23
1.0 Pengenalan Ilmu linguistik merupakan ilmu yang mengkaji bidang bahasa secara saintifik ataupun mendalam, iaitu ilmu yang mengkaji dan menganalisis sesuatu bahasa tertentu secara emprikal dan objektif tanpa dipengaruhi faktor-faktor keberangkalian (reasoning), ramalan, falsafah mahupun andaian. Antara bidang ilmu linguistik bahasa Melayu ialah bidang fonetik dan fonologi yang memberi tumpuan kepada analisis kepada sistem bunyi sesuatu bahasa yang dikaji pada masa tertentu amnya untuk menghasilkan sistem tulisan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2015 : 414), fonetik merupakan ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya manakala fonologi (2015 :414), ialah kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa. Menurut Abdullah Hassan (2007), bidang kaji bunyi dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu fonetik dan fonologi. Fonetik sebenarnya lebih kepada mengkaji penyebutan bunyi manusia, amnya bunyi yang digunakan dalam pertuturan ataupun komunikasi seharian manakala fonologi pula lebih kepada mengkaji sistem bunyi-bunyi dalam bahasa. Dalam hal ini, dapatlah kita membuat satu pernyataan bahawa fonetik dan fonologi ialah kajian tentang bunyi-bunyi bahasa bagi membuat deskripsi bunyi-bunyi tersebut dan membuat transkripsinya. Bunyi- bunyi tersebut perlu didengar terlebih dahulu sebelum dideskripsi kepada lambang-lambang bunyi. Kesimpulannya, bidang fonetik dan fonologi bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada dua bahagian yang penting iaitu fonetik dan fonologi ( Dr. Faridah Nazir & Dr. Hjh Maridah Hj Alias, 2015 : 2 ) 1

Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013

1.0 Pengenalan

Ilmu linguistik merupakan ilmu yang mengkaji bidang bahasa secara saintifik ataupun

mendalam, iaitu ilmu yang mengkaji dan menganalisis sesuatu bahasa tertentu secara emprikal

dan objektif tanpa dipengaruhi faktor-faktor keberangkalian (reasoning), ramalan, falsafah

mahupun andaian. Antara bidang ilmu linguistik bahasa Melayu ialah bidang fonetik dan

fonologi yang memberi tumpuan kepada analisis kepada sistem bunyi sesuatu bahasa yang

dikaji pada masa tertentu amnya untuk menghasilkan sistem tulisan.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2015 : 414), fonetik merupakan ilmu bahasa (linguistik)

yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya

manakala fonologi (2015 :414), ialah kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa.

Menurut Abdullah Hassan (2007), bidang kaji bunyi dapat dibahagikan kepada dua bahagian

iaitu fonetik dan fonologi. Fonetik sebenarnya lebih kepada mengkaji penyebutan bunyi

manusia, amnya bunyi yang digunakan dalam pertuturan ataupun komunikasi seharian

manakala fonologi pula lebih kepada mengkaji sistem bunyi-bunyi dalam bahasa. Dalam hal ini,

dapatlah kita membuat satu pernyataan bahawa fonetik dan fonologi ialah kajian tentang bunyi-

bunyi bahasa bagi membuat deskripsi bunyi-bunyi tersebut dan membuat transkripsinya.

Bunyi-bunyi tersebut perlu didengar terlebih dahulu sebelum dideskripsi kepada lambang-

lambang bunyi.

Kesimpulannya, bidang fonetik dan fonologi bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada dua

bahagian yang penting iaitu fonetik dan fonologi ( Dr. Faridah Nazir & Dr. Hjh Maridah Hj Alias,

2015 : 2 )

1

Page 2: Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013

Tugasan 1 :

2.0 Konsep fonetik dan fonologi, alat-alat artikulasi dan artikulator serta fonem suprasegmental dalam bahasa Melayu. (40 %)

2.1 Konsep fonetik dan fonologi

Antara faktor yang penting yang menjadikan bahasa Melayu sebagai suatu bahasa yang

sangat mudah untuk dipelajari adalah disebabkan oleh salah satu cabang linguistik iaitu

fonologi dan fonetik. Dapatlah disimpulkan bahawa hampir setiap huruf Rumi mewakili satu

sebutan fonem. Siti Hajar Abdul Aziz (2011) berpendapat bahawa asal usul perkataan fonetik

sebenarnya berasal daripada bahasa Greek yang disebut sebagai phone iaitu bunyi (suara).

