74
FAKULTI PENDIDIKAN SEMESTER 2 SESI 2012/2013 PROGRAM : SARJANA PENDIDIKAN PRASEKOLAH KOD KURSUS : GGGB6012 TAJUK KURSUS : PENULISAN AKADEMIK 1 PENSYARAH : PROF. MADYA DR. ZAMRI B MAHAMOD NAMA PELAJAR : NORLIZA BT AHMAD (P69734) TUGASAN : KERTAS KONSEP INDIVIDU TAJUK TUGASAN : PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU PRASEKOLAH MELALUI AMALAN PENGAJARAN

Kertas konsep pembelajaran bermakna

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kertas konsep pembelajaran bermakna

FAKULTI PENDIDIKAN

SEMESTER 2 SESI 2012/2013

PROGRAM : SARJANA PENDIDIKAN PRASEKOLAH

KOD KURSUS : GGGB6012

TAJUK KURSUS : PENULISAN AKADEMIK 1

PENSYARAH : PROF. MADYA DR. ZAMRI B MAHAMOD

NAMA PELAJAR : NORLIZA BT AHMAD (P69734)

TUGASAN : KERTAS KONSEP INDIVIDU

TAJUK TUGASAN : PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU

PRASEKOLAH MELALUI AMALAN

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BERMAKNA MERANGSANG PERKEMBANGAN

KANAK-KANAK.

Page 2: Kertas konsep pembelajaran bermakna

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU PRASEKOLAH MELALUI AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERMAKNA MERANGSANG

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK.

ISI KANDUNGAN

ABSTRAK.................................................................................................................................3

ABSTRACT...............................................................................................................................4

PENGENALAN.........................................................................................................................5

LATAR BELAKANG KAJIAN................................................................................................6

DEFINISI ISTILAH...................................................................................................................9

TEORI DAN MODEL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN........................................11

KAJIAN LEPAS......................................................................................................................16

KEPENTINGAN DAN CIRI-CIRI GURU PRASEKOLAH YANG PROFESIONAL.........18

AMALAN GURU DALAM MEWUJUDKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BERMAKNA...........................................................................................................................20

1. SELARI DENGN FALSAFAH MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN

PRASEKOLAH...........................................................................................................21

2. BERDASARKAN KURIKULUM...............................................................................21

Muka surat 1

Page 3: Kertas konsep pembelajaran bermakna

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

3. KEPELBAGAIAN PENDEKATAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN......................................................................................................23

4. PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN...........................................................................31

5. PENGLIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI........................................................40

6. AKSES DAN EKUITI..................................................................................................41

7. SETTING DAN PERSEKITARAN FIZIKAL YANG KONDUSIF...........................42

8. LATIHAN DAN PENGURUSAN...............................................................................42

IMPLIKASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERMAKNA TERHADAP

PERKEMBANGAN POTENSI KANAK-KANAK................................................................43

CADANGAN...........................................................................................................................45

KESIMPULAN........................................................................................................................46

RUJUKAN...............................................................................................................................47

Muka surat 2

Page 4: Kertas konsep pembelajaran bermakna

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU PRASEKOLAH MELALUI AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERMAKNA MERANGSANG

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK.

Oleh

Norliza bt Ahmad

ABSTRAK

Kertas konsep ini membincangkan kepentingan amalan pengajaran dan

pembelajaran bermakna di prasekolah dalam merangsang dan meningkatkan

perkembangan kanak-kanak. Untuk mewujudkan pengajaran dan pembelajaran

bermakna di prasekolah beberapa cadangan diketengahkan agar kualiti dan

profesionalisme pendidikan prasekolah dapat ditingkatkan. Kepentingan dan

ciri-ciri guru prasekolah yang professional turut mendasari amalan harian guru

dan kualiti bagi sesebuah prasekolah adalah tertumpu kepada hasil pengajaran

dan pembelajaran yang ditonjolkan menerusi perkembangan kanak-kanak.

Kertas konsep ini juga akan membincangkan amalan pengajaran dan

pembelajaran bermakna menerusi indikator penilaian kualiti pendidikan

prasekolah yang terdiri daripada lapan dimensi serta implikasi amalan tersebut

kepada perkembangan kanak-kanak. Selain itu, turut dibincangkan ialah

cadangan-cadangan untuk penambahbaikan dalam mewujudkan amalan

pengajaran dan pembelajaran bermakna di prasekolah.

Kata kunci : pengajaran dan pembelajaran bermakna, kanak-kanak

Muka surat 3

Page 5: Kertas konsep pembelajaran bermakna

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

ABSTRACT

This concept paper will discuss on the importance of meaningful teaching and

learning in preschool to stimulate and enhance children's development. There

are several proposals has been referred in order to have some ideas to improve

meaningful teaching and learning in preschool. The importance and

characteristics of professional preschool teachers also underlie the daily

practice of teachers and the quality of the preschools are focused on teaching

and learning results are portrayed through a child's development. This paper

will also discuss the concept of meaningful teaching and learning through

indicators measuring quality pre-school education consists of eight dimensions

and implications of these practices on child development. In addition, it will

explain on the recommendations for improvement in creating the meaningful

learning and teaching practices in preschool.

Keywords: meaningful teaching and learning, children

Muka surat 4

Page 6: Kertas konsep pembelajaran bermakna

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

PENGENALAN

Pendidikan Prasekolah di Malaysia berkonsepkan program pendidikan tidak formal

yang menyediakan pengalaman pembelajaran kepada kanak-kanak berusia empat hingga

enam tahun sebagai persediaan ke Tahun Satu di sistem persekolahan formal. Berikutan

Akta Pendidikan 1996, pendidikan prasekolah telah diinstitusikan ke dalam Sistem

Pendidikan Kebangsaan dengan matlamat untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam

semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai

persediaan untuk masuk ke sekolah rendah (KSPK, 2010).

Pelaburan kerajaan dalam sektor pendidikan prasekolah adalah signifikan kepada

prasyarat dalam memastikan keutuhan pembangunan modal insan yang menjadi aset utama

negara. Selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, perkembangan kanak-

kanak secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang perlu diberi pertimbangan yang

sewajarnya di dalam program prasekolah kerana pengalaman prasekolah bakal mencorakkan

perkembangan kanak-kanak seterusnya. Jesteru itu pelbagai aspek perlu diberi perhatian

terutama dalam pengajaran dan pembelajaran yang bermakna agar keberhasilan modal insan

bagi setiap ringgit yang dibelanjakan oleh kerajaan mendapat pulangan yang menguntungkan

negara seperti yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)

menerusi anajakan yang kesepuluh.

Di prasekolah guru memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan hasrat

kerajaan. Oleh yang demikian usaha ke arah meningkatkan profesionalisme guru prasekolah

merupakan langkah bijak yang harus diberi penekanan. Kajian oleh Thoonan, Sleegers, Oort,

Peetsma dan Geijsel (2011) mendapati tahap amalan pengajaran guru akan lebih meningkat

melalui peningkatan profesionalisme guru tersebut. Dapatan kajian tersebut selaras dengan

pandangan Hargreaves (2011) yang menyatakan bahawa peningkatan kemahiran guru

merupakan aspek kritikal yang perlu dititikberatkan kerana sangat berpotensi dalam

meningkatkan komitmen individu dan pasukan ke arah pencapaian matlamat sekolah.

Guru perlulah peka terhadap keperluan dan kehendak murid dengan sentiasa berusaha

memperbaiki dan mencari kelemahan setiap kali selepas proses pengajaran dan pembelajaran

Muka surat 5

Page 7: Kertas konsep pembelajaran bermakna

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

berlangsung. Proses refleksi terhadap pengajaran yang dibuat dapat membantu dalam usaha

mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang bermakna. Selain itu guru juga akan lebih

mengenali murid dengan lebih dekat di samping dapat mempertingkatkan mutu pengajaran

mereka sendiri seterusnya dapat memberi impak yang besar kepada pencapaian murid dan

turut merangsang perkembangan mereka.

Apabila guru mula menjejakkan kaki di dalam kelas prasekolah, beliau akan

berhadapan dengan pelbagai kerenah serta tingkah laku kanak-kanak yang sukar untuk

dijangka. Untuk menjadi guru yang berkesan dalam menyediakan pengajaran dan

pembelajaran yang bermakna, mereka perlu memikirkan pendekatan pengajaran dan aktiviti

yang sesuai. Guru perlu sedar bahawa setiap kanak-kanak mempunyai ciri-ciri yang berbeza,

sama ada dari segi fizikal, afektif dan kognitif. Hal ini adalah penting kerana pengalaman

pembelajaran di peringkat prasekolah akan memberi kesan yang mendalam dalam kehidupan

seseorang individu seperti yang diungkapkan dalam syair Arab “belajar sewaktu kecil ibarat

mengukir di atas batu, belajar setelah dewasa ibarat melukis di atas air.

Dalam pendidikan prasekolah, guru telah dipertanggungjawabkan untuk membantu

meningkatkan kemahiran membaca, mengira dan menulis serta menaakul (4M). Untuk itu,

guru perlulah menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah, teknik, dan aktiviti yang sesuai

dengan bakat serta minat kanak-kanak secara aktif supaya pembelajaran menjadi lebih

bermakna, berkesan, dan menyeronokkan. Guru yang baik mampu meningkatkan

pengetahuan pelajar seterusnya berjaya mencapai objektif pengajarannya (Yaakub Isa (1994),

Shahril Marzuki (2004), Clark (1993), Anderson (2004). Peningkatan pencapaian kanak-kank

dalam memperoleh kemahiran dan pengetahuan pastinya akan memberi impak kepada proses

perkembangan mereka di samping meningkatkan profesionalisme guru prasekolah sekaligus

meningkatkan imej institusi pendidikan di Malaysia.

LATAR BELAKANG KAJIAN

Guru merupakan nadi penggerak ke arah merealisasikan hasrat kerajaan dalam

membangunkan modal insan. Program Transformasi Kerajaan yang merangkumi pelan hala

Muka surat 6

Page 8: Kertas konsep pembelajaran bermakna

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

tuju Malaysia menjelang 2020 yang telah dilancarkan pada tahun 2010 menggariskan

beberapa pelan tindakan berkaitan sistem pendidikan negara. Oleh yang demikian tidak dapat

dinafikan lagi peranan guru dalam memperkasa dan membangunkan bidang pendidikan di

negara ini. Selaku penyampai ilmu fungsi dan peranan guru diiktiraf dan dipandang tinggi.

Mereka bukan hanya bertindak sebagai penyampai ilmu malah turut berperanan sebagai

jurutera sosial, penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah juga sebagai agen

perubahan.

Pada 11 September 2012, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melancarkan Pelan

Pembangunan Malaysia (2013) –(2025) bagi mempertingkatkan kualiti bidang pendidikan

yang bertaraf antarabangsa. Timbalan Perdana Menteri Malaysia (2012) selaku Menteri

Pelajaran Malaysia juga, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membentangkan Pelan Awal

Pembangunan Pendidikan Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Referendum

bersejarah ini melambangkan cita-cita dan harapan rakyat terhadap sistem pendidikan negara

yang merupakan nadi utama dalam penghasilan modal insan yang akan memacu negara kelak

dengan cemerlang dan penuh manfaat.

Selain itu menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud (2011)

guru bertindak sebagai pencetus dan penggerak kepada proses transformasi sistem pendidikan

negara dalam usaha melahirkan generasi masa depan yang intelek, berdaya saing, berjati diri

kukuh dan berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai sejagat. Beliau juga menyatakan

bahawa dalam memantapkan proses dan pengendalian pembelajaran dan pengajaran (P&P) di

sekolah pihak Kementerian Pelajaran telah merencanakan pelbagai dasar, polisi dan

pembaharuan. Hal ini memerlukan komitmen dan sokongan yang tinggi daripada para guru

dalam memastikan kelancaran dan keberkesanan dasar dan polisi tersebut.

Guru juga merupakan golongan yang berada di barisan hadapan dalam memacu arus

pendidikan agar sentiasa dinamik dan progresif. Hal ini adalah kerana usaha gigih para guru

dalam merealisasikan hala tuju Program Transformasi Kerajaan Malaysia menjelang 2020

adalah merupakan faktor pendorong yang utama. Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk

Abd. Ghafar Mahmud (2011) juga indikator pencapaian adalah untuk mempertingkatkan

pencapaian pelajar dan bidang yang menjadi tumpuan seperti prasekolah, kemahiran asas

literasi dan numerasi, Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan peningkatan prestasi Pengetua

Muka surat 7

Page 9: Kertas konsep pembelajaran bermakna

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

dan Guru Besar. Oleh yang demikian adalah wajar peningkatan profesionalisme guru

termasuk guru prasekolah melalui amalan pengajaran dan pembelajaran bermakna dalam

merealisasikan harapan tersebut.

