26
SEGALA KARYA DAN HASIL IDEA ADALAH TERKANDUNG DALAM HAK CIPTA TERPELIHARA PUSTAKA AL- RAZI. ALL COPY RIGHT SERVED. SIMPLE SCIENCE INQUIRY MIND ONE STEP FORWARD ICE BREAKING

buletin pss

Embed Size (px)

DESCRIPTION

 

Citation preview

Page 1: buletin pss

SEGALA KARYA DAN HASIL IDEA ADALAH TERKANDUNG DALAM HAK CIPTA TERPELIHARA PUSTAKA AL-RAZI. ALL COPY RIGHT SERVED.

SIMPLE SCIENCE

INQUIRY MIND

ONE STEP FORWARD

ICE BREAKING

Page 2: buletin pss

Bil. Isi kandungan M/S1 AHLI JAWATAN KUASA &

SIDANG REDAKSI2

2 SEKAPUR SIRIH 33 ICE BREAKING 4-64 INQUIRY MIND 75 ONE STEP FORWARD 86 SIMPLE SCIENCE 97 AKTIVITI BULAN JANUARI

HINGGA MAC10-13

8 KARYA PELAJAR 14-199 SUDOKU 2010 CROSSWORD 21

ISI KANDUNGAN

Page 3: buletin pss

Daripada Abu Said Al-Khudri r.a. berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda, “Orang yang berilmu itu tidak akan puas dari mencari ilmu yang didengarinya sehingga adalah kesudahannya itu di dalam syurga.”

Daripada Abu Said Al-Khudri r.a. berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda, “Orang yang berilmu itu tidak akan puas dari mencari ilmu yang didengarinya sehingga adalah kesudahannya itu di dalam syurga.”

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda, “Tuntutlah ilmu dengan bersungguh-sungguh, dan tentu telah bersama ilmu itu akan ketenteraman dan kewibawaan dan hendaklah kamu bersifat tawadhuk bagi guru yang kamu belajar kepadanya.”

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda, “Tuntutlah ilmu dengan bersungguh-sungguh, dan tentu telah bersama ilmu itu akan ketenteraman dan kewibawaan dan hendaklah kamu bersifat tawadhuk bagi guru yang kamu belajar kepadanya.”

