31
Perkembangan Kendiri PERSONALITI Asihwiniy a/p Francisco Norsiah Binti

Perkembangan kendiri (personaliti) ori

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Perkembangan kendiri (personaliti) ori

Perkembangan KendiriPerkembangan Kendiri

PERSONALITI

Asihwiniy a/p Francisco

Norsiah Binti Saleng

Asihwiniy a/p Francisco

Norsiah Binti Saleng

Page 2: Perkembangan kendiri (personaliti) ori

Pengertian PersonalitiPengertian Personaliti

• Umumnya, bermaksud sahsiah, keperibadian atau perwatakan.

• Personaliti dari aspek psikologi bermaksud corak tingkah laku, pemikiran dan emosi seseorang individu itu dan cara bagaimana interaksi berlaku antara sesama individu lain.

• Perkataan personaliti diterjemahkan daripada perkataan Bahasa Inggeris yang berasal daripada perkataan Latin, iaitu persona.

• Perkataan Persona bermaksud topeng muka, iaitu merujuk kepada penampilan luaran seseorang individu.

Page 3: Perkembangan kendiri (personaliti) ori

Konsep Personaliti Menurut Ahli-ahli Psikologi

Konsep Personaliti Menurut Ahli-ahli Psikologi• Abdul Majid (1997), personaliti adalah perkaitan

antara pemikiran, emosi dan perasaan dengan perlakuan manusia. Menggambarkan sifat keperibadian seseorang. Dikaitkan dengan perwatakan yang boleh dikaji melalui tingkah laku, percakapan dan cara menyelesaikan masalah.

• Mengikut Alder (1948), personaliti merupakan gaya hidup seseorang individu.

• Gordon Allport (1980), personaliti ialah tingkah laku individu yang dinamik iaitu sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan dan persekitaraan serta boleh menyesuaikan dirinya mengikut keadaan.

Page 4: Perkembangan kendiri (personaliti) ori

• Boon dan Ragbir (1998), personaliti ialah jangkaan tingkah laku secara keseluruhan yang boleh diperhatikan dan dinilai secara objektif oleh orang lain. Ia menggambarkan keseluruhan diri seseorang yang dinamik dan unik pada sesuatu ketika.

• Mischel (1981), menghuraikan personaliti sebagai susunan pola-pola tingkah laku manusia yang diaplikasikan dalam situasi kehidupannya.

Personaliti ialah ciri-ciri keseluruhan tingkah laku yang tetap pada seseorang individu, tetapi

berlainan dengan orang lain. Ia mewakili perwatakan seseorang individu dan dapat

diperhatikan dan dinilai melalui tingkah lakunya di dalam situasi pada sesuatu ketika.

Page 5: Perkembangan kendiri (personaliti) ori

Jenis Personaliti Jenis Personaliti • Personaliti seseorang individu dipersepsikan dalam satu

kontinum di antara dua kategori yang ekstrem, iaitu introvert dan ekstrovert.

Introvert Ekstrovert

Ambivert

Kontinum

Page 6: Perkembangan kendiri (personaliti) ori

Ciri-ciri PersonalitiCiri-ciri Personaliti

Introvert ialah

orang yang sentiasa menyimpan perasaan dan emosinya dalam situasi nyata.

Dalam interaksi sosial, orang ini tidak banyak bercakap dan banyak masanya ditumpukan mendengar pertuturan orang lain sahaja.

Kurang menyenangi bersama orang lain. Lebih suka menyendirikan diri. Tidak suka dengan orang baru. Tidak suka berbicara di depan umum. Kurang percayakan diri. Pemalu Pendiam.

Page 7: Perkembangan kendiri (personaliti) ori

Ekstrovert ialah Orang yang lebih suka dengan dunia luar daripada dunia

dalam. Mempunyai semangat yang aktif Suka bergaul Cepat mengeluarkan pendapat Mudah mesra Kreatif Lebih bersikap terbuka Melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sosial Mengambil inisiatif sendiri Suka perubahan

Page 8: Perkembangan kendiri (personaliti) ori

• Tiada seorang manusia yang benar-benar dikategorikan sebagai introvert atau ekstrovert.

