38
NOTA SEJARAH DUNIA STPM

Raja mutlak

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Raja mutlak

NOTA SEJARAH DUNIA STPM

Page 2: Raja mutlak

Raja mutlak dan raja berperlembagaan

Disediakan Oleh Cikgu Adnan Mohd Rafi

SMK. Sandakan

Page 3: Raja mutlak

Negara Bangsa 1. Sebuah Negara yg bebas drp dunia empayar

2. Negara yg berdaulat dan dibawah kuasa raja mutlak

3. Penduduknya berteraskan ciri2 spt 1 bangsa, 1 adat, 1 kesusasteraan dan 1 kesedaran kebangsaan

4. Wujud berasaskan konsep persekutuan beberapa wilayah di bawah sebuah Negara

5. Setiap wilayah mempunyai pemerintah sendiri tetapi dikawal olh kerajaan pusat di bawah seorang raja.

6. Raja berkuasa mengistiharkan perang, memungut cukai, menjalankan pentadbiran dan menguatkuasakan udg2 yg seragam di seluruh Negara

7. Cth Negara bangsa sekitar abad ke-15 ialah England, Perancis dan Sepanyol

8. Terdapat beberapa faktor yg membawa kpd pembentukan Negara bangsa

Page 4: Raja mutlak

Faktor-faktor pembentukan Negara Bangsa

1. Kemerosotan Kuasa Golongan Feudal :

Golongan feudal (bangsawan, Penguasa Autonomi Tempatan, golongan adatLandlord, gereja) merupakan golongan yang sangat berpengaruh dari segipolitik pada zaman pertengahan.

Pengaruh golongan ini merosot kerana timbul kesedaran politik, idea kedaulatan bangsa dan penyatuan negara bangsa dan keinginan supaya wujud kuasa autoriti tunggal dalam sesebuah negara.

Kesannya sistem feudal tidaklagi diterima oleh masyarakat Eropah.

Contohnya di England – Raja Henry VII telah berjaya menggubal undang-undang baru yang melarang golongan feudal memakai pakaian khas, melarang menubuhkan tentera sendiri, melarang mempunyai lambang kuasayang khas dan lain-lain.

Page 5: Raja mutlak

2. Perkembangan Zaman Renaissance :

Akibat berlakunya zaman Renaissance telah mengubah sikap dan pemikiran orang Eropah tentang perasaan kebangsaaan dan kesetiaan kepada negara mereka.

Sebelum ini masyarakat Eropah memberi kesetiaan kepada golongan bangsawan yang menguasai wilayah dan kawasan tertentu

Zaman Renaissance telah berjaya menyatukan semua bangsa di Eropah dalam sebuah negara yang sebelum ini mengamalkan undang-undang, cara hidup, sikap, pemikiran, bahasa dan sebagainya

Page 6: Raja mutlak

3. Kemunculan Kerajaan Monarki Kebangsaan :

Kemunculan kerajaan-kerajaan monarki baru pada abad ke-16 melalui sokongan rakyat dan golongan pertengahan melahirkan raja berkuasa mutlak dan membawa kepada pembentukan sesebuah negara bangsa.

Kebanyakan raja Monarki ini mengekalkan kuasa melalui pemerintahan berpusat, sistem dinasti, perkahwinan, peperangan, komplot dan penaklukan.

DiEropah wujud zaman monarki mutlak yang berkuasa melalui dinasti-dinasti agong seperti Romanoff, Hohanzollern, Bourbon dan Habsburg.

Contoh-Pemerintahan negara bangsa Perancis oleh Louis Xi dari

Dinasti Volois yang melakukan pemusatan kuasa di Paris. Begitu juga Raja Henry VII di England melalui Dinasti Tudor yang melakukan pemusatan kuasa di London.

