21
AZUA ILLYANA BT ZULKIFLI D20141067201 NUR ASHIKIN BT MOHD AZLIN D20141067226 NUR ELIDA BT SALIMI D20141067223 WAN ATIKAH BT WAN AHMAD D20141067198

KPS 3014 : Pengurusan Alam Pembelajaran

  • Upload
    nurelida

  • View
    1.323

  • Download
    11

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KPS 3014 : Pengurusan Alam Pembelajaran

AZUA ILLYANA BT ZULKIFLI D20141067201NUR ASHIKIN BT MOHD AZLIN D20141067226

NUR ELIDA BT SALIMI D20141067223WAN ATIKAH BT WAN AHMAD D20141067198

Page 2: KPS 3014 : Pengurusan Alam Pembelajaran

PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

KUMPULAN BUAH LAI

Page 3: KPS 3014 : Pengurusan Alam Pembelajaran

PENGENALANDi dalam bilik darjah, selain mengajar, guru juga memainkan

peranannya sebagai pengurus. Tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif, mengurus bahan-bahan pengajaran dan sebagainya.

Kecekapan guru dalam menjalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan sosioemosi yang selesa, disiplin kelas yang baik dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Page 4: KPS 3014 : Pengurusan Alam Pembelajaran

SOALAN 1

SOALAN 2

SOALAN 3

SOALAN 4

SOALAN 5

SOALAN 6

SOALAN 7

SOALAN 8

SOALAN 9

SOALAN 10

Page 5: KPS 3014 : Pengurusan Alam Pembelajaran

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN ?

• Menurut Haji Samsudin bin Md Noor, pengurusan bermaksud satu proses untuk mendapatkan penyertaan, kerjasama dari semua ahli dalam mencapai matlamat kumpulan.

• Menurut Lee Shok Mee (1993), alam pembelajaran bermaksud keadaan atau suasana belajar yang dapat meransang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu.

Page 6: KPS 3014 : Pengurusan Alam Pembelajaran

APAKAH ASAS KEMAHIRAN YANG PERLU ADA PADA SEORANG GURU UNTUK MENGURUSKAN PEMBELAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH ?1. Pengetahuan guru mengenai nama dan latar belakang pelajar

- ditegaskan oleh Bartlett (2004), beliau menyatakan seorang guru perlu mengingati nama dan mengetahui latar belakang pelajar-pelajarnya. Secara tidak langsung akan menunjukkan guru itu mengambil berat terhadap kesemua pelajarnya di bilik darjah. Pelajar akan merasakan hubungan yang lebih rapat dan mesra dengan guru. Guru pula mampu mendekati pelajarnya, memilih teknik yang paling sesuai untuk mendidik dan seterusnya mendorong mereka untuk terus berusaha ke arah peningkatan kecemerlangan akademik serta sahsiah diri mereka.

Page 7: KPS 3014 : Pengurusan Alam Pembelajaran

2. Prosedur menetapkan peraturan di bilik darjah

- Antara contoh peraturan yang perlu diwujudkan ialah seperti peraturan mengenai apa yang perlu dilakukan oleh pelajar ketika guru mengambil kedatangan pelajar, penggunaan cecair pemadam, bagaimana prosedur menjawab pertanyaan guru dan juga peraturan khusus apabila aktiviti kumpulan dijalankan.

.

Page 8: KPS 3014 : Pengurusan Alam Pembelajaran

3. Perancangan yang rapi berkaitan dengan susun atur di bilik darjah

- Kronowitz (2004) mencadangkan agar guru menyediakan satu sudut yang boleh membantu pelajar mengisi masa yang terluang dalam satu suasana yang berbeza berbanding bilik darjah mereka tetapi masih mengekalkan budaya belajar pada ruang tersebut seperti perpustakaan mini. Ruang ini bolehlah dihiasi dengan hiasan yang ringkas dan unik agar pelajar merasa selesa dan tenang.

Page 9: KPS 3014 : Pengurusan Alam Pembelajaran

BAGAIMANAKAH CARA SESEORANG GURU MEMBENTUK SUASANA YANG KONDUSIF DALAM MENGENDALIKAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ?

KOMUNIKASI • mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih

dinamik, pembentukan akhlak dan kemahiran-kemahiran tertentu dapat diterap dengan lebih mudah dan berkesan.

• Dapat menghasilkan motivasi yang berkesan.• Murid mudah menerima motivasi yang

disampaikan secara berhemah dan berhikmah.• Dapat menanam nilai-nilai murni dalam diri

pelajar dengan lebih mudah dan berkesan

Page 10: KPS 3014 : Pengurusan Alam Pembelajaran

APAKAH AKTIVITI YANG SESUAI UNTUK DIGUNAKAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ?

• Tahap pemikiran kanak-kanak masih lagi terbatas. Oleh itu, proses peniruan atau pemerhatian sememangnya merupakan satu teknik yang sesuai semasa belajar bagi meningkatkan lagi pemahaman para pelajar dengan jelas.

Page 11: KPS 3014 : Pengurusan Alam Pembelajaran

APAKAH KEPENTINGAN PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN ?

Menurut Noraisah Ibni Qasim, pengurusan alam pembelajaran penting bagi memenuhi masa yang diperuntukkan untuk mengajar, memastikan objektif pembelajaran dan pengajaran tercapai serta tidak membosankan kerana dapat menarik perhatian pelajar terhadap pengajaran tersebut.

