Pakej Rahsia Lulus Cemerlang

  • View
    340

  • Download
    1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Rahsia Pelajar Lulus Cemerlang

Text of Pakej Rahsia Lulus Cemerlang

  • 1.1 SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG MOHD FIRDAUS MAT SAAD

2. 2 SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG MOHD FIRDAUS MAT SAAD Ebook Yang Sedang Anda Baca Ini Adalah SAMPEL PERCUMA Yang Saya Hadiahkan Untuk Anda Ia Adalah Sedutan Beberapa Kisah Motivasi Kejayaan Dan Tips Yang Saya Ambil Daripada 3 Buah Buku Yang Saya Tulis Buku #1: DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM Buku #2: RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG Buku #3: RAHSIA PELAJAR LUAR BIASA Buku SAMPEL PERCUMA Yang Anda Terima Ini Adalah HALAL CETAK ROMPAK. Ini Bermaksud Anda boleh Menghadiahkan Buku SAMPEL Ini Kepada Saudara Mara, Anak Anak, Sahabat Handai Dan Rakan-Rakan Anda Secara Percuma Tanpa Perlu Meminta Izin Daripada Saya. Percayalah Jika Anda Dapat Beramal Dengan Beberapa Tips Yang Saya Kongsikan Dalam SAMPEL PERCUMA Ini, Hidup Anda Akan Berubah Sedikit Demi Sedikit. 3. 3 SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG MOHD FIRDAUS MAT SAAD Buku Ini Saya Dedikasikan Khas Kepada Kedua Ibu Bapa Saya, Tuan Haji Mat Saad Bin Hassan Dan Hajjah Hasenah Binti Embi, Isteri Saya Yang Tercinta Kam Maria Binti Abdul Mutalib, Anak-Anak Saya Yang Dikasihi, Muhammad Farees & Muhammad Fateh Serta Semua Guru Yang Pernah Mendidik Saya Sejak Saya Kecil Sehinggalah Saya Dewasa. 4. 4 SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG MOHD FIRDAUS MAT SAAD ISI KANDUNGAN BUKU 1 APA KATA MEREKA ................................................................................................5 CATATAN PENGARANG........................................................................................13 MENGAPA SAYA TULIS BUKU INI .........................................................................15 BAB 1 : LATAR BELAKANG KELUARGA..................................................................21 BAB 2 : MENITI ALAM PERSEKOLAHAN................................................................26 BAB 3 : TURNING POINT DI SMKA AL-MASHOOR ................................................28 BAB 4 : MRSM TAIPING - SENTIASA DI HATIKU....................................................35 BAB 5 : KOLEJ MARA BANTING PAHIT AKAN MANIS AKHIRNYA.......................38 BAB 6 : SEINDAH SALJU DI BUMI SHEFFIELD........................................................44 BAB 7 : JAUH PERJALANAN, LUAS PENGALAMAN................................................50 BAB 8 : KOMITMEN TERHADAP PELAJARAN........................................................55 PENUTUP..............................................................................................................57 Kandungan Dalam Buku SAMPEL PERCUMA Ini Tidak Mengikut Muka Surat Seperti Yang Dinyatakan Di Atas. Ini Kerana Ia Hanyalah Sedutan Daripada Keseluruhan EBOOK ini. 5. 