Page 7: Raja mutlak

4. Kemajuan Ekonomi :

Perkembangan ekonomi yang pesat selepas zaman Renaissance melahirkan golongan kapitalis seperti pedagang, pengusaha kilang, tuan tanah, pelombong dan lain-lain.

Menyebabkan serf lari daripada vassal untuk pergi ke bandar

Raja mengambil kesempatan utk meluaskan pengaruhnya serta kuasanya dan membentuk negara bangsa

Page 8: Raja mutlak

5. Kemunculan Golongan Pertengahan:

Golongan pertengahan yg mengusahakan perdagangan dan perindustrian memerlukan perlindungan daripada kerajaan yang besar dan kuat.Untuk itu meraka sanggup membayar wang perlindungan dan cukai kepada raja.

Golongan pemerintah pula dapat mengumpul wang yang banyak dan mengukuhkan ekonomi mereka serta dapat membayar gaji tentera. Secara tidaklangsung melemahkan golongan feudal

Page 9: Raja mutlak

6. Bahasa Kebangsaan :

Muncul golongan cerdik pandai selepas zaman Renaissance. Penulisan dan penerbitan karya berkembang dibantu oleh penciptaan mesin cetak.

Karya yang dihasilkan menggunakan bahasa kebangsaan bukannya bahasa dialek tempatan.

Ini berjaya menarik minat membaca rakyat dan memudahkan lagi usaha menyatukan rakyat dan penubuhan Negara bangsa

Page 10: Raja mutlak

7. Perang salib:

- Perang ini berlaku selama hampir 200 tahun antara org kristian dgn org islam di Timur Tengah dan Asia Kecil

- Semasa perang salib org Kristian meminta bantuan Pope (Paus) dan pemerintah eropah utk meminta bantuan ketenteraan

- Olh itu pemerintah meminta bantuan dr vassal dan serf yg disumbang menjadi tentera

- Kuasa dan pengaruh vassal berkurangan apabila serf tidak pulang selepas perang selesai

- Jd raja mengukuhkan kuasa dgn melancarkan ekspedisi perang dan mewujudkan negara bangsa

- Perang salib juga menyebankan org kristian sedar akan kelemahan diri dan ingin mewujudkan negara bangsa spt zaman kegemilangan tamadun Yunani dan Rom.

Page 11: Raja mutlak

8. Pemberian anugerah serta gelaran kpd golongan bangsawan:

- Terbentuk dgn pemberian anugerah dan gelaran kepada gol bangsawan

- Cth gelaran ialah Duke, Earl, Baron dan Count

- Cara ini dpt memuaskan hati gol bangsawan, memudahkan raja mengawal mereka dan mendapatkan taat setia mereka

Page 12: Raja mutlak

9. Golongan gereja:

- Kejatuhan institusi gereja menyumbang ke pembentukan negara bangsa

- Gereja amat berkuasa dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Ini menggugat kedudukan raja

- Olh itu raja memberi hak kpd cendekiawan dan rakyat biasa utk memilih pemimpin gereja

- Dgn itu kuasa gereja dpt dihalang dan raja mendapat sokongan rakyat

- Pembentukan negara bangsa menjadi muda

Page 13: Raja mutlak

Pengenalan Monarki Mutlak merupakan bentuk

kerajaan yang unggul, di mana seseorang Raja itu mempunyai kuasa penuh untuk memerintah negaranya. Berbeza dengan sistem raja berperlembagaan di mana Perdana Menteri merupakan ketua eksekutif negara, jawatan ini memainkan peranan kurang penting di dalam kerajaan monarki mutlak. Malah di sesetengah negara seperti Arab Saudi dan Brunei, raja juga akan memegang jawatan Perdana Menteri.

