27
KERTAS KERJA PERKHEMAHAN KETERAMPILAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM) DETACHMENT 88H & DETACHMENT 88E UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA TARIKH 10 HINGGA 12 OKTOBER 2014 TEMPAT HUTAN PENDIDIKAN ALAM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA ANJURAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA DETACHMENT 88H ( KOLEJ KERIS MAS) DENGAN KERJASAMA BULAN SABIT MERAH MALAYSIA DETACHMENT 88E ( KOLEJ IBRAHIM YAAKUB) TEMA Together We Are, Teamwork Makes Perfect

Kertas kerja perkhemahan keterampilan det.h dan det.e

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kertas kerja perkhemahan keterampilan det.h dan det.e

KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN KETERAMPILAN

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM)

DETACHMENT 88H & DETACHMENT 88E

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

TARIKH

10 HINGGA 12 OKTOBER 2014

TEMPAT

HUTAN PENDIDIKAN ALAM

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

ANJURAN

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

DETACHMENT 88H ( KOLEJ KERIS MAS)

DENGAN KERJASAMA

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

DETACHMENT 88E ( KOLEJ IBRAHIM YAAKUB)

TEMA

‘ Together We Are, Teamwork Makes Perfect’

Page 2: Kertas kerja perkhemahan keterampilan det.h dan det.e

PERKHEMAHAN KETERAMPILAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

DETACHMENT 88H & DETACHMENT 88E

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

10 HINGGA 12 OKTOBER 2014

‘ ‘Together We Are, Teamwork Makes Perfect' 1

KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN KETERAMPILAN

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

DETACHMENT 88H & DETACHMENT 88E

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0 TUJUAN

1.1 Tujuan kami mengadakan perkhemahan ini adalah untuk melatih ahli

BSMM yang baru dan juga menjadikan aktiviti ini sebagai aktiviti

utama yang akan diadakan setiap tahun.

1.2 Pengusulan kertas kerja ini adalah untuk memohon pertimbangan dan

kelulusan serta bantuan kewangan daripada Jabatan Perkhidmatan

Pelajar (JPPel) untuk mengadakan Perkhemahan Keterampilan Bulan

Sabit Merah Malaysia Detachment 88H (Kolej Keris Mas) dan

Detachment 88E (Kolej Ibrahim Yaakub) Universiti Kebangsaan

Malaysia bagi sesi 2014/2015.

2.0 PENGENALAN

2.1 Bulan Sabit Merah Malaysia Detachment 88H (Kolej Keris Mas) telah

ditubuhkan pada tahun 2000. Bulan Sabit Merah Malaysia Detachment

88H telah mengadakan pelbagai jenis aktiviti yang bertujuan untuk

mendedahkan orang ramai tentang ilmu pertolongan cemas. Antaranya

adalah perkhemahan ini.

2.2 Bulan Sabit Merah Malaysia Detachment 88H (Kolej Keris Mas) sesi

2005/2006 telah mengadakan perkhemahan yang pertama kali pada 16

hingga 18 September 2005 yang bertempat di Hutan Rekreasi Ayer

Keroh. Seramai 61 orang peserta yang terdiri daripada ahli BSMM

Detachment 88H dan 22 orang ahli jawatankuasa telah menyertai

perkhemahan ini. Perasmi bagi majlis penutupan ialah wakil pengetua,

iaitu Tuan Syed Kamarudin Bin Haji Sadak. Selain itu, felo penasihat,

Cik Nurul Aishah Kamarudin juga terlibat dalam perkhemahan ini.

Page 3: Kertas kerja perkhemahan keterampilan det.h dan det.e

PERKHEMAHAN KETERAMPILAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

DETACHMENT 88H & DETACHMENT 88E

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

10 HINGGA 12 OKTOBER 2014

‘ ‘Together We Are, Teamwork Makes Perfect' 2

2.3 Bulan Sabit Merah Malaysia Detachment 88E pula adalah persatuan

sukarela yang bergiat aktif di Kolej Ibrahim Yaakub. Seperti Bulan

Sabit Merah Malaysia Detachment 88H (Kolej Keris Mas), Bulan

Sabit Merah Malaysia Detachment 88E (Kolej Ibrahim Yaakub) juga

ditubuhkan untuk memberi bantuan pertolongan cemas sekiranya

berlaku sebarang kecederaan atau kemalangan, juga aktif

membekalkan perkhidmatan dalam pelbagai program yang dianjurkan

oleh pihak UKM.

2.4 Perkhemahan ini juga merupakan kesinambungan daripada

Perkhemahan Tahunan yang telah melibatkan setiap Detachment di

Universiti Kebangsaan Malaysia ini.

2.5 Idea untuk mengadakan perkhemahan yang julung kali ini telah

disuarakan oleh ahli Jawatankuasa BSMM Detachment 88H dan

disambut baik oleh Detachment 88E sesi 2014/2015.

3.0 OBJEKTIF

Selari dengan 8 domain Kemahiran Insaniah Pelajar, pihak jawatankuasa pelaksana

menggariskan beberapa objektif yang perlu dicapai. Antaranya:

5.1 Melatih mahasiswa/i dalam kemahiran komunikasi seperti menggunakan kemahiran

bukan lisan yang sangat berkesan, mendengar dan memberi maklum balas yang

relevan dengan cepat. Mahasiswa/i juga dilatih untuk berunding ke arah mencapai

keputusan dengan menghormati pandangan orang lain.

5.2 Memperkemaskan lagi kemahiran kepimpinan yang ada pada mahasiswa/i seperti

menerima tanggungjawab, merancang dan memberi arahan. Selain itu,

perkhemahan ini bertujuan untuk memupuk kemahiran kerja berpasukan dalam

kalangan mahasiswa/i.

5.3 Mencungkil kemahiran keusahawanan dan pengurusan mahasiswa/i seperti

mencadangkan idea yang baru, mensintesis tentang maklumat yang releven, boleh

menunjukkan keupayaan penuh dalam menguruskan sumber dan pelaksanaan

rancangan.

