12
SISTEM ENDOKRIN Sistem endokrin adalah sistem yang melibatkan kelenjar-kelenjar tertentu yang menghasilkan sejenis bahan kimia yang dinamakan hormon. Hormon yg dilepaskan akan menyerap terus ke dalam darah dan dibawa oleh sistem pengaliran darah ke seluruh tubuh. Sistem saraf dan sistem endokrin memainkan peranan penting dalam mengawal sistem tubuh. Terdapat empat fungsi utama yang dilakukan oleh hormon. Fungsi yang pertama ialah membantu mengawal persekitaran dalaman dengan mengatur kandungan kimia dan isi padunya di dalam tubuh badan. Kedua, membantu tubuh dalam keadaan tertekan seperti semasa keadaan trauma, stres, pendehidratan, pendarahan dan perubahan suhu yang melampau. Ketiga, memainkan peranan dalam pertumbuhan dan perkembangan badan dan yang keempat, hormon memainkan peranannya dalam pembentukan gamet, persenyawaan, pemakanan kepada embrio dan fetus, proses bersalin dan pemakanan kepada anak yang baru lahir. Ciri utama tindakan hormon ialah dirembes terus ke sistem peredaran darah dan diangkut oleh darah ke bahagian lain dalam badan, kuantiti yang sedikit menghasilkan kesan yang besar, kesan hormon lama kerana hormon dapat berada dalam darah untuk beberapa ketika, dan hormon bersifat spesifik. Hormon tertentu merangsang aktiviti tertentu pada organ tertentu. Setiap hormon mempunyai fungsi yang berbeza. Kebanyakan hormon peptida terikat kepada reseptor protein yang terdapat di dalam membran plasma dan ia mengaktifkan sistem pengangkutan yang kedua. Seterusnya, sistem pengangkutan yang kedua akan menyebabkan sel-sel berubah untuk mengenalpasti hormon yang perlu disimpan dan yang perlu dibebaskan. Kebiasaannya pengangkut yang kedua akan dijumpai di dalam sel-sel badan termasuk di cyclic AMP dan kalsium. Pengangkut kedua akan bergerak ke suatu enzim kerana setiap enzim akan bertindak aktif diantara satu sama lain. Enzim intrasel mengakibatkan perubahan pada sel yang bersatu dengan hormon. Enzim tersebut akan mengubah atau hentikan proses tersebut. Dalam tubuh sesuatu organisme, terdapat suatu mekanisme kawal atur yang berupaya untuk mengekalkan badan dalam keadaan seimbang

Sistem endokrin esei

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Sistem endokrin esei

SISTEM ENDOKRIN

Sistem endokrin adalah sistem yang melibatkan kelenjar-kelenjar tertentu

yang menghasilkan sejenis bahan kimia yang dinamakan hormon. Hormon yg

dilepaskan akan menyerap terus ke dalam darah dan dibawa oleh sistem pengaliran

darah ke seluruh tubuh. Sistem saraf dan sistem endokrin memainkan peranan

penting dalam mengawal sistem tubuh.

Terdapat empat fungsi utama yang dilakukan oleh hormon. Fungsi yang

pertama ialah membantu mengawal persekitaran dalaman dengan mengatur

kandungan kimia dan isi padunya di dalam tubuh badan. Kedua, membantu tubuh

dalam keadaan tertekan seperti semasa keadaan trauma, stres, pendehidratan,

pendarahan dan perubahan suhu yang melampau. Ketiga, memainkan peranan

dalam pertumbuhan dan perkembangan badan dan yang keempat, hormon

memainkan peranannya dalam pembentukan gamet, persenyawaan, pemakanan

kepada embrio dan fetus, proses bersalin dan pemakanan kepada anak yang baru

lahir. Ciri utama tindakan hormon ialah dirembes terus ke sistem peredaran darah

dan diangkut oleh darah ke bahagian lain dalam badan, kuantiti yang sedikit

menghasilkan kesan yang besar, kesan hormon lama kerana hormon dapat berada

dalam darah untuk beberapa ketika, dan hormon bersifat spesifik. Hormon tertentu

merangsang aktiviti tertentu pada organ tertentu.

