Teknik Menjawab Kertas Peperiksaan Sejarah SPM

  • View
    13.945

  • Download
    3

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Powerpoint presentation yang dimuat turun dari blog cikgu sejarah (http://tanyachegusejarah.blogspot.com/) yang dipersembahkan dalam padlet.

Text of Teknik Menjawab Kertas Peperiksaan Sejarah SPM

  • 1. Bermula tahun 2013, SPM bagi mata pelajaran Sejarah mengalami perubahan format peperiksaan. Ia melibatkan beberapa aspek perubahan dalam kertas 1 dan kertas 2. Sejarah Kertas 3 juga diperkenalkan untuk diuji kepada calon peperiksaan. Calon perlu melaksanakan tugasan umum dan tugasan spesifik. Semakin banyak soalan KBAT/KBKK diuji dalam kertas 2 dan kertas 3.

2. CIRI-CIRI KERTAS 1 Bersifat objektif. Konstruk yang diukur: pengetahuan, pemahaman, aplikasi & analisis. Jumlah soalan: 40 soalan. Jumlah markah: 40 soalan. Wajaran: 30%. Masa menjawab: 1 jam. Bentuk soalan: Aneka pilihan dan aneka pelengkap dua pilihan. 3. Soalan Aneka Pilihan: Bagaimanakah kerajaan Funan boleh berubah daripada kerajaan agraria menjadi kerajaan maritim? A Kekurangan hasil pertanian B Perubahan dasar pentadbiran negara C Penguatkuasaan undang-undang yang ketat. D Kedudukan pelabuhan Oc Eo yang strategik. 4. Soalan Aneka Pelengkap Dua Pilihan: Apakah kesan kemasukan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu? I Pengasingan pendidikan II Pengurangan peluang pekerjaan III Peningkatan kadar pengangguran IV Pembahagian kerja mengikut kaum A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 5. Calon perlu menguasai dan memahami keseluruhan sukatan pelajaran tingkatan 4 & 5. Memahami istilah-istilah dan konsep penting dengan merujuk Sudut Tahukah Anda dan Sudut Maklumat dalam buku teks. Menguasai semua fakta, huraian fakta dan contoh bagi setiap sub topik. Latih tubi menjawab soalan SPM tahun-tahun lepas ( 2009, 2010, 2011, 2012, 2013) kerana ia dapat membantu calon mengenal pasti bentuk dan trend soalan. 6. Mengenal pasti sebab sesuatu jawapan itu salah atau betul. Lazimnya terdapat 2 pilihan jawapan yang tidak tepat, 1 jawapan penganggu dan 1 jawapan yang tepat. Kenal pasti dan fahami kehendak soalan. Gunakan kaedah singkir/hapus. Jawapan pilihan anda hendaklah ditanda terus pada kertas jawapan dengan cermat dan teliti. 7. Sekiranya terdapat soalan yang sukar dan kurang yakin jawapannya, calon seharusnya tinggalkan dahulu soalan tersebut sebaliknya meneruskan dengan soalan selanjutnya. Teliti semula soalan bermasalah selepas selesai menjawab soalan-soalan lain. Ingat! Purata masa menjawab bagi satu-satu soalan objektif ialah 1.5 minit. Urus masa menjawab dengan bijak. Selepas selesai menjawab, semak semua jawapan yang telah ditanda dan maklumat lain yang berkaitan. 8. Tips: 15 soalan SPM berulang-ulang setiap tahun. Latih tubi menjawab soalan SPM tahun-tahun lepas. Tetapkan satu skor yang tinggi. (Contoh: 30/40). Jika melepasi aras tersebut, barulah menjawab soalan latih tubi selanjutnya. Pemberatan bagi pilihan jawapan (A,B,C,D) yang betul adalah hampir sama, iaitu 10 ,tambah tolak 2. SPM 2014: A=9, B=12, C=9, D=10. 9. BAHAGIAN A (STRUKTUR) Calon perlu menguasai dan memahami keseluruhan sukatan pelajaran tingkatan 4 & 5. Memahami istilah-istilah dan konsep penting dengan merujuk Sudut Tahukah Anda dan Sudut Maklumat dalam buku teks. Taburan soalan SPM 2013 adalah seimbang mengikut sukatan pelajaran ting. 4 dan 5 iaitu soalan 1 & 2 =tingkatan 4 manakala soalan 3 dan 4 = tingkatan 5. 