31
DRAF DSP KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU KEMAHIRAN TEKNIKAL TINGKATAN 3 Julai 2013 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU KEMAHIRAN TEKNIKAL TINGKATAN 3

Dsp khb76 ting 3 2013 (1)

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Dsp khb76 ting 3 2013 (1)

DRAF DSP KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU KEMAHIRAN TEKNIKAL TINGKATAN 3 Julai 2013

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

KEMAHIRAN TEKNIKAL

TINGKATAN 3

Page 2: Dsp khb76 ting 3 2013 (1)

Cetakan 2013

© Lembaga Peperiksaan

Kementerian Pendidikan Malaysia 2013

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengubah mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi, isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun tanpa mendapat keizinan bertulis daripada Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Page 3: Dsp khb76 ting 3 2013 (1)

0

KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 PENDAHULUAN 1

2 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN 2

3 MATLAMAT MATA PELAJARAN 3

4 OBJEKTIF MATA PELAJARAN 3

5 OBJEKTIF PENTAKSIRAN 4

6 TAFSIRAN 5

7 KERANGKA STANDARD PRESTASI 6

8 PENYATAAN STANDARD KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL 7

9

10

STANDARD PRESTASI KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL PEMETAAN EVIDENS

8

26

Page 4: Dsp khb76 ting 3 2013 (1)

1

PENDAHULUAN Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal merangkumi komponen Reka Bentuk dan Teknologi, Kemahiran Teknikal serta Perniagaan dan Keusahawanan merupakan mata pelajaran wajib Tingkatan 1 hingga 3 di Sekolah Menengah Rendah. Mata pelajaran ini yang digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai usaha pendidikan ke arah mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran teknologi serta keusahawanan dalam usaha membangun modal insan melalui program pendidikan yang berkualiti dan holistik. Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran ini merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan penyataan standard prestasi yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Pentaksiran Sekolah dalam bentuk pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran atau pentaksiran sumatif di akhir proses pembelajaran. Dokumen Standard Prestasi (DSP) bagi mata pelajaran ini dibina dengan komponen teras iaitu Reka Bentuk dan Teknologi dan komponen elektif iaitu Kemahiran Teknikal sebagai panduan untuk guru membimbing murid dan seterusnya mendapatkan maklumat tentang perkembangan individu serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam pembangunan dan pembentukan modal insan. Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran ini dalam memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Page 5: Dsp khb76 ting 3 2013 (1)

2

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan

kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

keluarga, masyarakat dan negara.

Page 6: Dsp khb76 ting 3 2013 (1)

3

MATLAMAT

Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.

OBJEKTIF MATA PELAJARAN

OM1 Mengamalkan kreativiti, inovasi dan berdaya usaha dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk daripada pelbagai bahan seperti

kayu, papan lapis dan bahan komposit.

OM2 Mengamalkan sikap peka terhadap masalah sekeliling dan mendapatkan idea daripada pelbagai sumber untuk mereka bentuk dan

menghasilkan produk.

OM3 Menjalankan pemasangan dan baik pulih litar elektronik yang akan dinilai.

OM4 Mengenal pasti bahagian asas, prinsip perjalanan dan penyenggaraan mudah enjin.

OM5 Mengenal pasti dan menyenggara tempat kediaman.

OM6 Memilih bahan, alatan dan perkakas serta menggunakannya dengan teknik yang betul.

OM7 Mengenal pasti kepentingan konsumerisme kepada pengguna dan pengeluar.

OM8 Mengumpul, memproses dan mendokumentasikan maklumat secara sistematik dan menggunakannya dengan bijak dalam membuat

keputusan rekaan dan penghasilan projek.

OM9 Mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat.

(Dipetik daripada Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 3. (2005). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.)

Page 7: Dsp khb76 ting 3 2013 (1)

4

OBJEKTIF PENTAKSIRAN

Berdasarkan matlamat dan objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, berikut ialah Objektif Pentaksiran (OP) mata pelajaran yang

dikenal pasti untuk mentaksir penguasaan murid dalam mempamerkan;

OP1 Kebolehan berdikari dalam menjalankan kerja buat sendiri

OP2 Kenal faham terhadap teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian

OP3 Kenal faham terhadap ekonomi untuk kehidupan harian

OP4 Kebolehan mengaplikasikan kemahiran bagi menghasilkan sesuatu projek / produk

OP5 Kebolehan bagi mengaplikasikan kreativiti untuk mereka bentuk dan menghasilkan sesuatu produk / projek

OP6 Mengamalkan cara bekerja yang sistematik, bijaksana dan dengan teknik yang betul dengan yakin diri

OP7 Kebolehan mendokumentasikan maklumat secara bersistem

(Dipetik daripada Dokumen Format Pentaksiran Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal, (2005). Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.)

