44
TEKNIK MENJAWAB 2016 KOMSAS BM SPM Dikendalikan oleh ; SAHARUDDIN BIN ABDULLAH SMK Sijangkang Jaya. http://www.slideshare.net/ckgdin Ckgsaha@twiter [email protected] Saharuddin-abdullah.blogspot.com

Ceramah komsas 2016

Embed Size (px)

Citation preview

TEKNIK MENJAWAB 2016

KOMSAS BM SPMDikendalikan oleh ;

SAHARUDDIN BIN ABDULLAHSMK Sijangkang Jaya.

http://www.slideshare.net/ckgdinCkgsaha@twiter

[email protected]

Pemahaman Komsas.Soalan 2 (b), 2 (c) dan 2 (d)

Bahagian Pemahaman Komsas

SOALAN PERKARA MARKAH

2 b Pemahaman Prosa Moden

9

2 c Pemahaman Prosa Tradisi

8

2 d Pemahaman Puisi 9  JUMLAH 35

Corak soalan pemahaman

NO SOALAN PERKARA MARKAH

2b, 2c (i) Maksud rangkai kata 22c (ii)2b, 2d (i)

Pemahaman Teks(Jawapan dlm petikan)

3

2c (iii)2b, 2d (ii)

Pemahaman KBKK(Pendapat sendiri)

3 @ 4

2b, 2d (iii) Pemahaman Komsas(tema, nilai, persoalan..)

4

Peringatan :Arahan Soalan :

•nyatakan" atau "berikan" : Oleh itu, anda hanya perlu menyenaraikan isi jawapan yang dikehendaki tanpa memberi contoh atau huraian.

•"Jelaskan/ huraikan/ bincangkan/ terangkan" : anda perlu menulis nilai/ persoalan/ pengajaran dan sebagainya, dengan memberi contoh atau huraiannya sekali. Jika tiada huraian diberi, anda hanya akan diberi 1/2 markah.

2 (b) Cerpen dan Drama T4 & T5  GENRE  TAJUK T4   

Cerpen Kaduk, Ayam dan Raja  Munsyi  Jaket Kulit Kijang dari Istanbul

  GENRE  TAJUK T4 Drama  Berkhidmat Untuk Negara 

  GENRE  TAJUK T5   Cerpen

 Cinta Ahmad Mutawakkil  Hipertensi  Gerhana Manusia

  GENRE  TAJUK T5 Drama  Bukan Gila 

Soalan 2 (b) – Petikan Prosa Moden Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Kampung kami dipugar sejak tiga generasi yang lalu. Sejarahnya hanyalah jaluran kebun dan sawah. Pertengahan tahun 30-an, datang satu keluarga Orang Putih - mengupah beratus-ratus orang buruh, termasuk kami sendiri - meneroka belukar. Tak lama kemudian, berjejerlah anak-anak getah. Sebahagian buruh pemugar beransur-ansur pergi. Tinggallah sekitar lima belas keluarga, membentuk sebuah kampung kecil berumah teres di tengah estet. Beberapa tahun kemudian, ketika pokok-pokok getah sudah tinggi melayup, hasilnya mudah ditoreh. Seminggu sekali, dikepalai Tuan Booth, kepingan getah dikandar puluhan pekerja melintasi jalan kampung menuju bandar. Kehadiran Tuan Booth dan keluarga, serta lima belas keluarga buruh estet keturunan India serba sedikit merubah wajah kampung kami. Jalan yang dulunya tanah merah batu lada, sudah dikejapkan; tak lagi becak kala musim hujan, dan kurang berkeladak pada musim kemarau. Tuan Booth yang murah senyuman itu, lama-kelamaan menjadi sebahagian panorama kampung. Walaupun lelaki kulit putih yang gemar berseluar pendek dan bertopi bulat itu terkenal dengan kemurahan senyumannya, kawasan kebun getah, estet pekerja serta banglo kolonialnya tetap asing kepada kami.