Page 4: buletin pss

AHLI JAWATANKUASA PENGAWAS PUSAT SUMBER

SMK LUNAS SESI 2011PENAUNG : EN. ABDUL RAZAK BIN MAT NOH

GURU PENASIHAT : PN. BARIZAH BT BAHAROMPENGERUSI : NURAINI BT ABD RAHMAN

NAIB PENGERUSI : MUHAMAD KHAIRUL NA’IM BIN ABU HASAN

SETIAUSAHA : NUR SHAHIDATUL AKMAL BT MUSTAFAPEN. SETIAUSAHA : NOR SALEHA BT IDRIS

BENDAHARI : LIM CAI ZHEN

SIDANG REDAKSIKETUA PENGARANG: NUR AFIFAH BT HARON

FOTOGRAFI DAN SIBER: SITI NOR HAWA BT ABLAH PRODUKSI & REKAAN: NADZIRAH BT AIHSAN

WARTAWAN :AIMI FATIN BALQIS BT ABU BAKAR

:NUR FATIN SAHIRA BT MOHD FAIDZAL

Page 5: buletin pss

SEKAPUR SIRIH

Salam ukhwah dan salam satu Malaysia diucapkan kepada semua pengguna Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Lunas. Terlebih dahulu saya mewakili semua ahli bidang redaksi yang terlibat dalam pengeluran buletin PSS edisi bulan Januari hingga Mac ini ingin merakamkan ucapan terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan oleh Guru Pusat Sumber, Pn. Bariza Baharom. Beliau telah banyak membantu sepanjang pendokumentasian buletin ini. Semangat yang beliau tunjukan perlu dicontohi dalam dalam memberi nasihat dan pandangan bernas semasa kami mengumpul bahan dan artikal yang berkaitan. Selain itu, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua ahli sidang redaksi yang telah bertungkus-lumus menjayakan pendokumentasian ini. Dalam keluaran sulung bagi tahun 2011 ini, buletin PSS memaparkan secara ringkas perihal kepelbagaian maklumat yang boleh didapati oleh pelajar mahupun guru sekolah ini. Keluaran kali ini meliputi skop pendidikan yang lebih luas sebagai usaha menarik minat warga SMK Lunas untuk pergi ke pusat sumber. Adalah diharapkan supaya pembaca dapat memanfaatkan buletin PSS ini dan menyedari bahawa pusat sumber merupakan gedung ilmu pengetahuan yang meliputi pelbagai aspek pendidikan. “SELAMAT MEMBACA!” NUR AFIFAH BT HARONKetua Pengarang,TINTA, Buletin PSS

Page 6: buletin pss

ICE BREAKING........!!!!

NAMA: NURAINI ABD RAHMAN TINGKATAN: 5 SC 1 TARIKH LAHIR: 17 JULAI 1994 JAWATAN: PENGERUSI

KOMEN: BERUSAHA MENCAPAI SESUATU YANG DIIMPIKAN. SEMOGA SEMUA PENGAWAS PERPUSTAKAAN DAPAT BEKERJASAMA DENGAN BAIK DAN APA YANG DIRANCANG BERJALAN DENGAN LANCAR. SAYA BERHARAP PENGAWAS PERPUSTAKAAN DAPAT MENJALANKAN AMANAH YANG DIBERIKAN DENGAN BAIK DAN PENUH DEDIKASI.

Page 7: buletin pss

NAMA: MUHAMAD KHAIRUL NA’IM B ABU HASAN

TINGKATAN: 5 SC 2

TARIKH LAHIR: 5 MEI 1994

JAWATAN: NAIB PENGERUSI

KOMEN:

SAYA BERHARAP PERPUSTAKAAN SEKOLAH SAYA AKAN LEBIH KONDUSIF DAN PROAKTIF. SAYA JUGA BERHARAP SEMUA AHLI PUSAT SUMBER AKAN MEMJALANKAN TUGAS DENGAN SEMPURNA. SELAIN ITU, SAYA BERHARAP SUASANA PERPUSTAKAAN AKAN LEBIH CERIA DAN MENARIK.

Page 8: buletin pss

NAMA: NUR SHAHIDATUL AKMAL BT MUSTAFA

TINGKATAN: 5 PA 1

TARIKH LAHIR: 15 JULAI 1994

JAWATAN: SETIAUSAHA

KOMEN: SAYA BERHARAP PARA PELAJAR YANG MENGGUNAKAN PUSAT SUMBER AKAN AKUR PADA PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN. SAYA HARAP PARA PELAJAR DAPAT MENDISIPLINKAN DIRI AGAR TIDAK MEWUJUDKAN KEKECOHAN DI DALAM PUSAT SUMBER. SELAIN ITU, SIFAT HORMAT-MENGHORMATI PELU DITANAM DALAM DIRI PELAJAR.

Page 9: buletin pss

NAMA: NOR SALEHA BT IDRIS

TINGKATAN: 5 SC 1

TARIKH LAHIR: 20 MAC 1994

JAWATAN: PENOLONG SETIAUSAHA

KOMEN: SAYA BERHARAP PERPUSTAKAAN INI AKAN DI TAMBAH BAIKKAN. MENBAHAGIKAN TEMPAT-TEMPAT DENGAN LEBIH PRATIKAL AGAR TEMPET-TEMPAT DIDALAM PERPUSTAKAAN AKAL LEBIH TERSUSUN.

