74
KEMUNCULAN & PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA SEJARAH TINGKATAN 5

Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

KEMUNCULAN & PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

SEJARAHTINGKATAN 5

Page 2: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

IMPERIALISME BARAT DI A. TENGGARA

• Imperialisme berasal daripada perkataan imperialste yang menggambarkan tentang kehebatan Empayar Napoleon. Konsep ini diperkenalkan di Perancis pada 1830-an.

• Imperialisme bermaksud dasar perluasan kuasa sesebuah negara dalam meluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu.

• Ianya telah berlaku sejak Empayar Rom dan Yunani lagi.• Imperialisme moden bermula sejak abad ke-15 apabila

kuasa Barat menguasai wilayah-wilayah di Amerika Latin, Afrika dan Asia.

Page 3: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1
Page 4: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

IMPERIALIS BARAT

• Antara kuasa Barat yang terlibat dengan imperialisme di Asia Tenggara ialah Portugal, Sepanyol, Belanda, Perancis dan Amerika.

• Portugal adalah antara yang terawal sebagai imperialis Barat apabila berjaya menawan Melaka pada 1511.

• Pada mulanya, mereka bertujuan untuk menguasai kepentingan perdagangan rempah sahaja.

Page 5: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

• Tetapi apabila tercetus Revolusi Perindustrian di Eropah, persaingan antara kuasa Barat semakin sengit dan perluasan kuasa politik secara langsung telah berlaku.

• Menjelang 1914, seluruh Asia Tenggara telah dijajah oleh Barat sepenuhnya kecuali Thailand.

IMPERIALIS BARAT

Page 6: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

IMPERIALIS BARAT

Page 7: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

IMPERIALIS BARAT

Page 8: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

FAKTOR² IMPERIALISME BARAT

• REVOLUSI PERINDUSTRIAN– Revolusi Perindustrian yang berlaku di Eropah telah

mengubah dasar imperialisme Barat di Timur.– Jika dahulu mereka bertujuan untuk mendapatkan

barang dagangan seperti teh dan rempah sahaja.– Apabila berlaku perkembangan yang pesat dalam

sektor perindustrian di Barat pada kurun ke-17, telah berlaku pengeluaran hasil perkilangan secara besar-besaran. Ini menyebabkan mereka memerlukan bekalan bahan mentah yang banyak dan berterusan.

Page 9: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

– Selain itu, mereka juga terpaksa mencari pasaran baru untuk memasarkan barangan mereka.

– Ini menyebabkan berlakunya perluasan imperialisme yang pesat di Timur terutama sekali di China, India dan Asia Tenggara.

– China dan India menjadi sasaran imperialisme Barat untuk menjadi pusat pasaran barangan mereka.

Page 10: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

• KEKAYAAN BAHAN MENTAH– Berbeza dengan India dan China, Asia

Tenggara pula menjadi sasaran mereka untuk mendapatkan bekalan bahan mentah seperti bijih timah kerana Asia Tenggara sememangnya terkenal dengan kekayaan bahan mentahnya.

– Tanah Melayu, Indonesia dan Thailand kaya dengan sumber bijih timah yang diperlukan Imperialis Barat.

Page 11: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

• SISTEM PENGANGKUTAN & PERHUBUNGAN– Ia juga didorong oleh kemajuan sistem pengangkutan

dan perhubungan yang dialami oleh Imperialis Barat.– Penggunaan kapal berkuasa wap dapat

mempercepatkan perjalanan antara Timur dan Barat.– Selain itu barang juga dapat diangkut dengan lebih

banyak.– Pembukaan Terusan Suez juga pada 1869 juga turut

memberi pengaruh yang besar dalam Imperialisme Barat ini kerana ia dapat memendekkan jarak dan masa untuk sampai ke Timur dari Barat.

Page 12: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

– Penciptaan telegraf juga membawa era baru dalam sistem perhubungan. Ini kerana Imperialis Barat dapat memberikan arahan kepada pegawai-pegawainya di tanah jajahan dengan lebih cepat dan mudah.

– Ia juga lebih memudahkan urusan perniagaan serta menggalakkan perdagangan antarabangsa yang lebih pesat.

Page 13: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

• PERSAINGAN KUASA² BARAT– Imperialisme pada masa itu juga merupakan

cara untuk meningkatkan imej negara.– Bagi mereka, semakin luas tanah jajahan

semakin tinggi dan dihormati negara serta bangsa mereka.

– Oleh itu, negara-negara Barat berlumba-lumba untuk menjadi kuasa besar.

Page 14: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

• BEBAN ORANG PUTIH/TUGAS MENYEBARKAN TAMADUN.– Slogan beban orang putih sering digunakan British dan

Belanda untuk menjalankan imperialisme. Kedua-dua kuasa ini mendakwa mereka lebih maju dan bertamadun.

– Mereka berasa bertanggungjawab memimpin orang Timur ke arah kehidupan yang lebih sejahtera.

– Perancis berpegang kepada slogan tugas menyebarkan tamadun. Mereka berasa bertanggungjawab untuk mentamadunkan orang Timur.