Page 4: Kertas kerja perkhemahan keterampilan det.h dan det.e

PERKHEMAHAN KETERAMPILAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

DETACHMENT 88H & DETACHMENT 88E

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

10 HINGGA 12 OKTOBER 2014

‘ ‘Together We Are, Teamwork Makes Perfect' 3

5.4 Mempertingkatkan kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban mahasiswa/i

melalui tingkah laku yang bertanggungjawab terhadap diri dan orang lain di

samping peka terhadap situasi sosial seperti perpaduan.

5.5 Melatih mahasiswa/i tentang kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran

sepanjang hayat dengan merancang strategi untuk mendapatkan pengetahuan.

Mahasiswa/i juga akan mempelajari cara mengumpul dan mengurus maklumat

secara kendiri.

5.6 Menerapkan nilai sikap, etika dan profesionalisme dalam diri mahasiswa/i dengan

menunjukkan tingkah laku profesional yang sesuai dengan etika kerjaya.

Mahasiswa/i juga akan melaksanakan tanggungjawab dengan integriti dan amanah

serta menunjukkan sikap kesukarelawanan.

5.7 Melahirkan mahasiswa/i yang mempunyai kemahiran pemikiran kritikal,

penyelesaian masalah dan pendekatan saintifik yang mana mereka boleh mengenal

pasti masalah tersurat dan tersirat selain menilai pelbagai pilihan untuk membuat

keputusan berdasarkan maklumat yang tepat.

5.8 Mencungkil kemahiran kreatif dan inovatif mahasiswa/i semasa melakukan tugas.

Mereka akan sentiasa meneroka idea baru dan melahirkan idea yang kreatif serta

berinovasi.

.

4.0 TEMA

‘Together We Are, Teamwork Makes Perfect’

5.0 ANJURAN

Bulan Sabit Merah Malaysia

Detachment 88H ( Kolej Keris Mas)

Sesi 2014/2015

Universiti Kebangsaan Malaysia

Page 5: Kertas kerja perkhemahan keterampilan det.h dan det.e

PERKHEMAHAN KETERAMPILAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

DETACHMENT 88H & DETACHMENT 88E

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

10 HINGGA 12 OKTOBER 2014

‘ ‘Together We Are, Teamwork Makes Perfect' 4

6.0 TARIKH DAN MASA

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada :

Tarikh : 10 sehingga 12 Oktober 2014 (Jumaat - Ahad)

Masa berkumpul : 2.30 petang (10 Oktober 2014)

Masa bersurai : 6.00 petang (12 Oktober 2014 )

7.0 TEMPAT PROGRAM

Tempat program yang dicadangkan ialah Hutan Pendidikan Alam Universiti

Kebangsaan Malaysia.

8.0 PUBLISITI

Poster akan ditampal pada papan kenyataan setiap blok kediaman Kolej Keris

Mas dan Kolej Ibrahim Yaakub.

Poster hebahan di dalam laman sosial Facebook.

9.0 CADANGAN PERASMI

a. Perasmian Pembukaan

Tiada

b. Perasmian Penutup

1) - YBhg. Dr. Ruslin bin Amir

Pengetua Kolej Keris Mas, UKM

2) YBhg. Prof. Madya Dr. Mohd Rizal bin Mohd Yaakop

Pengetua Kolej Ibrahim Yaakub, UKM

Page 6: Kertas kerja perkhemahan keterampilan det.h dan det.e

PERKHEMAHAN KETERAMPILAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

DETACHMENT 88H & DETACHMENT 88E

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

10 HINGGA 12 OKTOBER 2014

‘ ‘Together We Are, Teamwork Makes Perfect' 5

10.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

1) Bilangan VIP : 5 orang

2) Bilangan peserta : 50 orang

3) Bilangan fasilitator : 5 orang

4) Bilangan urusetia : 21 orang

Jumlah : 81orang

11.0 STRUKTUR ORGANISASI

Rujuk Lampiran A

12.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B

13.0 PERINCIAN PROGRAM

13.1 Sesi Suai Kenal

a. Objektif slot ini adalah untuk:

Mengenali antara satu sama lain sesama ahli kumpulan

Mengetahui nama dan butir-butir penting ahli kumpulan masing-

masing.

Mengeratkan hubungan silaturrahim sesama pelajar.

b. Kaedah pelaksanaan adalah seperti berikut:

Para peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan, setiap kumpulan

mempunyai 10 orang.

Seorang fasilitator akan bertugas memantau ke setiap LDK.

Sesi Suai Kenal – setiap pelajar mengnalkan diri masing-masing di

dalam kumpulan

Setiap kumpulan perlu mereka logo dan moto masing-masing

sambil dibantu fasilitator di atas kertas mahjong yang disediakan.

Page 7: Kertas kerja perkhemahan keterampilan det.h dan det.e

PERKHEMAHAN KETERAMPILAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

DETACHMENT 88H & DETACHMENT 88E

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

10 HINGGA 12 OKTOBER 2014

‘ ‘Together We Are, Teamwork Makes Perfect' 6

Selain itu, mereka juga perlu mencipta cheers yang tersendiri.

Mereka perlu berbincang untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Selepas itu, setiap kumpulan bersama kesemua ahli secara bergilir-

gilir akan menbentangkan logo dan moto serta mempersembahkan

cheers masing-masing.

Slot ini tamat setelah semua kumpulan membentang dan dinilai.

13.2 Ceramah bertemakan ‘Undang-Undang Keselamatan

Antarabangsa’

Ceramah Undang-Undang Antarabangsa ini akan disampaikan oleh

Cik Pushpawani A/P Ramaloo dari Bulan Sabit Merah Malaysia,

cabang UKM. Masa yang diperuntukkan adalah selama 1 jam.

Ceramah ini bertujuan untuk mendedahkan peserta mengenai undang-

undang keselamatan antarabangsa.

Ceramah ini akan menyentuh mengenai:

Sejarah Bulan Sabit Merah/Palang Merah.