Page 10: buletin pss

NAMA: LIM CAI ZHEN

TINGKATAN: 5 SC 1

TARIKH LAHIR: 18 JANUARI 1994

JAWATAN: BENDAHARI

KOMEN: SAYA MENDAPATI BAHAWA PERPUSTAKAAN KITA KEKURANGAN BILANGAN BUKU RUJUKAN PMR DAN SPM. NAMUN, PIHAK PENTADBIRAN TELAH MENGATASI MASALH TERSEBUT. DI SAMPING ITU, KOMPUTER YANG TIDAK BERFUNGSI TELAH DI HANTAR UNTUK DIBAIKI. PELBAGAI USAHA TELAH DILAKUKAN BAGI MENAMBAH BAIK MUTU PERKHIDMATAN PSS KITA.

EVERYONE THINK OF CHANGING THE WORLD, BUT NO ONE THINK OF CHANGING HIMSELF

EVERYONE THINK OF CHANGING THE WORLD, BUT NO ONE THINK OF CHANGING HIMSELF

Page 11: buletin pss

INQUIRY MIND......!!!WHAT IS THE WORLD’S LARGEST FISH???? THE SMALLEST????The largest is the whale shark, which grows to move than 50 feet in length and may weigh several tons. The second largest is the basking shark, which may measure 35 to 40 feet long. The smallest fish is the tiny goby, an inhabitant of fresh-to-brackish-water lakes in Luzon, Philippines. It seldom is longer than a half inch at adulthood, yet is so abundant it supports a fishery.

CAN A MAN HAVE A BABY????OPPSS, a man can’t give birth to baby. In reproduction, males and females both contribute genetic material to a baby, but only the woman has the right body part for a baby to grow and be born. The process starts when a man’s sperm fertilizes a woman’s egg, which is in the lower part of her abdomen. Over nine months, the egg grows into a whole baby – that’s why a pregnant woman has big bellies. Then the baby is pushed out of the mother through the birth canal. Men just don’t have the right equipment to do this stuff. Can you just imagine that how man could possibly deliver the baby.

A man should possibly think like a true man but he should act like a woman in order to achieve success.

A man should possibly think like a true man but he should act like a woman in order to achieve success.

Page 12: buletin pss

80% kejayaan dalam bekerja bergantung kepada kecerdasan emosi dan hanya 20% bergantung kepada kecerdasan intelek.

80% kejayaan dalam bekerja bergantung kepada kecerdasan emosi dan hanya 20% bergantung kepada kecerdasan intelek.

ONE STEP FORWARD....!!!!SIAPAKAH YANG MENCIPTA TANDAS????Bilik mandi telah lama ditemui sejak zaman Firaun lagi tetapi hanya pada tahun 1819, seorang rakyat British, ALBERT GUBLIN telah mencipta system tandas moden yang dikenali sebagai “SILENT VALVELESS WATER WASTE PREVENTER”. Dalam zaman pertengahan, buangan tandas dialirkan ke dalam parit di sekeliling istana. Tetapi pada 1859, Parlimen British telah menutup sementara tandas berkenaan kerana menyebabkan bau yang kurang menyenangkan kepada Sungai Thames.

APAKAH PERBEZAAN JERUNG DENGAN IKAN-IKAN LAIN????Kebanyakan ikan mempunyai rangka yang dibuat daripada tulang tetapi rangka jerung terdiri daripada rawan sejenis tisu yang kuat dan fleksibel. Hampir semua jenis ikan diselaputi dengan sisik yang licin dan nipis manakala jerung diselaputi dengan sisik yang tajam seperti gigi dinamakan DENTIKAL. Kebanyakan ikan hanya mempunyai satu belahan di insang-organ untuk bernafas pada kiri dan kanan badan tetapi jerung mempunyai lima, enam atau tujuh belahan.

Page 13: buletin pss

Are all rivers the same?

No. Some rivers are deep. Some are shallow. Rivers can be muddy or crystal clear.

What is ice?

