14
MAHASISWA ANTI COMANGO (M.A.C) SURVIVAL KIT EVERYTHING YOU NEED TO KNOW ABOUT COMANGO Disusun oleh: Gerakan Mahasiswa Anti COMANGO

Mahasiswa Anti-Comango (MAC) Survival Kit

Embed Size (px)

DESCRIPTION

EVERYTHING YOU NEED TO KNOW ABOUT COMANGO http://tenteramaya.blogspot.com/

Citation preview

Page 1: Mahasiswa Anti-Comango (MAC) Survival Kit

MAHASISWA ANTI COMANGO (M.A.C)

SURVIVAL KIT EVERYTHING YOU NEED TO KNOW ABOUT COMANGO

Disusun oleh: Gerakan Mahasiswa Anti COMANGO

Page 2: Mahasiswa Anti-Comango (MAC) Survival Kit

Prakata.

Survival kit ataupun e-book ini merupakan kompilasi sumber-sumber mengenai COMANGO

secara jelas. Sumber ini dikumpulkan menerusi laporan-laporan media dan juga rujukan-rujukan

internet dari sumber yang boleh dipercayai. Mengapakah e-book ini dipanggil Survival Kit? Apa

yang ingin diselamatkan? Secara awamnya Survival Kit ini ditulis dan disusun dengan harapan ia

mampu menyelamatkan aqidah anda selaku penganut agama Islam di Malaysia. Ia juga disusun

dengan harapan ia mampu memberi pencerahan lengkap mengenai apa itu sebenarnya

COMANGO dan mengapa COMANGO mampu menjejaskan umat Islam di Malaysia sama ada dari

segi perundangan atau dari segi aqidah. Moga usaha yang kecil ini sedikit sebanyak dapat

membantu anda memberi penerangan kepada ahli keluarga anda, sahabat handai anda dan

masyarakat Islam di Malaysia secara umumnya.

Page 3: Mahasiswa Anti-Comango (MAC) Survival Kit

Kandungan

Prakata…………………………………………………………………………….…………………..……………………………………..

Kandungan……………………………………………………………………………….………………………………………..……….

BAB 1: PENGETAHUAN ASAS……………………………………………………………………………………..…………………………

>1.1: APAKAH ITU COMANGO?.........................................................................................................

>1.2: APAKAH TUTUTAN-TUNTUTAN COMANGO?..................................................................................

BAB 2: MENGAPA TOLAK COMANGO?....................................................................................................

>2.1: Pecahan Tuntutan COMANGO Yang Merbahaya……………………………………………………………………….

>2.2: Warkah Dari Geneva, Malaysia Dihentam………………………………………………………………………………….

BAB 3: SAYA SEORANG MAHASISWA, APA YANG BOLEH SAYA LAKUKAN?......................................

>3.1: Tingkatkan Pemahaman dan Ilmu Anda Mengenai COMANGO………………………………………………

>3.2: Silent No More……………………………………………………………………………………………………………………………....

AKHIR KATA…………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Page 4: Mahasiswa Anti-Comango (MAC) Survival Kit

BAB 1: PENGETAHUAN ASAS

1.1: APAKAH ITU COMANGO?

COMANGO (Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process) atau Gabungan Pertubuhan Bukan

Kerajaan Malaysia ialah sebuah gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia yang

mengemukakan laporan hak asasi manusia ke proses Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi

Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 24 Oktober 2013 di Geneva. Untuk

mengetahui lebih lanjut mengenai UPR anda boleh memuat turun file berikut. Pastikan anda

mempuyai sambungan internet terlebih dahulu.

>>>>>>>>>>>>>>File Maklumat Lengkap UPR<<<<<<<<<<<<<<<

Gabungan ini disertai oleh 54 NGO Malaysia. Menurut sumber bernama terdapat 15 NGO

berdaftar dan 39 NGO tidak berdaftar dalam COMANGO menurut Kementerian Dalam Negeri

(KDN). KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan bahawa Gabungan

Badan Bukan Kerajaan (NGO) Hak Asasi Manusia (Comango) adalah sebuah gabungan

pertubuhan yang tidak berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335).