Page 8: Dsp khb76 ting 3 2013 (1)

5

TAFSIRAN

o Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan

pelaporan individu.

o Standard ialah satu penyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi

gambaran holistik tentang individu.

o Standard Prestasi ialah penyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan

menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada

dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Perkembangan murid dijelaskan dengan satu

atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.

o Deskriptor ialah penyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir

dan dicapai.

o Evidens (murid) ialah penyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat bagi sesuatu deskriptor.

o Evidens (bahan) ialah bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam

bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak dan laporan.

o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian

secara lisan, demonstrasi, ujian amali dan lain-lain.

o Pentaksiran Sekolah merupakan pendekatan pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah berdasarkan tugasan, instrumen pentaksiran,

peraturan dan penskoran yang dibangunkan oleh sekolah merujuk kepada Dokumen Standard Prestasi yang dikeluarkan oleh

Lembaga Peperiksaan.

Page 9: Dsp khb76 ting 3 2013 (1)

6

KERANGKA STANDARD PRESTASI KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL

1

2

3

4

5

6

Tahu Faham Boleh buat dengan beradab

Tahu

Faham Tahu

Boleh buat Faham Tahu

Tahu Boleh buat dengan beradab Terpuji

Faham

Tahu Boleh buat dengan beradab Mithali

Faham

Page 10: Dsp khb76 ting 3 2013 (1)

7

PENYATAAN STANDARD

BAND PENYATAAN STANDARD

6 (Tahu, Faham dan Boleh Buat

dengan Beradab Mithali) Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan secara kreatif dan inovatif

5 (Tahu, Faham dan Boleh Buat

dengan Beradab Terpuji) Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan secara berinisiatif

4 (Tahu, Faham dan Boleh Buat

dengan Beradab) Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan secara sistematik

3 (Tahu, Faham dan Boleh Buat)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan

2 (Tahu dan Faham)

Mengetahui dan memahami tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan

1 (Tahu)

Mengetahui tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan

Page 11: Dsp khb76 ting 3 2013 (1)

8

STANDARD PRESTASI KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL

TINGKATAN 3

Page 12: Dsp khb76 ting 3 2013 (1)

9

BAND 1

Page 13: Dsp khb76 ting 3 2013 (1)

10

BAND STANDARD

Penerangan generik tentang tahap pertumbuhan

pembelajaran

DESKRIPTOR APA murid tahu dan boleh buat

EVIDENS BAGAIMANA murid persembahkan “APA murid tahu dan boleh buat”

1

Tahu

Mengetahui tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan.

Murid boleh: B1D1 Mengetahui tentang asas elektrik. B1D2 Mengetahui tentang tempat kediaman. B1D3 Mengetahui tentang elektronik.

Murid boleh: B1D1E1 Menyatakan dua jenis motor. B1D1E2 Menyatakan arah pusingan motor DC. B1D2E1 Menyatakan tiga jenis ruang tempat kediaman. B1D2E2 Menyatakan dua pembersihan tempat kediaman. B1D2E3 Menyatakan empat faktor yang perlu diambil kira semasa menyusun atur kelengkapan tempat kediaman. B1D3E1 Menyatakan susunan nombor pin IC pemasa 555.

Page 14: Dsp khb76 ting 3 2013 (1)

11

B1D4 Mengetahui tentang enjin. B1D5 Mengetahui tentang konsumerisme.

B1D3E2 Menyatakan tiga bahagian utama binaan geganti. B1D4E1 Menyatakan dua nama pengikat. B1D4E2 Menyatakan enam bahagian utama luar enjin. B1D4E3 Menyatakan lima bahagian dalam enjin. B1D4E4 Menyatakan nama dua lejang enjin. B1D4E5 Menyatakan nama tiga sistem enjin. B1D5E1 Menyatakan lima hak pengguna. B1D5E2 Menyatakan tiga tanggungjawab pengeluar kepada pengguna.

Menyatakan : Secara lisan atau bertulis.

Page 15: Dsp khb76 ting 3 2013 (1)

12

BAND 2

Page 16: Dsp khb76 ting 3 2013 (1)

13

BAND STANDARD

Penerangan generik tentang tahap pertumbuhan

pembelajaran

DESKRIPTOR APA murid tahu dan boleh buat

EVIDENS BAGAIMANA murid persembahkan “APA

murid tahu dan boleh buat”

2

Tahu dan Faham

Mengetahui dan memahami tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan.

