26
Free Powerpoint Templates Page 1 DIMENSI PERSONALITI PSIKOTISISME DI KALANGAN KETUA DAN IMPAKNYA TERHADAP ESTIM KENDIRI PEKERJA DI TEMPAT KERJA

Jurnal personaliti

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Jurnal personaliti

Free Powerpoint TemplatesPage 1

DIMENSI PERSONALITI PSIKOTISISME DI KALANGAN

KETUA DAN IMPAKNYA TERHADAP ESTIM KENDIRI PEKERJA DI TEMPAT KERJA

Page 2: Jurnal personaliti

AbstrakKertas kerja ini menumpukan perbincangan kritis mengenai personaliti psikotisisme di antara ketua dan impak terhadap estim kendiri pekerja di tempat kerja.

Melingkungi kerangka konseptual personaliti psikotisisme, estim kendiri, impak, cabaran dan harapan.

Hans J. Eysenck adalah pelopor kepada trait personaliti psikotisisme.

Keperibadian seseorang ketua di tempat kerja mampu mempengaruhi emosi dan estim kendiri di dalam kalangan pekerja.

Page 3: Jurnal personaliti

Konsep Personaliti

Menurut Mahmood (1992), personaliti merupakan sifat-sifat yg ada pada seseorang individu seperti cara berfikir, beremosi, berpersepsi dan lain-lain lagi yg membolehkannya berbeza dengan orang lain.

Allport (1936) telah menemui sebanyak 17,953 trait personaliti manusia, sebahagian daripadanya adalah lokus kawalan, motivasi pencapaian, autoritariannisme, dan estim kendiri.

Dari perspektif Islam, personaliti ditakrifkan sebagai sahsiah atau secara umumnya adalah akhlak. Akhlak ini terbahagi kepada dua jenis iaitu akhlak yg terpuji atau akhlak yg tercela (Shahabudin & Rohizani, 2002)

Page 4: Jurnal personaliti

Personaliti Dimensi Psikotisisme Menurut Teori Hans Jurgen Eysenck

Hans Jurgen Eysenck dilahirkan di Berlin, Jerman pada tahun 1916.

Personaliti bermaksud organisasi watak, perangai, intelek dan fizikal seseorang yg agak stabil dan mempunyai daya ketahanan yg mana menentukan keunikan penyesuaian dengan persekitaran.

Pada tahun 1947, Eysenck mengutarakan dua dimensi personaliti iaitu ekstroversi dan neurotisme manakala pada 1952, beliau telah menambah dimensi ketiga iaitu psikotisme.

Page 5: Jurnal personaliti

Ketiga-tiga dimensi keperibadian mempunyai unsur genetik yang besar. Menurut analisis Eysenck, 75% bersifat keturunan dan hanya 25% sahaja disebabkan oleh persekitaran.

Individu yg mempunyai skor psikotisisme agak tinggi didapati sering mempunyai trait yg agak agresif, sejuk, egosentrik, tidak peribadi, impulsif, antisosial, tidak empati, kreatif dan keras hati.

Individu yg mempunyai skor psikotisisme yg rendah mempunyai trait seperti suka merawat, baik hati, penuh perhatian, tenang, sangat sosial, empati, koperatif dan sabar.

Page 6: Jurnal personaliti

Konseptual Estim Kendiri

Penghargaan diri atau estim kendiri juga adalah sejauhmana seseorang individu itu menerima, menyukai dan menghargai dirinya sendiri.

Mempunyai tiga model utama iaitu model afektif, model kognitif dan model sosiologi.

Kewujudan beberapa fakta yg memperlihatkan permasalahan timbul antara ketua dan pekerja di tempat kerja sehingga mengakibatkan pekerja tidak bermotivasi dan rendah estim kendiri (Kenneth, 2010).