Berikut merupakan senarai lengkap 54 NGO yang dalam perikatan COMANGO.

15 NGO yang berdaftar:

1. Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower)

2. Education and Research Association for Consumers Malaysia (Era Consumer)

3. All Petaling Jaya Selangor Residents Association (APAC)

4. All Women’s Action Society Kuala Lumpur & Selangor (AWAM)

5. Association of Women with Disabilities Malaysia.

6. Coalition to Abolish Modern Day Slavery in Asia (CAMSA)

7. Society for Rights of Indigenous People of Sarawak (SCRIPS)

8. Good Shepherd Welfare Centre

9. Malaysian Physicians for Social Responsibility

10. Persatuan Masyarakat Selangor dan Kuala Lumpur (PERMAS)

11. Perak Women for Women Society

12. Sahabat Wanita Selangor

13. Sabah Women’s Action-Resource Group (SAWO)

14. Women’s Aid Organisation Malaysia (WAO)

15. Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall.

Page 5: Mahasiswa Anti-Comango (MAC) Survival Kit

39 NGO Tidak Berdaftar:

1. Amnesty International Malaysia

2. Asean Institute For Early Childhood Development

3. Association of Women’s Lawyers (AWL)

4. Centre For Independent Journalism (CIJ)

5. Childline Malaysia

6. Christian Federation Malaysia

7. Community Action Network (CAN)

8. Dignity International

9. Foreign Spouses Support Group

10. Health Equity Initiatives

11. Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM)

12. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)

13. Justice For Sisters

14. Pusat Komunikasi Selangor (KOMAS)

15. Knowledge And Rights With Young People Through Safer Spaces (KRYSS)

16. KLSCAH Civil Rights Committee

17. Land Empowerment Animals People (LEAP)

18. Malaysians Against Death Penalty And Tourture (MADPET)

19. Malaysia Child Resource Institute (MCRI)

20. Malaysia Youth & Student Democratic Movement (DEMA)

21. Migration Working Group (MWG)

22. Panggau

23. PS The Children

24. PI Foundation

25. People’s Service Organisation (PSO)

26. Seksualiti Merdeka

27. Persatuan Guru-Guru Tadika Semenanjung Malaysia (PGGT)

28. Rainbow Genders Society

29. Southeast Asian Centre For E-Media (SEACem)

30. Sinui Pai Nanek Sengik (SPNS)

31. SIS Forum (Malaysia) Bhd (SIS)

32. Tenaganita

33. Voice Of The Children (VOC)

34. Writer’s Alliance For Media Independence (WAMI)

Page 6: Mahasiswa Anti-Comango (MAC) Survival Kit

35. Women Centre For Change, Penang (WCC)

36. Yayasan Chow Kit

37. Young Buddhist Association Youth Section

38. Child Right Coalition Malaysia (CRCM)

39. Persatuan Komuniti Prihatin Selangor dan Kuala Lumpur

Sumber: BERNAMA

Page 7: Mahasiswa Anti-Comango (MAC) Survival Kit

1.2: APAKAH TUTUTAN-TUNTUTAN COMANGO?

COMANGO mengemukakan laporan hak asasi manusia ke proses Semakan Berkala Sejagat Majlis

Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 24 Oktober 2013 di Geneva. Berikut

merupakan dokumen penuh laporan tuntutan COMANGO yang setebal 36 mukasurat. Pastikan

anda mempunyai sambungan internet dan klik link untuk memuat turun.

>>>>>>>>>>>LAPORAN PENUH COMANGO<<<<<<<<<<<<

Page 8: Mahasiswa Anti-Comango (MAC) Survival Kit

BAB 2: MENGAPA TOLAK COMANGO?

