42
Isi Kandungan Muka Surat Abstrak 4 BAB 1 1. PENGENALAN 5 1.1. Latar Belakang 6 1.2 Pernyataan masalah 6 1.3 Objektif kajian 8 1.4 Persoalan Kajian 9 1.5 Kepentingan Kajian (ambil yang dah ada) 9 1.6 Batasan Kajian 9 1.7 Rumusan 10 1

Kaedah penyelidikan dalam pendidikan

Embed Size (px)

Citation preview

Isi Kandungan Muka Surat

Abstrak 4

BAB 1

1. PENGENALAN 5

1.1. Latar Belakang 6

1.2 Pernyataan masalah 6

1.3 Objektif kajian 8

1.4 Persoalan Kajian 9

1.5 Kepentingan Kajian (ambil yang dah ada) 9

1.6 Batasan Kajian 9

1.7 Rumusan 10

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 11

2.2 Literatur Berkaitan

2.2.1 Berdasarkan Journal 12

2.3 Kajian Berkaitan

2.3.1 Kajian Dalam Negara 14

2.3.2 Kajian Luar Negara 15

2.4 Rumusan 171

BAB 3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 18

3.2 Reka Bentuk Kajian 18

3.3 Subjek Kajian 19

3.4 Alat Kajian 20

3.4.1 Ujian Pra 20

3.4.2 Ujian Pos 21

3.5 Pengutipan data 23

3.6 Penganalisisan data 24

Lampiran 25

Bibliografi 31

2

PENGHARGAAN

Dalam kesempatan ini, saya Mohd Rodzi Bin Mohd Isa

(740 514026229001) ingin memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga

ke hadrat Allah S.W.T kerana berjaya menyiapkan tugasan Kajian

Tindakan Berasaskan Ilmu ini dengan jayanya. Alhamdulillah, Allah

yang telah memberi kekuatan kepada

saya dalam menyiapkan segala tugasan yang diamanahkan walaupun

terpaksa membahagikan masa antara tugasan guru, pentadbir dan

Jurulatih sukan daerah.

Di sini juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada En Azmi bin Ayub

selaku penyelia tugasan Kajian Tindakan bagi semester ini kerana dengan dorongan, nasihat dan

tunjuk ajar beliau serta panduannya, segala urusan kerja kursus ini dapat dilakukan dengan

mudah dan lancar.

Di samping itu juga, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan

seperjuangan saya yang tidak putus-putus memberikan dorongan dan berkongsi pendapat serta

maklumat bagi menjayakan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada ibu bapa, isteri serta anak-anak

di rumah yang menjadi sumber inspirasi serta kerap kali memberi semangat sehinggalah saya

dapat menyiapkan tugasan ini. Segala dorongan dan bantuan anda semua amatlah bernilai dan

sangat saya hargai.

Akhir kata, saya berharap agar Kajian Tindakan ini dapat memberi manfaat, dijadikan

panduan serta rujukan yang bermakna kepada umat manusia terutamanya kepada seluruh warga

Universiti Terbuka Malaysia (OUM).

KAJIAN TINDAKAN BAHASA MELAYU TAHUN 6 CERDIK SK PALONG 7(F)3

Sebuah kajian tindakan tentang masalah penggunaan huruf besar bagi murid tahun 6 yang

saya hasilkan sendiri menerusi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

MENGGUNAKAN TEKNIK WARNA UNTUK MENINGKATKAN

KEMAHIRAN PENGGUNAAN HURUF BESAR BAGI MURID TAHUN 6

CERDIK  SK PALONG 7

Oleh :

Mohd Rodzi Bin Mohd Isa

Guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu Kelas 6 Cerdik

SK Palong 7(f), 73470 Gemas Negeri Sembilan.

ABSTRAK

Kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran asas dalam 3M iaitu membaca,

menulis dan mengira. Kajian yang saya jalankan adalah bagi tujuan mengatasi masalah yang

dihadapi oleh murid di sekolah saya tentang penggunaan huruf besar dalam aktiviti menulis.

Adalah diharapkan agar laporan kajian tindakan ini dapat membantu sesiapa sahaja amnya, rakan

sejawat khasnya dalam usaha membantu pelajar yang menghadapi masalah yang sama.

Kemahiran menggunakan huruf besar di permulaan ayat dan pengejaan nama khas perlu dikuasai

oleh murid sebelum mereka menjejakkan kaki ke sekolah menengah. Ini adalah kerana kesilapan

menggunakan huruf besar boleh mencacatkan mutu penulisan mereka khususnya dalam

peperiksaan berpusat seperti UPSR.

BAB 1

4

1. PENGENALAN

Pendidikan bahasa Melayu masa kini tertumpu pada usaha untuk menguasai kemahiran,

bukannya pengetahuan. Satu daripada kemahiran penulisan yang perlu dikuasai oleh murid ialah

kemahiran menggunakan huruf besar. Kegagalan menguasai kemahiran ini boleh mencacatkan

mutu penulisan mereka, khususnya dalam peperiksaan UPSR. Pengalaman saya mengajar di SK

Palong 7(F) adalah selama 15 tahun. Dalam jangka masa itulah membuatkan saya rasa

pengalaman yang selama ini saya kutip dan simpan begitu berharga. Jelasnya, saban tahun saya

menghadapi masalah yang sama iaitu menerima murid yang naik ke tahun enam terdiri daripada

mereka yang gagal menguasai kemahiran menggunakan huruf besar dan tanda noktah dengan

betul. Tahun ini pula seramai 5 orang yang dikategorikan mereka ini sebagai murid PROTIM.

