3
Teks Pengacaraan Demonstrasi Bomba & Penyelamat Patricia : Selamat Pagi, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia diucapkan kepada Yg. Dihormati _______________________ & _________________________, pegawai Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Bau, Yg. Dihormati En. Avidin anak Nilos, YDP PIBG SK Sebobok, Yg. Berusaha Encik Tepos anak Lanju, Guru Besar SK Sebobok, Barisan Guru Penolong Kanan SK Sebobok, Guru-guru, Staf-staf sokongan, para ibu bapa, penjaga serta murid-murid yang dikasihi sekalian. Selamat datang dan selamat bertemu dalam Ceramah Demonstrasi Bomba dan Penyelamat bagi sesi persekolahan 2014. Patricia :Sidang hadirin yang dihormati sekalian, bagi memulakan majlis kita pada pagi ini, marilah kita bersama-sama menyanyikan Lagu Negaraku. Hadirin dijemput berdiri. ~Nyanyian Lagu Negaraku~ Para hadirin dijemput duduk. Patricia : Bagi meneruskan majlis kita pada pagi ini, kita dengan berbesar hatinya menjemput Guru Besar SK Sebobok, En. Tepos anak Lanju untuk menyampaikan ucapan alu-aluan beliau. Dengan segala hormatnya dipersilakan. ~Ucapan Guru Besar~ Majlis mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada tuan Guru Besar di atas ucapan beliau sebentar tadi. Patricia : Seterusnya, majlis dengan penuh hormat dan takzim ingin menjemput En._____________________, Pegawai Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Daerah Bau untuk menyampai ceramah beliau. Majlis mempsersilakan. ~ Ceramah & Demonstrasi Bomba dan Penyelamat~

Teks pengacaraan ceramah bomba dan penyelamat sk sebobok

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Teks pengacaraan ceramah bomba dan penyelamat sk sebobok

Teks Pengacaraan Demonstrasi Bomba & Penyelamat

Patricia : Selamat Pagi, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia diucapkan kepada Yg. Dihormati _______________________ & _________________________, pegawai Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Bau, Yg. Dihormati En. Avidin anak Nilos, YDP PIBG SK Sebobok, Yg. Berusaha Encik Tepos anak Lanju, Guru Besar SK Sebobok, Barisan Guru Penolong Kanan SK Sebobok, Guru-guru, Staf-staf sokongan, para ibu bapa, penjaga serta murid-murid yang dikasihi sekalian.Selamat datang dan selamat bertemu dalam Ceramah Demonstrasi Bomba dan Penyelamat bagi sesi persekolahan 2014.

Patricia :Sidang hadirin yang dihormati sekalian, bagi memulakan majlis kita pada pagi ini, marilah kita bersama-sama menyanyikan Lagu Negaraku. Hadirin dijemput berdiri.

~Nyanyian Lagu Negaraku~Para hadirin dijemput duduk.

Patricia : Bagi meneruskan majlis kita pada pagi ini, kita dengan berbesar hatinya menjemput Guru Besar SK Sebobok, En. Tepos anak Lanju untuk menyampaikan ucapan alu-aluan beliau. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

~Ucapan Guru Besar~Majlis mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada tuan Guru Besar di atas ucapan beliau sebentar tadi.

Patricia : Seterusnya, majlis dengan penuh hormat dan takzim ingin menjemput En._____________________, Pegawai Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Daerah Bau untuk menyampai ceramah beliau. Majlis mempsersilakan.

~ Ceramah & Demonstrasi Bomba dan Penyelamat~

Para hadirin sekalian, sesi ini kita teruskan pula dengan memberi peluang kepada sesiapa yang ingin bertanya soalan mengenai ceramah sebentar tadi.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada En. _______________________di atas ceramah yang telah beliau sampaikan.

Patricia : Sudah menjadi adat dan budaya orang Timur, Orang berbudi kita berbahasa, Orang memberi kita merasa. Sebagai tanda kenang-kenangan buat penceramah jemputan kita pada hari ini, semua warga SK Sebobok Bau ingin merakamkan penghargan kepada penceramah. Maka dengan itu, majlis sekali lagi mempersilakan En. Tepos anak Lanju, Guru Besar SK Sebobok Bau untuk menyampai cenderahati kepada penceramah. Majlis mempersilakan.

~Penyampaian Cenderahati~ Terima kasih diucapkan.

Page 2: Teks pengacaraan ceramah bomba dan penyelamat sk sebobok

Patricia : Demikianlah tadi selesai sudah sesi ceramah daripada Pegawai Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Bau. Seterusnya kita akan bersama-sama menyaksikan pula sesi demonstrasi memadamkan kebakaran yang akan dilakukan oleh para pegawai Bomba dan Penyelamat. Di harap agar semua hadirin dapat memberikan kerjasama semasa sesi demonstrasi itu nanti bagi kebaikan bersama. Semua hadirin diminta untuk bergerak ke padang sekolah dalam keadaan teratur.

~Demonstrasi Memadam Kebakaran~

Patricia : Terima kasih diucapkan kepada _________________________dan ___________________, pegawai Bomba dan Penyelamat bagi Balai Bomba Bau di atas kesudian untuk meluangkan masa bersama warga SK Sebobok pada pagi ini, dalam sesi Ceramah dan Demonstrasi Bomba & Penyelamat. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kami ucapkan.

Sebelum kita bersurai dan meninggalkan perkarangan SK Sebobok pagi ini, kami ingin menjemput semua hadirin untuk menikmati jamuan ringan yang telah disediakan.

Sebelum mengundurkan diri, saya selaku pengerusi majlis pada kali ini ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya terkasar bahasa dan terlanjur kata di sepanjang saya mengacarakan majlis ini. SEKIAN, TERIMA KASIH.