2.1: Pecahan Tuntutan COMANGO Yang Merbahaya

Menurut En. Azril Mohd Amin, Naib Presiden, Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia

terdapat beberapa kandungan laporan tersebut yang boleh dipertikaikan dan dianggap

merbahaya. Antaranya ialah:

i. Perenggan 1: Malaysia dituntut untuk menandatangani dan memeterai International Covenant

on Civil & Political Rights (ICCPR). Contoh unsur berbahaya yang terkandung di dalam ICCPR

terdapat pada Perkara 18 iaitu berhubung hak kebebasan beragama. Lihat komentar berikut:

“The Committee observes that the freedom to “have or to adopt” a religion or belief necessarily

entails the freedom to choose a religion or belief, including the right to replace one’s current

religion or belief with another or to adopt atheistic views, as well as the right to retain one’s

religion or belief…” – Rujuk komentar penuh di sini. Implikasi penerimaan ICCPR ini bakal

mengizinkan pemurtadan berlaku secara berleluasa.

ii. Perenggan 6.8 berkenaan tuntutan untuk Malaysia menandatangani dan memeterai

International Covenant on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) yang

didakwa “menyediakan rangka kerja undang-undang untuk mengadaptasi obligasi antarabangsa

ke dalam undang-undang domestik”. Pematuhan terhadap ICERD ini hanya akan menyebabkan

Malaysia mengikut telunjuk dan acuan sekular Barat yang memaksakan penafsiran istilah

“racism” atau perkauman ke atas sesuatu negara berdaulat. Hal ini mengenepikan tindakan-

tindakan domestik yang pada hakikatnya mengambilkira realiti dan sejarah serta aspek

keagamaan dan sosio-budaya tempatan. Justeru tidak sepatutnya diberikan label negatif dan

bersifat steoreotaip khususnya oleh media yang berniat jahat terhadap sesebuah negara.

iii. Malaysia ditekan untuk mengiktiraf hak-hak berlandaskan SOGI – Sexual Orientation & Gender

Identity iaitu hak-hak LGBTIQ (Lesbian, Bisexual, Gays, Transgender, inter-sexed & queer-

persons). Dakwaan-dakwaan kononnya golongan ini dinafikan hak-hak mereka ditimbulkan pada

perenggan 6.1.1 dan 6.1.2 laporan tersebut. Terdapat juga tekanan-tekanan untuk

menghapuskan seksyen 377A Kanun Kesiksaan berhubung jenayah liwat.

iv. Malaysia juga dipaksa tunduk pada kandungan di dalam Prinsip-prinsip Yogjakarta 2006 yang

memberikan kebebasan mutlak kepada mereka yang mempraktikkan amalan seks songsang.

Berkenaan hak-hak LGBTIQ ini, sila rujuk penulisan awal di sini dan di sini. Sekiranya hak-hak LGBT

ini diizinkan, maka langkah pertama yang mesti dilakukan Kerajaan Malaysia ialah menghapuskan

undang-undang berhubung kesalahan jenayah liwat. Ini adalah langkah yang membuka ruang

untuk pengenalan undang-undang perkahwinan sesama jenis yang setakat ini telah dibenarkan

di 14 buah negara seluruh dunia, dan negara jiran Thailand sedang menimbangkan untuk

memperkenalkan undang-undang yang sama.