Sejarah asal-usul IFRC dan ICRC.

Prinsip-prinsip Bulan Sabit Merah.

Undang-Undang Keselamatan Antarabangsa.

Maklumat penceramah adalah seperti di Lampiran C.

13.3 Ceramah bertemakan ‘Pertolongan Cemas dan Teknik CPR’

Ceramah Pengangkutan ini oleh Sayed Ahmad Syahir Bin Sayed

Aluwee merupakan Jurulatih BSMM yang bertauliah. Masa yang

diperuntukkan adalah selama satu jam setengah. Ceramah ini bertujuan

untuk mendedahkan peserta mengenai cara membantu mangsa yang

sedang menghadapi masalah kesesakan nafas serta mangsa pengsan

yang tiada nafas dan nadi.

Ceramah ini akan menyentuh mengenai:

Teknik mengesan dan mengenal pasti mangsa yang kesesakan

nafas serta yang tiada pernafasan dan denyutan nadi.

Teknik CPR ( Cardio Pulmonary Resuscitation) yang betul.

Amali teknik CPR menggunakan dummy.

Maklumat penceramah adalah seperti di Lampiran C.

Page 8: Kertas kerja perkhemahan keterampilan det.h dan det.e

PERKHEMAHAN KETERAMPILAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

DETACHMENT 88H & DETACHMENT 88E

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

10 HINGGA 12 OKTOBER 2014

‘ ‘Together We Are, Teamwork Makes Perfect' 7

13.4 Permainan Memimpin Si Buta

a. Objektif sesi ini adalah untuk:

Menguji keberanian dan sikap saling mempercayai antara ahli

kumpulan.

Memupuk sifar kepimpinan dan kerja berpasukan.

b. Kaedah pelaksanaan adalah seperti berikut:

Semua kumpulan berkumpul di kawasan lapang.

Menggunakan kain anduh yang diberi, semua peserta perlu

menutup mata mereka kecuali ketua kumpulan.

Ketua akan memberi arahan kepada ahli untuk bergerak ke

kawasan yang telah diarahkn PC.

13.5 Ekspedisi Hutan

a. Objektif sesi ini adalah untuk:

Mendedahkan peserta mengenai suasana alam semulajadi.

Mendedahkan peserta mengenai keadaan atau situasi yang

mungkin berlaku di hutan.

Membina semangat prihatin antara peserta.

b. Kaedah pelaksanaan adalah seperti berikut:

Setiap peserta dibantu fasilitator akan berkumpul di kawasan

lapang untuk mendengar taklimat ringkas

Mereka akan mula masuk ke hutan diketuai Ranger.

Perjalanan yang dilakukan tidak terlalu cepat dan tidak juga terlalu

lambat.

Peserta juga akan meredah anak sungai.

Kawasan yang dilalui adalah bergantung kepada Ranger serta

keadaan kawasan.

Setelah semua kawasan hutan yang dikehendaki telah dieksplorasi,

peserta pulang ke kawasan lapang.

13.6 Permainan Mencari Harta Karun

a. Objektif sesi ini adalah untuk:

Menguji kefahaman peserta mengenai ilmu teori bantuan awal

yang telah diajar.

Page 9: Kertas kerja perkhemahan keterampilan det.h dan det.e

PERKHEMAHAN KETERAMPILAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

DETACHMENT 88H & DETACHMENT 88E

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

10 HINGGA 12 OKTOBER 2014

‘ ‘Together We Are, Teamwork Makes Perfect' 8

Mempratikkan ilmu yang mereka telah pelajari.

b. Kaedah pelaksanaan adalah seperti berikut:

Semua kumpulan berkumpul di kawasan lapang.

Aktiviti ini akan diadakan dalam kumpulan masing-masing.

Setiap kumpulan akan diberikan petunjuk untuk mencari ahli

jawatankuasa perkhemahan ini sambil membawa peti petolongan

cemas yang kosong.

Terdapat 5 orang PC yang perlu dicari dan Fasilitator akan

bergerak bersama kumpulan masing-masing

Setelah kumpulan itu berjaya menjawab soalan yang diberikan,

petunjuk seterusnya akan diberikan beberapa peralatan untuk

memenuhi pertolongan cemas.

Markah akan diberi mengikut mereka yang dapat menjawab soalan

dengan betul dan memenuhi peti pertolongan cemas yang kosong.

13.7 Sesi Pembelajaran Teori-Peralatan Peti Pertolongan Cemas

a. Objektif sesi ini adalah untuk:

Mendedahkan mengenai ubat-ubatan serta peralatan yang terdapat

di dalam peti pertolongan cemas.

b. Kaedah pelaksanaan adalah seperti berikut:

2 orang PC (person coordinator) yang juga merupakan ahli BSMM

akan menerangkan teori mengenai Peti Pertolongan Cemas.

Setiap kumpulan diberi Peti Pertolongan Cemas untuk

mengenalinya sendiri.

13.8 Ceramah bertemakan ‘Kesihatan’

Ceramah Kesihatan ini akan disampaikan oleh Nor Zarifah Binti

Zainol Rashid dari Bulan Sabit Merah Malaysia, cabang UKM. Masa

yang diperuntukkan adalah selama setengah jam. Ceramah ini

bertujuan untuk mendedahkan peserta mengenai masalah kesihatan

yang sering berlaku di sekitar.

Ceramah ini akan menyentuh mengenai:

Cara pengecaman masalah kesihatan.

Rawatan awal kesihatan yang boleh diberi.

Langkah-langkah pencegahan.

Page 10: Kertas kerja perkhemahan keterampilan det.h dan det.e

PERKHEMAHAN KETERAMPILAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

DETACHMENT 88H & DETACHMENT 88E

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

10 HINGGA 12 OKTOBER 2014

‘ ‘Together We Are, Teamwork Makes Perfect' 9

Maklumat penceramah adalah seperti di Lampiran C.

