1
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Perspektif Modal Insan Ibrahim Mamat Zaiton Hassan ISBN 978-983-62-9710-5 RM25.00 # 277 hlm. B uku ini memuatkan pelbagai perkara yang sering menjadi perhatian oleh pengamal dan pengurus sumber manu- sia dalam mengurus sumber daya manu- sia dalam sesebuah organisasi. Turut dimuatkan juga amalan dan perkembangan terbaharu dalam bidang yang berkenaan. Semua idea, teori dan amalan pengurusan sumber manusia dijelaskan dalam bentuk yang mudah difahami, disokong pula oleh contoh, kes, gambar rajah, carta dan pel- bagai bentuk ilustrasi. PEMBENTUKAN KATA GANDA SEPARA BAHASA MELAYU Zaharani Ahmad ISBN 978-983-62-9607-8 RM18.00 # 159 hlm. B uku ini memberikan maklumat tentang proses penghasilan kata ganda, khusus- nya dari aspek penderivasiannya yang meli- batkan interaksi antara rumus morfologi dan fonologi. Penulis menerapkan kerang- ka teori linguistik austosegmental, iaitu model pengulangan dan penghubungan dan juga model pemindahan melodi. Sesuai dijadikan rujukan penuntut IPT jurusan linguistik dan para pencinta bahasa. PERTEMBUNGAN TAMADUN DAN PEMBENTUKAN SEMULA ORDE DUNIA Samuel P. Huntington Penterjemah Mokhtar Ahmad ISBN 978-983-62-9338-1 RM50.00 # 556 hlm. M erupakan analisis yang provokatif tentang suasana politik dunia selepas kejatuhan komunis. Buku ini turut men- jelaskan bagaimana “tamadun” telah menggantikan bangsa dan ideologi sebagai kuasa pemacu dalam politik global hari ini dan menawarkan suatu analisis menakjub- kan tentang iklim semasa dan kemungki- nan masa depan dalam budaya politik yang sering berubah-ubah. FOUR IS ODD FIVE IS EVEN The Cognitive Framework of Malay Proverbs Ismet Fanany Rebecca Fanany ISBN 978-983-62-9770-9 RM21.00 # 199 hlm. B uku yang membincangkan metafora dalam peribahasa dan bidalan Melayu. Turut memuatkan kaedah menganali- sis bahasa kiasan dan maksud tersirat- nya. Buku ini juga turut mengandungi daftar istilah peribahasa yang digunakan dalam masyarakat Melayu moden ber- serta dengan makna tersurat dan tersirat. Sebuah bacaan yang perlu dimiliki dan dijadikan rujukan. Halaman Enam BERITA HARIAN Rabu, 23 Januari 2008 BERITA HARIAN Rabu, 23 Januari 2008 Halaman Tujuh PERLU DIMILIKI Kumpulan Puisi ELIPSIS Nassury Ibrahim ISBN 978-983-62-9711-2 RM13.00 # 98 hlm. M enghimpunkan 97 buah puisi karya Nassury Ibrahim. Kebanyakan puisi yang termuat dalam kumpulan puisi ini per- nah tersiar dalam pelbagai majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka atau majalah dan akhbar terbitan tempatan. Puisi-puisi ini mengungkap pelbagai tema yang meng- gambarkan keragaman pengalaman penu- lis yang ditempuh sepanjang beliau berkar- ya. Hayati sendiri pengalaman dan pence- ritaan beliau yang mampu memberi seribu makna dalam menempuh hidup lebih indah dan bermakna. Kumpulan Puisi DI PERSADA TANAH TERCINTA Rejab F.I. ISBN 978-983-62-9789-1 RM20.00 # 135 hlm. H impunan 79 buah puisi yang telah dihasilkan sejak tahun 1985 hingga 2000. dalam masa yang panjang itu, Rejab F.I. berusaha memajukan dan mempelbagaikan teknik puisinya. Kepelbagaian tema dalam kumpulan puisi ini menjadikan ia sebuah koleksi yang cukup menarik. Antaranya termasuklah alam sekitar, perjuangan dan cinta tanah air, nostalgia sejarah tokoh tanah air, mentafsir kehidupan peribadi, kisah tempatan berkaitan negeri penyair dan lain-lain. Drama HIKAYAT QAZIQ Siti Jasmina Ibrahim ISBN 978- 983-62-9645- 0 RM20.00 # 268 hlm H ati manusia sukar diduga. Di mana-mana jua, bila-bila masa pun, kuasa dan keme- wahan senantiasa menjadi raja. Hati yang hitam makin sukar diputihkan jika ter- lalu taasub akan kebesaran manusia. Qaziq – satu nama dari dua zaman yang berbeza dengan watak yang hampir serupa, menyatu dalam per- citraan pelbagai kemusy- kilan. Siapakah Qaziq dari dua zaman ini? Apa kaitan mereka berdua? Ikuti kisah yang penuh teka-teki dan saspens, merentasi kesempitan lokaliti untuk mengangkat dan mempertahankan martabat dan warisan bangsa. SIRI PENDIDIKAN AL-QURAN UNTUK KANAK-KAKAK TIGA ORANG YANG DIPULAUKAN Rizq Haibah ISBN 978-983-62-9451-7 RM7.00 # 33 hlm I kutilah kesudahan kisah tiga orang Sahabat yang dipu- laukan akibat daripada mengingkari perintah Rasulullah dengan tidak menyertai peperangan. Ini merupakan sebahagi- an daripada hukuman di samping penerimaan taubat mereka yang ditangguhkan oleh Allah. Apakah kesudahan yang ber- laku kepada tiga orang sahabat Nabi ini? Diterimakah taubat mereka? Atau