Sering kali sebelum sesuatu aktiviti pembelajaran bahasa Melayu mahupun ujian saya

mengingatkan murid-murid agar menulis dengan menggunakan huruf besar dan tanda noktah

dengan betul, namun setiap kali itulah juga murid-murid tetap melakukan kesalahan. Justeru,

kesalahan murid dalam penggunaan huruf besar secara tidak langsung akan mengurangkan

markah kerana markah akan dipotong untuk setiap kesalahan tersebut. Jika murid menulis ayat

tanpa penggunaan huruf besar sekurang-kurangnya di permulaan ayat, maka kehilangan markah

amat ketara.

Berdasarkan makluman daripada pihak Pejabat Pelajaran Daerah Jempol Jelebu

(PPDJJ) didapati ramai pelajar dalam daerah ini mengalami masalah tersebut. Oleh sebab itu,

pelbagai kursus dijalankan kepada guru-guru bahasa Melayu amnya, guru-guru pemulihan

khasnya. Saya berpendapat, jika saya membuat kajian ini secara tidak langsung akan dapat

membantu guru-guru memulihkan pelajarnya dengan teknik yang betul.

Responden merupakan murid tahun 6 yang agak lemah dalam pengajaran dan pembelajaran.

Masalah utama mereka adalah dalam aktiviti menulis. Mereka seringkali mendapat markah yang

rendah dalam aktiviti ini. Menurut Robiah (1993) pencapaian markah yang diperoleh pelajar

menunjukkan ciri-ciri kecemerlangan seseorang pelajar. Semakin tinggi markah yang diperoleh

semakin dekat seseorang itu mencapai tahap yang dikatakan cemerlang.

5

1.1. Latar Belakang Kajian

Kajian ini bertujuan untuk membantu murid-murid yang lemah dalam menguasai kemahiran

penggunaan huruf besar bagi mata pelajaran bahasa Melayu Tahun 6 Cerdik. Kemahiran

menggunakan huruf besar di permulaan ayat dan pengejaan nama khas perlu dikuasai oleh murid

sebelum mereka menjejakkan kaki ke sekolah menengah. Ini adalah kerana kesilapan

menggunakan huruf besar boleh mencacatkan mutu penulisan mereka khususnya dalam

peperiksaan berpusat seperti UPSR. Seramai 5 orang murid PROTIM terlibat dalam kajian ini.

Saya memfokuskan kepada penggunaan huruf besar pada permulaan ayat dan selepas tanda

noktah. Tinjauan awal yang dibuat melalui ujian pengesanan menunjukkan murid kurang peka

terhadap kepentingan penggunaan huruf besar. Oleh itu, saya telah menggunakan teknik warna

untuk mengurangkan kesalahan murid dalam penggunaan huruf besar ini.

1.2 Pernyataan masalah

Sewaktu mata pelajaran bahasa Melayu, saya dapati masih ketara dalam kalangan murid

Tahun 6 Cerdik tidak dapat menulis ayat dengan lengkap iaitu tidak menggunakan huruf besar di

tempat yang sepatutnya seperti menulis, membina ayat, menyalin ayat apatah lagi membina

karangan. Saya adalah guru yang mengajar tahun enam untuk tahun yang ke-15. Setiap tahun

saya bakal menerima murid yang naik ke darjah enam. Memandangkan saya mengajar kelas

yang paling lemah iaitu 6 Cerdik, sering kali saya terpaksa mengadap murid yang agak lemah

dalam pembelajaran. Tahun ini ada seramai 5 orang dan mereka ini dikategorikan sebagai murid

PROTIM. Mereka lemah dalam pelbagai aspek. Antaranya adalah penggunaan huruf besar.

Situasi ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana penggunaan huruf besar adalah penting setiap

kali menulis. Kemungkinan besar jika masalah ini tidak diatasi, peratus markah dalam subjek

Penulisan Bahasa Melayu UPSR nanti akan terjejas.

Berikut merupakan maklumat tentang pencapaian bahasa Melayu murid-murid ini dalam

penulisan kertas 2, tahun 2012 dan Ujian JPA siri 1 2013.6

Pencapaian Bahasa Melayu Penulisan Kertas 2 tahun 2012

BIL NAMA MURID Bah A

(10)

Bah C

(20)

100% PENCAPAIAN

GRED

1 NURSHAHREINA 5 6 25 D

2 NORA HALIZA 5 7 27 D

3 MOHD SHUHAIMI 4 6 25 D

4 DEVIN RAJ 4 6 20 D

5 FATHURRAHMAN 6 8 33 D

*Fokus kajian adalah pada pencapaian bahagian A dan Bahagian C kertas 2 penulisan bahasa Melayu

Pencapaian pada ujian JPA Siri 1 (2013)

