24
KUALE’ KUALE’ Persekitaran Bandar Lestari Untuk Kesejahteraan Komuniti APRIL-JUN 2013 EDISI 3 SUARA KUALA KANGSAR BULETIN

Buletin Kuale Edisi 3

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Buletin Kuale Edisi 3

KUA

LE’KUALE’

Persekitaran Bandar Lestari Untuk Kesejahteraan Komuniti

APRIL-JUN 2013EDISI 3

SUARA KUALA KANGSAR

BU

LETIN

Page 2: Buletin Kuale Edisi 3

KAND

UNGA

NSIDANG REDAKSI

1. Minda Pengarang 2. Berita Istana

• IstanaKenangan• SejarahKuale’-AsalNamaChandan)• MakamSultanTajulAriffin(VI)

3. Berita Kuale’ • 46Program/MajlisSepanjangTahun2012• ProjekPembangunanLuarBandar• NBOS7• Program“NoDrugsPledge”

4. Sana Sini Kuale• IndustriGetahMalaysia–SejarahnyaBermuladiKualaKangsar• Pelancongan-LataPeranginPecahBatu,Manong

5. Ikon Kuale’• YABhgOrangKayaBendaharaSeriMaharajaTunHajiSyedZahiruddinbinSyedHassan,SMN.,DUNM.,PSM.,SPCM.,SPMP.,JMN.,PJK.

6. Arena Kuale’ • ProgramSejutaWajah-PersandinganMega• KarnivalVespaDanMotorsikalKlasikAntarabangsa• PermainanGasingDiSayong

7. Dakwah Kuale’ - Hijrah 8. Resepi Kuale’ -IkanBakarSepuh9. Kenali Kuale’ - Loghat Perak10. Takwim

23-6

7-12

13-14

15-16

17-19

202122

PENASIHAT YBrs. Dr. Zulkapli b. Mohamed PegawaiDaerah PejabatDaerahDanTanahKualaKangsar

PENYELARAS PENERBITAN En. Muhammad Amin b. Safie PenolongPegawaiDaerah PejabatDaerahDanTanahKualaKangsar

KETUA SIDANG PENGARANG Pn. Hasmonaliza bt. Hassan Basari PenolongPegawaiDaerah PejabatDaerahDanTanahKualaKangsar

AHLI SIDANG PENGARANG i) YM Raja Norshila bt. Raja Hasran ii) En. Mohamad Iqram b. Zainal iii) En. Abu Yaziz Bin Abas iv) Tuan Hj. Shaharuddin b. Harun v) Pn. Hasniza bt. Abdullah Hadi

JURUFOTO i) Pn. Nurul Akma bt. Ahmad ii) En. Azma Zahid b. Abdul Razak

GRAFIK i) En. Adi Asrul Bin Mohamad Jainy ii) En. Azma Zahid b. Abdul Razak

Page 3: Buletin Kuale Edisi 3

Buletin Kuala Kangsar diterbitkan empat kali setahun mulai bulan Januari 2012 dan diedarkan secara percuma. Hak cipta terpelihara. Tulisan yang disiarkan boleh diterbitkan semula dengan syarat mendapat izin bertulis daripada Pegawai Daerah Kuala Kangsar. Artikel-artikel dalam buletin ini hanyalah pandangan peribadi penulis bukan dasar atau kenyataan rasmi Pejabat Daerah & Tanah Kuala Kangsar dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak. Buletin ini diedarkan secara percuma kepada sektor kerajaan, badan berkanun, swasta dan perpustakaan. Untuk mendapatkan naskah, sila hubungi Sidang Editor atau datang sendiri ke Pejabat Daerah & Tanah Kuala Kangsar.

2

MIN

DA

PEN

GA

RA

NG

Minda PengarangBismillahirrahmanirrahimDengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi.

Tuhan kami, bagi-MU segala puji, apa yang ada di langit dan di bumi dan antara kedua-duanya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan ke atas Rasullullah S.A.W. yang telah Engkau utus sebagai rahmat kepada sekalian alam. Selawat dan salam juga dipanjatkan ke atas keluarga dan sahabatnya serta orang-orang yang mengikuti jalan mereka dengan kebaikan hingga hari kiamat.

Alhamdulillah, buletin ini berjaya diterbitkan atas makrifat dan keizinanNya, merupakan Edisi yang pertama tahun 2013. Buletin Kuale kali ini memaparkan warisan bangsa yang menelusi fasad-fasad yang berdiri megah, lambang keharmonian dan kerukunan masyarakat yang terdahulu. Menyusuri keunikan Istana Kenangan yang dibina tanpa paku, asal usul nama Chandan serta keunikan Makam Tajul Ariffin adalah antara nukilan yang menambahkan khazanah ilmu dan warisan.

Selain daripada itu, dipaparkan juga pelaksanaan projek-projek pembangunan di daerah Kuala Kangsar antaranya adalah pembinaan Dewan Terbuka Pusat Kegiatan Belia di Padang Rengas dan projek Jiwa Murni oleh Veteran Malaysia, Kementerian Pertahanan Malaysia melalui pendekatan National Blue Ocean Strategy (NBOS). Program-program kemasyarakatan yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2012 juga turut menjadi paparan di dalam Buletin pada kali ini.

Semua pembangunan projek dan pelaksanaan program kemasyarakatan memaparkan keprihatinan kerajaan ke arah meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan rakyat di daerah Kuala Kangsar.

Kita panjatkan doa agar yang kita bina, yang kita olah, yang kita nukilkan mendapat keberkatan dan keredhaanNYA jua.

Wassalam.

YBrs. Dr. Zulkapli b. Mohamed Pegawai Daerah - Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Kangsar

Memetik nukilan Dr Yusuf Al Qadhrawi, “..Setiap orang yang berusaha akan mendapatkan hasilnya, dan sesungguhnya dasar amalan seseorang itu adalah pada niatnya. Setiap individu akan dihisab sesuai dengan niatnya kepada Allah’.

Page 4: Buletin Kuale Edisi 3

3

DA

RI I

STA

NA

ISTANA KENANGANSumber: Galeri Sultan Azlan Shah

MUZIUM DIRAJA PERAK

Selaku sebuah Bandar Diraja, Kuala Kangsar sememangnya terkenal dengan istana-istana yang mempunyai senibina tradisional yang unik dan cantik. Antaranya ialah Istana Kenangan, yang turut dikenali dengan nama Istana Lembah dan Istana Tepas. Istana ini dibina atas titah Almarhum Sultan Iskandar Shah (Marhum Kadasallah) iaitu Sultan Perak ke-30 sebagai tempat bersemayam sementara. Ini disebabkan ketika itu Istana Iskandariah masih lagi dalam pembinaan.

Istana ini telah didirikan pada tahun 1926 oleh tukang kayu Melayu yang bernama Haji Suffian yang berasal dari Seberang Prai. Beliau dibantu oleh dua orang anaknya, Zainal Abidin dan Ismail.

Istana Kenangan melambangkan senibina Melayu tradisional yang mengagumkan. Pembinaan Istana Kenangan ini keseluruhannya menggunakan kayu jenis keras, berdindingkan tepas dan beratapkan kayu papan (kayu belian) bercirikan perabung lima dan pisang sesikat. Paku-paku besi (paku logam) tidak digunakan dalam pembinaan istana ini. Ia dihiasi dengan ukiran-ukiran Melayu yang menarik dan menggunakan tepas yang dianyam dengan corak-corak anyaman Melayu tradisional.