– Mubaligh Kristian juga berpendapat mereka bertanggungjawab menyebarkan agama Kristian kepada penduduk tanah jajahan.

Page 15: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1
Page 16: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

PENGENALAN SISTEM BIROKRASI BARAT

Page 17: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

PERUBAHAN SISTEM POLITIK

• Sebelum kedatangan Imperialis Barat, negara-negara di Asia Tenggara mengamalkan sistem pemerintahan beraja.

• Imperialis Barat berpendapat penguasaan terhadap politik negara jajahan sekaligus dapat menguasai ekonomi negara-negara jajahan.

• Ini merupakan matlamat dasar Imperialisme Barat.

Page 18: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

PENGENALAN SISTEM BIROKRASI BARAT

• Apabila kuasa-kuasa Barat mula menguasai Asia Tenggara, sistem birokrasi Barat telah diperkenalkan untuk menggantikan sistem pemerintahan beraja.

• Antara ciri-ciri umum sistem Birokrasi Barat yang diperkenalkan di negara-negara Asia Tenggara ialah:– Penubuhan Kerajaan Pusat hasil penyatuan

wilayah-wilayah di tanah jajahan.

Page 19: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

– Pelantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir di tanah jajahan.• Gabenor Jeneral sebagai pemerintah tertinggi di

negara-negara jajahan yang bertanggungjawab terus kepada Kementerian Hal Ehwal Jajahan di negara masing-masing.

– Pelaksanaan pentadbiran melalui biro (jabatan).• Urusan pentadbiran dijalankan melalui biro-biro

(jabatan-jabatan) yang diketuai oleh pegawai-pegawai Barat.

PENGENALAN SISTEM BIROKRASI BARAT

Page 20: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

– Pelantikan pegawai Barat sebagai ketua biro.– Pengenalan undang-undang Barat.

• Menggantikan undang-undang tempatan dan bahasa Barat dijadikan bahasa rasmi.

PENGENALAN SISTEM BIROKRASI BARAT

Page 21: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

SISTEM BIROKRASI BARAT DI FILIPINA

• Sebelum kedatangan Sepanyol, Filipina terdiri daripada daerah-daerah kecil dikenali sebagai barangay yang diperintah oleh golongan datu.

• Di bahagian selatan Kepulauan Filipina pula wujud kerajaan-kerajaan Islam.

• Setelah berjaya menguasai Filipina, Sepanyol kemudiannya memperkenalkan sistem pentadbiran berpusat dengan Gabenor Jeneral sebagai pemerintah tertinggi di peringkat pusat.

Page 22: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

• Jawatan Ketua Datuk Bandar pula adalah sebagai Pentadbir Wilayah dan Gabenor Kecil sebagai Pentadbir Bandar.

• Manakala pentadbiran pada peringkat tempatan pula dilaksanakan di bawah Sistem Encomienda.

• Pemerintah sistem Encomienda ialah Encomiendero.

Page 23: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

• Tugas Encomiendero ialah:– Menjaga keamanan.– Mengutip cukai.– Mengkristiankan penduduk barangay.

• Sistem Encomienda dibenci oleh penduduk Filipina kerana sistem ini mengenakan cukai yang tinggi dan kerahan tenaga kepada mereka.

• Encomienda ialah penyatuan barangay-barangay.• Penyatuan barangay telah menyebabkan kemerosotan

terhadap sistem pemerintahan tradisional dan pengaruh golongan datu.

Page 24: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

SISTEM BIROKRASI BARAT DI INDONESIA

• Sebelum kedatangan Belanda, Indonesia terdiri daripada beberapa buah kerajaan yang berasingan seperti kerajaan Mataram dan Bantam di Jawa.

• Kerajaan tersebut diketuai oleh raja dan dibantu oleh golongan pembesar.

• Pada peringkat pentadbiran tempatan pula ia diketuai oleh pembesar daerah atau bupati (di Jawa).

• Setelah Indonesia dikuasai, Belanda membahagikan pentadbiran kepada dua, iaitu pentadbiran pusat dan pentadbiran tempatan.

Page 25: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

• Pentadbiran pusat diketuai oleh Gabenor Jeneral yang bertanggungjawab terhadap kerajaan Belanda.

• Pentadbiran tempatan merupakan pentadbiran peringkat rendah yang dijalankan oleh pembesar-pembesar tempatan di bawah pengawasan pegawai-pegawai Belanda.

• Beberapa jabatan kerajaan ditubuhkan seperti Jabatan Pelajaran (1867) dan Jabatan Pertanian (1905).

Page 26: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

• Dewan-dewan Tempatan telah ditubuhkan dengan diwakili oleh orang-orang Eropah, Indonesia dan Cina. Dewan ini berfungsi sebagai penasihat pentadbiran Belanda tetapi tidak mempunyai kuasa perundangan.

• 1916, Volksraad (Majlis Rakyat) yang dianggap satu langkah ke arah kemerdekaan telah diperkenalkan. Kewujudannya adalah kesan daripada desakan Sarekat Islam iaitu sebuah parti politik yang sangat berpengaruh ketika itu.