SKP 7 (F)BAHASA MELAYU PENULISAN (JPA SIRI 3)

BIL NAMA BHG ABHG

B NO. C 60 MARKAH G

1. NURSHAHREINA

2 0 7 9 15 E

2. NORA HALIZA

4 5 3 7 16 27 D

3. MOHD SHUHAIMI

2 5 3 3 10 17 E

4. DEVIN RAJ

2 0 3 7 9 15 E

5. FATHURRAHMAN

5 5 3 6 16 27 D*Fokus kajian adalah pada pencapaian bahagian A dan Bahagian C kertas 2 penulisan bahasa Melayu

Merujuk Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 6, setiap Rancangan Mingguan

terdapat kemahiran menulis menitik beratkan penggunaan tanda baca. Contoh :

Aras 1 : 8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.

7

i. Menulis perkataan dan ayat tunggal dengan cara yang betul dan tulisan

yang cantik.

Aras 2 : 10.2 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan.

ii. Mengenal pasti dan membetulkan kesilapan ejaan perkataan dan tanda

baca dalam ayat.

Aras 3 : 9.1 Mengambil imlak teks yang diperdengarkan.

i. Mengambil imlak teks yang diperdengarkan menggunakan ejaan dan tanda

baca yang betul.

Oleh itu, saya mesti lakukan sesuatu. Saya perlu meningkatkan penguasaan kemahiran

penggunaan huruf besar melalui teknik yang dirancang.

1.3 Objektif kajian

i) Murid dapat meningkatkan kemahiran menulis

ii) Membuat penambahbaikan kepada kaedah pengajaran berkaitan kemahiran menulis

iii) Dapat meningkatkan minat murid kepada pembelajaran kemahiran menulis

1.4 Persoalan Kajian

i) Sejauh manakah tahap penguasaan murid dalam aktiviti menulis menggunakan huruf

besar dengan betul dalam penulisan bahasa Melayu?

8

ii) Apakah faktor yang menyebabkan murid lemah menguasai kemahiran menulis

menggunakan huruf besar dengan betul?

iii) Adakah berlaku perubahan terhadap tingkah laku dan minat murid dalam aktiviti

menulis dengan huruf besar dalam aktiviti penulisan bahasa Melayu?

1.5 Kepentingan Kajian

Hasil daripada kajian yang dijalankan diharapkan dapat :

i) Mengenalpasti penguasaan menulis dengan menggunakan huruf besar dengan betul

bagi aktiviti penulisan bahasa Melayu murid dan usaha untuk meningkatkannya.

ii) Dapatan kajian ini dapat memberi maklumat kepada guru tentang kebaikan dan

keberkesanan penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dipilih.

iii) Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran.

iV) Kajian ini dapat memberi maklumat kepada kita tentang halangan-halangan yang

membawa murid hilang kepada penumpuan dalam pembelajaran dan penguasaan

menggunakan huruf besar dalam penulisan.

v) Memberi maklumat kepada guru tentang teknik dan bahan bantu mengajar yang sesuai

digunakan supaya dapat menarik minat murid ketika belajar.

1.6 Batasan Kajian

Kajian ini mempunyai batasan seperti yang berikut :

Kajian ini akan dijalankan kepada murid tahun 6 Cerdik Sekolah Kebangsaan Palong 7 (Felda)

yang terletak di gugusan Palong, Jempol, Negeri Sembilan. Respondan kerap gagal menulis

dengan menggunakan huruf besar dengan betul bagi aktiviti penulisan mata pelajaran bahasa

Melayu. Lebih-lebih lagi ketika ujian-ujian penting dibuat. Antaranya ialah ujian bulan JPA Siri

1 (Mac), JPA Siri 2(Mei) dan JPA Siri 3( Julai) .

9

Kajian ini dijalankan terhadap 5 orang murid tahun 6 Cerdik Sekolah Kebangsaan Palong 7

(Felda) sahaja. Oleh yang demikian, kajian ini tidak boleh digeneralisasikan kepada seluruh

negeri atau negara. Masa Yang diambil untuk kajian ini adalah selama 2 minggu sahaja. Walau

bagaimanapun, dapatan kajian ini memberi sedikit gambaran umum terhadap masalah murid

dalam kemahiran menggunakan huruf besar.

1.7 Rumusan

Kajian ini perlu dibuat kerana murid selalu cuai dalam penggunaan huruf besar. Murid

seringkali tidak menggunakan huruf besar di tempat yang sepatutnya. Sehubungan dengan itu,

perlu satu teknik yang sesuai bagi menangani masalah tersebut. Dalam kajian ini, teknik warna

telah diperkenalkan bagi mengatasi masalah tersebut.

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan10

Tujuan kajian ini dijalankan antara lain adalah untuk menggunakan satu teknik yang

sesuai serta boleh membantu murid untuk meningkatkan penguasaan penggunaan huruf besar

dalam penulisan bahasa Melayu seterusnya dapat melonjakkan markah bagi mata pelajaran

bahasa Melayu masing-masing terutama bahasa Melayu Kertas 2 UPSR.