Page 7: Jurnal personaliti

ULASANDIMENSI IMPAK PERSONALITI PSIKOTISISME DALAM KALANGAN KETUA TERHADAP ESTIM KENDIRI PEKERJA.

o Terdapat beberapa elemen personaliti psikotisisme yang tertumpu pada ketua dan sejauhmanakah ia memberikan impak terhadap estim kendiri ditempat kerja.

o Dimensi psikotisisme yang akan dibincangkan dari aspekpersonaliti negatif yang perlu diubah ke arah personaliti yang lebih bersifat positif bagi membantu meningkatkan tahapestim kendiri pekerja.

o Terbahagi kepada empat Impak personaliti iaitu impak personaliti agresif, impak personaliti egosentrik, impak personaliti tidak empati, dan impak personaliti anti sosial.

Page 8: Jurnal personaliti

IMPAK PERSONALITI AGRESIF

• Personaliti Agresif merupakan salah satu daripada trait personaliti yang wujud dalam personaliti psikotisisme.

• Baron dan Newman (1996) telah membentuk modeltiga faktor tentang keagresifan ketua ditempat kerja iaituperasaan permusuhan, dasar menghalang, dan agresif secara terang-terangan

• RYAN dan Oestreich (1991) menyediakan model kategori perlakuan iaitu kasar, menghina,tidak mempedulikan, mencela,mencemarkan nama baik, tidak menghargai, mengawal orang lain secara agresif, membuat ancaman terhadap pekerja, menjerit, marah, baran dan berkmungkinan berpotensi mencederakan secara fizikal.

Page 9: Jurnal personaliti

• Ciri-ciri ketua yang berpersonaliti agresif adalah ketua yang terlalu kritikal terhadap pekerja, sangat tegas, berani, tidak suka dimanipulasi, dan sangat berterus terang dengan cara yang tidak sesuai terhadap pekerja ditempat kerja.

• Selain itu, dia akan merasakan dirinya lebih superior, mengutamakan hak dan kepentingan diri, pendendam, pemarah, serta suka mengecilkan hati orang lain.

• Ini akan menyebabkan pekerja berasa kecewa dan mudah merasa rendah diri sekaligus akan menjejaskan estim kendiripekerja.

• Sebagai ketua, seseorang itu perlulah memastikan bahawa diamenunjukkan tingkahlaku dan cara berfikir yang kosistenpada setiap keadaan sebagai satu peribadi yang positif.

Page 10: Jurnal personaliti

• Merujuk perkaitan dengan senario organisasi pada masa laludan masa kini.

• Menurut Bruce & Adam (2007) dalam buku mereka yang bertajuk “ 30 Reasons Employers Hate Their Managers,” telah menulis buku mereka dengan sumber statistik yang berasaskanpandangan lebih 50 000 orang pekerja dari 65 buah organisasi melalui “ The Discovery Surveys, Inc.’s Normative Database (sejak 1993)”.

• Kesemua responden adalah daripada organisasi industri perkilangan dan perkhidmatan serta mengandungi pelbagai saiz dari jumlah sekecil 150 orang sehingga 5000 orang pekerja.

• Sebahagian besar syarikat-syarikat di Amerika Syarikat.

Page 11: Jurnal personaliti

• Hasil kajian itu mendapati sebanyak 46 % pekerja percaya yang pihak pemgurusan memperlakukan mereka dengan caratidak hormat.

• Selaras dengan contoh kajian-kajian tersebut, karektor ketuayang mempunyai ciri-ciri personaliti agresif sebenarnya lebih banyak mengundang tindak balas yang juga negatif daripadapekerja malahan menjejaskan estim kendiri pekerja seterusnyamemberikan kesan terhadap kualiti kerja.

Page 12: Jurnal personaliti

IMPAK PERSONALITI EGOSENTRIK

• Dimensi ini menjurus kepada karektor ketua yang sangat mementingkan diri sendiri dan sentiasa merasakan bahawa dirinya betul sehingga gagal untuk menjadi ketua yang boleh mendengar keluhan dan perasaan pekerjanya.

• sikap sebegini mudah mengundang situasi penolakan sokongan dalam kalangan pekerja terhadap ketua itu sendiri sehingga boleh menjejaskan keharmonian iklim bekerja di tempat kerja.

• Pekerja merupakan modal ke arah merealisasikan visi dan misi organisasi.