Page 27: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

SISTEM BIROKRASI BARAT DI BURMA

• Sebelum kedatangan British, Burma telah mengamalkan sistem pemerintahan beraja di bawah Dinasti Konbaung.

• Kemenangan British dalam Perang Inggeris-Burma III pada 1886 menyebabkan penguasaan British sepenuhnya terhadap Burma dan menghapuskan sistem pemerintahan beraja tersebut.

• Pesuruhjaya Tinggi British telah menjadi pemerintah tertinggi di Burma.

• Institusi Hluttaw (Majlis Diraja) telah hilang fungsi. Jawatan tradisi seperti wun, myothugyi, ahmudan, dan athi dimansuhkan.

Page 28: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

• Akta Kampung Ulu Burma 1887 dan Akta Perkampungan Burma 1889 telah melenyapkan sistem pentadbiran tradisional di Burma.

• Pentadbiran daerah diambil alih oleh Myo-Ok (pegawai bandaran).

• Sistem undang-undang Barat diperkenalkan dan dijadikan undang-undang utama. Undang-undang Barat mengambil alih fungsi raja sebagai penaung sami-sami Buddha. Ini menyebabkan kemerosotan pengaruh golongan agama.

Page 29: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

• Majlis Perundangan telah diperkenalkan dan jabatan-jabatan seperti kesihatan, perhutanan dan pelajaran diwujudkan.

• Balai polis dan kem-kem tentera diwujudkan.

Page 30: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

SISTEM BIROKRASI BARAT DI TANAH MELAYU

• Sebelum kedatangan Portugis, Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan dan konsep ini telah menjadi ikutan negeri-negeri di Tanah Melayu.

• Sayangnya, selepas Portugis berjaya menakluk Melaka, institusi beraja ini telah merosot sedikit demi sedikit.

• Selepas itu, Belanda pula telah menakluk Melaka dan menyebabkan institusi beraja ini terus terhapus.

• Apabila British memerintah, Negeri-negeri Selat telah diwujudkan di mana Melaka, Pulau Pinang, dan Singapura telah digabungkan. Manakala, Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan telah digabungkan dan dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Begitu juga dengan, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu yang telah menggabungkan Kedah, Kelantan, Perlis, Terengganu dan Johor.

Page 31: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

• Pemerintah tertinggi bagi Negeri-negeri Selat ialah Gabenor yang dibantu oleh residen kaunselor bagi ketiga-ketiga negeri tersebut. Manakala, pentadbiran di peringkat kampung yang diketuai oleh penghulu telah dikekalkan.

• British telah memperkenalkan Sistem Residen bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Sistem Penasihat bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.

• Residen dan Penasihat ini di bawah Gabenor Negeri-negeri Selat. Tugas utama mereka ialah menasihati Sultan dalam semua perkara kecuali hal agama Islam dan adat istiadat Melayu.

Page 32: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

• British juga telah memperkenalkan perubahan lain seperti sistem kehakiman Barat, pelaksanaan sistem kutipan cukai, pembahagian negeri kepada beberapa daerah dan penubuhan balai polis.

• Walaupun struktur pentadbiran di Negeri-negeri Melayu tidak berubah tetapi peranan raja dan pembesar Melayu telah terjejas.

Page 33: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

SISTEM BIROKRASI BARAT DI THAILAND

• Sistem birokrasi Barat di Thailand telah diperkenalkan sendiri oleh rajanya, iaitu Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn.

• Raja Mongkut telah melantik 80 orang penasihat Barat untuk mengetuai jabatan-jabatan yang ditubuhkan selain melatih pegawai-pegawai tempatan.

• Penasihat kewangan, penasihat pelabuhan dan polis dibawa dari Britain. Manakala, penasihat kastam dan ketenteraan dibawa dari Amerika Syarikat dan Perancis.

• Raja Chulalongkorn memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah, Majlis Mesyuarat Tertinggi dan Kabinet Menteri.

Page 34: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

• Majlis Penasihat Rendah dan Majlis Mesyuarat Tertinggi merupakan badan penasihat raja dalam pentadbiran negara.

• Kabinet Menteri pula terdiri daripada golongan bangsawan berpendidikan Barat yang mengetuai kementerian.

• Bukan itu sahaja, juruaudit dari Britain juga telah dilantik untuk berkhidmat dalam perbendaharaan negara.

• Kesan daripada itu, muncul golongan baru yang terdiri daripada pentadbir yang mempunyai kedudukan dalam birokrasi moden berdasarkan tahap pendidikan mereka.

Page 35: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

• 1932, sistem Raja Berperlembagaan sebagaimana di Barat telah diperkenalkan untuk menggantikan sistem raja berkuasa mutlak.

• Perubahan yang dibuat ini telah mengurangkan pengaruh pembesar tradisional dan institusi raja.

• Pemodenan pentadbiran yang dilakukan telah mengekalkan kemerdekaan Thailand sehingga kini di mana Thailand merupakan satu-satunya negara di Asia Tenggara yang tidak pernah dijajah oleh Imperialis Barat.