13.9 Sesi Pembelajaran Teori dan Praktikal- Balutan dan Kegunaan

a. Objektif sesi ini adalah untuk:

Mendedahkan mengenai asas-asas kecederaan yang boleh berlaku

kepada orang di sekeliling.

Mengajar balutan yang sesuai untuk setiap kecederaan yang

berlaku.

b. Kaedah pelaksanaan adalah seperti berikut:

2 orang PC yang juga merupakan ahli BSMM akan menerangkan

teori mengenai kecederaan.

Menggunakan kain anduh yang diberi, teknik membalut

kecederaan tersebut akan dilakukan setiap orang bersama ahli

kumpulan masing-masing.

Bermula dari kecederaan kepala sehingga ke kaki dengan pelbagai

keadaan.

13.10 Kuiz

a. Objektif sesi ini adalah untuk:

Menguji kefahaman peserta mengenai ilmu bantuan awal yang

telah diajar.

Memupuk semangat kerjasama.

b. Kaedah pelaksanaan adalah seperti berikut:

Semua kumpulan berkumpul di dewan terbuka.

Semua berkumpul mengikut kumpulan masing-masing.

2 orang PC akan mengajukan soalan dan peserta perlu menjawab.

Soalan berbentuk praktikal juga akan diajukan.

Setiap kumpulan perlu menjawab soalan.

Markah diberi mengikut soalan yang dijawab dengan betul.

13.11 Ceramah –Pengangkutan

Ceramah Pengangkutan ini oleh Encik Zilani bin Jais dari Bulan Sabit

Merah Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia. Masa yang

diperuntukkan adalah selama satu jam setengah. Ceramah ini bertujuan

Page 11: Kertas kerja perkhemahan keterampilan det.h dan det.e

PERKHEMAHAN KETERAMPILAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

DETACHMENT 88H & DETACHMENT 88E

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

10 HINGGA 12 OKTOBER 2014

‘ ‘Together We Are, Teamwork Makes Perfect' 10

untuk mendedahkan peserta mengenai cara pengangkutan yang betul

bagi mangsa yang mengalami kecederaan.

Ceramah ini akan menyentuh mengenai:

Cara mengalihkan mangsa dari satu tempat ke tempat lain.

Pengangkutan yang sesuai bagi kecederaan yang berlainan.

Maklumat penceramah adalah seperti di Lampiran C.

13.12 Malam Kebudayaan

a. Objektif slot ini adalah untuk:

Memupuk kreativiti peserta dalam menyampaikan prinsip-

prinsip Bulan Sabit Merah.

Mendidik sikap kerjasama.

b. Kaedah yang digunakan ialah:

Setiap kumpulan perlu memillih tema persembahan daripada

tujuh prinsip Bulan Sabit Merah iaitu Kemanusiaan,

Kesaksamaan, Berkecuali, Kebebasan, Khidmat Sukarela,

Bersatu dan Kesejagatan

Setiap kumpulan perlu membuat persembahan berdasarkan

tema yang dipilih.

Peserta diberi kebebasan samada ingin menyampaikan

kreativiti mereka dalam bentuk lakonan, nyanyian dan lain-

lain.

13.13 Ujian Teori dan Balutan

a. Objektif sesi ini adalah untuk:

Menguji kefahaman peserta mengenai ilmu teori balutan yang telah

diajar.

Mempratikkan ilmu yang mereka telah pelajari.

b. Kaedah pelaksanaan adalah seperti berikut:

Semua kumpulan berkumpul di dewan terbuka.

Setiap kumpulan mengambil tempat masing-masing.

PC akan memberi soalan kepada ahli kumpulan.

Page 12: Kertas kerja perkhemahan keterampilan det.h dan det.e

PERKHEMAHAN KETERAMPILAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

DETACHMENT 88H & DETACHMENT 88E

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

10 HINGGA 12 OKTOBER 2014

‘ ‘Together We Are, Teamwork Makes Perfect' 11

Selepas habis sesei mejawab soalan, PC akan membuat lakonan

jenis-jenis kecederaan yang tertentu dan peserta akan memberi

‘rawatan awal’.

Bermula dari kecederaan kepala sehingga ke kaki dengan pelbagai

keadaan.

13.14 Real Case Situation ( KBBOM)

a. Objektif sesi ini adalah untuk:

Mempratikkan peserta menggunakan ilmu pertolongan cemas asas

di dalam situasi kecemasan yang sebenar.

Membentuk sifat peka tehadap keadaan dan situasi sekeliling.

Memupuk semangat kerjasama.

b. Kaedah pelaksanaan adalah seperti berikut:

PC dan fasilitator akan mengejutkan peserta semasa mereka tidur

seolah-olah kejadian bencana/peperangan benar-benar berlaku.

PC dan fasilitator akan berlakon seolah-olah mereka menjadi

mangsa yang telah tercedera akibat bencana/peperangan yang

berlaku.

Mereka perlu bertindak mengikut tindakan dan tempoh waktu yang

telah diarahkan semasa taklimat.

Peserta dikumpulkan di kawasan lapang dan dibahagikan kepada

empat kumpulan baru.

Ketua operasi serta ketua setiap bahagian akan dilantik iaitu ketua

peninjau, ketua penyelamat, ketua pengangkutan dan ketua

kebajikan.

Kerja-kerja bantuan perlu dilakukan dengan segera agar ‘mangsa-

mangsa’ dapat diselamatkan.

Bermula dengan kerja-kerja peninjauan, penyelamat, pengangkutan

dan kebajikan.

Semasa peninjauan, kawasan sekitar akan ditinjau dan mengenal

pasti jumlah ‘mangsa’ dan jenis kecederaan mereka.

Semasa kerja penyelamatan, ahli akan memberi bantuan awal

kepada ‘mangsa’.

Semasa kerja pengangkutan, ahli akan membawa ‘mangsa’ ke

tempat yang telah disediakan dan akan dipantau.

