20
ULASAN BUKU OLEH : PN. HASNI BT HASHIM

Hasni adab dalam islam

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Hasni   adab dalam islam

ULASAN BUKU

OLEH : PN. HASNI BT HASHIM

Page 2: Hasni   adab dalam islam

1. Membasuh tangan sebelum dan sesudah makan. Hadis Rasulullah s.a.w:

Maksudnya : Berkat makanan itu ialah dengan

berwuduk sebelumnya dan sesudahnya. 2. Membaca Bismillah (Bismillahhirrahmanirrahim) ketika makan

& membaca Alhamdulillah setelah selesai makan. 3. Jangan mencaci makanan yang dihidangkan.

ADAB MAKAN

ADAB DALAM ISLAM

Page 3: Hasni   adab dalam islam

4. Hendaklah makan dengan tangan kanan, dan yang di hadapan. 5. Jangan sekali-kali makan bertelaku (ini menyebabkan bahaya

kepada kesihatan dan menyebabkan lekas tua. 6. Sunat bercakap ketika makan. 7. Jangan sekali-kali memulakan makan sehingga dimulakan oleh

orang yang lebih tua. 8. Jangan mensia-siakan makanan. Hadis Rasulullah s.a.w

bermaksud :

Adalah Rasulullah s.a.w setelah makan, selalu menjilat ketiga-tiga jarinya, seraya berkata: “Jika terjatuh suapan seseorang kamu hendaklah dia mengutipnya dan dijauhkan daripada menyusahkannya serta hendaklah dimakannya, dan jangan ditinggalkannya untuk dimakan oleh syaitan”.

Page 4: Hasni   adab dalam islam

ADAB MINUM

1. Sunat membaca Bismillah (Bismillahhirrahmanirrahim)

dan Alhamdullillah (Alhamdulillah) bila selesai serta minum tiga-

tiga teguk.

2. Makruh meminum daripada mulut tempat simpan air seperti botol, kendi atau sebagainya. Sebaik-baiknya minum dalam gelas.

3. Makruh meniup atau bernafas dalam air.

4. Hendaklah minum ketika duduk.

5. Jangan minum dari bekas yang diperbuat daripada emas atau perak.

6. Jangan makan/minum ketika terlalu kenyang.

Page 5: Hasni   adab dalam islam

1. Hendaklah memberi salam dahulu sebelum meminta izin masuk.

2. Hendaklah menyatakan nama, sifat dan gelaran (jika belum dikenali)

3. Hendaklah meminta izin tiga kali. Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya :

Meminta izin itu tiga kali sahaja, jika diizinkan masuklah, jika tidak engkau kembali sahaja.

4. Jangan mengetuk pintu dengan kasar.

5. Hendaklah dia kembali, jika tuan rumah menyuruhnya kembali.

ADAB MEMINTA IZIN

Page 6: Hasni   adab dalam islam

ADAB DUDUK DALAM MAJLIS

1. Hendaklah bersalaman dengan semua orang yang ditemuinya di

dalam majlis.

2. Hendaklah duduk di tempat yang ditunjuk oleh tuan rumah.

3. Hendaklah duduk di samping orang ramai, bukan di tengah-tengah mereka.

4. Tidak boleh duduk antara dua orang melainkan dengan izin keduanya.

5. Hendaklah orang yang datang lewat duduk di akhir majlis/di belakang.

6. Hendaklah memohon izin jika ingin keluar dari suatu majlis.

Page 7: Hasni   adab dalam islam

ADAB MENZIARAHI PESAKIT

Hadis Nabi s.a.w bermaksud:

Hak seorang muslim ke atas muslim yang lain ada lima:

Menjawab salam. Menziarahi pesakit, mengikuti jenazah,

menerima undangan dan mendoakan orang yang bersin.

1. Menyegerakan untuk menziarah.

2. Memendekkan ziarah atau memanjangkan mengikut

keadaan.

