87
SEJARAH TINGKATAN 5 BAB 2 NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Slaid sejarah tingkatan 5 bab 2

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

SEJARAHTINGKATAN 5 BAB 2

NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA

PERANG DUNIA KEDUA

Page 2: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

PERJUANGAN PEMIMPIN TEMPATAN MENENTANG BRITISH.

Penghulu Dol Said

Rentap Syarif Masahor

Page 3: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

Dato’ Maharaja Lela Dato’ Bahaman

Mat Salleh

Page 4: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

Gerakan pemimpin tempatan merupakan reaksi spontan masyarakat tempatan untuk menjaga kepentingan mereka daripada dicerobohi dan dikuasai oleh orang luar.

PERJUANGAN PEMIMPIN TEMPATAN MENENTANG BRITISH

Page 5: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

SEBAB-SEBAB

PENENTANGAN

Eksploitasi Terhadap Ekonomi Tempatan

Pelaksanaan Pentadbiran Barat

terhadap Masyarakat Tempatan

Campur Tangan British dalam Adat Resam Tempatan

Pembesar Tempatan Kehilangan Kuasa

dan PengaruhKesulitan Penduduk

Tempatan

Dasar Penaklukan British

SEBAB-SEBAB PENENTANGAN

Page 6: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

Dasar Penaklukan British Penaklukan British bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politiknya.

Kawasan itu akan terikat dengan perintah dan peraturannya.

Misalnya, apabila British mendapat Melaka daripada Belanda, Naning dipaksa menjadi jajahan takluk British dan membayar ufti.

SEBAB-SEBAB PENENTANGAN

Page 7: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

Hasrat British Untuk Menguasai Ekonomi Tempatan Bagi Kepentingan Mereka. Dilakukan melalui perjanjian yang dimeterai oleh mereka dengan pemimpin tempatan.

Menerusi perjanjian ini, saudagar dari Negeri-Negeri Selat dibenarkan menjalankan perlombongan dan perdagangan bijih timah.

Hal ini telah menimbulkan kemarahan penduduk tempatan terhadap British.

SEBAB-SEBAB PENENTANGAN

Page 8: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

British Telah Memaksakan Sistem Pentadbiran Barat Kepada Penduduk Tempatan. British telah memperkenalkan sistem cukai, undang-

undang dan peraturan-peraturan tanah untuk mendapatkan hasil yang maksimum.

Di Terengganu, penentangan berlaku kerana British telah menetapkan bahawa setiap tanah yang hendak dibuka oleh penduduk tempatan mestilah mendapat keizinan mereka dan dikenakan cukai tanah.

Peraturan bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat tempatan yang membolehkan mereka membuka tanah mengikut keperluan mereka tanpa membayar cukai.

SEBAB-SEBAB PENENTANGAN

Page 9: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

Campur Tangan British Dalam Adat Resam Tempatan. Sebagai penjajah, British memaksa mereka menerima nilai-nilai British yang amat bertentangan dengan budaya masyarakat tempatan.

Di Perak, J.W.W. Birch telah campur tangan dalam adat resam masyarakat Melayu yang diamalkan selama ini, iaitu amalan menggunakan orang suruhan.

Tindakan beliau ini ditentang oleh pemimpin dan masyarakat tempatan.

SEBAB-SEBAB PENENTANGAN

Page 10: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

Pemimpin Tempatan Kehilangan Kuasa Dan Pengaruh Pentadbiran Terhadap Kawasan Dan Anak Buah Mereka Kebanyakan pemimpin tempatan itu telah dilantik

oleh sultan ataupun oleh masyarakatnya untuk mentadbir kawasan tersebut.

Dengan pelantikan itu mereka berkuasa untuk menjaga hal ehwal daerahnya seperti soal pentadbiran, perundangan, ekonomi dan sosial.

Namun, penjajahan British terhadap daerah mereka menyebabkan pemimpin tempatan kehilangan kuasa.

SEBAB-SEBAB PENENTANGAN

Page 11: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

Kesulitan Penduduk TempatanPenduduk tempatan tertekan dengan pelaksanaan undang-undang British yang menyulitkan kehidupan mereka.

Bangkit menentang British bersama-sama pembesar tempatan.

SEBAB-SEBAB PENENTANGAN

Page 12: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

Terangkan sebab-sebab penentangan masyarakat tempatan terhadap British di Tanah Melayu.

[8 markah]

LATIHAN ULANGKAJI

Page 13: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN

Page 14: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN

Page 15: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

NANING (1831-1833) – Penghulu Dol Said.Penentangan oleh Penghulu Dol Said di Naning adalah yang paling awal berlaku di Tanah Melayu iaitu antara 1831-1833.

Beliau menentang British kerana tidak bersetuju dengan tindakan British yang meletakkan Naning di bawah jajahan takluknya.

Penghulu Dol Said mengingkari arahan British supaya Naning menghantar 1/10 hasilnya sebagai ufti kepada negeri Melaka.

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN

Page 16: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

Ini menyebabkan British menghantar tenteranya untuk menakluk Naning pada tahun 1831.