Page 14: Raja mutlak

Doktrin Hak Ketuhanan Raja Teori monarki mutlak mula berkembang pada

akhir Zaman Pertengahan bermula dari feudalisme di mana raja masih dianggap pertama di antara sedarjat first among equals di kalangan golongan bangsawan[1]. Penyokong monarki mutlak yang dikenali sebagai Absolutists menganjurkan doktrin Hak Ketuhanan Raja atau Divine Right of Kings untuk memberi justifikasi kepada kekuasaan raja. Antara raja yang telah campur tangan dalam hal agama termasuklah Raja Henry VIII dari England. Beliau telah berani menentang Paus Katolik di Rom dan mereka mazhab yang baru iaitu Church of England[2]

Page 15: Raja mutlak

Raja-raja yang mutlak ini mendakwa mereka hanya menjawab kepada Tuhan dan bukan kepada manusia yang lain terutamanya wakil rakyat di Parlimen[3]. Harta yang melimpah ruah disokong dengan bala tentera yang besar hanya memberi mereka lebih kuasa untuk meneguhkan doktrin ini. Mereka yang mendakwa sedemikian lazimnya memerintah dengan zalim. Salah satu contoh terbaik raja yang mendakwa hak ketuhanannya untuk memerintah adalah Raja Louis XIV dari Perancis.

Page 16: Raja mutlak

Teori Hobbes mengenai Kedaulatan Raja

Menurut Hobbes dalam karyanya berjodol "Leviathan", manusia secara semula jadi masing-masing mempunyai hasrat atau nafsu (appetite) dan kebencian (aversions), yang menggerakkan tindakan mereka[4]. Salah satu nafsu manusia adalah keinginan berkuasa; akibatnya berlakulah pertembungan dan kacau-bilau seperti peperangan. Sebaliknya, manusia membenci perang kerana ia membawa banyak kesusahan. Oleh itu mereka mencipta keadaan buatan atau artificial. Caranya adalah masyarakat perlu bersepakat di antara mereka untuk melepaskan hak-hak mereka dan memindahkannya kepada beberapa orang atau lembaga yang berkuasa. Lembaga tersebut diberi kedaulatan untuk menjaga keselamatan rakyat (the safety of the people) [Hobbes: ms 376][5]. Oleh itu, Hobbes menganjurkan kedaulatan raja kerana tanpanya kehidupan manusia akan menjadi pendek, keseorangan, miskin dan mereka juga akan bersikap buruk seperti haiwan[6].

Page 18: Raja mutlak

Raja Mutlak di England Sistem beraja mutlak (berlangsung

hampir dua abad) diasaskan oleh Raja Henry VII pada 1485 yg mengasaskan Dinasti Tudor yg perintah England sehingga 1603.

Page 19: Raja mutlak

Pemerintahan Raja-raja England pada Zaman Dinasti Tudor

Nama Pemerintah Tempoh Pemerintahan

Raja Henry VII 1485-1509

Raja Henry VIII 1509-1547

Mary I 1553 -1559

Raja Elizabeth I 1559-1603

Page 20: Raja mutlak

Magna Carta Magna Carta (Piagam Agung dalam

bahasa Latin) merupakan piagam yang diterbitkan pada tahun 1215 di England. Piagam ini merupakan pengaruh awal dalam proses mendirikan sistem perlembagaan dan undang-undang am yang wujud pada hari ini. Magna Carta dianggap salah satu daripada dokumen-dokumen penting dalam sejarah demokrasi.

Magna Carta diterbitkan hasil daripada pertelingkahan antara Paus Innocent III, Raja John dan baron-baron England tentang kuasa dan hak raja. Piagam ini mewajibkan John melepaskan tuntutan terhadap kuasa-kuasa tertentu, menghormati undang-undang am dan tertakluk kepada undang-undang. Piagam ini juga mengiktiraf hak asasi rakyat biasa

- Sebauah piagam politik yg digubal utk mengawal kuasa Raja

Page 22: Raja mutlak

House Of Lords

Page 23: Raja mutlak

House Of Commons Terdiri drp golongan knight, orang

kaya, dan peguam. House of Lords lebih berpengaruh

berbanding House of Commons dari segi politik kerana raja mempunyai hubungan yg rapat dgn ahli-ahli House Of Lords (Paul Thomas, 1989;5)

Raja-raja Tudor berjaya mengawal kedua-dua dewan tersebut dgn baik.