Page 9: Mahasiswa Anti-Comango (MAC) Survival Kit

v. Perenggan 6.2 mendakwa bahawa Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berkenaan hak-hak

istimewa kaum Melayu adalah bersifat perkauman dan diistilahkan sebagai ‘alat politik’. Ini

bersalahan dengan kontrak sosial dan juga ciri-ciri utama yang membentuk Perlembagaan

Persekutuan.

vi. Perenggan 9 mempersoalkan Enakmen-enakmen Kesalahan Jenayah Syariah, dan khususnya

perenggan 9.5 mendesak pemansuhan atau pindaan terhadap kesalahan-kesalahan jenayah

Syariah dan enakmen-enakmen yang didakwa sebagai “mengganggu hak peribadi”.

vii. Perenggan 10 mewujudkan kekeliruan-kekeliruan terhadap isu kebebasan beragama di

Malaysia. Di antaranya termasuk kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian

yang masih belum diputuskan secara muktamad oleh Mahkamah tertinggi di Malaysia. Laporan

tersebut juga mempersoalkan larangan terhadap penganut ajaran Syiah menyebarkan fahaman

mereka di kalangan orang-orang Islam. Selain itu, hak seorang bapa beragama Islam untuk

mengislamkan anak-anak di bawah umur juga dijadikan isu hak asasi manusia.

Memandangkan proses UPR ini berlangsung setiap empat tahun sekali (kali pertama semenjak

2009), maka adalah wajar sekiranya pihak Kerajaan Pusat, serta pertubuhan-pertubuhan Islam

(NGI) sentiasa meneliti tuntutan-tuntutan yang dikemukakan demi memastikan tidak berlaku

sebarang kekeliruan berterusan serta dakwaan bertentangan terhadap kedudukan Islam dan

realiti sejarah dan budaya masyarakat Malaysia.

Tuntutan-tuntutan sebegini bukan sahaja berlawanan dengan kedudukan Islam sebagai agama

persekutuan dan kedaulatan negara, tetapi juga dibuat melalui platform yang tidak sah seperti

COMANGO. Malah, ‘pertubuhan-pertubuhan’ yang mengganggotainya juga perlu disiasat secara

mendalam oleh kerana melalui sumber yang boleh dipercayai, hanya 12 dari 54 keanggotaannya

berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan, Malaysia. ‘Pertubuhan-pertubuhan’ ini tidak mewakili

suara majoriti masyarakat Malaysia, namun begitu menampakkan gagasan mereka seolah-olah

besar dan berpengaruh. Kewujudan entiti-entiti ini juga menyalahi undang-undang pertubuhan

kerana tidak didaftarkan secara sah.

*Tulisan ini dipetik dari blog peribadi En. Azril Mohd Amin.

http://azrilmohdamin.com/2013/09/18/tuntutan-tuntutan-comango-untuk-proses-semakan-

berpenggal-sejagat-malaysia-2013/

Page 10: Mahasiswa Anti-Comango (MAC) Survival Kit

2.2: Warkah Dari Geneva, Malaysia Dihentam.

Warkah ini ditulis oleh Ustaz Nasharudin Mat Isa Ahli Jawatankuasa MuslimUPRo sebuah NGO yang

cuba menghalang tuntutan COMANGO.

Warkah Geneva: Berkat doa, kesatuan

NASHARUDIN MAT ISA

Dari Avenue Louis-Casai, Cointrin, Geneva, Switzerland.

SUDAH hampir seminggu saya berada di Geneva bersama-sama dengan anggota delegasi

Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimUPRo)

seramai enam orang. Seperti yang kita sedia maklum, MuslimUPRo merupakan gabungan NGO-

NGO Islam yang bersama-sama bangkit untuk membantah pihak Gabungan NGO-NGO Hak Asasi

Manusia (Comango), dan dalam masa yang sama berusaha melibatkan diri dalam Proses

Semakan Berkala (UPR) di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui konsultasi dan

memberikan pandangan dan saranan kepada pihak Kerajaan Malaysia.

Kami hadir untuk melihat sendiri proses penerimaan muktamad oleh wakil Kerajaan Malaysia

terhadap saranan yang telah dibuat oleh negara-negara anggota PBB melalui proses tersebut.

Daripada sejumlah 232 syor yang dikemukakan pada Oktober 2013, iaitu sebanyak 113 syor

kesemuanya, 21 syor secara prinsipnya diterima, manakala 83 lagi ditolak.