Pasukan British ini ditentang oleh Penghulu Dol Said dengan bantuan ketenteraan daripada : Yam Tuan Ali (Rembau)Syed Shaban (Penghulu Remai dan Rechat)Dato’ Kelana Sungai UjongPenghulu Gemencheh

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN

Page 17: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

Pasukan ini telah berjaya mengalahkan 150 orang tentera British pimpinan Kapten Wyllie yang berusaha untuk menawan Taboh yang terletak di dalam daerah Naning.

British dengan 1200 orang tentera sekali lagi menyerang Naning pada akhir tahun 1832.

Tetapi pada kali ini Penghulu Dol Said dan pengikut-pengikutnya tidak dibantu oleh sesiapa yang menyebabkan mereka kalah di tangan pasukan British.

Akhirnya, Penghulu Dol Said terpaksa menyerah diri dan dia telah dibawa ke Melaka.

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN

Page 18: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2
Page 19: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

Sarawak – Linggir, Rentap dan Syarif Masahor. Penentangan di Sarawak sama dengan penentangan di

Naning. Pada tahun 1842, James Brooke yang digelar Raja Putih

Sarawak telah berusaha untuk menguasai beberapa buah daerah pedalaman sehingga menimbulkan banyak bantahan daripada pemimpin tempatan.

Keengganan mereka menyerahkan daerah mereka kepada James Brooke menyebabkan James Brooke menyerang daerah-daerah tersebut.

Penentangan di Sarawak diketuai oleh pemimpin-pemimpin seperti Rentap, Rentap dan Syarif Masahor yang mana corak penentangannya adalah sama.

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN

Page 20: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

LINGGIR (1849).Beliau merupakan pemimpin kaum Iban di Saribas yang menentang penaklukan James Brooke pada tahun 1849 dengan menyerang kapal Nemesis dekat Batang Lupar.

Serangan ini merupakan tindak balas terhadap langkah James Brooke dan Kapten Farquhar yang menghalang pelayaran mereka di Sungai Saribas.

Walau bagaimanapun, Linggir dan pengikutnya tidak berjaya dalam pertempuran tersebut.

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN

Page 21: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

RENTAP (Nama sebenar Libau dan bergelar Raja Darat dan Raja Ulu). Rentap bermaksud penggoncang dunia merupakan

pemimpin Iban yang menentang James Brooke pada tahun 1853 kerana tindakan James Brooke yang menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang yang dianggap lanun.

Beliau telah membuat serangan ke atas pasukan James Brooke di Kubu Nanga Skrang untuk menghalang kezaliman James Brooke di daerah tersebut.

Serangan ini telah berjaya mengusir James Brooke tetapi tentera James Brooke telah bertindak balas dengan membakar kampung mereka.

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN

Page 22: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

Rentap dan pengikutnya berundur ke Bukit Sadok tetapi sekali lagi mereka diserang oleh James Brooke.

Tentera James Brooke telah berjaya mengalahkan Rentap dan pengikut-pengikutnya pada tahun 1861.

Ini menyebabkan beliau terpaksa berundur ke Ulu Sungai Entabai dan serangannya semakin lemah.

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN

Page 23: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

SYARIF MASAHOR (1857). Syarif Masahor merupakan Gabenor Sarikei yang

dilantik oleh Sultan Brunei dan sangat dihormati oleh orang Iban dan Melanau.

Penentangan orang Melayu di bawah pimpinan Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Gapur berlaku kerana mereka menolak penguasaan James Brooke di Sungai Rajang iaitu wilayah mereka pada tahun 1857.

Ini kerana penguasaan James Brooke ke atas wilayah mereka akan menyebabkan mereka kehilangan kuasa memungut cukai dan pengaruh terhadap penduduk tempatan.

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN

Page 24: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

James Brooke telah membina sebuah kubu di Kanowit pada tahun 1858 yang kemudiannya telah diserang oleh Syarif Masahor.

Seterusnya, beliau dan Datu Patinggi Abdul Gapor telah menyerang James Brooke di Kuching namun tentangan mereka gagal.

Syarif Masahor melarikan diri ke Brunei tetapi kemudian diserahkan kepada British di Singapura oleh Sultan Brunei.

Datu Patinggi Abdul Gapur melarikan diri ke Betawi tetapi beliau berjaya ditahan oleh Belanda dan diserahkan kepada James Brooke.

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN

Page 25: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2
Page 26: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

Sabah–Mat Salleh (Mohammad Salleh bin Datu Balu, berketurunan Suku Sulu Paitan).Beberapa siri penentangan terhadap Syarikat Borneo Utara British (SBUB) di Sabah telah dilakukan oleh pemimpin tempatan.

Penentangan yang paling besar telah dilakukan oleh Mat Salleh yang merupakan pemerintah daerah Tambunan dan Sungai Sugut.

Penentangan ini disebabkan pihak SBUB tidak menghiraukan kedudukan Mat Salleh.

Ini kerana mereka bukan sahaja menduduki kawasan pengaruh Mat Salleh tetapi turut melaksanakan sistem cukai kepala dan surat perahu.

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN

Page 27: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

Pegawai-pegawai syarikat juga bersikap kasar terhadap penduduk tempatan.