Bangunan ini dibina di atas 60 batang tiang yang mana panjangnya lebih kurang 41 meter dan lebarnya 11 meter. Bentuk bangunan ini jika dipandang dari udara kelihatan seperti sebilah pedang yang tersimpan di dalam sarungnya. Bahagian tengah di atas bangunan ini ditempatkan sebuah singgahsana dan di tingkat bawah pula dijadikan sebagai pejabat rasmi baginda. Ruangan di tingkat bawah ini berlantaikan simen dan bahagian sekelilingnya ditutup

dengan bidai. Almarhum Sultan Iskandar Shah bersemayam di Istana Kenangan ini mulai dari tahun 1931 sehingga tahun 1935. Setelah baginda berpindah ke Istana Iskandariah, ia dijadikan Istana Tetamu terutama pada hari-hari perayaan Diraja seperti Hari Keputeraan, pelantikan Orang-orang Besar Perak dan lain-lain istiadat Diraja Perak Darul Ridzuan.

Nama Istana Kenangan telah diberikan dalam tahun 1960-an setelah bangunan ini dibaikpulih atas daya usaha Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Kemudian Istana Kenangan diduduki oleh keluarga Diraja Perak sehingga tahun 1982. Almarhum Sultan Idris II telah berkenan menyerahkan Istana Kenangan untuk diletakkan di bawah pengawasan Jabatan Muzium dan Antikuiti.

Pada tahun 1986, Istana Kenangan telah dijadikan Muzium Diraja Kuala Kangsar di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan. Pada 16 November 1986, DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah berkenan merasmikan Muzium Diraja Kuala Kangsar dan pada 9 Mac 2009, ia telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Sejarah.

Page 5: Buletin Kuale Edisi 3

4

DA

RI I

STA

NA

Sumber: Pejabat DYMM Paduka Seri Sultan PerakDisusun oleh: Haji Shaharuddin bin HarunJurugambar: Azma Zahid b. Abdul Razak

Sejarah Kuale - Asal Nama Chandan

Bukit Chandan menjadi saksi kepada pelbagai peristiwa bersejarah di Bandar Diraja Kuala Kangsar. Maka kerana itulah banyak monumen bersejarah berada di Bukit Chandan. Antaranya adalah istana-istana Sultan Perak, Galeri Sultan Azlan Shah, Masjid Ubudiah, Madrasah Idrisiah, Makam Diraja Ghufran dan lain-lain lagi. Selain itu, ramai kerabat diraja yang tinggal menetap di sekitar kawasan Bukit Chandan sehingga kini.

Di sebalik kemahsyuran Bukit Chandan, ramai yang tidak mengetahui asal nama “ chandan “ itu sendiri.

Jika diamati kota-kota, istana dan makam Sultan dan Raja Pemerintah negeri Perak pada zaman dahulu terletak di sebelah kanan mudik Sungai Perak bermulanya di bahagian hilir Perak. Setelah beberapa dekad dan melalui banyak peristiwa bersejarah, istana-istana dan makam-makam Sultan Perak berpindah ke beberapa buah kampung, mudik ke hulu di sepanjang Sungai Perak yang merupakan jalan perhubungan utama pada ketika itu.

Kampung Padang Changkat, Kuala Kangsar dipercayai diteroka asal oleh Daeng Sedili iaitu keturunan Bugis dari Kepulauan Riau Indonesia pada tahun 1744. Daeng Sedili telah berkahwin dengan Raja Putih pada zaman pemerintahan Sultan Muzafar Shah III ( 1726 – 1754 ) iaitu Sultan Perak yang ke 13.

Di Kampung Padang Changkat juga terletaknya Changkat Negara (tapak Istana Iskandariah sekarang) tempat bersemayamnya Almarhum Sultan Idris Murshidul’azam Shah 1( 1887 – 1916 ), Sultan Perak yang ke 28 iaitu sultan yang mula-mula membina kota istana di sebelah kiri mudik Sungai Perak. Mengikut riwayat sejarahnya, pemilihan tempat untuk membina kota istana waktu itu berkaitan rapat dengan kisah sekawan gajah kenderaan sultan yang ketika itu dalam perjalanan diketuai oleh seekor gajah yang bernama Kulop Chandan, berhenti istirehat di tanah ‘changkat’ tersebut. Melalui peristiwa ini (yang ada persamaan dengan penemuan Melaka oleh Raja Parameswara), sultan pun berkenan menjadikan lokasi tersebut tempat persemayamannya. Lantaran itu bermulalah kerja-kerja untuk membina istana yang mana bahan binaannya diangkut dengan menggunakan gajah-gajah Perak yang diketuai oleh gajah yang bernama Kulop Chandan, sehinggalah siapnya istana tersebut yang dinamakan Istana Negara, di Changkat Negara.

Difahamkan kawasan tanah raja milik Sultan Idris Shah 1 di ketika itu meliputi keluasan 5 km diameter keliling yang berpusat di Changkat Negara, kini dikenali sebagai Bukit Chandan sempena memperingati jasa dan pengorbanan gajah bernama Kulop Chandan.

Pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Shah ( 1918 – 1938 ) Sultan Perak yang ke 30, bermulalah kerja-kerja membina istana baru. Ketika istana tersebut dalam pembinaan, Sultan Iskandar Shah bersemayam sementara di Istana Tepas yang lebih dikenali sebagai Istana Kenangan sehinggalah siapnya istana baru yang kemudiannya dinamakan sempena nama baginda iaitu Istana Iskandariah yang terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Sumber rujukan;1. YM Raja Dato’ Mansor , mantan Dato’ Pengelola Bijaya DiRaja.2. YM Raja Ali Imran Shah, Kpg. Padang Changkat.3. Encik Fuad ( Restoran EBOS) Chandan Puteri.4. Perak History

Page 6: Buletin Kuale Edisi 3

5

DA

RI I

STA

NA

Sumber: Pejabat DYMM Paduka Seri Sultan PerakJurugambar: Shahrul Kamarul b. Ahmad Kamallodin

Makam Sultan Tajul Ariffin (vi)

Sultan Tajul Ariffin adalah putera Sultan Mansur Syah (I), dan juga adinda kepada Sultan Alauddin Mansur Syah yang memerintah Aceh, dan adik kepada Sultan Ahmad Tajuddin. Nama baginda sebelum menjadi sultan ialah Raja Ariffin.

Dalam tahun 1584, setelah mangkat kekandanya Sultan Ahmad Tajuddin Shah (Marhum Muda) di Geronggong, maka pemerintah Aceh yang berkuasa ke atas negeri Peraktelah menghantar pulang Raja Ariffin menjadi Sultan Perak yang ke-4. Baginda memakai gelaran Sultan Tajul Ariffin. Tempat semayam baginda ialah di Pulau Semat.

Page 7: Buletin Kuale Edisi 3

6

BER

ITA

KU

ALE

Setelah Baginda menaiki takhta Kerajaan Perak, kekanda Baginda yang menjadi Sultan Acheh, Sultan Alauddin pun mangkat dan seisi Istana pulang semula ke Negeri Perak.

Sultan Tajul Ariffin bersemayam di Pulau Semat dan memerintah dari tahun 1584 sehingga tahun 1594. Baginda mangkat pada tahun 1594 dan dimakamkan di atas Pulau Semat, Mukim Senggang, Daerah Kuala Kangsar kira-kira 3 km ke hilir dari Pekan Manong serta bergelar “Marhum Mangkat Di Tebing.” Makam Baginda di Pulau Semat itu dianggap keramat. Di sebelah makam ini terdapat makam isteri Baginda yang bernama Puteri Ajaib. Tiada jalan darat untuk menuju ke makam tersebut. Laluan yang digunakan ialah laluan air menyusuri Sungai Perak dari Jeti Lembah, Kuala Kangsar ke Pulau Semat dan dari Jeti Pekan Manong.