Page 13: Kertas kerja perkhemahan keterampilan det.h dan det.e

PERKHEMAHAN KETERAMPILAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

DETACHMENT 88H & DETACHMENT 88E

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

10 HINGGA 12 OKTOBER 2014

‘ ‘Together We Are, Teamwork Makes Perfect' 12

Bahagian kebajikan pula akan menyediakan makanan kepada ahli

yang memberi bantuan awal kepada ‘mangsa’, pada masa yang

sama memantau ‘mangsa’.

Jumlah dan keadaan mangsa akan dipantau dan dicatat kemudian

sesi ini berakhir selepas ‘mangsa-mangsa’ ‘diserahkan ‘ kepada

pihak yang sepatutnya.

Ketua operasi dan setiap ketua setiap bahagian akan

membentangkan hasil dan pendapat masing-masing.

13.15 Pertandingan Pertolongan Cemas Mini

a. Objektif sesi ini adalah untuk:

Mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari semasa sesi

pembelajaran dan ceramah.

Menguji ilmu pertolongan cemas yang telah diajar.

Memupuk sikap bekerjasama di dalam ahli kumpulan.

b. Kaedah pelaksanaan adalah seperti berikut:

Peserta berkumpul mengikut kumpulan masing-masing.

Terdapat 5 check point yang perlu dilalui setia kumpulan.

Di setiap check point terdapat seorang fasilitator dan seorang PC

yang akan memantau.

Check point tersebut ialah balutan dan kegunaan,

cardiacpulmunory resuscitation (CPR), penggunaan peti

pertolongan cemas, anatomi manusia dan pengangkutan.

Setiap check point terdapat satu kumpulan dalam satu-satu masa.

Mereka diberi masa 30 minit untuk setiap check point.

Di check point satu, markah akan diberi mengikut jumlah balutan

yang dapat dibuat dan berfungsi.

Di check point 2, markah akan diberi mengikut teknik CPR yang

dapat dilakukan dengan betul serta jumlah ahli kumpulan yang

dapat melakukannya.

Di check point 3, markah diberi mengikut jumlah soalan yang

dapat dijawab serta praktikal yang betul.

Di check point 4, markah diberi mengikut jumlah soalan yang

dapat dijawab serta praktikal yang betul.

Di check point 5, markah diberi mengikut pengangkutan yang

dapat dilakukan dengan betul.

Page 14: Kertas kerja perkhemahan keterampilan det.h dan det.e

PERKHEMAHAN KETERAMPILAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

DETACHMENT 88H & DETACHMENT 88E

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

10 HINGGA 12 OKTOBER 2014

‘ ‘Together We Are, Teamwork Makes Perfect' 13

Markah setiap check point akan dijumlahkan.

Setiap 30 minit setiap kumpulan akan bertukar tempat.

13.16 Permainan Kemasyarakatan

a. Objektif sesi ini adalah untuk:

Menguji kefahaman peserta mengenai ilmu teori kesihatan asas.

Mempratikkan ilmu yang mereka telah pelajari.

Memupuk sikap prihatin terhadap orang lain.

b. Kaedah pelaksanaan adalah seperti berikut:

Setiap peserta berada dalam kumpulan masing-masing.

Terdapat 5 stesyen pada satu-satu masa.

Setiap stesyen akan menggambarkan situasi di sesuatu rumah atau

kawasan.

PC akan melakonkan simptom-simptom tertentu.

Setiap kumpulan perlu memikirkan cara yang tersendiri untuk

memujuk keluarga yang disyaki menjangkiti penyakit jenis

merebak pergi ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan dan

rawatan yang rapi.

Pada masa yang sama, mereka perlu menerangkan langkah-

langkah pencegahan penyakit.

Di akhir sesi ahli kumpulan perlu meneka jenis-jenis penyakit yang

mereka hadapi.

14.0 LANGKAH KESELAMATAN

14.1 Berkhemah

a) Pemilihan Tapak

Sebelum aktiviti berkhemah dilaksanakan, urusetia akan memastikan

pemilihan tapak yang sesuai bagi mengelakkan bencana dan

kecelakaan kepada peserta. Perkara ini termasuklah memastikan tiada

pohon yang berkemungkinan untuk tumbang atau dahannya hampir

patah, lokasi perkhemahan mempunyai hubungan dengan trek dan

denai bagi memudahkan pergerakan semasa kecemasan dan lokasi

bukannya laluan binatang liar.

Page 15: Kertas kerja perkhemahan keterampilan det.h dan det.e

PERKHEMAHAN KETERAMPILAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

DETACHMENT 88H & DETACHMENT 88E

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

10 HINGGA 12 OKTOBER 2014

‘ ‘Together We Are, Teamwork Makes Perfect' 14

b) Kawalan Risiko

Urusetia juga akan memastikan kawasan tempat tidur adalah selamat,

menaburkan bahan kimia seperti belerang kuning atau kapur di

sekeliling khemah bagi mengelakkan gangguan binatang merayap,

menjalar dan mana-mana yang boleh mengganggu peserta.

c) Pengurusan Keselamatan

Urusetia akan memberi taklimat perkhemahan kepada peserta semasa

tiba di lokasi seperti tidak membuat sebarang kekecohan di kawasan

perkhemahan seperti melaung dan bertempik, mengingatkan peserta

untuk mematuhi semua arahan keselamatan, penerangan perkhemahan

dari masa ke semasa dan segala peraturan serta mengadakan sistem

kawalan waktu malam.

d) Pemakluman kepada Pihak Berwajib

Sepanjang perkhemahan berlangsung, urusetia juga akan memastikan

kelancaran program dan memaklumkan sebarang masalah yang

mengancam keselamatan kepada Balai Bomba dan Penyelamat dan

Balai Polis.

14.2 Ekspidisi Hutan

a) Pemilihan Kawasan

Urusetia dibantu Jabatan Pembangunan dan Peyelenggaraan akan

memililh kawasan yang sesuai untuk di jalankan Ekspidisi Hutan.