Di samping itu Ketua Pengarah Pelajaran (2011) juga memohon kerjasama dua hala di

antara pihak kerajaan dan guru dalam usaha untuk memartabatkan profesion perguruan.

Kedua-dua pihak memainkan peranan yang tersendiri dan pihak guru perlulah sentiasa

berusaha dalam meningkatkan tahap profesionalisme masing-masing. Guru perlulah sentiasa

berfikiran proaktif, kreatif serta inovatif untuk menambah baik amalan pengajaran mereka

dengan sentiasa supaya mengaplikasikan serta mengamalkan kaedah P&P terkini seiring

dengan proses globalisasi agar kekal relevan dan mampu menarik minat murid-murid untuk

menimba ilmu.

Menurut kajian keupayaan kanak-kanak menggarap ilmu adalah paling pesat di antara

0 hingga 5 tahun (Chiam Heng Keng 2000; Azizah, 2007). Oleh yang demikian adalah perlu

untuk guru prasekolah memikirkan pendekatan yang sesuai melalui pengajaran dan

pembelajaran yang bermakna dengan mengambil kira waktu kritikal dan yang paling ideal ini

untuk mengatasi masalah atau kelemahan yang dikenal pasti seterusnya merangsang

perkembangan kanak-kanak. Di samping itu tindakan ini juga adalah selaras dengan harapan

pihak kerajaan dalam meningkatkan mutu bidang pendidikan di negara ini. Keupayaan dan

kesungguhan para guru juga secara tidak langsung akan meningkatkan keyakinan masyarakat

terhadap institusi pendidikan sekaligus memartabatkan profesion perguruan itu sendiri.

Muka surat 8

Page 10: Kertas konsep pembelajaran bermakna

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

DEFINISI ISTILAH

Profesionalisme

Menurut Kamus Dewan (2002), ‘profesion’ ialah suatu bidang pekerjaan khasnya

yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang

khas. Manakala perkataan profesionalisme adalah merujuk kepada sifat-sifat (kemampuan,

kemahiran, cara pelaksanaan sesuatu dan sebagainya) sebagaimana yang sewajarnya terdapat

pada atau dilakukan oleh seorang professional.

Profesionalisme dalam pendidikan prasekolah adalah merujuk kepada darjat, martabat

atau prestij dan kedudukan sosial yang tinggi dan dilihat sebagai elit, diingini serta dikagumi.

Keperluan kepada peningkatan profesionalisme adalah berkait dengan penyediaan program

ke arah perkembangan kanak-kanak yang meliputi aspek kualiti dari segi pengajaran dan

pembelajaran serta pengurusan di prasekolah. Peningkatan profesionalisme dapat

ditingkatkan melalui kepelbagaian latihan dan kursus di samping amalan-amalan yang

dipraktikkan oleh guru prasekolah itu sendiri.

Pengajaran dan Pembelajaran Bermakna

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga pengajaran bermaksud segala yg berkaitan

dengan mengajar atau mengajarkan sesuatu seperti kaedah atau sistem. Manakala maksud

pembelajaran pula ialah perihal atau proses belajar serta segala kegiatan yang berkaitan

dengan belajar.

Secara khususnya pengajaran adalah proses di mana kegiatan-kegiatan disusun untuk

murid-murid bertujuan untuk membawa perubahan tingkah laku pada diri mereka dalam

proses pembelajaran. Pengajaran juga merupakan susunan maklumat dan suasana bagi

memudahkan pembelajaran (Heinich et. Al. 1986). Gagne (1985) menyatakan bahawa

pengajaran adalah set tatacara luaran yang menyokong proses-proses dalaman yang berkaitan

Muka surat 9

Page 11: Kertas konsep pembelajaran bermakna

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

bagi mencapai hasil pembelajaran. Manakala Wittrock (1979) mengatakan bahawa

pengajaran ialah aktiviti yang melibatkan proses meransang murid untuk membina maksud

atau erti berdasarkan pengalamannya. Sebaliknya bukan meransang mereka untuk

mengeluarkan semula pengetahuan orang lain.

Dari segi makna pembelajaran pula secara khususnya ialah merujuk kepada

perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk

perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan. Menurut Woofolk (1980) pembelajaran

adalah perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan baru

atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas baru.

Oleh yang demikian pengajaran dan pembelajaran bermakna boleh dirumuskan

sebagai suatu proses pembelajaran di mana informasi baru dihubungkan dengan struktur

pengertian yang sudah dimiliki murid yang sedang melalui pembelajaran. Pembelajaran

bermakna terjadi apabila murid boleh menghubungkan fenomena baru ke dalam struktur

pengetahuan mereka. Guru juga perlu peka dengan pemilihan kaedah atau pendekatan supaya

pengajaran dan pembelajaran bermakna dapat diwujudkan semasa menjalankan aktiviti

bersama murid supaya objektif pengajaran yang dirancang dapat dicapai.

Perkembangan Kanak-kanak

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002) perkataan perkembangan bermaksud

perihal iaitu proses berkembang (menjadi maju atau tersebar, membiak, meluas, dan

sebagainya).

Perkembangan adalah perubahan yang bersifat kualitatif iaitu sifat perubahan yang

tidak dapat diukur secara kuantiti tetapi terdapat perubahan yang berlaku dan memperlihatkan

sifat berlainan daripada peringkat yang terdahulu. Arnold Gesell (1949) menyatakan, secara

global semua kanak-kanak yang normal cenderung mengikut susunan perkembangan dan

pertumbuhan yang biasa dilalui oleh kanak-kanak.

Muka surat 10

Page 12: Kertas konsep pembelajaran bermakna

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

Perkembangan kanak-kanak juga dapat dilihat dari segi fizikal, kognitif, emosi dan

sosial. Perkembangan sesuatu aspek saling mempengaruhi sebagai contoh, perkembangan

fizikal seperti merangkak, duduk, berdiri dan berjalan serta perkembangan otak akan

membolehkan kanak-kanak menambahkan kefahamannya (kognitif) terhadap persekitarannya

di samping membolehkannya menyertai aktiviti main sosial dan secara tidak langsung

menggalakkan perkembangan bahasa dan sosio emosi mereka.

TEORI DAN MODEL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1. Teori Pembelajaran Bermakna David Ausubel

David Ausubel merupakan seorang ahli psokologi Amerika dalam bidang psikologi

pendidikan, sains kognitif dan juga pembelajaran dalam pendidikan sains.  Beliau terkenal

dengan teori pembelajaran bermakna. Menurut beliau pembelajaran bermakna wujud apabila

bahan pengajaran yang digunakan juga merupakan bahan yang bermakna. Bahan yang

bermakna ini pula tergolong kepada dua aspek iaitu, teks pengajaran dan juga aspek

penyampaian ilmu oleh guru. Menurut Ausubel gabungan kedua-dua aspek ini menjadikan

hasil pembelajaran yang bermakna. Hal ini demikian kerana, murid memperolehi banyak

maklumat yang dapat dikuasai secara serentak melalui bahan pembelajaran yang berkesan

iaitu melalui teks dan juga penyampaian ilmu oleh guru.

Menururt Ausubel, pembelajaran bermakna ialah satu proses di mana murid itu

sendiri mempunyai kesedaran tentang tujuannya. Selain itu, bahan-bahan pembelajaran yang

dipelajarinya juga adalah bermakna untuknya. Sekiranya murid hanya mempunyai tujuan

untuk menghafal sahaja, maka hasil pembelajaran adalah berupa hafalan dan tidak bermakna.

Menurut Ausubel, terdapat dua syarat untuk menjadikan pembelajaran menjadi bermakna.

Syarat pertama ialah, murid mesti mempunyai sikap dan tujuan yang positif terhadap aktiviti

pembelajaran. Manakala syarat kedua pula ialah pengetahuan sedia ada dalam struktur

kognitif murid harus digunakan untuk mengaitkan dengan pelajaran baru.

Muka surat 11

Page 13: Kertas konsep pembelajaran bermakna

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

Ausubel juga menggariskan beberapa perkara yang mengganggu pembelajaran yang

bermakna antaranya peringkat perkembangan kognitif murid yang masih rendah bagi

memahami konsep pembelajaran yang lebih kompleks. Kekurangan motivasi untuk

mendorong murid supaya dapat mempelajari konsep pembelajaran dengan bermakna. Strategi

pembelajran secara menghafal formula, teori, definisi, langkah-langkah penyelesaian masalah

akan mengganggu pembelajaran bermakna kerana ia hanya menggalakkan pembelajaran

secara hafalan yang tidak bermakna.

Di samping itu, Ausubel berpendapat, pembelajaran adalah bergantung kepada

pengetahuan asas sama ada dalam bentuk pengetahuan sedia ada dan persembahan maklumat

umum. Ini adalah kerana pengetahuan sedia ada dapat membantu seseorang memahami

sesuatu topik pembelajaran yang sedang dipelajarinya. Sebagai contoh, kanak-kanak yang

sudah memahami konsep penambahan dalam matematik apabila diajar mengenai pendaraban,

mereka akan lebih mudah memahami konsep pendaraban berbanding murid-murid yang

belum menguasai konsep penambahan. Murid-murid yang sudah mempunyai pengetahuan

sedia ada menegenai konsep penambahan akan mudah memahami bahawa pendaraban adalah

satu proses penambahan sesuatu bilangan secara berterusan. Murid yang telah mempunyai

pengatahuan asas dan maklumat umum mengenai sesuatu topik yang sedang dipelajarinya

lebih mudah memahami topik pembelajaran itu kerana mereka mampu untuk mengaitkan

pembelajaran baru dengan pengetahuan dan pengalaman sedia ada yang mereka miliki.

2. Teori Behavioristik

Mazhab behavioris yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh

Thorndike dan Skinner, berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan

perubahan tingkah laku. Teori pembelajaran mereka kebanyakannya dihasilkan daripada

ujian dan juga pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan

burung di dalam makmal. Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara

‘rangsangan’ dan ‘gerakbalas’ yang menghasilkan perubahan tingkahlaku. Secara umumnya

teori behavioris menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi

segala perbuatan atau tingkah laku pelajar sama ada baik atau sebaliknya. Teori ini juga

menjelaskan bahawa tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.

Muka surat 12

Page 14: Kertas konsep pembelajaran bermakna

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

3. Teori Kognitif

Mazhab kognitif pula berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman

yang berlaku dalam akal fikiran, dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada

tingkah laku. Ahli-ahli psikologi kognitif seperti Bruner dan Piaget menumpukan kajian

kepada pelbagai jenis pembelajaran dalam proses penyelesaian masalah dan celik akal

mengikut pelbagai peringkat umur dan kebolehan pelajar. Teori-teori pembelajaran mereka

adalah bertumpu kepada cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian

masalah, penemuan dan pengkategorian. Menurut teori ini, manusia memiliki struktur

kognitif, dan semasa proses pembelajaran, otak akan menyusun segala maklumat di dalam

ingatan.

4. Teori Konstruktivisme

Mengikut Konstruktivisme, pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yang berfikir.

Dengan kata lain pengetahuan dibina sendiri oleh murid secara aktif berdasarkan kepada

pengetahuan sedia ada. Murid tidak menyerap secara pasif sebarang pengetahuan yang

disampaikan oleh gurunya sebaliknya akan menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan

pengetahuan sedia ada mereka untuk membentuk pengetahuan baru dalam mindanya dengan

bantuan interaksi sosial bersama rakan dan gurunya.

5. Teori Sosial

Mazhab sosial pula menyarankan teori pembelajaran dengan menggabungkan teori

mazhab behavioris bersama dengan mazhab kognitif. Teori ini juga dikenali sebagai Teori

Perlakuan Model. Albert Bandura, seorang tokoh mazhab sosial ini menyatakan bahawa

proses pembelajaran akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan menggunakan

pendekatan ‘permodelan’. Beliau menjelaskan lagi bahawa aspek pemerhatian pelajar

terhadap apa yang disampaikan atau dilakukan oleh guru dan juga aspek peniruan oleh

pelajar berdasarkan kefahaman pelajar.

Muka surat 13

Page 15: Kertas konsep pembelajaran bermakna

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

6. Teori Humanisme

Mazhab humanis pula berpendapat pembelajaran manusia bergantung kepada emosi

dan perasaannya. Seorang ahli mazhab ini, Carl Rogers menyatakan bahawa setiap individu

itu mempunyai cara belajar yang berbeza dengan individu yang lain. Oleh itu, strategi dan

pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dan disusun

mengikut kehendak dan perkembangan emosi pelajar itu. Beliau juga menjelaskan bahawa

setiap individu mempunyai potensi dan keinginan untuk mencapai kecemerlangan kendiri.