Makam ini telah digazetkan pada 21 Disember 1978. Gazet No. P.U.(A)361 Daerah Kuala Kangsar, Mukim Senggang Lot No. 506A luasnya 33’ – 6” x 13” – 6”. Rujukan Fail Jabatan Muzium JM/M/701/PK2 (3)

Page 8: Buletin Kuale Edisi 3

7

BER

ITA

KU

ALE

PROGRAM / Majlis Sepanjang Tahun 2012

Page 9: Buletin Kuale Edisi 3

8

BER

ITA

KU

ALE

PROGRAM / Majlis Sepanjang Tahun 2012

Page 10: Buletin Kuale Edisi 3

PERUNTUKAN KHAS Y.A.B. PERDANA MENTERI – Projek Khas Untuk Mensejahterakan Hidup Rakyat

9

BER

ITA

KU

ALE

Oleh : Hasmonaliza bt. Hassan Basari Jurugambar: Azma Zahid b. Abd. Razak

Peruntukan Khas Y.A.B. Perdana Menteri dikawalselia oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) meliputi projek infrastruktur awam/asas, program sosial dan sumbangan kebajikan untuk kepentingan orang ramai. Pelaksanaan projek-projek di bawah peruntukan ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada seluruh rakyat bagi menikmati kemudahan-kemudahan yang disediakan atau dinaiktaraf meliputi kemudahan infrastruktur asas/awam, masjid dan surau serta program/pemberian/sumbangan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), golongan rakyat miskin, persatuan-persatuan penduduk, dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain.

Daerah Kuala Kangsar tidak terpinggir daripada menerima Peruntukan Khas Y.A.B. Perdana Menteri. Beberapa buah projek di bawah peruntukan ini telah diluluskan dan Bahagian Pembangunan, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar bertindak selaku pelaksana projek.

Antaranya ialah pembinaan Dewan Terbuka Pusat Kegiatan Belia Padang Rengas. Peruntukan yang diluluskan adalah berjumlah RM 180,000.00. Dewan ini terdiri daripada sebuah ruang terbuka seluas 390 meter persegi dan sebuah pentas dengan keluasan 40 meter persegi. Dewan yang dilindungi dengan bumbung ‘metaldec’ ini turut dilengkapi dengan kemudahan bekalan elektrik.

Page 11: Buletin Kuale Edisi 3

10

BER

ITA

KU

ALE

Pembinaan dewan terbuka seperti ini adalah lebih praktikal,ekonomikal dan mempunyai banyak kelebihan berbanding dewan tertutup. Ia tidak memerlukan penghawa dingin dan secara langsung menyumbang kepada penjimatan kos untuk jangka masa panjang. Dewan sebegini juga lebih mudah dan ekonomikal untuk diselenggara. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di dewan ini. Antaranya ialah pelbagai majlis keraian, kenduri-kendara, aktiviti sukan dalaman seperti badminton dan ping pong, program motivasi, mesyuarat dan sebagainya.

Dewan Terbuka Pusat Kegiatan Belia Padang Rengas telah dirasmikan oleh Y.A.B. Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Bin Abdul Kadir pada 19 Januari 2013 bersempena dengan Program Walkabout di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Lubok Merbau. Dalam ucapan perasmiannya, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada Y.A.B. Perdana Menteri atas kelulusan peruntukan untuk membina dewan tersebut yang ternyata memberikan banyak manfaat dan mensejahterakan hidup rakyat. Beliau turut memuji struktur dan konsep pembinaan dewan terbuka ini yang dilihat lebih praktikal serta boleh digunakan oleh semua pihak untuk pelbagai majlis/acara. Beliau turut menyeru dan mencadangkan supaya lebih banyak dewan terbuka seperti ini dibina di tempat-tempat lain pada masa akan datang untuk kemudahan serta kegunaan masyarakat.

Page 12: Buletin Kuale Edisi 3

11

BER

ITA

KU

ALE

NBOS 7Sumber : Kementerian Pertahanan Malaysia

Konsep Strategi Laut Biru diperkenalkan oleh W. Chan Kimdan Renée Mauborgne dari Institut Strategi Laut Biru melalui karya mereka Blue Ocean Strategy. Secara umum, konsep strategi lautan biru yang diterapkan oleh kerajaan melibatkan empat elemen utama iaitu “mengurang”, “menghapus”, “mewujud” dan “menambah peluang” dalam pengurusan tugas yang akan meningkatkan pencapaian serta keberhasilan sektor pentadbiran awam.

Mesyuarat National Blue Ocean Strategy Summit (NBOSS) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 22 Jun 2012 memutuskan supaya strategi lautan biru dibangunkan bagi membantu Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyesuaikan diri dengan kehidupan awam dan menyumbang kepada pembangunan negara setelah tamat perkhidmatan. Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program 1Malaysia Veterans Recognition Programme (1MVRP) di bawah NBOS7.

Objektif utama 1MVRP adalah untuk membangunkan inisiatif strategik untuk Veteran (berpencen dan tidak berpencen) dan untuk melaksanakan inisiatif tersebut melalui NBOSS.

Terdapat tujuh (7) inisiatif di bawah program 1MVRP bagi Veteran ATM yang akan melibatkan kerjasama dengan kementerian/agensi kerajaan/sektor swasta/government linked companies iaitu :-• 1Malaysia Veterans Home Repair - Projek ini akan men-

genalpasti rumah-rumah Veteran yang berpendapatan rendah untuk dibaikpulih serta meningkatkan taraf hidup.

• 1Malaysia Veterans Access Point – Mengenalpasti ruang pejabat yang boleh digunakan sebagai tempat mendapatkan atau menyebarkan maklumat mengenai aktiviti-aktiviti JHEV.

• Veterans Hiring Programme – Membantu Veteran untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang kedua selepas menamatkan perkhidmatan.

• Entrepreneurship Support – Membantu mendapatkan latihan, bantuan kewangan dan nasihat untuk Veteran.

• Raise Industry Acceptance of Training – Membantu mendapatkan latihan kemahiran dan peluang penempatan pekerjaan di sektor awam dan swasta.

• 1Malaysia Veterans Family Programme - Membantu balu dan waris untuk menjadi usahawan dan mendapatkan peluang pekerjaan.

• 1Malaysia Privilege Card - Memberi diskaun pembelian produk dan perkhidmatan seperti kesihatan, perumahan, pendidikan dan sebagainya kepada Veteran.

Majlis Pelancaran Program Pengiktirafan Veteran 1Malaysia telah diadakan pada 15 Disember 2012 di Padang S.M.K Clifford Kuala Kangsar. Majlis telah disempurnakan oleh YAB Dato`Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Menteri Pertahanan, Menteri Besar Perak, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, pegawai tinggi awam dan tentera Kementerian Pertahanan.

Dalam ucapan pelancarannya, YAB Perdana Menteri memaklumkan bahawa program berkenaan akan memberimanfaat kepada semua veteran tentera termasuk 243,500 veteran tentera yang tidak berpencen.

Page 13: Buletin Kuale Edisi 3

Pengarang dan jurugambar : Mohamad Iqram bin Zainal

Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) adalah satu pertubuhan sukarela yang ditubuhkan untuk menolong golongan sasar supaya bangkit daripada masalah penyalahgunaan dadah, memberi tunjuk ajar kepada orang ramai mengenai bahaya penggunaan dadah dan bagi mendapatkan kerjasama orang ramai dalam usaha membasmi dadah.