10. CIRI-CIRI KERTAS 2 Terdiri daripada 2 bahagian iaitu bahagian A (sturktur) dan bahagian B (esei). Konstruk yang diuji: pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, menilai dan menjana idea. Bahagian A: 4 soalan, jumlah markah =40. Bahagian B: 7 soalan, pilih 3, jumlah markah=60. Jumlah markah kertas 2= 100 markah. Wajaran: 50%. Masa menjawab: 2 jam 30 minit. 11. Semasa menjawab, baca dan fahami kehendak soalan. Pastikan jawapan ringkas, padat dan tepat serta tidak tergantung/terlalu umum. Berikan seberapa banyak jawapan iaitu isi atau fakta yang terlintas di akal fikiran tanpa perlu memikirkan ketepatannya mahu pun peruntukan markahnya. Berikan lebih isi/fakta jika anda ingat atau mempunyai lebih masa. Sebaik-baiknya jawapan banyak fakta dan sedikit penerangan/huraian. 12. Sehingga kini kata tugas soalan seperti nyatakan, berikan, namakan, senaraikan, apakah, terangkan, jelaskan dan sebagainya tidak memerlukan cara menjawab yang terperinci. Calon hanya menyatakan isi dan fakta yang berkaitan dengan fokus soalan. Sekiranya terdapat soalan yang sukar dan kurang yakin jawapannya, calon seharusnya tinggalkan dahulu soalan tersebut sebaliknya meneruskan dengan soalan selanjutnya. Teliti semula soalan bermasalah selepas selesai menjawab soalan-soalan lain. 13. Soalan KBAT dalam bahagian A semakin banyak iaitu 22 markah daripada 40 markah yang diperuntukkan. Ini bermakna soalan KBAT diuji pada setiap soalan dan semakin banyak dalam pecahan soalan. Jawab soalan KBAT dengan relevan dan munasabah. Berani berikan apa sahaja idea walaupun anda merasakan idea anda tidak hebat. Risiko tidak menjawab soalan KBAT: menjejas keseluruhan markah dan pastinya sifar markah. 14. Tanda pengenalan soalan KBAT: Pada pendapat/pandangan anda, berdasarkan pengetahuan sejarah anda, kesan, cadangkan, berikan alasan, kepentingan, iktibar, nilai murni, patriotisme, sebagai pemimpin/rakyat dan lain2. Kebarangkalian untuk dapat markah dalam soalan KBAT tetap ada selagi calon menulis jawapan KBAT dan pasti 0 jika tidak menjawab soalan. Jadi menjawab lebih baik daripada tidak menjawab. 15. Ingat! Masa cadangan untuk menjawab soalan bahagian A adalah 30 minit. 1 soalan 15 minit. Perlu menjawab 4 soalan. Urus masa menjawab dengan baik. 16. BAHAGIAN B (ESEI) Calon perlu menguasai dan memahami keseluruhan sukatan pelajaran tingkatan 4 & 5. Memahami istilah-istilah dan konsep penting dengan merujuk Sudut Tahukah Anda dan Sudut Maklumat dalam buku teks. Jawapan mestilah dalam bentuk esei, bukan carta, jadual, graf, lukisan, lakaran, point dsb. (-50%) 17. Taburan soalan SPM 2013 bagi bahagian B ialah 3 soalan tingkatan 4 (soalan 5-7) dan 4 soalan tingkatan 5 (soalan 8-11). 1 soalan =20 markah. Jawab 3 soalan sahaja. Fahami kehendak soalan. Jawab soalan yang mudah atau yang diyakini dapat banyak markah. Sebelum menjawab, calon dinasihatkan untuk merangka jawapan esei untuk mengelakkan kecairan idea/fakta dan juga sebagai panduan untuk menulis esei. Jangan hantar rangka jawapan. 18. Jawapan esei adalah terperinci iaitu ada fakta, huraian fakta serta contoh jika ada. Ini bermaksud setiap fakta mestilah disokong dengan huraian dan contoh. Dalam sesetengah kes, 50% akan ditolak jika fakta tanpa sokongan huraian. Esei mesti ada SUBJEK + PREDIKAT. Jangan jawab esei tergantung. 