Denai-denai hutan serta kawasan sekitar hendaklah tidak merbahaya.

b) Pakaian

Urusetia akan memastikan pakaian yang dipakai peserta adalah sesuai.

Peserta hendaklah berkasut sukan, memakai baju dan seluar panjang.

15.0 BELANJAWAN

Rujuk Lampiran D

Page 16: Kertas kerja perkhemahan keterampilan det.h dan det.e

PERKHEMAHAN KETERAMPILAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

DETACHMENT 88H & DETACHMENT 88E

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

10 HINGGA 12 OKTOBER 2014

‘ ‘Together We Are, Teamwork Makes Perfect' 15

16.0 PEJABAT URUSAN

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan surat-menyurat, sila

hubungi:

Bilik Rawatan

Bulan Sabit Merah Malaysia

Detachment 88H (Kolej Keris Mas)

Bangunan Pentadbiran Kolej Keris Mas

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 UKM Bangi

Selangor Darul Ehsan.

(k/p: Siti Nabilah Huda Binti Anuar- 013-7221994)

E-mel : [email protected]

17.0 PENUTUP

Semoga permohonan kami mendapat kelulusan dan bantuan kewangan daripada pihak

Jabatan Perkhidmatan Pelajar supaya program ini dapat dijalankan dengan lancar. Selain

itu, kami berharap agar semua objektif dapat dicapai seperti yang telah digariskan.

Penganjuran perkhemahan seumpama ini juga diharapkan dapat memberi manfaat kepada

ahli Bulan Sabit Merah Malaysia Detachment 88H (Kolej Keris Mas) dan Detachment

88E ( Kolej Ibrahim Yaakub) yang akan sedaya upaya memerah tenaga dan buah fikiran

yang akan menjadi suatu pengalaman yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit,

sekaligus menjadi pemangkin dan batu loncatan buat mereka dalam menempuh alam

pekerjaan kelak. Selain itu, secara tidak langsung, kolej dapat melahirkan pemimpin yang

berfikiran positif, dinamik, aktif, serta cekap dalam segala tindakan. Oleh itu, segala

sokongan, komitmen dan bantuan tenaga daripada semua pihak amat dihargai. Atas

kerjasama itu, pihak kami ucapkan ribuan terima kasih.

Page 17: Kertas kerja perkhemahan keterampilan det.h dan det.e

PERKHEMAHAN KETERAMPILAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

DETACHMENT 88H & DETACHMENT 88E

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

10 HINGGA 12 OKTOBER 2014

‘ ‘Together We Are, Teamwork Makes Perfect' 16

Disediakan oleh,

SITI NABILAH HUDA BINTI ANUAR Ketua Pengarah

Perkhemahan Keterampilan Bulan Sabit Merah Malaysia

Detachment 88H & Detachment 88E

Universiti Kebangsaan Malaysia

No Tel : 013-7221994

E-mel : [email protected]

Disemak oleh,

Felo Penasihat

Bulan Sabit Merah Malaysia

Detachment 88H ( Kolej Keris Mas)