Setelah sekian waktu pihak MuslimUPRo mengadakan beberapa siri kempen dan penerangan di

seluruh negara, dengan di akhiri melalui Seminar Hak Asasi Manusia yang dianjurkan bersama

Universiti Kebangsaan Malaysia dan Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia baru-baru ini.

Pihak kami juga telah turut mengadakan beberapa siri pertemuan dengan pihak kerajaan dan

saban hari mengharapkan agar kerajaan tidak akan tunduk kepada tuntutan pihak Comango yang

jelas cuba mencabar Perlembagaan Persekutuan, mempertikai kedudukan Islam dan juga

mempromosi budaya songsang seperti aktiviti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT)

yang bertentangan dengan undang-undang Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama

Persekutuan.

MuslimUPRo ingin merakamkan ucapan setinggi tahniah dan syabas kepada kerajaan Malaysia

yang telah menolak pelbagai tuntutan tidak munasabah Hak Asasi Manusia berdasarkan syor-

syor negara-negara anggota Majlis Hak Asasi Manusia. Penerimaan muktamad Malaysia telah

pun dinyatakan di dalam dokumen rasmi PBB rujukan A/HRC/25/10/Add.1 bertarikh 4 Mac 2014.

Pendirian Malaysia ini yang dinyatakan semasa Sesi Penerimaan Muktamad pada 20 Mac 2014,

bagi saya adalah satu manifestasi tepat yang menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara

Islam contoh yang mengamalkan kesederhanaan berdasarkan prinsip wasatiyyah dan komitmen

Malaysia terhadap usaha untuk memperbaiki tahap dan keadaan hak asasi manusia di negara ini,

tanpa berkompromi dengan peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan realiti

sejarah, agama dan budaya negara.

Page 11: Mahasiswa Anti-Comango (MAC) Survival Kit

Syukur alhamdulillah kerana semua ini dapat berlaku berkat doa dan munajat yang tidak putus-

putus daripada rakyat Malaysia beragama Islam yang prihatin dan sedar bahawa ancaman

terhadap agama kita sedang berlaku.

Menghentam

Tidak cukup dengan usaha dari dalam, negara kita cuba diheret sehingga ke pentas antarabangsa

untuk akur dan menerima norma-norma Barat yang asing daripada agama dan budaya kita. Kita

harus terus berdoa dan melakukan sesuatu dalam isu ini kerana usaha mereka yang memusuhi

agama kita ini tidak terhenti setakat proses UPR yang kedua ini.

Pihak MuslimUPRo menjangkakan proses UPR yang ketiga yang dijadualkan pada 2017 nanti

pastinya akan lebih hebat dan mencabar. Sudah tentu pihak Comango khasnya akan meneruskan

kempen jahat mereka yang melanggar prinsip dan amalan agama Islam. Malah acara sampingan

yang mereka anjurkan di Geneva ini pun telah mula mereka jadikan medan untuk menghentam

kerajaan Malaysia dan masih berterusan membangkitkan isu-isu sensitif yang boleh menggugat

agama Islam di negara kita.

Agenda Comango tidak terhenti setakat proses UPR. Pentas yang mereka gunakan juga bukan

sekadar PBB. Mereka telah mengadakan lobi di sana sini. Dengan sokongan dan dana yang

mereka perolehi dari luar negara khasnya, usaha mereka akan terus mereka gerakkan untuk

memaksa negara kita menerima kesesatan dan kebatilan perjuangan mereka yang kononnya

dilakukan atas prinsip hak asasi manusia!

Satu perkara yang hendak saya ketengahkan di sini ialah, walaupun yang diperjuangkan oleh

Comango itu adalah sesuatu yang batil dan bercanggah dengan kehendak agama dan budaya,

tetapi kerana mereka itu bersatu, maka suara mereka sampai ke pentas antarabangsa.