• Setiap individu mempunyai ciri-ciri introvert serta ekstrovert yang terletak pada satu titik dsalam kontinum di antara kedua-dua kategori tersebut.

Ambivert ialah orang yang menonjolkan ciri-ciri introvert dalam sesuatu

situasi dan ciri-ciri ekstrovert dalam situasi yang lain. Biasanya aktif tetapi sensitif Suka berkawan tetapi memilih bekerja berseoranganBertutur lancar tetapi berfikir sebelum memberi

pendapat

Page 9: Perkembangan kendiri (personaliti) ori

• Mengikut ahli-ahli psikologi, proses pembentukkan dan perkembangan personaliti seseorang individu, sama ada dia mempunyai ciri introvert, ekstrovert atau ambivert adalah dipengaruhi oleh dua faktor utama.

Faktor Baka Faktor Persekitaran

Page 10: Perkembangan kendiri (personaliti) ori

Faktor BakaFaktor Baka• Bentuk tubuh badan boleh mempengaruhi

personaliti. Kecerdasan fizikal dan mental boleh membantu menyelesaikan masalah yang berbeza. Emosi mempengaruhi personaliti kerana ia bertindak balas terhadap rangsangan.

• Mengikut Sheldon (1985), ciri personaliti seseorang adalah berkait rapat dengan bentuk tubuh badannya.

• Beliau menggolongkan bentuk badan manusia kepada tiga kategori, iaitu endomorf, mesomorf dan ektomorf.

Page 11: Perkembangan kendiri (personaliti) ori

Jenis Bentuk Badan

Rupa Bentuk Badan

Ciri-ciri Personaliti

EndomorfBulat dan lembut Suka bergaul, cepat

mesra, berlega, mengendur.

MesomorfOtot-otot kuat, berkemahiran psikomotor

Tegas, agresif, suka riadah, sedia menghadapi cabaran.

Ektomorf Kurus dan tinggi Tidak suka bergaul,

introvert, tidak suka aktiviti fizikal.

Page 12: Perkembangan kendiri (personaliti) ori

• Selain bentuk tubuh badan, keadaan fizikal, khususnya penyakit seperti pendengaran atau cacat penglihatan yang diwarisi akan mempengaruhi perkembangan personaliti seseorang.

• Kanak-kanak yang mempunyai kecacatan di atas kemungkinan mempunyai ciri personaliti introvert, bersifat pendiam dan pemalu.

• Kecerdasan seseorang pula berkait rapat dengan baka ibu bapa.

• Kecerdasan memainkan peranan yang penting dalam pembentukan dan perkembangan personaliti seseorang.

Page 13: Perkembangan kendiri (personaliti) ori

• Seseorang yang mempunyai kecerdasan yang tinggi biasanya menonjolkan ciri personaliti yang berkeyakinan, berbudi bicara, berwatak bijaksana dan keberanian, tetapi bersifat angkuh.

• Emosi yang diwarisi juga boleh mempengaruhi personaliti seseorang.

• Seseorang individu yang mewarisi emosi yang negatif akan menonjolkan ciri personaliti yang agresif dan pemarah.

Page 14: Perkembangan kendiri (personaliti) ori

Faktor PersekitaranFaktor Persekitaran

• Faktor persekitaran mempengaruhi pembentukan dan perkembangan personaliti seseorang merangkumi keadaan keluarga, rakan sebaya, guru, masyarakat, sekolah dan pengalaman awal kanak-kanak.

• Faktor Persekitaran Keluarga: keadaan rumah yang harmonis dan hubungan ibu bapa dengan anak-anak mereka erat dan mesra akan menggalakkan perkembangan personaliti yang positif. Jika sebaliknya, ia akan menggalakkan perkembangan personaliti yang negatif.

Page 15: Perkembangan kendiri (personaliti) ori

• Faktor Persekitaran Sekolah: mendidik murid-murid supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan dan beraklak mulia.