• Tetapi ekoran karektor ketua yang lebih berminat Cuma untuk memfokuskan kemahuannya sendiri tanpa mempertimbangkan emosi,minda dan keupayaan pekerja sama ada dalam soal

Page 13: Jurnal personaliti

membuat keputusan rasmi mahupun penetapan arahan tugas.

• Ianya akan mengakitbatkan pekerja akan kurang tumpuan dankurang berminat terhadap pekerja.

• Dapatan statistik oleh Brunce & Adam (2007) membuktikan situasiitu benar dengan menunjukkan sebanyak 52% pekerja merasatidak bebas untuk menyuarakan pendapat mereka secara terbuka.

• Sebanyak 66% pekerja pula mengatakan pihak pengurusan tidakmahu mendengar kata-kata mereka dan sebanyak 67% responden mengatakan bahawa pihak pengurusan gagaluntuk bertindak atas nasihat pekerja.

• Kajian tersebut telah membuktikan bahawa wujudnya ketua yang bersifat egosentrik.

Page 14: Jurnal personaliti

IMPAK PERSONALITI TIDAK EMPATI

• Personaliti ketua yang tidak empati ini merupakan antara sebabtahap estim kendiri pekerja boleh terjejas sehingga boleh memberikan kesan besar kepada hilangnya penghormatan kendiri serta hilang keyakinan terhadap diri sendiri ( Abd. Ghani1008).

• Tahap empati memainkan peranan yang amat penting.

• Ketua seharusnya cube bersimulasi dengan meletakan dirinyadalan diri orang lain bagi memahami situasi emosi meraka.

Page 15: Jurnal personaliti

• Ketua turut semestinya mampu memahami konflik emosi pekerjanya bagi menangani pelbagai yang mungkin wujud ditempat kerja.

• Hal ini jika dapat diatasi oleh ketua, maka besar kemungkinanakan dapat mengurangkan peratus sebanyak 53% yang dikesan menunjukkan penilaian pekerja mengenai kewujudan “pitamerah” dalam organisasi melalui sebuah kajian ( Brace & Adam,2007)

• Tetapi apabila ketua tidak mempunyai ciri-ciri empati dalam karektornya, maka tidak mustahil akan timbul pelbagaimasalah seperti hilangnya rasa hormat pekerja terhadap ketua,merasa benci, marah dan dendam yang sukar dibendungsehingga boleh menjejaskan tumpuan terhadap kerja dan memperngaruhi estim kendiri pekerja.

Page 16: Jurnal personaliti

• Contoh isu seorang guru di Kedah yang mencederakan guru besarnya dengan cara menumbuk dan menyepak ( UtusanMalaysia Online, 27 April 2011) yang menjadi simbol padakemarahan yang terpendam sekian lama, yang besarkemungkinan juga timbul atas pelbagai rasa tidak puas hati sejak peringkat awal.

Page 17: Jurnal personaliti

IMPAK PERSONALITI ANTI SOSIAL

• Individu yang mengalami personaliti jenis ini akan lebihcenderung untuk bertingkahlaku dengan tidak mempedulikan peraturan-peraturan moral dan etika yang wujud dalam masyarakat dan menjadi tuntuan sejagat.

• Walaupun bertingkahlaku aktif dan sering diterima orang lain,namun individu jenis ini lebih suka memanipulasi dan mempergunakan orang lain serta sering melanggar undang-undang sering mengambil kesempatan dan tidak pernah berasa bersalah.

• Melakukan sesuatu perkara tanpa memikirkan perasaan orang lain, agak impulsif serta sukar untuk menghadapi kegagalan.

• Menurut Cleckly (1976), individu jenis ini tidak akan merasa bosan dengan sesuatu mahupun keadaan namun mereka mempunyai perasaan yang kuat untuk mencari sesuatu yang baru

Page 18: Jurnal personaliti

• Berupaya membuat tanggapan pertama yang baik.

• Tanpa sedar kelihatan suka menakutkan atau merosakanorang lain bagi memenuhi perasaannya sendiri.

• Pandai mempengaruhi orang lain supaya memikirkan bahawa mereka adalah orang normal walhal mereka sebenarnyamempunyai pemikiran tidak matang, pendirian yang goyah, dan tidak menghiraukan kesenangan serta kepentingan orang lain.