Universiti Kebangsaan Malaysia

No Tel : 019-2323206

Disahkan oleh,

DR. RUSLIN BIN AMIR

Pengetua

Kolej Keris Mas

Universiti Kebangsaan Malaysia

No Tel : 03-89214009

Page 18: Kertas kerja perkhemahan keterampilan det.h dan det.e

PERKHEMAHAN KETERAMPILAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

DETACHMENT 88H & DETACHMENT 88E

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

10 HINGGA 12 OKTOBER 2014

‘ ‘Together We Are, Teamwork Makes Perfect' 17

LAMPIRAN A

STRUKTUR ORGANISASI

PERKHEMAHAN KETERAMPILAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

DETACHMENT 88H & DETACHMENT 88E

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Penaung

Y.Bhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali

Naib Canselor, UKM

Pengerusi

Y.Bhg. Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM

Penyelaras

Encik Abdul Aziz Abu Bakar

Timbalan Pengarah Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni, UKM

Penasihat

Ybhg. Dr. Ruslin Bin Amir

Pengetua Kolej Keris Mas, UKM

Ybhg. Prof. Madya Dr. Mohd Rizal Bin Mohd Yaakop

Pengetua Kolej Ibrahim Yaakub, UKM

Tuan Haji Ishak Haji Abd Rahman

Timbalan Pengetua Kolej Keris Mas, UKM

Dr. Mohd Azul Bin Mohamad Salleh

Timbalan Pengetua Kolej Ibrahim Yaakub, UKM

Tuan Haji Mat Yusop Bin Achin

Pengurus Kanan Kolej Keris Mas, UKM

Cik Yang Mysara Binti Ismail

Felo Penasihat Bulan Sabit Merah Malaysia

Detachment 88H (Kolej Keris Mas), UKM

Page 19: Kertas kerja perkhemahan keterampilan det.h dan det.e

PERKHEMAHAN KETERAMPILAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

DETACHMENT 88H & DETACHMENT 88E

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

10 HINGGA 12 OKTOBER 2014

‘ ‘Together We Are, Teamwork Makes Perfect' 18

Cik Pushpawani A/P Ramaloo

Felo Penasihat Bulan Sabit Merah Malaysia

Detachment 88E (Kolej Ibrahim Yaakub), UKM

Ketua Pengarah

Siti Nabilah Huda Binti Anuar

Fakulti Sains dan Teknologi / 2 A145536 013-7221994

Timbalan Ketua Pengarah

Syed Syazwan Sadly Bin Syed Salleh

Fakulti Sains dan Teknologi / 2 A145858 017-9169659

Setiausaha

Siti Noratikah Binti Abd Hasim

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan/ 2 A143448 011-14792994

Bendahari

Mohamad Azizi Bin Md Said

Fakulti Sains dan Teknologi / 2 A145741 019-5069608

Pengarah Program : Siti Hajar Binti Abdul Rashid

Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat / 2 A146305

Timbalan Pengarah Program : Fatin Athirah Binti Sukri

Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat / 2 A146374

Pengarah Jamuan : Mohamad Aizad Bin Saad

Fakulti Sains dan Teknologi / 2 A145745

Timbalan Pengarah Jamuan : Maizatul Ashikin Binti Samsuden

Fakulti Pengajian Islam / 2 A144824

Pengarah Kebajikan : Ting Chee Kang

Fakulti Sains dan Teknologi / 2 A145949

Page 20: Kertas kerja perkhemahan keterampilan det.h dan det.e

PERKHEMAHAN KETERAMPILAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

DETACHMENT 88H & DETACHMENT 88E

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

10 HINGGA 12 OKTOBER 2014

‘ ‘Together We Are, Teamwork Makes Perfect' 19

Pengarah Pemasaran : Muhamad Nursyafiq Bin Mohd Yunos

Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina / 2 A144127

Pengarah Publisiti : Mohamad Afiq Bin Zainuddin

Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina / 2 A144108

Pengarah Logistik dan

Pengangkutan

: Mohd Firdaus Bin Ramlan

Fakulti Sains dan Teknologi / 2 A145643

Timbalan Pengarah Logistik

dann Pengangkutan

: Mohamad Syakirin bin Ahmad

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan / 2 A147018

Pengarah Teknikal/ Tugas-

Tugas Khas

: Mohd Syawal Bin Othman

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan / 2 A147017

Timbalan Pengarah Teknikal/

Tugas-Tugas Khas

: Noor Amalina Binti Illies

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan / 2 A143501

Pengarah Sijil dan

Cenderamata

: Siti Nur Najihah Binti Taib

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan / 2 A143444

Timbalan Pengarah Sijil dan

Cenderamata

: Uma A/P Arumugam

Fakulti Pendidikan / 2 A146534

Pengarah Protokol : Nur Anasuha Binti Ignasius

Fakulti Sains dan Teknologi / 2 A145637

Timbalan Pengarah Protokol : Norfazreena Binti Ishak

Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina / 2 A144271

Pengarah Disiplin : Siti Rabiatuladawiyah Binti Mohammed Masrom

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan / 2 A143446

Timbalan Pengarah Disiplin : Tan Yee Tung

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan / 2 A143107

Page 21: Kertas kerja perkhemahan keterampilan det.h dan det.e

PERKHEMAHAN KETERAMPILAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

DETACHMENT 88H & DETACHMENT 88E

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

10 HINGGA 12 OKTOBER 2014

‘ ‘Together We Are, Teamwork Makes Perfect' 20

LAMPIRAN B

TENTATIF PROGRAM

JUMAAT, 10 OKTOBER 2014

MASA PERKARA TEMPAT

2.30 petang

3.00 petang

3.30 petang

5.30 petang

7.30 malam

8.30 malam

11.00 malam

12.00 tengah malam

Pendaftaran Peserta

Bertolak ke Hutan Pendidikan Alam

Pembahagian Kumpulan

Sesi Penerangan Peraturan

Perkhemahan

Sesi Suai Kenal

Solat Asar

Minum Petang

Persiapan Diri

Solat Maghrib

Makan Malam

Ceramah:

UUKA

Oleh:

Pushpawani A/P Ramaloo

CPR

Oleh:

Sayed Ahmad Syahir Bin Sayed

Aluwee

Kuiz

Permainan: ‘Memimpin Orang Buta’

Taklimat Real Case Situation

( KBBOM)

Solat Isyak dan Tidur

Semua program akan

dijalankan di Dewan

Terbuka Hutan

Pendidikan Alam dan

kawasan lapang di

sekitar Dewan

Terbuka.

Page 22: Kertas kerja perkhemahan keterampilan det.h dan det.e

PERKHEMAHAN KETERAMPILAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

DETACHMENT 88H & DETACHMENT 88E

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

10 HINGGA 12 OKTOBER 2014

‘ ‘Together We Are, Teamwork Makes Perfect' 21

SABTU, 11 OKTOBER 2014

MASA PERKARA TEMPAT

5.30 pagi

7.30 pagi

1.00 petang

2.00 petang

3.00 petang

5.00 petang

5.30 petang

6.30 petang

8.00 malam

10.00 malam

12.00 tengah malam

Bangun

Solat Subuh

Sarapan

Senamrobik

Ekspidisi Hutan

Permainan: ‘Mencari Harta

Karun’

Solat Zuhur dan Makan Tengahari

Sesi Pembelajaran :

Peti Pertolongan Cemas

Ceramah:Kesihatan

Oleh:

Sayed Ahmad Syahir bin Sayed

Aluwee

Sesi Pembelajaran : Teori dan

Balutan

Kuiz

Solat Asar

Minum Petang

Ceramah: Pengangkutan

Oleh: Encik Zilani bin Jais

Rehat

Persiapan Diri

Solat Maghrib

Makan Malam

Malam Kebudayaan

Ujian Teori dan Praktikal

Solat Isyak dan Tidur

Semua program akan

dijalankan di Dewan

Terbuka Hutan

Pendidikan Alam dan

kawasan lapang di

sekitar Dewan Terbuka.

Page 23: Kertas kerja perkhemahan keterampilan det.h dan det.e

PERKHEMAHAN KETERAMPILAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

DETACHMENT 88H & DETACHMENT 88E

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

10 HINGGA 12 OKTOBER 2014

‘ ‘Together We Are, Teamwork Makes Perfect' 22

AHAD, 12 OKTOBER 2014

MASA PERKARA TEMPAT

3.00 pagi

5.00 pagi

5.30 pagi

7.00 pagi

7.30 pagi

8.00 pagi

11.00 pagi

12.30 tengahari

2.00 petang

3.30 petang

4.30 petang

6.00 petang

Real case situation ( KBBOM)

Bersurai dan Rehat

Persiapan Diri dan Solat Subuh

Sarapan

Senamrobik

Sarapan pagi

Pertandingan Pertolongan Cemas

Mini

Permainan: Kemasyarakatan

Makan Tengahari

Solat Zuhur

Persiapan Diri

Persiapan Majlis Penutupan

Majlis Penutupan

Minum Petang

Permbersihan Tapak Perkhemahan

Solat Asar

Bertolak Balik ke Kolej

Semua program akan

dijalankan di Dewan

Terbuka Hutan

Pendidikan Alam dan

kawasan lapang di

sekitar Dewan Terbuka.