( Dipetik daripada cerpen ‘Cinta Ahmad Mutawakkil’ oleh Zainal Rashid dalam antologi Sejadah Rindu )

DOKTOR: (Sambil menghampiri AZMIR. AZMIR kelihatan gusar). Assalamualaikum. Saya Doktor Razi. Maafkan saya jika saya mengganggu. Encik Azmir ialah “sahabat” saya. Saya datang ni nak bawa dia balik ke tempat rehatnya. (Beralih kepada AZMIR) Encik Azmir, apa khabar sekarang? Sudah tiga hari Encik Azmir tidak balik ke tempat rehat yang kita sediakan. Rakan-rakan yang lain amat bimbang akan Encik Azmir. Mari kita pulang, ya?

AZMIR: (Kelihatan takut dan tiba-tiba menjadi semacam orang bodoh). Saya tidak mahu pulang. (Sambil menggelengkan kepala). Saya rasa bahagia berehat di sini.

DOKTOR: Saya rasa kita pulang dulu. Encik Azmir perlu berehat sikit sahaja. Selepas itu, Encik Azmir boleh keluar semula. Kepala pun dah luka semula. Kita balik bubuh ubat dulu, OK? (Para pembantu memegang tangan AZMIR untuk dibawa pergi. Dia meronta-ronta tidak mahu pergi.)

AZMIR: Saudara-saudara tolong saya. Orang-orang ini hendak mengurung saya di tempat yang tidak ada kesejahteraan. Saudara-saudara mesti percaya akan cakap saya. Cakap saya semuanya betul. Mereka ini penipu. Cakap mereka manis, tapi dalam hati mereka jahat.

(ARIF dan para pelakon memperlihatkan rasa simpati kepada AZMIR)

Dipetik daripada ‘Bukan Gila’ oleh Sharif Shaary dalam antologi Sejadah Rindu, Dewan Bahasa dan Pustaka

Soalan 2 (b) Drama – Bukan Gila

2 (c) Prosa Tradisional T4 & T5  GENRE  TAJUK

Prosa Tradsional

 Kepimpinan Melalui Teladan 

  GENRE  TAJUK Prosa Tradsional

 Burung Terbang Dipipiskan Lada 

Soalan 2 (c) – Petikan Prosa Tradisional Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. 

Maka ada seorang anak Seri Bija Diraja, Tun Umar namanya, terlalu berani, kelakuannya gila-gila bahasa. Maka disuruhnya oleh Bendahara Paduka Raja suluh perahu Siam itu. Maka Tun Umar pun pergilah dengan sebuah perahunya olang-oleng. Telah bertemu dengan perahu Siam yang banyak itu, maka dilanggarnya sekali, dua tiga buah perahu Siam alah, lalu ia terus ke sebelah; maka ia berbalik, dilanggarnya pula yang lain, itupun dua tiga perahu Siam alah. Maka Tun Umar pun kembalilah. Maka orang Siam terlalu hairan melihat kelakuan Tun Umar itu. Telah hari malam, maka Awi Dicu pun datanglah. Maka oleh Bendahara Paduka Raja segala pohon kayu bakau dan nyirih dan tumpu api-api sekaliannya disuruhnya tambati punting api. Telah dipandang oleh orang Siam api tiada terbilang lagi banyaknya, maka kata hulubalang Siam, “ Terlalu banyak kelengkapan perahu Melaka ini, tiada terbilang lagi. Jikalau ia datang apa hal kita? Sedang sebuah perahunya tadi lagi tiada terlawan oleh kita”.

Maka kata Awi Dicu, “ Benarlah seperti kata kamu itu; marilah kita kembali sementara belum siang ini”. Maka segala orang Siam pun kembalilah. 

(Dipetik daripada prosa tradisional ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada oleh Illias Zaidi dalam antologi Sejadah Rindu )

Baca petikan prosa tradisional di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri.

