18
KESIMPULAN MENGENAI TEORI BEHAVIORIS Teori behavioristik merupakan teori yang menggunakan hubungan stimulus-responnya yang menghasilkan tingkah laku. Teori ini mengutamakan pengukuran, sebab pengukuran merupakan suatu hal penting untuk melihat terjadi atau tidaknya perubahan tingkah laku tersebut. Diantara tokoh-tokoh aliran behavioristik, teori Skinnerlah yang paling besar pengaruhnya terhadap perkembangan teori belajar behavioristik.. Teori behavioristik tidak mampu menjelaskan situasi belajar yang kompleks, sebab banyak hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan atau belajar yang dapat diubah menjadi sekadar hubungan stimulus dan respon. TEORI PELAZIMAN KLASIK - WATSON WATSON ' LITTLE ALBERT EXPERIMENT'

Teori teori pedagogi

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Teori   teori pedagogi

KESIMPULAN MENGENAI TEORI BEHAVIORIS Teori behavioristik merupakan teori yang menggunakan hubungan stimulus-responnya  yang menghasilkan tingkah laku. Teori ini mengutamakan pengukuran, sebab pengukuran merupakan suatu hal penting untuk melihat terjadi atau tidaknya perubahan tingkah laku tersebut. Diantara tokoh-tokoh aliran behavioristik, teori Skinnerlah yang paling besar pengaruhnya terhadap perkembangan teori belajar behavioristik.. Teori behavioristik tidak mampu menjelaskan situasi belajar yang kompleks, sebab banyak hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan atau belajar yang dapat diubah menjadi sekadar hubungan stimulus dan respon.

TEORI PELAZIMAN KLASIK - WATSON

WATSON ' LITTLE ALBERT EXPERIMENT'

Page 2: Teori   teori pedagogi

Eksperimen ini menggambarkan kuasa pelaziman. Albert yang berumur 11 bulan tidak menunjukkan sebarang rasa takut kepada seekor tikus putih. semasa pelaziman albert hendak mengambil tikus, bunyi pemukul telah diketuk pada besi. kesannya albert terkejut dan terjatuh. Keadaan itu berulang kali berlaku. akhirnya eksperimen menunjukkan albert memberi reaksi emosional terhadap tikus contohnya takut pada tikus, anjing dan arnab. selepas diuji lagi ia menunjukkan reaksi emosi yang sederhana. kesimpulannya, pelaziman boleh melahirkan reaksi emosional.

gerakbalas semulajadi

Page 3: Teori   teori pedagogi

gerakbalas berpasangan

berlaku secara pembelajaran

Implikasi teori pembelajaran:

cara pembelajaran yang sesuai ialah menggunakan ransangan tak terlazim dikaitkan

dengan ransangan terlazim. Eksperimen-eksperimen tersebut secara ringkasnya

menekankan bahawa, peneguhan atau keselesaan kepada responden pada awalnya.

Kemudian, setelah responden terbiasa dengan keadaan tersebut, penghapusan akan

dijalankan.

Dalam pembelajaran dan pengajaran, gerak balas positif (perhatian dan penglibatan

murid- murid dalam P&P) dapat dipupuk melalui pelaziman klasik. Selain daripada itu

juga, ia perlu berkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid- murid untuk

memudahkan proses P&P. Contohnya, jika seorang guru ingin mengajarkan perkataan

“bola” kepada murid, pastikan murid mampu menyebut perkataan tersebut terlebih

dahulu apabila ditunjukkan sebiji bola kearahnya. Kemudian, tunjukkan kad perkataan

bola disertakan dengan sebiji bola untuk mendapat gerak balas murid tersebut. Aktiviti

tersebut diulang beberapa kali sehinggalah murid mampu menyebut perkataan buku

apabila ditunjukkan kad perkataan kepadanya. Malah, guru perlu membimbing murid-

murid menggunakan kemahiran generalisasi dengan tepat, dengan memberikan

pelbagai contoh yang berkaitan.