Page 12: KPS 3014 : Pengurusan Alam Pembelajaran

BAGAIMANAKAH MINAT PELAJAR DAPAT DIPUPUK ?

• Pembelajaran merupakan sesuatu yang menyeronokkan. Menurut Ewell (1997) maklum balas serta pembelajaran yang berkesan berlaku jika pelajar berada dalam persekitaran yang menyeronokkan, iaitu interaksi peribadi dan sokongan padu daripada guru secara peribadi. Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan merangkumi konteks budaya dan interpersonal menyediakan banyak peluang interaksi sosial dan pembelajaran.

Page 13: KPS 3014 : Pengurusan Alam Pembelajaran

• Maklum balas merupakan maklumat yang diberikan kepada individu tentang kesesuaian tindakan serta respon mereka. Maklum balas yang berkesan harus bersandarkan kepada analisis yang tepat tentang prestasi pelajar dan perlu dilakukan serta merta supaya pelajar tidak melakukan kesilapan.

Page 14: KPS 3014 : Pengurusan Alam Pembelajaran

BAGAIMANAKAH PENGURUSAN MURID MAMPU MEWUJUDKAN SUASANA PEMBELAJARAN YANG BAIK ?• Menurut Ee Ah Meng (1995), pengurusan hal ehwal

murid dalam bilik darjah melalui pendekatan penyanyang yang ditunjukkan oleh guru, dapat menjinakkan mereka, bercakap dengan bahasa yang lembut dan bersopan, menegur dan membetul kesilapan dengan cara yang berhemah, di samping menggunakan segala sifat mahmudah, akan mempercepatkan proses kecintaan dan kesetiaan murid terhadap gurunya dan kemujaraban pemindahan maklumat daripada guru kepada muridnya.

Page 15: KPS 3014 : Pengurusan Alam Pembelajaran

BAGAIMANAKAH PENGURUSAN FIZIKAL, SUMBER DAN ORGANISASI MEMBERI KESAN KEPADA PROSES PEMBELAJARAN ?

• Menurut Mohd Borhan Jamaludin, bilik darjah yang mempunyai peralatan asas iaitu papan hitam, papan kenyataan dan ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari yang dihiasi dengan penyediaan bahan-bahan bacaan dan bahan bantuan mengajar serta peralatan sokongan dan dihiasi dengan keceriaan dan kebersihan.

Page 16: KPS 3014 : Pengurusan Alam Pembelajaran

• Susunan meja dan kerusi dalam bilik darjah sebaik-baiknya memberi kemudahan kepada murid-murid mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan. Murid mudah berinteraksi sesama mereka dan mudah berinteraksi dengan guru.

• Papan kenyataan yang dilengkapi dengan jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut mata pelajaran, sudut bacaan atau rujukan, kata-kata motivasi, termasuk kemudahan penggunaan laman web, komputer dan LCD atau CD sehinggan melahirkan pembudayaan bilik darjah yang kondusif.

Page 17: KPS 3014 : Pengurusan Alam Pembelajaran

BAGAIMANAKAH CARA BAGI MEWUJUDKAN IKLIM DAN APLIKASI BILIK DARJAH YANG SESUAI ?• Menurut Mohd Borhan Jamaluddin, pendekatan-

pendekatan yang hendak digunakan bagi mengawal iklim dalam bilik darjah perlu berlandaskan tahap perkembangan murid-murid. Guru yang memiliki gaya kepimpinan yang matang sedia menerima dan menghormati setiap murid dalam bilik darjah, memperbaiki peraturan-peraturan supaya peraturan itu boleh berubah mengikut keadaan dan suasana serta menekan kepada jangkaan-jangkaan yang positif.

Page 18: KPS 3014 : Pengurusan Alam Pembelajaran

APAKAH ELEMEN-ELEMEN PENTING YANG PERLU DISEDIAKAN SEBELUM MEMASUKI KELAS ?

• Kebijaksanaan dan penelitian dalam perancangan, pelaksanaan, penyeliaan, penilaian dan refleksi.

• Merancang kurikulum, sukatan, huraian sukatan, buku teks, bahan rujukan tambahan dan maklumat tambahan daripada pelbagai sumber termasuk laman web.

Page 19: KPS 3014 : Pengurusan Alam Pembelajaran

• Perkara-perkara yang melibatkan inovasi dan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran supaya kelas tidak menjadi beku dan kaku diikuti dengan perancangan kemajuan pelajar, merangka rancangan kerja tahunan, termasuk ujian penilaian dan pentaksiran.

• Perancangan yang berkualiti menjamin peningkatan kualiti dan kuantiti dalam proses perkembangan pembelajaran serta hasilannya. Biasanya tingkahlaku dan minat murid akan berubah apabila bertukar guru, ada guru yang digemari murid dan sebaliknya.

Page 20: KPS 3014 : Pengurusan Alam Pembelajaran
Page 21: KPS 3014 : Pengurusan Alam Pembelajaran

KESIMPULAN

Kesimpulannya, pengurusan alam pembelajaran ini perlu dititik beratkan oleh para guru supaya minat para pelajar dapat dipupuk dengan mudah. Selain itu, segala pemindahan maklumat akan berjalan lancar sekaligus meningkatkan pencapaian para pelajar.