PEMADAM Daerah Kuala Kangsar telah menganjurkan Program “No Drugs Pledge” pada 17 Jun 2012 di Dataran Lembah Sungai Perak. Ia diadakan sebagai salah satu wacana bagi Kempen Anti Dadah yang dianjurkan bagi menjemput orang awam untuk menandatangani kain rentang ‘Akujanji : Saya Benci Dadah’. Pada masa yang sama, program ini dijalankan serentak di enam buah mukim di Daerah Kuala Kangsar. Kain rentang tersebut diedarkan di sekolah-sekolah dan di tempat-tempat awam untuk ditandatangani.

Gimik Perasmian program iaitu melepaskan burung merpati dan menandatangani kain rentang Akujanji “No Drugs Pledge” telah disempurnakan oleh YB Dato’ Wan Khair-il Anuar bin Wan Ahmad, Ahli

Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Bukit Chandan yang turut disaksikan oleh beberapa pemimpin kanan kerajaan serta ketua-ketua jabatan di Daerah Kuala Kangsar.

Program berbentuk kesedaran tersebut telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Ini membuktikan bahawa orang ramai menyedari akan bahaya dadah dan kepentingan penglibatan masyarakat dalam membasmi dadah.

Program ini turut mendapat liputan media iaitu Media Prima melalui KREW MY TV3 dan turut disertai oleh beberapa selebriti terkenal seperti pelakon Aniz Suraya serta Tam yang telah hadir bagi memeriahkan program tersebut.

Sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan Program “No Drugs Pledge” ini. Diharapkan agar program-program berfaedah sebegini akan dilaksanakan lagi pada masa akan datang.

12

BER

ITA

KU

ALE

Program “No Drugs Pledge”ANJURAN PEMADAM DAERAH KUALA KANGSAR

Page 14: Buletin Kuale Edisi 3

Pokok getah berasal dari negara Brazil. Christopher Columbus, seorang ahli pelayaran Sepanyol ialah orang pertama menjumpai getah di Brazil pada tahun 1473 dan beliau telah membawa balik ke Eropah untuk dikaji kegunaannya.

Pada tahun 1876 Sir Henry Wickham telah membawa 70,000 biji getah liar dari Brazil ke Kew Garden, London dan disemai di rumah khas yang bersuhu panas, kemudian pada tahun 1877 biji getah telah dibawa ke Ceylon (Sri Lanka) dan ditanam untuk ujian. Pada tahun itu juga Henry Nicholas Ridley, Pengarah Botanical Garden Singapura telah membawa biji getah spesis “Hevea Brasilliensis” ini dan ditanam di situ. Ia didapati tumbuh dengan subur dan akhirnya sebanyak 9 biji getah telah dibawa ke Kuala Kangsar untuk ditanam. Kemudian barulah ia diedarkan ke seluruh Semenanjung Tanah Melayu, Borneo dan beberapa negara Asia.

Estet getah pertama telah dibangunkan di Melaka pada tahun 1902/1903. Selepas itu keluasan penanaman getah terus berkembang hingga mencapai kemuncaknya iaitu seluas 2.06 juta hektar pada tahun 1979. Pengeluaran tertinggi yang pernah dicapai oleh negara ialah sebanyak 1.66 juta metrik tan iaitu pada tahun 1988.

Permintaan getah asli dunia telah meningkat setelah perusahaan kereta menggunakan tayar getah asli diperkenalkan. Pada masa itu di Tanah Melayu ramai yang membuka kawasan baru dan menukar tanaman di kebun mereka dengan tanaman getah. Begitu juga dengan pedagang-pedagang Inggeris telah membuka perladangan yang besar di Tanah Melayu, yang ketika itu merupakan pengeluar getah asli dunia yang terkemuka. Pada masa itu juga berlaku peperangan di Semenanjung Korea yang menyebabkan harga getah melonjak tinggi, maka perusahaan tanaman getah meningkat sekali ganda. Pada zaman inilah ramai golongan peladang dan pekebun kecil hidup di dalam kemewahan.

Sebelum Malaya mencapai kemerdekaan, perusahaan getah ini dikawal selia oleh Lembaga Getah dan Institut Penyelidikan Getah (RRI) untuk menguji keberkesanan tanaman getah

dan penggunaannya. Setelah Malaya merdeka pada tahun 1957 kilang-kilang yang berasaskan getah telah dibangunkan, menjadikan permintaan getah asli melonjak, begitu juga dengan permintaan getah asli dunia. Maka dengan itu Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Tun Haji Abdul Razak bin Hussien telah membuka penempatan peneroka FELDA, dengan tanaman utamanya adalah getah. Urusan penanaman semula getah diletakkan di bawah Lembaga Tabung Tanam Semula.

Pada 1.1.1973, Tun Haji Abdul Razak bin Hussein juga telah menubuhkan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) untuk urusan tanam semula dan program-program serta menyalurkan pelbagai teknologi baru berkaitan pekebun kecil getah. Pada tahun 1980an apabila getah asli disaingi oleh getah tiruan maka harga getah asli dalam keadaan turun naik sehinggakan kebun-kebun kecil getah dan ladang-ladang telah menukarkan tanaman getah kepada tanaman sawit. Apabila harga petroleum meningkat,maka getah tiruan amat mahal untuk diproses, begitu juga dengan peningkatan perusahaan tayar dan kegunaan lain barangan getah terutamanya di negara India dan China menyebabkan harga pasaran sekali lagi melonjak. Diharapkan keadaan ini akan bertahan demi kepentingan peindustrian getah negara.

MAJLIS PENGHAYATAN PENANAMAN POKOK GETAH PERTAMA DI MALAYSIA.Pada 14 Januari 2013 (Isnin) bertempat di Dewan Jubli Perak,Kuala Kangsar telah diadakan Majlis Penghayatan Penanaman Pokok Getah Pertama Di Malaysia yang dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Rahim bin Tamby Chik, Pengerusi RISDA Malaysia. Bagi memperingati penglibatan dan mengenang jasa serta semangat Mohammad Isa bin Pandak Mat Aris sebagai penanam pokok getah pertama di Kuala Kangsar yang telah memberi manfaat kepada jutaan pekebun kecil getah di negara ini, seramai tujuh orang waris Mohammad Isa bin Pandak Mat Aris telah diberi penghargaan semasa majlis tersebut berlangsung. Antaranya ialah En Nizam bin Musa, En Roslan bin Ali, Puan Rosnah bt. Musa, Puan Bakiah bt. Musa, En Ali bin Alang Dahamid, Puan Putri Umi Kalsum bt. Megat Ismail dan En Mohd Ali bin Shamsuddin.

INDUSTRI GETAH MALAYSIA SEJARAHNYA BERMULA DI KUALA KANGSARSumber : Pejabat RISDA Daerah Kuala Kangsar

13

SAN

A S

INI K

UA

LE’

Page 15: Buletin Kuale Edisi 3

Air Terjun Lata Perangin Pecah Batu terletak kira-kira 20 km daripada Bandar Diraja Kuala Kangsar, menghala ke Pekan Manong. Jarak perjalanan daripada bandar Ipoh melalui pekan Parit ialah 50 km dan 80 km daripada bandar Lumut.

Keunikan air terjun di Lata Perangin Pecah Batu dengan ketinggian 80 meter, pasti menggamit peminat dan pencinta alam semulajadi untuk berkunjung ke sana. Tambahan pula pelbagai spesis tumbuhan dan pokok hutan hujan khatulistiwa terdapat di sini, termasuklah tumbuhan yang mempunyai khasiat perubatan seperti tongkat ali dan bunga pakma. Manakala di sungai yang airnya jernih dan tidak tercemar, terdapat banyak spesis ikan tengas.

Suasana damai dan selamat ini sangat sesuai untuk bermandi-manda dan aktiviti perkelahan bersama keluarga. Pengunjung pasti berasa tenang dan nyaman jika berkunjung ke lata ini.