Selain daripada itu juga, guru perlu memberikan latihan yang cukup untuk

mengukuhkan ransangan terlazim dengan gerak balas terlazim. Contonhnya,

memberikan penyelesaian masalah matematik dengan kerap kali. Seterusnya, gunakan

peneguhan sekunder untuk mengekalkan gerak balas terlazim yang menunjukkan

fenomena proses penghapusan iaitu gunakan ransangan baru bagi memotivasikan

murid semasa aktiviti pembelajaran. Sebagai contoh, jika sebelum ini guru memberikan

Page 4: Teori   teori pedagogi

gula- gula, pada suatu hari guru memberikan pensel sebagai peneguhan. Malah, guru

perlu membantu murid memulihkan ingatan dengan memberikan masa rehat yang

cukup sehingga segala gangguan pembelajaran yang sedia ada dihilangkan.

TEORI PELAZIMAN OPERAN - SKINNER

 

Page 5: Teori   teori pedagogi

                        Proses eksperimen yang dijalankan oleh Skinner

Eksperimen SkinnerPerbuatan menekan butang untuk memperoleh makanan disebut pelaziman operan. Pembelajaran melalui cara ini disebut pembelajaran melalui pelaziman. Eksperimen ini menunjukkan bahawa satu gerak balas hanya akan berulang jika wujud ganjaran. Contohnya, biji-biji makanan dalam eksperimen tersebut sebagai ganjaran. Sekiranya ganjaran dihentikan, gerak balas itu akan terhapus juga.Dalam eksperimen di atas, konsep peneguhan amat jelas sekali. Skinner juga menjelaskan bahawa sesuatu peneguhan boleh bersifat negatif atau positif. Contoh peneguhan positif adalah pujian, ganjaran, hadiah dan sebagainya. Pujian adalah penting kerana ia akan mendorong seseorang pelajar itu mengeluarkan hasil yang baik pada masa hadapan. Manakala peneguhan negatif pula tidak boleh disamakan dengan hukuman atau denda.

A)   PENEGUHAN

Page 6: Teori   teori pedagogi

Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk mengalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi.

Menurut Rachlin (1991), pengukuhan diberikan, pertamanya untuk memuaskan kehendak

individu; keduanya, untuk mengurangkan tekanan dan merangsang otak. Skinner

membahagikan pengukuhan kepada dua jenis, iaitu peneguhan positif dan peneguhan

negatif.

Terdapat lima jenis proses dalam teori pelaziman operan Skinner, iaitu: pengukuhan positif,

pengukuhan negatif, dendaan, prinsip Premack dan pelupusan.

                       i.        Pengukuhan Positif

Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan, yang

menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Dalam bilik darjah, peneguhan

positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran. Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan dalam bilik darjah ialah

seperti memberikan kata-kata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu kerja atau menjawab

soalan, memberikan senyuman, menepuk bahu pelajar, memberi hadiah dan sebagainya.

Jadual dibawah menunjukkan satu lagi contoh peneguhan positif.

Peneguhan Positif

Page 7: Teori   teori pedagogi

Peneguhan positif yang diberikan oleh guru dapat mendorong pelajar menghasilkan kerja yang

bermutu tinggi. Peneguhan yang diberi juga mestilah jelas dan bersistematik. Hanya tingkah laku

yang spesifik sahaja yang perlu diberi peneguhan. Guru juga mestilah ikhlas ketika memberi

peneguhan.

 Menurut Brophy (1981), ciri-ciri pujian (peneguhan positif) yang memberi kesan ialah

(a) memuji secara ikhlas,

(b) memuji dengan cepat,

(c) memuji tanpa pilih kasih,

(d) memuji usaha dan cuba jaya,

(e) memuji tingkah laku yang spesifik

(f) memuji jawapan atau respons yang spontan.

       

                   i.        Peneguhan Negatif

Peneguhan  negatif ialah rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang

diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Contohnya, seorang bapa memarahi

anaknya kerana tidak membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru. Oleh kerana jemu

dengan leteran bapanya, maka si anak tadi pun menyiapkan kerja sekolahnya. Tindakan

anak (membuat kerja rumah) dapat mengelak daripada rangsangan yang tidak diingini (leteran

bapa).  