Murid boleh: B2D1 Mengetahui dan memahami tentang asas elektrik. B2D2 Mengetahui dan memahami tentang tempat kediaman. B2D3 Mengetahui dan memahami tentang elektronik.

Murid boleh: B2D1E1 Menerangkan mekanisme penghantaran kuasa motor DC. B2D2E1 Menerangkan dua ruang tempat kediaman dari segi fungsinya. B2D2E2 Menerangkan dua faktor keselesaan tempat kediaman. B2D2E3 Menerangkan dua faktor yang perlu diambil kira semasa menyusun atur kelengkapan tempat kediaman. B2D3E1 Menerangkan geganti dari segi fungsinya.

Page 17: Dsp khb76 ting 3 2013 (1)

14

B2D4 Mengetahui dan memahami tentang enjin. B2D5 Mengetahui dan memahami tentang konsumerisme.

B2D4E1 Menerangkan pengikat dari segi fungsinya. B2D4E2 Menerangkan enam bahagian utama luar enjin dari segi fungsinya. B2D4E3 Menerangkan lima bahagian utama dalam enjin dari segi fungsinya. B2D4E4 Menerangkan dua sistem enjin dari segi fungsinya. B2D5E1 Menerangkan tiga hak pengguna.

Menerangkan : Secara lisan dan bertulis.

Page 18: Dsp khb76 ting 3 2013 (1)

15

BAND 3

Page 19: Dsp khb76 ting 3 2013 (1)

16

BAND STANDARD

Penerangan generik tentang tahap pertumbuhan

pembelajaran

DESKRIPTOR APA murid tahu dan boleh buat

EVIDENS BAGAIMANA murid persembahkan “APA

murid tahu dan boleh buat”

3

Tahu, Faham dan Boleh Buat

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan.

Murid boleh: B3D1 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka cipta. B3D2 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik. B3D3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik.

Murid boleh: B3D1E1 Menghasilkan projek reka cipta1. B3D2E1 Membaca meter kWj. B3D2E2 Mengira kos penggunaan tenaga elektrik. B3D3E1 Membentuk kaki komponen elektronik. B3D3E2 Memasang komponen elektronik berpandukan lukisan bergambar. B3D3E3 Memateri kaki komponen.

Page 20: Dsp khb76 ting 3 2013 (1)

17

B3D4 Mengaplikasi pengetahuan dan kefahaman tentang elektronik.

B3D4E1 Menghasilkan projek elektronik yang mengandungi komponen geganti dan IC 555.

reka cipta1 : Menghasilkan produk baharu atau inovasi daripada produk sedia ada.

Page 21: Dsp khb76 ting 3 2013 (1)

18

BAND 4

Page 22: Dsp khb76 ting 3 2013 (1)

19

BAND STANDARD

Penerangan generik tentang tahap pertumbuhan

pembelajaran

DESKRIPTOR APA murid tahu dan boleh buat

EVIDENS BAGAIMANA murid persembahkan “APA

murid tahu dan boleh buat”

4

Tahu, Faham dan Boleh Buat

dengan Beradab

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan secara sistematik.

Murid boleh: B4D1 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka cipta secara sistematik. B4D2 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik secara sistematik. B4D3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik secara sistematik.

Murid boleh: B4D1E1 Menghasilkan projek reka cipta mengikut prosedur1. B4D2E1 Mengira kos penggunaan tenaga elektrik mengikut prosedur2. B4D3E1 Memateri semua kaki dan tamatan komponen elektronik mengikut prosedur3.

Page 23: Dsp khb76 ting 3 2013 (1)

20

B4D4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang elektronik secara sistematik.

B4D4E1 Menghasilkan projek elektronik mengikut prosedur4.

prosedur1 : Membuat projek berdasarkan lakaran. prosedur2 : Mengira mengikut kaedah yang betul. prosedur3 : Komponen berkutub dipasang mengikut kekutuban. prosedur4 : Betul;

i. Alatan. ii. Komponen dipasang mengikut kekutuban.

Page 24: Dsp khb76 ting 3 2013 (1)

21

BAND 5

Page 25: Dsp khb76 ting 3 2013 (1)

22

BAND STANDARD

Penerangan generik tentang tahap pertumbuhan

pembelajaran

DESKRIPTOR APA murid tahu dan boleh buat

EVIDENS BAGAIMANA murid persembahkan “APA

murid tahu dan boleh buat”

5

Tahu, Faham dan Boleh Buat

dengan Beradab Terpuji

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan secara berinisiatif.