Mat Salleh telah ke Sandakan untuk berbincang dengan SBUB tetapi tidak dilayan malah kampungnya telah diserang dan dibakar oleh Gabenor Beaufort yang menyebabkan Mat Salleh terpaksa melarikan diri.

Namun, pada tahun 1897, beliau dan pengikutnya telah membuat serangan mengejut terhadap kubu SBUB di Pulau Gaya.

Ini membuatkan SBUB menawarkan pelan damai kepada Mat Salleh iaitu menyerahkan Tambunan kepadanya.

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN

Page 28: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

Walau bagaimanapun, SBUB telah mungkir janji dan ini menyebabkan Mat Salleh sekali lagi menyerang kubu SBUB.

Serangan ini dibalas oleh SBUB dengan menyerang kubu Mat Salleh.

Beliau akhirnya tewas dan meninggal dunia pada 31 Januari 1900.

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN

Page 29: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2
Page 30: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

Perak–Dato’ Maharaja Lela.Penguasaan British di Perak yang didalangi oleh J.W.W Birch telah mendapat tentangan daripada orang tempatan di bawah pimpinan Dato’ Maharaja Lela (Pandak Limo bin Machang Lela Tok Mahmud) yang merupakan pembesar kelapan Perak dengan gelaran Orang Kaya-Kaya Maharaja Lela Tun Jana Putra.

Penentangan di Perak ini dilakukan secara bersatu oleh semua pembesar dan sultan.

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN

Page 31: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

Sebab penentangan penduduk tempatan Perak terhadap British ialah : Residen memungkiri fungsinya sebagai penasihat

seperti yang termaktub dalam Perjanjian Pangkor 1874.

Para pembesar menolak sistem cukai yang menghapuskan hak mereka.

Para pembesar menolak penguasaan British terhadap kawasan mereka.

Para pembesar menolak campur tangan British dalam adat resam dan hal ehwal tempatan

J.W.W Birch tidak menghormati sistem sosial tempatan dan tidak tahu berbahasa Melayu.

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN

Page 32: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

Pada tahun 1874 Perjanjian Pangkor ditandatangan oleh Sultan Abdullah dan Sir Andrew Clarke menyebabkanberlaku bantahan terbuka oleh pembesar Melayu Perak terhadap campur tangan British.

Dato' Maharaja Lela membuat Kubu di Pasir Salak dengan mengadakan mesyuarat di Durian Sebatang antaraDato' Maharaja Lela dengan pembesar-pembesar Melayubertujuan menentang undang-undang British.

Selepas bermesyuarat Dato' Maharaja Lela bersetuju membunuh J.W.W. Birch manakala Sultan Abdullah memberitahu Sultan Ismail tentang rancangan tersebut.

Sultan Abdulah terpaksa menyerahkan Perak kepada British walaupun berlaku penentangan terhadap British.

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN

Page 33: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

Mat Arshad, orang suruhan British, dibunuh oleh penduduk tempatan semasa menampal poster cukai di Pasir Salak.

Pembunuhan J.W.W. Birch oleh Seputum, Pandak Lam dan lain-lain lagi atas arahan Dato' Maharaja Lela di Sungai Perak, Pasir Salak.

Pihak British dengan 500 orang tenteranya melancarkan serangan terhadap Pasir Salak menyebabkan Dato‘ Maharaja Lela dan Dato' Sagor melarikan diri ke Kota Lama.

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN

Page 34: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

Semua yang terlibat dengan pembunuhan J.W.W. Birch ditangkap dan dibicara oleh Raja Idris sebagai hakim manakala penasihat perbicaraan ialah Frank Swettenham.

Dato' Maharaja Lela bersama-sama Dato' Sagor, Pandak Lam, Seputum dan Pandak Indut dijatuhi hukuman gantung, Sultan Ismail dibuang negeri ke Johor, Sultan Abdullah, Menteri Ngah Ibrahim, Syahbandar dan Laksamana pula dibuang negeri ke Pulau Seychelles.

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN

Page 35: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2
Page 36: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

Negeri Sembilan-Yam Tuan Antah Yam Tuan Antah Sri Menanti dan Dato’ Syahbandar

menentang kemasukan dan penguasaan British di Sungai Ujong.

Dato’ Syahbandar Sungai Ujong enggan menandatangani perjanjian dengan British.

Pada masa yang sama beliau menentang Dato’ Kelana Sungai Ujong yang mempelawa British untuk campur tangan dalam pertikaian mereka berebut kawasan sempadan untuk mengenakan cukai kepada pedagang bijih timah dari Neger- Negeri Selat.

Dengan kerjasama British,Dato Kelana Syed Abdul Rahman berjaya mengalahkan Dato’ Syahbandar Abdullah Tunggal untuk menguasai Sungai Ujung.

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN

Page 37: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

Dato’ Syahbandar terpaksa berundur ke Selangor tetapi kembali semula ke Sungai Ujong dan menandatangani perjanjian dengan British pada 10 November 1874.

Dato’ Syahbandar bersetuju meletakkan jawatan dan berhijrah ke Singapura manakala Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman menguasai Sungai Ujong tetapi tertakluk di bawah penguasaan British.

Pada tahun 1888 Yam Tuan Antah menandatangani perjanjian damai yang membolehkan penguasaan British di Sungai Ujong.