Page 24: Kertas kerja perkhemahan keterampilan det.h dan det.e

PERKHEMAHAN KETERAMPILAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

DETACHMENT 88H & DETACHMENT 88E

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

10 HINGGA 12 OKTOBER 2014

‘ ‘Together We Are, Teamwork Makes Perfect' 23

LAMPIRAN C

BIODATA PENCERAMAH

Nama : Encik Zilani bin Jais

Jawatan : Pengerusi Reaksi Kecemasan,

Bulan Sabit Merah Malaysia

Universiti Kebangsaan Malaysia

Pengalaman : Memberi ceramah ‘ Pembalutan dan Kawat

Usungan (Pengangkutan)’ di Perkhemahan

Tahunan Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang

UKM Sesi 2013/2014.

Alamat Surat-Menyurat : Bahagian Keselamatan,

Jabatan Pendaftar,

Wisma Aman 43600 UKM,

Bangi Selangor Darul Ehsan.

Nama : Sayed Ahmad Syahir Bin Sayed Aluwee

Jawatan terdahulu : Penolong Komandan Detachment 88H Sesi

2010/2011

Jawatan Sekarang : Jurulatih BSMM Bertauliah

Pengalaman : PC BSMM 2011, 2012, 2013

: Memberi ceramah Cardiopulmonary Resuscitation

di Sekolah Jalan Enam, Bandar Baru Bangi 2011

Nombor telefon : 013-4382955

E-mail : [email protected]

Nama : Pushpawani A/P Ramaloo

Jawatan Terdahulu dan Terkini : Pengerusi Undang-Undang Kemanusiaan dan

Antarabangsa Cabang UKM

( 2010 hingga kini)

Pengalaman : Menjadi Felo BSMM Kolej Ibrahim Yaakub

Selama 6 Tahun

Nombor Telefon : 012-6606449

E-mail : [email protected]

Page 25: Kertas kerja perkhemahan keterampilan det.h dan det.e

PERKHEMAHAN KETERAMPILAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

DETACHMENT 88H & DETACHMENT 88E

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

10 HINGGA 12 OKTOBER 2014

‘ ‘Together We Are, Teamwork Makes Perfect' 24

LAMPIRAN D

BELANJAWAN

Anggaran Pendapatan

Bil Perkara RM

1. Sumbangan:

Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel)

Yuran Pelajar (RM15.00 X 76 orang)

Pihak Kolej

1600.00

1140.00

1500.00

JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN 4240.00

Anggaran Perbelanjaan

Bil Perkara RM

1. Makanan

Peserta dan AJK

Sarapan Pagi RM 3.00

Makan Tengahari RM 6.00

Minum Petang RM 2.00

Makan Malam RM 5.00

Minum Malam RM 1.50

Jumaat

Minum Petang = RM 2.00 X 76 orang = RM 152.00

Makan Malam = RM 5.00 X 76 orang = RM 380.00

Minum Malam = RM 1.50 X 76 orang

= RM 114.00

JUMLAH = RM 646.00

Sabtu

Sarapan Pagi = RM 3.00 X 76 orang = RM 228.00

Makan Tengahari = RM 6.00 X 76 orang

= RM 456.00

Minum Petang = RM 2.00 X 76 orang = RM 152.00

Page 26: Kertas kerja perkhemahan keterampilan det.h dan det.e

PERKHEMAHAN KETERAMPILAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

DETACHMENT 88H & DETACHMENT 88E

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

10 HINGGA 12 OKTOBER 2014

‘ ‘Together We Are, Teamwork Makes Perfect' 25

Makan Malam = RM 5.00 X 76 orang = RM 380.00

Minum Malam = RM 1.50 X 76 orang

= RM 114.00

JUMLAH = RM 1330.00

Ahad

Sarapan Pagi = RM 3.00 X 76 orang = RM 228.00

Makan Tengahari = RM 6.00 X 76 orang

= RM 456.00

Minum Petang = RM 2.00 X 76 orang = RM 152.00

JUMLAH= RM 836.00

VIP

Ahad

RM 10.00 X 5 = RM 50.00

JUMLAH= RM 50.00

2862.00

2. Sijil Penyertaan dan Cenderamata Bagi Peserta,

AJK, Penceramah dan VIP

Sijil Penghargaan RM 1.00 X 81

= RM 81.00

Cenderamata Peserta RM 1.00 X 50

= RM 50.00

Cenderamata Kumpulan RM3 0.00 X 3

= RM 90.00

Cenderamata

Penceramah Jemputan

Cenderamata

Penceramah

RM 30.00 X 3

= RM 90.00

RM 100.00 X 1

= RM 100.00

Cenderamata Perasmi RM 50.00

461.00

3. Kos Pentadbiran

Kad nama peserta RM 1.00 X 50

= RM 50.00

Kad nama urusetia dan fasilitator RM 1.00 X 26

=RM 26.00

Percetakan dan fotokopi borang

Penyertaan

RM 30.00

Lain-lain RM 50.00

156.00

Page 27: Kertas kerja perkhemahan keterampilan det.h dan det.e

PERKHEMAHAN KETERAMPILAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

DETACHMENT 88H & DETACHMENT 88E

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

10 HINGGA 12 OKTOBER 2014

‘ ‘Together We Are, Teamwork Makes Perfect' 26

4. Penyediaan Program

Kertas Ujian Teori RM 15.00

Buku Program RM 50.00

Peralatan Latihan Dalam

Kumpulan

RM 10.00 X5

=RM50.00

Lain-lain RM100.00

215.00

5. Teknikal 200.00

6. Pengangkutan 100.00

7. Rencam 146.00

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN 4240.00