Maka, guru hendaklah menjaga kendiri pelajar dan memberi bimbingan supaya potensi

mereka dapat diperkembangkan ke tahap optimum.

7. Model Robert Glaser

Robert Glaser mengemukakan model pengajarannya dengan membahagikan proses

pengajaran kepada empat komponen utama iaitu objektif pengajaran, pengetahuan sedia ada

pelajar, kaedah mengajar dan penilaian. Beliau juga menekankan maklum balas pelajar

sebagai aspek penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut beliau, objektif

pengajaran harus ditentukan sesuai dengan pengetahuan sedia ada pelajar. Kemudian, kaedah

mengajar harus dipilih berdasarkan objektif pengajaran dan pengetahuan sedia ada pelajar.

Seterusnya, penilaian harus dijalankan ke atas segala proses pengajaran dengan tujuan untuk

mengesan kelemahan, agar guru dapat mengubahsuai proses pengajarannya, demi

meningkatkan keberkesanan pengajaran pada masa hadapan. Kesimpulannya, Model

Pengajaran Robert Glaser dibina berlandaskan konsep pengajaran sebagai suatu proses yang

menitikberatkan langkah-langkah pengajaran iaitu perancangan, pelaksanaan, penilaian dan

maklum balas.

8. Model Sim

Model Pengajaran Sim pula menjelaskan bahawa proses pengajaran yang berlaku

adalah melalui interaksi di antara beberapa unsur iaitu guru, murid, isi pelajaran dan juga

objektif. Model ini dibina berlandaskan konsep pengajaran sebagai bidang komunikasi, iaitu

interaksi di antara guru dan murid dengan objektif dan isi pelajaran dalam suatu persekitaran

tertentu. Berdasarkan model ini, objektif pelajaran harus ditentukan secara explisit dan

Muka surat 14

Page 16: Kertas konsep pembelajaran bermakna

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

mengikut kebolehan muridmurid. Apa yang membezakan model ini dengan Model Glaser

ialah Model Sim menekankan perhubungan yang baik antara guru dengan murid supaya

menimbulkan interaksi yang sihat dan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Model ini juga memberi penekanan kepada unsur-unsur persekitaran seperti keadaan bilik

darjah yang kondusif sesuai dengan keadaan sosio-ekonomi dan budaya pelajar.

Kesimpulannya, dengan pertimbangan-pertimbangan tersebut, interaksi di antara guru,

pelajar, objektif, isi pelajaran dan persekitaran dapat diwujudkan dengan berkesan.

Seterusnya, keberkesanan proses pengajaran akan dapat dicapai ke tahap optimum.

9. Model Taba

Model Pengajaran Taba pula menekankan penyusunan bahan-bahan pengajaran dalam

suatu sistem yang sesuai yang dapat meningkatkan kemahiran berfikir pelajar. Penyusunan

maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah diutamakan dalam model ini.

Model ini menerangkan bahawa seseorang pelajar melakukan operasi kognitif ke atas bahan

pengajaran atau pemilihan sesuatu konsep haruslah dilakukan melalui empat peringkat seperti

berikut; menyusun data atau fakta dengan memerhati ciri-ciri persamaan dan perbezaan,

menggolong dan mengelas fakta-fakta menjadi kategori dan memberi label kepadanya,

membuat generalisasi atau kesimpulan atas hubungan-hubungan antara kategori-kategori itu,

dan mengaplikasi generalisasi yang diperolehi. Rumusannya, dengan merujuk kepada model

ini, guru dapat merancang pengajaran dengan membahagikan topik kepada generalisasi,

konsep dan fakta-fakta yang berguna untuk menentukan kaedah pengajaran yang sesuai.

10. Model Latihan Terus

Model Arahan Terus pula merupakan satu model pengajaran yang bertujuan untuk

membantu pelajar mempelajari ilmu pengetahuan atau kemahiran asas yang boleh diajar

dengan cara langkah demi langkah. Model ini juga dikenali sebagai ‘Model Latihan’ dan

‘Model Pengajaran Aktif’. Model ini dibentuk khas untuk merangsang pembelajaran pelajar

berkaitan pengetahuan berprosedur (procedural knowledge) yang memerlukan sama ada

kemahiran asas atau komprensif dan juga berkaitan ilmu pengetahuan yang memerlukan

pengajaran langkah demi langkah. Model ini menekankan aspek pemerhatian pelajar terhadap

apa yang ditunjukkan oleh guru sebelum pelajar melakukannya semula.

Muka surat 15

Page 17: Kertas konsep pembelajaran bermakna

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

11. Model Inkuiri

Model Inkuiri pula merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan

jawapan atau kesimpulan daripada soalan, atau daripada masalah yang dikemukakan. Aktiviti

soal selidik ini memerlukan pelajar mengenal pasti soalan bermasalah, membentuk hipotesis,

merancang aktiviti kajian, manjalankan kajian atau siasatan dan seterusnya mendapatkan

jawapan dan membuat rumusan. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, terdapat dua

jenis teknik inkuiri iaitu ‘inkuiri terbimbing’ dan ‘inkuiri terbuka’. Inkuiri terbimbing

memerlukan guru membimbing pelajar menjalankan segala proses kajian. Inkuiri jenis ini

sesuai dilaksanakan pada peringkat sekolah rendah dan menengah. Dalam inkuiri terbuka,

pelajar tidak diberi sebarang bimbingan. Segala proses kajian dijalankan oleh pelajar sendiri.

Oleh itu, ianya sesuai dilaksanakan pada peringkat pengajian yang lebih tinggi seperti di

universiti. Kesimpulannya, model inkuiri ini amat berguna bagi mendapatkan maklumat dan

pengetahuan baru dalam pelbagai bidang khususnya bidang pendidikan.

KAJIAN LEPAS

Pengajaran dan pembelajaran mempunyai hubungan yang sangat rapat. Lazimnya

pembelajaran dikaitkan dengan pengajaran (Sufean Hussin 2002). Pembelajaran khususnya di

peringkat awal memerlukan bantuan dan bimbingan seorang guru atau pendidik. Oleh itu,

guru dan pengajaran yang berkesan sangat penting untuk mendapatkan pembelajaran yang

baik dan bermakna. Kebanyakan murid pada peringkat awal belum memiliki pengetahuan

dan kemahiran kaedah belajar untuk belajar. Justeru, proses pengajaran dan pembelajaran

bermakna di tahap rendah khususnya prasekolah memerlukan guru yang cekap supaya proses

pembelajaran dapat berlaku dengan baik dan berkesan.

Di peringkat prasekolah amalan pengajaran dan pembelajaran bermakna boleh

diterapkan melalui pendekatan belajar sambil bermain. Hal ini adalah kerana belajar melalui

bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak.

Melalui teknik ini juga akan mendatangkan keseronokkan dan kepuasan kepada mereka

dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Di samping itu juga dengan bermain

Muka surat 16

Page 18: Kertas konsep pembelajaran bermakna

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

kanak-kanak akan dapat menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan

bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan tatabahasa. Menurut Moyles (2005) bermain

adalah pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang terbaik dan menjadi keutamaan dalam

pendidikan awal kanak-kanak.

Pengajaran dan pembelajaran bermakna dapat diwujudkan kerana pengalaman

pembelajaran secara tidak formal yang telah diperolehi sebelum ini dapat dizahirkan ketika

kanak-kanak bermain dalam keadaan yang menyeronokkan (MacNaughton & Williams 2004)

Pengalaman-pengalaman seperti keadilan, peraturan-peraturan dan kesamaan ketika bermain

dapat memperkuatkan kebolehan berfikir yang dihubungkan ketika menerima pengetahuan

yang baru. Hal ini adalah kerana kanak-kanak lebih mudah untuk mengingat sesuatu yang

releven dengan apa yang mereka sedang lakukan (Arthur et al.1996). Menurut pendapat

Montessori dalam Khairul, Siti Khatijah, Siti Idayu et. al (2010), apabila seseorang kanak-

kanak itu bermain, secara tidak langsung mereka dapat belajar dan mengalami sesuatu

pengalaman yang baru melalui proses pembelajaran yang menarik dan bermakna. Di antara

permainan lazim yang dimainkan di prasekolah yang boleh mewujudkan pembelajaran

bermakna ialah seperti permainan padan dan suai, kad-kad nombor, kad-kad bergambar,

binaan blok dan sebagainya.

Teori perkembangan kanak-kanak Erikson (1950) dan Piaget (1980) menekankan

keupayaan yang berbeza boleh dilakukan kanak-kanak pada tahap yang berlainan.

Berdasarkan tahap ini perkembangan kanak-kanak diasah dan ditingkatkan mengikut

keperluan kanak-kanak. Menurut Ornstein dan Hunkins (2004) pula, pembelajaran sentiasa

berlaku dalam kehidupan seharian kanak-kanak dan ianya mestilah berdasarkan keperluan

dan minat kanak-kanak. Badan penyelidikan pendidikan awal kanak-kanak, iaitu National

Association for the Education of Young Children (NAEYC) percaya bahawa kanak-kanak

belajar mengikut keperluan dan perkembangan mereka. NAEYC (2008) sentiasa menekankan

amalan-amalan terbaik dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan awal

kanak-kanak dan ia seharusnya bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak,

Developmentally Appropriate Practices (DAP) atau pun Amalan Bersesuaian dengan

Perkembangan Kanak-kanak (ABP). Menerusi ABP kanak-kanak dilibatkan secara aktif

dalam pelbagai aktiviti yang bersesuaian dengan umur dan tahap kebolehan mereka. Selain

itu pengajaran dan pembelajaran bermakna juga dapat diwujudkan menerusi ABP menerusi

Muka surat 17

Page 19: Kertas konsep pembelajaran bermakna

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

aktiviti inkuiri, meneroka dan menyiasat, membuat eksperimen dan membuat projek yang

amat digalakkan dalam DAP (Berk 2008; Roopnarine & Johnson 2005).

Semakin seronok murid prasekolah belajar, semakin cepat mereka memahami

pembelajaran mereka (Sumiyati, 2009). Alat bantu mengajar yang menarik dapat menjadikan

sesi pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dan lebih berkesan (Ruhaida, 2005).

Di samping itu juga seseorang guru prasekolah seharusnya mempunyai kemahiran

mengendalikan kelas di samping menjadi pembimbing, penasihat, pengajar, pentadbir dan

lain-lain lagi kepada kanak-kanak (Rohani Abdullah, 2004). Oleh itu, adalah penting untuk

guru prasekolah memikirkan kaedah, teknik dan strategi pengajaran dengan lebih kreatif di

samping penyediaan alat bantu mengajar yang menarik semasa proses pengajaran dan

pembelajaran berlangsung dalam mewujudkan pengajaran dan pembelajaran bermakna di

prasekolah yang akhirnya dapat merangsang perkembangan kanak-kanak. Dengan demikian

kertas konsep ini ingin membincangkan amalan pengajaran dan pembelajaran bermakna di

prasekolah dalam merangsang perkembangan kanak-kanak sekaligus meningkatkan

profesionalisme guru prasekolah

KEPENTINGAN DAN CIRI-CIRI GURU PRASEKOLAH YANG PROFESIONAL

Dewasa ini perubahan dalam sistem pendidikan semakin mencabar, profesion

perguruan perlu diperlengkap dan disediakan dengan amalan nilai dan akhlak yang terpuji.

Secara umumnya, guru mesti mencintai profesion perguruan dengan mempunyai pengetahuan

dalam bidang yang diajar serta sanggup mendidik dan menunjuk ajar murid-murid.

Antara kepentingan perkembangan professional bagi guru prasekolah adalah untuk :

Memperbaiki kemahiran prestasi kerja.

Membentuk pengetahuan professional dan kefahaman guru.

Meningkatkan kepuasan guru.

Menyediakan guru-guru dengan perubahan.

Menyampai dan mengkelaskan dasar yang dikehendaki.

Muka surat 18

Page 20: Kertas konsep pembelajaran bermakna

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

(Rohaty 2003)

Guru prasekolah yang professional perlu menguasai perkara-perkara yang tertentu,

antaranya ialah:

Memahami ilmu pengetahuan yang mendalam tentang perkembangan kanak-kanak dan mengaplikasikannya kepada kanak-kanak dalam amalan seharian.

Pemerhatian dan membuat penilaian ke atas tingkah laku kanak-kanak.

Menstabil dan memperkukuhkan keselamatan dan persekitaran yang selamat dan sihat untuk kanak-kanak.

Merancang dan melaksanakan kurikulum berdasarkan perkembangan kanak-kanak termasuklah social, emosi, interlek dan kecekapan fizikal.

