Click here to load reader

Tamadun cina part ii

Embed Size (px)

Citation preview

TAMADUN CINA

1TAMADUN CINA[BAHAGIAN II]TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA(TITAS)

2Pelajar dapat:Menerangkan ciri-ciri utama tamadun Cina;Mengenal pasti sumbangan-sumbangan penting tanadun Cina kepada tamadun dunia

HASIL PEMBELAJARAN

SISTEM POLITIK DAN PEMERINTAHAN3Pemikiran politik tradisional Cina tlh terbentuk sejak sebelum dinasti Qin (221SM-207SM).Banyak dipengaruhi oleh aliran-aliran falsafah spt Konfusianisme, Daoisme, Legalisme dan Moisme. Konfusianisme menekankan pemerintahan berdasarkan akhlakMoisme menekankan pemerintahan berdasarkan kebajikanLegalisme menekankan pemerintahan berdasarkan perundanganDaoisme menekankan pemerintahan berdasarkan tabii(wuwei)Sistem politik dan pemerintahan Cina adalah berdasarkan dinasti yang bersifat feudal. Setiap dinasti akan merujuk satu aliran falsafah.

SISTEM KEKELUARGAAN4Masyarakat Cina tradisional pentingkan konsep kekeluargaan. Asas sistem kekeluargaan masyarakat Cina masih memusatkan kuasa bapa (patriachy) dan nasab kaum lelaki (patrilineal) berlanjutan sehingga ke hari ini.Konsep Xiao (berbakti) dan konsep Zhong (taat) merupakan asas dalam sistem kekeluargaan dan sistem kenegaraan dalam aliran KonfusianismeAnak-anak diajar mengenai 5 hubungan asas manusia:Antara suami dan isteriAntara bapa dan anakAntara adik beradikAntara pemerintah dan rakyatAntara kawan-kawan3 hubungan berkaitan dengan keluarga manakala 2 lagi hubungan berkaitan dengan masyarakatOleh itu perhimpunan keluarga setiap tahun Baru Cina misalnya amat bermakna. Yang tua dihormati dan yang telah meninggal dunia diingati.Golongan tertinggi harus menjaga orang bawahan dan golongan bawah perlu menurut perintah. Hubungan kekeluargaan yang erat dipengaruhi oleh idea Konfusius yg menekankan pentingnya konsep ketaatan anak kpd ibubapa. Hal ini penting bagi mengekalkan keturunan keluarga yg baik.Tidak menjaga diri dari kecelekaan atau kesalahan seolah-olah tidak menghormati ibubapa

5ciri-ciri masyarakat yang memperlihatkan pengaruh sistem kekeluargaan Cina termasuklah: Waris sebelah bapa.Pemerintah yang memusatkan kuasa bapa/lelaki.Kuasa suami yang tertinggi.Mementingkan anak lelaki berbanding anak perempuan.Mementingkan pertalian darah dan kaum kerabat keluarga.

PENCAPAIAN DALAM PELBAGAI BIDANG6Kesusasteraan

Telah berlaku sejak 3000 thn lalu. Peranan ahli2 falsafah cina dan maharaja turut.Maharaja Tsuan Tsung (Dinasti Tang) misalnya, memberi naungan kpd gol sasterawan dan beliau juga seorang penyajak dan pemuzik serta meminati lakonan.Antara tokoh sasterawan cina yg terkenal Lu Ji, Zuo Si, Li Bo, Du Fu .Li Bo dikatakan banyak menghasilkan karya sastera dan hanya 1800 karya yg masih ada.Perkembangan kesusasteraan Cina yg pesat dikaitkan dgn penciptaan mesin cetak.

7Kesusasteraan

PuisiAntologi puisi terawal Shi Jing (Classic of Song) mengandungi 305 nyanyian kuil, istana dan rakyat. Wujud antara zaman Zhou Barat hingga Musim Bunga dan Musim Luruh.Dikumpul dari kawasan Lembah Huanghe.Fungsi : sastera, politik dan sosial.Chu Ci (Nyanyian Chu) asal dari muzik dan tarianMewakili antologi puisi Cina awal dari selatan di sekeliling kawasan Sg. Yangzi.Kemuncak perkembangan pada dinasti Tang.

8Kesusasteraan

Ciri-ciri puisi klasik: Berkait rapat dengan muzik.Padat dan singkat.Puisi naratif (deskriptif) yang panjang sangat kurang.Chu Ci (Nyanyian Chu) asal dari muzik dan tarianFungsi sosial, politik dan sastera.