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN

Page 38: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2
Page 39: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2
Page 40: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

Pahang-Dato’ Bahaman. Dato’ Bahaman menolak pelaksanaan undang-

undang British yang bertentangan dengan adat resam dan sistem politik tempatan seperti sistem kehakiman,pemungutan hasil tanah,sistem cukai dan penubuhan pasukan polis luar oleh Residen British di Pahang.

Pelaksanaan undang-undang tersebut telah menghakis kuasa Dato’ bahaman sebagai Orang Kaya Setia Perkasa Pahlawan Semantan.

Dato, Bahaman dan rakan-rakannya seperti Tok Gajah dan Imam Rasul telah bersatu menentang British selama lima tahun.

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN

Page 41: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

Siri penentangan Dato’ Bahaman dengan menentang pembinaan Balai Polis Lubuk Terua, kawasan pengaruhnya.

Menyerang British kerana menangkap anak buahnya diikuti serangan dan menawan semula Lubuk Terua serta menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai.

British bertindakbalas dengan menghantar tentera menyerang Jeram Ampai menyebabkan Dato’ Bahaman berundur ke Kelantan.

Dato’ Bahaman menetap di Hulu Kelantan manakala tok Gajah dan keluarganya menetap di Hulu Terengganu.

Pada tahun 1896, Dato Bahaman berpindah ke Bangkok diberikan perlindungan politik oleh Raja Chulalongkorn dan menetap di Chieng Mai serta meninggal dunia di sana.

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN

Page 42: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2
Page 43: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

Kelantan-Tok Janggut Penentangan terhadap penjajahan British berlaku

di Pasir Puteh apabila Sistem Penasihat British diperkenalkan dengan memaksa penduduk membayar cukai tanah dan padi.

Tok Janggut membantah perlaksanaan dan enggan membayar cukai tetapi tidak dilayan oleh Pegawai Daerah Pasir Puteh.

Pihak Polis telah diarahkan untuk menangkap Tok Janggut tetapi mereka gagal.

Pada tahun 1915, Tok Janggut,Pembesar dan rakyat tempatan bersetuju menyerang Pasir Puteh dan mereka berjaya mendudukinya.

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN

Page 44: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

Sebuah kerajaan telah dibentuk dengan Engku Besar Jeram sebagai Raja,Tok Janggut sebagai Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai Pegawai Daerah.

British menggunakan nama Sultan Kelantan membawa masuk pasukan tentera dari Negeri Selat dengan Kapal Perang H.M.S Cadmus mendarat di Tumpat dengan menyerang di Saring.

Serangan British yang tersusun dan penggunaan senjatanya yang lebih moden telah menyebabkan Tok Janggut terkorban.

Mayatnya diarak ke seluruh pekan Kota Bharu sebelum digantung di pasar dalam keadaan kepala ke bawah dan kaki ke atas sebagai amaran kepada masyarakat tempatan yang berani menentang British.

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN

Page 45: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2
Page 46: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

Terengganu- Haji Abdul Rahman Limbong. Haji Abdul Rahman Limbong seorang ulamak

menentang British kerana tidak berpuas hati dengan sistem cukai dan undang-undang tanah British di Terengganu.

Beliau mengetuai penduduk kampung membersihkan tanah di Kuala Telemong tanpa menghiraukan peraturan tanah British.

Beliau bersama 300 orang penduduk kampung membuka tanah milik Tengku Nik Maimunah Ibn Sultan Zainal Abidin III dari Lubuk Batu hingga Kampung Pelam.

British berasa bimbang dan dengan jasa baik Tengku Nik Maimunah, mereka dapat disuraikan.

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN

Page 47: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

Penduduk tempatan yang marah melancarkan serangan bersenjata terhadap dasar British berjaya menduduki banggunan kerajaan di Kuala Berang.

Kumpulan di Kuala Telemong bersiap sedia menunggu arahan untuk menentang British.

Dengan menggunakan kuasan dan nama Sultan Terengganu, British telah menghantar tiga orang pembesar Sultan menawan semula Kuala Berang.

Cara ini memudahkan British kerana rakyat Melayu tidak akan menderhaka kepada sultan.

Sepasukan polis seramai 25 orang menyerang Kuala Telemong dan berjaya menumpaskan kebangkitan penduduk tempatan dengan mengorbankan sebelas orang.

Haji Abdul Rahman Limbong pula diserang oleh seramai 50 orang polis yang dibawa dari Singapura berjaya ditahan dan dibuang negeri ke Makkah.

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN

Page 48: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

Pengenalan Sistem politik Barat dan memusnahkan sistem politik tempatan: British meletakkan seorang Residen. Residen mengambil alih pentadbiran negeri daripada

pembesar tempatan. Pembesar diberikan pencen. Pembesar digantikan dengan oleh pegawai British. Kesannya perubahan ini menjatuhkan maruah orang

tempatan /mencabar sistem tempatan/amalan tradisi. Keadaan ini telah membangkitkan kebencian

penduduk terhadap British.