Menjalin hubungan yang mesra dengan kanak-kanak sesuai dengan pertumbuhan dan perkembangan mereka.

Menyedia dan mengharmonikan hubungan dengan para ibu bapa.

Mengenali kanak-kanak serta memahami cara terbaik dalam kontek keluarga, budaya dan masyarakat mereka.

Memahami profesion dan memberikan komitmen yang tinggi dan terbaik.

Bagi membimbing guru-guru prasekolah menjadi professional yang berketrampilan

perlu diwujudkan Kod Amalan Pendidikan Prasekolah yang bertindak sebagai pengawalan

kualiti (Rohaty 2003).

Muka surat 19

Page 21: Kertas konsep pembelajaran bermakna

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

AMALAN GURU DALAM MEWUJUDKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BERMAKNA

Pendidikan prasekolah berfokus kepada usaha untuk menyediakan peluang

pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna kepada kanak-kanak yang berumur antara

empat hingga enam tahun. Kualiti pendidikan prasekolah boleh dilihat berdasarkan beberapa

dimensi atau komponen seperti rajah 1 di bawah. Setiap prasekolah perlu meletakkan

demensi tersebut sebagai indikator utama dalam menyediakan pendidikan prasekolah yang

berkualiti. Bagi mewujudkan pengajaran dan pembelajaran bermakna guru prasekolah boleh

menggunakan dimensi tersebut sebagai panduan supaya perancangan pengajaran yang

disusun lebih terarah seterusnya dapat merangsang perkembangan kanak-kanak secara

menyeluruh.

Indikator Penilaian Pendidikan Prasekolah

Rajah 1 : Dimensi Pendidikan Prasekolah

Berdasarkan dimensi tersebut memperlihatkan bahawa kanak-kanak merupakan

individu yang paling penting dan diletakkan di tengah-tengah bulatan serta merupakan

bahagian yang paling aktif dalam pusingan atau kitaran kualiti. Pemusatan kepada murid

atau kanak-kanak menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna dan berkesan.

Terdapat lapan kitaran dimensi yang digariskan dalam kualiti pendidikan prasekolah yang

perlu diberi perhatian dalam mewujudkan pengajaran dan pembelajaran bermakna di

prasekolah iaitu :

Muka surat 20

Page 22: Kertas konsep pembelajaran bermakna

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

1. SELARI DENGN FALSAFAH MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pengajaran dan pembelajaran bermakna yang dirancang oleh guru perlulah selari

dengan falsafah, matlamat dan objektif supaya hasil pembelajaran yang dicapai dapat

memenuhi kehendak dan aspirasi negara yang terkandung di dalamnya. Pendidikan

prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam

tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan

sosial melalui persekitaran yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Hal ini adalah untuk

meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif

pada diri kanak-kanak agar mereka dapat menyesuaikan diri dalam persekitaran sedia ada dan

bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.

2. BERDASARKAN KURIKULUM

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang di prasekolah adalah didasari

kepada kurikulum. Penyediaan kurikulum di prasekolah adalah penting kerana ia adalah

implikasi daripada falsafah dan matlamat yang telah digariskan (Zainal & Ana 1993; Hussain

1996).

Kurikulum melibatkan kedua-dua pengalaman yang dirancang dan tidak dirancang

yang wujud daripada nilai dan sikap yang dihasilkan guru dan pentadbir sekolah, ibu bapa

dan masyarakat (Arce 2000). Dewey (1859-1952) dan ahli-ahli yang lain dalam pergerakan

progresif menyarankan bahawa pengalaman kurikulum perlu berasaskan pada minat dan

penglibatan kanak-kanak dalam pengalaman yang aktif. Peringkat prasekolah adalah masa

terbaik dalam proses perkembangan kanak-kanak dari segi mental, fizikal, sosial dan

emosional. Kurikulum yang bersesuaian dengan kanak-kanak ialah kurikulum yang dapat

membina kemahiran kognitif dengan memberikan pengalaman yang konkrit, relevan dan

bersesuaian dengan keperluan dan tahap perkembangan kanak-kanak (Arce 2000,

Norhashimah & Yahya 2003).

Kurikulum di prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia adalah berdasarkan kepada

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang telah dilaksanakan pada tahun

Muka surat 21

Page 23: Kertas konsep pembelajaran bermakna

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

2010. Kurikulum ini memberi penekanan kepada standard kandungan dan standard

pembelajaran yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh kanak-kanak. Kedua-dua

standard ini adalah berpaksikan kepada pengetahuan, kemahiran asas serta nilai dalam enam

tunjang pembelajaran iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Sains

dan Teknologi; Perkembangan Fizikal dan Estetika serta Perkembangan Ketrampilan Diri

(rajah 2). Untuk tujuan kesinambungan tunjang-tunjang pembelajaran ini adalah sama dengan

tunjang yang difokuskan dalam pendidikan sekolah rendah.

Rajah 2 : Tunjang dalam Kurikulum Standard Prasekolah

Di prasekolah pengajaran dan pembelajaran bermakna yang dijalankan perlulah

berdasarkan amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak (ABP) seperti dalam

rajah 3. Tindakan ini adalah selaras dengan konsep Kurikulum Standard Prasekolah

Kebangsaan di samping menerapkan kemahiran berfikir secara kreatif, inovatif dan kritis

dalam semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Seperti dalam rajah 3 hasil

daripada pengajaran dan pembelajaran akan membolehkan murid menguasai kesemua

kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid atau kanak-kanak prasekolah seperti yang telah

Muka surat 22

Page 24: Kertas konsep pembelajaran bermakna

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

digariskan dalam Kurikulum Standard Prasekolah menerusi konsep amalan bersesuaian

perkembangan kanak-kanak.

Rajah 3 : Kerangka Konsep Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

3. KEPELBAGAIAN PENDEKATAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

Dalam menyediakan pengajaran dan pembelajaran bermakna guru perlu peka kepada

pendekatan, teknik atau kaedah pengajaran yang dipilih di samping meneliti tahap

perkembangan yang telah dicapai oleh setiap murid. Hal ini adalah kerana pemilihan tersebut

akan memberi impak kepada pencapaian objektif pengajaran yang akan diterima selepas sesi

pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Muka surat 23

Page 25: Kertas konsep pembelajaran bermakna

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

Di prasekolah antara pendekatan yang boleh diamal atau digunakan dalam

menyedikan pengajaran dan pembelajaran bermakna ialah :

1. PENDEKATAN BELAJAR MELALUI BERMAIN

Aktiviti bermain adalah sangat penting untuk meningkatkan perkembangan kanak-

kanak dan mereka menerima dn mengasah perkembangan tersebut dengan pelbagai cara.

Kanak-kanak juga belajar kemahiran tentang dunia di sekeliling mereka dengan efektif

melalui bermain. Keupayaan kanak-kanak memahami dunia di sekelilingnya semakin

meningkat melalui bermain.

Sebaik sahaja kanak-kanak memahami konsep baharu dan melakukannya secara

berulang-ulang semasa bermain, mereka kemudiannya menguasai konsep pada peringkat

yang seterusnya. Tokoh pendidikan awal kanak-kanak seperti Friedrich Froebel dan Maria

Montesori yakin bahawa bermain adalah penting untuk kanak-kanak. Froebel yang pernah

mengasaskan Kindergarten berpandangan, bermain adalah penting dalam pembelajaran

secara tidak langsung (Downey & Garzoli 2007). Maria Montessori yang membangunkan

kurikulum berasaskan aktiviti bermain percaya bahawa kanak-kanak perlu bermain dan

berhak menentukan sendiri bagaimana mereka hendak bermain dan belajar.

Melalui bermain, kanak-kanak berpeluang melakukan aktiviti yang bermakna yang

dapat memupuk perkembangan bahasa, kognitif, sosial, emosi dan fizikal. Kanak-kanak juga

mempelajari tentang diri sendiri dan individu lain. Pakar dalam bidang perkembangan kanak-

kanak percaya bahawa bermain adalah cara terbaik bagi kanak-kanak mempelajari konsep

dan kemahiran asas yang kemudiannya membantu meningkatkan perkembangan yang

seterusnya.

Wardle (2008) menyatakan bermain dapat merangsang fungsi-fungsi otak dan domain

pembelajaran berintegrasi antara satu sama lain secara semula jadi. Hal ini tidak berlaku

semasa pengajaran secara langsung yang dilakukan guru. Kajian Sharifah Nor et al. (2009)

yang melihat pendekatan aktiviti permainan dari segi perkembangan kognitif mendapati

kanak-kanak teruja dengan aktiviti permainan, terlibat secara aktif, berasa seronok dan

Muka surat 24

Page 26: Kertas konsep pembelajaran bermakna

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

kreatif. Terdapat pelbagai jenis permainan yang dilakukan kanak-kanak semasa bermain.

Jenis-jenis permainan itu boleh diklasifikasi seperti berikut:

Permainan Motor/Fizikal

Menurut Doherty dan Brennan (2008), pendidikan fizikal adalah sebahagian

daripada proses pendidikan yang berlaku melalui pengalaman dalam pelbagai situasi.

Permainan motor dapat meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus kanak-

kanak. Kemahiran motor yang melibatkan pergerakan otot-otot kasar dan halus

kanak-kanak, dapat dikembangkan melalui aktiviti fizikal. Kemahiran motor halus

melibatkan kemahiran manipulatif otot-otot kecil seperti menggenggam, mengoyak,

menggunting, meramas, menggentel dan menguli. Kemahiran motor halus penting

untuk kanak-kanak mempelajari konsep-konsep asas seperti menjalankan tugas-tugas

harian. Contohnya membutang baju, memegang pensel, mengikat tali kasut dan

sebagainya. Manakala kemahiran motor kasar melibatkan kemahiran manipulatif otot-

otot kasar pada seluruh badan seperti melompat, berlari dan memanjat. Semasa kanak-

kanak bermain, kanakkanak membuat gerakan otot-otot kasar dan halus mereka. Pada

masa ini juga kanakkanak menggunakan koordinasi mata dan tangan mereka untuk

mengawal segala pergerakan. Kemahiran motor dan pengawalannya berkaitan dengan

kemahiran kecekapan otak, iaitu semasa pergerakan, sistem saraf pada otak dan otot

badan bekerja bersama.

Permainan Sosial

Apabila kanak-kanak berinteraksi antara satu sama lain semasa bermain,

kanak-kanak belajar kemahiran sosial seperti bertolak ansur, bekerja sama dan

berkongsi sesuatu (Smidt 2010). Semasa kanak-kanak bermain, mereka bersosial

dengan rakan sebaya. Permainan sosial boleh berlaku dalam kumpulan ataupun

individu. Sebagai contoh, apabila kanak-kanak berinteraksi dengan rakannya dan

bertanya ataupun meminjam alat permainan walaupun kanak-kanak tersebut tidak

bermain dengan rakannya itu tetapi akan berlaku juga interaksi sesama mereka.

Muka surat 25

Page 27: Kertas konsep pembelajaran bermakna

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

Permainan Konstruktif

Permainan konstruktif berlaku apabila kanak-kanak membina sesuatu dengan

memanipulasi persekitaran. Froebel merujuk permainan konstruktif sebagai aktiviti

yang melibatkan pergerakan motor halus seperti menganyam, menggentel, melipat

kertas dan menyulam (Roopnarine & Johnson 2005). Permainan seperti bangunan

daripada blok, bermain pasir dan dan mencipta bahan-bahan kraf merupakan

permainan konstruktif. Permainan konstruktif memberi peluang kanak-kanak belajar

membuat sesuatu dan apabila kanak-kanak bermain secara konstruktif, mereka belajar

melakukan sesuatu tugas sehingga selesai. Bermain secara konstruktif juga

melibatkan kemahiran manipulatif. Kanak-kanak yang memiliki kemahiran

manipulatif berupaya memanipulasi idea, konsep dan pendapat.

Permainan Fantasi

Salah satu cara yang paling berkesan untuk kanak-kanak belajar dan

mempraktikkan kemahiran imaginasi mereka adalah melalui permainan fantasi.

Permainan ini dilakukan secara spontan dengan menggunakan peralatan ataupun

tanpa peralatan dan dilakukan berasaskan imaginasi kanak-kanak. Bermain pondok-

pondok misalnya dapat meningkatkan pemahaman kanak-kanak tentang dunia di

sekelilingnya dan bagaimana hendak bersosial dengan rakan sebaya. Semasa

permainan fantasi, kanak-kanak belajar bagaimana hendak menggambarkan sesuatu

karakter dalam sesuatu situasi. Mereka menggunakan imaginasi dan bahasa untuk

menyatakan idea, konsep dan keinginan. Mereka juga berupaya mengubah

ideamenjadi fantasi secara kreatif.