Bagi penggemar aktiviti lasak, kawasan Lata Perangin Pecah Batu ini juga menyediakan kawasan perkemahan atau kem motivasi yang boleh menampung sehingga 100 orang peserta. Aktiviti lasak seperti merempuh halangan, jungle tracking, night walk, night listen, flying fox, river crossing, monkey crawl, commando crawl, string mount, nivenben, sit up dan motor cross turut disediakan.

Sesungguhnya Air Terjun dan Kem Lata Perangin Pecah Batu, Manong menjanjikan pengalaman indah luar biasa kepada para pengunjung dan pencinta alam semulajadi serta penggemar aktiviti lasak.

LATA PERANGIN PECAH BATU, MANONG

14

SAN

A S

INI K

UA

LE’

Pengarang: Haji Shaharuddin b. HarunJurugambar: Azma Zahid b. Abdul RazakSumber Rujukan: Yeop Mat Alit b. Chu Jaat

Page 16: Buletin Kuale Edisi 3

15

IKO

N K

UA

LE’

Buah Pulasan Buah Delima Masak Sebiji Di Balik Daun Budi Tuan Kami Terima Menjadi Kenangan Bertahun-Tahun

Y.A.Bhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Tun Haji Syed Zahiruddin bin Syed Hassan, SMN.,DUNM.,PSM.,SPCM.,SPMP.,JMN.,PJK. dilahirkan pada 11 Oktober 1918 di Kampung Pondok Tanjung, Perak lebih disenangi dengan panggilan ‘ Tun Syed’.

Daerah Kuala Kangsar merupakan daerah kelahiran kedua ibu bapa beliau dan di sinilah juga beliau dibesarkan di sepanjang zaman persekolahan rendah dan menengahnya. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Pondok Tanjung dan menyambung pelajarannya di Sekolah Menengah Clifford, disusuli dengan Maktab Melayu Kuala Kangsar. Komitmen terhadap setiap perkara yang dilakukan membuatkan beliau berjaya dalam pelajaran dan lulus peperiksaan ‘Senior Cambridge’ dengan cemer-lang pada tahun 1935.

Sewaktu berada di dalam perkhidmatan awam, beliau adalah seorang tokoh yang dihormati, ilmuan yang disenangi serta contoh yang diikuti oleh pegawai-pegawai dan kakitangan di bawah seliaannya. Sikap sentiasa tegas di dalam perkhidmatan seiring dengan sifat merendah diri yang menjadi pembawaan membuatkan sesiapa sahaja berasa senang berurusan dengan beliau.

Beliau mula menjawat jawatan sebagai Pegawai Tadbir Melayu pada tahun 1938. Pada tahun ini juga beliau ditawarkan dan dibiayai oleh Kerajaan Negeri Perak untuk menyambung pelajarannya dalam bidang Diploma Kesusasteraan di Raffles College, Singapura dan melengkapkannya pada tahun 1941.

Dalam tempoh hampir 5 tahun mulai tahun 1941 pula sehingga tahun 1945 beliau ditempatkan di beberapa buah daerah di Negeri Perak (Gerik, Tapah, Tanjung Malim, Taiping dan Lumut) sebagai Timbalan Penolong Pegawai Daerah, dan Setiausaha Majlis Daerah.

Pemimpin Unggul Kebanggaan Kuala KangsarY.A.Bhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Tun Haji Syed Zahiruddin bin Syed HassanPengarang : Muhammad Amin bin SafieGambar : Azma Zahid bin Abdul Razak

Page 17: Buletin Kuale Edisi 3

16

IKO

N K

UA

LE’

Selepas itu, dalam tempoh 19 tahun mulai tahun 1945 sehingga tahun 1963 beliau menabur bakti pula menjawat pelbagai jawatan penting di dalam sektor awam iaitu sebagai Penolong Pegawai Daerah, Pegawai Daerah(Perak), Penolong Setiausaha Kerajaan (Perak), Timbalan Setiausaha Perkhidmatan Awam (Kuala Lumpur), Principal Assistant Secretary Fed. Establishment Office (Kuala Lumpur), Pengarah Tanah dan Galian Perak, dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Pada tahun 1963, hasil daripada kepimpinan mantap dan komitmen yang tinggi, beliau kemudiannya dilamar pula oleh Kementerian Pertanian & Syarikat Kerajaan selama 3 tahun sebagai Setiausaha Tetap. Pada tahun 1966 beliau menjawat jawatan yang sama di Kementerian Pelajaran selama hampir 5 tahun sehingga tahun 1970 .Seterusnya, beliau menjawat beberapa Jawatan Utama Sektor Awam di dalam pelbagai jabatan, antaranya adalah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia (1970), Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (1972), Pegawai yang Mentadbir Negeri Pulau Pinang (1973), Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom & Republik Ireland (1974), dan Yang Di Pertua Negeri Melaka (1975-1985). Pada tarikh 10 September 1984, beliau telah diperkenan dan dilantik sebagai Y.A.Bhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja (Orang Besar 4 Negeri Perak) sehingga kini.

Teras Kecemerlangan

Tun Syed amat berbesar hati untuk berkongsi resepi kejayaan beliau di dalam setiap bidang yang diceburi. Empat (4) perkara utama yang harus sentiasa lekat di hati dan keseluruhan pancaindera manusia tidak kira di mana sahaja berada dan di dalam apa jua perkara adalah;

i) Kejujuran dan keikhlasan bertugas bukan untuk kepentingan diri sendiri.

- Jujur dan ikhlas dalam melakukan tugas tanpa mengharapkan balasan akan mengangkat seseorang

kepada kemuncak tertinggi. Jujur dan ikhlas juga akan menghasilkan kemenangan dan kejayaan dalam sesuatu pekerjaan.

ii) ‘Do the right things & do the things right’ seiring dengan prinsip Amal Ma’aruf Nahi Mungkar.- Bagi seseorang penjawat awam amatlah penting

untuk memegang teguh dengan prinsip ini dalam menjayakan sesebuah pentadbiran.

iii) Sentiasa berusaha ke arah penambahbaikan dan bertawakal.

iv) Prinsip sentiasa bersyukur.- Rasa bersyukur berupaya melahirkan pekerja yang

gembira dan sejahtera serta dapat mengelakkan tekanan di tempat kerja. Melalui penelitian yang

lebih mendalam boleh dirumuskan bahawa pengertian hidup dan rasa bersyukur sememangnya memberikan kesan positif terhadap kehidupan individu yang bergelar penjawat awam.

Pemimpin Unggul Kebanggaan Kuala KangsarY.A.Bhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Tun Haji Syed Zahiruddin bin Syed Hassan

“Nota:Untukmaklumanpembaca,Y.A.Bhg.OrangKayaBendaharaSeriMaharajaTunHajiSyedZahiruddinBinSyed HassantelahkembalikeRahmatullahpada20April2013bersamaan9Jamadilawal1434jam10.40malam. Semogarohbeliaudicucurirahmatdanditempatkandikalanganorangyangberiman.Al-Fatihah...”

Page 18: Buletin Kuale Edisi 3

17

AR

ENA

KU

ALE

Program Sejuta WajahPersandingan MegaSumber : Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kuala Kangsar

Program Sejuta Wajah 2 merupakan program hasil inisiatif Kelab Sukan Komuniti Parlimen Kuala Kangsar. Ia diadakan pada 22 Disember 2012 dan merupakan salah satu medium bagi mendekatkan rakyat dengan pelbagai aktiviti yang memaparkan kebudayaan serta sukan riadah pelbagai masyarakat di Daerah Kuala Kangsar. Program ini telah mendapat sokongan penuh daripada komponen pelbagai Parti, Persatuan, NGO dan Jabatan/Agensi Kerajaan.