Jelaslah bahawa fonetik merupakan kajian mengenai fon atau bunyi-bunyi bahasa dan cara

bunyi-bunyi itu dihasilkan, didengar malah untuk diinterprestasikan.

Bagi kajian bidang fonetik ini, bunyi-bunyi bahasa diberi aspek penekanan misalnya cara bunyi-

bunyi bahasa diujarkan dan melihat cara organ-organ pertuturan manusia yang terlibat bekerja

bagi menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dengan sempurna. Selain fonetik, satu lagi bidang yang

penting juga dalam bahasa Melayu ialah bidang fonologi.

Fonologi merupakan bidang yang mempunyai kaitan dengan organ-organ ujaran manusia dan

cara manusia menggunakan organ-organ tersebut untuk komunikasi seharian. Menurut Siti

Hajar Abdul Aziz (2011), fonologi ialah kajian mengenai sistem bahasa yang berkaitan dengan

senarai bunyi bahasa dan ciri-ciri bunyi tersebut serta peraturan khusus yang menjelaskaan

cara bunyi-bunyi tertentu berhubung antara satu sama lain. dan bidang yang mengkaji bunyi

bahasa pada tahap yang lebih tinggi daripada fonetik iaitu struktur bunyi bahasa yang

dipertuturkan. Namun demikian, kajian fonetik sering didahului oleh fonetik kerana bidang

fonetik membekalkan maklumat yang diperlukannya untuk dianalisis, iaitu lambang-lambang

huruf vokal dan konsonan bagi menggambarkan bunyi-bunyi tertentu.

Manakala, menurut Abdullah Hassan (2007), bunyi-bunyi bahasa bagi membuat sesebuah

deskripsi bunyi-bunyi sesuatu bahasa, membuat penggolongan bunyi-bunyi tersebut dan

membuat transkripsinya, Kebiasaannya, bunyi-bunyi tersebut akan didengari terlebih dahulu

sebelum dideskripsi. Justeru, bunyi-bunyi yang akan dikaji perlu dirakam terlebih dahulu dan

kajian tersebut akan bergantung sepenuhnya kepada kualiti rakaman mesin tersebut dan

menekankan dalam bidang mengkaji bunyi deskripsi fonetik memainkan peranan supaya bunyi-

bunyi bahasa sebagai unit-unit yang dapat dikaji. (Abdullah Hassan, 2007).

2

Page 3: Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013

2.2 Konsep alat-alat artikulasi dan artikulator

Antara elemen yang penting dalam bidang fonetik dan fonologi bahasa Melayu ialah mengenai

alat-alat artikulasi dan artikulator. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), alat artikulasi

merupakan alat atau organ yang berfungsi mengeluarkan bunyi bahasa. Alat-alat yang terlibat

dalam sistem udara yang keluar dan masuk ke paru-paru untuk menghasilkan bunyi. Alat

artikulasi dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu alat yang boleh digerak-gerakkan

dengan bebas dan boleh diletakkan pada beberapa kedudukan di dalam mulut manakala bagi

daerah pengeluaran, iaitu tempat yang tetap dan terletak di bahagian sebelah atas pengeluar

dan tempat ini dapat dicapai oleh alat-alat pengeluar yang berkaitan. Artikulator merupakan

bahagian alat pertuturan yang boleh digerak-gerakkan, iaitu lidah, bibir, dan juga gigi bawah

yang berada di bahagian bawah rongga mulut.