Permainan Mengikut Peraturan

Sejak keci lagi kanak-kanak diajar mematuhi peraturan melalui permainan.

Melalui permainan berperaturan, kanak-kanak mempelajari cara-cara mematuhi

peraturan, menyesuaikan diri dan menyelesaikan masalah. Kanak-kanak memahami

peraturan sosial melalui permainan yang memerlukan mereka mengikut peraturan.

Permainan seperti dam, catur, kad, dan monopoli mengajar kanak-kanak bahawa

setiap individu perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan. Permainan sebegini dapat

Muka surat 26

Page 28: Kertas konsep pembelajaran bermakna

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

membantu kanak-kanak memahami konsep-konsep peraturan dan perlunya mematuhi

undang-undang.

2. PENDEKATAN BERTEMA

Pendekatan bertema seringkali digunapakai untuk memenuhi keperluan pendidikan

asas dalam perkembangan kanak-kanak. Pendekatan ini sangat sesuai dan efektif dalam

mewujudkan pengajaran dan pembelajaran bermakna dalam pendidikan murid prasekolah

kerana ia menggabungjalinkan pelbagai perspektif budaya, pengalaman dan kepakaran

artistik. Pendekatan ini sesuai dengan gaya pembelajaran, mencerminkan budaya dan minat

murid serta guru. Menerusi pendekatan bertema kanak-kanak dapat meneroka pelbagai

pengalaman manusia yang mengandungi maklumat di samping memberi peluang kepada

kanak-kanak untuk memindahkan maklumat kepada ilmu yang baru diperolehi. Selain itu

tema juga memberi makna dan tujuan untuk pembelajaran.

Pendekatan bertema merangkumi koleksi bahan, aktiviti dan teknik yang disusun di

menikut konsep yang telah dipilih. Ia merupakan alat pengelolaan yang memberi peluang

kepada guru untuk menghubungkan antara mata pelajaran. Ini akan menghindari pengajaran

yang tidak tersusun berpunca daripada pelajaran yang tidak berkaitan. Pengajaran bertema

juga membolehkan pelajar menghubungkan di antara pemahaman, sikap dan kemahiran

termasuk juga bidang-bidang kurikulum.

Bagi memperkembangankan unit pembelajaran pemilihan tema adalah merupakan

langkah yang penting. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat diwujudkan melalui

pemilihan tema yang tepat. Antaranya ialah :

o Berasaskan konsep

o Berasaskan kemahiran

o Berasaskan kandungan

o Berfokus kepada isu

o Berfokus kepada projek, dan

o Berorientasikan kajian kes.

Muka surat 27

Page 29: Kertas konsep pembelajaran bermakna

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

Pemilihan tema perlu mempertimbangkan aspek-aspek tertentu antaranya ialah boleh

merentas semua mata pelajaran. Tema yang dipilih hendaklah yang boleh digunakan kepada

semua mata pelajaran. Contohnya tema ‘pokok’. Oleh yang demikian semua mata pelajaran

akan menggunakan tema ini. Dalam mata pelajaran matematik misalnya, pelajar boleh

menggunakan aktiviti mengira beberap batang pokok di sesuatu tempat. Manakala dalam

mata pelajaran muzik atau estetika pelajar menyanyikan lagu berkaitan pokok dan membuat

pergerakan seperti pokok bergoyang, tumbang dan sebagainya.

Selain itu pemilihan tema juga perlu bersesuaian dengan pengalaman dan kehidupan

kanak-kanak. Guru perlu memastikan tema yang dipilih ada kaitannya dengan pengalaman

kehidupan diri kanak-kanak. Ini akan memudahkan guru untuk berinterksi dengan kanak-

kanak di samping membntu guru menjalankan aktiviti seni dengan berkesan.

Kriteria yang perlu diambil kira dalam membuat pemilihan tema juga adalah ia perlu

bersesuian dengan situasi, masa atau peristiwa yang berlaku pada masa kini. Hal ini adalah

kerana ia dapat membantu dan memudahkan kanak-kanak membuat perkaitan antara perkara

yang diajar dengan keadaan situasi yang sebenar.

Di samping itu juga kemudahan untuk mendapatkan bahan dan sumber yang akan

digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga merupakan salah satu faktor

utama semasa membuat pemilihan tema. Beberapa justifikasi perlu ada dalam membuat

pemilihan tema, terutamanya dari segi penyediaan kemudahan untuk memperoleh bahan dan

sumber yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya guru dapat

mengajar dengan menunjukkan contoh-contoh yang sebenar dan ‘hands on’. Tidak wajar

sekiranya guru Cuma bercerita tanpa memberi pengalaman langsung kepada pelajar.

Minat guru terhadap tema yang dipilih juga penting. Guru hendaklah berminat dengan

tema yang dipilih dan ini akan dapat memotivasi dan meningkatkan lagi penglibatan kanak-

kanak terhadap aktiviti yang dijalankan. Penglibatan aktif kanak-kanak ini secara tidak

langsung memberi kesan yang positif terhadap perkembangan kanak-kanak khususnya dalam

meningkatkan keyakinan diri untuk bersosial di samping mendapat pengalaman yang

bermakna.

Muka surat 28

Page 30: Kertas konsep pembelajaran bermakna

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

Guru juga perlu mengambil kira pemeringkatan tema daripada yang mudah kepada

yang lebih mencabar dalam mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang bermakna di

prasekolah. Guru perlu memastikan tema yang dipilih dapat disampaikan dalam pengajaran

dan pembelajaran yang mempunyai aktiviti dan langkah-langkah pengajaran daripada mudah

untuk dijalankan kepada yang lebih kompleks atau mencabar. Hal ini penting dalam

mengekalkan minat kanak-kanak untuk meneruskan aktiviti yang telah dijalankan.

3. PENDEKATAN INKUIRI

Model inkuiri didefinisikan oleh Piaget (Sund & Trowbridge. 1973) sebagai

pembelajaran yang mempersiapkan situasi bagi kanak-kanak untuk melakukan eksperimen

sendiri. Dengan kata lain kanak-kanak melihat apa yang terjadi, ingin melakukan sesuatu,

menggunakan symbol-simbol bagi mencari jawapan terhadap persoalan yang bermain di

kotak pemikiran mereka. Menerusi pendekatan ini kanak-kanak menghubungkan satu

penemuan dengan penemuan lain seterusnya membandingkan apa yang telah ditemukan

dengan penemuan orang lain.

Pembelajaran berasakan inkuiri adalah didasari oleh teori pembelajaran konstruktivis.

Oleh itu guru boleh menggunakan pendekatan ini semasa meminta kanak-kanak

menyelesaikan masalah dengan menggarap pengetahuan atau pengalaman lalu dengan

pengetahuan semasa untuk menemui fakta. Guru perlu menggalakkan kanak-kanak untuk

memikirkan sendiri jawapan atau penyelesaian kepada permasalahan yang timbul dengan

meminta kanak-kanak membuat peninjauan, memanipulasi objek atau melakukan sesuatu

ujikaji.

Bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran itu lebih bermakna guru perlu

wujudkan suasana yang menggalakkan kanak-kanak untuk meneroka dan dalam masa yang

sama membimbing mereka menerusi persoalan yang diberi. Penglibatan kanak-kanak dalam

menemui pengetahuan sendiri turut menggalakkan kanak-kanak untuk berfikir secara

mendalam. Hal ini secara tidak langsung meningkatkan keyakinan kanak-kanak untuk

berinteraksi di samping seronok menerima cabaran bagi meningkatkan pengetahuan sendiri

tanpa bergantung kepada guru. Selain itu mereka juga belajar mengumpul, menyusun,

Muka surat 29

Page 31: Kertas konsep pembelajaran bermakna

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

menganalisa maklumat untuk sampai kepada satu keputusan dengan menggunakan kemahiran

berfikir peringkat tinggi pada aras mereka.

4. PENDEKATAN BERSEPADU

Pendekatan bersepadu dalam mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

membantu kanak-kanak memahami hakikat kehidupan sebenar. Pendekatan ini sesuai

digunakan dalam mewujudkan pengajaran dan pembelajran bermakna kerana dalam

kehidupan sebenar setiap sesuatu itu mempunyai perkaitan antara satu sama lain.

Di prasekolah pendekatan bersepadu melibatkan :

 Kesepaduan antara tunjang;

Kesepaduan kemahiran, kemahiran dan nilai murni;

Kesepaduan aktiviti dalam kelas dan luar kelas;

Kesepaduan aktiviti berfokuskan guru dan berfokuskan murid; dan

Kesepaduan pelbagai kaedah dan teknik.

Dengan kata lain kesepaduan yang diterapkan semasa sesi pengajaran dan

pembelajaran secara tidak langsung telah menambah nilai dan kredit kepada kanak-kanak

kerana ia bersifat serampang dua mata malah lebih kerana kanak-kanak menerima pelbagai

pengetahuan dan kemahiran dalam satu slot pembelajaran.

5. PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK

Satu kaedah pembelajaran yang bertujuan untuk menggalakkkan kanak-kanak

mempelajari sesuatu melalui pengalaman konkrit. Menerusi pendekatan ini murid-murid

akan dibimbing untuk menemui kesimpulan dan seterusnya memahami konsep-konsep

tertentu. Pendekatan ini mementingkan cara atau kaedah mengajar yang lebih berkesan

dengan tujuan supaya murid-murid memberi lebih perhatian dan minat terhadap proses

pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung. Hal ini juga turut menjadikan pembelajaran

tersebut lebih bermakna kerana ia melibatkan kanak-kanak secara aktif.

Muka surat 30

Page 32: Kertas konsep pembelajaran bermakna

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

Antara kepentingan pendekatan ini sebagai kesan yang menjadikan pengajaran dan

pembelajaran yang bermakna ialah murid berpeluang untuk memilih pojek tanpa paksaan.

Tindakan ini menambahkan minat kanak-kanak untuk melibatkan diri secara aktif di samping

melatih mereka untuk berfikir dan mengembangkan kreativiti berdasarkan minat mereka.

Selain itu ia juga dapat memupuk sikap bekerjasama dalama kalangan murid. Melalui aktiviti

yang dijalankan juga ia turut melatih murid untuk menilai hasil kerja mereka dan hasil projek

tersebut juga dapat dijadikan bahan bantu mengajar.

4. PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN

Bagi memastikan keberkesanan penyediaan pengajaran dan pembelajaran bermakna

terhadap kanak-kanak guru prasekolah perlulah membuat penilaian dan pentaksiran secara

berkala. Penilaian dan pentaksiran prasekolah adalah satu proses yang sistematik untuk

mengumpul maklumat tentang perkembangan kanak-kanak bagi membantu guru membuat

penilaian terhadap mereka dengan tujuan untuk mengenal pasti tindakan susulan yang sesuai

untuk membantu kanak-kanak mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran di

prasekolah. Menurut Nor Hashimah dan Khadijah (2000) penilaian perkembangan adalah

suatu perkara yang dilakukan setiap hari bagi membantu guru prasekolah mendapat gambaran

yang jelas tentang pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak, pengajaran guru dan

keberkesanan program. Proses dalam pentaksiran melibatkan aktiviti mengumpul,

menganalisis dan menginterpretasi maklumat yang diperoleh.

Pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak akan lebih bermakna dengan adanya

penilaian dan pentaksiran terhadap kanak-kanak. Hal ini adalah kerana penilaian dan

pentaksiran adalah satu proses yang berterusan dan dijadikan sebahagian daripada pengajaran

dan pembelajaran serta bertumpu kepada apa yang kanak-kanak lakukan dan bagaimana

ianya dilakukan (Meisels 1995). Penilaian perkembangan kanak-kanak prasekolah

melibatkan pemerhatian, rakaman dan dokumentasi kegiatan dan permainan yang dijalankan

oleh kanak-kanak. Dalam pentaksiran, guru boleh menggunakan pelbagai kaedah untuk

mendapatkan maklumat. Hasil pentaksiran terhadap kanak-kanak membolehkan guru

mengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya membantu guru

Muka surat 31

Page 33: Kertas konsep pembelajaran bermakna

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

memperkembangkan potensi kanak-kanak sepenuhnya dalam domain kognitif, afektif dan

psikomotor sebagai persediaan mereka untuk ke sekolah rendah.

Pentaksiran kanak-kanak prasekolah bukan bertujuan melabel dan membandingkan

mereka dengan kanak-kanak yang lain, tetapi untuk meningkatkan pembelajaran kanak-kanak

berkenaan. Istilah yang sering digunakan untuk pentaksiran seperti ini ialah Pentaksiran

Autentik atau Pentaksiran secara formatif (Formative assessment). Menurut Zurida et al.

