26
BENTUK penghasilan bentuk melalui teknik lukisan bentuk tangan dihasilkan melalui teknik lukisan 1. Bentuk mempunyai struktur jisim dan isi padu. Ia mempunyai lebih daripada satu permukaan dan bersifat tiga dimensi (3D) 2. Bentuk merupakan satu unsur yang amat penting dalam penghasilan karya seni yang bersifat realistik. 3. Penggunaan unsur-unsur seni yang lain dapat digunakan bagi menghasilkan bentuk seperti garisan, jalinan, rupa, ruang dan warna. 4. Garis luar sesuatu objek yang akan berubah mengikut arah pandangan mata.

Bentuk / warna / ruang

Embed Size (px)

Citation preview

BENTUK

penghasilan bentuk melalui teknik lukisan

bentuk tangan dihasilkan melalui teknik lukisan

1. Bentuk mempunyai struktur jisim dan isi padu. Ia mempunyai lebih daripada satu permukaan dan

bersifat tiga dimensi (3D)

2. Bentuk merupakan satu unsur yang amat penting dalam penghasilan karya seni yang bersifat

realistik.

3. Penggunaan unsur-unsur seni yang lain dapat digunakan bagi menghasilkan bentuk seperti

garisan, jalinan, rupa, ruang dan warna.

4. Garis luar sesuatu objek yang akan berubah mengikut arah pandangan mata.

Ciri-ciri bentuk

1. Bersifat tiga dimensi (3D) – mengandungi ketinggian, lebar dan kedalaman.

2. Berstruktur - mempunyai rangka yang membolehkan membentuk form atau isipadu dengan tepat

dan sempurna.

3. Boleh dilihat dari semua arah – mempunyai lebih dari satu permukaan.

4. Terdapat bayangan – mempunyai kesan cahaya dan bayang

Jenis-jenis Bentuk

A. Bentuk Konkrit

1. Bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi dan dapat dirasa, disentuh dan dilihat daripada pelbagai

sudut.

2. Mempunyai ciri-ciri nyata dan maujud (benar-benar wujud di hadapan mata)

3. Contoh benda berbentuk konkrit ialah seperti batu, kayu, meja, kereta dan sebagainya.

bentuk konkrit - meja

bentuk konkrit - bola

B. Bentuk Ilusi

1. bentuk ilusi ialah bentuk yang dihasilkan melalui kemahiran penggunaan unsur-unsur seni seperti

warna, garisan dan lain-lain.

2. Bentuk objek yang dilihat dan dihasilkan melalui lukisan, catan, fotografi, cetakan atau pada

permukaan rata (bersifat dua dimensi)

3. Bentuknya tidak dapat disentuh tetapi hanya dapat dinikmati melalui deria penglihatan.

4. Bagi menghasilkan karya 2 dimensi yang dapat mencipta bentuk, penggunaan kesan cahaya dan

bayang merupakan faktor terpenting.

bentuk ilusi teknik komputer grafik

bentuk ilusi teknik catan

Vincent Van Gogh 'Still Life"

Membina Bentuk Konkrit

Bentuk boleh dihasilkan melalui :-

1.Garisan – anyaman (rotan, lidi, buluh) , tenunan (benang, tali), lingkaran (dawai)

2.Rupa – potongan kadbod (polihidera), teknik lipatan kertas (seni origami), teknik lipatan kain

(topologi)

3.Bentuk juga boleh dibina dengan menggunakan tanah liat, plaster of paris, kayu, lilin, sabun, batu,

kaca dan sebagainya.

penggunaan unsur garisan iaitu daripada teknik anyaman dapat menghasilkan bentuk konkrit

potongan dan lipatan kadbod mecipta bentuk kotak

penggunaak kertas yang disulam dan dilipat menghasilkan bentuk

WARNA Warna ialah sifat cahaya yang ditentukan oleh panjang gelombang (atau oleh kandungannya sebagai

paduan untuk beberapa panjang gelombang). Julat panjang gelombang nampak

untuk cahayadikenali sebagai spektrum nampak , atau dengan mudah sahaja sebagai spektrum.

Istilah warna boleh juga merujuk kepada sifat objek-objek atau bahan-bahan yang ditentukan oleh

jenis panjang gelombang yang dipantul, dihantar, atau dipancar. Biasanya, hanya ciri -ciri kandungan

cahaya yang dapat dikesan oleh manusia diambil kira dan oleh itu, warna juga boleh dianggap

sebagai satu fenomena psikologi. Pengolahan berbagai-bagai kegunaan istilah ini merupakan tugas

utama falsafah semasa.

Oleh sebab persepsi warna berasal daripada kepekaan sel kon dalam retina yang berbeza-beza

terhadap bahagian-bahagian spektrum yang berlainan, warna boleh ditakrifkan melalui tahap

perangsangan sel-sel itu oleh panjang gelombang cahaya. Fisiologi warna dibincangkan di bawah.