Page 36: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

SISTEM BIROKRASI BARAT DI INDOCHINA

• Sebelum Perancis datang ke Indochina, negeri-negeri di Indochina ditadbir oleh sebuah kerajaan pusat berkuasa mutlak yang memberikan kuasa penuh kepada pembesar tempatan.

• Setiap birokrasi diketuai oleh golongan Mandarin. Golongan ini dipengaruhi oleh sistem pentadbiran Tanah Besar China.

• Mereka dipilih melalui peperiksaan dalam bidang bahasa dan kesusasteraan China.

• Selepas Perancis menguasai Indochina, pentadbiran di situ diketuai oleh seorang Gabenor Jeneral yang bertanggungjawab terus kepada Tanah Jajahan di Paris.

• Perancis telah membentuk kerajaan pusat dengan menubuhkan Union Indochinoise.

Page 37: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

• Union Indochinoise 1887 itu merupakan Persekutuan Indochina yang terdiri daripada Vietnam dan Kemboja.

• Laos menyertainya pada tahun 1904. Ianya diketuai oleh Gabenor Jeneral dan Perancis menguasai keseluruhan pentadbiran.

• Semua undang-undang di negara itu diluluskan oleh Parlimen Perancis.

• Tetapi, pentadbiran kerajaan tempatan tidak dicampuri oleh kerajaan pusat, mereka hanya perlu membayar cukai dan menyediakan kerahan tenaga.

Page 38: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

KESAN² PENGENALAN SISTEM BIROKRASI BARAT

• Institusi Beraja telah terhapus sebagaimana yang berlaku kepada Melaka dan Burma.

• Peranan raja telah diambil alih oleh Imperialis Barat sebagaimana yang berlaku ke atas Tanah Melayu dan Indonesia.

• Sistem Beraja berkuasa mutlak seperti Thailand telah digantikan dengan sistem Raja Berperlembagaan Barat.

• Peranan raja sebagai penaung agama Buddha telah diambil alih sebagaimana yang berlaku di Burma.

Page 39: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

• Wilayah-wilayah atau negeri-negeri telah disatukan menjadi sebuah negara seperti yang berlaku di Persekutuan Tanah Melayu, Filipina, Indochina dan Indonesia.

• Pengaruh pembesar-pembesar tradisional seperti golongan Mandarin di Indochina dan Datu di Filipina telah dihapuskan.

• Sistem undang-undang Barat telah diperkenalkan oleh Imperialis Barat.

• Sistem cukai yang baru diperkenalkan sebagaimana yang berlaku di Tanah Melayu.

• Balai polis dan pasukan polis telah ditubuhkan.

Page 40: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

• Nasionalisme bererti perasaan cintakan bangsa dan negara yang akan membawa kepada gerakan membebaskan tanah air tercinta dalam semua aspek sama ada politik, ekonomi atau sosial.

Page 41: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

FAKTOR² KEMUNCULAN NASIONALISME

• DASAR PENJAJAHAN BARAT– Sistem birokrasi Barat yang diperkenalkan tidak

memberi peluang kepada rakyat tempatan dalam sistem pentadbiran moden di mana mereka terus kekal dalam ekonomi tradisional yang serba kekurangan.

– Sebagai contoh, Sistem Tanaman Paksa (Indonesia) dan Sistem Polo (Filipina) jelas menunjukkan penindasan terhadap penduduk peribumi.

– Sebagai contoh, penduduk tempatan di Indonesia ditindas dan dipaksa menjadi buruh oleh penjajah bagi menjalankan aktiviti pertanian menerusi Sistem Paksa.

Page 42: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

FAKTOR² KEMUNCULAN NASIONALISME

• Penjajah juga mewujudkan jurang sosial dengan menganggap bahawa mereka berada dalam kelas mereka tersendiri. Mereka hanya layak bargaul dengan golongan elit tempatan yang terdiri daripada golongan bangsawan dan golongan pegawai kerajaan yang berpendidikan Barat.

• Manakala, dasar terbuka penjajah terhadap kemasukan imigran telah menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat tempatan kerana penguasaan golongan terbabit dalam bidang ekonomi.

Page 43: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

• PENGARUH AGAMA– Faktor agama telah berjaya menyatukan rakyat

tempatan untuk menghadapi penindasan, pengaruh budaya Barat dan agama Kristian.

– Penubuhan Gerakan Islah di Tanah Melayu dan Indonesia serta Persatuan Belia Buddha (1906) di Burma menunjukkan peranan agama sebagai alat perpaduan dan golongan agama sebagai pencetus nasionalisme pada peringkat awal nasionalisme di Asia Tenggara.

FAKTOR² KEMUNCULAN NASIONALISME

Page 44: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

• Gerakan Islah memperjuangkan Pan-Islamisme (penyatuan dunia Islam menentang penjajah Barat).

• Agama Kristian yang diperkenalkan Sepanyol telah menyatupadukan penduduk peribumi untuk menentang kuasa tersebut.