2.2 Literatur Berkaitan

2.2.1 Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan saya menggunakan

warna sebagai elemen untuk membantu murid mengingat tentang penggunaan huruf besar setiap

kali mereka memerlukan untuk berbuat demikian. Walau bagaimanapun, seperti yang diketahui

bahan-bahan tersebut hanya bertindak membantu sahaja, tetapi guru perlu bertindak sebagai

pengolah bahan-bahan ini agar bahan-bahan pengajaran tersebut menjadi lebih kreatif dan

menyeronokkan. Hal ini ada ditegaskan oleh Elly, D.P. dan Gerlach, V.S. (di dalam Kamaruddin

Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, 1997 : 293):

The effectiveness of any medium depends on the creativity of the teacher using it."

Pengalaman mengajarnya yang lama itu digunakan sepenuhnya. Guru-guru ini bukan sahaja

mengenali batang tubuh setiap muridnya tetapi ia tahu juga kebolehan dan minat muridnya. Ia

cuba melibatkan berbagai pancaindera murid seperti yang disarankan oleh Wayne F.

Virag,1976 “ seseorang individu dalam suasana pembelajaran adalah tertakluk kepada

pelbagai bahan pengajaran, teknik-teknik dan peringkat-peringkat penyampaian

pengajaran… suasana pembelajaran ini pula adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti

kaedah penyampaian dan bahan pengajaran yang digunakan dalam suasana fizikal yang

direka untuk pembelajaran.”

2.3 Kajian Berkaitan

2.3.1 Kajian Dalam Negara11

Sejarah penggunaan warna diketahui sejak 1550SM di Mesir. Entah mengapa saya

merasakan satu elemen penting dalam pengajaran adalah elemen warna. Ramai guru tidak dapat

menghayati penggunaan warna dengan baik. Malah. Setelah mempelajari warna sejak di bangku

sekolah rendah lagi. Mengapa saya katakan begitu? Pada saya pembelajaran warna di sekolah

hanya sekitar pada pengenalan warna sahaja. Guru mengajar asas warna melalui aktiviti roda

warna, kemudian warna sekunder, tertiar, ton, sewarna dan seterusnya. Guru jarang sekali

mengaplikasikan warna secara psikologi, emosi dan persepsi.

Zahrul Azua mengatakan bahawa beberapa jenis warna dan apakah kesannya terhadap emosi

kita :

Merah – Warna yang paling cepat menarik perhatian mata. Merah mencerminkan tenaga,

kelajuan, marah, bahaya, berani, kekuatan dan keceriaan.

Biru – Lelaki terutamanya akan terkesan dengan warna biru tanpa disedari. Biru melambangkan

kepercayaan serta kebolehharapan.

Kuning – Kuning seumpama matahari yang mempengaruhi emosi kegembiraan, muda dan

segar. Namun kadang-kadang boleh melambangkan belot.

Hijau – Melambangkan alam semula jadi, tumbuh serta harapan.

Ungu – Melambangkan semangat serta jati diri.

Merah Jambu (PINK) – Kelembutan dan kemanisan. Terlalu banyak warna ini menunjukkan

sifat  kebudak-budakkan.

Putih – Mempunyai unsur emosi yang melambangkan kebersihan, kesucian, semula jadi serta

cahaya. Tidak mempunyai emosi yang agresif.

Hitam – emosi yang rumit, misteri, serta kematian. Namun jika pandai menggunakannya ia

mampu dilihat sebagai berprestij, kemewahan contohnya bila dikombinasikan dengan warna

emas yang mencipta emosi ekslusif.

Pemilihan warna amat penting bagi sesuatu surat jualan. Pemilihan warna ini penting bagi tema

serta font yang digunakan.

S. Nathesan menyatakan bahawa warna amat penting dalam kehidupan manusia. Warna

juga memainkan peranan yang penting dalam pelbagai aspek kehidupan manusia. Warna turut

mempunyai pelbagai fungsi dalam kehidupan harian kita. Memandangkan perkataan yang

12

memberi pengertian warna amat berkait rapat dengan bahasa, maka makalah ini akan berusaha

untuk meninjau hubungan, fungsi dan kedudukan warna dalam bahasa Melayu, terutamanya dari

sudut bahasa.

            Dalam bahasa Melayu terdapat beberapa banyak kata adjektif warna yang memberi

pengertian warna sebagai unsur keterangan. Antara kata adjektif warna yang utama adalah

seperti: merah, putih, kuning, hijau, hitam, biru, jingga, dan ungu. Di samping itu, untuk

melengkapkan jumlah kata adjektif warna, adakalanya kata warna dipinjam daripada bahasa lain

ke dalam bahasa Melayu. Antara kata adjektif warna yang dipinjam termasuklah perkataan

seperti oren, coklat, dan violet.

