dasar” mendefinisikan bahawa masyarakat adalah golongan besar atau kecil dari beberapa manusia, yang dengan sendirinya bertalian secara golongan dan mempunyai pengaruh antara satu sama lain.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud,…

“Hak orang Islam atas orang Islam ada 6 perkara, iaitu:

1. Apabila bertemu hendaklah ucapkan salam.

2.Apabila dia memanggil hendaklah memperkenankan.

3.Apabila dia meminta nasihat berilah nasihat kepadanya.

4. Apabila dia bersin dengan memuji Allah maka hendaklah mohonkan rahmat buatnya,

5. Apabila dia sakit hendaklah ziarahi,

6.Apabila dia meninggal hendaklah hantarkan jenazahnya ke kubur… .

Sabda Rasulullah s.a.w lagi …..

“Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga ia menyintai saudaranya apa yang dia cintai buat dirinya sendiri”.

Sabda Rasulullah lagi bermaksud;…

“orang mukmin terhadap mukmin adalah laksana satu bangunan rumah, di mana satu bahagian menguatkan bahagian yang lain”.

Rasulullah s.a.w. juga bersabda bermaksud:… “Dan Allah selalu menolong hambaNya selagi

hamba itu mahu menolong saudaranya.”

Adab Dalam Memilih Sahabat

1.Akal, budi pekerti yang baik, tidak fasik & tidak tamak.

2.Allah s.w.t mengingatkan dalam al-Quran Surah al-Kahfi:28 yang bermaksud:

“Dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati & mematuhi pengajaran Kami di dalam A-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya”.

3.‘Alqamah pernah memberikan wasiat kepada puteranya dengan berkata: …

“Wahai anakku, jikalau engkau merasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka pilihlah yang mempunyai sifat2 ini iaitu;

(1) Jikalau engkau melayaninya ia suka melindungimu, jikalau engkau bersahabat dengannya ia akan merupakan hiasan bagi dirimu.

(2)Jika engkau dalam keadaan kekurangan nafkah ia mencukupi keperluanmu…”

*-(rujuk buku Ihya’ Ulumuddin m/s.466-468)

Adab Sopan Pergaulan Dengan Seluruh Lapisan Masyarakat

Hadapi kawan / musuh dgn wajah gembira & penuh kerelaan, kesopanan & ketenangan. Jangan menampakkan wajah angkuh/sombong.

Bertutur dan berbicara dengan penuh tata tertib dan dengarlah percakapan orang di hadapanmu dengan hati2 tanpa menunjukkan kehairanan

Jangan bercakap sesuatu yang membanggakan diri sendiri, anak2 atau sesuatu yang menjadi kebanggaan pada diri sendiri.

Hindarkan sikap keras hati dan suka bertegang urat kerana kebaikannnya amat sedikit berbanding keburukannya sebaliknya jikalau perlu bersikap lemah lembut dan mengalah maka lakukanlah tanpa menunjukkan sifat lemah dan daif.

Jikalau berdebat berpeganglah dengan kesopanan. Jauhkanlah sikap tergesa2 dan banyak berisyarat dengan menggunakan tangan.

Sekiranya sedang marah, maka diamlah dahulu dan apabila reda ucaplah isi hati dengan baik.

Apabila dalam sesuatu majlis itu banyaknya gurau senda maka sebaiknya sewaktu berdiri meninggalkan majlis hendaklah ingat dan berzikir kepada Allah.

Jangan menganggap rendah, kecil, atau hina kepada sesiapapun baik yang masih hidup atau telah mati.

Jangan menilai seseorang itu berdasarkan hartanya atau keadaan keduniaan yang dimilikinya.

Adab-Adab Takziah

1.Selalu merendah diri.

2.Menunjukkan perasaan simpati dan dukacita.

3.Bersama-sama berkabung.

4.Mengurangkan percakapan.

5.Tidak tersenyum-senyum.

Adab Menghantar Jenazah

1. Bersikap tenang, sopan dan tidak mengenang-ngenang keadaan mayat.

2. Berniat untuk memperbanyakkkan amalan soleh dan terus melaksanakannya.

3. Mempercepatkan pengebumian jenazah adalah sunat.

Hak-Hak Jiran

1. Hendaklah mendahulukan ucapan salam kepadanya setiap kali bertemu.

2.Jangan terlalu banyak bertanya keadaannya sehari-hari.

3.Ziarahilah jika diri & keluarganya ditimpa musibah atau sakit.

4.Tunjukkan simpati dan berikan pertolongan walaupun tidak diminta.

5.Menyatakan perasaan gembira apabila memperoleh kesenangan atau kurniaan dari Allah.

6.Ampunilah segala kesalahannya apalagi yang tidak disengajakannya.

7.Jangan mengintai kecacatan atau keburukannya.

8.Jangan buat sesuatu yang tidak menyenangkannya.

9.Jangan menyempitkan jalan menuju ke rumahnya.

10. Jangan mengintai2 apa yang dibawa olehnya ke dalam rumah.

11. Tutuplah kecacatan yang kamu nampak dan janganlah hebohkan pada sesiapapun.

12. Berikanlah ia semangat untuk terus berusaha menghadapi kesukaran.

13.Jangan mendengar kata-kata orang lain yang mengeji dirinya seperti umpatan dll.

14. Tundukkanlah matamu sewaktu melihat isterinya.15. Bersikap lemah lembut terhadap anaknya baik

dalam percakapan dan perbuatan.16. Tunjukkanlah sesuatu yang tidak diketahui

olehnya baik dalam urusan dunia dan akhirat.

Imam al-Ghazali, Ihya’ Ulumuddin, Jil.2 hlm 190, dinukilkan daripada Dr. Ahmad Shalaby, Kehidupan Sosial Dalam Pemikiran Islam, hlm. 268-269. Imam al-Ghazali menegaskan bahawa hak jiran adalah seperti berikut….

1.Hendaklah seseorang itu memulakan memberi salam kepada jirannya.

2.Melawatnya ketika sakit.3.Memberi ta’ziyah dalam

musibah dan turut sama menanggungnya .

4.Memberi tahniah dalam kegembiraanya dan turut sama menikmatinya.

5.Memaafkan segala kekhilafan

6.Tidak menggangu ahli rumahnya

7.Tidak menghalangnya berjalan ke rumahnya

8.Menutup daripada apa yang tersingkap daripada kesalahan-kesalahan...

Kesimpulannya ,…

Akhlak ialah tingkahlaku yang dipengaruhi oleh nilai2 yang diyakini oleh seseorang dan sikap yang menjadi sebahagian daripada keperibadiannya. Nilai2 dan sikap itu terpancar daripada aqidahnya iaitu gambaran tentang kehidupan yang dipegang dan diyakininya

Oleh itu,

Masyarakat yang dikuasai dan dianggotai olehnilai2 dan akhlak yang baik akan melahirkanmasyarakat yang sejahtera dan sebaliknya jikamasyarakat dikuasai oleh individu yang mempunyai nilai2 dan tingkahlaku yang burukmaka akan porak peranda dan kacau bilaumasyarakat sekelilingnya… .

VIDEO

Sekian,

Terima kaSih…