Setiap hormon mempunyai fungsi yang berbeza. Kebanyakan hormon peptida

terikat kepada reseptor protein yang terdapat di dalam membran plasma dan ia

mengaktifkan sistem pengangkutan yang kedua. Seterusnya, sistem pengangkutan

yang kedua akan menyebabkan sel-sel berubah untuk mengenalpasti hormon yang

perlu disimpan dan yang perlu dibebaskan. Kebiasaannya pengangkut yang kedua

akan dijumpai di dalam sel-sel badan termasuk di cyclic AMP dan kalsium.

Pengangkut kedua akan bergerak ke suatu enzim kerana setiap enzim akan

bertindak aktif diantara satu sama lain. Enzim intrasel mengakibatkan perubahan

pada sel yang bersatu dengan hormon. Enzim tersebut akan mengubah atau

hentikan proses tersebut.

Page 2: Sistem endokrin esei

Dalam tubuh sesuatu organisme, terdapat suatu mekanisme kawal atur yang

berupaya untuk mengekalkan badan dalam keadaan seimbang yang dipanggil

homeostasis. Homeostasis merupakan suatu mekanisme pemeliharaan ciri-ciri kimia

dan fizikal persekitaran dalaman iaitu bendalir luar sel tubuh organisma hidup secara

fisiologi supaya berada dalam keadaan yang seimbang. Antara kepentingan

homeostasis ialah organisma dapat hidup dan menyesuaikan dirinya dalam julat

habitat dan persekitaran yang lebih luas, mampu menyediakan suatu keadaan

dalaman yang stabil untuk menjalankan segala proses hidup sel dengan cekap,

kadar metabolisme atau aktiviti-aktiviti lain dapat ditingkatkan atau diturunkan pada

bika-bila masa sahaja dan enzim-enzim dalaman dapat berfungsi dengan kecekapan

yang optimum. Walaupun kesemua proses ini adalah bertentangan dan bersaing

antara satu sama lain, tetapi melalui suatu proses yang di sebut suap balik, proses-

proses ini tersusun dalam sebegitu cara untuk menghasilkan satu nsistem yang

dapat berfungsi dengan baik.

Proses homeostasis adalah proses suap balik negatif dan positif. Persekitaran

dalaman atau bendalir luar sel suatu organisma berfungsi secara konsisten melalui

kawalan suatu sistem hemeostasis. Terdapat beberapa faktor yang dikawalatur oleh

bendalir luar sel iaitu kepekatan glukosa, urea, garam, pH, suhu dan kandungan air.

Setiap faktor ini mempunyai julat normal masing-masing. Sebarang pesongan dari

julat normal akan dikesan oleh reseptoe tertentu dalam badan yang seterusnya akan

menghantar maklumat ke suatu pusat kawalan, biasanya otak. Di pusat kawalan,

langkah yang sesuai akan diambil untuk mengembalikan keadaan ke aras normal.

Terdapat beberapa kelenjar endokrin yang utama iaitu kelenjar hipotalamus

dan pituitari, kelenjar tiroid dan paratiroid, kelenjar adrenal dan pankreas. Kelenjar

endokrin yang lain ialah testis dan ovari, kelenjar timus dan kelenjar pineal. Kelenjar

hipotalamus adalah bahagian kecil Diencephalon (otak) pada bahagian bawah

(inferior) talamus. Kelenjar ini penting untuk hubungan sistem saraf dan endokrin.

Hipotalamus mengawal persekitaran dalaman dalam tubuh. Ia membantu untuk

mengawal denyutan jantung, suhu badan dan kandungan air supaya seimbang di

dalam badan. Kelenjar pituitari pula merupakan kelenjar utama kerana dapat

menghasilkan banyak hormon yang mengawal kelenjar endokrin yang lain serta

mengawal aktiviti tubuh. Ia berbentuk bulat dan berdiameter 1.0 cm. Ia terletak di

Page 3: Sistem endokrin esei

dalam ruang tengkorak. Kelenjar pituitari dan kelenjar hipotalamus dihubungkan oleh

infundibulum.