• Faktor Persekitaran Guru: guru yang bersifat penyayang dan membimbing murid-murid dengan penuh dedikasi akan menjadi role model murid untuk membentuk personaliti mereka yang positif.

• Faktor Persekitaran Rakan Sebaya: individu yang diterima dalam kumpulannya akan menggalakkan membentuk ciri personaliti yang berkeyakinan.

• Faktor Persekitaran Masyarakat: nilai-nilai dan budaya masyarakat juga boleh mempengaruhi pembentukan dan perkembangan personaliti seseorang

Page 16: Perkembangan kendiri (personaliti) ori

Personaliti Dari Pelbagai PerspektifPersonaliti Dari Pelbagai Perspektifa) Perspektif Psikodinamik

Freud menyatakan bahawa personaliti manusia terdiri daripada 3 komponen, iaitu id, ego dan superego.

Id - merupakan bahagian personaliti tak sedar yang berfungsi sebagai stor penyimpanan untuk keinginan manusia dan didorong oleh tenaga libido yang memotivasi tingkah lakunya.

Page 17: Perkembangan kendiri (personaliti) ori

Ego - mula diwujud apabila bayi berusia 6 bulan, merupakan bahagian personaliti yang mengandungi pemikiran realistik dan logik yang tersusun, serta berfungsi mengawal id supaya keinginannya tidak melanggar nilai dan norma masyarakat.

Superego - merupakan bahagian personaliti yang bermoral dan berkembang daripada didikan moral dan agama.

Mengikut Freud, superego berfungsi sebagai penghantar maklumat nilai moral kepada ego untuk bertindak dan mengawal id.

Page 18: Perkembangan kendiri (personaliti) ori

Freud percaya bahawa tingkah laku manusia yang eksplisit merupakan hasil sesuatu siri konflik di antara id, ego dan superego yang beroperasi di dalam tiga peringkat kesedaran.

Mengikut Freud, untuk menyelesaikan masalah konflik di antara id, ego dan superego manusia biasanya menggunakan mekanisme helah bela.

• Mekanisme helah bela diri merupakan perlindungan atau pembelaan diri terhadap sesuatu perbuatan yang dilakukannya.

Page 19: Perkembangan kendiri (personaliti) ori

Jenis-jenis Hela Bela DiriJenis-jenis Hela Bela Diri• Terdapat dua kategori helah bela diri, iaitu

helah bela diri aktif dan helah bela diri pasif.• Helah bela diri aktif

Sublimasi : cara yang mana seseorang menyalurkan kekecewaan, kekurangan atau kekosongan yang dialami kepada aktiviti lain yang sihat.

Rasionalisasi: penjelasan yang diberi oleh seseorang terhadap tingkah lakunya dengan tujuan menyembunyikan tujuan yang sebenar demi menjaga ego atau harga dirinya.

Page 20: Perkembangan kendiri (personaliti) ori

Pemindahan: memindahkan perasaan yang kurang manis daripada sesuatu objek kepada objek yang boleh menerimanya.

Projeksi: membalikkan konflik atau kelemahan dalam dirinya kepada orang lain.

Introjeksi: menyerapkan ke dalam jiwa dirinya dengan menyamakan ciri-ciri orang lain yang disukai atau disanjungi.

Pembentukan Reaksi: menafikan sesuatu keinginan diri yang telah disembunyikan dengan melakukan sesuatu yang bertentangan.

Page 21: Perkembangan kendiri (personaliti) ori

Kompensasi: melakukan sesuatu aktiviti yang hampir sama dengan tujuan menggantikan sesuatu aktiviti yang tidak berupaya melakukannya.

Fantasi: membentuk khayalan atau angan-angandengan tujuan mengurangkan perasaan yang pahit atau tidak diingini.

• Helah Bela Diri PasifRepresi: mengalihkan kesedaran sesuatu

ancaman dalam minda dengan cara melupakannya.

Penafian: menyakinkan diri bahawa sesuatu ancaman tidak akan berlaku atau tidak ada.