Setelah hari malam maka Kertala Sari pun memakai pakaian yang indah-indah dan memakai bau-bauan yang harum lalu masuk ke dalam kota, dalam hatinya, “Pada mala mini aku masuk membakar dan mengamuk, kerana harta orang Melaka itu pun habis aku curi.” Sebermula makan Laksamana pun memakai pakaian penjurit. Makan Laksamana pun berjalanlah. Pada malam itu kelam-kabut dan hujan pun rintik-rintik. Maka Kertala Sari pun masuklah ke dalam kota. Maka Laksamana pun tidur di tengah pasar itu. Maka didengar oleh Laksamana kaki Kertala Sari datang itu. Maka Kertala Sari pun berjalanlah ke tengah pasar itu. Maka tertendang kakinya pada tubuh Laksamana. Maka Kertala Sari pun berdirilah atas kepala Laksamana itu, katanya, “Teririk bangkai pula aku ini!” Adapun akan Laksamana tidur itu kerisnya sudah terhunus, lalu ia bangun melompat manikam dada Kertala Sari terus ke belakangnya. Maka Laksamana pun brkata, “Ceh, mati engkau olehku!” Setelah Kertala Sari merasai luka itu, maka dihunusnya kerisnya pula mengusir Laksamana. Dua tiga langkah maka ia pun rebah terjerumus lalu mati. Maka oleh Laksamana dihirisnya syahwatnya diambilnya lalu ia kembali ke rumahnya.

(Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’ dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,

Dewan Bahasa dan Pustaka )

Soalan 2 (c) Prosa Tradisional – Kepimpinan Melalui Teladan

Puisi Tradisional & Puisi Moden T4

 GENRE  TAJUK   Puisi

Moden

 Sang Gembala Kuda  Aku Membaca Lagi  www.sibermerdeka.com.my   Gelanggang

  GENRE  TAJUK    Puisi Tradisional

 Syair Bidasari  Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga) 

Puisi Tradisional & Puisi Moden T5

 GENRE  TAJUK   Puisi

Moden

 Sejadah Rindu  Pesan Lelaki Kecil Kepada Gadis Kampus  Erti Hidup Bererti   Kudup Perang

  GENRE  TAJUK    Puisi Tradisional

 Beberapa Petua Hidup  Berbuat Istana Zaman Dahulu 

Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Kudup Perang

Sementara dia bergelar panglima lascar perang; yang terus-menerus membajakan kezaliman – terus mengudupkan putik dendam kita masih perlu berterima kasih kepada jari-jemari takdir kerana membenarkan sepasang mata untuk berlari dengan tangan bergari sempat juga menadah sejambak puisi untuk sehari lagi; sambal bertanya: siapakah pahlawan yang asli? Memang kita tidak sempat menjenguk ke luar jendela; sewaktu fajar menghembus ringkik kuda, gemerincing pedang pusaka dan darah yang tiba-tiba membuak di daerah angkara – perciknya menumbuhkan kelopak rahsia dalam keliru, tertanya-tanya kita tangan mana yang memenggal leher sang pendusta? Andai namamu Tuah, kita masih tidak mahu menyanjungnya pendekar paling gagah kerana takhta setia terbina di istana wangsa bukanlah penjamin kukuhnya pasak saksama sesekali turut direntakan daki pendusta melekatlah selumbar sengsara di tiang maruah kota.

Andai namamu Jebat, kita masih tidak menggelarnya sebagai pengkhianat kerana kita masih menangisi peta keadilan yang tersiat – nun, karam di lautan kesumat sedang warga memanggilnya keramat. Perang pun melecurkan lidah muslihat bercabang lalu bertemu bayu palsu; bertiup dan memindahkan kebenaran pada tempatnya mewarnakan keindahan pada hodohnya menjungkitkan amarah pada damainya teramat lara kita menjahit semula perca-perca bahagia – seperti perawan yang dibungkamkan cinta pertama. Sehingga senja tiba kita masih bertengkar tentang siapa pahlawan sebenarnya

Tuah Saujana Dalam antologi Sejadah Rindu,

Sasbadi Sdn. Bhd.

.

Hati ini luluhjiwa yang kaku tersentuhayat-ayat cinta disusun kukuhdi sejadah rindu yang lusuhkemaafan yang kupohon sungguhdari Pencipta dalam gemuruh.

Ungkapan doa kepada Yang Esaizinkan aku menjadi manusiayang taat sentiasapada perintah Maha Kuasaagar aku tidak lupadunia ini hanya bersifat sementara.

MOHD HAIKAL AMINUDDINAntologi Sejadah RinduSasbadi Sdn. Bhd.

ASPEK KAJIAN KOMSAS• SINOPSIS Ringkasan cerita yang

memberikan gambaran keseluruhan sesebuah karya.

• TEMA Sesuatu yang menjadi menjadi

fikiran atau persoalan yang mendasari sesebuah cerita. Tema adalah berdasarkan pengalaman watak utama dalam sesebuah karya.