• Perkara ini berlaku kerana penganut Kristian berbangsa Sepanyol menganggap penganut Kristian tempatan adalah penganut kelas kedua.

FAKTOR² KEMUNCULAN NASIONALISME

Page 45: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

• KARYA KESUSASTERAAN– Karya-karya yang dihasilkan menyampaikan mesej

kesengsaraan dan kekecewaan terhadap penindasan penjajah yang akhirnya membangkitkan kesedaran rakyat dan cinta mereka kepada tanah air.

– Sebagai contoh, di Filipina novel Noli Me Tangere karya Jose Rizal telah mencetuskan gerakan nasionalisme dan menjadi inspirasi terhadap gerakan nasionalisme di Asia Tenggara.

– Manakala, di Indonesia pula cerpen Kerikil-kerikil Tajam dan Ke Makam Bonda karya Chairil Anuar begitu berpengaruh. Di Tanah Melayu pula, novel Putera Gunung Tahan karya Pak Sako adalah di antara novel-novel terkenal yang dapat membangkitkan semangat nasionalisme.

FAKTOR² KEMUNCULAN NASIONALISME

Page 46: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

• SISTEM PENDIDIKAN– Sikap penjajah yang pilih kasih semasa menyediakan kemudahan

pendidikan seperti mengutamakan sekolah yang menggunakan bahasa penjajah sebagai bahasa pengantar adalah salah satu faktor pemangkin nasionalisme Asia Tenggara.

– Penjajah hanya memberikan pendidikan pada peringkat rendah dan terhad kepada golongan elit dan penduduk bandar.

– Di Indonesia contohnya, anak golongan priyayi diberi pendidikan yang tersendiri dan diasingkan daripada anak orang kebanyakan. Sikap ini telah memecahkan perpaduan rakyat tempatan.

– Di Burma pula, pendidikan sekular dan pendidikan mubaligh yang diperkenalkan telah mengancam sekolah Buddha.

– Manakala, di Tanah Melayu pula, lepasan sekolah vernakular sukar mendapat pekerjaan berbanding lepasan sekolah Inggeris.

FAKTOR² KEMUNCULAN NASIONALISME

Page 47: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

• KEMUNCULAN GOLONGAN INTELEKTUAL– Golongan ini adalah golongan yang berpeluang

melanjutkan pelajaran di Barat dan di Asia Barat serta didedahkan dengan idea falsafah Barat dan Islam.

– Pengalaman mereka telah menyedarkan mereka bahawa pihak penjajah tidak mentadbir tanah jajahan sebaik mentadbir negara mereka sendiri.

– Golongan ini telah memimpin gerakan nasionalisme selepas kembali ke tanah air yang pada mulanya hanya menuntut taraf hidup bangsa mereka dibela tetapi lama kelamaan berubah kepada meminta penjajah memerdekakan negara mereka.

FAKTOR² KEMUNCULAN NASIONALISME

Page 48: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

• PENGARUH MEDIA MASSA– Akhbar dan majalah menyebarkan idea-idea nasionalis dan

menanamkan perasaan antipenjajah kepada rakyat jelata.– Di Tanah Melayu, media massa seperti al-Ikhwan, Saudara,

Warta Malaya dan Majlis adalah akhbar yang berpengaruh. Manakala, di Vietnam pula, akhbar yang berpengaruh adalah Tribune Indigene dan Cloche Felee.

– Pihak penjajah menganggap perkembangan ini sebagai ancaman terhadap kepentingan politik mereka di tanah jajahan dan sikap mereka ini bertentangan dengan kebebasan akhbar yang diamalkan oleh negara mereka sendiri.

FAKTOR² KEMUNCULAN NASIONALISME

Page 49: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

• SISTEM PERHUBUNGAN DAN PENGANGKUTAN– Dengan adanya perkhidmatan telefon dan telegraf,

ianya telah memudahkan hubungan di kalangan nasionalis.

– Pembinaan jalan raya dan jalan kereta api dapat menghubungkan kawasan-kawasan yang sebelum itu terpisah.

– Hal ini telah memudahkan rakyat dan para pemimpin bertemu dan membincangkan idea-idea nasionalisme.

FAKTOR² KEMUNCULAN NASIONALISME

Page 50: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

• PENGARUH LUAR– Kejayaan Jepun mengalahkan China pada

1895 dan Rusia pada 1905 telah membuka mata para nasionalis di Asia Tenggara kerana keupayaan sebuah negara kecil mengalahkan negara besar.

– Perjuangan Mahatma Gandhi di India semasa menentang British juga telah memberikan para nasionalis satu inspirasi untuk menentang penjajah Barat.

FAKTOR² KEMUNCULAN NASIONALISME

Page 51: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

PERKEMBANGAN NASIONALISME

• Umumnya perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara terbahagi kepada dua tahap.

• Tahap pertama merupakan penentangan penduduk tempatan secara terbuka tetapi bersifat setempat dan tidak berorganisasi.

• Antara ciri-ciri lain ialah isu yang dibangkitkan ialah isu-isu kebudayaan, agama dan hak peribumi.