Kelenjar hipotalamus dan pituitari hormon di bahagian anterior dan

posterior

Kelenjar pituitari mempunyai dua bahagian utama iaitu cuping anterior dan

cuping posterior. Cuping posterior merembeskan pelbagai hormon. Antaranya ialah

Thyroid stimulating hormon (TSH) untuk mengawal penghasilan hormon tiroksina

oleh kelenjar tiroid, Follicle stimulating hormon (FSH) bagi merangsang pertumbuhan

folikel Graaf & penghasilan estrogen dlm ovari dan merangsang tubul semen dalam

testis, Growth hormone (GH) adalah untuk mengawal proses pertumbuhan. GH

berlaku dalam otot, tulang, hati, rawan dan tisu lain. Selain itu, cuping anterior juga

merembeskan Adrenocorticotrophin hormon (ACTH) bagi mengawal rembesan

hormon kortisol dari korteks adrenal, Luteinising hormon (LH) untuk merangsang

pembentukan korpus luteum, penghasilan progestron dan estrogen di ovari serta

merangsang rembesan testosteron di testis dan juga merembeskan hormon Prolactin

untuk merangsang perkembangan kelenjar susu bagi wanita yg hamil dan

memelihara rembesan susu.

Cuping anterior pula hanya merembeskan dua jenis hormon iaitu hormon

Oksitosin dan Antidiuretic hormon (ADH). Hormon oksitosin adalah untuk

pengecutan otot uterus semasa kelahiran anak dan merangsang penghasilan susu

dari kelenjar susu. Manakala ADH pula adalah untuk duktus pengumpul ginjal

Page 4: Sistem endokrin esei

menjadi telap kepada air supaya lebih banyak air dapat diserap semula ke dalam

ginjal.

Jumlah GH yang dihasilkan oleh cuping anterior akan memberi kesan kepada

ketinggian seseorang. Kuantiti GH akan mempengaruhi tumbesaran seseorang

semasa kanak-kanak dan juga pada masa remaja. Jika terlalu sedikit GH semasa

zaman kanak-kanak, tumbesarannya akan terbantut. Perwatakan pula adalah seperti

kanak-kanak normal tetapi ketinggiannya terbantut. Ini dipanggil sebagai orang

kerdil. Jika terlalu banyak GH, seseorang itu akan menjadi terlalu tinggi atau gergasi.

Biasanya orang itu akan menghadapi masalah kesihatan kerana kandungan gula di

dalam badan dan menyebabkan penyakit kencing manis. Kanak-kanak akan

menghadapi pertumbuhan luar biasa pada tulang tangan, kaki dan tengkorak

Kelenjar tiriod terletak pada bahagian bawah (inferior) larinks (peti suara).

Kelenjar tiroid dipenuhi oleh folikel tiroid. Dinding bagi setiap folikel terdiri daripada

sel folikular. Sel folikular menghasilkan hormon triiodothyronine (T3) dan thyroxine

(T4). Kelenjar tiroid berfungsi mengatur susunan kimia tisu dan sebagai perangsang

proses pengoksidaan. Hormon yang dirembeskan oleh kelenjar ini ialah tiroksin.

Hormon tiroksin berfungsi sebagai pengawal kadar metabolisme sel dan sebagai

pertumbuhan dan perkembangan fizikal serta mental yang normal. Selain itu, hormon

tiroksin juga berperanan penting dlm proses tumbesaran tubuh bdn pd peringkat

kanak-kanak dan memelihara kesihatan kulit tubuh & rambut.

tiroid proses perembesan hormon

dalam tiroid

Page 5: Sistem endokrin esei

Apabila kekurangan hormon tiroid di dalam darah, ia akan menggalakkan

penghasilan tirotrofin dan hormon perangsang tiroid (TSH) di pituitari anterior.