mereka terus dipulaukan hingga akhir hayat? ALLAH SELAMATKAN RASULULLAH Rizq Haibah ISBN 978-983-62-9452-4 RM7.00 # 39 hlm U saha untuk membunuh junjungan besar Rasulullah tidak pernah terpadam dalam sanubari kaum munafik dan orang kafir. Pelbagai cara dan helah dilaku- kan. Namun Allah jualah sebaik-baik penjaga. Rasulullah terselamat daripada cubaan membunuh baginda. Apakah yang berlaku kepada para pembunuh rasulullah? Adakah Rasulullah membalas kejahatan mereka dengan mem- bunuh? Ikuti kisah daripada petikan al-Quran ini. LAUT MERAH TERBELAH DUA Rizq Haibah ISBN 978-983-62-9453-1 RM7.00 # 43 hlm B ani Israil tersepit di antara laut yang terbentang luas dengan kemaraan tentera Firaun yang begitu marah dan bengis. Bani Israil kian cemas apabila tentera Firaun semakin hampir. Apa yang perlu dilakukan oleh mereka? Terdayakah mereka menentang gerombolan tentera yang lengkap bersenjata itu? Atau mati lemaskah mereka dalam perut Laut Merah? Ikuti kisah teladan petikan daripada al- Quran sebagai panduan bersama. MENUJU PUNCAK Noor Hanisah Othman ISBN 978-983-62-9733-4 RM25.00 # 412 hlm W afa’, impiannya setinggi gunung, azamnya seluas lautan. Namun, kemampuan yang ada pedanya terbatas. Desakan hidup menyebabkan cita-citanya hampir terkubur begitu saja. Akan tetapi, dia tidak pernah menyalahkan sesiapa. Baginya, perjalanan hidup masih begitu panjang. Namun usahanya sering kebun- tuan, gagal di tengah jalan. Apakah yang terjadi kepada Wafa’ seterusnya? Mahukah dia kembali ke pangkuan Mansor? Atau Wafa’ tetap berdegil. Ikuti kisah yang cukup menarik sesuai dijadikan bacaan seisi keluarga. RINDU BERBISIK Indah Hairani ISBN 978-983-62-9713-6 RM30.00 # 460 hlm. S etelah puas menanti, kenapa pertemuan tidak menjanjikan kebahagiaan buat Zulaikha yang sekian lama dilambung ombak rindu? “Penantian itu satu penyek- saan namun pertemuan itu belum tentu membahagiakan...” – itulah antara ung- kapan Zulaikha, seorang gadis yang men- dambakan kasih. Hayatilah kisah yang menghidangkan konflik cinta yang terisi dengan kekecewaan dan kesinambungan harapan hanya melalui rindu yang sen- tiasa berbisik. DESIR ANGIN DI PERGUNUNGAN Mohamad Kholid Hamzah ISBN 978-983-62-9777-8 RM20.00 # 308 hlm. P ergunungan ini terlalu kaya dengan khazanah alam, terlalu indah untuk diperkatakan. Di pergunungan inilah hatinya terpaut, dan di sinilah dia ingin menumpahkan kasih bakti. Namun pergu- nungan ini menjadi saksi, jalannya bukan- lah terlalu mulus, ada duri merintang, ada pancaroba menghalang. Bukankah angin itu kadang-kadang menjadi taufan sedang- kan selalunya hanya berdesir lembut men- jadi nyanyian? Nadzli percaya, usaha dan doa akan membuahkan kejayaan. Kumpulan Cerpen LIKU BERKARANG Adam A. Kadir ISBN 978-983-62-9653-5 RM25.00 # 318 hlm. K umpulan cerpen karya Tan Sri Adam A. Tahir ini menghimpunkan 24 buah cerpen yang dihasilkan sejak awal 1960-an yang memaparkan persoalan kekeluargaan, korporat, sosial, kasih sayang dan politik. Watak-watak yang ditampilkan dalam cer- pen ini mewakili golongan rakyat, peniaga, nelayan, mahasiswa, ahli politik dan lain- lain. Penulis berkebolehan menggunakan bahasa yang baik, lancar dan segar, yang mampu memberikan kesan positif kepada pembaca. Dapatkan naskhah anda seka- rang. NOVEL, CERPEN DAN PUISI Siri Monograf Penyelidikan Bahasa NATURAL DATA IN LINGUISTIC DESCRIPTION The Case of Adverbs and Adverbials in Malay Gerald O. Knowles dan Zuraidah Mohd Don ISBN 978-983-62-9666-5 RM26.00 # 231 hlm. B uku yang meneliti permasalahan khusus adverba ini merupakan sebuah kajian dan analisa sebuah korpus yang mengan- dungi lebih kurang tiga juta perkataan yang menghasilkan teks bertulis. Sebuah kajian ilmiah yang perlu dimiliki oleh pelajar, golo- ngan akademik dan mereka yang mencintai bahasa. Dapatkan naskhah anda hari ini. KONTRAK HUTANG DALAM SYARIAT ISLAM DAN UNDANG-UNDANG SIVIL Ala’ Eddin Kharofa Penterjemah Ariza Abdullah ISBN 978-983-62-9337-4 RM25.00 # 307 hlm. M embincangkan dan mengupas kedudu- kan riba dalam perundangan kuno sebelum kedatangan Islam dan kedudukan- nya selepas kedatangan Islam. Penulis turut membincangkan tentang transaksi pernia- gaan moden yang memperkatakan tentang faedah menurut undang-undang perniagaan semasa, urusan perbankan, saham dan bon. Sebuah buku yang amat berguna untuk pengamal undang-undang, perbankan, para akademik, pelajar dan orang awam yang ingin mengetahui dengan lebih mendalam mengenai perkara ini. BAHARU DI PASARAN