9Kesusasteraan

ProsaProsa klasik (guwen)adalah dominan dalam sastera cina klasik.Prosa klasik berdasarkan stail karya pakar zaman purba khasnya klasik Konfusius dan ahli falsafah lain.Bahasa klasik menjadi medium bg hampir semua penulisan prosa krn ianya menjadi bahasa utk peperiksaan rasmi.Tujuan penulisan prosa adalah utk menyampaikan moral dan etika.Zhuang Zi merupakan prosa Qin yg paling indahShi Ji karya Sima Qian sebuah buku sejarah yg mempunyai penulisan prosa yg terbaik zaman dinasti Han.

10Kesusasteraan

Drama

Drama Cina bersemarak pada zaman dinasti Yuan (1279-1368M). Drama yg paling menarik jenis zaju.Sastera bentuk puisi yang digubah mengikut rentak muzik tertentuZaju bukan sahaja sbg hiburan tetapi berperanan untuk menyatakan rasa tidak puas hati atau sbg alat kritikan. Misalnya: Drama Douer Yuan (Ketidakadilan Douer) karya Guan Hanqing kritik kelemahan pegawai Mongol yang rasuah sehingga seorang suri rumah dihukum mati tanpa sebab. Drama Xixiang ji (Percintaan Kamar Barat) karya Wang Shifu cinta bebas dan menentang tradisi lama dlm perkahwinan

11Kesusasteraan

menyokong nilai2 Cina tradisional spt zhong (kesetiaan), xiao (hormat terhadap ibubapa), jie (kesucian wanita) dan yi (keadilan)digemari oleh golongan pujangga kerana stail nyanyiannya halus dan muziknya bergaya.Akhir kurun 18, drama rakyat dari berlainan daerah mula berkembang dan dipentaskan di Beijing. Dari sinilah lahirnya opera cina yg digemari.Umumnya drama cina lebih menekankan nilai moral berbanding agama seperti dlm prinsip moral Konfusius spt tggjawab terhadap ibubapa dan suami, taat kpd ketua. Tujuannya mendukung kelakuan baik.

12Kesusasteraan

FiksyenDlm istilah cina disebut xiaoshuo percakapan kecil dan percakapan sia2Gemilang pd zaman dinasti Ming (1368-1644) dan dinasti Qing (1644-1911)Antara karya fiksyen:Sanguo Yanyi (Roman tiga negara) mengenani perebutan kuasa antara 3 buah negara pd kurun ke 2Honglou meng (mimpi loteng merah) mengenai kehidupan dan nasib keluarga besar pd zaman dinasti QingShuihu Zhuan (Kisah pinggir air) menggambarkan dunia utopia dan menyokong perubahanXijou ji (perjalanan ke barat) mengenai keghaiban

13Kesenian

Muzik Klasik sistem muzik yg paling lama dan paling berkembangBentuk muzik yg wujud tidak terbilang jumlahnya dan dimainkan di istana, perayaan rakyat dan peristiwa berkaitan agama.Alat-alat muzik diperbuat daripada logam, batu, tanah liat, kulit, sutera, kayu, labu dan buluh.Alatan muzik cina dlm bentuk meniup, genderang, memetik, menggesekBuku Li Ji (Rekod Ritual) & Shi Jing

14Kesenian

Menurut Konfusius, muzik teragung adalah muzik yg harmoni dgn alam sekitar dan melaluinya dapat memulihkan keadaan dunia fizikal.6 jenis emosi: kesedihan, kepuasan, kegembiraan, kemarahan, ketaatan, kecintaanPengaruh muzik cina dapat dilihat dalam tamadun spt Korea dan Vietnam kesan interaksi.

15Kesenian

KaligrafiKaligrafi Cina dianggap unik dan membayangkan kualiti seorang ahli kaligrafi dari segi personaliti.Dalam sistem pendidikan lama, salinan spesimen kaligrafi dari pakar akan dibukukan utk ditiru oleh pelajar.Kaligrafi boleh dilihat dlm bentuk skrol dan pd batu bersurat di pintu tembok, kuil-kuil, papan tanda, pintu gerbang, tiang bangunan dan rumah-rumah. Antara bahan membuat kaligrafi dakwat, berus, kertas dan sutera. Berus biasanya diperbuat daripada bulu kambing, rusa, serigala dan tajam di hujung.Terdapat 4 stail kaligrafi yang biasa digunakan:Kaishu (stail biasa)Lishu (asalnya untuk kegunaan kerani)Xingshu (stail berlari)Caoshu (stail rumput)

