21
DISE DIAKAN OLEH: NICHOLSON RECHELL Y& KAYLLY LOURDES ‘CETAK ROMPAK’ SMK PENGIRAN OMAR SIPITANG

Cetak rompak’

Embed Size (px)

DESCRIPTION

bekaitan dengan cetak rompak, definisi, punca, kesan dan langkah untuk mengatasi masalah/gejala cetak rompak. bahan pembentangan untuk pengajian am stpm penggal 1. contoh#

Citation preview

Page 1: Cetak rompak’

DI S

ED

I AK

AN

OLE

H:

NI C

HO

LS

ON

RE

CH

EL

L Y&

KA

YL

L Y

L OU

RD

ES

‘CET

AK ROM

PAK’

SMK PENGIRAN OMAR SIPITANG

Page 2: Cetak rompak’

DEFIN

ISI

‘CET

AK ROM

PAK’

Cetak rompak merupakan

suatu bentuk jenayah mengaut

keuntungan dengan

memanipulasikan hasil kerja

orang lain terutamanya dalam

bidang penyiaran. Pihak

penerbit pula mengalami

kerugian kerana terpaksa

mengeluarkan belanja yang

besar tetapi mendapat

pulangan yang kecil.

Page 3: Cetak rompak’

PUNCA BER

LAKUNYA

KEGIA

TAN

CETAK R

OMPA

K

Page 4: Cetak rompak’

JENAYAH CETAK ROMPAK TELAH MENJADI BARAH DALAM INDUSTRI SENI NEGARA

Penjualan hasil karya cetak rompak berleluasa di pasar malam atau pusat membeli-belah secara terang-terangan.

Karya cetak rompak boleh diperoleh dengan lebih mudah, cepat dan murah berbanding dengan karya yang asli.

Sikap atau mentaliti masyarakat kita yang suka akan barangan murah menyebabkan cetak rompak berkembang luas bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.

Page 5: Cetak rompak’

SIFAT TAMAK HALOBA PENGUSAHA HARAM

Penjualan cetak rompak dapat mendatangkan keuntungan yang berlipat ganda.Pengusaha haram ini juga menikmati ihsan barang tulennya dari segi publisiti dan iklan.Tidak perlu membayar royalti kepada pihak pereka atau pencipta asal.Oleh itu,mereka menikmati keuntungan yang besar walaupun mutu dan prestij barang sebenarnya sudah diketahui umum.

Page 6: Cetak rompak’

KELONGGARAN PENGUATKUASAAN UNDANG - UNDANG

Terdapat kelemahan dalam Pentadbiran bagi akta reka cipta dan bentuk.

Akta hak intelek juga tidak dapat dikuatkuasakan sepenuhnya untuk menangani masalah ini.

Bentuk hukuman yang dijatuhkan adalah ringan dan langsung tidak menakutkan pengusaha haram ini.

Serbuan jarang dijalankan kerana kekurangan kakitangan untuk membantu membanteras masalah cetak rompak.

Manakala,perbicaraan di mahkamah pula lazimnya mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan.

Page 7: Cetak rompak’

PERMINTAAN YANG TINGGI TERHADAP BARANG CETAK ROMPAK

Harga yang lebih murah menyebabkan pengguna lebih gemar membeli barangan cetak rompak.

Hal ini dapat memenuhi cita rasa pengguna yang kurang mampu.

Anggapan pengguna bahawa produk perisian komputer sangat mahal harganya di pasaran dunia mengakibatkan pengguna lebih suka membeli barangan tiruan atau cetak rompak.

Page 8: Cetak rompak’

KECANGGIHAN TEKNOLOGI JUGA MENJADI PENDORONG

Alatan berteknologi canggih membolehkan barang tiruan dihasilkan.

Melalui alatan yang canggih inilah yang menyebabkan barang cetak rompak dan tiruan sukar dibezakan daripada barang asal.

Alat perakam yang canggih juga meningkatkan produktiviti cetak rompak.

Teknologi kini juga membolehkan bukti cetak rompak dimusnahkan dengan mudah.

Page 9: Cetak rompak’

KESAN B

ERLA

KUNYA

KEGIA

TAN

CETAK R

OMPA

K

Page 10: Cetak rompak’

MERUGIKAN PIHAK PENGELUAR YANG SAH

Impak negatif yang ketara dalam masalah ini ialah pereka dan pencipta yang sah.

Usaha dan titik peluh mereka tidak mendatangkan keuntungan disebabkan adanya cetak rompak.

Pereka dan pencipta tidak dapat menikmati hasil mereka selepas bersusah payah menyediakan yang original.

Syarikat-syarikat yang memasarkan barangan original juga mengalami kerugian.

Page 11: Cetak rompak’

IKLIM PELABURAN MALAYSIA AKAN TERJEJAS

Pengusaha teknologi maklumat tidak mahu melabur di Malaysia sekiranya masalah ini semakin berleluasa.Kos pelaburan tinggi tetapi pulangan tidak meyakinkan.Kemungkinan para saintis juga tidak begitu giat menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Malaysia.Mereka takut hasil usaha mereka akan dicetak rompak dengan mudah.

Page 12: Cetak rompak’

MUTU PERFILEMAN NEGARA TERJEJAS

Mutu sektor yang berkatan dengan cetak rompak akan terjejas apabila masalah cetak rompak semakin berleluasa.Masalah daripada barang cetak rompak akan menyebabkan barangan original akan menerima tempias yang sama apabila barangan cetak rompak mengalami kerosakan.Lebih teruk lagi jika negara luar yang melihat keadaan ini berlaku di Malaysia.Ini akan menyebabkan mereka tidak mengiktiraf filem yang dihasilkan oleh negara kita.