• Pemimpin yang mengetuai pergerakan ini juga adalah golongan yang berpendidikan Barat dan Asia Barat.

Page 52: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

• Pemimpin-pemimpin ini lebih menekankan kesedaran politik daripada tindakan politik.

• Mereka juga menuntut hak dan taraf hidup mereka dikembalikan serta dibaiki.

• Mereka tidak menuntut kemerdekaan dengan segera.

• Gerakan nasionalisme pada tahap kedua pula lebih radikal dan berorganisasi. Ini kerana gerakan nasionalisme pada tahap pertama tidak berjaya mencapai matlamatnya.

PERKEMBANGAN NASIONALISME

Page 53: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

• Pemimpin yang memimpin gerakan pada tahap kedua ini adalah orang yang berpendidikan dan berpengetahuan luas dalam hal kebudayaan dan ilmu pengetahuan Barat.

• Pemimpin gerakan nasionalisme ketika itu menyedari perubahan yang diperkenalkan oleh penjajah serta kesannya terhadap bangsa dan negara mereka.

• Menuntut kemerdekaan dan membentuk kerajaan sendiri yang berdaulat adalah matlamat perjuangan mereka.

PERKEMBANGAN NASIONALISME

Page 54: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

GERAKAN NASIONALISME DI FILIPINA

• Gerakan nasionalisme di Filipina adalah yang terawal di Asia Tenggara.

• Tahap pertama gerakan ini merupakan gerakan dakyah.• Ia dipimpin oleh Jose Rizal yang sangat berpengaruh

dan disokong oleh golongan pertengahan yang berpendidikan Barat.

• Mereka menuntut supaya Filipina diberi hak yang sama seperti bangsa Sepanyol, menuntut Filipina dijadikan wilayah Sepanyol dan bangsa Filipina diberikan kebebasan bersuara.

Page 55: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

• Apabila tuntutan mereka tidak mendapat perhatian dan tindakan sepenuhnya, Jose Rizal telah menubuhkan Liga Filipina pada 1892 untuk mendesak Sepanyol melakukan pembaharuan politik, ekonomi dan sosial.

• Kerajaan Sepanyol yang berasa terancam dengan tindakan tersebut telah menangkap dan Jose Rizal dan dibuang negeri ke Dapitan di Mindanao.

• Jose Rizal kemudiannya dijatuhkan hukuman bunuh di atas tuduhan terlibat di dalam pemberontakan.

• Walaupun dakyah ini berakhir tetapi gerakan nasionalisme ini telah melancarkan gerakan yang lebih radikal pada tahap kedua.

GERAKAN NASIONALISME DI FILIPINA

Page 56: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

• Gerakan nasionalisme pada tahap kedua pula telah bermula apabila Katipunan ditubuhkan.

• Katipunan telah ditubuhkan oleh Andres Bonifacio yang memulakan penentangan secara radikal ke atas Sepanyol.

• Matlamat perjuangan gerakan ini ialah menyatukan bangsa Filipina dan mencapai kemerdekaan melalui revolusi.

• Media cetak menjadi alat menyebarkan fahaman revolusi Katipunan kepada rakyat dan akhbar rasmi pertubuhan tersebut ialah Kalayan.

GERAKAN NASIONALISME DI FILIPINA

Page 57: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

• Pada 1896, Katipunan telah melancarkan revolusi bersenjata menggulingkan pemerintahan Sepanyol tetapi gagal.

• Pada 1897, Katipunan semakin lemah selepas kematian Bonifacio yang dihukum mati oleh Emilio Aguinaldo selepas berlaku persengketaan antara keduanya.

• Emilio Aguinaldo merupakan anggota Katipunan yang sebelum itu telah dilantik sebagai Datuk Bandar di Cavite pada 1895.

• Pada 1897, Aguinaldo dilantik sebagai Presiden Kerajaan Revolusi Filipina.

GERAKAN NASIONALISME DI FILIPINA

Page 58: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

• Pada 1898, Aguinaldo telah mengadakan kerjasama dengan Amerika Syarikat dan berjaya mengusir Sepanyol daripada Filipina.

• Malangnya, pengusiran tersebut telah menyebabkan penguasaan Amerika Syarikat ke atas Filipina.

• 1899, Amerika tidak mengiktiraf pengisytiharan kemerdekaan Filipina yang telah dibuat oleh Aguinaldo.

• Oleh itu, revolusi perjuangan yang sedia ada telah diteruskan oleh Aguinaldo sehinggalah beliau ditangkap pada 1901.

GERAKAN NASIONALISME DI FILIPINA

Page 59: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

• Kerajaan Amerika terpaksa membenarkan penubuhan parti-parti politik sederhana.

• Pada 1907, Sergio Osmena dari Parti Nasional yang memenangi pilihan raya tahun itu telah dilantik untuk mengetuai Dewan Perhimpunan.

• Namun demikian, nasionalis Filipina hanya kembali menuntut kemerdekaan pada 1930-an melalui Perlembagaan apabila pucuk pimpinan Amerika Syarikat telah bertukar kepada yang lebih liberal.