Page 22: Perkembangan kendiri (personaliti) ori

Agresi: tindakan mencederakan atau merosakkan punca kekecewaan atau ancaman.

Regresi: pengunduran diri dengan mengulangi tingkah laku yang kurang matang seperti menangis.

Page 23: Perkembangan kendiri (personaliti) ori

b) Perspektif Tret dan Sosial BehavioristikTeori Tret menyatakan seseorang individu mempunyai

perwatakan yang boleh menentukan tingkah laku masing-masing.

Teori Behavioris menerangkan personaliti dari aspek tindak balas terhadap rangsangfan luaran.

C) Perspektif Kognitif dan HumanistikTeori Intelek – Dari asek kognitif tingkah laku manusia

dipandu oleh kognisi masing-masing mengenai dunia di persekitaran mereka.

Teori Humanistik- manusia memainkan peranan yang aktif dalam menentukan tingkah laku mereka. Ia berdasarkan pengalaman.

Page 24: Perkembangan kendiri (personaliti) ori

Pengaruh Personaliti Terhadap PembelajaranPengaruh Personaliti Terhadap Pembelajaran

• Murnford (1986) mengemukakan empat gaya pembelajaran yang dipengaruhi oleh personaliti individu:

Page 25: Perkembangan kendiri (personaliti) ori

Jenis personaliti Gaya pembelajaran

Aktivis Suka mencari pengalaman baru, aktif melibatkan diri dengan mengemukakan banyak soalan.

Reflektor Suka mengumpul dan menganalisis data untuk membuat kesimpulan.

Teoris Suka membuat rumusan berdasarkan bukti, analisis dan logik.

Pragmatis Suka mencari fakta untuk memastikannya sama ada berguna dalam situasi yang sebenar.

Page 26: Perkembangan kendiri (personaliti) ori

• Murid yang mempunyai ciri introvert tidak suka melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran.

• Murid yang mempunyai ciri ekstrovert lebih suka belajar secara berkumpulan dan sering mengemuka soalan dalam kelas.

• Murid yang bersifat berdikari suka belajar dengan cara inkuiri dan penemuan.

• Manakala, murid yang suka bergantung orang lain, lebih gemar belajar melalui cara penerangan dan syarahan.

Page 27: Perkembangan kendiri (personaliti) ori

Memahami Personaliti Pelajar Memahami Personaliti Pelajar Memahami pelajar bermasalah

– Pelajar akan mengalami masalah apabila perasaan mereka terganggu dan tidak mendapat kasih sayang yang secukupnya.

Pendekatan menangani pelajar bermasalah– Guru perlu menggunakan komunikasi

berkesan dan tidak menjatuhkan maruah pelajar tersebut dalam menangani masalah.

Page 28: Perkembangan kendiri (personaliti) ori

Cara-cara mengendalikan personaliti yang berbeza

Cara-cara mengendalikan personaliti yang berbezaIntrovert • Murid yang mempunyai ciri introvert diberi

motivasi untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran.

• Menggunakan murid-murid yang mempunyai sahsiah positif sebagai role model.

• Memberi peneguhan positif dan pujian.• Melibatkan murid-murid introvert secara aktif

dalam aktiviti kumpulan.

Page 29: Perkembangan kendiri (personaliti) ori

Ekstrovert • Menggalakkan murid yang mempunyai ciri

ekstrovert mengemukakan soalan.• Melantik mereka membimbing murid

sedarjah yang mempunyai ciri introvert dalam aktiviti kumpulan.

• Memberi mereka aktiviti pengayaan.• Menggunakan kaedah inkuiri-penemuan

dalam aktiviti pengajaran-pembelajaran.

Page 30: Perkembangan kendiri (personaliti) ori

Rujukan Rujukan Mohamad Daud Hamzah,(1994). Perkembangan Kanak-kanak Dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Page 31: Perkembangan kendiri (personaliti) ori

Sekian,Terima Kasih…Sekian,Terima Kasih…