Murid boleh: B5D1 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka cipta secara berinisiatif. B5D2 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik secara berinisiatif. B5D3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik secara berinisiatif.

Murid boleh: B5D1E1 Menghasilkan projek reka cipta dengan daya usaha¹. B5D2E1 Mengira kos penggunaan tenaga elektrik dengan daya usaha2. B5D3E1 Memateri semua kaki dan tamatan komponen elektronik dengan daya usaha3.

Page 26: Dsp khb76 ting 3 2013 (1)

23

B5D4 Mengaplikasi pengetahuan dan kefahaman tentang elektronik secara berinisiatif.

B5D4E1 Menghasilkan projek elektronik yang berfungsi dengan daya usaha4.

daya usaha¹ : Menyelesaikan masalah. daya usaha² : Pengiraan yang tepat. daya usaha3 : Sempurna;

i. Pematerian kemas. ii. Pematerian kukuh.

daya usaha4 : Sempurna; i. Susun atur dan kedudukan komponen. ii. Pemotongan kaki komponen. iii. Tiada limpahan pateri.

Page 27: Dsp khb76 ting 3 2013 (1)

24

BAND 6

Page 28: Dsp khb76 ting 3 2013 (1)

25

BAND STANDARD

Penerangan generic tentang tahap pertumbuhan

pembelajaran

DESKRIPTOR APA murid tahu dan boleh buat

EVIDENS BAGAIMANA murid persembahkan “APA

murid tahu dan boleh buat”

6

Tahu, Faham dan Boleh Buat

dengan Beradab Mithali

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan secara kreatif dan inovatif.

Murid boleh: B6D1 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka cipta secara kreatif dan inovatif.

Murid boleh: B6D1E1 Menghasilkan projek reka cipta dengan nilai tambah1.

nilai tambah1 : Penambahan bahan atau idea yang berfungsi dan mampu menggambarkan idea tersendiri murid.

Page 29: Dsp khb76 ting 3 2013 (1)

26

PEMETAAN EVIDENS BERDASARKAN BAND DAN TAJUK TERAS

BERDASARKAN BAND TERAS BERDASARKAN TAJUK TERAS BAND DESK. EVIDENS BIL.

EVIDENS TAJUK BAND DESK. EVIDENS BIL.

EVIDENS

B1 D1 E1, E2 2

REKA CIPTA

B3 D1 E1 1 D2 E1, E2, E3 3 B4 D1 E1 1

B2 D1 E1 1 B5 D1 E1 1 D2 E1, E2, E3 3 B6 D1 E1 1

B3 D1 E1 1

ELEKTRIK

B1 D1 E1, E2 2 D2 E1, E2 2 B2 D1 E1 1 D3 E1, E2, E3 3 B3 D2 E1, E2 2

B4 D1 E1 1 B4 D2 E1 1 D2 E1 1 B5 D2 E1 1 D3 E1 1

ELEKTRONIK B3 D3 E1, E2, E3 3

B5 D1 E1 1 B4 D3 E1 1 D2 E1 1 B5 D3 E1 1 D3 E1 1

TEMPAT KEDIAMAN B1 D2 E1, E2, E3 3

B6 D1 E1 1 B2 D2 E1, E2, E3 3

JUMLAH 22 JUMLAH 22

Page 30: Dsp khb76 ting 3 2013 (1)

27

PEMETAAN EVIDENS BERDASARKAN BAND DAN TAJUK ELEKTIF (KT)

BERDASARKAN BAND ELEKTIF BERDASARKAN TAJUK ELEKTIF

BAND DESK. EVIDENS BIL. EVIDENS

TAJUK BAND DESK. EVIDENS BIL. EVIDENS

B1

D3 E1, E2, 2

ELEKTRONIK

B1 D3 E1, E2 2

D4 E1, E2, E3, E4, E5 5 B2 D3 E1 1

D5 E1, E2 2 B3 D4 E1 1

B2

D3 E1 1 B4 D4 E1 1

D4 E1, E2, E3, E4 4 B5 D4 E1 1 D5 E1 1

ENJIN B1 D4 E1, E2, E3, E4, E5 5

B3 D4 E1, 1 B2 D4 E1, E2, E3, E4 4

B4 D4 E1 1 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

B1 D5 E1, E2 2

B5 D4 E1 1 B2 D5 E1 1

JUMLAH 18 JUMLAH 18

Page 31: Dsp khb76 ting 3 2013 (1)

28

Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 1, 2, 5 – 15, Blok E11, Kompleks Kerajaan Parcel E,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya

Tel. : 03-88843787

Faks : 03-88843783

Web : http://www.moe.gov.my/lp e-mel : [email protected]