Page 8: Hasni   adab dalam islam

3. Mendoakan pesakit ketika menemuinya dengan doa:

Ya Allah yang menguasai (memelihara) manusia, hilangkanlah

penyakitnya, dan sembuhkanlah (sakitnya). Engkau zat yang

menyembuhkan penyakit, tidak ada penyembuh kecuali dengan

penyembuh Engkau, sembuh yang tiada meninggalkan penyakit

lagi.

4. Sunat bertanyakan hal si pesakit kepada keluarganya.

5. Sunat orang menziarah duduk di kepala pesakit.

6. Sunat menyedapkan perasaan pesakit dengan penyembuhan

segera dan panjang umur.

7. Mengingatkannya dengan ucapan “Laa Ilaha Haillah” sekiranya si

pesakit dalam keadaan nazak.

Page 9: Hasni   adab dalam islam

ADAB DAN HAK TERHADAP

IBU BAPA

1. Mentaati ibu dan bapa dalam semua hal kecuali perintah melakukan

maksiat.

2. Berbicara dengan keduanya dengan sopan dan lemah-lembut.

3. Bangun menghormati keduanya apabila mereka datang.

4. Mencium tangan keduanya setiap pagi dan petang.

5. Memelihara nama, kehormatan serta harta benda mereka.

6. Memuliakan mereka dan memberi apa yang mereka pinta.

Page 10: Hasni   adab dalam islam

7. Berbincang dengan mereka dalam segala pekerjaan dan urusan.

8. Memperbanyakkan doa dan memohon ampun untuk mereka.

9. Sentiasa berusaha mengembira dan menyenangkan mereka.

10. Tidak mengangkat suara di hadapan mereka.

11. Tidak memotong percakapan mereka.

12. Tidak keluar rumah tanpa keizinan mereka.

13. Tidak memeranjatkan mereka jika mereka sedang tidur.

14. Tidak melebihkan isteri dan anak dari mereka berdua.

Page 11: Hasni   adab dalam islam

15. Tidak mencela mereka jika mereka melakukan sesuatu yang tidak

memuaskan.

16. Tidak tertawa di dalam majlis mereka. Jika tidak ada sebab

yang menarik untuk ketawa

17. Tidak memakan makanan yang ada di sisi mereka.

18. Tidak memakan makanan dalam satu hidangan mendahului mereka.

19. Tidak berbaring atau tidur sedangkan mereka masih lagi duduk kecuali

mereka mengizikannya.

20. Tidak melunjurkan kaki di hadapan mereka.

Page 12: Hasni   adab dalam islam

21. Tidak berjalan mendahului mereka.

20. Menyahut panggilan mereka serta-merta apabila mereka

memanggil.

20. Tidak melunjurkan kaki di hadapan mereka.

21. Tidak berjalan mendahului mereka.

22. Menyahut panggilan mereka serta merta apabila mereka memanggil.

23.Memuliakan sahabat-sahabat mereka khususnya sesudah mereka

mati .Doanya seperti di dalam al-Quran:

Wahai Tuhanku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka memeliharaku dengan penuh kasih sayang pada waktu kecil.

(Surah al-Isra’ : 24)

Page 13: Hasni   adab dalam islam

ADAB DAN HAK JIRAN TETANGGA

Jiran ialah mereka yang berada 40 buah rumah di sekeliling kita, antara adab-adabnya:

1. Tidak melakukan penganiayaan terhadap mereka. Antara bentuk

penganiayaanyangdimaksudkan ialah :

a) tidak melakukan zina terhadap isteri dan anak jiran;

b) tidak mencuri;

c) tidak membuang sampah;

d) tidak menyakiti jiran;

e) tidak menghina jiran dan kebodohannya.

2. Melindungi tetangga dengan bersikap mengambil berat terhadap

kesusahan mereka dan menyelamat mereka dari bahaya.

Page 14: Hasni   adab dalam islam

3. Membuat baik kepada jiran tetangga seperti mengucapkan tahniah atas kejayaan atau kemenangan kerana mendapat cahaya mata atau anak-anak mereka lulus peperiksaan. Mengucapkan takziah kerana kemalangan atau kematian. Melawat ketika sakit. Menasihati dan membimbing ke jalan yang benar. Mengajar dan membantu mereka jika mereka perlukan bantuan dan sebagainaya.