FAKTOR-FAKTOR PEMANGKIN NASIONALISME DI TANAH MELAYU

SEHINGGA PERANG DUNIA KE-2

Page 49: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

Perkembangan sistem pendidikan: Melahirkan golongan intelek Melayu yang mampu

berfikir tentang kemajuan bangsa. Menggunakan idea baru untuk memajukan diri dan

menolak penjajahan British. Mereka menyedari perlunya sumbangan tenaga dan

fikiran mereka untuk menyedarkan bangsa Melayu. Mereka menggunakan idea baru untuk memajukan diri

dan menolak penjajahan.

FAKTOR-FAKTOR PEMANGKIN NASIONALISME DI TANAH MELAYU

SEHINGGA PERANG DUNIA KE-2

Page 50: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

Dasar British dalam sistem pentadbiran: Menggalakkan sesiapa sahaja datang ke Tanah

Melayu. Untuk melabur, berniaga, berdagang, bekerja dan

menetap di Tanah Melayu. Ramai orang asing telah datang ke Tanah Melayu dan

menetap di sini. Kemasukan orang asing yang berterusan telah

meningkatkan jumlah imigran di Tanah Melayu. Ini menimbulkan persaingan kepada penduduk

tempatan. Orang asing menguasai bidang perlombongan,

perladangan getah dan perniagaan. Orang Melayu kekal dengan pertanian padi yang tidak

dimajukan oleh British.

FAKTOR-FAKTOR PEMANGKIN NASIONALISME DI TANAH MELAYU

SEHINGGA PERANG DUNIA KE-2

Page 51: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

British membuka bandar baru sebagai pusat pentadbiran. Orang Melayu tetap tinggal di kampung-kampung dengan

segala kekuranga. Kemajuan ekonomi seperti perniagaan/prasarana /

elektrik / perkhidmatan pos/telefon/sekolah/hospital. Telah meningkatkan taraf hidup di bandar. Keadaan ini menjarakkan lagi jurang taraf hidup antara

orang tempatan di luar bandar dengan imigran lain di bandar.

Dasar British telah memundurkan lagi taraf hidup orang Melayu.

Golongan intelek Melayu menjadikannya sebagai isu gerakan nasionalisme.

FAKTOR-FAKTOR PEMANGKIN NASIONALISME DI TANAH MELAYU

SEHINGGA PERANG DUNIA KE-2

Page 52: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

Pendudukan Jepun menjadi pemangkin terhadap gerakan nasionalisme: konsep Kawasan Kesemakmuran Asia telah

menekankan kebebasan negara negara Asia. Untuk menentukan kemajuan masing-masing dan

meningkatkan persaudaraan dalam kalangan negara tersebut.

Jepun menggalakkan orang tempatan bekerjasama/berjanji untuk memerdekakan Tanah Melayu.

Kesengsaraan hidup akibat kekurangan makanan/ubat-ubatan /kekejaman pentadbiran Jepun menyebabkan penduduk Tanah Melayu membenci penjajahan oleh kuasa Barat atau Timur.

Semua penjajah tetap zalim/menekan kehidupan orang tempatan.

FAKTOR-FAKTOR PEMANGKIN NASIONALISME DI TANAH MELAYU

SEHINGGA PERANG DUNIA KE-2

Page 53: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

Kesannya, apabila British memperkenalkan Malayan Union tahun 1946, orang Melayu menentang.

Mereka tidak mahu dijajah oleh sesiapa pun.

FAKTOR-FAKTOR PEMANGKIN NASIONALISME DI TANAH MELAYU

SEHINGGA PERANG DUNIA KE-2

Page 54: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

Penguasaan Parti Komunis Malaya selama 14 hari tahun 1945 membangkitkan semangat menentang penjajah: PKM menguasai balai-balai polis dan memerintah

dengan kejam. Mereka membunuh dan menangkap sesiapa sahaja

yang dianggap penyokong Jepun. Gerakan ini mencetuskan konflik perkauman. Banyak orang Melayu terbunuh/rumah dibakar oleh

anggota PKM. Dibalas oleh orang Melayu di Perak/Johor

Sembilan/Pahang.

FAKTOR-FAKTOR PEMANGKIN NASIONALISME DI TANAH MELAYU

SEHINGGA PERANG DUNIA KE-2

Page 55: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

Kemunculan mesin cetak: Memberikan kesan kepada penyebaran ilmu

pengetahuan. Mendorong kepada penentangan terhadap British. Melalui buku, akhbar, majalah, kitab agama dan lain-

lain, idea menentang penjajah dapat disebarkan.

FAKTOR-FAKTOR PEMANGKIN NASIONALISME DI TANAH MELAYU

SEHINGGA PERANG DUNIA KE-2

Page 56: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

Gerakan Pan-Islamisme Sedunia memberi kesan terhadap kesedaran semangat kebangsaan: Merupakan gerakan intelektual Islam seluruh dunia

untuk membangkitkan pemahaman yang lebih progresif terhadap Islam.

Bertujuan untuk menentang penjajahan Barat ke atas negara-negara Islam.

Gerakan reformis oleh Syed Muhammad Abduh, pensyarah di Universiti al-Azhar, Mesir telah tersebar luas.

Dalam tulisannya, beliau memberikan kupasan bahawa Islam ialah cara hidup yang menekankan kepentingan dunia dan akhirat.

Islam juga mendorong umatnya menuju kejayaan.

