12
KEMAHIRAN SUKAN TINGKATAN 2 BOLA BALING KHAIRILAZHAR BIN ARI PUDIN 2 AMANAH

Kemahiran sukan tingkatan 2(bola baling)

Embed Size (px)

Citation preview

KEMAHIRAN SUKAN TINGKATAN 2BOLA BALING

KHAIRILAZHAR BIN ARI PUDIN

2 AMANAH

PENGENALAN

• Permainan bola baling (handball) berasal dari Eropah. Permainan ini telah diubah suai daripada permainan-permainan asak seperti Czeska Hasenka di Denmark dan Korball serta Raffball di Jerman. Permainan-permainan ini pernah menjadi sukan yang popular di negara-negara Eropah pada suatu masa dahulu.

• Semasa perang Dunia Pertama, permainan ini membabitkan tujuh orang pemain sepasukan dan dikenali sebagai Torball. Pada tahun 1917, bilangan pemainan dalam permainan ini diubah menjadi 11 orang sepasukan dan dimainkan di padang bola sepak. Ia diperkenalkan di Jerman oleh Heizer dan permainan ini mula dikenali sebagai handball. Mengikut sejarawan Rusia, permainan ini (tujuh orang sepasukan) telah dimajukan oleh Edward Maly pada tahun 1909 di Kharkov.

PERKEMBANGAN SUKAN BOLA BALING

• Peringkat Kebangsaan (Malaysia) Permainan bola baling mula diperkenalkan pada tahun

1976 kepada sekumpulan guru dan pelajar di Selangor oleh Encik Lim Hock Han. Ketika itu, dia bertugas sebagai Pengarah Bahagian Sukan di Pejabat Pendidikan Selangor dan kemudian di Universiti Malaya. Seterusnya, satu jawatankuasa kerja bola baling yang dipengerusikan oleh Encik Cheah Hai Su dari unit Pendidikan Jasmani dan Sukan. Pada tahun 1994, Persekutuan Bola Baling Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Bola Baling antara Kelab-Kelab Negara Komanwel. Negara-negara yang mengambil bahagian terdiri daripada Bangladesh, England, India, Kenya, Nigeria, New Zealand dan Malaysia.

PERALATAN PERMAINAN(PENGENALAN)

• Bola Baling boleh dimainkan sama ada di dalam atau luar dewan. Peralatan yang diperlukan adalah tidak banyak. Apa yang diperlukan ialah padang atau gelanggang (tertutup atau terbuka), sebiji bola baling dan 14 orang pemain (tujuh orang sepasukan). Dua orang pengadil diperlukan untuk mengawal permainan.

PADANG/GELANGGANG (KAWASAN PERMAINAN)

BOLA

1. Lelaki dan remaja lelaki (16 tahun ke atas)• Bola saiz 3.• Berat antara 425 g sehingga 475 g.• Lilitan antara 58 cm hingga 60 cm.

2. Wanita dan remaja perempuan (14 tahun ke atas) dan remaja lelaki (12 tahun sehingga 16 tahun)

• Bola saiz 2.• Berat antara 325 g hingga 375 g.• Lilitan antara 54 cm hingga 56 cm

3. Remaja perempuan (8 tahun hingga 14 tahun) dan remaja lelaki (8 tahun hingga 12 tahun)• Bola saiz 1.• Berat antara 290 g hingga 330 g.• Lilitan antara 50 cm hingga 52 cm.

TIANG GOL

PEMAIN DAN PEMAKAIAN

Pakaian untuk pemain lelaki dan pemain perempuan terdiri daripada baju lengan pendek atau panjang, seluar pendek, stoking dan kasut biasa atau but. Semua pemain gelanggang hendaklah berpakaian serupa (seragam) kecuali penjaga gol yang perlu memakai warna pakaian yang berlainan daripada pemain lain dalam pasukannya dan pemain pasukan lawan. Pemakaian segala alat yang dianggap berbahaya kepada pemain-pemain adalah tidak dibenarkan.

Setiap pasukan Bola Baling perlu terdiri daripada 12 orang pemain, iaitu 10 orang pemain gelanggang dan dua orang penjaga gol. Pemain-pemain dibenarkan memakai jersi bernombor antara 1 orang hingga 20. No 1, 12 dan 16 dikhaskan untuk penjaga gol sahaja manakala nombor-nombor lain adalah untuk pemain-pemain gelanggang.

KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING

1. Berlari

2. Melompat

3. Hantaran bola

4. Menyambut bola

5. Mengelecek bola dengan tangan

6. Mengadang

7. Menjaring

8. Menjaga gol

Antara contoh kemahiran asas :

TAMAT