Artikulator (alat artikulasi) juga merupakan organ yang menghasilkan bunyi bahasa manakala

daerah artikulasi ialah gigi atas, gusi, lelangit keras, dan lelangit lembut. Bukan itu sahaja,

daerah artikulasi ialah bahagian alat pertuturan di atas rongga mulut yang langsung tidak dapat

digerakkan namun hanya mampu didekati atau disentuh dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi

bahasa. ( Nor Hashimah Jalaluddin, 1998 :16-17). Seperti yang kita ketahui, haiwan juga

menghasilkan bunyi namun bunyi-bunyi yang dihasilkan tidak dapat dijelmakan secara spesifik

misalnya dalam bentuk lambang yang tertentu bagi menyatakan makna.

Namun begitu, manusia sudah pastinya dapat menghasilkan bunyi-bunyi ujaran yang bermakna

dengan menggunakan organ-organ pertuturan. Hal ini dibuktikan oleh kajian yang telah

dilaksanakan oleh para saintis iaitu mereka telah mengambil inisiatif untuk meletakkan sejenis

kamera yang kecil ke dalam ruang rongga mulut bagi memeriksa dan membuat penelitian

tentang pergerakan fizikal organ dengan cara pemantulan atau kebolehan mengenal pasti

bunyi-bunyi yang perlu dihasilkan. Alat-alat artikulasi yang terdapat pada manusia mempunyai

fungsi tertentu iaitu berperanan mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa. (Rujuk halaman lampiran Rajah 1.0 : Kedudukan alat-alat artikulasi)

Anak tekak merupakan salah satu alat artikulasi yang berada di bahagian belakang rongga

mulut dan berdekatan dengan lelangit lembut. Anak tekak berperanan sebagai alat pertuturan

bersama-sama dengan lelangit lembut untuk menentukan sesuatu bunyi yang dihasilkan sama

ada sengau ataupun tidak. Bukan itu sahaja, anak tekak boleh digerakkan sama ada dinaikkan

ataupun diturunkan. (Rujuk halaman lampiran Rajah 1.1 : Anak tekak (epiglottis) )

3

Page 4: Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013

Selain anak tekak, Abdullah Hassan (2007) berpendapat bahawa lidah juga sebenarnya aktif

dalam menghasilkan bunyi. Beliau juga menyatakan bahawa daun lidah boleh dibahagikan

kepada tiga daerah iaitu hujung, depan dan juga belakang bagi memudahkan kita membuat

deskripsi.

Namun begitu menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), beliau telah membahagikan lidah kepada

lima bahagian iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, belakang lidah daun lidah. Bagi

bahagian hadapan, tengah dan belakang lidah berperanan untuk menghasilkan bunyi-bunyi

vokal iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang. (Rujuk halaman lampiran Rajah 1.2 : Kedudukan lidah & Rajah 1.3 : Carta vokal )

Bukan itu sahaja, hujung lidah juga boleh digerakkan ke mana-mana bahagian dalam mulut

bagi menyekat perjalanan udara. Hal ini juga dapat dikaitkan dengan kes yang dikatakan kes

buli dimana murid tersebut telah dibuli oleh rakannya dengan menggunting lidahnya. Menurut

ayahnya, murid tersebut dikatakan masih trauma kerana selepas kejadian tersebut anaknya

kurang berkomunikasi dengan orang sekeliling. Justeru, bahagian lidah merupakan salah satu

alat artikulasi yang penting bagi proses pengeluaran bunyi selain daripada salah satu

pancaindera manusia.

Selain lidah, terdapat sepasang otot selaput nipis yang dikenali sebagai pita suara. Pita suara

terletak di bahagian halkum. Apabila pita suara dirapatkan, ruang rongga akan direngkung

dimana lubang di antara dua keping selaput tersebut dapat diluaskan atau disempitkan dalam

usaha mengeluarkan bunyi. Bukan itu sahaja, pita suara yang nipis ini akan bergetar (vibrate)

apabila menerima tekanan aliran udara yang keluar dari paru-paru dan menghasilkan bunyi

bersuara.