• PERSOALAN Perkara atau hal yang

ditonjolkan dalam sesebuah karya yang memantapkan tema.

• PLOT Jalan cerita atau rentetan

peristiwa yang mempunyai sebab-musabab.

Binaan Plot• PERMULAAN CERITA ( EKSPOSISI )• Memperkenalkan pembaca kepada satu-satu situasi khusus

seperti latar masa, tempat, dan watak-watak dalam cerita • PERKEMBANGAN• Peristiwa-peristiwa yang mengandungi konflik dan saspens

• KLIMAKS• Puncak cerita iaitu suatu detik yang paling tegang akibat

daripada konflik-konflik yang berlaku sebelumnya iaitu dalam perkembangan cerita.

Binaan Plot

• PELERAIAN• Peristiwa yang berlaku selepas klimaks. Dalam

bahagian ini, sesuatu masalah terlerai dan nasib watak-watak yang terlibat ditentukan.

• PENGAKHIRAN/ PENYELESAIAN.• Peristiwa yang mengarah kepada penyelesaian

WATAK

• Pihak yang mengambil bahagian dalam sesebuah cereka. Mereka dicipta untuk memain-kan peranan bagi menyokong idea pokok dan mengembangkannya hingga akhir cerita. Watak ini dipegang oleh manusia atau bukan manusia tetapi diberi sifat-sifat manusia.

• WATAK BULAT.• Watak yang dibangunkan secara keseluruhan dan diberi pelbagai

kemungkinan sifat manusia. Digambarkan tidak sepenuhnya baik dan tidak sepenuhnya jahat. Oleh itu, tindakannya tidak dapat diagak oleh pembaca.

• WATAK PIPIH.• Watak yang tidak dibangunkan secara keseluruhan tetapi diperkenalkan

melalui satu aspek peribadinya sahaja. Kalau watak itu jahat, kita akan dihidangkan dengan tindak-tanduknya yang jahat sahaja sepanjang cerita tersebut. Biasanya watak sampingan boleh dianggap watak pipih.

• WATAK DINAMIS.• Watak yang penuh bertenaga dan sentiasa mengalami perubahan

mengikut perkembangan cerita. Watak dinamis ialah watak bulat.

Jenis Watak

• WATAK STATIS• Watak yang beku dan tidak mengalami apa-apa perubahan

sepanjang cerita. Watak statis boleh dianggap sebagai watak pipih.

• WATAK UTAMA• Watak yang memainkan peranan utama dalam sesebuah

lakonan.

• WATAK SAMPINGAN• Watak pembantu yang membantu watak utama dalam

menjalankan peranannya membangunkan sesebuah cerita.

Jenis Watak

PERWATAKAN

• Sifat-sifat manusia secara menyeluruh yang dilihat melalui perasaan, keinginan, cara berfikir, cara bertindak dan sebagainya.

IMBAS MUKAPeristiwa yang diramalkan, dibayangkan atau dijangkakan akan berlaku.IMBAS KEMBALIPeristiwa atau kejadian yang telah berlaku yang digambarkan melalui penceritaan semula.PEMERIANPeristiwa, watak, objek atau perbuatan yang diceritakan atau digambarkan secara menyeluruh oleh pengarang.

TEKNIK PLOT

DIALOGPertuturan antara watak sama ada dalam bentuk perbualan, perbincangan, pertengkaran dan sebagainya.MONOLOG DALAMANPengucapan batin yang berupa kata hati atau perkara yang difikirkan.MONOLOGPertuturan atau pengucapan seseorang watak yang ditujukan kepada dirinya sendiri ataupun kepada pembaca.

TEKNIK PLOT

• NILAI KEMANUSIAAN BAIK HATI JUJUR BIJAKSANA YAKIN DIRI MESRA BERANI BERTANGGUNGJAWAB TEGAS BERSIH TABAH SABAR SOPAN

NILAI MURNI Tingkah laku atau perbuatan baik dan disenangi

yang boleh dijadikan teladan.