5 SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG MOHD FIRDAUS MAT SAAD APA KATA MEREKA? TESTIMONI #1 : DOKTOR NOR AMLIZAN RAMLI Alhamdulillah. Tahniah buat pengarang 3 buah ebook dalam Siri Motivasi pelajar ini. Dari Kampung Kedah ke United Kingdom, Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang dan Rahsia Pelajar Luar Biasa. My first impression. Wahhh! Hebat pengarang ni. Kenapa saya kata hebat? Buku ini ditulis dari hati berdasarkan pengalaman beliau sendiri. Kesukaran dan seksa yang beliau lalui ketika bergelar pelajar adalah kisah benar. Bukan melalui rujukan dari kisah motivasi lain! Ini yang dapat saya rasakan. Kisah anak kampung yang diklasifikasikan gagal kerana tidak mendapat 4 A dalam UPSR dan bangkit dari kegagalan tersebut untuk terus memburu kejayaan. Tentu sahaja, semuanya tidak berlaku sekelip mata. Perit, pedih, sakit, sedih, sengsara tentu menjadi pengajaran berguna dalam beliau mengejar kejayaan. Learn from the best! Pengarang menjadikan abang sulungnya sebagai idola. Saya berani jamin ianya kisah benar! Abang Jan di dalam ketiga-tiga edisi ini memang saya kenal dan memang hebat orangnya. Testimoni terbukti! Mengapa anda perlu baca ketiga-tiga siri ini? Siri Pertama: Dari Kampung Kedah Ke United Kingdom Ini kisah keseluruhan. Untuk kongsi aura positif pengarang. Siapakah beliau dan di mana beliau bermula? Bagaimana beliau mencapai apa yang beliau perolehi sekarang? Sangat mengujakan kerana beliau juga adalah orang biasa-biasa seperti majority rakyat Malaysia yang lain. Tidak dibesarkan di atas tilam emas. Tidak mandi susu. Tidak juga makan dalam pinggan emas. Beliau juga bukan pelajar yang 24-7 mengadap buku dan tidak tahu bergaul. 6. 6 SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG MOHD FIRDAUS MAT SAAD Subhanallah..sejuk perut ibu yang mengandung dan melahirkan. Namun dengan semangat dan kesungguhanbeliau menjadi seorang yang hebat! Seorang yang above average. Ahli dalam banyak perkara! Siri Kedua: Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang 25 tips! Banyak tips ini dan bacalah dengan hati. Hayatilah dengan kesungguhan. Tentu lebih ramai Mohd Firdaus yang lahir nanti. Sukar untuk menjadi orang yang berjaya. Namun, kesukaran itu cuma dalam tempoh sementara sahaja. Jika 10 tahun tempoh berjuang ituhidup anda seterusnya bergantung kepada betapa sengsaranya anda ketika melalui tempoh 10 tahun itu. Duplicate! Baca dan hayatilah dengan tenang. Letak semua prasangka anda ke tepi ketika membaca siri kedua ini. Buka minda dan lapangkan dada. Ini kerana, memang lelah apabila membaca semua tips ini. Akan tetapi, ianya workable, doable and most importantly! Duplicable. Tirulahimitasi tips dan cara pengarang ini berusaha. Non-stop! Membacanya pun saya dapat bayangkan kepenatan itu. Janganlah berhenti setakat membacanya. Namun aplikasikanlah. Berbaloi! In shaa Allah. You have to start Now, Not Tomorrow! Siri Ketiga: Rahsia Pelajar Luar Biasa Ini bukan sahaja sesuai untuk para pelajar di sekolah, kolej, universiti akan tetapi sesuai untuk semua insan yang sentiasa belajar seumur hidup mereka. Saya sendiri teruja untuk mengaplikasikan tips yang diberikan oleh pengarang. Memang luar biasa! Semoga perjuangan pengarang untuk berkongsi ilmu dengan khalayak pembaca mendapat Redha Ilahi. Semoga ilmu yang dikongsi ini menjadi ilmu yang bermanfaat.Tahniah sekali lagi buat pengarang. Doktor Nor Amlizan Ramli (Pensyarah Fakulti Farmasi / UiTM Kampus Puncak Alam) 7. 