Program Sejuta Wajah 2 merupakan hasil kesinambungan kejayaan Program Sejuta Wajah 1 pada tahun 2011. Ia telah mendapat sokongan penuh masyarakat setempat dan liputan meluas daripada media cetak tempatan. Idea dari AJK Kelab Sukan Komuniti Kuala Kangsar yang dipengerusikan oleh En. Azizul Rahim B. Abdul Rahman selaku Pegawai Khas (Palimen Kuala Kangsar) telah melahirkan program yang meriah dan unik ini.

Acara-acara rakyat seperti sukaneka, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak, fixie bike, senam seni, bola jaring, sukan lasak, andaman pengantin, bengkel remaja, muzikal, masakan dan makan sihat serta pameran agensi-agensi kerajaan telah menarik hampir 5000 orang hadir untuk memeriahkan program ini. Jutaan terima kasih kepada agensi Pihak Berkuasa Tempatan seperti Polis, Bomba, Rela, JPAM dan MPKK yang memberikan kerjasama yang baik dalam program ini.

Acara kemuncaknya ialah Persandingan Perdana yang melibatkan 30 pasangan pengantin meliputi pelbagai kaum dan agama. Pasangan pengantin Melayu, India dan uniknya pasangan pengantin Orang Asli telah memberikan variasi menarik dalam acara kemuncak ini. Pasangan pengantin turut dibawa berarak menaiki bot merentasi Sungai Perak dan dibawa ke Pentas Perdana di Laman Budaya Kuala Kangsar. Acara tradisi Melayu, di mana pengantin diarak dengan bunga manggar, pencak silat, dan tarian Gemalai Melayu dipersembahkan. Tarian Naga dan tarian kaum India turut serta memberikan impak pelbagai seni budaya. Pengantin turut diraikan dengan resepsi merenjis air mawar oleh tetamu kehormat.

Program Sejuta Wajah 2 ini telah dirasmikan oleh YB Dato Hj. Ramly Bin Zahari selaku ADUN Manong dan Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak. Dalam ucapan perasmiannya, beliau memuji program ini yang merupakan salah satu idea dan transformasi membudayakan rakyat dengan aktiviti sihat bagi menyatukan masyarakat pelbagai kaum dalam satu medium majlis yang terbuka. Ia telah mencapai teras kerajaan dalam transformasi mengukuhkan perpaduan dalam gagasan 1 Malaysia.

Harapan dari KELAB SUKAN KOMUNITI KUALA KANGSAR agar PROGRAM SEJUTA WAJAH dapat diteruskan pada tahun hadapan dan mendapat sokongan padu dari semua pihak. Semoga ia mendapat nafas baru dan dapat diadakan dengan lebih meriah serta bermakna.

Page 19: Buletin Kuale Edisi 3

Sumber rujukan: Tuan Haji Mat Kassim b. Haji AhmadPengarang : Tuan Haji Shaharuddin bin Harun

18

AR

ENA

KU

ALE

Karnival Vespa Dan Motorsikal Klasik Antarabangsa Kuala Kangsar

“ Ingat April, Ingat Kuale”. Itulah tagline yang amat sinonim dengan Karnival Vespa dan Motorsikal Klasik yang diadakan saban tahun di Daerah Kuala Kangsar.

Karnival Vespa dan Motorsikal Klasik mula dianjurkan pada tahun 1998 yang mana penyertaan pada ketika itu adalah seramai 70 orang sahaja. Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar serta Majlis Daerah Kuala Kangsar adalah penganjur bersama karnival ini pada tahun 1998 sehingga tahun 2002, semasa pentadbirannya diketuai oleh Dato’ Haji Kamarudzaman bin Mahmud dan seterusnya Dato’ Haji Hassan Nawawi bin Abdul Rahman.

Mulai April 2003, karnival ini dianjurkan bersama oleh Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar, Majlis Daerah Kuala Kangsar dan Kelab Vespa Kuala Kangsar di Festival Sukan Air dan Sukan Rakyat bersempena dengan Sambutan Perayaan Ulangtahun Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak. Jumlah penyertaan telah meningkat kepada lebih 500 orang pemilik vespa dan motorsikal klasik.

Karnival pada tahun 2004 lebih istimewa kerana peny-ertaan dibuka ke peringkat antarabangsa. Kelab Vespa daripada negara seperti England, India, New Zealand

dan Australia telah menghantar wakilnya tanpa penyertaan motorsikal. Manakala kelab daripada Singapura, Thailand dan Vietnam telah hadir dan membawa bersama vespa serta motorsikal klasik masing-masing. Jumlah penyertaan pada tahun tersebut telah meningkat kepada lebih 1,000 buah vespa dan motorsikal klasik.

Karnival Vespa dan Motorsikal Klasik Antarabangsa Kuala Kangsar ini telah dimasukkan dalam Kalendar Pelancongan Negeri Perak sebagai salah satu acara Tahun Melawat Perak mulai tahun 2009. Ia dianjurkan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak bersempena Sambutan Perayaan Ulangtahun Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak.

April 2011 merupakan tahun kemuncak karnival ini kerana telah berjaya menarik minat dan mengumpulkan lebih daripada 2,000 penyertaan vespa, motorsikal klasik dan kereta antik. DYAM Raja Jaafar Ibnu Raja Musa Abdul Aziz, Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan telah berkenanuntuk merasmikan karnival tersebut memandangkan baginda juga mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta antik.

April 2012 merupakan ulangtahun yang ke-13 Karnival Vespa dan Motorsikal Klasik Antarabangsa ini dianjurkan. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Hamidah binti Osman, Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, ICT, Pelancongan dan Wanita. Seperti kebiasaan, sambutan yang diterima di kalangan peminat setia vespa dan motorsikal klasik adalah sangat menggalakkan.

Selain berjaya mengumpulkan pemilik dan peminat vespa serta motorsikal klasik daripada pelbagai negara, karnival ini juga merupakan suatu platform untuk memupuk semangat setia kawan dan mengeratkan hubungan antara negara-negara yang terlibat.

Page 20: Buletin Kuale Edisi 3

19

AR

ENA

KU

ALE

Permainan Gasing di Sayong - USAHA MENYEMARAKKAN SEMULA ZAMAN KEGEMILANGAN GASING

Gasing merupakan permainan tradisional orang Melayu sejak dahulu kala yang biasanya dimainkan selepas musim menuai. Ia merupakan permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. Pada zaman dahulu permainan gasing dipertandingkan antara kampung dan pemenang dikira berdasarkan tempoh masa sesuatu gasing itu mampu berputar.

Seiring dengan peredaran zaman, kini pertandingan gasing diadili dengan cara yang lebih praktikal. Pertandingan gasing mempunyai peraturannya sendiri iaitu empat (4) gasing pemusing dipangkah oleh empat (4) gasing pemangkah. Pemenang dikira berdasarkan gasing mana yang lama bertahan urinya. Dua (2) orang pengadil akan mengadili sesuatu permainan bagi setiap satu sesi yang berlangsung selama 30 minit.

Selain terkenal dengan pelbagai produk kraftangan seperti labu Sayong dan tekat emas, kawasan Sayong turut dikenali dengan permainan gasing. Ia bermula sejak tahun 40-an dan masih dimainkan sehingga kini.

Sebagai salah satu usaha untuk menyemarakkan semula zaman kegemilangan permainan gasing, sebuah gelanggang gasing telah dibina di Kampung Pauh, Sayong Hulu pada tahun 2002. Ia secara langsung telah menarik minat masyarakat untuk mencuba dan menghidupkan semula permainan ini.

