3
LAPORAN AKHIR AJK DOKUMENTASI NAMA AJK DOKUMENTASI 1. NURUL IFFAH BT ROSLAN A146268 2. NUR’AMIRA BT AMINULLAH A146272 3. RASHIDAH BT JAMALUDDIN A146298 Pada hari Ahad 21 Disember 2014 yang lalu, Persatuan National University of Malaysia Open Source Society (NUMOSS) atau Komuniti Sumber Terbuka Universiti Kebangsaan Malaysia (KST) telah mengadakan satu program iaitu Numoss Strategic Planning and Team Building. Program ini disertai oleh 20 orang AJK dan 30 orang peserta. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk membina keyakinan diri dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar KST. Antara tugas yang diamanahkan kepada AJK dokumentasi ialah mengambil gambar dan video sepanjang program berlangsung, menyediakan softcopy untuk dihantar sebagai laporan, mengumpul laporan dokumentasi untuk dimasukkan ke dalam laporan akhir projek. Sebelum program berlangsung kami telah mengadakan mesyuarat untuk semua ahli sebanyak empat kali. Antara kandungan mesyuarat adalah adalah pembahagian tugas dan juga perkembangan tugas masing-masing. Semasa program dijalankan ketua AJK Dokumetasi telah membahagikan tugas antara kami

Laporan akhir ajk dokumentasi

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Laporan akhir ajk dokumentasi

LAPORAN AKHIR AJK DOKUMENTASI

NAMA AJK DOKUMENTASI

1. NURUL IFFAH BT ROSLAN A146268

2. NUR’AMIRA BT AMINULLAH A146272

3. RASHIDAH BT JAMALUDDIN A146298

Pada hari Ahad 21 Disember 2014 yang lalu, Persatuan National University of Malaysia

Open Source Society (NUMOSS) atau Komuniti Sumber Terbuka Universiti Kebangsaan

Malaysia (KST) telah mengadakan satu program iaitu Numoss  Strategic  Planning and Team

Building. Program ini disertai oleh 20 orang AJK dan 30 orang peserta. Tujuan utama

program ini diadakan adalah untuk membina keyakinan diri dan mengeratkan hubungan

silaturrahim antara pelajar KST.

Antara tugas yang diamanahkan kepada AJK dokumentasi ialah mengambil gambar dan

video sepanjang program berlangsung, menyediakan softcopy untuk dihantar sebagai laporan,

mengumpul laporan dokumentasi untuk dimasukkan ke dalam laporan akhir projek. Sebelum

program berlangsung kami telah mengadakan mesyuarat untuk semua ahli sebanyak empat

kali. Antara kandungan mesyuarat adalah adalah pembahagian tugas dan juga perkembangan

tugas masing-masing. Semasa program dijalankan ketua AJK Dokumetasi telah

membahagikan tugas antara kami bertiga. Kami ditugaskan mengambil gambar dan video

sepanjang program.

Kami bertanggungjawab untuk merakam segala aksi dan gelagat para guru pelatih serta AJK-

AJK yang terlibat dalam bentuk foto dan video.

Secara keseluruhannya, tugas–tugas dokumentasi telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang

masalah yang serius.

Page 2: Laporan akhir ajk dokumentasi

Tugas-tugas sebelum program:

Perbincangan telah dilakukan antara AJK bagi membahagikan tugas masing-masing.

Kami menyediakan peralatan dokumentasi iaitu kamera.

Tugas-tugas semasa program:

Semasa program berlangsung, AJK ini bertanggungjawab untuk merakam segala aksi dan

gelagat para peserta serta AJK-AJK yang terlibat dalam bentuk foto dan video. Kemudian,

foto-foto ini perlu didokumentasikan dalam laporan selepas program.

Tugas-tugas selepas program:

Kami telah menghasilkan video program untuk diletakkan di dalam laporan keseluruhan.

Masalah yang dihadapi:

Setibanya kami disana, para peserta adalah seramai 30 orang sahaja. Kami menjangkakan

sebanyak 80 orang peserta. Walau bagaimanapun, perjalanan program tetap berjalan dengan

lancar.

Selain itu, kami hanya mempunyai satu kamera Canon sahaja untuk menangkap gambar

ketika program berlangsung. Jadi, AJK kami menggunakan kamera telefon masing-masing

untuk menangkap gambar ketika program berlangsung.

Penambahbaikan:

Pada masa akan datang AJK dokumentasi hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya dua kamera bagi membolehkan lebih banyak gambar-gambar menarik dan cantik dapat ditangkap.