Novel cerpen-puisi

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Novel cerpen-puisi

PENGURUSAN SUMBER MANUSIAPerspektif Modal InsanIbrahim MamatZaiton HassanISBN 978-983-62-9710-5RM25.00 # 277 hlm.

Buku ini memuatkan pelbagai perkara yang sering menjadi perhatian oleh

pengamal dan pengurus sumber manu­sia dalam mengurus sumber daya manu­sia dalam sesebuah organisasi. Turut dimuatkan juga amalan dan perkembangan terbaharu dalam bidang yang berkenaan. Semua idea, teori dan amalan pengurusan sumber manusia dijelaskan dalam bentuk yang mudah difahami, disokong pula oleh contoh, kes, gambar rajah, carta dan pel­bagai bentuk ilustrasi.

PEMBENTUKAN KATA GANDA SEPARA BAHASA MELAYUZaharani AhmadISBN 978-983-62-9607-8RM18.00 # 159 hlm.

Buku ini memberikan maklumat tentang proses penghasilan kata ganda, khusus­

nya dari aspek penderivasiannya yang meli­batkan interaksi antara rumus morfologi dan fonologi. Penulis menerapkan kerang­ka teori linguistik austosegmental, iaitu model pengulangan dan penghubungan dan juga model pemindahan melodi. Sesuai dijadikan rujukan penuntut IPT jurusan linguistik dan para pencinta bahasa.

PERTEMBUNGAN TAMADUN DAN PEMBENTUKAN SEMULA ORDE DUNIASamuel P. HuntingtonPenterjemahMokhtar AhmadISBN 978-983-62-9338-1RM50.00 # 556 hlm.

Merupakan analisis yang provokatif tentang suasana politik dunia selepas

kejatuhan komunis. Buku ini turut men­jelaskan bagaimana “tamadun” telah menggantikan bangsa dan ideologi sebagai kuasa pemacu dalam politik global hari ini dan menawarkan suatu analisis menakjub­kan tentang iklim semasa dan kemungki­nan masa depan dalam budaya politik yang sering berubah­ubah.

FOUR IS ODD FIVE IS EVENThe Cognitive Framework of Malay ProverbsIsmet Fanany Rebecca FananyISBN 978-983-62-9770-9RM21.00 # 199 hlm.

Buku yang membincangkan metafora dalam peribahasa dan bidalan Melayu.