FAKTOR-FAKTOR PEMANGKIN NASIONALISME DI TANAH MELAYU

SEHINGGA PERANG DUNIA KE-2

Page 57: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

Tulisannya disebarkan dalam majalah al-Manar. Gerakan Wahabi yang berlaku di Arab Saudi juga

mendesak matlamat yang sama.

FAKTOR-FAKTOR PEMANGKIN NASIONALISME DI TANAH MELAYU

SEHINGGA PERANG DUNIA KE-2

Page 58: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

Kesedaran Politik Serantau: Indonesia yang rapat dengan Tanah Melayu(geografi)

dan budaya telah mempengaruhi gerakan nasionalisme di Tanah Melayu.

Kesedaran politik dan pendidikan Indonesia yang lebih matang telah melahirkan ramai golongan intelektual.

Penulis yang hebat telah menghasilkan karya yang menjadi bacaan masyarakat di Tanah Melayu.

Idea kebebasan politik dan penentangan terhadap penjajahan telah tersebar luas dan dihayati oleh penduduk tempatan

Kemasukan orang Indonesia ke Tanah Melayu memudahkan penerimaan unsur kegiatan nasionalisme Indonesia di Tanah Melayu.

FAKTOR-FAKTOR PEMANGKIN NASIONALISME DI TANAH MELAYU

SEHINGGA PERANG DUNIA KE-2

Page 59: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

Maksud Gerakan Islah: Gerakan Islah adalah satu gerakan pemulihan yang

berusaha membetulkan pandangan masyarakat Melayu terhadap Islam.

Ia bertujuan untuk memajukan umat Islam berdasarkan ajaran al-Quran dan Hadis.

dipimpin oleh Kaum Muda setelah tamat belajar di Universiti al-Azhar di Mesir.

Tokoh-tokoh /pelopor: Sheikh Tahir Jalaludin Syed Syeikh al-Hadi Dr. Burhanuddin al-Helmy

GERAKAN ISLAH

Page 60: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

Matlamat / tujuan / isu: Menyampaikan idea mereka demi kemajuan umat

Islam selaras dengan kemajuan dunia pada waktu itu. Memajukan ekonomi, pendidikan, politik dan sosial

orang Melayu. Menyematkan sikap mengkritik penjajah ke dalam

fikiran orang Melayu. Mengkritik raja yang tidak berperanan dalam

memajukan orang Melayu. Mengkritik pembesar Melayu yang tidak berperanan

dalam memajukan orang Melayu.

GERAKAN ISLAH

Page 61: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

Akhbar/ Majalah: Al-Imam Neracha Edaran Zaman Pengasuh Saudara

GERAKAN ISLAH

Page 62: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

Tokoh-tokoh:Sheikh Tahir Jalaluddin: Tokoh gerakan Kaum

Muda. merupakan seorang

tokoh yang menjadi pendukung kepada akhbar al-Imam.

menulis dalam majalah al-Manar.

GERAKAN ISLAH

Page 63: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

Syed Syeikh al-Hadi: tokoh gerakan Kaum

Muda. menubuhkan Jelutung

Press. menerbitkan majalah

Saudara. mendirikan madrasah

al-Masyhor di Pulau Pinang.

mengarang Novel Hikayat Faridah Hanum.

GERAKAN ISLAH

Page 64: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

Halangan/Tentangan: Perjuangan Kaum Muda ini telah ditentang oleh Kaum

Tua yang terdiri daripada golongan alim ulama dan telah lama menguasai masyarakat dengan fahaman lama mereka.

Bagi mereka Islam itu hanyalah akhirat dan fardu ain semata-mata sehingga sukar untuk Kaum Muda mempengaruhi masyarakat Melayu megenai ajaran Islam yang sebenarnya.

Gerakan gologan Kaum Muda ini tidak dapat bergerak dengan baik di negeri-negeri Melayu kerana terdapat beberapa undang-undang yang menghalang pengaruh Kaum Muda.

Undang-undang tersebut tidak membenarkan sebarang kegiatan dakwah Islam dilakukan tanpa kebenaran Sultan.

GERAKAN ISLAH

Page 65: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

Risalah dan Buku karya tokoh-tokoh Kaum Muda juga dilarang di bawa masuk ke negeri-negeri Melayu.

Tekanan British dan Kaum Tua tidak dapat menghalang sepenuhnya Gerakan Islah dalam masyarakat Melayu, terutamanya dalam bentuk pendidikan.

GERAKAN ISLAH

Page 66: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

Sumbangan: Beberapa buah madrasah telah ditubuhkan oleh kaum

Muda yang menjalankan sistem pendidikan Islam. Pendidikan tersebut meliputi pendidikan untuk dunia

dan akhirat seperti fardu ain, ilmu hisab dan bahasa Inggeris.

Kaum perempuan juga diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan.

GERAKAN ISLAH

Page 67: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

Akhbar, majalah dan Novel memainkan peranan yang penting dalam melahirkan semangat kebangsaan di Tanah Melayu.

Salah seorang penulis terkenal pada tahun 1920-an ialah Zainal Abidin bin Ahmad ( Zaa’ba ) yang merupakan seorang tokoh bahasa, pemikir dan cendekiawan ulung Melayu.