Ice is water that is very, very cold. It has gotten so cold, that it has frozen. If you make ice warm again, it will turn back into water.

Do any animals beside seals swim in the polar waters?

Polar bears, walruses, and whales all swim in the smallest ocean on earth. It is called the Arctic Ocean, and it is at the North Pole

SIMPLE SCIENCE

Do shell

Shell is very slowly .But they only grow while they are home to the animal they contain. Once the animal leaves, the shell stops growing.

Page 14: buletin pss

Aktiviti mingguan unit kokurikulum dan dilakukan pada setiap hari Selasa.

AKTIVITI-AKTIVITI SEPANJANG BULAN JANUARI DAN FEBRUARI

Page 15: buletin pss

Perasmian Tabung Kebajikan yang bertujuan membantu pelajar yang bermasalah.

Penghargaan kepada atlet yang telah mengharumkan nama sekolah

Page 16: buletin pss

Sambutan maulidur rasul peringkat sekolah. Sambutan ini telah diadakan selepas pembelajaran sesi pagi. Dihadiri oleh semua pelajar sesi petang dan staf sekolah.

Page 17: buletin pss

Mesyuarat PIBG telah diadakan pada 6 Mac 2011. Mesyuarat ini telah dijalankan dua hari sebelum Ujian Pertama. Pelbagai aktiviti telah dimuatkan sepanjang mesyuarat berlangsung.

Page 18: buletin pss

English Enrichment Programme telah dilancarkan bagi meningkatkan mutu bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. Pelbagai program telah dilancarkan

Page 19: buletin pss

KARYA PELAJAR

TULISAN LANGIT

Nadzirah binti Aihsan Sofea Syahirah duduk termenung di bangku kayu kediaman Dato’ Murad yang tersergam mewah itu. “Apa yang harus aku lakukan? Patut ke aku beritahu kepada mama dengan papa?” monolognya sendirian. Awan mendung di langit seolah-olah menambahkan kerunsingan di jiwa. Kedengaran suara Datin Melissa memanggil anak tunggalnya untuk masuk ke dalam rumah, kerana nampaknya langit hitam itu menunjukkan bahawa hari akan hujan. “Fea, mari masuk sayang.” “Baik ma,” balas Sofea lemah. Dipandang wajah ibunya, mulutnya ingin berkata-kata tetapi terkunci. Dia segera ke bilik, tidak sanggup memandang wajah ibunya. Sofea teringatkan peristiwa yang berlaku di sekolah pagi tadi. Dia ditangkap oleh guru disiplin kerana berdua-duaan di belakang makmal sains dengan kekasihnya, Muqri. Ini bukanlah kali pertama Sofea dipanggil ke bilik kaunseling sekolah. Tempat itu umpama persinggahan keduanya di sekolah selepas kelas. Oleh kerana ingin menjaga nama baik kedua orang tuanya yang berpengaruh itu, perkara yang dilakukan oleh Sofea ditutup oleh pihak sekolah. Cikgu Hassan sudah hilang sabar dengan perbuatan Sofea. Kali ini dia tekad, tekad untuk memanggil kedua-dua ibu bapa Sofea ke sekolah. PANG! Sofea terperosok ke tepi sofa setelah ditampar oleh Dato’ Murad. Terlihat jelas pada pipinya