Kedua-dua selaput itu tersebut lebih dikenali sebagai glotis yang akan bergerak sewaktu kita

bertutur dan apabila kedua-dua selaput tersebut dirapatkan maka glotis akan menjadi sempit

atau tertutup manakala sekiranya selaput itu direnggangkan, glotis akan menjadi luas. Hal ini

akan berlaku sekiranya tekanan terhasil pada bahagian bawah tenggorok dan akan terasa

seolah-olah aliran udara terhenti.

Menurut pandangan ahli lingusitik, Abdullah Hassan (2007) pula, pita suara akan bergetar

sebanyak 110 kali sesaat bagi lelaki manakala tiga kali ganda bagi wanita. Oleh yang demikian,

pita suara berfungsi dalam menentukan sesuatu bunyi yang dihasilkan sama ada bersuara

ataupun tidak bersuara. Sekiranya selaput tersebut disempitkan namun tidak terlalu rapat,

4

Page 5: Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013

udara dari paru-paru yang keluar melaluinya akan bergetar dan menghasilkan bunyi bersuara

manakala bunyi tidak bersuara akan berlaku jika selaput suara direnggangkan dan glotis

terbuka namun tidak begitu luas dan udara dari paru-paru yang keluar melaluinya tidak

bergetar. ( Rujuk halaman lampiran Rajah 1.4 : Gambaran semasa proses pengeluaran suara).

Bukan itu sahaja, rahang juga merupakan salah satu alat artikulasi. Manusia mempunyai dua

bahagian rahang iaitu rahang atas dan rahang bawah namun begitu peranan rahang tidak

begitu penting seperti alat-alat artikulasi yang lain. Sebenarnya, kedudukan rahang dalam

proses membunyikan vokal misalnya keadaan bukaan antara dua rahang atas dan dengan

bawah adalah sempit semasa membunyikan vokal [i] dan vokal [u] manakala keadaan rahang

akan terbuka dengan luas semasa proses membunyikan vokal [a] dan [ə]. (Rujuk halaman lampiran Rajah 1.5 : Kedudukan rahang).

Akhir sekali, bagi menentukan penghasilan bunyi-bunyi bahasa bahagian ronggalah yang

menjalankan tugas. Rongga merupakan bahagian lapang yang menjadi tempat laluan udara

yang keluar dari paru-paru. Rongga dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu rongga tekak,

rongga mulut dan rongga hidung.

Cara penghasilan bunyi-bunyi bahasa melalui rongga tekak akan bermula daripada bahagian

atas selaput pita suara sehinggalah ke bahagian anak tekak. Bagi rongga mulut pula, ia

bermula dari ruang di belakang lidah membawa ke bahagian bibir sebelah dalam manakala

rongga hidung bermula dari bahagian belakang anak tekak menghala ke hidung (Siti Hajar

Abdul Aziz, 2011). Hal ini juga akan menyebabkan rongga hidung dan rongga tekak boleh

dibuka atau ditutup namun bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit

lembut dinaikkan atau diturunkan. (Rujuk halaman lampiran Rajah 1.6 : Kedudukan rongga).

Daerah artikulasi merupakan kedudukan organ yang terlibat dalam menghasilkan bunyi-bunyi

bahasa iaitu bibir, gusi dan lelangit. Daerah-daerah arikulasi juga boleh digerakkan misalnya

lelangit lembut yang boleh dinaikkan atau diturunkan namun terdapat beberapa kedudukannya

adalah tetap misalnya lelangit keras dan gusi. (Siti Hajar Abdul Aziz, 2011).

5

Page 6: Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013

Bibir merupakan sempadan yang paling luar pada rongga mulut. Bibir sebenarnya merupakan

organ yang mempunyai kumpulan otot yang kenyal dan boleh diubah-ubah bentuknya dengan

mengawal otot-otot pada bibir. Otot-otot tersebut boleh dibuat supaya bentuknya menjadi

bundar atau leper bagi menghasilkan bunyi-bunyi yang berlainan. (Rujuk halaman lampiran Rajah 1.7 : Keadaan bibir hampar dan bundar).