Alam semula jadi inspirasi asas kaligrafi

16Kesenian

Seni LukisIanya berkait rapat dgn kaligrafi dan puisi. Kebanyakan pelukis biasanya juga pakar kaligrafi spt Su Dongpo zaman dinasti Song.Sebuah lukisan cina kombinasi seni puisi, kaligrafi, lukisan dan ukir cap.Lukisan tradisional cina terbahagi 2:Xieyi (freehand brushwork)Gongbi (menggunakan garis halus dan teliti)Bahan lukisan adalah sama seperti kaligrafiJenis lukisan landskap, tumbuhan, binatang, potret dan figura.Kebanyakan lukisan cina bersifat simbolik.Simbol popular orkid, konfusius, bunga plum, pokok pain tua.Sifat simbolik ini menjadikan lukisan cina sbg perantara yg membayangkan personaliti, perasaan dan jiwa seseorang pelukis.Turut dipengaruhi tamadun lain spt seni khat Arab yg membentuk seni khat bersifat Cina beragama Islam. Begitu juga pengaruh agama Buddha yang mencorak seni lukis Cina berlatarbelakangkan dewa dewi yg diambil daripada ajaran Buddha

17Kesenian

Seni BinaBangunan yg dibina dalam tradisi Cina mengambilkira kedudukan dan susunatur berpandu kpd teori fengshui (kuasa alam)Tembok merupakan antara binaan penting bertujuan utk pertahanan dan keselamatan. Tembok kota biasanya mempunyai ketinggian 25 30 kaki, mempunyai pintu yg dibuka pd waktu tertentu dan di atasnya terdapat menara. Tembok kota dikelilingi parit dan dipenuhi air yg dalam. Tembok yg terkenal tembok besar Cina.Binaan kayu cina tradisional biasanya diperbuat drpd kayu berkualiti dan mempunyai rangka yg berbentuk tiang dan ambang.Bumbung binaan adalah menonjol, bercerun curam dan melengkung. Bumbung biasanya dipasang tembikar.Antara ciri bentuk binaan pavilion dan pagodaSeni taman berkait rapat dgn seni bina cina

18Seni bina

Ciri-ciri seni bina Cina:Harmoni dengan alam semestaMempunyai tembokBumbung binaan Cina adalah menonjol, bercerun curam dengan cucur bumbung yang melengkung ke atas di sudutnyaPavilion dalam bentuk oktagonal untuk tujuan hiasan, termasuklah pagoda (pengaruh agama Buddha)Bagi orang Cina seni taman berkait rapat dengan seni bina.

19

Aspek penting dalam bidang bahasa, kesusasteraan dan kesenian dalam tamadun Cina: i. Pencapaian kesusasteraan dan kesenian Cina telah memperkayakan tamadun Cina ii. Penggunaan bahasa Cina menyebabkan perkembangan sastera Cina berterusan tanpa gangguan.iii. Kesusasteraan Cina mempunyai fungsi sosial dan politik selain fungsi sastera. iv. Sifat harmoni diutamakan. banyak memperlihatkan ciri-ciri Daoisme dan Buddhisme.

20

Bidang sains & teknologi dlm tamadun Cina menekankan fungsi dan kepentingannya.Merangkumi bidang pertanian, matematik, matematik, astronomi, kalendar, farmakologi, geologi, fizik, kimia, biologi, seni bina, perlombongan dan pelayaran.a. Bidang astronomi:Kemampuan menyediakan katalog bintangmerekod berlakunya gerhana dan kometMenghasilkan peralatan astronomiMenyelenggara rekod astronomiMemperkenalkan sistem kalendarb. Bidang matematik:Penggunaan sempoa (abacus) pd kurun ke 2Menghasilkan karya matematik Jiuzhang zuanshu (sembilan bab matematik ) oleh Zhang Cang pd kurun ke 2SM mengandungi catatan mengenai kuantitif negatif.Mengenal pasti nilai pi, sistem pecahan dan sistem perpuluhan.

Sains & Teknologi

21

Sains & Teknologic. Bidang perubatanAkupuntur dan moxibustion (membakar daun moxa) kaedah perubatan tradisional bagi memperbetulkan peredaran darah.Penggunaan bahan ubat-ubatan daripada herba, binatang dan sumber galian sangat meluas.Antara buku perubatan & farmokologi terkenal:Huangdi neijing (Klasik perubatan Maharaja Kuning) Bencao gangmu (Farmakopeia Agung) oleh Li Shizhen mengandungi 52 jilid farmakologi Cina teragung dan berwibawa hingga kini.

22

Sains & Teknologid . Teknologi CinaAntara kurun ke-15 sehingga ke-11SM, orang Cina sudah tahu akan teknik pengairan, pertanian, astronomi, cara membuat kalendar dan penulisan.

Seawal lebih kurang tahun 200SM, mereka telah menghasilkan abah-abah yang diikat pada dada (breast-strap harness).

Ciptaan ini membolehkan kuda membawa muatan yang lebih berat dengan lebih mudah. la dibawa dari China ke Barat antara kurun ke-7 hingga ke-11 dan adalah asas bagi abah kerongkong yang digunakan masa sekarang.

Kereta sorong (wheelbarrow) yang banyak meringankan tenaga manusia pula dicipta pada kira-kira tahun 200SM.