Kemudian, ia akan merangsang penghasilan hormon tiroid di dalam badan.

Sekiranya sudah mencukupi, hormon tiroid akan menghantar maklumat bahawa

hormonnya sudah mencukupi dan proses perembesan akan berhenti. Proses

sebaliknya akan berlaku sekiranya peningkatan hormon tiroid di dalam darah.

Kekurangan hormon tiroksina,akan berlakunya kretinisme iaitu kekurangan

rembesan pada waktu bayi yang seterusnya akan mengakibatkan pertumbuhan

mental dan fizikal terencat. Bagi golongan dewasa, keadaan ini menyebabkan

miksedema di mana proses metabolik sangat perlahan dan cenderung untuk menjadi

gemuk, pergerakan lembap, kulit menjadi tebal dan kering, rambut gugur dan

menjadi jarang, suhu badan di bawah normal dan denyut nadi perlahan. Sekiranya

berlebihan hormon tiroksina, kadar metabolisme menjadi tinggi dan suhu badan

menjadi lebih tinggi daripada normal. Pada keadaan ini, pesakit kehilangan berat

badan, gelisah dan mudah marah, kadar denyutan nadi naik, output jantung

bertambah, dan mengalami simptom kardiovaskular seperti fibrilasi atrium dan

kegagalan jantung. Seseorang itu juga akan menghadapi penyakit goiter,terlalu aktif

dari segi mental dan juga menghadapi kesukaran untuk tidur.

Kelenjar paratiroid terbina daripada tisu yang kecil dan bulat. Hormon

paratiroid yang dikeluarkan berfungsi untuk mengatur metabolisme kalsium dan

mengawal jumlah kalsium di dalam darah dan tulang. Ia memainkan peranan dalam

metabolisme dan fosfat.

Page 6: Sistem endokrin esei

Kelenjar paratiroid regulasi kalsium dalam darah

Apabila kalsium di dalam darah tinggi, kelenjar tiroid akan merembeskan

calcitonin. Calcitonin akan menyuruh tulang mengeluarkan kalsium kerana tulang

mengandungi banyak kalsium. Kemudian kalsium di dalam darah kembali normal.

Manakala apabila kalsium di dalam darah rendah, kelenjar paratiroid akan

merembeskan hormon paratiroid (PTH). Hormon ini menyebabkan tulang

merembeskan kalsium. Ia juga menyebabkan ginjal menyerap semula kalsium dari

tubul dan mengaktifkan vitamin D. Kemudian, usus akan menyerap kalsium dan

kandungan kalsium dalam darah akan kembali normal. Proses ini dinamakan proses

hemeostasis.

Kekurangan hormon di dalam kelenjar paratiroid menyebabkan kekurangan

kalsium di dalam kandungan darah. Keadaan ini menyebabkan keadaan seperti

tetanus iaitu gejala kekejangan otot dan konvulsi terutamanya pada tangan dan kaki

yang dikenali sebagai karpopedal spasma. Gejala ini dapat diredakan dengan

memberikan kalsium dalam kadar segera. Aktiviti kelenjar yang berlebihan berkaitan

Page 7: Sistem endokrin esei

dengan pembesaran (tumor) kelenjar. Pengagihan kalsium terganggu di mana

kalsium dikeluarkan semula dari tulang dan dimasukkan kembali ke serum darah. Ini

akan menyebabkan penyakit tulang di mana bahagian tulang menjadi nipis.

Kegagalan ginjal juga boleh berlaku jika kalsium terbina di dalam ginjal.

Kelenjar adrenal adalah berpasangan yang terletak di bahagian atas

(superior) ginjal. Ia mempunyai bentuk piramid yang rata dan mengandungi darah

yang banyak serta dilapisi dengan kapsul berserat. Kelenjar adrenal mempunyai dua

bahagian utama iaitu korteks adrenal (bahagian luar) dan medula adrenal (bahagian

dalam). Kelenjar adrenal bahagian korteks mengeluarkan kortisol manakala

bahagian medula menghasilkan adrenalin dan noradrenalin.