GERAKAN NASIONALISME DI FILIPINA

Page 60: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

GERAKAN NASIONALISME DI INDONESIA

• Pada tahap pertama, gerakan nasionalis di Indonesia lebih menumpukan perhatian terhadap isu-isu pendidikan kerana mereka berpendapat hanya pendidikan sahaja yang dapat mengubah nasib rakyat Indonesia.

• Raden Adjeng Kartini adalah nasionalis yang berusaha memajukan pendidikan khusus untuk kaum wanita. Karyanya seperti Habis Gelap Terbitlah Terang dan Penulisan Seorang Puteri Jawa telah mendedahkan kemunduran rakyat Indonesia dan penindasan yang dilakukan oleh penjajah.

• Perjuangannya telah menjadi sumber inspirasi kepada para nasionalis selepasnya untuk menubuhkan pertubuhan yang lebih tersusun.

Page 61: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

• Pada 1908, Dr. Wahidin Sudiro Usada telah menubuhkan Budi Utomo yang bertujuan untuk mengembangkan pendidikan Barat, memajukan kebudayaan dan ekonomi Indonesia.

• Antara pertubuhan penting lain pada tahap ini ialah Muhammadiyah yang ditubuhkan pada 1912 bermatlamat menyebarkan Islam yang sebenar, menghindari ancaman sekularisme Barat dan agama Kristian.

• Pertubuhan ini telah membina sekolah, klinik dan masjid untuk keperluan dan kepentingan penduduk tempatan.

GERAKAN NASIONALISME DI INDONESIA

Page 62: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

• Pada tahap kedua pula, gerakan nasionalisme di Indonesia telah memperlihatkan perjuangan politik yang lebih radikal seperti Parti Komunis Indonesia (PKI), Sarekat Islam (SI), dan Parti Nasional Indonesia (PNI).

• Parti-parti politik pada tahap ini lantang menuntut kemerdekaan Indonesia sekalipun dengan cara kekerasan.

• Parti Nasional Indonesia pimpinan Soekarno begitu popular kerana perjuangannya mendapat perhatian dan berjaya mempengaruhi rakyat Indonesia.

GERAKAN NASIONALISME DI INDONESIA

Page 63: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

• Belanda yang semakin tertekan telah menangkap pemimpin yang radikal termasuklah Soekarno dan mengharamkan Parti Nasional Indonesia.

• Soekarno telah menubuhkan Parti Nasionalis Indonesia pada tahun 1927.

• Beliau merupakan seorang pejuang yang radikal.• Beliau telah dipenjarakan oleh Belanda pada 1929-1931.• Beliau telah dibuang ke Flores (Indonesia) pada 1934.• Beliau telah mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia

pada 17 Ogos 1945 dan menjadi presiden pertama pada 1949.

GERAKAN NASIONALISME DI INDONESIA

Page 64: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

GERAKAN NASIONALISME DI INDOCHINA

• Gerakan nasionalisme tahap pertama di Indochina lebih tertumpu di Vietnam dan dipelopori oleh golongan bangsawan dan Mandarin.

• Mereka cuba memulihkan pemerintahan Dinasti Nguyen dan berusaha mengembalikan sistem pentadbiran tradisional.

• Selain itu, golongan menengah yang berpendidikan Barat pula, berusaha memperjuangkan pendidikan Barat di kalangan rakyat .

Page 65: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

• Seorang ketua gerakan ini iaitu Phan Boi Chau telah memimpin satu gerakan revolusi tetapi gagal dan akhirnya telah menubuhkan Viet Nam Quang Phu Hoi (VNQPH) dan melancarkan beberapa pemberontakan di Tongkin serta telah melancarkan gerakan dakyah di Vietnam.

• Phan Boi Chau kemudiannya telah dipenjarakan dan gerakan yang ditubuhkannya telah diharamkan oleh Perancis.

• Pada tahap kedua, gerakan nasionalisme yang ditubuhkan di Indochina lebih bersifat radikal kerana kegagalan parti-parti politik sederhana dalam mendapatkan kerjasama dengan Perancis.

GERAKAN NASIONALISME DI INDOCHINA

Page 66: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

• Antara gerakan yang dimaksudkan ialah Viet Nam Quoc Dang Dang dan Parti Komunis Vietnam. Parti ini cuba menggulingkan Perancis dengan cara kekerasan dan menubuhkan kerajaan Republik Vietnam.

• Perancis tidak berdiam diri dan telah menangkap pemimpin-pemimpin Viet Nam Quoc Dang Dang dan juga telah membunuh Nguyen Thai Hoc.

• Ho Chi Minh daripada Parti Komunis Vietnam telah menyambung perjuangan Viet Nam Quoc Dang Dang iaitu menubuhkan kerajaan Republik secara revolusi.

• Perancis berjaya menyekat perjuangan mereka dan ini telah memaksa Ho Chi Minh melarikan diri ke Hong Kong.