Menurut Abdullah Hassan (2007), gigi sebagai organ sebutan namun peranannya adalah

pasif. Ini bermaksud gigi tidak dapat bergerak namun dapat digunakan sebagai penampan

aliran yang keluar dari paru-paru. Bukan itu sahaja, gigi turut memainkan peranan sebagai

daerah penyebutan bunyi [c] dan [j].(Rujuk halaman lampiran Rajah 1.8 : Kedudukan gigi atas dan gigi bawah).

Tambahan pula, gusi atau alveolar merupakan alat pertuturan yang terletak antara bahagian

gigi dengan lelangit keras. Gusi merupakan bahagian yang cembung di gigi menurun ke

bahagian dalam rongga mulut yang tidak boleh digerakkan dan menghasilkan bunyi dengan

bantuan hujung lidah dan gigi bagi membuat penyekatan misalnya semasa mengujarkan bunyi

[t] dan [d]. (Rujuk halaman lampiran Rajah 1.9 : Kedudukan gusi).

Di samping itu, lelangit lembut bermula dari sempadan lelangit keras hingga akhir daerah atas

rongga mulut. Lelangit lembut merupakan bahagian lelangit yang terkebelakang dalam rongga

mulut dan boleh diturunkan dan dinaikkan bagi tujuan menutup atau membuka saluran tekak ke

rongga hidung. Keadaan lelangit lembut diturunkan akan menyebabkan bunyi sengauan berlaku

misalnya bunyi [n] dan [m] manakala sekiranya lelangit lembut dinaikkan maka bunyi-bunyi

letupan dan geseran misalnya bunyi [b] dan [h] akan terhasil. (Rujuk halaman lampiran Rajah 2.0 : Bahagian lelangit).

6

Page 7: Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013

2.2 Fonem suprasegmental bahasa Melayu

Suprasegmental bermaksud unsur-unsur bahasa yang terdapat dalam bahasa Melayu yang

terdiri daripada tekanan, nada, jeda dan panjang-pendek. Suprasegmental atau dikenali juga

sebagai suprapenggalan adalah sifat bunyi yang menindih sesuatu fonem. Maka, kebanyakan

orang dapar bertutur dengan berpandukan unsur suprasegmental untuk menyerlahkan

emosinya. Unsur tekanan merupakan cara meninggikan laras bunyi untuk memberikan

penekanan namun cara ini agak kasar. Jelaslah bahawa tekanan berperanan untuk menyebut

perkataan, frasa atau ayat dan menandakan aspek yang perlu diberi penekanan. Lambang

yang biasa digunakan ialah /'/.

Seterusnya, nada ialah kadar meninggi atau menurun pengucapan sesuatu suku kata atau

perkataan. Nada biasanya ditandai dengan angka 1, 2, 3 dan 4 yang membawa maksud iaitu

angka 1 akan menunjukkan nada yang paling rendah, angka 2 pula menunjukkan nada

permulaan ujaran, angka 3 akan menunjukkan nada tekanan pada ujaran dan angka 4 bakal

menunjukkan nada yang paling tinggi. Nada membolehkan sesuatu ayat itu diujarkan dalam

bentuk mendatar, menaik dan menurun bagi menimbulkan pola lagu dalam ayat tersebut.

Jeda atau disebut sebagai persendian ialah unsur hentian yang memisahkan elemen-elemen

lingusitik misalnya perkataan, rangkai kata atau ayat. Lambang yang digunakan untuk jeda ialah

[#]. Selain jeda, panjang-pendek bagi kadar panjang atau pendeknya sesuatu bunyi itu

diucapkan. Lambang bagi fonem ini [ : ] dinamakan mora yang bererti panjang sebutan bunyi itu

ialah mora manakala [ : : ] menggambarkan dua mora dan lambang [.] merupakan setengah

mora. Namun dalam bahasa Melayu, unsur ini tidak membezakan makna. Contoh ayat berikut

menunjukkan unsur suprasegmental yang berbeza dan mempunyai unsur ketaksaan :

(i) Ibu bapa Ali telah meninggal dunia ? (ayat tanya tanpa kata tanya)

(ii) Ibu, bapa Ali telah meninggal dunia . (ayat penyata)

Kesimpulannya, fonetik dan fonologi, alat-alat artikulasi dan artikulator serta fonem

suprasegmental bahasa Melayu saling berkait rapat dengan kemahiran bertutur kita dalam

kehidupan seharian. Sebaik-baiknya, kita sebagai manusia yang sempurna pertuturan dan

pendengaran haruslah menghargai ciptaan-Nya.