-kelenjar adrenal

Medula adrenal berada di dalam bahagian dalam kelenjar adrenal. Ia terdiri daripada

sel kromafin (chromaffin cells) yang menghasilkan hormon epinephrine dan

norepinephrine atau nama lain adrenaline dan noradrenaline. Rembesan hormon

dikawal oleh sistem saraf autonomik. Korteks adrenal terbahagi kepada 3 bahagian

iaitu zon glomerulosa yang berada di bahagian paling luar,di bawah lapisan kapsul.

Ia menghasilkan rembesan mineralokortikoid. Hormon ini mengatur keseimbangan

elektrolit dengan meningkatkan penyerapan natrium dan kumuhkan kalium. Aktiviti

fisiologi ini membantu dalam mempertahankan tekanan darah normal dan kadar

denyutan jantung. Bahagian yang kedua ialah zon fasikulata berada di bahagian

tengah dan bahagian paling besar. Selnya merembeskan glukokortikoid. Bahagian

yang ketiga adalah zon retikularis merupakan bahagian korteks paling dalam dan

menghampiri bahagian medula. Selnya merembeskan hormon androgen.

Page 8: Sistem endokrin esei

Proses yang berlaku ketika

dalam keadaan takut

Proses ini berlaku di dalam medula adrenal. Apabila seseorang itu takut,

oksigen akan berkurang di dalam darah dan ia memberi kesan kepada medula

adrenal. Apabila ini berlaku, lobus frontal akan merangsang hipotalamus. Kemudian,

hipotalamus akan ke medula oblongata seterusnya menghantar impuls di sepanjang

saraf simpatetik yang akan menyebabkan pembebasan adrenalin oleh medula

adrenal ke dalam aliran darah. Apabila keadaan telah stabil, maklumat akan dihantar

semula ke hipotamus dan hipotalamus akan berhenti memproses.

Pankreas merupakan tisu endokrin bagi sistem penghadaman. Pankreas

terdiri daripada kelenjar endokrin serta eksokrin (exocrine). Pankreas adalah organ

leper yang berukuran antara 12.5 hingga 15cm. Ia berada pada lengkungan

deodenum (bahagian pertama usus kecil). Ia juga terdiri daripada 3 bahagian utama

iaitu head (kepala), body (badan) dan tail (ekor). Terdapat kumpulan sel istimewa

yang dinamakan sel Langerhans. Sel Langerhans menghasilkan hormon insulin yang

terus menyerap masuk ke dalam aliran darah (endokrin).

Page 9: Sistem endokrin esei

Pankreas proses hemeostasis kandungan

glukosa dalam darah

Insulin adalah penting untuk proses metabolisma karbohidrat. Sel langerhans

terdiri daripada 4 jenis sel iaitu sel alpha (sel A) yang rembeskan glukagon, sel beta

(sel B) yang rembeskan insulin, sel delta (sel D) yang rembeskan somatostatin dan

sel F yang merembeskan polipeptida pankreatik. Insulin membantu menurunkan

kandungan gula dalam darah manakala glukagon meningkatkan kadar gula dalam

darah. Tindakan glukagon bila kadar gula dalam darah rendah, dan asid amino

dalam darah meningkat. Kesannya glukoagon ini juga sama dengan kesan kortisol,

GH dan epinefrin. Dalam meningkatkan kadar gula darah, glukagon merangsang

glikogenolisis (pemecahan glikogen menjadi glukosa) dan meningkatkan asid amino

dari otot serta meningkatkan glukoneogenesis (pemecahan glukosa dari yang bukan

karbohidrat). Dalam metabolisme lemak, glukagon meningkatkan lipolisis

(pemecahan lemak).