Mereka kelihatan kuat walaupun jumlah mereka bukanlah begitu ramai mana pun, tetapi mereka

berupaya mengumpul tenaga dan kekuatan yang sedikit itu untuk memperjuangkan suara

kebatilan mereka.

Dengan demikian, inilah masa yang terbaik bagi umat Islam negara ini untuk sama-sama sedar

dan insaf, bermuhasabah dan bangkit sebagai satu saff yang kukuh, ibarat batu-batu yang diikat

kemas dan rapi sebagaimana yang Allah jelaskan dalam Surah as-Saff ayat 4. Marilah kita

renungkan bersama - bagaimana jika kumpulan yang batil ini boleh bangkit dan berjuang, kenapa

tidak kita sebagai umat Islam yang sudah disebut Allah SWT sebagai khaira ummah ukhrijat lillnas

(sebaik-baik ummah yang dikeluarkan untuk manusia) tidak mampu untuk bergabung tenaga dan

bermuafakat mempertahankan dan memperjuangkan agama ini pada tahap paling maksimum

yang kita mampu?

Saya amat yakin, apa yang telah kita capai di Geneva kali ini adalah berkat daripada doa orang

ramai, penyatuan gerak kerja dalam kalangan NGO-NGO Islam dan komitmen yang ditunjukkan

oleh kerajaan, maka kita dikurniakan Allah SWT dengan keputusan yang saya anggap sebagai satu

kemenangan untuk Islam di negara kita.

Page 12: Mahasiswa Anti-Comango (MAC) Survival Kit

Ada banyak lagi isu di hadapan kita yang memerlukan kesepakatan dan perpaduan di kalangan

umat Islam. Kenapa tidak dalam hal yang berkaitan dengan mempertahankan agama, kita

berpegang pada perintah Allah SWT ...inna hazihi ummatukum ummatan wahidah...

(sesungguhnya inilah dia umat kamu... umat yang satu). Kekuatan kita adalah pada kesepakatan

dan perpaduan yang jitu selaku umat yang satu.

MuslimUPRo sedang merancang beberapa strategi untuk berdepan dengan cabaran mendatang

khasnya dalam isu yang berkaitan dengan hak asasi manusia. Antaranya ialah penubuhan sebuah

pusat kecemerlangan ilmu hak asasi manusia. Kita bukan anti kepada tuntutan hak asasi tetapi ia

mestilah dalam kerangka agama, budaya dan perundangan negara.

Menarik juga untuk dinukilkan di sini, ketika kami di Geneva ini, di mana sahaja kami pergi, sama

ada di restoran, kedai buku, di tempat penginapan malah di dalam bas pun, apabila kami ditegur;

kamu semua dari mana," lalu kami jawab dari Malaysia," spontan sahaja kalimah yang akan

diungkapkan kepada kami ialah we are all praying for the safety of the aircraft".

Benar, dua topik besar yang saban hari menjadi tajuk utama dalam media di sini ialah isu

kehilangan pesawat MH370 dan perkembangan politik di Rusia dan Ukraine.

Rakyat asing di sini merakam tahniah kepada usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan Malaysia

dengan bantuan kukuh dan kerjasama erat 26 negara yang terus-menerus berusaha untuk

mencari pesawat tersebut. Yang menarik bagi saya adalah ungkapan we are all praying for the

safety of the aircraft".

Sekali lagi, dalam suasana yang sedang kita hadapi ini, sebagai hamba Allah SWT, doa ialah

senjata orang mukmin yang paling ampuh yang mampu kita tadahkan tangan agar usaha

pencarian ini akan terjawab segera.

Islam mengajar kita bahawa di antara mereka yang mustajab doanya insya-Allah ialah doa orang

yang sedang bermusafir. Di sini kami juga turut mendoakan dipermudahkan Allah SWT agar usaha

pencarian pesawat ini berjaya dan kami juga bermohon agar Allah SWT memelihara negara kita

daripada sebarang ancaman pihak-pihak yang merancang untuk menghancurkan Islam,

keharmonian dan kemakmuran negara kita.