Sains warna kekadang dipanggil kromatik dan termasuk persepsi warna oleh mata dan otak manusia,

asal warna dalam bahan-bahan, teori warna dalam bidang seni, serta fizik sinaran

elektromagnetdalam julat nampak (iaitu, apa yang kita biasa merujuk dengan mudah

sebagai cahaya). Sebagai fenomena persepsi, warna seakan-akan pic dalam pendengaran,

walaupun mekanisme-mekanisme pengamatan nada amat berbeza.

Jenis-jenis Warna

Warna Asas

Tiga warna asas. Dari kiri:Merah,Biru,kuning

warna asas merupakan warna-warna yang paling hebat kuasanya. Ia merupakan warna yang utama

dalam pembentukan warna-warna yang lebih pelbagai. Warna asas juga dikenali sebagai

warnaprimer. warna asas terdiri daripada 3 warna iaitu:

Merah

Biru

Kuning

Warna Sekunder

Warna Sekunder ialah warna yang terhasil daripada campuran dua warna asas. tiga warna sekunder

tersebut ialah:

Warna Asas 1 Campuran Warna Asas 2 Hasil Warna

Merah + Kuning Jingga

Kuning + Biru Hijau

Biru + Merah Ungu

Warna Tertier

Campuran satu warna asas dengan warna sekunder di sebelahnya. Warna tertier terdiri daripada 6

warna.

Warna Asas Campuran Warna Sekunder Hasil Warna

Kuning + Hijau Kuning Hijau

Kuning + Jingga Kuning Jingga

Merah + Jingga Merah Jingga

Merah + Ungu Merah Ungu

Biru + Ungu Biru Ungu

Biru + Hijau Biru Hijau

Ton Warna

Ton Warna disebabkan oleh kesan pancaran terang atau gelap sesuatu warna. Ia dihasilkan melalui

campuran warna asal dengan putih atau hitam mengikut kadar tertentu. Warna lebih terang jika

dicampurkan dengan warna putih. Warna menjadi gelap apabila dicampurkan dengan warna hitam

Jika menggunakan cat air, lebih air dicampurkan untuk mendapatkan warna cera. Untuk

mendapatkan ton warna gelap, warna ditindihkan lapisan demi lapisan. Ton warna merupakan jenis

warna yang berguna untuk mencipta ruang dan bentuk tiga dimensi dalam seni tampak. Gubahan Warna

Sewarna

Sewarna adalah kesan gubahan satu warna dalam beberapa ton.Ia juga dikenali sebagai warna

monokrom Nilai warna lebih rendah jika dicampurkan dengan lebih warna putih. Nilai warna akan

terus meningkat jika dicampurkan dengan warna hitam. antara kelebihan sewarna atau warna

monokrom ini ialah:

Dapat menimbulkan suasana yang harmoni dan selesa

Boleh menimbulkan gambaran ruang dan perspektif dalam catan

Sesuai untuk ciptaan tekstil, hiasan dalaman, ubin, perabot dan sebagainya.

Kesan ton warna cat air

Contoh ton warna di alam sekeliling

Warna Kroma

Kroma adalah nilai ukuran kuasa warna. Ia dihasilkan melalui campuran warna tersebut dengan

penggenapnya. Nisbah campuran dengan warna penggenap akan menentukan nilai kuasanya.Kuasa

warna kroma boleh dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu cerah, sederhana dan pudar Warna

kroma menggambarka kesan yang lebih pudar daripada warna asalnya.Hasil karya catan yang

menggunakan warna kroma dapat menimbulkan perasaan rindu, sunyi, sedih dan nostalgia.

Warna Neutral

Warna ton antara putih dan hitam

Warna neutral adalah pelbagai jenis warna kelabu yang tonnya terletak diantara putih dan hitam.

Warna neutral juga merujuk kepada warna kroma campuran dua warna penggenap dengan nisbah

tertentu dan menghasilkan warna baru yang telah hilang nilai kedua-dua warna asalnya. Contoh

warna seperti ini ialah perang, khaki, warna kulit , sawo matang dan sebagainya. Kesan Warna

Inspirasi

Warna dapat mengubah citarasa, mempengaruhi cara pandang kita, akan ruang , menutupi

keketidaksempurnaan dan mewujudkan suasana atau kenyamanan yang unik untuk semua orang.

Warna adalah cara yang paling pantas dan paling kuat

Warna Panas dan Warna Sejuk

kumpulan warna panas dan warna sejuk

Warna Panas

1. Terdiri daripada kumpulan warna merah, jingga dan kuning, termasuk warna merah jingga, merah

ungu, dan kuning jingga.