Kekurangan insulin akan menyebabkan aras glukosa meningkat dan

berpenyakit diabetes melitus. Akibat berlebihan insulin pula akan menyebabkan aras

glukosa menurun. Sekiranya glukagon kurang di dalam badan, seseorang itu akan

Page 10: Sistem endokrin esei

menjadi kurang aktif dari segi mental dan fizikal dan jika berlebihan, seseorang itu

akan menjadi terlalu aktif dari segi mental dan fizikal.

Testis adalah berpasangan yg berbentuk oval dilitupi kantung skrotum. Selain

menghasilkan sperma, testis turut menghasilkan hormon androgen iaitu Testosteron.

Hormon ini penting untuk regulasi penghasilan sperma dan merangsang

perkembangan sifat maskulin seorang lelaki. Testis juga menghasilkan Inhibin bagi

merencat penghasilan FSH. Ovari merupakan telur atau jasad tisu berbentuk oval

yang hadir sepasang pada rongga pelvic wanita. Ia menghasilkan beberapa jenis

hormon iaitu estrogen dan progesteron. Hormon estrogen adalah untuk mengawal

perkembangan organ seks dan ciri sekunder seks dalam perempuan dan untuk

merangsang penebalan dinding uterus bagi membolehkan proses penempelan ovum

tersenyawa pada dinding uterus. Hormon progesteron pula bagi mengekalkan

penebalan dinding uterus yang dapat menyokong perkembangan zigot dan fetus,

menghalang proses pengovulan dan merangsang pembesaran kelenjar susu

semasa kelahiran.

Testis ovari

Kesan kekurangan hormon aldestron, badan akan kehilangan air dan garam

mineral secara berlebihan dan otot-otot juga menjadi lemah. Manakala kesan

daripada berlebihan hormon ini, menyebabkan perkembangan otot yang kuat. Akibat

kekurangan hormon estrogen dan progestron dalam ovari, ciri seks sekunder dan

organ seks tidak akan berkembang dengan sempurna dan akan menyebabkan

keguguran fetus. Jika berlebihan hormon ini, kanak-kanak akan mempunyai ciri

perempuan dan mencapai kematangan terlalu awal pada peringkat kanak-kanak.

Page 11: Sistem endokrin esei

Jika berlebihan hormon progestron pula akan membuat kegagalan untuk melahirkan

anak pada masa yang betul dan kegagalan pengecutan uterus semasa kelahiran

anak. Kekurangan hormon testosteron akan menjejaskan perkembangan ciri seks

sekunder dan berlebihan hormon, kanak-kanak akan bersifat kelelakian dan

mencapai kematangan pada peringkat awal.

Kelenjar timus terletak dalam toraks. Ia berwarna kemerah-merahan dan

terdiri daripada dua lobus. Saiznya sangat kecil dengan berat kira-kira 10g bagi bayi

yang baru lahir dan beratnya bertambah kepada 30 hingga 40g pada waktu remaja

dan kemudian mengecut semula. Kelenjar timus berkaitan dengan penghasilan

antibodi. Ia berperanan dalam pertahanan tubuh terhadap jangkitan. Sebahagian

besar strukturnya terbina daripada tisu limfatika.

Kelenjar timus

Kelenjar pineal terletak pada korpus kalosum dan bersaiz kecil dan berwarna

merah. Ia dilapisi oleh kapsul yang bernama pia mater. Kelenjar ini menghasilkan

hormon melatonin dan adrenoglomerulotropin. Melatonin boleh merencatkan aktiviti

pembiakan dengan cara merencatkan hormon gonadotropik. Adrenoglomerulotropin

pula merangsang korteks adrenal untuk merembeskan mineralokortikod.

Page 12: Sistem endokrin esei

Kelenjar pineal

BIBLIOGRAFI

Mohd Zairi Husain, 2009, Asas Anatomi Dan Fisiologi, OUM, Meteor Doc. Sdn. Bhd

Page 13: Sistem endokrin esei