 Oleh sebab tidak cukup jumlah kata adjektf warna bersifat tunggal dalam bahasa Melayu

untuk menggambarkan warna-warna lain, maka masyarakat Melayu telah mencipta kata adjektif

warna lain seperti merah jambu, biru tua, hijau muda, kuning langsat, dan merah muda untuk

melengkapkan jumlah kata adjektif warna yang ada dalam bahasa Melayu

Menurut Pengamal Terapi Getaran Warna, Dr. Norhisham Wahab, bagi seorang

pelajar, warna hijau amat diperlukan. Ini kerana warna hijau merupakan simbol oksigen dan

bertindak ke atas oergan jantung dan paru-paru. Untuk seorang murid berada dalam

keseimbangan dan harmoni, warna hijau yang dilihat oleh bebola mata akan dianalisa oleh pineal

dan sejenis kimia akan dihasilkan oleh hipotalalmus pada bahagian otak untuk meransang

keseimbangan.

Kepintaran murid banyak bergantung kepada kapasiti oksigen yang diterima pada otak.

Inilah yang membuatkan warna hijau perlu menjadi pilihan di kawasan sekolah ataupu

kediaman. Guru-guru juga perlu memakai pakaian yang lembut seperti warna hijau. Ini kerana

warna baju yang dipakai oleh guru akan menajdi tumpuan sewaktu proses pengajaran berjalan.

Kadangkala tumpuan pelajar boleh hilang sekiranya warna baju yang dipakai oleh guru tidak

disukai oleh murid.

Walaupun kebanyakkan kita mempunyai warna kegemaran masing-masing namun kita

harus mengetahui apakah warna yang memberi kesan negatif dan yang memberi kesan positif

dalam kehidupan kita. Warna-warna putih dan lembut sering dikaitkan dengan unsur-unsur

positif. Misalnya, murid sekolah dikehendaki memakai pakaian seragam yang bewarna putih.

13

Walaupun adayang mengatakan sepat kotor tetapi warna ini sebenarnya mempengaruhi

kepintaran dan keseimbangan emosi pelajar.

Kamarudin Hj Husin (1988) menyatakan bahawa ”tulisan ialah bahasa yang bertulis

dengan lambang-lambang bunyi. Ketika tulisan itu dibunyikan semula, ia dikatakan bahasa” (ms

178). Oleh sebab itu, kemahiran menulis mestilah dikuasai oleh murid semenjak daripada

sekolah rendah lagi sebelum masuk ke alam sekolah menengah untuk mengelak permasalahan

yang berkaitan dengan kemahiran menulis berlaku seperti kekeliruan dalam penggunaan huruf

besar dan huruf kecil dalam penulisan.

Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan

mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan

dan pengalaman peribadi yang dilalui. Penekanan dalam kemahiran menulis ialah terhadap

penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, di smaping tulisan yang jelas,

cantik dan kemas.

Menurut Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim haji Musa dan Abdullah

Hamid Mahmood (2007), Kata nama am dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kata nama

am konkrit dan kata nama am abstrak. Dari aspek penulisan kata nama am, huruf pertama tidak

semestinya huruf besar. Kata nama khas ialah kata yang mendukung makna rujukan khusus pada

sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa,

pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf

besar.

Zailan Jemat (2005), ada menyatakan bahawa huruf besar tidak boleh dituliskan di

tengah sesuatu perkataan kerana perbuatan itu merupakan suatu kesalahan tanda baca. Hal

tersebut merupakan masalah yang dihadapi oleh peserta- peserta kajian saya.

Saya merasakan bahawa masalah ini dapat diselesaikan dengan menggunakan teknik dan

strategi yang sesuai. Ini adalah berdasarkan tinjauan yang telah dilakukan oleh saya terhadap

masalah penggunaan huruf besar yang pernah dilakukan oleh pengkaji terdahulu. Antara mereka

14

itu ialah Meimon (2009), Noraini (2009), Zailan(2005), Madihah(2005), Zaridah (2006),

Abdul Karim@Husaini (2003), Senua@Senia Chundi (2003) dan Mahmud(2003).

2.3.2 Kajian Luar Negara

Carmelya (2010) telah menggunakan imej berwarna untuk membantu mengurangkan

masalah murid dalam penggunaan huruf besar dab huruf kecil dalam penulisan yang mana beliau

menggunakan ”keluarga ayam” sebagai bahan bantu utama untuk mengatasi masalah

penggunaan huruf kecil pada huruf pertama pada sesuatu ayat dalam penyelidikan beliau.

Penyelididikan beliau berakhir dengan sebuah kejayaan yang bermakna kerana beliau telah

berjaya mengatasi masalah yang murid beliau hadapi.

Campbell (1989) menggunakan Teori Kecerdasan Pelbagai sebagai teknik bagi

menarik perhatian murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Hasil

daripada kajian beliau mendapati murid-murid menunjukkan kemajuan yang baik dalam

pelajaran termasuklah dari segi kemahiran dan disiplin. Selain daripada membantu murid-murid

untuk belajar, Cmabell telah dapat memperkembangkan pelbagai kemahiran murid-muird.

Konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana

pengetahuan disusun dalam minda manusia.  Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu

pengetahuan sekolah tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada murid dalam bentuk yang

serba sempurna.  Murid perlu bina sesuatu pengetahuan mengikut pengalaman masing-masing. 

Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk

murid.  Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam

persekitaran.  Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri.  Murid

sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif

terhadap persekitaran mereka.  

Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, koswer yang akan

dibangunkan harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila

maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat

15

mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini

dinamakan konstruktivisme. 

Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang

bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.  Rutherford dan

Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri tentang hampir semua

perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika kefahaman dan miskonsepsi ini

diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan asal mereka itu akan

tetap kekal walaupun dalam peperiksaan mereka mungkin memberi jawapan seperti yang

dikehendaki oleh guru. 

John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa

pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun

atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan

murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Mengikut teori Behaviorisme, bahasa dikuasai melalui proses pengulangan, iaitu

mengulang sebanyak mungkin sesuatu kemahiran bahasa sehingga menjadi suatu kebiasaan atau

rutin. Kecekapan akan dikuasai jika kita sering berlatih. Oleh itu bahasa dikaji dari sudut

rangsangan dan gerak balas.

Fahaman alternatif, malah yang lebih dahulu muncul ialah behaviurisme. Teori ini

sangat dominan dalam tahun 1950an dan 1960an dan masih berpengaruh hari ini. Behaviurisme

dikaitkan dengan Pavlov di Russia (idea classical conditioning melalui “dog-salivation-

experiment”nya iaitu membuatkan anjing meleleh air liurnya apabila loceng dibunyikan) dan

Thorndike, Watson dan Skinner di Amerika Syarikat. Kebanyakan eksperimen awal golongan

pengikut behaviurisme menggunakan binatang (Skinner misalnya menggunakan burung merpati

dan tikus putih) yang memfokus kepada perlakuan refleksif organisma apabila dikenakan

rangsangan (stimuli) tertentu. Ringkasnya, behaviurisme cuba menjelaskan pembelajaran tanpa

merujuk kepada proses kognitif.

2.4 Rumusan

16

Murid adalah amanah yang dipertanggungjawabkan. Oleh itu, meskipun agak sukar dan

kadangkala kita mengeluh dengan pencapaian yang begitu minima dalam setiap mata pelajaran,

namun itu bukan alasan untuk kita tidak berbuat apa-apa. Kekangan masa dan bebanan tugas

yang semakin bertambah sememangnya tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, kita buat

semampu mungkin supaya semua murid menerima pendidikan berkualiti dan selaras berasaskan

Kurikulum Pendidikan Kebangsaan.

BAB 3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan

Kajian ini adalah merupakan kajian tindakan. Kajian ini melibatkan 5 orang murid

Tahun 6 Cerdik yang terdiri daripada 3 lelaki dan 2 perempuan. Murid-murid ini seringkali tidak

mengambil berat terhadap penggunaan huruf besar. Murid yang cemerlang juga kadangkala cuai

17

dalam penggunaan huruf besar apatah lagi murid lemah. Oleh itu saya menjalankan Program

Kajian Tindakan ini untuk mengatasi masalah tersebut.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Murid-murid ini akan diberi ujian pra dan turut akan diberi ujian post. Kajian ini akan

dijalankan selama 3 minggu dalam kelas biasa kepada 5 orang murid.

Metodologi yang digunakan ialah :

a) Pemerhatian

Sikap murid dilihat secara tidak langsung sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran

berlangsung.

b) Soal selidik .

Borang soal selidik diberi kepada murid dan guru membacakan untuk mendapatkan

jawapan yang tepat secara jujur.

c) Ujian Pengesanan

Diberi kepada murid untuk mengukur sejauh mana pencapaian dan pemahaman mereka

untuk menggunakan huruf besar dalam ayat.

d) Tindak balas di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Tindak balas murid dinilai semasa mereka menjawab soalan yang dikemukakan.

g) Semakan buku latihan

18

Semakan buku latihan secara tidak langsung dapat menilai tahap perkembangan murid

dalam menguasai kemahiran berkenaan.

Aktiviti refleksi akan dilakukan pada peringkat pelaksanaan berdasarkan ujian

pengesanan dan latihan yang diberi. Selepas ujian pencapaian, hasilnya akan dinilai dan

direfleksikan secara keseluruhan.

3.3 Subjek Kajian

-kajian ini dijalankan di SK Palong 7 .Seramai 5 orang murid (perjelaskan kenapa kita memilih

5 orang ini)

Kajian ini dijalankan adalah untuk mencari jalan penyelesaian ke atas murid-murid yang

lemah menulis dengan menggunakan huruf besar dengan betul agar dapat meningkatkan

kemahiran mereka berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian, temubual, ujian

pra dan ujian pos.

Kajian ini akan dijalankan kepada 5 orang murid tahun 6 Cerdik Sekolah Kebangsaan

Palong 7 (Felda) yang terletak di gugusan Palong, Jempol, Negeri Sembilan. Respondan kerap

melakukan kesilapan menggunakan huruf besar ketika aktiviti menulis sepanjang saya mengajar

di dalam kelas mereka.

Kajian ini dijalankan terhadap 5 orang murid tahun 6 Sekolah kebangsaan Palong 7

(Felda) sahaja. Oleh yang demikian, kajian ini tidak boleh digeneralisasikan kepada seluruh

negeri atau negara. Walau bagaimanapun, dapatan kajian ini memberi sedikit gambaran umum

terhadap masalah pelajar dalam kemahiran menulis.