(2003), ciri-ciri penilaian pada peringkat prasekolah lebih bercorak rujukan kriteria kerana ia

memberi ruang kepada guru untuk memantau kemajuan kanak-kanak secara individu.

Penilaian dan pentaksiran kanak-kanak di prasekolah lebih menekankan kepada

usaha ke arah penambahbaikan (improvement) serta perkembangan (development) dan bukan

pencapaian (achievement) semata-mata. Maklum balas yang diberi semasa atau selepas

sesuatu aktiviti pentaksiran merupakan faktor penting dalam menjayakan proses penilaian

dan pentaksiran. Pertimbangan harus diberi ke atas keperluan kanak-kanak, perasaan kanak-

kanak, psikologi kanak-kanak, teori perkembangan kanak-kanak semasa merancang proses

pentaksiran.

TUJUAN PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN

Pentaksiran perlu dititikberatkan oleh guru. Ia mengandungi maksud dan tujuannya seperti

berikut:

i. Mengenal Pasti Kecerdasan dan Potensi Kanak-Kanak

Tanpa pentaksiran guru tidak akan dapat mengesan dengan lebih awal tahap

kecerdasan murid-murid. Perbezaan ini akan dapat membantu guru dalam membuat

persediaan dalam pengajaran kerana pengajaran yang baik mengambil kira perbezaan

tahap potensi murid-murid.

Muka surat 32

Page 34: Kertas konsep pembelajaran bermakna

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

ii. Mengenal Pasti Kelebihan Dan Kekurangan Kanak-kanak

Pentaksiran membolehkan guru mengenal pasti kelebihan dan kekurangan kanak-

kanak. Kelebihan ini akan dimanipulasi agar kanak-kanak tersebut dapat melonjakkan

pencapaiannya dengan menggunakan seluruh kekuatannya. Kanak-kanak akan

dibantu menangani kelemahannya dengan cara yang terbimbing agar mereka tidak

berasa rendah diri.

iii. Menjalankan Tindakan Susualan yang Sesuai dengan Serta Merta

Dengan adanya pentaksiran, tindakan serta merta dapat diambil oleh guru. Tindakan

serta merta ini mungkin melibatkan perubahan dalam cara mengajar oleh guru.

Mungkin juga guru baru menyedari bahawa anak muridnya mengalami rabun jauh,

masalah sosial dan sebagainya.

iv. Memberi Maklumbalas Kemajuan Murid

Ibu bapa sentiasa ingin tahu akan perkembangan dan kemajuan anak mereka. Oleh itu

pentaksiran yang didokumentasikan boleh menjadi alat untuk melaporkan kepada ibu

bapa kanak-kanak.

PROSES PELAKSAAN PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN DI PRASEKOLAH

i. Merancang

Sebelum menilai kanak-kanak, guru perlu membuat perancangan terlebih

dahulu seperti menentukan kanak-kanak yang hendak dinilai, menentukan domain

yang hendak diberi tumpuan, memastikan kaedah pemerhatian yang sesuai, cara

merekod penilaian tersebut dan tempoh masa untuk menjalankan penilaian tersebut.

Muka surat 33

Page 35: Kertas konsep pembelajaran bermakna

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

ii. Membina Indikator

Guru hendaklah mengambil kira hasil pembelajaran seperti dalam tunjang-

tunjang dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan seperti tunjang

komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan, ketrampilan diri,

perkembangan fizikal dan estetika, dan sains dan teknologi.

iii. Melaksanakan Penilaian

Dalam melaksanakan penilaian di prasekolah, guru biasanya akan

menggunakan kaedah pemerhatian kerana cara ini adalah satu kaedah penilaian yang

sistematik untuk mengumpul data atau maklumat seterusnya merekod dengan lebih

tepat. Terdapat beberapa kaedah penilaian melalui pemerhatian yang boleh digunakan

oleh guru seperti pemerhatian melalui tingkah laku murid, pemerhatian melalui

perbualan dan interaksi dan pemerhatian melalui hasil kerja murid.

Dalam penilaian melalui pemerhatian tingkah laku, murid akan dinilai oleh

guru dari aspek sikap, amalan, kemahiran sosial, kemahiran manipulatif, dan

kemahiran kinestetik. Manakala penilaian guru melalui pemerhatian perbualan dan

interaksi pula ialah untuk mendapatkan maklumat semasa berlakunya interaksi antara

murid dengan guru, murid dengan murid dan murid dengan bahan. Contoh aktiviti

yang boleh dilihat melalui pemerhatian perbualan ini ialah seperti main peranan,

bersoal jawab, bercerita, bacaan dan nyanyian.

Pemerhatian dari segi penelitian hasil kerja murid pula, guru perlu melihat

hasil kerja yang boleh diperhati dan dinilai seperti lukisan, tulisan, buku skrap, kraf

tangan, buku kecil dan juga model. Guru boleh menilai kesemua hasil kerja kanak-

kanak melalui portfolio mereka. Portfolio memperlihatkan perkembangan kanak-

kanak yang sistematik. Ia juga dapat menunjukkan potensi kanak-kanak menghasilkan

pelbagai hasil kerja, berupaya untuk mengintegrasikan pengajaran dan penilaian, dan

membolehkan aktiviti guru dan murid berlaku serentak. Pendapat ini disokong oleh

Arter et al.(1995) yang juga menambah bahawa portfolio membolehkan apa yang

diketahui dan boleh dibuat oleh kanak-kanak dilihat dengan jelas dan merupakan satu

Muka surat 34

Page 36: Kertas konsep pembelajaran bermakna

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

bentuk penilaian autentik untuk melaporkan kemajuan kanak-kanak kepada ibu bapa

dengan lebih baik.

iv. Merekod

Merekod ialah aktiviti mencatat maklumat secara bersistem berkaitan

perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian kanak-kanak. Maklumat dalam

rekod perlu dikemaskini untuk memudahkan guru membuat rujukan tentang

pembelajaran murid. Terdapat tiga kaedah yang sering digunakan oleh guru dalam

merekod penilaian yang dilakukan terhadap murid iaitu senarai semak, rekod anekdot

dan rekod berterusan.

I. Senarai semak

Guru perlu merancang penyediaan senarai semak lebih awal sebelum sesuatu

pemerhatian dilakukan terhadap kanak-kanak. Sewaktu menyediakan senarai semak

terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan oleh guru seperti tingkah laku

kanak-kanak yang ingin diperhati, dinyatakan dengan ringkas dan jelas. Senarai

semak digunakan untuk melihat atau menilai tingkah laku yang mudah dalam konteks

semulajadi, oleh itu hanya kemahiran-kemahiran yang penting sahaja dinyatakan

dalam senarai semak. Item-item di dalam senarai semak disusun mengikut

pemeringkatan supaya dapat memperlihatkan perkembangan tingkah laku yang ingin

diperhati. Maklumat untuk melengkapkan senarai semak boleh didapati daripada satu

atau dua pemerhatian.

II. Rekod Anekdot

Rekod anekdot ialah satu catatan ringkas tentang satu peristiwa atau tingkah

laku kanak-kanak yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkodkan.

Rekod anekdot ditulis secara objektif, menerangkan apa yang berlaku, bila dan di

mana ia berlaku. Melalui catatan ringkas ini akan membantu guru lebih memahami

kanak-kanak berkenaan, rekod anekdot mudah digunakan kerana ia tidak memerlukan

guru untuk menyediakan borang dan tidak mempunyai masa yang tertentu.

Muka surat 35

Page 37: Kertas konsep pembelajaran bermakna

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

Dalam menyediakan rekod anekdot, terdapat langkah-langkah yang perlu

diikuti oleh guru seperti membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku,

mengenal pasti peristiwa itu penting dan signifikan kepada aspek perkembangan

kanak-kanak. Selain itu guru juga perlu memastikan perkara-perkara yang direkod

dalam rekod anekdot ialah yang menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan

literasi, pola interaksi sosial, kemahiran menyelesaikan masalah dan kejayaan kanak-

kanak.

Terdapat beberapa perkara yang menjadi panduan guru sewaktu merekod

secara anekdot seperti guru perlu membuat catatan bagi memastikan insiden yang

direkod tidak tercicir. Guru juga perlu memastikan nama, tarikh, masa dan suasana

dicatat dalam buku nota. Sebaik sahaja selesai melakukan pemerhatian, guru perlu

terus rekod hasil pemerhatian tersebut untuk mengelak daripada terlupa mencatat

peristiwa penting. Sekiranya terdapat respon orang lain, guru perlu mencatat respon

tersebut sebagai peristiwa dalam rekod anekdot dan memastikan setiap peristiwa yang

dicatat itu mengikut urutan.

III. Rekod Berterusan

Rekod berterusan merupakan catatan yang dibuat ke atas individu atau

kumpulan kanak-kanak semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap pelakuan dan apa

yang dikata oleh kanak-kanak akan dicatat oleh guru sepanjang tempoh pemerhatian.

Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh 3 hingga 5 minit.

Terdapat beberapa panduan dalam menyediakan rekod berterusan seperti guru

perlu memastikan item-item yang akan difokuskan semasa pemerhatian. Apa yang

dilakukan oleh kanak-kanak akan dicatat satu persatu terhadap perkara yang difokus.

Guru perlu memastikan rekod yang dicatat hendaklah tepat dan padat. Sewaktu

merekod guru perlu menjelaskan bagaimana setiap aksi itu berlaku dan hanya

merekod perkara-perkara sebenar yang berlaku dan menggunakan satu ayat untuk

menerangkan setiap aksi. Selain itu sewaktu merekod juga bahasa yang digunakan

haruslah yang mudah difahami. Rekod yang dicatat hendaklah mengikut urutan

Muka surat 36

Page 38: Kertas konsep pembelajaran bermakna

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

peristiwa dan ikhlas sewaktu merekod. Guru hanya perlu menggunakan singkatan

yang ringkas sahaja sewaktu merekod.

IV. Melapor

Pelaporan ialah satu proses menyampaikan maklumat penilaian dari masa ke

semasa mengenai perkembangan pengetahuan, kemahiran, nilai, sikap dan pencapaian

kanak-kanak. Maklumat untuk pelaporan ini diperolehi daripada rekod penilaian yang

dijalankan pada kanak-kanak. Pelaporan perlu dilakukan oleh guru terhadap kanak-

kanak dari masa ke semasa mengikut keperluan untuk membolehkan kanak-kanak,

pihak sekolah dan ibu bapa mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.

V. Tindakan Susulan

Tindakan susulan merupakan satu aktiviti bimbingan, pengukuhan dan

pengayaan setelah guru mengenal pasti kelebihan, kekurangan dan perkembangan

kanak-kanak. Aktiviti bimbingan dirancang oleh guru bagi membantu kanak-kanak

mengatasi masalah pembelajaran agar kelemahan kanak-kanak tidak terus terhimpun.

Dan setelah itu proses penilaian hendaklah dilaksanakan semula. Aktiviti pengukuhan

pula merupakan pengukuhan kepada pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai.

Manakala aktiviti pengayaan dirancang untuk memberi peluang kepada kanak-kanak

menjalani aktiviti yang lebih mencabar setelah aktiviti, kemahiran atau aspek yang

sepatutnya dipelajari telah dikuasai atau disiapkan.

CIRI-CIRI PENTAKSIRAN KANAK-KANAK PRASEKOLAH

Penilaian dan pentaksiran prasekolah bertujuan untuk membantu pembelajaran kanak-kanak. Ciri-ciri utama penilaian dan pentaksiran di prasekolah adalah seperti berikut: i. Mengambil kira psikologi kanak-kanak dan sifat semulajadi kanak-kanak.

ii. Lebih mementingkan proses bukan produk.

iii. Dijalankan tidak secara langsung (not direct testing).

iv. Dijalankan dalam suasana semula jadi (naturalistic).

v. Dijalankan dalam suasana tidak formal (informal)

Muka surat 37

Page 39: Kertas konsep pembelajaran bermakna

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

vi. Dijalankan dalam keadaan yang tenang.

vii. Tidak bertujuan membandingkan kanak-kanak dengan rakannya yang lain.

viii. Tidak melabelkan kanak-kanak sebagai pandai, tidak pandai.

ix. Dijalankan secara berterusan, bukan hanya di akhir pembelajaran.

x. Maklum balas segera diberi untuk tujuan penambahbaikan (formatif).

xi. Bersifat diagnostik: mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan keperluan.

xii. Tidak berfokus kepada ujian pencapaian tetapi tahap perkembangan murid.

xiii. Tugasan pentaksiran diberi menyerupai situasi dan pengalaman seharian kanak-kanak

(autentik).

xiv. Mengambil kira kekuatan, keupayaan, minat dan kekangan (persekitaran) kanak-

kanak.

xv. Menepati Standard Pentaksiran yang ditentukan dalam dokumen Kurikulum

Standard Prasekolah Kebangsaan.