Amin Ya Rabb al alamin.

Sumber: Utusan Malaysia.

http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140323/re_02/Warkah-Geneva-Berkat-doa-

kesatuan

Page 13: Mahasiswa Anti-Comango (MAC) Survival Kit

BAB 3: SAYA SEORANG MAHASISWA, APA YANG BOLEH

SAYA LAKUKAN?

3.1: Tingkatkan Pemahaman dan Ilmu Anda Mengenai COMANGO.

Antara sebab mengapa COMANGO mampu pergi sejauh ini adalah disebabkan kelalaian umat

Islam di Malaysia itu sendiri. Itu hakikat pahit yang perlu ditelan. Kita terlalu selesa dengan

kedudukan Islam selaku agama persekutuan sehingga kita lupa, perlembagaan kita boleh dicabar

di peringkat antarabangsa. Biarpun mereka selangkah kehadapan kita masih belum terlambat.

Tingkatkan pemahaman anda mengenai kedudukan agama Islam di Malaysia dari segi aqidah dan

perundangan lalu sebarkan kepada masyarakat sekitar. Jika tidak mampu menyebarkan pada

masyarakat sebarkan pada rakan-rakan sekuliah. Jika tidak mampu juga memandai jika anda

menyebarkan pada ahli keluarga anda. Apa yang penting ilmu itu tidak disimpan dan diperam.

Kerana itu hanya membawa kerugian pada Umat Islam.

3.2: Silent No More

Kita tidak boleh selamanya berdiam diri dan mengharap pada orang lain dalam menyelesaikan

isu ini. Sedangkan kita mampu memberi sumbangan biarpun sumbangan itu kecil. Mahasiswa

Anti COMANGO (MAC) lahir daripada sekumpulan kenalan dari pelbagai universiti yang

mempunyai kepercayaan yang sama dan ingin menegakkan kepercayaan tersebut. Maka gerakan

ini ditubuhkan dengan harapan golongan mahasiswa akan mendapat penerangan dengan lebih

jelas mengenai COMANGO dari usaha kami. Anda boleh lakukan perkara yang sama. Bentuk

gerakan anda sendiri untuk memberi kesedaran kepada rakan-rakan mahasiswa di sekeliling

anda. MAC bukanlah kumpulan pertama yang cuba melakukan perkara ini. Persatuan Belia Islam

Nasional (PEMBINA) telah lebih awal dari kami cuba mewujudkan kesedaran mengenai

COMANGO di kalangan Mahasiswa.

Jika anda tidak mampu mewujudkan gerakan sendiri cuba anda cari apa gerakan anti-COMANGO

yang telah wujud di universiti anda dan menyertainya biarpun sekadar sesi berdialog dan

ceramah. Anda juga boleh memeriksa jika PEMBINA ada ditubuhkan di universiti anda dan

menyertai aktiviti mereka yang melibatkan kesedaran terhadap bahaya COMANGO. Apa yang

penting kita berwasatiyah dalam tindakan kita dan tidak melampau batas dan norma-norma kita

selaku pelajar unversiti. Jika anda tidak mampu menyertai mana-mana gerakan maka memandai

sudah jika anda mampu membawa topic ini dalam perbualan diantara anda dan kenalan anda.

Dengan harapan moga berita ini terus berputar di lidah mahasiswa dan sekaligus menimbulkan

kesedaran mahasiswa secara tidak langsung.

Page 14: Mahasiswa Anti-Comango (MAC) Survival Kit

AKHIR KATA

Salam perjuangan dari kami MAC. Moga sedikit bahan bacaan ini memberi ilmu pada anda.

Tekadkan diri anda dan buktikan MAHASISWA TOLAK COMANGO!

HUBUNGI MAC: Klik https://www.facebook.com/pages/Kami-

Mahasiswa-Anti-Comango/295720407247877