Page 13: Cetak rompak’

Masyarakat membeli barangan cetak rompak disebabkan harganya yang murah.Negara kita mengalami kekurangan dalam pendapatan disebabkan perbuatan pengusaha haram yang mementingkan diri sendiri.Ekonomi negara menjadi tidak konsisten dan semakin merosot sekiranya masalah cetak rompak berterusan.Cetak rompak juga adalah satu rekod buruk kepada sesebuah negara. Syarikat-syarikat gergasi tidak berminat untuk mendirikan cawangan atau pejabat di negara yang mempunyai rekod yang buruk.

EKONOMI NEGARA TERJEJAS DAN MEMALUKAN NEGARA MALAYSIA

Page 14: Cetak rompak’

MALAYSIA KEHILANGAN

TENAGA PAKARTenaga pakar datang daripada mereka yang mempunyai pengalaman dan ianya diperlukan dalam perkembangan IT. Cetak rompak telah mencuri bakal pakar yang kita ada

sekaligus menghentikan segala usaha yang diusahakan.

Cetak rompak melemahkan semangat mereka yang baru belajar dalam bidang penulisan atau perekaan daripada meneruskan usaha mereka. Akibatnya, tenaga pakar sukar dihasilkan melainkan mereka yang menghasilkan penulisan secara percuma atau terbuka.

Page 15: Cetak rompak’

CARA MEN

GATASI

KEGIA

TAN

CETAK R

OMPA

K

Page 16: Cetak rompak’

Penguatkuasaan undang undangUsaha menghalang kegiatan cetak

rompak boleh dilakukan menerusi penguatkuasaan undang-undang.Serbuan dan tangkapan yang lebih kerap dan konsisten perlu dilakukan tanpa mengira musim.Akta Hak Cipta 1987 dan Akta Perihal Dagangan 1972 perlu dipinda agar hukuman yang lebih berat boleh dikenakan kepada penjenayah profesional.Dengan cara ini,mereka akan menjadi gentar untuk memulakan kegiatan ini.Mereka yang ditangkap pasti berasa serik dan takut.

Page 17: Cetak rompak’

Perubahan sikap manusiaWujud kesedaran di kalangan anggota

penguatkuasa dapat menyekat gejala cetak rompak dengan lebih berkesan.Mereka yang insaf dengan tanggungjawab dan amanah ini tidak mudah tewas dengan suapan atau pujuk rayu.Dengan pendirian yang tegas dan berdisiplin,para pengusaha cetak rompak akan bertemu ‘buku dengan ruas’.Kursus kesedaran dan disiplin perlu sentiasa dianjurkan untuk penguatkuasa.Mengadakan kempen yang berterusan untuk menyedarkan masyarakat bahawa cetak rompak adalah satu kesalahan dan perlu dibanteras.

Page 18: Cetak rompak’

Melaksanakan hukuman penjara mendatoriKementerian perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna akan melaksanakan hukuman penjara mandatori terhadap mana-mana pengedar dan penjual cakera padat(vcd)`dan cakera video digital(dvd) cetak rompak dan lain-lain barangan cetak rompak.Langkah yang tegas ini adalah untuk membanteras gejala cetak rompak. Salah satu alasan kegiatan ini berterusan adalah kerana mereka tidak takut kepada pihak penguatkuasa atau undang-undang.Syrikat yang terbabit mencetak dan mengedar barangan cetak rompak terutamanya cekera padat dan DVD hanya akan dikenakan denda maksimum RM250 000 berbanding dengan keuntungan mereka yang bernilai berjuta-juta ringgit.Hukuman yang terlalu ringan adalah faktor utama kegiatan menjual produk haram ini masih berleluasa.

Page 19: Cetak rompak’

Membina pusat percetakan di dalam

malaysiaLangkah yang dicadangkan untuk mengurangkan masalah ini ialah dengan membina pusat percetakan di dalam negara.Mencetak di dalam negara akan menurunkan harga barangan tulen.Harga yang berpatutan akan menggalakkan pembeli memilih barangan tulen berbanding dengan barangan tiruan.Kos yang tidak membebankan akan menyatakan mereka akan mengalami kerugian.Harga yang rendah tidak dapat memberikan keuntungan yang setimpal dengan pelaburan mereka.Dalam jangka masa yang panjang ,langkah ini tetap tidak merugikan.Hal ini kerana jumlah penjualan akan meningkat dan keuntungan akan meningkat juga.

Page 20: Cetak rompak’

Penetapan harga maksimum oleh badan-badan tertentu bagi menetapkan sesuatu barangan asli seperti VCD dan DVD dan barangan lain yang difikirkan berpatutan untuk dibeli oleh para pengguna. Mengambil kira kualiti barangan Penetapan harga kawalan maksima terhadap barangan asli penting agar tidak menjadi beban terhadap para pengguna untuk memilikinya. Walaupun penetapan harga barangan asli tidaklah semurah harga barangan cetak rompak, pengguna perlulah sedar bahawa kualiti barangan asli adalah lebih baik dan bermutu berbanding barangan cetak rompak.

Menjalankan harga kawalan maksima

Page 21: Cetak rompak’

TERIMA

KASIH