KEPENTINGAN PENTAKSIRAN KEPADA GURU

Hasil pentaksiran membantu guru di prasekolah untuk:

i. Mengesan keberkesanan pengajaran.

ii. Memberi maklum balas yang sesuai dan tepat kepada kanak-kanak.

iii. Mengesan pertumbuhan kanak-kanak bersesuaian dengan peringkat umur.

iv. Merancang tindakan susulan untuk tujuan pemulihan dan pengayaan.

v. Mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dikuasai kanak-kanak.

vi. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut keperluan perkembangan

dan pertumbuhan kanak-kanak.

vii. Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan kanak-kanak dalam pembelajaran dari

semasa ke semasa.

viii. Mengenal pasti pelbagai kecerdasan, kemahiran dan potensi kanak-kanak yang boleh

diperkukuhkan.

Muka surat 38

Page 40: Kertas konsep pembelajaran bermakna

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

KEPENTINGAN PENTAKSIRAN KEPADA KANAK-KANAK

Hasil pentaksiran membantu kanak-kanak di prasekolah untuk:

i. Memahami tujuan belajar

ii. Motivasi dan keyakinan diri untuk meningkatkan prestasi

Satu aspek penting dalam memastikan keberkesanan penilaian dan pentaksiran yang

dibuat ialah penggunaan maklumat penilaian dan pentaksiran oleh guru untuk memberi

respon atau maklum balas yang sesuai dan berguna kepada kanak-kanak. Maklum balas guru

yang merujuk kepada pernyataan standard dan kriteria yang jelas boleh disampaikan dalam

bentuk pujian, teguran dan nasihat. Selain pengakuan guru sama ada hasil kerja kanak-kanak

itu boleh dikatakan baik, perlu dibaiki, ada kemajuan atau sebagainya, kanak-kanak perlu

diberitahu kenapa kerja atau prestasi mereka dinilai sedemikian. Kanak-kanak juga perlu

diberitahu apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk menambah baik prestasi

mereka.

Maklum balas yang berkesan ialah apabila guru memberi maklum balas yang tepat

tentang kekuatan, kesilapan, apa yang perlu diperbaiki, bagaimana untuk memperbaiki dan

bagaimana untuk membuat lebih baik. Maklum balas yang diberikan dalam bentuk maklumat

yang memberi makna (bukan dalam bentuk gred semata-mata) boleh membantu kanak-kanak

untuk lebih memahami tujuan dan perkembangan pembelajaran mereka. Keadaan inilah yang

memberi motivasi kepada kanak-kanak untuk mencuba lagi bagi meningkatkan prestasi

mereka di masa akan datang di samping dapat mewujudkan suasana pengajaran dan

pembelajaran bermakna di prasekolah. Maklum balas yang segera, konstruktif dan tidak

menggerunkan juga membuat mereka lebih teruja untuk dinilai semula bagi mengetahui

perkembangan mereka seterusnya.

Oleh yang demikian penilaian dan pentaksiran yang dilakukan hendaklah

mempunyai tujuan serta mempunyai kaitan dengan perkembangan kanak-kanak. Penilaian

dan pentaksiran bukan hanya melibatkan kanak-kanak semata tetapi juga ibu bapa dan

penjaga. Kaedah yang digunakan perlu bersesuaian dengan tahap perkembangan kanak-kanak

supaya pengajaran dan pembelajaran bermakna dapat diwujudkan sekaligus memberi kesan

Muka surat 39

Page 41: Kertas konsep pembelajaran bermakna

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

yang positif dalam penilaian dan pentaksiran kanak-kanak. Guru perlu kreatif dalam memilih

strategi penilaian yang pelbagai dan dalam masa yang sama, guru juga perlu memastikan

tujuan penilaian difahami, kekuatan serta kekangan bagi setiap perkara apabila melibatkan

penilaian dan laporan yang komprehensif.

5. PENGLIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI

Ibu bapa adalah pendidik pertama dan utama kepada kanak-kanak sebelum

berhadapan dengan guru-guru di prasekolah. Penglibatan ibu bapa di prasekolah sangat

penting kerana kefahaman ibu bapa tentang prasekolah terutama dari segi kurikulum dapat

meningkatkan mutu proses pembelajaran di prasekolah (Rohaty 2003b).

Di prasekolah kemahiran 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul

merupakan fokus yang perlu diberi perhatian. Setiap pengajaran dan pembelajaran yang

berlangsung di prasekolah akan lebih bermakna sekiranya diteruskan oleh ibu bapa di rumah

sebagai langkah peneguhan terhadap apa yang telah dipelajari. Oleh itu adalah menjadi

tanggungjawab pihak ibu bapa untuk turut menyediakan suasana yang menggalakkan kanak-

kanak untuk turut seronok belajar di rumah. Hal ini kerana kanak-kanak di usia ini perlu

belajar dalam persekitaran yang baik dan memerlukan sokongan orang dewasa.(Zainiah Isa

2005)

Kemahiran membaca antara kemahiran yang sangat dititikberatkan sebagai persediaan

ke tahun satu. Terdapat kajian yang menyatakan program membaca bersama keluarga akan

memberi kesan yang positif terhadap perkembangan bahasa kanak-kanak. Program membaca

bersama keluarga adalah merujuk kepada aktiviti yang dilakukan bersama di antara ibu bapa

dan anak-anak. (Mary E. Barr 1997; Suzanne M. Stauffer 2007; Joan N Kaderavek

&Elizabeth Sulzby 1998; Zainiah Isa 2005). Kajian juga mendapati kanak-kanak yang boleh

membaca di peringkat umur awal biasanya datang dari keluarga yang kaya dengan

penggunaan bahasa dan aktif dalam komunikasi lisan. Ibu bapa yang menjadikan membaca

kepada anak-anak sebagai rutin harian, secara tidak langsung menggalakkan kebolehan

Muka surat 40

Page 42: Kertas konsep pembelajaran bermakna

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

membaca anak-anak dan seterusnya menumbuhkan rasa minat terhadap membaca (Khadijah

& Fatimah 2004).

Selain itu proses pengajaran dan pembelajaran bermakna akan lebih mantap sekiranya

kanak-kanak turut menerima pengaruh menerusi role model yang ditunjukkan oleh ibu bapa.

Pada kebiasaannya kanak-kanak yang memiliki kedu-dua ibu bapa yang ‘cakna’ akan mudah

menerima pengajaran guru dengan membuat hubung kait pengalaman pembelajaran yang

diberi oleh ibu bapa dan mereka kebanyakannya mempamerkan sikap yang positif semasa

berada di prasekolah.

6. AKSES DAN EKUITI

Peringkat prasekolah merupakan tahun kritikal bagi perkembangan kanak-kanak dan

peluang untuk akses ke prasekolah perlulah diberi kepada semua golongan kanak-kanak sama

ada kanak-kanak normal atau yang berkeperluan khas supaya pengintegrasian kedua-duanya

boleh dilaksanakan selaras dengan dasar pendidikan kementerian pelajaran. Pemantauan yang

sistematik juga perlu supaya pengintegrasian kanak-kanak prasekolah normal dan kanak-

kanak berkeperluan khas berhasil. Peluang kejayaan akademik di sekolah dapat diwujudkan

melalui pengenal pastian kanak-kanak berisiko pada peringkat awal sekaligus menghapuskan

kegagalan di sekolah.

Oleh yang demikian proses pengajaran dan pembelajaran bermakna haruslah menjadi

indikator utama dalam memastikan supaya tidak berlaku masalah keciciran di kalangan

kanak-kanak prasekolah. Pengajaran dan pembelajaran bermakna juga perlu dirancang

dengan teliti dan sistematik menerusi amalan bersesuian perkembangan (ABP) kepada kanak-

kanak yang telah dikenal pasti mempunyai masalah pembelajaran supaya prestasi dan

perkembangan mereka dapat ditingkatkan dengan lebih baik di peringkat awal sekaligus

memberi kredit kepada persediaan mereka untuk ke tahun satu kelak.

Muka surat 41

Page 43: Kertas konsep pembelajaran bermakna

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

7. SETTING DAN PERSEKITARAN FIZIKAL YANG KONDUSIF.

Pengajaran dan pembelajaran bermakna dapat diwujudkan melalui penyediaan

persekitaran kondusif yang dapat memberi makna kepada pengalaman pembelajaran mereka

semasa berada di prasekolah. Guru prasekolah perlu memastikan ruang yang mencukupi

untuk kanak-kanak serta bersifat mesra pengguna iaitu sesuai dengan keperluan fizikal dan

perasaan mereka. Selain itu aspek keselamatan dan keselesaan untuk kanak-kanak bergerak

dengan bebas juga perlu ditikberatkan.

Manakala ruang pembelajaran pula perlu dilengkapkan dengan bahan-bahan

permainan yang dapat menarik minat serta merangsang emosi dan pertumbuhan fizikal

mereka. Bahan bacaan bertulis dalam ruang permainan misalnya gerai piza yang diletakkan

papan tanda, menu dan nama pekerja dapat meningkatkan kemahiran literasi dengan

berkesan. Bukti juga menunjukkan persekitaran bermain yang diperkayakan dengan

kemahiran literasi dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kanak-kanak tentang

fungsi perkataan bertulis, keupayaan mengenal perkataan bertulis, keupayaan menggunakan

strategi kefahaman seperti memasti dan membetulkan sendiri perkataan bertulis yang dilihat.

Susunan di ruang pembelajaran juga perlulah didasari oleh sifat fizikal kanak-kanak

supaya mereka boleh meneroka dan bermain di ruangan tersebut tanpa memerlukan bantuan

orang lain sekaligus menambahkan minat mereka untuk bersosial dengan selesa di ruangan

yang dipilih oleh mereka sendiri. Guru yang kreatif sudah pasti akan mengambil peluang

dengan mewujudkan elemen pengajaran dan pembelajaran secara tidak langsung dengan

membuat label dan menampal carta-carta yang sesuai untuk dilihat dan dibaca oleh kanak-

kanak. Hal ini akan lebih bermakna apabila murid dapat mengaitkan suasana di ruangan

tersebut semasa sesi pembelajaran.

8. LATIHAN DAN PENGURUSAN

Kualiti pengajaran guru prasekolah merupakan salah satu faktor yang mendorong ke

arah peningkatan profesionalisme di kalangan guru prasekolah atau tadika. Oleh yang

demikian adalah wajar untuk semua guru mempertingkatkan kualiti pengajaran mereka ke

arah mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran bermakna dengan memberi ruang

Muka surat 42

Page 44: Kertas konsep pembelajaran bermakna

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

untuk kanak-kanak mengaitkan pengalaman lalu mereka dengan pembelajaran baru. Hal ini

memberi kredit kepada peningkatan kemahiran menaakul serta kemahiran-kemahiran lain

yang turut dititikberatkan dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Kebijaksanaan

guru dalam mengurus dan merancang pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak sudah pasti

dapat meningkatkan prestasi kerja di samping memupuk amalan terbaik dalam pendidikan

prasekolah di samping merangsang perkembangan kanak-kanak.

Peningkatan profesionalisme di kalangan guru-guru prasekolah adalah turut merujuk

kepada keperluan latihan perguruan yang menjadi tunggak utama dalam memberi informasi

dan praktikal yang berkesan dalam meningkatkan mutu pengajaran. Guru-guru prasekolah

perlu sentiasa memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang tinggi dalam bidang ini

dengan mengikuti kursus-kursus atau bengkel serta seminar yang dianjurkan oleh pihak

jabatan mahu pun kementerian supaya mereka benar-benar mahir tentang perkembangan

kanak-kanak dalam semua aspek. Kurikulum latihan perguruan perlu mengintegrasikan

penggunaan teknologi, kaedah yang inovatif dan kreatif supaya tahap keprofesionalisme

guru-guru prasekolah dapat ditingkatkan (Rohaty 2003).

IMPLIKASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERMAKNA TERHADAP

PERKEMBANGAN POTENSI KANAK-KANAK

Peranan guru dalam usaha untuk mempertingkatkan potensi kanak-kanak yang

diwujudkan melalui konsep pengajaran dan pembelajaran bermakna dapat memberi kesan

yang positif. Konsep ini adalah bertujuan untuk mencorakkan perwatakan atau personaliti

kanak-kanak supaya memiliki ciri -ciri tingkah laku yang baik dan sesuai dengan kehendak

matlamat prasekolah serta selari dengan falsafah pendidikan kebangsaan.