7

Page 8: Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013

Tugasan 2 :

3.0 Mentranskripsi satu petikan (150-200 patah perkataan) dengan menggunakan transkripsi fonetik yang dipetik daripada penulisan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, iaitu Dewan Masyarakat. (10 %)

Dalam hal ini, persatuan sukan tanah air mengambil berat segala perhatian yang diberikan

oleh rakyat agar sentiasa menampilkan atlet yang berkualiti demi menjunjung maruah negara di

pentas, serta tidak mahu lagi atlet negara digelar jaguh kampung semata-mata. Jepun dan

Korea misalnya, masing-masing sudah mampu melangkah ke peringkat separuh akhir bola

sepak lelaki Olimpik, iaitu Korea muncul sebagai pasukan Asia yang pertama memenangi

pingat gangsa dalam acara sukan Olimpik. Ketika dahulu, Malaysia juga pernah berada pada

kedudukan yang sama ini, siapakah bakal menggantikan Chong Wei pada Olimpik 2016 andai

beliau bersara ? Apakah Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mampu memberi jawapannya ?

[dalam] [hal] [ini], [pərsatuan] [sukan] [tanah] [ayer] [meŋambil] [bərat] [səgala] [pərhatian] [jaŋ]

[dibərikan] [ɔleh] [raʔyat] [agar] [səntiasa] [mənampilkan] [atlət] [jaŋ] [bərkualiti] [dəmi] [mənjuŋ]

[maruah] [negara] [di] [pəntas], [sərta] [tidaʔ] [mahu] [lagi] [atlət] [nəgara] [digəlora] [jaguh]

[kampoŋ] [səmata-mata]. [ǰəpun] [dan] [korea] [misalɲa], [masiŋ-masiŋ] [sudah] [mampu]

[melaŋkah] [kə] [pəriŋkat] [səparoh] [aʔhir] [bola] [sepak] [ləlaki] [olimpiʔ] [jaitu] [korea] [munčul]

[səbagai] [pasukan] [asia] [jaŋ] [pərtama] [memenaŋi] [piŋat] [gaŋsa] [dalam] [ačara] [sukan]

[olimpik]. [ʔətika] [dahulu] [melesia] [ǰuga] [pərnah] [bərada] [pada] [kədudukan] [jaŋ] [sama] [ini],

[siapakah] [bakal] [meŋgantikan] [choŋ wéi] [pada] [olimpik] [dua ribu ənam bəlas] [andai]

[bəliau] [bərsara]? [apakah] [pərsatuan] [badminton] [melesia] [BIM] [mampu] [məmbərikan]

[jawapaɲa] ?

8

Page 9: Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013

Apa-apa pun sekurang-kurangnya bagi edisi sukan Olimpik kali ini seluruh rakyat Malaysia

tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada Chong Wei dan Pandelela kerana terus

mengibarkan Jalur Gemilang di pentas Olimpik sekali gus berjaya meyatupadukan rakyat

negara ini. Harapan negara disandarkan kepada atlet seterusnya agar terus mengikuti jejak

langkah mereka berdua dan mengharapkan sukan terus dijadikan wahana yang terbaik untuk

memupuk semangat perpaduan nasional.