Antara karya yang terkenal yang dihasilkan oleh Za’ab ialah Ilmu Mengarang Melayu dan Pelita Bahasa Melayu.

Pada tahun-tahun 1930-an muncul pula tokoh-tokoh seperti Dato’ Onn Ja’afar dan Abdul Rahim kajai.

Tulisan mereka telah membangkitkan kesedaran untuk memajukan diri dan bersatu padu, di samping mengkritik dasar-dasar British yang menekan orang Melayu.

Akhbar, majalah dan novel yang dihasilkan pada ketika itu ialah untuk menyedarkan dan seterusnya memajukan bangsa Melayu.

AKHBAR, MAJALAH DAN NOVEL: PENGGERAK KESEDARAN

KEBANGSAAN

Page 68: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

Akhbar Warta Melayu Lembaga Malaya Majlis Utusan Melayu Warta Negara Fajar Sarawak

AKHBAR, MAJALAH DAN NOVEL: PENGGERAK KESEDARAN

KEBANGSAAN

Page 69: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

Akhbar dan Isu yang dibangkitkan.Aspek Sosial/Pendidikan:

Memajukan pendidikan tinggi orang Melayu. Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan. Menyeru orang Melayu supaya meninggalkan sikap

negative seperti memilih kerja dan tidak mahu berusaha.

Menggalakkan tabungan di kalangan orang Melayu untuk pendidikan anak-anak.

Mementingkan kemahiran tradisional orang Melayu seperti pertukangan dan kerja tangan.

Mementingkan pendidikan bahasa Inggeris untuk kemajuan orang Melayu.

AKHBAR, MAJALAH DAN NOVEL: PENGGERAK KESEDARAN

KEBANGSAAN

Page 70: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

Meminta taraf sekolah Melayu dibaiki dengan memberikannya nilai ekonomi.

Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran British.

Mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat Melayu.

AKHBAR, MAJALAH DAN NOVEL: PENGGERAK KESEDARAN

KEBANGSAAN

Page 71: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

Aspek ekonomi: Kurangkan kemasukan pedagang luar yang

mengancam ekonomi tempatan. Galakkan orang Melayu terlibat dalam aktiviti

ekonomi. Melarang orang Melayu daripada menjual tanah

mereka. Menyeru orang Melayu supaya berjimat cermat. Meminta British mengadakan kampung Khas orang

Melayu di Kuala Lumpur.

AKHBAR, MAJALAH DAN NOVEL: PENGGERAK KESEDARAN

KEBANGSAAN

Page 72: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

Aspek politik: Mengkritk British kerana mengurangkan kuasa Raja-

Raja Melayu. Mengkritik para pembesar dan raja-raja Melayu kerana

tidak melaksanakan kemajuan kepada masyarakat Melayu.

Menolak dasar pilih kasih British dalam pentadbiran kerajaan.

Menuntut diadakan Malay Administrative ( M.A.S) untuk melindungi orang Melayu dalam perkhidmatan kerajaan.

Menyeru orang Melayu di seluruh Tanah Melayu supaya bersatu dalam sebuah pertubuhan kebangsaan.

Menentang tuntutan orang luar terhadap politik tempatan.

AKHBAR, MAJALAH DAN NOVEL: PENGGERAK KESEDARAN

KEBANGSAAN

Page 73: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

MajalahPengasuh.Majalah pengasuh ini telah membangkitkan

isu berikut; Membincangkan soal pentafsiran Islam yang progresif

bagi kemajuan ummah. Menggalakkan pendidikan dikalangan orang Melayu. Memperluaskan ilmu dalam semua bidang. Memberikan pentafsiran kepada persoalan orang

Islam. Menggesa orang Melayu menjauhkan diri daripada

sifat buruk.

AKHBAR, MAJALAH DAN NOVEL: PENGGERAK KESEDARAN

KEBANGSAAN

Page 74: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

Guru.Pada tahun 1924, Majalah Guru telah

diterbitkan dan pengarangnya terdiri daripada Muhamad Dato’ Muda Linggi, Yusuf Ahmad dan Mohd Sidin Rashid.

Antara isu-isu yang dibangkitkan oleh Majalah Guru ialah ; Memberikan pendidikan yang secukupnya kepada anak-

anak Melayu Menyeru perpaduan di kalangan orang Melayu. Meniupkan semangat Cinta Negara dan menentang

penjajahan Membaiki taraf hidup orang Melayu Memajukan bahasa dan sastera Melayu Menggalakkan perpaduan di kalangan guru sebagai

pemimpin bahasa.

AKHBAR, MAJALAH DAN NOVEL: PENGGERAK KESEDARAN

KEBANGSAAN

Page 75: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

Bulan Melayu.Pada tahun 1930, Majalah Bulan Melayu telah

diterbitkan oleh Zainon Sulaiman.Majalah Bulan Melayu ini telah

membincangkan isu-isu berikut: Menggalakkan perpaduan di kalangan guru

perempuan Melayu Johor. Menggalakkan wanita mendapat pendidikan untuk

kemajuan diri. Mendorong wanita menjaga kesopanan dengan nilai-

nilai Islam dan budaya Timur. Menggalakkan wanita menjadi obor untuk memajukan

bangsa.