NILAI KEMASYARAKATANTOLONG-MENOLONGBEKERJASAMATAAT SETIAADILSIMPATIHORMAT-MENGHORMATIPATRIOTIKKEBEBASANUNSUR KEKELUARGAANUNSUR CINTA DAN KASIH SAYANG

LATAR - Gambaran tentang persekitaran atau latar belakang sesebuah cerita termasuklah masa, tempat dan masyarakat

• LATAR MASA. Merujuk kepada masa atau zaman.

• LATAR TEMPAT. Tempat sesuatu peristiwa itu berlaku.

• LATAR MASYARAKAT. Keadaan atau gambaran masyarakat yang terdapat dalam

cerita. Ini termasuklah cara hidup mereka, cara mereka berfikir, cara mereka bekerja, status atau kedudukan mereka dan sebagainya.

• SINKOF• Perkataan yang telah dipendekkan dengan cara

menghilangkan huruf atau suku kata tertentu. Contoh : ”hendak” ditulis atau disebut ”nak”.

• PERSONIFIKASI• Unsur yang digunakan untuk memberikan sifat

manusia kepada benda-benda yang bukan manusia. Contoh : Hari telah merangkak senja.

Gaya Bahasa

• METAFORA.• Perbandingan secara langsung kerana memberikan sifat

sesuatu objek itu secara perbandingan terus. Contoh : Dada langit , Daerah pengalaman.

• DIKSI• Pemilihan kata yang tepat yang dapat memberikan kesan

yang maksimum kepada pembaca. Perkataan itu mungkin puitis atau indah, bersifat kedaerahan, bahasa klasik, bahasa slanga atau bahasa asing.

Gaya Bahasa

• SIMILE• Unsur yang digunakan untuk menyamakan sesuatu benda dengan

sesuatu benda yang lain. Unsur ini menggunakan perkataan seperti, umpama, bagai dan laksana sebagai perbandingan. Contoh : Dunia macam roda, Aksyen macam Hitler.

• HIPERBOLA• Unsur yang digunakan untuk membesar-besarkan atau melebih-

lebihkan sesuatu berbanding dengan keupayaan atau keadaannya yang sebenar. Tujuannya adalah untuk memperlihatkan kehandalan, kehebatan atau keagungan sesuatu peristiwa atau suasana. Contoh : Perniagaan adalah peperangan, Kalau pecah tentulah dia menghadapi hari kiamat

Gaya Bahasa

• INVERSI• Pembalikan susunan kata dalam kalimat. Biasanya

bahagian yang penting didahulukan. Contoh : Pintar kamu, Air mata berderai gugur.

• PERIBAHASA• Ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang

tetap dan membawa maksud yang tertentu. Peribahasa dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat iaitu simpulan bahasa, perumpamaan, bidalan dan pepatah. Contoh : Pisang tak kan berbuah dua kali.

Gaya Bahasa

• PERULANGAN/ REPITISI• Pengulangan kata atau frasa dalam satu kalimat

beberapa kali. Contoh : Ini khazanah bapak, ini khazanah bapak.

• ANAFORA• Pengulangan kata atau frasa pada awal kalimat.

Contoh : masih di situ, masih memandu kereta lama, masih menuju sekolah yang sama

Gaya Bahasa

• EPIFORA.• Pengulangan kata atau frasa pada akhir kalimat. Contoh :

keli masuk ruan keluar, matahari masuk bulan keluar. • PEMBENTUKAN AYAT.• Melibatkan penggunaan dan penyusunan ayat hingga

meninggalkan kesan rasa yang tinggi . Ayat yang pendek-pendek membawa impak yang teguh dan sesuai dengan suasana ketegangan , ketegasan dan keberanian. Ayat yang panjang sesuai dengan suasana yang tenang, aman dan damai.

Gaya Bahasa

PENGAJARAN

• Sesuatu perkara yang dikemukakan secara halus yang dapat dijadikan pedoman, peringatan ataupun yang perlu dijauhi

Kita hendaklah …….Kita haruslah…..Kita janganlah…..

CARA MENGESAN TEMA• MELALUI PERWATAKAN WATAK-WATAK• Setiap percakapan, tingkah laku, konflik. Pandangan watak perlu diteliti. • MELALUI PERISTIWA PENTING YANG DILALUI• Rujukan kepada peristiwa yang ditempohi oleh watak utama dalam hidup • MELALUI PERKARA-PERKARA YANG PALING MENONJOL DALAM CERITA • MELALUI PERSOALAN YANG DIKEMUKAKAN DAN KEMUDIAN DAPATKAN

PERSOALAN POKOKNYA.