[apa-apa] [pun] [səkuraŋ-kuraŋɲa] [bagi] [edisi] [sukan] [olimpik] [kali] [ini] [seluroh] [raʔyat]

[melesia] [tidaʔ] [putus-putus] [meŋučapkan] [tərima] [kasih] [kəpada] [choŋ wéi] [dan]

[pandelela] [kərana] [tərus] [meŋibarkan] [ǰalur] [gəmilaŋ] [di] [pəntas] [olimpiʔ] [səkali] [gus]

[bərǰaya] [məɲatupadukan] [raʔyat] [nəgara] [ini]. [harapan] [nəgara] [disandarkan] [kəpada]

[atlət] [sətərusnya] [agar] [tərus] [meŋikuti] [ǰəǰaʔ] [laŋʔah] [məreka] [bərdua] [dan]

[məŋharapkan] [sukan] [tərus] [diǰadikan] [wahana] [jaŋ] [tərbaiʔ] [untoʔ] [məmupuʔ] [səmaŋat]

[pərpaduan] [nasional].

Petikan teks asal dipetik daripada Noor Mohamad Shakil Hameed.(2012,Nov 11). Sukan

Menyatukan Bangsa. Dewan Masyarakat. 50.38-39.

9

Page 10: Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013

4.0 Rumusan

Tuntasnya, fonetik dan fonologi bahasa Melayu merupakan salah satu bidang linguistik

deskriptif yang melibatkan kajian terhadap bunyi-bunyi bahasa dan fungsi-fungsi sesuatu

bahasa amnya dalam bahasa Melayu. Terdapat juga beberapa bahagian tubuh manusia yang

berperanan sebagai alat artikulasi misalnya bibir, gusi, lidah, gigi bawah yang berada di bawah

rongga mulut. Dengan menggunakan alat artikulasi dengan sebaik-baiknya, kita mampu

berbahasa ataupun berinteraksi dengan menggunakan kepelbagaian bunyi seseorang itu dapat

bertutur dengan sempurna dan mampu membanding bezakan sebutan huruf-huruf vokal dan

konsonan.

Salah satu objektif utama bidang fonetik dan fonologi bahasa Melayu ialah seseorang itu dapat

menentukan sistem bunyi dan menentukan huruf-huruf serta fonem-fonem yang berkaitan

selain dapat menerbitkan satu sistem ejaan bagi sesuatu bahasa yang sempurna seperti

bahasa Melayu.

Terdapat banyak bunyi bahasa yang boleh dipertuturkan melalui alat artikulasi, namun begitu

bukan semua bunyi itu penting. Kebanyakan bunyi dapat digolongkan kepada beberapa

pecahan ataupun keluarga bunyi yang tertentu sahaja dan bilangan keluarga bunyi yang terhad

kebiasaannya akan diguna secara berulang kali dan dalam gabungan yang berbeza.

Terdapat tiga jenis bunyi yang penting dalam bahasa Melayu iaitu vokal, konsonan dan juga

diftong. Hal ini kerana bunyi bahasa dapat digambarkan sebagai sesuatu yang kompleks dan

berbea-beza. Begitu juga dalam aspek Pengajaran dan Pembelajaran ( P & P ), bidang fonetik

dan fonologi digunakan secara meluas khususnya dalam kemahiran ujian lisan yang dapat

membantu murid dalam pertuturan dengan menggunakan sifat-sifat bunyi secara tepat misalnya

unsur tekanan, nada, jeda dan panjang-pendek dalam bahasa Melayu.

Walaubagaimanapun, seseorang guru itu perlu berusaha untuk mengajar bahasa Melayu

dengan lebih berkesan amnya dalam bidang fonetik dan fonologi kepada para murid supaya

setiap ujaran yang dilafazkan menepati standard sebutan yang baik.

10

Page 11: Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013

5.0 Bibliografi

Abdullah Hassan.(2007). Linguistik Am. Kuala Lumpur ; PTS Professional Sdn.Bhd.

Faridah Nazir & Maridah Alias. (2015). Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu. Petaling Jaya :

Sasbadi Sdn.Bhd.

Kamus Dewan. (edisi ke-4). (2015). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Martabat Bahasa Lestari Bangsa. (2012).Bukit Mertajam: Institut Pendidikan Guru Kampus

Tuanku Bainun.

Nik Safiah Karim et.al. (2015). Tatatabahasa Dewan (edisi ke-3). Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Noor Mohamad Shakil Hameed.(2012,Nov 11). Sukan Menyatukan Bangsa. Dewan

Masyarakat. 50.38-39.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu I (edisi ke-2). Kuala Lumpur : Oxford Fajar

Sdn.Bhd.