19. Sebaik-baiknya esei berperenggan iaitu 1 perenggan merangkumi 1 fakta dan huraian-huraian serta contoh. Esei tiada pengenalan dan penutup. 1 fakta=1markah, 1 huraian=1 markah, 1contoh=1markah. Tahun tidak penting. Boleh menggunakan kata singkatan yang dikenali: spt, yg, sgt, MU, PTM, AMDA dll 20. Ejaan tidak dipentingkan tetapi mestilah kemas dan teratur dan boleh dibaca oleh pemeriksa. Tulis nombor soalan dan sub soalan. http://padlet.com/wall/contohjwpneseisejs pm 21. Soalan KBAT dalam bahagian B disusun dalam pecahan soalan c dan dipecahkan lagi kepada i dan ii. Ia memperuntukkan 12 markah. Baki 8 markah adalah soalan fakta (ceraian a dan b). Ini bermaksud pemberatan markah KBAT lebih banyak daripada pemberatan markah fakta. Jumlah markah kbat= 36 markah drpd 60 markah yg diperuntukkan. 22. Jawab soalan KBAT dengan relevan dan munasabah. Berani berikan apa sahaja idea walaupun anda merasakan idea anda tidak hebat. Risiko tidak menjawab soalan KBAT: menjejas keseluruhan markah dan pastinya sifar markah. 23. Tanda pengenalan soalan KBAT: Pada pendapat/pandangan anda, berdasarkan pengetahuan sejarah anda, kesan, cadangkan, berikan alasan, kepentingan, iktibar, nilai murni, patriotisme, sebagai pemimpin/rakyat dan lain2. Kebarangkalian untuk dapat markah dalam soalan KBAT tetap ada selagi calon menulis jawapan KBAT dan pasti 0 jika tidak menjawab soalan. Jadi menjawab lebih baik daripada tidak menjawab. 24. CIRI-CIRI KERTAS 3 Berbentuk tugasan. Tema/tajuk diberikan kepada calon 6 minggu sebelum peperiksaan SPM bertulis. Calon perlu melaksanakan tugasan umum iaitu mencari dan mengkaji maklumat dari pelbagai sumber berdasarkan tema/tajuk. Pada hari peperiksaan, soalan akan diberikan dan calon dikehendaki menjawab soalan tersebut berdasarkan panduan yang diberikan bersama soalan (tugasan spesifik). Calon dibenarkan membawa dan merujuk segala bahan/maklumat/dapatan kajian. 25. Kemahiran konstruk yang diuji dalam Sejarah Kertas 3 adalah berdasarkanKemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)/High Order Thinking Skill (HOTS)iaitu pemahaman, analisis, aplikasi, menilai, menjana idea dan nilai-nilai murni/patriotisme. Tindakan calon selepas tema/tajuk dikeluarkan oleh LPM: 26. Membuat rujukan berdasarkan tema. Dalam Sejarah Kertas 3, jawapan pecahansoalan pertama sehingga ketiga boleh didapati secara terus dalam buku teks iaitu: 27. Pecahan soalan pertama: PENGENALAN[Cadangan bahan rujukan:Buku teks Sejarah Ting. 4/Ting.5] Soalan ini memperuntukkan 5 markah. Lazimnya dalam bahagian pengenalan soalan adalan berkenaan latar belakang,tempoh,bukti, lokasi dan nama-nama penting seperti tokoh, tempat dan sebagainya. Sila tandakan maklumat tersebut dengan menggunakan pen warna dalam buku teks untuk memudahkan penulisan jawapan nanti. Ingat! 5 markah sahaja. Jangan tulis jawapan berjela-jela sehingga menjejaskan masa jawapan bagi pecahan soalan yang lain. Tulis jawapan berdasarkan maklumat yang kita tanda seperti yang saya sebutkan di atas. 28. Pecahan soalan kedua: MEMAHAMI[Cadangan bahan rujukan:Buku teks Sejarah Ting. 4/Ting.5] Peruntukan markah bagi pecahan soalan ini adalah 30 markah. Soalan ini menguji kefahaman kita dalam tema/tajuk yang dikaji. Pengujiannya berbentuk proses pembentukan/ciri-ciri. Sama seperti di atas, buat rujukan dalam buku teks dan tandakan maklumat yang berkaitan sahaja sesuai dengan wajaran markah. 29