                                                                     

                                                        Peneguhan Negatif

Page 8: Teori   teori pedagogi

Peneguhan boleh dilaksanakan secara berterusan atau berkala. Jadual menunjukkan jadual

peneguhan yang boleh digunakan untuk membentuk tingkah laku yang diingini. Jadual

peneguhan ini meliputi peneguhan berterusan, peneguhan berkala tetap, peneguhan berkala

berubah, peneguhan berkala nisbah tetap dan peneguhan berkala nisbah berubah.

Page 9: Teori   teori pedagogi

B)   DENDAAN

Dendaan adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan

berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya, dendaan adalah kesan negatif yang

membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut. 

  

Page 10: Teori   teori pedagogi

                                                     Dendaan

Dendaan boleh dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu pertama dendaan persembahan  dan

dendaan penyingkiran

Page 11: Teori   teori pedagogi

C)   PRINSIP PREMACK

Konsep utama prinsip Premack ialah mengaitkan aktiviti yang kurang diminati dengan

aktiviti yang lebih diminati untuk mengukuhkan tingkah laku terhadap aktiviti yang kurang

diminati. Prinsip Premack juga dikenali sebagai “Grandma’s Rule” yang berasaskan

kenyataan “kamu boleh keluar bermain selepas kamu habis memakan sayur-sayuran ini”. 

Sebagai guru, kita boleh menyelang selikan aktiviti yang menarik dengan aktiviti yang

kurang menarik dalam bilik darjah untuk meningkatkan kadar pembelajaran murid.  Contohnya,

selepas mengakhiri mata pelajaran matematik, satu aktiviti bermain komputer akan diadakan.

D)   PELUPUSAN

Pelupusan bermaksud perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan lupus dengan

sendirinya. Keadaan ini dapat di atasi jika:

                       Peneguhan untuk sesuatu perlakuan itu dapat dikenal pasti.

                       Peneguhan itu tidak lagi digunakan.

              Guru sanggup bersabar dalam menghadapi proses pelupusan, kerana hasilnya tidak datang

dengan serta merta.

Implikasi teori skinner tersebut dalam P& P ialah :

1.    Sesuatu kemahiran atau teknik yang baru dipelajari hendaklah diberikan peneguhan

secara berterusan dan diikuti dengan secara berkala supaya kemahiran atau teknik itu

dapat dikukuh dan dikekalkan.

2.    Prinsip penghapusan melalui proses pelaziman operan adalah sesuai digunakan untuk

memodifikasikan tingkah laku pelajar yang tidak diigini, misalnya menghentikan

peneguhan yang diberikan dahulu, sama ada peneguhan positif atau negatif.

Peneguhan negatif sesuai digunakan untuk mendapatkan tingkah laku yang diingini.

Page 12: Teori   teori pedagogi

3.    Guru juga perlu membantu pelajar menguasai konsep diskriminasi melalui proses

pelaziman operan supaya mereka memperoleh ilmu dan kemahiran dengan tepat.

TEORI PELAZIMAN OPERAN - THORNDIKE

   

Pemerhatian berdasarkan eksperimen Thorndike

Page 13: Teori   teori pedagogi

 

Melalui eksperimen ini, Thorndike berpendapat bahawa pembelajaran berlaku hasil daripada gabungan antara S-R, iaitu stimulus (rangsangan) dan response (gerak balas).

Semakin banyak percubaan untuk membuka pintu, semakin singkat masa yang diambil oleh kucing tersebut untuk keluar dari sarang.

Page 15: Teori   teori pedagogi

Implikasi teori Thorndike dalam pengajaran dan pembelajaran ialah :

1.     Meningkatkan tahap kesediaan belajar. Pada masa yang sama, guru perlu memainkan

peranan dalam menggunakan motivasi yang sesuai. 

2. Mengukuhkan pertalian antara ransangan dan gerak balas pelajar dengan

memperbanyakkan aktiviti latihan, ulangkaji, aplikasi serta pengukuhan dalam keadaan

yang menyeronokkan.

3.    Guru juga perlu memberikan ganjaran atau peneguhan untuk respons atau gerak balas

yang betul daripada pelajar. Antara peneguhan yang boleh digunakan ialah peneguhan

social dan material.

4.    Menekankan pemberian peluang kepada pelajar untuk menikmati kejayaan dalam

pembelajaran mereka.