• MELALUI PEMERHATIAN KEPADA PLOT CERITA IAITU SUSUNAN DAN URUTAN PLOT.

CARA MENGESAN PERSOALAN, LATAR, NILAI DAN PENGAJARAN.

• Melalui perlukisan atau pernyataan langsung yang dilakukan oleh pengarang.

• Melalui percakapan atau dialog yang diucapkan.

• Melalui butiran yang terdapat dalam peristiwa sama ada tindak-tanduk, aksi, perasaan, tabiat dan lain-lain.

Aspek Kajian

• Cerpen / DramaSinopsis.TemaPersoalanLatarWatak dan PerwatakanNilaiPengajaran.

Aspek Kajian

• Prosa Klasik.Sinopsis.TemaPersoalanWatak dan PerwatakanNilaiPengajaran.

Aspek Kajian

• Puisi Tradisional / Sajak.Maksud.TemaPersoalanGaya Bahasa.NilaiPengajaran.

PENGAJARANKAJIANNOVEL

LATAR

WATAK&

PERWATAKAN

TEMA

NILAI

SINOPSIS MENGIKUTBAB

PERSOALAN

PLOT

Cara Menjawab Novel

..\Ceramah Bahasa Melayu 2015\B7 Novel.ppt

Sekian, Terima Kasih

• Selamat Berbengkel dan Berkongsi Ilmu.• Semoga Kita Mendapat Sesuatu yang Boleh

dijadikan Panduan untuk Memperbaiki Pembelajaran dan Pengajaran Kita.

• Semua hasil perbengkelan akan dikumpulkan dan dijadikan modul untuk panduan sekolah-

sekolah daerah Kuala Langat.

BIL PENGGUNAAN KATA/FRASA/AYAT1 Cikgu sedang menjelaskan tentang teknik menjawab……2 Ubat itu dibuat daripada……3 Dari masa ke semasa dia mengulangkaji pelajaran…4 Semangat cintakan tanahair….5 Emak membelikan ayah……6 Adalah dimaklumkan bahawa pelajar Sekolah Kemumin….7 Dengan tergesa-gesa dia ke kedai…8 Bahasa Melayu adalah merupakan….9 Ibu mengambil berat terhadap pelajaran ……

10 Jangan membiarkan masa terbuang …..11 Buku yang ada dengan anda itu ….12 Doktor itu sedang menjalani pembedahan ke atas pesakit …13 Dia sedang memasak kari daging …14 Sejak dari zaman dahulu lagi ….15 Oleh kerana miskin, dia gagal meneruskan pelajaran …16 Dia sudah bersediakah?17 Soalan ini susah amat.18 Yang berbaju biru itu kakak saya.19 Soalan itu telah dijawab oleh saya dengan tepat sekali.20 Pondok kecil itu mereka duduki selama dua setengah tahun.

JUMLAH BETUL

BIL PENGGUNAAN KATA/FRASA/AYAT1 Cikgu sedang menjelaskan tentang teknik menjawab……2 Ubat itu dibuat daripada……3 Dari masa ke semasa dia mengulangkaji pelajaran…4 Semangat cintakan tanahair….5 Emak menghadiahkan ayah……6 Adalah dimaklumkan bahawa pelajar Sekolah Kemuning….7 Dengan tergesa-gesa dia ke kedai…8 Bahasa Melayu adalah merupakan….9 Ibu mengambil berat terhadap pelajaran ……

10 Jangan membiarkan masa terbuang …..11 Buku yang ada dengan anda itu ….12 Doktor itu sedang menjalani pembedahan ke atas pesakit …13 Dia sedang memasak kari daging …14 Sejak dari zaman dahulu lagi ….15 Oleh kerana miskin, dia gagal meneruskan pelajaran …16 Dia sudah bersediakah?17 Soalan ini susah amat.18 Yang berbaju biru itu kakak saya.19 Soalan itu telah dijawab oleh saya dengan tepat sekali.20 Pondok kecil itu mereka duduki selama dua setengah tahun.

JUMLAH BETUL