4. Bersikap berlapang dada terhadap jiran seperti memaafkannya jika mereka berlaku kasar terhadap kita.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:

Barangsiapa menutup pintunya terhadap jirannya kerana bimbang atas keluarganya dan harta bendanya maka bukanlah dia seorang mukmin. Dan tiadalah beriman sesiapa yang jirannya tidak selamat

dari kejahatannya.

Page 15: Hasni   adab dalam islam

Adakah anda tahu hak jiran itu? Hak jiran itu ialah jika dia memohon

bantuan, anda membantunya, jika dia meminta pinjaman anda hendaklah

memberi pinjaman itu. Jika memerlukan sesuatu anda hendaklah

memenuhinya. Jika dia sakit hendaklah anda melawatnya. Jika dia

mendapat kebaikan anda hendaklah menggembirakannya. Jika dia ditimpa

kesusahan anda hendaklah ucap takziah. Jika dia meninggal dunia anda

hantarkan jenazahnya ke kubur. Jangan membina rumah lebih tinggi dari

rumahnya sehingga angin tertahan masuk ke rumahnya melainkan dengan

izinnya. Jangan menggangguinya dengan bau masakan, melainkan anda

hendaklah memberinya sedikit daripada masakan itu. Jika anda membeli

buah-buahan, berikanlah kepadanya beberapa biji. Jika anda tidak mahu

memberinya bawa buah itu di dalam bungkusan, janganlah biarkan anak-

anakmu memakan di luar rumah sehingga menyebabkan anak jiran kamu

merasa teringin (apabila melihat anakmu makan).

Page 16: Hasni   adab dalam islam

ADAB DAN HAK SEORANG TEMAN DAN

SAHABAT

1. Memberi salam ketika bertemu – (Assalamualaikum).

2. Menziarahi ketika sakit.

3. Mendoakan ketika dia bersin.

4. Sering menziarahi ke rumahnya kerana menghubungi persahabatan

kerana Allah semata-mata.

5. Membantunya ketika waktu susah.

6. Menerima undangan jika diundang ke majlis atau ke rumahnya.

7. Memberi tahniah pada bulan-bulan dan Hari Raya.

8. Saling memberi hadiah pada upacara-upacara dan hari-hari tertentu.

Page 17: Hasni   adab dalam islam

9. Membenci sesuatu yang tidak baik baginya sebagaimana

anda membencinya bagi diri anda.

10. Sama-sama bergembira ketika senang, dan sama-sama

bersedih ketika dia bersedih.

11. Hendaklah anda sentiasa memelihara nama baiknya ketika

waktu hidup dan matinya.

12. Hendaklah anda berbakti kepada anak isterinya serta kaum

kerabatnya ketika hidup atau matinya.

Page 18: Hasni   adab dalam islam

HAK MUSLIM TERHADAP SAUDARANYA YANG MUSLIM

1. Menutup keaibannya.

2. Meringankan kesusahannya.

3. Membantu di dalam segala hal yang penting dan perlu.

4. Memenuhi segala hajat dan keperluannya.

5. Menghapuskan duka nestapanya.

6. Membelanya jika teraniaya.

7. Menolongnya jika lemah.

8. Meringankan beban hidupnya.

9. Menghormati orang tua.

10. Kasihan terhapap yang kecil.

11. Tidak menyusahkannya, tidak menyiakannya, tidak menghina atau memandang rendah kepada yang lain.

Page 19: Hasni   adab dalam islam

12. Tidak mencaci atau mengejeknya.

13. Tidak menipu saudaranya yang muslim.

14. Tidak dengki, dendam, atau sangka jahat terhadap

saudaranya.

15. Mengasihinya sebagaimana mengasihi dirinya sendiri.

Page 20: Hasni   adab dalam islam

SEKIAN TERIMA KASIH