Panduan menjawab soalan sains

  • View
    16.786

  • Download
    3

Embed Size (px)

DESCRIPTION

 

Text of Panduan menjawab soalan sains

  • 1. PANDUAN MENJAWAB SOALAN SAINS UPSR Panduan dan Teknik menjawab soalan Sains Bahagian A dan Bahagian B
  • 2. Pengenalan Pada Kertas Sains
    • Kertas soalan ini mula diperkenalkan pada peperiksaan UPSR tahun 1997
    • Kertas soalan peperiksaan ini terdiri daripada satu kertas sahaja. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan ini ialah satu jam lima belas minit.
    • Kertas ini terbahagi dua bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian B
  • 3. Pengenalan Pada Kertas Sains
    • Bahagian A terdiri daripada 30 soalan. Soalan ini dalam bentuk aneka pilihan atau objektif. Masa dicadangkan untuk menjawab soalan ini ialah 45 minit.
    • Bahagian B terdiri daripada 5 soalan berstruktur dan masa yang dicadangkan untuk menjawab soalan ini ialah 30 minit.
  • 4. Panduan Menjawab Soalan
    • Baca soalan sekurang-kurangnya dua kali untuk memahami kehendak soalan.
    • Pertanyaan soalan dalam Kertas Sains ini tidak secara terus. Sebaliknya calon dikehendaki menjawab berdasarkan maklumat yang diberi.
  • 5. Panduan Menjawab Soalan
    • Kaitkan maklumat-maklumat tersebut dengan fakta dalam bidang penyiasatan yang disoal.
    • Tandakan jawapan Bahagian A di kertas soalan dahulu sebelum memindahkan jawapan tersebut dengan menghitamkan kertas jawapan yang diberi.
  • 6. Panduan Menjawab Soalan
    • Calon perlu berhati-hati menandakan jawapan pada kertas jawapan (OMR)
    • Pastikan jawapan tersebut sama dengan jawapan yang anda pilih di kertas soalan
  • 7. Panduan Menjawab Soalan
    • INGAT !! Pastikan anda dapat skor yang baik bagi kertas Bahagian A ini.
    • Bahagian A menyumbang 60% daripada markah keseluruhan kertas Sains UPSR
  • 8. Jenis-Jenis Soalan
    • Fakta
    • Urutan
    • Istilah
    • Kaedah
    • Pengelasan
    • Prinsip / Konsep
    • Tafsiran
    • Terjemahan
    • Ekstrapolasi
    • Aplikasi
  • 9. Fakta
    • Menguji pengetahuan calon tentang fakta seperti ciri , sifat atau fenomena.
  • 10. Contoh soalan
    • Ketiga-tiga pereka cipta di atas memberi sumbangan dalam bidang
    • A Pengangkutan
    • B Komunikasi
    • C Angkasa lepas
    • D Pembinaan
    • Alexander Graham Bell
    • Samual FB Morse
    • Guglielmo Marconi
  • 11. Jawapannya
    • B
  • 12. Urutan
    • Menguji pengetahuan calon tentang proses , aliran atau tertib, pergerakan fenomena berhubung dengan masa, kesinambungan dan perkembangan.
  • 13. Contoh soalan
    • Susun mengikut urutan kejadian objek dalam Sistem suria bermula dari ia berada di angkasa lepas hinggalah jatuh ke Bumi.
    • A Meteor Meteroid Meteorit
    • B Meteroid Meteorit Meteor
    • C Meteroid Meteor Meteorit
    • D Meteorit Meteor Meteroid
  • 14. Jawapannya
    • C
  • 15. Istilah
    • Menguji pengetahuan calon tentang definisi, maksud, makna atau simbol yang berkaitan dalam soalan.
  • 16. Contoh soalan
    • Apakah yang dimaksudkan dengan siratan makanan ?
    • A Hubungan makanan antara setiap hidupan
    • B Keupayaan hidupan untuk terus hidup walaupun terdapat banyak rintangan
    • C Gabungan dalam bentuk makanan antara setiap hidupan
    • D Cara makanan diagih-agihkan kepada setiap hidupan
  • 17. Jawapannya
    • C
  • 18. Kaedah
    • Menguji pengetahuan calon tentang cara, pendekatan dan teknik bagi mengenal pasti jawapan yang betul.
  • 19. Contoh soalan
    • Sebuah kubus mempunyai sisi 4 cm. Berapakah isi padu kubus tersebut selepas dipotong separuh daripada keseluruhannya ?
    • A 16 cm
    • B 32 cm
    • C 64 cm
    • D 128 cm
  • 20. Jawapannya
    • B
  • 21. Pengelasan
    • Menguji pengetahuan calon tentang jenis, kumpulan, set atau bidang yang terlibat dalam soalan berkenaan.
  • 22. Contoh soalan
    • Antara berikut, objek yang manakah tidak boleh dikelaskan dalam kumpulan yang sama dari segi sumber asas objek tersebut ?
    • A C
    • B D
  • 23. Jawapannya
    • A
  • 24. Prinsip / Konsep
    • Menguji pengetahuan calon tentang hukum dan prinsip sains.
  • 25. Contoh soalan
    • Pernyataan berikut boleh menerangkan tentang pembentukkan bayang-bayang objek kecuali
    • A cahaya bergerak lurus
    • B cahaya boleh dibiaskan
    • C cahaya tidak boleh menembusi objek legap
    • D cahaya boleh diselerakkan
  • 26. Jawapannya
    • B
  • 27. Tafsiran
    • Menguji pemahaman calon tentang maklumat yang diberi dengan meminta calon membuat rumusan atau kesimpulan daripada data dalam soalan. Calon juga diuji tentang sesuatu idea secara menyeluruh.
  • 28. Contoh soalan
    • Jadual di atas menunjukkan perubahan suhu air yang telah direkodkan dalam satu penyiasatan. Antara berikut, penyataan yang manakah boleh mewakili maklumat dalam jadual di atas ?
    • I Tenaga haba telah dibebaskan
    • II Perubahan keadaan bahan mulai berlaku pada minit ke 25
    • III Proses penyejatan telah berlaku
    • A III sahaja C I dan III sahaja
    • B I dan II sahaja D I, II dan III
    Masa/minit 5 10 15 20 25 30 Suhu/ c 50 33 20 8 0 0
  • 29. Jawapannya
    • B
  • 30. Terjemahan
    • Menguji pemahaman calon tentang maklumat / data / fakta yang diberikan dan biasanya memerlukan calon menyatakan maksud atau memindahkan data daripada satu bentuk ke bentuk yang lain. Data / maklumat yang diberi boleh jadi dalam bentuk jadual, graf, simbol atau gambar rajah.
  • 31. Contoh soal