Page 24: Raja mutlak

House Of Commons

Page 25: Raja mutlak

Proses Perubahan Awal abad ke-17, muncul golongan gentry dluar bandar yg

kemudiannya mengatasi kekayaan golongan bangsawan. Di bandar muncul gologan bourjois muncul sebagai

saudagar kaya, pengusaha ladang pertanian, pemilik bank, dan golongan profesional.

Strukktur kelas mykt England mula berubah walaupun golongan gentry dan bourjois tidak boleh menjadi anggota House Of Lords namun dgn kekayaan yg ada mereka cuba tingkatkan status sosial dan pengaruh politik.

Pada abad ke-17 , kebanyakan ahli House Of Commons datangnya drp golongan ini. Mereka mula berani mempertikaikan pengaruh politik yg didominasi oleh golongan aristokrat dalam House Of Lord.

Page 26: Raja mutlak

Pergeseran Mazhab Kristian

Sebilangan kecil mazhab Protestan tidak puas hati dengan gereja Anglican kerana masih amalkan sifat gereja tradisional Kristian (Katolik). Golongan yg tidak puas hati ini dikenali golongan Puritan

Matlamat perjuangan bersihkan amalan agama di England drp pengaruh gereja Katolik Rom dan bebas daripada kawalan politik. Kedudukan golongan puritan lama-kelamaan semakin kukuh disebabn mengutamakan disiplin dan tolak upacara atau istiadat agama tradisional.

Page 27: Raja mutlak

Dinasti Tudor

Selepas kemangkatan Ratu Elizabateh I, iaitu Dinasti Tudor terakhir, England tiada waris terdekat yg boleh mewarisi takhta England

Bermula pada 1603. Raja James dari Scotland ditabalkan sbg raja England dgn gelaran Raja James I sebagai tanda bermulanya Dinasti Stuart di England

Dinsti Stuart ; James I (1603 -1625) Charles I (1625-1649 Charles II (1660-1685) James II (1685-1688) Mary II & William Of Orange (1689-1702

Page 28: Raja mutlak

Revolusi Puritan Semagat ‘magna Carta’ yg dipegang oleh

Diansti Tudor berjaya meredakan penentangan ahli parlimen & gol. Puritan.

Raja-raja Stuart mengambil sikap berbeza dan terpaksa berhadapn penentangn ahli-ahli parlimen dan kebangkitan gol. Puritan. Kesan penentangan tersebut mencetuskan perang saudara di England yg dikenali sbg Revolusi Puritan (1642-1648).

Pemerintahan Raja James I (1603-1625) dan puteranya, Raja Charles I (1625-1649) tidak memahami tradisi politik England. Raja James I berpegang kuat pada doktrin Kuasa suci raja.

Page 29: Raja mutlak

Faktor-faktor Penentangan Terhadap Raja-raja Tudor

Dasar raja James menegaskan bahawa kedudukan raja mengatasi segala undang-undang yg digubal oleh manusia

Pemrintahan secara mutlak Dasar agama Raja James I yg lebih memihak kpd mazhab

katolik dan menolak hubungan rapat gereja dgn kerajaan Gol. Puritan tidak iktiraf bishop yg dilantik raja James I Kemuncak kemarahan golongan Puritan apabila Raja James

I kahwinkan puteranya dgn Puteri dari Perancis yg bermazhab katolik

Memberi keistimewaan pd syarikat yg disukai Pemgenalan cukai tanpa persetujuan parlimen Raja Charles I membelakangi parlimen dlm soal kutipan

cukai

Page 30: Raja mutlak

Petition Of Right

Dikemukan/disuarakan atas sebab rasa tidak puas hati terhadap penggunaan kuasa mutlak raja kpd Raja Charles 1. Petisyen ini mengutuk sikap autokratik raja dan menentang amalan pungut cukai oleh raja tanpa kelulusan parlimen. Parlimen juga desak raja singkir pegawai tinggi kerajaan yg rasuah dan tidak disukai rakyat.