Page 20: buletin pss

yang gebu itu merah akibat tamparan ayahnya. “Abang! Kenapa buat anak kita macam ni? Fea, cakap dekat mama. Fea tak buatkan semua ni? Tak kan, sayang?” Datin Melissa teresak-esak. Sofea diam seribu bahasa, hendak diiyakan, dia tidak mampu apatah lagi bersuara di dalam saat-saat begitu. “Aku hantar kau ke sekolah untuk belajar! Bukan bersosial! Kau dah memalukan aku! Kau cakap, dekat mana aku nak letak muka aku nanti?!” bentak Dato’ Murad. Ternyata dia kesal dengan sikap anak tunggalnya itu. Sofea hanya mampu menangis. Kedukaan bertambah apabila Dato’ Murad mengambil keputusan untuk menghantarnya ke pusat pemulihan akhlak, Wadi Safra’. Datin Melissa terpaksa akur dengan keputusan suaminya walaupun dalam hati kecilnya, dia sedikit memberontak. Sofea tersepit di antara dua pilihan. Dia tidak mahu meninggalkan kehidupannya di kota metropolitan itu, namun tidak juga sanggup menahan cacian orang oleh kerana aibnya sendiri. Sepanjang perjalanan mereka ke Wadi Safra’, air mata Sofea laju mengalir. Perjalanan mereka itu tidak disertai Dato’ Murad. Dia sudah tidak mahu mengaku Sofea sebagai anaknya. Maruahnya lebih penting dari darah dagingnya sendiri. Datin Melissa memegang erat tangan Sofea, tidak sesaat pun dia sanggup melepaskan tangan puterinya itu. “Fea, mama tahu ini sukar buatmu tetapi mama dan papa rasa inilah keputusan yang terbaik buatmu. Janganlah Fea risau, mama akan selalu datang menjenguk Fea disana. Ibu janji sayang.” Ucapnya sambil mengucup dahi Sofea. Kata-kata ibunya lansung tidak dapat menenangkan hati Sofea. Setelah 2 jam perjalanan, mereka tiba ke destinasi mereka.

Page 21: buletin pss

Teratak Wadi Safra menyejukkan setiap mata yang memandangnya. Kedatangan mereka disambut mesra oleh seorang guru, yang lebih selesa dikenali sebagai Ummi Aisyah. Sofea Syahirah dipeluk erat olehnya, pelukan tersebut seperti tanda bahawa Sofea akan selamat dibawah jagaannya. Kedatangannya juga disambut mesra oleh beberapa orang pelajar lain. Sofea merasakan dirinya begitu asing ditempat itu. Dia bermain dengan perasaannya sendiri. Ah, apa harus ku tinggal di tempat begini? Sebulan telah berlalu, Sofea dapat menyesuaikan diri di teratak itu. Walaupun terpaksa bersusah payah untuk mandi di waktu pagi, elektrik yang kadang kalanya ada, kadang kalanya tiada, namun hatinya tenang. Bebas dari hiruk-pikuk bandaraya Kuala Lumpur. Ummi Aisyah semakin sayang terhadap anak didiknya itu. Entah kenapa Ummi Aisyah merasakan Sofea lain dari pelajarnya yang lain. Apa yang istimewanya gadis itu? Disangkanya panas hingga ke petang, rupa-rupanya hukan di tengah hari. Kemunculan Muqri, kekasih lama Sofea menimbulkan kembali peristiwa hitam yang menghantui dirinya. Sofea sering diganggu oleh Muqri. Segala bentuk ancaman diberikan kepada Sofea. Peristiwa itu sedikit mengganggu Sofea, dia juga tidak dapat menumpukan perhatian di dalam kelas, malah lebih cenderung menyendiri. Ummi Aisyah menyedari perubahan anak didiknya itu. Ketika ditanya pada mulanya, Sofea enggan menceritakan masalahnya tetapi setelah didesak oleh Ummi Aisyah, dia mengalah. Ummi Aisyah setia mendengar segala aduan gadis belasan tahun itu. “Sofea, Sofea tak perlu risau ya, nak. Ummi dan semua warga Wadi Safra’ akan menjaga Sofea. Kami takkan biarkan Muqri menggangu Sofea.” Ujar Ummi. Sofea sedikit lega. Kelegaan itu hanya sementara apabila Muqri semakin bertindak agresif. Dia berani mengambil tindakan drastik dengan memecah masuk ke teratak Wadi Safra. Dia menjerit seperti orang kurang siuman. “Keluar kau Sofea! Keluar!” Sofea tersentak apabila terdengar suara itu. Ingin sahaja dia lari menyembunyikan diri tetapi sampai bila