Turut memuatkan kaedah menganali­sis bahasa kiasan dan maksud tersirat­nya. Buku ini juga turut mengandungi daftar istilah peribahasa yang digunakan dalam masyarakat Melayu moden ber­serta dengan makna tersurat dan tersirat. Sebuah bacaan yang perlu dimiliki dan dijadikan rujukan.

Halaman Enam BERITA HARIAN Rabu, 23 Januari 2008 BERITA HARIAN Rabu, 23 Januari 2008 Halaman Tujuh

PERLU DIMILIKI

Kumpulan PuisiELIPSISNassury IbrahimISBN 978-983-62-9711-2RM13.00 # 98 hlm.

Menghimpunkan 97 buah puisi karya Nassury Ibrahim. Kebanyakan puisi

yang termuat dalam kumpulan puisi ini per­nah tersiar dalam pelbagai majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka atau majalah dan akhbar terbitan tempatan. Puisi­puisi ini mengungkap pelbagai tema yang meng­gambarkan keragaman pengalaman penu­lis yang ditempuh sepanjang beliau berkar­ya. Hayati sendiri pengalaman dan pence­ritaan beliau yang mampu memberi seribu makna dalam menempuh hidup lebih indah dan bermakna.

Kumpulan PuisiDI PERSADA TANAH TERCINTARejab F.I.ISBN 978-983-62-9789-1RM20.00 # 135 hlm.

Himpunan 79 buah puisi yang telah dihasilkan sejak tahun 1985 hingga 2000.

dalam masa yang panjang itu, Rejab F.I. berusaha memajukan dan mempelbagaikan teknik puisinya. Kepelbagaian tema dalam kumpulan puisi ini menjadikan ia sebuah koleksi yang cukup menarik. Antaranya termasuklah alam sekitar, perjuangan dan cinta tanah air, nostalgia sejarah tokoh tanah air, mentafsir kehidupan peribadi, kisah tempatan berkaitan negeri penyair dan lain­lain.

DramaHIKAYAT QAZIQSiti JasminaIbrahimISBN 978-983-62-9645-0RM20.00 # 268 hlm

Hati manusia sukar diduga. Di mana­mana jua, bila­bila

masa pun, kuasa dan keme­wahan senantiasa menjadi raja. Hati yang hitam makin sukar diputihkan jika ter­lalu taasub akan kebesaran manusia. Qaziq – satu nama dari dua zaman yang berbeza dengan watak yang hampir serupa, menyatu dalam per­citraan pelbagai kemusy­kilan. Siapakah Qaziq dari dua zaman ini? Apa kaitan mereka berdua? Ikuti kisah yang penuh teka­teki dan saspens, merentasi kesempitan lokaliti untuk mengangkat dan mempertahankan martabat dan warisan bangsa.

SIRI PENDIDIKAN AL-QURAN UNTUK KANAK-KAKAK

TIGA ORANG YANG DIPULAUKANRizq HaibahISBN 978-983-62-9451-7RM7.00 # 33 hlm

Ikutilah kesudahan kisah tiga orang Sahabat yang dipu­laukan akibat daripada mengingkari perintah Rasulullah

dengan tidak menyertai peperangan. Ini merupakan sebahagi­an daripada hukuman di samping penerimaan taubat mereka yang ditangguhkan oleh Allah. Apakah kesudahan yang ber­laku kepada tiga orang sahabat Nabi ini? Diterimakah taubat mereka? Atau mereka terus dipulaukan hingga akhir hayat?

ALLAH SELAMATKAN RASULULLAHRizq HaibahISBN 978-983-62-9452-4RM7.00 # 39 hlm

Usaha untuk membunuh junjungan besar Rasulullah tidak pernah terpadam dalam sanubari kaum

munafik dan orang kafir. Pelbagai cara dan helah dilaku­kan. Namun Allah jualah sebaik­baik penjaga. Rasulullah terselamat daripada cubaan membunuh baginda. Apakah yang berlaku kepada para pembunuh rasulullah? Adakah Rasulullah membalas kejahatan mereka dengan mem­bunuh? Ikuti kisah daripada petikan al­Quran ini.

LAUT MERAH TERBELAH DUARizq HaibahISBN 978-983-62-9453-1RM7.00 # 43 hlm

Bani Israil tersepit di antara laut yang terbentang luas dengan kemaraan tentera Firaun yang begitu marah

dan bengis. Bani Israil kian cemas apabila tentera Firaun semakin hampir. Apa yang perlu dilakukan oleh mereka? Terdayakah mereka menentang gerombolan tentera yang lengkap bersenjata itu? Atau mati lemaskah mereka dalam perut Laut Merah? Ikuti kisah teladan petikan daripada al­Quran sebagai panduan bersama.