Page 31: Raja mutlak

Faktor-faktor Penentangan terhadap Raja Charles I

-Menangkap 9 ahli parlimen yg menentangnya secara terbuka diparlimen dan dengan angkuh membubarkan dan menjalankan pemerintahan secara mutlak. -Menjalankn pemerintahan tanpa parlimen selama 11 tahun-Pebagai agensi pungutan cukai ditubuh. Hal ini menimbulkan rasa tidak puas hati golongan bangsawan , pemilik tanah, gentry dan bourjois sama ada di House Of Lord atau House Of Commons yg punya hubungan yang rapat-Menjual hak monopoli barangan pengguna seperti arak, sabun, dan garam dengan harga mahal, kesanya harga barangan tersebut melambung tinggi.-Masalah dalam bidang keagamaan

Page 32: Raja mutlak

Raja Mutlak & Raja Berperlembagaan di Perancis

Perancis diketuai raja-raja sehingga Revolusi Perancis pada tahun 1789. Raja Louis XVI dan ratu baginda, Marie Antoinette, dihukum mati, bersama beribu-ribu warga Perancis yang lain. Keruntuhan sistem beraja mutlak diganti dgn sistem raja bepelembagaan namun dalam masa yg singkat @ lebih kurang 1 tahun dan kemudiannya diganti sistem republik.

Page 33: Raja mutlak

Napoleon Bonaparte mengambil alih pemerintahan Republik pada tahun 1799, menjadikan diri beliau Konsul Pertama, dan kemudiannya Maharaja Empayar Perancis Pertama (1804–1814). Melalui peperangan, tentera beliau menakluki kebanyakan tanah besar Eropah, serta ahli-ahli keluarga Bonaparte dilantik sebagai r aja-raja kerajaan baru

Page 34: Raja mutlak

Susun lapis Masyarakat Perancis Kuasa Raja mengatasi semua undang-undang, Tindakan ‘lettre de cachet’ Majlis Diraja – dianggotai oleh kerabat diraja yg

berpengaruh, semua keputusan mesti disahkan melalui majlis ini.

Intendant – menguruskn hal-hal yg berkaitan dgn pentadbiran & pungutan cukai

Pegawai-pegawai intendant terdiri terdiri drp kerabat diraja yg b/jawab kpd raja

Goln Paderi (clergy) terdiri paderi atasan (Bishop) dan paderi bawahan (parisy)

Golongan Bagsawan – bangsawan atasan dan bangsawan rendah

Goln bangsawan bergelar Golongan burjois

Page 35: Raja mutlak

Parlimen Perancis Dibahagikan kpd 3 Estat (blok) Estet pertama terdiri drp goln paderi Estet kedua – goln bangsawan Estet Ketiga – goln burjois dan petani

Page 36: Raja mutlak

Perubahan Raja Berkuasa Mutlak ke Raja Berpelembagaan

Perhimpunan Orang-orang Kenamaan pd 1787

Persidangan Diraja Kejatuhan bangunan Bastille Perisytiharan hak-hak manusia dan

Warganegara (Declaration of the right of man and the citizen)

Page 37: Raja mutlak

Contoh Soalan

Bincangkan sistem pemerintahan beraja mutlak di England dan Perancis pada abad ke-16 hingga abad ke-18

Bandingkan sistem pemerintahan beraja mutlak dan raja berperlambagaan di England dan di Perancis pada abad ke-16 hingga abad ke-18.

Page 38: Raja mutlak

SEKIAN DAN SELAMAT MEMBUAT RUJUKAN LANJUT