21
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik Di Malaysia Objektif: (1) Menerangkan konsep pluralisme dan masyarakat pluralistik (2) Menjelaskan Pluralisme di alam Melayu

Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia

Embed Size (px)

Citation preview

  • 1. Objektif: (1) Menerangkan konsep pluralisme dan masyarakat pluralistik (2) Menjelaskan Pluralisme di alam Melayu

2. Pluraliti:banyak/majmuk Masyarakat Pluraliti: masyarakat yang majmuk sifatnya iaitu terdapat pelbagai bangsa atau etnik, budaya, bahasa dan agama. Pluraliti dan Pluralistik: 3. KesanPluraliti dan Pluralistik 4. Garismasa masyarakat Malaysia: 5. Pluralismedan masyarakat pluralistik (plural society) merupakan konstruksi saintifik sosial (hasil kajian empirikal) Sebelum kedatangan kuasa Eropah, Alam Melayu adalah tempat pertemuan pelbagai tamadun dan budaya utama dunia, kepluralitian bersifat semula jadi dan bukan paksaan. Tujuan migrasi: (1) berdagang secara sukarela; (2) mencari kehidupan dan kekayaan; (3) pendidikan dan keagamaan, seperti membawa proses pengindiaan (Indianisation), pengaruh pada aspek agama (Hinduisme dan Buddhisme); (4) politik (sistem kerajaan, Orang Besar); (5) dan kebudayaan (bahasa, pertunjukan pentas). 6. Kedatanganbersama ahli keluarga, atas persetujuan sebulat suara untuk menetap. Wujud interaksi yang mesra dengan penduduk tempatan. Terdapat unsur-unsur akomodasi (A+B+C=A+B+C), wujud perkahwinan dengan penduduk tempatan, saling bertukaran amalan dan adat resam. Kemuncak--Pluraliti Alam Melayu: Empayar Melaka The Venice of The East tempat pertemuan pedagang Timur dan Barat. Mengamalkan sistem pemerintahan terbuka. Keselamatan laut dikawal Undang-undang Laut Melaka. Penghijrahan semula jadi - terdapat interaksi aktif dalam kalangan pelbagai bangsa dan kaum. 7. Kedatangankuasa kolonial dan imperial, mewujudkan sistem kerajaan yang menggalakkan perkembangan masyarakat pluralistik. Dengan terlaksananya undang-undang kolonial dan terbentuknya negara bangsa, rangka dan cara mengupas turut mengalami perubahan. Penjajah British memperkenalkan prinsip, sistem, struktur dan dasar pentadbiran baru. Mempunyai pengetahuan ilmu yang maju dalam bidang sosial, kemanusiaan dan sains tulen. Abad ke-15: pemisahan antara agama & sains moden. 8. Semasa penjajahBritish di Alam Melayu Eropah mengalami perubahan epistemologi pemisahan antara negara (state) dan agama (church). Majoriti menyokong sains moden dan menyebabkan agama menjadi anutan individu. Ilmu sains menjadi asas kepada segala aspek kehidupan manusia termasuk ilmu pemerintahan dan pentadbiran. Maka, Pihak British menguasai pentadbiran negara manakala hal ehwal agama dan adat istiadat Melayu di bawah pengawasan Sultan. British mengamalkan pengagihan kuasa: kehakiman, eksekutif dan perundangan. Bernard Cohn: kolonialisme bukan sahaja menakluki ruang fizikal tetapi juga ruang epistemologi atau sistem pemikiran. 9. Perbincangantentang pembentukan masyarakat pluralistik di Malaysia tertumpu kepada Melayu, Cina dan India. Kesemuanya memainkan peranan dalam memenuhi tuntutan keperluan ekonomi-politik British. Perkembangan perusahan bijih timah dan getah pada abad ke-19 & 20 mengakibatkan penghijarahan orang Cina dan India. Kewujudan pelbagai kaum mengakibatkan satu masyarakat majmuk setiap kaum mempunyai agama, bahasa dan cara hidup yang berlainan. Terdapat persefahaman dan hubungan yang baik antara komuniti Melayu, Cina dan India samasama berjuang untuk kemerdekaan Malaya dan pembentukan Malaysia. 10. Politik:Stabil: wujud kerjasama antara etnik dengan melaksanakan sistem demokrasi. 1955: Parti Perikatan (UMNO, MCA & MIC): perjuang kemerdekaan, mengamalkan sikap bertolak ansur turut mengukuhkan kerjasama antara etnik. 1974: Barisan Nasional terus kekal memerintah sehingga kini kerana wujud kerjasama antara parti komponennya. Pengurusan pelbagai perkara yang berkaitan dengan perhubungan etnik melalui formula tolak ansur berjaya mengekang pihak pembangkang. Struktur hubungan etnik kini dipengaruhi oleh kumpulan etnik yang memiliki batas etnik yang nipis. 11. Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan Malaysia: undang-undang tertinggi, sumber segala perundangan lain. Panduan asas perlaksanaan sistem politik: berlandaskan kontrak sosial (persetujuan antara kaum). 2 peringkat kontrak sosial: (1) zaman pluraliti janji taat setia dan saling menghormati antara rakyat dan raja waad berlaku antara Demang Lebar Daun mewakili pihak rakyat dan Sang Sapurba mewakili raja atau pemerintah; (2) dalam konteks masyarakat pluralistik hasil daripada syarat yang dikenakan oleh pihak British untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. 12. Perlembagaan (sambungan) Antara isu penting soal kerakyatan Orang Melayu bersetuju menerima kehadiran orang bukan Melayu dengan persetujuan memberikan taraf kerakyatan sebagai satu hak istimewa kepada orang bukan Melayu. Pada masa yang sama orang bukan Melayu bersetuju ke atas peruntukan hak-hak istimewa orang Melayu. Setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dalam bentuk parti politik mencapai persetujuan untuk hidup secara aman. Persetujuan ini menjadi acuan kpd penggabungan parti politik antara kaum seterusnya. 13. Pendidikan: Sebelum Penyata Razak 1956 wujud 4 aliran pendidikan yang berlainan (Inggeris, Melayu, Cina dan India) tiada satu sistem pendidikan nasional. Terbahagi kepada 3 peringkat: (1) Pendidikan British rendah dan menengah (golongan bangsawan Melayu dan hartawan Cina dan India); (2) sekolah Melayu peringkat rendah yang dibantu British menjadikan orang Melayu petani yang lebih baik. British juga membenarkan kewujudan sekolah agama dan mengaji Quran: dan (3) sekolah vernakular Cina dan India. Sekolah Cina dibiayai oleh masyarakat Cina sendiri. Kerencaman sistem pendidikan juga dapat dilihat dari sudut kurikulum, sukatan mata pelajaran dan orientasi matlamat. 14. Pendidikan (sambungan) Pascamerdeka: sistem pendidikan kebangsaan dibentuk berasaskan keseragaman kurikulum, sukatan mata perlajaran & orientasi untuk mencapai satu identiti kebangsaan Malaysia yang dinyatakan dalam Penyata Razak (1956) & Penyata Rahman Talib (1960) Bahasa Melayu bahasa rasmi (Perkara 152) bagi penyatuan tanpa menjejaskan bahasa etnik lain. Namun, ada pandangan yang menyatakan ia mempunyai motif ekonomi yang tersirat statistik kemasukan pelajar ke IPT bidang kejuruteraan, sains dan perubatan. 15. Ekonomi 4 tahap rancangan pembangunan ekonomi: (1) Rancangan pra merdeka: Rangka Pembangunan Persekutuan Tanah Melayu (1950-1955); Rancangan Persekutuan Tanah Melayu Pertama (1956-1960); (2) Rancangan Persekutuan Tanah Melayu Kedua (19611965); Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970); (3) Perancangan DEB; dan (4) Dasar2 Pembangunan Negara. Umumnya, sistem ekonomi dipengaruhi ekonomi pasaran bebas & kewujudan sistem ekonomi dualisme. Ekonomi moden: berorientasikan budaya bandar dengan asas pasaran bandar, corak pengurusan dan teknik organisasi berteraskan bandar 16. ekonomi tradisional sektor ekonomi pertanian padi dan perikanan orang Melayu budaya Melayu luar bandar. Sistem dualisme - mengidentifikasikan agihan tenaga kerja mengikut kumpulan etnik. Sistem 17. ketiga (tertiary sector) terdapat ketidakseimbangan antara etnik sektor kerajaan etnik Melayu (termasuk polis); sektor ketiga swasta etnik Cina (bidang pengangkutan, perniagaan dan kewangan) etnik India (pengakutan awam, perniagaan dan kewangan). Dari segi purata pendapatan bulanan kategori Bumiputera ketinggalan. Sektor 18. PluralistikMalaysia muncul akibat hasil interaksi beberapa faktor sejarah pluraliti budaya semula jadi (sebelum penjajahan), penghijrahan (zaman penjajahan). Meskipun pelbagai kumpulan etnik hidup secara berasingan dan mengekalkan kebudayaan masing-masing terdapat semangat persefahaman dan keharmonian kaum yang erat. 19. Sekian Terima Kasih