3.4 Alat Kajian

3.4.1 Ujian Pra

Ujian Pra dijalankan adalah untuk mengenal pasti dengan lebih mendalam lagi tentang

masalah dan kelemahan murid. Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil, saya telah

19

meninjau masalah-masalah yang menyebabkan kegagalan murid dalam menguasai kemahiran

penggunaan huruf besar menggunakan metodologi yang dinyatakan.

Berdasarkan kepada instrumen yang dijalankan untuk meninjau masalah yang menyebabkan

murid gagal menguasai kemahiran penggunaan huruf besar, maka saya membuat analisis seperti

yang terkandung dalam jadual di bawah.

BIL MASALAH JUMLAH

1 Kurang tumpuan. 17%

2 Sikap malas. 9%

3 Tidak memahami arahan. 12%

4 Kurang keyakinan diri. 10%

5 Menyalin tanpa meneliti penggunaan huruf besar. 72%

6 Tiada bimbingan di rumah. 14%

Tindakan yang dijalankan

Tindakan dijalankan berdasarkan analisis yang dibuat. Oleh itu, langkah pertama yang

saya jalankan ialah memberi motivasi kepada murid terbabit bahawa mereka juga boleh berjaya

sekiranya ada kesungguhan. Murid lemah selalunya tidak pernah mendapat pujian. Maka, adalah

penting untuk guru memuji murid berkenaan walaupun hanya betul penggunaan huruf besar pada

permulaan ayat sahaja. Tindakan seterusnya ialah :

i) Memulakan setiap tulisan dengan warna.

ii) Pemeringkatan secara bergred.

iii) Latih tubi.

20

Pelaksanaan Aktiviti:

Aktiviti dijalankan setiap kali mata pelajaran bahasa Melayu. Setiap aktiviti atau latihan

yang memerlukan murid menulis, murid perlu memulakan dengan warna kerana warna dapat

meningkatkan daya ingatan. Saya telah mencantumkan warna hijau dengan pensel murid agar

mereka tidak lupa bahawa setiap kali mula menulis, warna hijau itu mesti didahulukan.

Aktiviti dijalankan seperti berikut:

Item 1

1. Membaca ayat mudah yang lengkap dengan penggunaan huruf besar.

2. Mengecam penggunaan huruf besar pada ayat tersebut.

3. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di tempat

yang sesuai menggunakan warna hijau.

Item 2

1. Membaca ayat yang diberi tanpa huruf besar di permulaan ayat.

2. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di tempat

yang sesuai. (Huruf besar pada permulaan ayat sahaja menggunakan warna hijau)

Item 3

1. Membaca ayat-ayat yang diberi tanpa huruf besar.

2. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di tempat21

yang sesuai. (Huruf besar pada permulaan ayat dan selepas noktah

menggunakan warna hijau)

3.4.2 Ujian Pos

Selepas dua minggu kajian ini dijalankan ke atas murid-murid tahun 6 Cerdik, satu ujian

pos akan diadakan kepada mereka semua. Ujian pos yang akan dijalankan ke atas mereka adalah

dengan menggunakan format yang sama. Ini adalah penting untuk mengukur sama ada berlaku

atau tidak kemajuan atau perubahan ke atas diri murid-murid tersebut dalam penguasaan

penggunaan huruf besar dengan betul.

3.4.3 Pemerhatian

Aspek yang akan dibuat pemerhatian ialah :

i. Masalah guru dan murid melalui borang soal selidik.

ii. Kekuatan dan kelemahan langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran.

iii. Pencapaian murid dalam menguasai kemahiran penggunaan huruf besar setiap kali menulis.

3.5 Pengutipan data

Saya telah menggunakan tiga kaedah pengumpulan data iaitu kaedah pemerhatian,

analisis dokumen dan temu bual untuk memastikan data yang dikumpul mencukupi dan

22

menyeluruh serta berupaya memberi bukti dan sokongan dalam menjawab soalan-soalan

penyelidikan tindakan.

Pemerhatian

Pemerhatian dijalankan sepanjang penyelidikan tindakan. Semasa membuat pemerhatian,

saya menghasilkan catatan nota lapangan. Kandungan nota lapangan merangkumi huraian latar,

tindakan yang dilaksanakan, tingkah laku peserta, refleksi kendiri dan perkara yang berlaku di

luar jangkaan sekiranya ada. Nota lapangan menunjukkan rekod maklumat perkembangan

peserta dari permulaan hingga ke akhir pelaksanaan penyelidikan tindakan. Rajah 1

menunjukkan contoh format nota lapangan.

Rajah 1

NOTA LAPANGAN

Minggu :

Tarikh/ Hari :

Masa :

Aktiviti :

Kehadiran :

Huraian latar :

(persekitaran fizikal, keadaan kesihatan dan perasaan peserta)

Tindakan yang dilaksanakan :

Tingkah laku peserta :

Refleksi Kendiri :

Perkara yang berlaku di luar jangkaan sekiranya ada :

3.6 Penganalisisan data

23

Kesemua maklumat yang diperoleh akan digabung dan dianalisis. Pada awal bulan

Januari lagi saya sudah mempunyai maklumat tentang penguasaan murid-murid ini berkenaan

penggunaan huruf besar dengan betul. Ini diperkuatkan lagi dengan pencapaian markah masing-

masing pada Peperiksaan akhir tahun 2012 (TOV) yang lalu yang turut saya jadikan panduan.