• Hasil kajian oleh Abd Ghani et.al (2008) menunjukkan bahawadalam kalangan ketua sekolah sebagai contoh ketua adalahbilamana ketua sering memberikan tuntutan tugas dan beban kerja yang agak melampau serta tidak masuk akal.

Page 19: Jurnal personaliti

• Sikap ketua seperti itu menunjukkan tidak rasa menghormatipekerjanya dan bebas melakukan apa yang disukai tanpa memikirkan keadaan pekerjaan secara fizikal dan emosi.

• Berdasarkan dua contoh kenyataan responden :

“… ada ketika dia minta buat kerja sehingga jam 4 petang. Selepas itudatang malam pula semata-mata nak bagi habis semua kerja. Ada ketika, dia suruh datang hari sabtu untuk habiskan kerja. Kami rasa tertekan

(Sumber G3)

“.. Cara dia buat keputusan adalah autokratik, Dia buat keputusanikut suka hati dia sahaja. Pilih orang pun ikut kehendak dia. Tak siapaberani bertanya.

(Sumber G4)

Page 20: Jurnal personaliti

Cabaran dan harapan ..

Secara jelas dapat dilihat Psikologi Psikotisisme dikalangan ketua itu sendiri yang mana memberi kesan dari segi emosi terhadap pekerja telah membawa kita kepada kepada realiti wujudnya pelbagai fenomena yang sangat memberi kesan terhadap pekerja, mahupun pada evolusi perkembangan emosi dan perwatakkan pada diri ketua itu sendiri. Permasalahan yang timbul :-- Interaksi ( Ditempat kerja yang melibatkan interaksi dan

hubungan antara ketua dan pekerja bukanlah satu isu yang boleh diremehkan dan bukan isu terpencil.

- Ciri-ciri Ketua ( Apabila ketua tidak mempunyai ciri-ciri yang mantap dalam hubungan degan pekerjanya, maka tidak akan mustahil akan timbul pelbagai masalah seperti hilangnya rasa

Page 21: Jurnal personaliti

hormat pekerja terhadap ketua, malahan akan timbul satu pandangan dan perasaan yang negatif terhadap ketua seperti merasa benci, marah, dan perasaan dendam yang sukar dibendung sehingga boleh menjejaskan tumpuan terhadap kerja dan mempengaruhi estim kendiri pekerja.Contoh isu 1 :-Seorang guru di kedah yang memcederakan guru besarnya dengan cara menumbuk dan menyepak guru besar tersebut (Akbar Malaysia Utusan Online, @7 April 2011) yang mana menjadi satu simbol kemarahan yang terpendam sekian lama yang besar kemungkinan juga timbul atas pelbagai rasa yang telah lama dipendamkan juga berkemugkinan juga timbul rasa ketidak puas hati dari awal lagi.Oleh kerana perkara yang sedemikian berlaku secara jelas disini dapat kita lihat bahawa guru besar tersebut adalah mewakili ketua di antara guru-guru yang berada di sebuah sekolah manakala guru yang menumbuk guru besar tersebut adalah pekerja bawahan kepada guru besar tersebut interaksi yang bagaimanakah yang digunakan sehingga tercetusnya perkara seperti ini berlaku. Oleh kerana itu, peranan seorang ketua itu amatlah penting dalam mendidik pekerja yang berada di bawah mereka supaya tidak tercetus perkara yang tidak diingini berlaku.

Page 22: Jurnal personaliti

Isu yang ke 2 :- Dapat di lihat melalui wujudnya satu senario yang berlaku pekerja yang menjadi mangsa ketua atau majikan yang agak brutal sehingga menyebabkan depresi yang klinikal ke atas sebanyak 41% mangsa, merujuk kepada kajian oleh Bullybusters.org secara „online‟ di Benicia, Kanada yang melihat realiti mangsa penderaan di tempat kerja.Isu yang ke 3 :- Masalah buli yang mana sememangnya meragut rasa keyakinan diri, kepercayaan diri dan penghargaan kendiri di kalangan pekerja yang menjadi mangsa malahan turut memberikan simptom pelbagai penyakit fizikal seperti kecelaruan tidur, ulser, darah tinggi, kehilangan kreativiti dan kemungkinan juga mengalami pos-traumatik kecelaruan stres (Kenneth, 2010).Kenneth (2010) juga menjelaskan bahawa setelah 20 tahun penelitian dan hasil dari sebanyak 60,000 temubual yang dijalankan, Institut Saratoga* kemudiannya melaporkan bahawa sebanyak 80% mengakui wujudnya perkaitan secara langsung tentang rasa tidak puas hati dalam hubungan antara ketua atau majikan dengan pekerja.