MENUJU PUNCAKNoor Hanisah OthmanISBN 978-983-62-9733-4RM25.00 # 412 hlm

Wafa’, impiannya setinggi gunung, azamnya seluas lautan. Namun,

kemampuan yang ada pedanya terbatas. Desakan hidup menyebabkan cita­citanya hampir terkubur begitu saja. Akan tetapi, dia tidak pernah menyalahkan sesiapa. Baginya, perjalanan hidup masih begitu panjang. Namun usahanya sering kebun­tuan, gagal di tengah jalan. Apakah yang terjadi kepada Wafa’ seterusnya? Mahukah dia kembali ke pangkuan Mansor? Atau Wafa’ tetap berdegil. Ikuti kisah yang cukup menarik sesuai dijadikan bacaan seisi keluarga.

RINDU BERBISIKIndah HairaniISBN 978-983-62-9713-6RM30.00 # 460 hlm.

Setelah puas menanti, kenapa pertemuan tidak menjanjikan kebahagiaan buat

Zulaikha yang sekian lama dilambung ombak rindu? “Penantian itu satu penyek­saan namun pertemuan itu belum tentu membahagiakan...” – itulah antara ung­kapan Zulaikha, seorang gadis yang men­dambakan kasih. Hayatilah kisah yang menghidangkan konflik cinta yang terisi dengan kekecewaan dan kesinambungan harapan hanya melalui rindu yang sen­tiasa berbisik.

DESIR ANGIN DI PERGUNUNGANMohamad Kholid HamzahISBN 978-983-62-9777-8RM20.00 # 308 hlm.

Pergunungan ini terlalu kaya dengan khazanah alam, terlalu indah untuk

diperkatakan. Di pergunungan inilah hatinya terpaut, dan di sinilah dia ingin menumpahkan kasih bakti. Namun pergu­nungan ini menjadi saksi, jalannya bukan­lah terlalu mulus, ada duri merintang, ada pancaroba menghalang. Bukankah angin itu kadang­kadang menjadi taufan sedang­kan selalunya hanya berdesir lembut men­jadi nyanyian? Nadzli percaya, usaha dan doa akan membuahkan kejayaan.

Kumpulan CerpenLIKU BERKARANGAdam A. KadirISBN 978-983-62-9653-5RM25.00 # 318 hlm.

Kumpulan cerpen karya Tan Sri Adam A. Tahir ini menghimpunkan 24 buah

cerpen yang dihasilkan sejak awal 1960­an yang memaparkan persoalan kekeluargaan, korporat, sosial, kasih sayang dan politik. Watak­watak yang ditampilkan dalam cer­pen ini mewakili golongan rakyat, peniaga, nelayan, mahasiswa, ahli politik dan lain­lain. Penulis berkebolehan menggunakan bahasa yang baik, lancar dan segar, yang mampu memberikan kesan positif kepada pembaca. Dapatkan naskhah anda seka­rang.

NOVEL, CERPEN DAN PUISI

Siri Monograf Penyelidikan BahasaNATURAL DATA IN LINGUISTIC DESCRIPTIONThe Case of Adverbs and Adverbials in Malay Gerald O. Knowles dan Zuraidah Mohd DonISBN 978-983-62-9666-5RM26.00 # 231 hlm.

Buku yang meneliti permasalahan khusus adverba ini merupakan sebuah kajian

dan analisa sebuah korpus yang mengan­dungi lebih kurang tiga juta perkataan yang menghasilkan teks bertulis. Sebuah kajian ilmiah yang perlu dimiliki oleh pelajar, golo­ngan akademik dan mereka yang mencintai bahasa. Dapatkan naskhah anda hari ini.

KONTRAK HUTANG DALAM SYARIAT ISLAM DAN UNDANG-UNDANG SIVILAla’ Eddin KharofaPenterjemah Ariza AbdullahISBN 978-983-62-9337-4RM25.00 # 307 hlm.

Membincangkan dan mengupas kedudu­kan riba dalam perundangan kuno

sebelum kedatangan Islam dan kedudukan­nya selepas kedatangan Islam. Penulis turut membincangkan tentang transaksi pernia­gaan moden yang memperkatakan tentang faedah menurut undang­undang perniagaan semasa, urusan perbankan, saham dan bon. Sebuah buku yang amat berguna untuk pengamal undang­undang, perbankan, para akademik, pelajar dan orang awam yang ingin mengetahui dengan lebih mendalam mengenai perkara ini.

BAHARU DI PASARAN