AKHBAR, MAJALAH DAN NOVEL: PENGGERAK KESEDARAN

KEBANGSAAN

Page 76: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

Novel.Novel-novel yang banyak menyempaikan

mesej-mesej kesedaran bangsa ialah: Keris Melaka yang dikarang oleh Ahmad Bakhtiar. Anak Mat Lela Gila oleh Ishak Haji Muhammad. Putera Gunung Tahan oleh Ishak Haji Muhammad. Melor Kuala Lumpur oleh Harun Aminurrashid.

AKHBAR, MAJALAH DAN NOVEL: PENGGERAK KESEDARAN

KEBANGSAAN

Page 77: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

Keris Melaka-Ahmad Bakhtiar: Semangat perjuangan menentang penjajah Barat. Sumbangan tokoh-tokoh Kesultanan Melayu Melaka

seperti Hang Tuah. Gunakan Sejarah sebagai ispirasi dan pedoman untuk

mendorong semangat perjuangan bangsa bagi generasi muda.

AKHBAR, MAJALAH DAN NOVEL: PENGGERAK KESEDARAN

KEBANGSAAN

Page 78: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

Putera Gunung Tahan-Ishak Haji Muhammad. Semangat wira pemuda tempatan dalam menjaga

maruah bangsa. Mencintai tanah air. Berasa bangga dengan kebolehan sendiri. Seorang gadis tempatan yang menolak cinta pegawai

penjajah kerana tidak mahu menjatuhkan maruah bangsa.

AKHBAR, MAJALAH DAN NOVEL: PENGGERAK KESEDARAN

KEBANGSAAN

Page 79: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

Anak Mat Lela Gila- Ishak Haji Muhammad: Semangat anak muda menentang penjajah. Hargai warisan bangsa. Semangat cintakan tanah air. Maruah bangsa lebih berharga daripada kesenangan.

AKHBAR, MAJALAH DAN NOVEL: PENGGERAK KESEDARAN

KEBANGSAAN

Page 80: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

Melor Kuala Lumpur- Harun Aminurrashid: Emansipasi atau kebebasan wanita dalam menentukan

hala tuju kehidupannya. Kepentingan pendidikan moden di kalangan wanita

Melayu. Membuang pandangan negatif yang boleh

menghalang kemajuan bangsa.

AKHBAR, MAJALAH DAN NOVEL: PENGGERAK KESEDARAN

KEBANGSAAN

Page 81: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

PERJUANGAN NASIONALISME OLEH PERSATUAN-PERSATUAN MELAYU

Page 82: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

PERJUANGAN NASIONALISME OLEH PERSATUAN-PERSATUAN MELAYU

Page 83: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

Persatuan Sahabat Pena Malaya ( PASPAM ): Persatuan Sahabat Pena Malaya ( Paspam ) telah ditubuhkan pada 7

April 1934, bertujuan untuk membaiki kedudukan ekonomi dan sosial orang Melayu.

Paspam ialah sebuah bertubuhan yang berlandaskan sastera, tetapi ia cuba menyatupadukan orang Melayu, Sabah dan Sarawak.

Persatuan ini telah dipimpin oleh cendekiawan Pulau Pinang seperti S.M Zainal Abidin B.A.

Melalui pertubuhan ini orang Melayu dapat berkenal-kenalan dan bertukar-tukar pendapat bagi memajukan diri dan bangsa.

Ia juga dapat menggalakkan perpaduan dan persaudaraan di kalangan orang Melayu di seluruh Semanjung Tanah Melayu.

Paspam telah mendapat sambutan yang hangat kerana organisasinya adalah lebih kemas dan mempunyai perlembagaannya sendiri.

Paspam adalah merupakan asas kepada kesedaran perpaduan Melayu.

PERJUANGAN NASIONALISME OLEH PERSATUAN-PERSATUAN MELAYU

Page 84: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

Kesatuan Melayu Muda ( KMM ): KMM dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaakob bersifat politik. Bersifat radikal dan anti-penjajah British. Keanggotaan terdiri daripada lepasan MPSI Tanjung Malim, Perak. Menggalakkan pepaduan di kalangan pemuda melayu. Meningkatkan tahap pendidikan orang melayu. Semasa pendudukan Jepun KMM telah bekerjasama dengan Jepun

untuk menghalau British dari Tanah Melayu. KMM menjadi alat propaganda Jepun dengan membeli akhbar

Warta Malaya. Ahli KMM telah mengelilingi Tanah Melayu untuk mendapatkan

sokongan. KMM telah menubuhkan cawangannya di Maahad Ihya Assyariff di

Gunung Semanggol untuk melatih kader-kader yang dikenali tentera semut.

PERJUANGAN NASIONALISME OLEH PERSATUAN-PERSATUAN MELAYU

Page 85: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

PERJUANGAN NASIONALISME OLEH PERSATUAN-PERSATUAN MELAYU

Page 86: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

GERAKAN NASIONALISME SEMASA PENDUDUKAN JEPUN

Page 87: Slaid  sejarah tingkatan 5 bab 2

GERAKAN NASIONALISME SEMASA PENDUDUKAN JEPUN