Page 22: buletin pss

harus dia berbuat demikian? Sofea mengambil keputusan untuk berhadapan dengan bekas kekasihnya. Dia juga ingin tahu apa motif Muqri berbuat demikian. Apabila Muqri nampak sahaja Sofea berada dihadapannya, terus dia melutut di hadapan Sofea. “Fea, abang sayangkan Fea. Kita pulang ya? Abang datang ni nak ambil Sofea pulang dengan abang. Abang janji kita akan hidup…” percakapannya dipotong oleh Sofea. “Jangan ganggu Sofea lagi. Aku tak perlu lelaki dayus seperti kau!” tegas Sofea. “Tak guna kau! Bukan itu jawapan yang aku mahu!” bentak Muqri lalu terus mencapai pisau lipat yang disisipkan di tepi poketnya lalu menerpa laju ke arah Sofea. Ummi Aisyah tidak berlengah lalu menolak Sofea ketepi. “Ummi!!!” jerit Sofea. Tikaman untuk tepat ke perut Ummi, darah memancut keluar. Muqri panik, dia tidak menyangka akan kejadian ini. Dia cuba meloloskan diri tetapi berjaya ditangkap oleh beberapa warga Wadi Safra’ yang lain. “Hubungi ambulans! Cepat!!” Sofea seperti tidak dapat menerima kenyataan, dipegang erat Ummi yang berlumuran darah. Orang ramai berkejaran dalam kekalutan itu. Ummi dikejarkan ke hospital. “Ummi, masih ingatkah ummi kepada saya? Insan kerdil yang hina ini. Ummi, saya tidak mampu membalas jasa ummi dengan barang-barang mewah, apatah lagi wang ringgit. Jadi, saya hadiahkan sebuah sajak yang saya cipta untuk ummi sendiri. Ini ialah kali pertama saya mencipta sajak. Mungkin tidak seindah tulisan langit, tetapi saya harap Ummi sudi membacanya.

Page 23: buletin pss

“Hari semalam, hari ini dan hari mendatang,Bisikanmu masih menjadi keramat,

Atur langkahmu kemas menentu haluan,Kasih sayangmu memancar tak minta dibalas,

Bagaikan butiran pasir, pengorbananmu sukar dihitung,Akan ku kenang jasamu, akan ku jadikan pedoman hidup.

Terima kasih.Anak didikmu,

Sofea Syahirah”

Air mata Ummi mengalir laju. Sofea, anak didiknya yang memberi seribu kenangan dalam dirinya. Melalui kisah hidup Sofealah, Ummi menjadikannya sebagai kekuatan untuk terus mengajar di Wadi Safra. Empat tahun berlalu begitu pantas, Ummi masih setia mencurahkan tenaga baktinya di teratak Wadi Safra sementara Sofea sudah berjaya bergelar usahawan muda yang berjaya.

PERHATIAN!!!ANDA BOLEH MENGHANTAR KARYA ANDA KE PUSTKA AL-RAZI, SEK. MEN. KEB.

LUNAS.KARYA YANG TERPILIH AKAN DITERBITKAN DALAM RUANGAN KARYA PELAJAR

UNTUK KELUARAN BULETIN PSS ‘TINTA’ SETERUSNYA...KARYA ANDA MESTILAH ASLI, KREATIF DAN TIDAK MENYENTUH SENSITIVITI

PERKAUMAN.SELAMAT BERKARYA!!!!!!

Page 24: buletin pss
Page 25: buletin pss
Page 26: buletin pss

PERHATIAN!!! HADIAH MENARIK MENANTI ANDA SILA HANTAR JAWAPAN ANDA KE ALAMAT SEPERTI TERTERA DI BAWAH:

NUR AFIFAH BT HARON,

PUSTAKA AL-RAZI SMK LUNAS,