GERAKAN NASIONALISME DI INDOCHINA

Page 67: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

• Kegagalan kedua-dua parti tersebut telah membentuk gerakan nasionalisme bercorak sederhana di bawah pimpinan Maharaja Bao Dai pada 1932.

• Usaha-usaha pembaharuan yang dibuat oleh Maharaja Bao Dai telah disekat dan baginda dilarang daripada terlibat dengan gerakan nasionalisme.

GERAKAN NASIONALISME DI INDOCHINA

Page 68: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

GERAKAN NASIONALISME DI BURMA

• Pada tahap pertama, gerakan nasionalisme di Burma telah dijalankan oleh sami Buddha dan golongan elit berpendidikan Barat.

• Pada 1906, golongan sami Buddha tersebut telah menubuhkan Persatuan Belia Buddha.

• Penubuhannya bertujuan untuk mengekalkan tradisi Buddha dan memajukan pendidikan di kalangan rakyat Burma.

• Mereka menggunakan ISU KASUT untuk membangkitkan semangat nasionalisme di kalangan rakyat. Isu ini berpunca daripada sikap orang Inggeris yang telah menyebabkan kemarahan orang Burma kerana memakai kasut semasa memasuki kuil Buddha di Burma.

Page 69: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

• 1916, persatuan tersebut dipimpin pula oleh nasionalis yang radikal iaitu U Ba Pe dan ramai lagi.

• 1920, pemimpin-pemimpin persatuan tersebut kemudiannya telah menubuhkan Majlis Persatuan Am Kesatuan-Kesatuan Burma.

• Pada tahap kedua pula gerakan nasionalisme muncul apabila Laporan Montagu-Chelsford menyatakan Burma masih belum bersedia untuk memerintah sendiri.

• 1920, Revolusi Pelajar tercetus apabila mereka menuntut penubuhan sebuah universiti untuk rakyat Burma.

GERAKAN NASIONALISME DI BURMA

Page 70: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

• 1922, golongan Sami Buddha telah menubuhkan Majlis Am Sangha Sametggi yang mencetuskan Pemberontakan Saya San.

• Nama pemberontakan tersebut diambil sempena nama pemimpinnya iaitu Saya San seorang bekas pongyi dan pemimpin di Tharawaddy.

• 1930-an muncul pula Liga Anti Pemisahan yang menganggap pemisahan dengan India hanya akan melambatkan proses kemerdekaan.

• Perlembagaan Burma 1935 telah membuka peluang Burma untuk berkerajaan sendiri.

GERAKAN NASIONALISME DI BURMA

Page 71: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

• Pada 1935 juga golongan Thakin (siswazah universiti) menubuhkan Parti Dobama Asiayone untuk menuntut kemerdekaan. Pemimpinnya terdiri daripada Aung San, U Nu dan Kyaw Nein (Tuan).

• 1937, Dr. Ba Maw yang memenangi pilihan raya telah dilantik sebagai Perdana Menteri pertama.

GERAKAN NASIONALISME DI BURMA

Page 72: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

GERAKAN NASIONALISME DI THAILAND

• Gerakan nasionalisme di Thailand berbeza dengan negara Asia Tenggara lain yang anti penjajah.

• Ia sebaliknya bersifat antiraja berkuasa mutlak.• Sistem pendidikan Barat yang dipelajari telah

mendedahkan mereka kepada fahaman liberal, sistem demokrasi, dan sistem raja berperlembagaan kepada golongan intelek di Thailand.

• Kelemahan sistem pentadbiran yang dijalankan oleh Raja Vajiravudh menyebabkan rakyat tidak berpuas hati.

Page 73: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

• Akhirnya, pada 1932, Parti Rakyat telah ditubuhkan oleh Nai Pridi Panomyong dan Field Marshall Phibul Songram.

• Pada tahun itu juga, Parti Rakyat telah melancarkan Revolusi Thai yang telah menamatkan sistem raja berkuasa mutlak.

• Pada tahap kedua pula, gerakan nasionalisme disebabkan oleh rasa tidak puas hati rakyat terhadap penguasaan ekonomi oleh Kapitalis Barat dan orang Cina.

• Semasa Phibul Songram menjadi Perdana Menteri, beliau meluluskan undang-undang untuk menyekat kebebasan dan penguasaan ekonomi oleh orang Cina.

GERAKAN NASIONALISME DI THAILAND

Page 74: Slaid Sejarah Ting 5 Bab 1

• Bukan itu sahaja, sekolah Cina dan akhbar Cina juga telah dibubarkan.

• Penduduk peribumi juga telah digalakkan bergiat aktif dalam aktiviti ekonomi.

• Jawatan tertinggi dalam kerajaan pula hanya untuk penganut agama Buddha.

• 1939, Phibul Songram telah menukar nama Siam kepada Thailand (Tanah Bebas).

• Hasil kerjasamanya dengan Jepun semasa Perang Dunia Kedua, Thailand berjaya mendapatkan semula wilayah-wilayahnya di Indochina dan Tanah Melayu.

GERAKAN NASIONALISME DI THAILAND