Guru merupakan pengaruh yang paling utama dalam perkembangan kanak-kanak dari

segi fizikal, intelek, emosi dan sosialnya. Guru yang bersifat penyayang dan cekap

menguruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah akan melahirkan

kanak-kanak yang berilmu, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian

Muka surat 43

Page 45: Kertas konsep pembelajaran bermakna

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

dan kemakmuran negara kelak. Iklim prasekolah yang kondusif serta dilengkapi dengan

kemudahan-kemudahan pengajaran dan pembelajaran bermakna akan membantu

perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor kanak-kanak.

Guru merupakan sebaik-baik contoh kepada kanak-kanak di prasekolah. Mereka

sentiasa menarik perhatian kanak-kanak menerusi pengajaran dan pembelajaran bermakna

yang disampaikan sehingga kanak-kanak dapat menjiwai dan mempraktikkan apa yang diajar

dalam kehidupan seharian mereka. Pengajaran dan pembelajaran bermakna di prasekolah

yang didasari oleh pengetahuan tentang perkembangan kanak -kanak, membentuk amalan

professional yang tinggi di kalangan guru prasekolah untuk menggunakan strategi pengajaran

dan strategi pengubahsuaian tingkah laku supaya dapat mempengaruhi dan mencorakkan

perkembangan kanak-kanak secara optimum.

Amalan pengajaran dan pembelajaran bermakna membawa guru untuk meneliti

perkembangan kanak-kanak menerusi penilaian dan pentaksiran yang telah dijalankan.

Amalan tersebut akan memudahkan guru untuk mengenal pasti ciri -ciri kekuatan yang ada

pada kanak-kanak di samping menumpukan perhatian pada sebarang kelemahan yang ada

pada seseorang kanak -kanak itu dan berusaha untuk memperbaiki dengan menggunakan

strategi -strategi tertentu. Manakala kekuatan atau bakat yang dikenal pasti pula boleh

dipupuk dan dipertingkatkan lagi dengan memberi galakan serta peluang untuk kanak-kanak

itu meningkatkan potensinya.

Setiap pengalaman yang dapat memberi kepuasan dan kejayaan kepada kanak-kanak

akan menambahkan lagi perasaan yakin dalam diri kanak-kanak. Di samping itu juga ia turut

memberi kesan kepada kanak-kanak dari segi kekuatan untuk menghadapi cabaran-cabaran

baru yang bakal menguji daya intelek mereka. Banyak kajian menunjukkan potensi dan

keberkesanan teknologi maklumat dalam persekitaran permainan komputer melalui pelbagai

jenis aplikasi dan medium yang telah dibangunkan (Syamsul Bahrin & Norshuhada, 2009).

Oleh yang demikian guru perlulah sentiasa peka dengan arus perubahan semasa termasuk

perkembangan teknologi supaya konsep pengajaran dan pembelajaran bermakna dapat

dimantapkan lagi sekaligus merangsang perkembangan kanak-kanak untuk lebih bersedia

dalam memperlengkapkan diri ke tahun satu kelak.

Muka surat 44

Page 46: Kertas konsep pembelajaran bermakna

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

CADANGAN

Seperti yang dibincangkan di atas amalan pengajaran dan pembelajaran bermakna adalah

merupakan satu konsep yang perlu dipraktikkan di prasekolah selaras dengan perkembangan

kanak-kanak secara menyeluruh. Berikut dikemukakan beberapa cadangan yang boleh diberi

perhatian dalam mewujudkan pengajaran dan pembelajaran bermakna di prasekolah:

1- Peruntukan masa yang bersesuaian dengan pengajaran dan pembelajaran iaitu tidak

terlalu singkat atau terlalu lama supaya kanak-kanak tidak berasa bosan. (Zainiah

Mohamed Isa, 2007)

2- Penglibatan ibu bapa dapat membantu perkembangan bahasa kanak-kanak melalui

pembacaan di rumah, menyediakan suasana persekitaran dan bahan bacaan yang

mendorong kanak-kanak bermotivasi untuk membaca. (Khadijah Zon & Fatimah

Saleh, 2004) dan (Zainiah Mohamed Isa, 2005)

3- Guru perlu mengambil kira pelbagai aspek dalam mewujudkan pengajaran dan

pembelajaran bermakna contohnya pertimbangan gaya pembelajaran berdasarkan

jantina atau etnik dalam memilih kaedah dan strategi pengajaran.

4- Penggunaan bahan bantu yang konkrit bagi membantu kanak-kanak membuat hubung

kait pengalaman sedia ada dengan pembelajaran yang baru supaya dapat merangsang

perkembangan kanak-kanak di samping memberi nilai tambah kepada penglibatan

aktif kanak-kanak di dalam kelas.

5- Gaya pengajaran guru perlulah sesuai dan mengikut perkembangan teknologi semasa

kerana zaman kanak-kanak kini adalah zaman yang penuh dengan kepesatan

teknologi. Keupayaan guru mengaplikasikan kecanggihan teknologi terkini akan

mewujudkan pengajaran dan pembelajaran bermakna serta dapat memberi kesan yang

positif terhadap perkembangan kanak-kanak

6- Menerapkan amalan penilaian dan pentaksiran yang berterusan. Hal ini adalah kerana

amalan tersebut juga merupakan kunci kepada pemantapan pengajaran dan

pembelajaran bermakna. Amalan ini akan memandu guru untuk merancang

pengajaran harian mengikut perkembangan dan prestasi kanak-kanak.

Muka surat 45

Page 47: Kertas konsep pembelajaran bermakna

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

KESIMPULAN

Berdasarkan apa yang terlah diperjelaskan menerusi kertas konsep ini dapatlah

dirungkaikan bahawa amalan dan pembelajaran bermakna perlu sentiasa diwujudkan di

prasekolah bagi merangsang perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. Melalui amalan

ini guru mampu untuk memberi kredit kepada penglibatan kanak-kanak secara aktif di dalam

kelas di samping menjadikan suasana pembelajaran lebih menyeronokkan. Guru juga perlu

kreatif dan inovatif dalam memilih pelbagai strategi pengajaran yang merangkumi

pendekatan, kaedah dan teknik yang bersesuaian bagi meningkatkan kemahiran asas kanak-

kanak. Di samping itu juga guru perlu sentiasa peka dengan perubahan dan perkembangan

kanak-kanak kerana ia turut memberi implikasi dalam mewujudkan proses pengajaran dan

pembelajaran bermakna di prasekolah. Dengan kata lain amalan pengajaran dan pembelajaran

bermakna dan perkembangan kanak-kanak mempunyai hubung kait yang kuat dan perlu

diketahui oleh semua guru prasekolah dalam meingkatkan profesion mereka dalam bidang

ini. Senario ini juga melonjakkan profesionalisme guru prasekolah dan institusi pendidikan

melalui cerminan kualiti yang dipamerkan menerusi amalan pengajaran dan pembelajaran

bermakna.

Muka surat 46

Page 48: Kertas konsep pembelajaran bermakna

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

RUJUKAN

Christie, J. F. & Roskos, K.A. 2009. Play’s potential in early literacy development: dan kefahaman dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Proceedings of The 4th International Conference on Teacher Education; Join Conference UPI & UPSI Bandung, Indonesia, 8-10 November 2010.

Faridah binti Mokhtar & Maimunah Binti Ropar. 2011. Keberkesanan penggunaan ‘Program Atom 23’ dalam membantu murid prasekolah. Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP.

Fenggeng Ke. 2008. A case study of computer gaming for math: Engaged learning from gameplay. Computer & Education Journal. 51:1609-1620.

Glenda MacNaughton & Gillian Williams. 2004. Techniques for teaching young children: choices in theory and practice. Australia : Pearson Prentice Hall.

Hajah Noresah Baharom. 2002. Kamus dewan edisi ketiga. Kuala Lumpur : Harian (Zulfadzli) Sdn. Bhd.

Haliza Hamzah & Joy N. Samuel. 2009. Perkembangan kanak-kanak untuk sarjana muda perguruan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Ibrahim Ahmad & Azizah Jaafar. 2011. Permainan komputer : perlaksanaan dalam

pengajaran dan pembelajaran. Prosiding Kongres Pengajaran & Pembelajaran UKM. Bangi : Penerbit Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jeni Riley, 2007. Learning in the early years 3-7. London : SAGE Publication Ltd.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2010. Kurikulum standard prasekolah kebangsaan. Kuala Lumpur: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003. Huraian kurikulum prasekolah kebangsaan : Pusat Perkembangan Kurikulum.

Khadijah Zon & Fatimah Saleh. 2004. Kesan keprihatinan guru dalam latihan kemahiran awal bacaan. Jurnal Pendidikan Islam 13(2).

Khalid Mohd. Nor. 2008. Kaedah pembelajaran berkesan . Kuala Lumpur : Cahaya Pantai (M) Sdn. Bhd.

Koo Kee Peng, Zainab Majid. 1992. Teknik pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Linda Pound.2011. Influencing early childhood education. England : The McGraw-Hill Companies

Muka surat 47

Page 49: Kertas konsep pembelajaran bermakna

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

Mahfuzah Mohammed Zabidi & Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi. 2009. Penghayatan dan perlaksanaan konsep berguru dalam proses keilmuan pada era globalisasi. Kertas Kerja Persidangan Pendidikan Islam Sedunia kali Ke-7, Kolej Universiti Islam Selangor, Grand Blue Wave Hotel, 21-23 Disember 2009.

Meisels, S. J. 1993. Remaking classroom assessment with the work sampling system. Young Children. 48 (5): 43-40

Mercer, C. D. 2005. Teaching students with learning problems. UK: Prentice Hall.

Mohd Dahlan Mohd Ramli dan Mohd Kasim Ismail (Simulasi). 1992. Teknik Pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Mohd. Fadzly Mohd. Izab. 2011. Peranan guru jana transformasi pendidikan. http://www.utusan.com.my/utusan/ rencana [Diakses pada 18 Mei 2013]

Mok Soon Sang. 1992. “Pedagogi untuk kursus diploma perguruan semester 4.” Kuala Lumpur.

Mok Soon Sang. 2010. Psikologi pendidikan dan pedagogi : Murid dan alam belajar. Perak : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. 2012. Perkembangan kanak-kanak. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Moyles, J. 2005. The excellence of play. New York: Open Press University.

Noor Hisham Md Nawi. 2011. Pengajaran dan pembelajaran; penelitian semula konsep-konsep asas menurut perspektif gagasan Islamisasi ilmu moden. Kertas kerja dibentangkan di Kongres Pengajaran dan Pembelajaran Universiti Kebangsaan Malaysia, Hotel Vistana Pulau Pinang, 18-20 Disember 2011.

Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah. 2012. Panduan pendidikan prasekolah. Kuala Lumpur : Percetakan Zafar Sdn. Bhd.

Pusat perkembangan kurikulum.2001. Belajar cara belajar. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Rita Kurnia & RohatyMohd. Majzud. 2009. Kesediaan membaca kanak-kanak prasekolah di Pekan Baru Riau. Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM, 167-171. Bangi : Penerbit Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rohaty Mohd Majzub & Abu Bakar Nordin. 1989. Pendidikan prasekolah. .Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Rohaty Mohd Majzub. 2003. Pendidikan Prasekolah : Cabaran kualiti. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Muka surat 48

Page 50: Kertas konsep pembelajaran bermakna

Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak.

Salhah Abdullah. 2009. Kecerdasan pelbagai: aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Sharifah Alwitah Alsagoff . 1986. Ilmu pendidikan : Pedagogi. Kuala Lumpur: Heineman Asia.

Sharifah Nor Puteh& Aliza Ali. 2012. Persepsi guru terhadap penggunaan kurikulum berasaskan bermain. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 141: 141-159.

Syamsul Bahrin & Nurshuhada. 2009. Analisis teori pembelajaran dalam permainan mudah alih. Prosiding Seminar Kebangsaan Teknologi dan Inovasi Pengajaran- Pembelajaran . Putrajaya.

Syed Najmuddin Syed Hassan, Ab. Halim Tamuri, Isahak Othaman & Mohd. Sabri Mamat. 2009. Kajian persepsi pelajar terhadap tahap profesionalisme guru Pendidikan Islam MRSM. Journal of Islamic and Arabic Education 1(2) : 31-50

Zainiah Mohamed Isa. 2007. Tahap bacaan dan faktor-faktor yang mempengaruhinya. Jurnal Pendidikan FFPM UPSI

Zainiah Mohamed Isa. 2005. Peranan ibu bapa dan guru dalam mempertingkatkan tahap bacaan kanak-kanak prasekolah. Jurnal Pendidikan FPPM UPSI .

Muka surat 49