2. Menimbulkan suasana yang ceria, meriah, riang dan sebagainya.

3. Warna-warna panas akan kelihatan lebih menonjol kehadapan.

4. Sesuai untuk catan bertemakan perayaan, peperangan, kemeriahan, pesta dan sebagainya.

5. Contoh bahan-bahan sekitar yang di dalam kumpulan warna panas

kumpulan warna merah dari cili

merah, jingga, kuning, putih dan hitam dapat menimbulkan suasana panas dalam sesebuah karya

merah dan jingga serta kuning

Warna Sejuk

1. Merupakan kumpulan warna-warna biru, hijau, ungu, biru ungu, biru hijau dan merah ungu.

2. Menimbulkan suasana nyaman, selesa, sejuk, segar, sedih dan sunyi .

3. Warna-warna ini menghasilkan ilusi kejauhan dan kebelakang.

4. Sesuai jika digunakan untuk menghasilkan kertas dinding, catan bertema alam semulajadi,

kematian, kesegaran.

5. Contoh objek alam yang mempunyai kumpulan warna-warna sejuk seperti

laut dan langit

bunga lily berwarna ungu berlatarbelakang daun yang hijau

campuran warna biru , hijau dan ungu menimbulkan suasana sejuk

Perspektif Warna

Bagi menghidupkan lagi sesebuah karya, pengetahuan dalam gubahan perspektif warna amatlah

penting kerana dengan penggunaan campuran warna yang betul dapat menampakkan kadar

kedalaman sesebuah ruang samada ruang cetek atau dalam. Selain daripada saiz objek yang dilukis

semakin kecil ke belakang.

bangunan dan manusia yang semakin jauh selain daripada dilukis dengan saiz yang lebih kecil,

diwarnakan juga dengan warna yang semakin pudar bagi menampakkan kesan ruang

bangunan dan pokok yang semakin jauh diwarnakan dengan warna

yang semakin pudar ke belakang

1. Perubahan ton warna sama ada daripada terang kepada gelap atau sebaliknya iaitu daripada

gelap kepada terang dapat menampakkan kedalaman sesebuah ruang.

2. Semakin jauh kedalaman sesuatu ruang, semakin pudar warna objek -objek di dalamnya. Contoh

yang biasa kita lihat iaitu bukit bukau di sekeliling kita. Warna bukit akan berubah daripada hijau

kekuning-kuningan kepada hijau pudar kebiru-biruan.

warna hijau kekuningan akan berubah menjadi semakin

pudar kebiru-biruan pada alam semulajadi

3. Nilai ukuran kuasa warna atau warna kroma juga boleh menghasilkan perspektif warna

Blue Bells Woodland Walk by artist Delmus Phelps

warna objek (pokok) diwarnakan dengan warna kroma dan semakin pudar di ruangan belakang

4. Perspektif warna lebih jelas dikesan apabila gubahan tersebut menggunakan warna harmoni atau

sewarna. warna sewarna merupakan gubahan satu warna dengan hitam dan putih, semakin jauh

objek, warna dicampur dengan putih, manakala semakin dekat, warna dicampur dengan hitam atau

warna gelap.

1. Ruang adalah kawasan kosong di sekeliling sesuatu objek, jarak di antara dua objek dan di dalam

sesuatu objek.

kawasan kosong di sekeliling objek

jarak antara dua objek

kawasan di dalam sesuatu objek

2. Ruang wujud di alam nyata dan dalam sesebuah karya seni.

3. Objek yang sama saiz akan kelihatan lebih besar jika berada di hadapan dan akan kelihatan

semakin kecil apabila berada di belakang/jauh.

mug merah lebih besar berbanding mug putih yang berada di belakang

bahagian bawah mug ini pula kelihatan lebih kecil berbanding bahagian atas kerana jaraknya yang

lebih jauh

pokok-pokok ini kelihatan mengecil ke atas kerana berada lebih jauh berbanding bahagian pangkal

pokok

4. Warna objek yang di hadapan akan kelihatan lebih jelas, manakala warna objek di belakang pula

akan kelihatan semakin kabur.

warna objek juga menjadi semakin kabur jika semakin jauh ke belakang

5. Semua unsur seni iaitu garisan, jalinan, rupa, bentuk dan warna memainkan peranan dalam

mewujudkan ilusi ruang dalam sesebuah karya seni visual.

jalinan pada sesuatu objek juga semakin mengecil dan pudar apabila jarak semakin ke belakang

Jenis-jenis ruang

1. Ruang terbahagi kepada dua jenis

ruang fizikal

ruang ilusi

a. Ruang fizikal atau ruang nyata

i. Ruang terbuka – ruang bagi kawasan lapang seperti padang, taman bunga, pantai dan lain-lain.

taman bunga

tepi pantai

ii. Ruang tertutup – ruang bagi kawasan yang sempit seperti di dalam bilik atau di dalam

sesebuah bangunan.

di dalam sebuah bangunan

di dalam bilik

b. Ruang ilusi atau maya – wujud dalam karya seni seperti lukisan, catan, cetakan, seni fotografi

dan sebagainya

i. Ruang dalam – ruang yang memperlihatkan kesan perspektif hasil daripada penggunaan

elemen asas seni reka seperti dalam catan landskap.