Komuniti permainan gasing di Sayong dikendalikan oleh Persatuan Gasing Pangkah Kuala Kangsar dan dipengerusikan oleh Encik Sukiman bin Baheran, yang juga merupakan Ketua Kampung Sayong Hulu. Beliau turut dibantu oleh 15 orang ahli jawatankuasa. Penasihat bagi persatuan ini ialah Encik Dul Hayati bin Baheran, Pegawai JASA Daerah Kuala Kangsar.

Kini terdapat enam (6) regu pemain di kawasan Sayong yang bermain secara aktif dan setiap regu mempunyai seramai lima (5) orang pemain dengan seorang pemain simpanan.

Persatuan Gasing Pangkah Kuala Kangsar telah mewakili Negeri Perak dalam pertandingan gasing sama ada di peringkat negeri mahu pun peringkat kebangsaan. Pada tahun 2012, pasukan ini telah mewakili Negeri Perak dalam Pertandingan Gasing Peringkat Kebangsaan di Johor, Pahang dan Negeri Sembilan.

Pada setiap tahun, Persatuan Gasing Pangkah Kuala Kangsar akan menganjurkan Pertandingan Gasing Bersempena Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak.

Pada tahun 2012, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perak telah menganjurkan Festival Gasing Perak 2012 di Laman Budaya, Kuala Kangsar. Ia telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin. Festival ini merupakan salah satu usaha Kerajaan Negeri untuk menyemarakkan semula zaman kegemilangan permainan gasing sebagai warisan budaya tradisional.

Usaha komuniti permainan gasing di Sayong dan pelbagai pihak lain harus dicontohi kerana ia bermatlamat untuk memulihara dan mengembalikan semula permainan rakyat yang telah hampir hilang tradisinya dalam arus kemodenan. Ia juga dapat mendedahkan pengetahuan mengenai permainan rakyat kepada masyarakat khususnya generasi muda. Semoga usaha untuk menyemarakkan semula dan memartabatkan permainan gasing ini disambut baik oleh semua lapisan masyarakat.

Sumber : Pejabat JASA Daerah Kuala Kangsar

Page 21: Buletin Kuale Edisi 3

20

DA

KW

AH

KU

ALE

HijrahTelah berlalu hijrah kenabian 1434 tahun yang lalu, namun semangat dan tuntutan Islam tidak pernah membenarkan umatnya untuk berhenti daripada berhijrah. Allah SWT menyatakan dalam Surah At Taubah ayat 20 :

“Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta benda dan diri, mereka adalah lebih tinggi darjatnya pada sisi Allah (SWT). Mereka itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.”

Nabi SAW pernah bersabda, “Orang yang sempurna Islamnya ialah orang yang kaum muslimin terselamat dari gangguan lisan dan tangannya dan orang yang berhijrah sebenarnya ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah”. (HR Bukhari no 6484). Islam adalah agama yang didasarkan pada semua bentuk perhambaan dan penyerahan diri kepada Allah SWT sahaja, penyingkiran syirik, penjelasan dan pembatasan hubungan dengan orang-orang musyrik.

Dengan prinsip seperti itu maka umat Islam tidak dibiarkan begitu sahaja oleh orang-orang musyrik. Umat Islam tidak bebas menjalankan agamanya, sebagaimana sudah diterangkan oleh Allah, “Mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari agama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian);.” (QS Al-Baqarah 217). Namun bukanlah bererti umat akan sentiasa terhimpit kerana Allah berfirman : “Dan sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. (QS An-Nisa 100).

Kini Islam telah kehilangan generasi terbaiknya yang sanggup menjual diri, harta dan nyawanya kepada Allah untuk mendapatkan syurga-Nya, dengan menegakkan Islam. Dan inilah yang menyebabkan hilangnya cahaya petunjuk Islam, setelah runtuhya Khilafah Islamiyah, Turki Othmaniyah, pada 3 Mac 1924. Setelah itu, negeri kaum muslimin berterusan mengalami musibah. Islam ketika ini memerlukan generasi yang sanggup mengorbankan diri, harta serta nyawa mereka untuk menegakkannya. Kerana sekiranya tanpa itu, Islam mustahil kembali berjaya di peringkat antarabangsa, seperti pada masa baginda dan para sahabat hingga 13 abad kemudian.

Maka, semuanya terpulang kepada keimanan dan ketaqwaan kita semua. “Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman itu, diri dan harta mereka, bahawa mereka akan diberi (imbalan) syurga.” (Q.s. At-Taubah: 111).Tetapi yang wajib diyakini, bahawa syurga dan neraka itu adalah abadi. Syurga merupakan puncak kenikmatan yang tidak diberikan secara percuma oleh Allah kepada manusia. Kerana itu, semakin tinggi pengorbanan kita, maka semakin besar kenikmatan kita di akhirat kelak. Semoga kita termasuk di antara golongan orang yang sanggup memberikan pengorbanan yang tertinggi untuk Islam demi mencari redha Allah dan syurga-Nya. Wallahu a’lam.

Oleh : Ustaz Mohd Faizal bin Kamin Pejabat Agama Islam Kuala Kangsar

Page 22: Buletin Kuale Edisi 3

21

RES

EPI K

UA

LE’

IKAN BAKAR SEPUHDisusun Oleh: Tuan Haji Shaharuddin Bin HarunMenu oleh : Puan Atarah binti Lob Ab SukurJurugambar : Azma Zahid b. Abdul Razak

Bahan-bahan:

1 kg ikan (air tawar)300 gram kerisik300 gram santan kelapa10 ulas bawang merah1 cm halia1 cm lengkuas

2 biji limau nipis5 tangkai daun kesom3 batang seraiSedikit belacan dan garam halus secukup rasa

Cara membuatnya;

1. Ikan hendaklah dibakar terlebih dahulu.2. Halia, bawang merah, serai, lengkuas dan

daun kesom dimayang atau dihiris halus.3. Cili padi ditumbuk bersama belacan serta

dicampurkan air perahan atau isi limau nipis.4. Semua bahan awas itu digaul hingga sebati

dengan campuran santan kelapa dan masuk-kan garam secukup rasa.

5. Akhirnya, masukkan atau sepuh ikan yang telah dibakar itu ke dalam bahan awas terse-but sehingga rata.

6. Masakan sedia untuk dihidangkan.

Nota: Bahan awas tidak perlu dimasak, Sedia untuk dimakan mentah sahaja.

Resipi ikhsan daripada ;Puan Zalipah bt. DahalanNo. 10, Kampong Bekut,33100 Sungai Siput (U)No telefon : 013-5019588

Page 23: Buletin Kuale Edisi 3

Negeri Perak sangat terkenal dengan keunikan budaya, bahasa dan adat masyarakatnya yang pelbagai mengikut daerah. Salah satu daya tarikan dari segi bahasa yang membuatkan negeri Perak istimewa adalah melalui loghatnya.

Loghat (loghat daerah, dialek atau bahasa daerah) ialah kelainan dalam sesuatu bahasa yang menjadi ciri satu golongan tertentu dalam kalangan penutur bahasa itu. Istilah ini paling biasa digunakan untuk menghuraikan corak pertuturan setempat, tetapi juga ditentukan oleh faktor-faktor lain seperti darjat sosial. Istilah loghat berasal dari perkataan Arab (lúğa) yang bermaksud “bahasa”; sementara istilah dialek dipinjam dari bahasa Inggeris melalui perkataan Yunani (dialektos) yang bermaksud “ba-hasa” atau “perbualan”.