Maklumat ini telah dianalisis dan hasilnya telah memberi gambaran yang jelas terhadap bilangan

murid yang terlibat serta pencapaian mereka. Berpandukan maklumat daripada tinjauan awal ini,

saya telah meneliti buku latihan murid. Hasil daripada penelitian ini, saya telah memperoleh

maklumat tentang kelemahan murid-murid ini. Seterusnya saya merancang untuk melaksanakan

kajian tindakan untuk membantu murid yang menghadapi masalah penggunaan huruf besar

dengan betul ini dengan menggunakan teknik warna. Kajian akan dijalankan selama 2 minggu.

Ujian Pra akan diberikan dengan format yang telah dirancang. Selepas dua minggu murid akan

diberikan ujian pos dengan menggunakan format yang sama juga. Hasil dapatan itulah akan

memberikan kepada pengkaji tentang gambaran sebenar perubahan dan penguasaan murid

tentang penggunaan huruf besar dengan betul dengan menggunakan teknik warna.

Lampiran

24

BORANG SOAL SELIDIK KAJIAN TINDAKAN

TAHUN 6 CERDIK

2013

BIL SILA JAWAB DENGAN JUJUR Ya (/)

Tidak ( x )

1. Pengajaran cikgu menyeronokkan

2. Cikgu beri tumpuan kepada saya

3. Saya minat mata pelajaran Bahasa Melayu

4. Keluarga beri bimbingan di rumah

5. Bimbingan yang cikgu beri mencukupi

6. Belajar menyeronokkan

7. Kerja sekolah yang diberi mudah

8. Saya suka menulis

9. Saya suka membaca

10. Saya faham arahan cikgu

11. Percakapan cikgu terlalu laju

Contoh : BORANG SKOR ITEM 125

MENYALIN AYAT

BIL NAMA MURID L1 L2 L3 L4 PENCAPAIAN

1 NURSHAHREINA 0 0 0 0 0

2 NORA HALIZA 0 0 0 0 0

3 MOHD SHUHAIMI 0 0 0 0 0

4 DEVIN RAJ 0 0 0 0 0

5 FATHURRAHMAN 0 0 0 0 0

*L – latihan

0 – Gagal (0 markah)

C – Pencapaian kurang daripada ½

B – Pencapaian lebih daripada ½

A – Memuaskan ( betul semua)

Ujian Pengesanan

Salin semula ayat di bawah ini menggunakan huruf besar di tempat yang sesuai.

1. hari sabtu yang lalu saya pergi ke kedah.

26

____________________________________________________ .

2. putri dan azlan selalu bermain di padang sekolah.

____________________________________________________ .

3. sekolah kebangsaan palong tujuh menjadi johan perlawanan bola

sepak.

____________________________________________________

___________________ .

4.bapa daud memandu kereta proton waja.

____________________________________________________ .

5. guru kelas tahun enam cerdik bernama mohd rodzi.

____________________________________________________ .

UJIAN PENCAPAIAN

Nama : ______________________________

Kelas : Tahun 6 Cerdik

27

Item 1

Salin semula ayat berikut.

Amir memelihara seekor kucing. Bulu kucingnya berwarna putih. Dia memberi kucingnya

makan ikan. kucingnya sangat manja. Amir sangat sayang akan kucingnya.

____________________________________________________

(5 markah)

Item 2

Salin semula ayat berikut menggunakan huruf besar di tempat yang betul.

1. kita mesti makan makanan yang bersih.

28

______________________________________________________ .

2. kita bersenam supaya badan kita sihat.

______________________________________________________ .

3. jangan makan kuih yang manis itu.

______________________________________________________ .

4. sikat rambut kamu supaya kelihatan kemas.

_______________________________________________________.

5. bajunya yang tidak berbasuh itu berbau busuk.

______________________________________________________ .

(5 markah)

Item 3

Salin semula ayat berikut menggunakan huruf besar di tempat yang betul.

1. itu rumah nenek. rumah nenek rumah papan.

29

_____________________________________________________ .

2. emak pergi ke pasar. emak membeli ikan tenggiri dan sayur sawi.

____________________________________________________ .

3. salmi pergi ke pusat sumber. dia hendak meminjam buku cerita.

____________________________________________________ .

4. ganesh sakit perut. dia perlu mendapatkan rawatan.

____________________________________________________ .

5. datuk menunggang motosikal ke kebun. di kebun datuk ada pokok durian.

____________________________________________________

____________________________________________________ .

(10 markah)

BIBLIOGRAFI

1. Manual Kajian Tindakan

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

30

Kementerian Pelajaran Malaysia

2. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 6

Unit Perkembangan Kurikulum

Kementerian Pelajaran Malaysia

3. Rancangan Tahunan Bahasa Melayu Tahun 6

Jabatan Pelajaran Negeri, Negeri Sembilan

3. Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 6 Jilid 1

Dewan Bahasa dan Pustaka

4. Buku Latihan dan Aktiviti Bahasa Melayu Tahun 6

Dewan Bahasa dan Pustaka

31