7 SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG MOHD FIRDAUS MAT SAAD TESTIMONI #2 : DOKTOR REZQA ABDULLAH HUSSIN Saya ingin mengucapkan tahniah kepada saudara Mohd Firdaus Mat Saad kerana berjaya menghasilkan tiga buah karya sekaligus. Kejayaan ini adalah satu daripada banyak capaian luar dari kebiasaan oleh beliau. Mohd Firdaus Mat Saad adalah seorang budak melayu yang biasa dan normal, lahir dalam keluarga yang sederhana dan kebanyakkan, hidup di dalam masyarakat kampong yang tipikal dan tidak ideal tetapi mampu untuk berjaya dan mencapai keluarbiasaan di dalam banyak aspek kehidupan anak muda melayu yang biasanya, biasa-biasa sahaja. Buku pertamanya Dari Kampung Kedah Ke United Kingdom menggarap perjalanan anak muda ini dari zaman awal persekolahan sehingga beliau tamat belajar, bekerja sebagai jurutera dan seterusnya menjadi usahawan tani yang berjaya. Catatan dan gaya bahasanya sederhana sahaja tetapi apa yang lebih penting ialah lakaran kisah kejayaan dan pencapaian beliau di dalam akademik dan aktiviti di luar bilik darjah. Saya percaya ada ramai yang lebih berjaya dan cemerlang daripada beliau, tetapi hanya segelintir daripada mereka yang berjaya itu mampu atau mahu untuk berkongsi pengalaman kejayaan masing masing untuk menjadi inspirasi dan motivasi generasi masa hadapan. Kisah kejayaan beliau (dan adik beradik beliau) memberi jaminan dan tunjuk jalan kepada anak anak nusabangsa bahawa, walaupun mereka bukan dari keturunan golongan elitis dan terpilih, mereka juga mampu untuk berjaya dengan cara dan kemahuan yang betul. Selain itu, Firdaus Mat Saad adalah contoh bahawa kejayaan di dalam akademik bukan di atas pengorbanan aktiviti ko kurikulum, bahkan membuktikan sebaliknya. Saya percaya, kejayaan beliau menjadi usahawan tani banyak dibantu oleh soft skill yang dibentuk oleh aktiviti luar bilik darjah berbanding kecemerlangan akademik beliau. Di dalam Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang Firdaus telah berkongsi pengalaman dan teknik teknik belajar yang digunapakai. Beliau mulakan buku tersebut dengan muhasabah akan peripenting untuk cemerlang dalam pelajaran 8. 8 SAMPLE PERCUMA RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG MOHD FIRDAUS MAT SAAD dan kesan akibat gagal dalam pelajaran. Beberapa anekdot menarik disisipkan untuk renungan para pembaca. Seterusnya beliau menghuraikan 25 rahsia pelajar cemerlang. Saya begitu teruja membaca tips tips yang diberi kerana kesemuanya sangat praktikal dan diolah dengan baik berdasarkan pengalaman penulis sendiri. Keterujaan saya bercampur dengan sedikit kekesalan kerana mengapa baru kini saya dapat membaca satu buku kaedah pembelajaran yang praktikal dan realistik untuk dipraktikkan. Buku ini perlu dimiliki oleh setiap pelajar yang inginkan kejayaan. Buku Rahsia Pelajar Luar Biasa adalah sebuah buku motivasi diri. Penekanan dan fokusnya adalah pada hidup yang bermatlamat dan memperkasakan potensi diri serta menjauhi sifat yang melemahkan. Kandungannya ringkas dan tidak berpura pura. Sarat dengan kisah inspirasi dan kata kata hikmah penulis sendiri, dan orang lain, buku ini mudah dan ringan untuk dibaca. Pengajaran dan hikmahnya pula berat dan menaikkan semangat. Buku ini perlu selalu dibaca berulang ulang untuk motivasi diri yang semangatnya acapkali menurun. Sesuai untuk semua golongan. Penutup Saya mengenali Firdaus sejak dari SMKA AL Mashoor lagi. Perjalanan akademik kami hampir serupa. Bermula di Al Mashoor, MRSM Taiping, dan Sheffield University. Membaca buku-buku tulisan beliau mengingatkan kembali kepada watak sang diri penulis. Salah satu sifat beliau yang saya ingat ialah sikap berani beliau, berani mencuba dan berani bercakap benar. Kali ini, beliau sekali lagi menunjukkan keberaniannya dengan mencebur bidang penulisan dan menulis kisah hidupnya yang masih muda dengan agak intim. Bukan mudah untuk menceritakan kejayaan diri