23

Sains & TeknologiPencapaian teknologi Cina empat penciptaan agung : teknik membuat kertas, pencetakan, bahan letupan dan kompas

Teknik membuat kertas tlh dicipta oleh Cai Lun pd tahun 105 yg diperbuat daripada fiber tumbuh-tumbuhanTeknik percetakan blok diperkenalkan pd zaman dinasti Tang (618-906). Antara buku terawal dicetak Jingang jing (kitab sutera diamond). Pada tahun1045 Bi Sheng mencipta teknik percetakan bergerakBahan letupan mula dicipta oleh ahli kimia Daois utk membuat bunga api. Pada tahun 906, bahan letupan mulai diguna dlm militari.Kompas mula diperkenalkan setelah sifat-sifat magnet diketahui antara kurun pertama dgn kurun ke 6

24Ciri-ciri Istimewa Tamadun CinaJangka hayat panjang:

dikesan sejak 2000 SM dan mampu bertahan kira-kira 4 ribu tahun. zaman kegemilangan semasa Dinasti Han dan Tang. Maharaja-maharaja berwibawa dan berkebolehan seperti Shu Huang Ti, Han Wu Ti dalam usaha penyatuan China Membantu memanjangkan jangka hayat tamadunDinamik

sentiasa berkembang sealiran dengan perkembangan pembentukan sistem pemerintahan. Tokoh penyatuan hevat seperti Shu Huang Ti berjaya menyatukan China. Pembinaan Tembok Besar China idea dan pemikiran beliau

25Ciri-ciri Istimewa Tamadun CinaTiti berat Nilai-Nilai Moral

dalam sistem pemerintahan dan budaya masyarakat Cina. salah satu punca kestabilan tamadun kecenderungan menghayati dan melaksanakan nilai-nilai moral. Nilai Konfusianisme dan Buddhisme asas dalam [embentukan masyarakaratPengaruh yang luas

sejak Dinasti Wei apabila tentera Mongolia menerima pakai adat istiadat dan kod undang-undang Cina dalam pentadbiran mereka. orang Cina yang memeluk Islam terus mengekalkan nama Cina dan mengekalkan cara makan serta berpakaian. Pengaruh ke atas negara-negara Jepun, Korea dan Vietnam ketara. Contoh: Jepun Maharaja Jepun mencontohi corak pemerintahan era Dinasti Tang, ajaran Konfusianisme dan Buddhisme diserap masuk dalam kehiduapan masyarakat. Kewujudan China Town.

Tamadun Cina Dan Relevansinya Di Malaysia26Interaksi antara China dengan Asia Barat dan Eropah agak lembap, berbanding interaksinya dengan Asia Timur.Jalan Sutera Lama - menghubungkan antara China dengan kawasan Asia Timur, Asia Barat Tengah dan Barat, serta Eropah Jalan Sutera Maritim (Laut) yang menghubungkan China dengan kawasan rantau Asia Tenggara, India dan Afrika dikenali sebagaiKebudayaan Cina telah meninggalkan banyak kesan terhadap rantau Asia Tenggara terutamanya melalui pengiriman utusan atau misi diplomatik, perniagaan dan perdagangan, peperangan dan ketenteraan, dan imigrasi.

27Imigrasi orang Cina ke rantau Asia Tenggara secara langsung juga menyumbang kepada interaksi antara budaya terutamanya pemindahan budaya kebendaan antaranya melalui proses amalgamasi dan akulturasi.Hubungan antara tamadun Cina dengan Asia Tenggara mencapai zaman kemuncaknya semasa dinasti Ming (1368-1644) berikutan ekspedisi pelayaran Hulubalang Zheng He (1371-1433). kedudukan yang strategik kerana terletak di pertengahan jalan perdagangan antara dunia timur dan dunia barat, beberapa tamadun dan agama telah bertembung dan berinteraksi di rantau Asia Tenggara.Malaysia merupakan satu model yang unik hasil daripada pertembungan dan interaksi antara tamadun di Asia Tenggara tersebut..

28Interaksi tamadun Cina dan realitinya di Malaysia boleh dilihat di dalam beberapa aspek. Antaranya:Amalan dan budaya masyarakat Cina MalaysiaAspek PerniagaanAspek BudayaAspek Ilmu PengetahuanJati diri

KESIMPULAN29Sumbangan-sumbangan tidak ternilai membantu kejayaan Tamadun Cina.Meletakkan China di kemuncak kegemilangan dan dikongsi oleh tamadun-tamadun lain.

Rujukan30Kementerian Pengajian Tinggi. (2009). Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya. Ahmad Zaki Abd. Latiff (et.al). (2009). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Shah Alam: Oxford Fajar Afifah Abu Yazid(et.al). (2012). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Petaling Jaya :Pearson