(t.p). (2016, Mac 27). Gunting lidah: Muhamad Alif semakin pulih, tetapi masih trauma. Tarikh

bahan dicerap pada Julai 20, 2016 daripada,

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/gunting-lidah-muhamad-alif-semakin-pulih-

tetapi-masih-trauma-100075

(t.p).(2010,Julai 24). Perhatikan gigi si kecil, yuk… . Tarikh bahan dicerap pada Julai 20, 2016

daripada, https://doktergigionline.wordpress.com/2010/07/24/perhatikan-gigi-si-kecil-yuk

%E2%80%A6/

(t.p).(2013, Januari 3). Penyebab pergeseran pada posisi rahang. Tarikh bahan dicerap pada

Julai 20, 2016 daripada, http://www.kesehatangigiku.com/penyebab-pergeseran-pada-

posisi-rahang/

(t.p).(t.t). Senaman muka dan mulut. Tarikh bahan dicerap pada Julai 20, 2016 daripada,

http://mrskeciksangat.blogspot.my/2014/11/senaman-muka-dan-mulut.html

Afinur.(2012, Ogos 13). Bunyi vokal. Tarikh bahan dicerap pada Julai 20, 2016 daripada,

http://cheguuafinur.blogspot.my/2012/08/bunyi-vokal.html

11

Page 12: Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013

Carol James. (t.t). BML Fonetik dan fonologi bahasa Melayu. Tarikh bahan dicerap pada Julai

18, 2016, daripada

http://www.academia.edu/11775056/BML_3043_FONETIK_DAN_FONOLOGI_BAHASA_M

ELAYU

Januri. (2011, Julai 22). Artikulasi dan artikulator.Tarikh bahan dicerap pada Julai 20, 2016,

daripada http://januri42.blogspot.my/2011/07/artikulasi-dan-artikulator.html

Khairuddin Mohamad. (2012, Ogos 8). Sistem bunyi bahasa Melayu. Tarikh bahan dicerap pada

Julai 20, 2016 daripada, http://literasibahasamelayu.blogspot.my/2012_08_01_archive.html

Kirti. (2016, April 6). Gum health – Everything you need to know! .Tarikh bahan dicerap pada

Julai 20, 2016 daripada, http://thecalcuttagirl.com/gum-health/

Mazita. (2012, Mei 5). Kanser tekak. Tarikh bahan dicerap pada Julai 20, 2016, daripada,

http://earnosethroatdoc.blogspot.my/2012/05/kanser-tekak.html

Misz Ara. (2013, Januari 5). Perbezaan antara artikulasi dan artikulator. Tarikh bahan dicerap

pada Julai 19, 2016, daripada, http://aranaz13.blogspot.my/2013/01/perbezaan-artikulasi-

dan-artikulator.html

Murni Mohamat. (2013, April 3). Fonetik dan fonologi (vokal & konsonan). Tarikh bahan dicerap

pada Julai 19, 2016, daripada, http://www.slideshare.net/murnibintimohamat/fonetik-dan-

fonologi-vokal-konsonan

12

Page 13: Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013

6.0 Lampiran

Rajah 1.0 Kedudukan alat-alat artikulasi

Alat-alat artikulasi dan artikulator

Rajah 1.1 : Anak tekak (epiglottis)

13

Page 14: Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013

Rajah 1.2 : Kedudukan lidah

Rajah 1.3 : Carta vokal

14

Page 15: Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013

Rajah 1.4 : Gambaran semasa proses pengeluaran suara

Rajah 1.5: Gambaran rahang manusia.

15

Page 16: Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013

Rajah 1.6 Kedudukan rongga

Rajah 1.7 : Keadaan bibir hampar dan bibir bundar

Rajah 1.8 : Kedudukan gigi atas dan gigi bawah

16

Page 17: Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013

Rajah 1.9 : Kedudukan gusi

Rajah 2.0 :Bahagian lelangit

17