Dalam kegunaan umum, perkataan “loghat” atau “loghat daerah” adakalanya dipakai untuk memaksudkan suatu bahasa yang kurang biasa didengari terutamanya bahasa setempat, khususnya bahasa yang tidak bertulis atau tidak diselaras. Penggunaan perkataan ini tidak sedap didengari penutur bahasa-bahasa yang dimaksudkan kerana diiringi salah sangka bahawa bahasa minoriti berkenaan ketandusan kosa kata, tatabahasa atau kepentingan.

22

KEN

ALI

KU

ALE

Loghat Perak

Antara Loghat yang popular dipertuturkan di Negeri Perak terutamanya di Kuala Kangsar adalah seperti berikut:

1. Megholoh – Tidur2. Tumpor – Mati, tumbang3. Bojot – Basah4. Gebor – Selimut5. Nyongket – Suka merayau6. Seghoyor – Gayat, seram7. Tak semiyak – Perangai yang tidak senonoh, tidak sihat8. Hakap – gelojoh9. Jelabang – lopong, koyak10. Pijor – Terlalu panas

Page 24: Buletin Kuale Edisi 3

TAKWIM KUALE’Januari - Jun 2013

No. Acara Tarikh Tempat Penganjur/Alamat/No. Telefon & Faksimili Catitan

1. Hari Bertemu Pelanggan Pejabat Derah dan Tanah Kuala Kangsar

Setiap Hari Selasa Minggu Pertama

Setiap Bulan

Ruang Legar, Aras Bawah, Pejabat

Daerah dan Tanah Kuala Kangsar

Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar, 33000 Kuala KangsarNo. Tel : 05-7761055No. Faks : 05-7764441

2. Majlis Penghayatan Penanaman Pokok Getah Pertama di Malaysia

14 Januari 2013 (Isnin)

Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar dan Tapak Pokok Getah

Pertama

RISDA Malaysia dengan kerjasama RISDA Negeri Perak

VIP : Y.Bhg. Tan Sri Dr. Rahim b. Tamby Chik, Pengerusi RISDA Malaysia

3.Program Walkabout YAB MB Perak ke DUN Lubok Merbau 19 Januari 2013

(Sabtu)Sekitar DUN Lubok

Merbau

Pejabat YAB Menteri Besar Perak D.R. dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar, 33000 Kuala KangsarNo. Tel : 05-7761055No. Faks : 05-7764441

4.

Majlis Penyerahan Wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 Peringkat Parlimen Kuala Kangsar

Februari/Mac 2013 Dewan Jubli Perak,

Kuala Kangsar

Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kuala Kangsar dengan Kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar, 33000 Kuala KangsarNo. Tel : 05-7761055No. Faks : 05-7764441

5.Majlis Pelancaran Program My Beautiful Malaysia Day – Program Gotong Royong 1Malaysia

03 Februari 2013(Sabtu)

Laman Budaya, Kuala Kangsar

Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kuala Kangsar

6. Lawatan Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri Ke Daerah Sg. Siput

19 Februari 2013 (Selasa) Daerah Sg. Siput (U)

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dan Pejabat Daerah dan Tanah Sg. Siput (U)

7. Le Tour de Langkawi 2013 (LTdL)22 Februari 2013 (Jumaat) dan 23

Februari 2013 (Sabtu)

Daerah Kuala Kangsar dan Sg. Siput (U) Pengurusan Le Tour de Langkawi

9. Kejohanan Ragbi MCKK Premier 7’s 2013

22 Februari 2013 (Jumaat) hingga 24 Februari 2013

(Ahad)

Padang Kolej Melayu Kuala Kangsar

Kolej Melayu Kuala Kangsar, 33000 Kuala Kangsar

10. KK International Motocross Challenge

23 Februari 2013 (Sabtu) dan 24 Februari 2013

(Ahad)

Tapak Motorcross Kuala Kangsar

Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kuala Kangsar

11.Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Bersepadu Orang Asli Aman Jaya Sg. Siput (U)

02 Mac 2013(Sabtu)

Kg. Bawong, Sg. Siput (U) Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Perak VIP : YAB Menteri Besar Perak

12. Majlis Pecah Tanah Pembangunan Pekan Kecil Sauk

07 Mac 2013(Khamis) Pekan Kecil Sauk Perbadanan Kemajuan Pertanian Ng. Perak VIP : YAB Menteri Besar Perak

13. Lawatan Kerja YAB MB ke Pos Legap 08 Mac 2013(Jumaat)

Pos Legap, Sg. Siput (U) VIP : YAB Menteri Besar Perak

14. Majlis Pelancaran Program Gelombang 4T, DUN Manong

15 Mac 2013(Jumaat)

Tapak Pasar Pagi Pekan Manong

Pejabat Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Perak D.R.

VIP : YABhg. Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Perak

15. Karnival Astro Fiesta Mesra Belia 1Malaysia Parlimen Padang Rengas 2013

16 Mac (Sabtu) 17 Mac 2013

(Ahad)

Pentas Utama Karnival, Tapak IKS

MIEL Lubok Merbau

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Kangsar dan Pusat Khidmat Masyarat Parlimen Padang Rengas

VIP : YB Ahli Parlimen Padang Rengas

16.Majlis Pelancaran 1 Malaysia Komuniti PERWANI dan 1 Million Women Purple Walk 2013 Peringkat Daerah Kuala Kangsar

17 Mac 2013(Ahad)

Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar

Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar, 33000 Kuala KangsarNo. Tel : 05-7761055No. Faks : 05-7764441

VIP : YB ADUN Chenderoh

17.Istiadat Meletak Kerja Sempena Sambutan Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak D.R.Ke 85

19 Mac 2013(Selasa)

Istana Iskandariah, Kuala Kangsar Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak VVIP : DYMM Pemangku Raja

Perak D.R.

18.Majlis Perasmian Pelaksanaan Program Mobile Community Trasformation Centre (Mobile CTC) Kg.Bawong, Sg. Siput

30 Mac 2013(Sabtu)

Padang Bola Sepak Kg. Bawong, Sg. Siput

Kementerian Kewangan Malaysia dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak

VIP : Menteri Kewangan Malaysia II

19. Majlis Pecah Tanah SJK (T) Taman Heawood, Sg. Siput

30 Mac 2013(Sabtu)

Sek. Men. Keb. Kg. Muhibbah, Sg. Siput Pejabat Daerah dan Tanah Sg. Siput (U) VIP : Menteri Kewangan

Malaysia II

20.Majlis Kesyukuran Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang ke 85 DYMM Paduka Seri Sultan Perak D.R.

19 April 2013(Jumaat)

Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar Jabatan Agama Islam Negeri Perak VVIP : DYMM Pemangku Raja

Perak D.R.

21.Majlis Santapan Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang ke 85 DYMM Paduka Seri Sultan Perak D.R.

19 April 2013(Jumaat)

Dewan Santapan, Istana Iskandariah,

Kuala KangsarPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak D.R.

VVIP : DYMM Pemangku Raja Perak D.R. dan DYTM Raja Puan Besar Perak D.R.

22. Hari Penamaan Calon bagi P.067 Kuala Kangsar

20 April 2013(Sabtu)

Bilik Gerakan, Aras 3, Pejabat Daerah dan

Tanah Kuala KangsarPejabat Pilihan Raya Negeri Perak

23. Hari Mengundi bagi P.067 Kuala Kangsar 5 Mei 2013(Ahad)

Semua Pusat Mengundi P.067 Kuala

Kangsar,N. 34 Bukit Chandan dan N. 35

Manong

Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak

24. Larian Hari Keputeraan Sultan Azlan Shah12 Mei 2013

(Ahad) Sekitar Bandar DiRaja Kuala Kangsar

Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar dengan kerjasama Pacesetters Athletic Club Malaysia

VVIP : DYTM Raja Muda Perak D.R.