Page 23: Jurnal personaliti

Merujuk pula kajian oleh Pertubuhan Gallup tentang realiti baru-baru ini daripada sejuta orang pekerja, salah satu dari alasan kebanyakkan individu meninggalkan kerja adalah berpunca daripada ketua atau majikan di tempat kerja.- kajian lain oleh Gallup juga menemui pengurusan kumpulan

yang sangat lemah dalam purata 50% kurang produktif dan 44% kurang menguntungkan berbanding dengan kendalian kumpulan yang lebih bagus.

- Menurut Marie (1998) pula, hasil daripada satu kajian yang dijalankan didapati sebanyak 89% pengurus percaya bahawa pekerja meninggalkan kerja ataupun tetap terus bekerja semuanya adalah kerana wang.

- kajian oleh Leigh (2005) dengan kerjasama bersama Institut Saratoga pula mendapati bahawa seramai hampir 20,000 orang pekerja daripada 18 buah industri dan kajian daripada pelbagai yang lain mengesan sebanyak 80 sehingga 90% pekerja meninggalkan kerja bukan kerana alasan wang.

- Kajian oleh Kementerian Kesihatan di Malaysia pula telah mengetengahkan anggaran bahawa satu daripada setiap 10 orang didapati mengalami masalah psikotik (Zulkifli, 2007 dalam Wan Zanariah, 2007).

Page 24: Jurnal personaliti

- Suasana kerja yang kurang selesa dan ketidakpuasan dalam kerja juga mungkin akan menyebabkan masalah mental. Keadaan ini melibatkan tekanan perasaan, kemurungan, kesedihan dan sebagainya sehinggakan mampu membunuh individu secara perlahan-lahan (Granirer, 1999 dalam Wan Zanariah, 2007).

- Agak jelas juga betapa keupayaan seseorang ketua itu untuk mengemudi pekerja di bawah kendaliannya sebagai suatu kumpulan organisasi yang mantap bukanlah hanya semata-semata bergantung kepada hasil sumber tenaga pekerjanya yang berkeupayaan tinggi akan tetapi ia juga perlu memastikan bahawa emosi pekerja juga perlu dalam keadaan yang stabil kerana itu sangat berhubung rapat dengan kemampuan memberikan fokus secara total terhadap penghasilan kerja yang lebih berkualiti.

- Estim kendiri pekerja yang meningkat pastinya juga akan membantu organisasi untuk mencapai aspirasi dan objektif bekerja secara bersama seterusnya akan lebih mudah untuk direaslisasikan.

Page 25: Jurnal personaliti

kesimpulan- Sebagai Seorang ketua berperanan penting untuk menerapkan

elemen karektor positif dalam gaya kepimpinannya agar itu menjadi kebiasaan dan dapat dihayati bersama oleh para pekerja sebagai salah satu medium untuk memberikan mereka tahap motivasi yang tinggi dalam dimensi pemilikan estim kendiri.

- Emosi yang stabil akan membolehkan pekerja berganding bahu dengan ketua untuk menghasilkan output kerja yang lebih berkualiti sekaligus memberikan kegembiraan yang ideal dalam interaksi dengan persekitaran termasuklah dengan keluarga.

- Ketua yang berpersonaliti dinamik menerusi amalan tadbir urus insan yang lebih sistematik serta berasaskan nilai-nilai murni dalam afektif yang berupaya diterjemahkan dalam bentuk tingkah laku yang dapat diterima organisasi, dan seterusnya dalam kelompok masyarakat serta negara.

Page 26: Jurnal personaliti

SEKIAN TERIMA KASIH