105
OlehOleh Dari Seberang

Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

  • Upload
    mfrbmn

  • View
    898

  • Download
    16

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Masjid Al-Mukminin.

Citation preview

Page 1: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

Oleh–OlehDari

Seberang

Page 2: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

Riwayat daripada Sayyidina Umar bin Al-Khattab R.A ., bahwa Rasulullah S.A.W telah bersabda:

“Hanyasanya semua perbuatan itu mestilah dengan niat, danhanyasanya setiap amalan manusia Itu dikira apa yang

diniatkannya. Barangsiapa hijrahnya diniatkan kepada Allah danRasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa hijrahnya diniatkan kepada dunia yang hendakdicapainya atau kepada wanita yang hendak dinikahinya, maka

hijrahnya itu adalah kepada apa yang diniatkan hijrah itukepadanya.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Page 3: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

“Janganlah kamu memberatkan atas diri kamu, nescaya Allah akan memberatkan atas kamu. Sesungguhnya satu kaum telahmemberatkan diri mereka, maka Allah memberatkan ke atas

mereka. Itulah saki baki di biara-biara. Kependitaan yang merekacipta yang tidak kami wajibkan ke atas mereka.”

(Riwayat Abu Daud)

Page 4: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

Isi KandunganPenghantar Penulis Slide 4Muqaddimah Slide 5

Hari PertamaPengertian Wasathiy Slide 18Pembahagian Wasithy dalam Akidah Slide 19Wasathiyyah dalam Dakwah Slide 20 – 23 Wasathiyyah dalam Ekonomi dan Kewangan Slide 24 – 31 Berinteraksi dengan Turath Slide 32 – 33

Hari KeduaWasathiyyah dalam Siasah / Politik Slide 36 – 39 Wasathiyyah dalam Aspek Tazkiyah An-Nafs Slide 40 – 42 Wasathiyyah dalam Ibadah Slide 43 – 46Wasathiyyah dalam Ibadah Zakat Slide 47Wasathiyyah dalam Pengajian Al-Quran Slide 48 – 52 Wasathiyyah dalam Gaya Hidup Slide 53 – 55Revolusi Konvensyen Fiqh Ummah 2012 Slide 56 – 61Mufti Ismail Menk PWTC 18 Feb 2012 @k-fiqh convention Slide 62Kunjungan ke beberapa tempat menarik Slide 63 – 71

Kesederhanaan Dalam Islam (Dalam Konteks MasyarakatIslam Singapura Slide 73 – 97(Summary) Sharh Al-Aqeedat-il-WasitiyahFundamental Beliefs of Islam & Rejection of False ConceptsWritten by: Sheikh ul-Islam Ibn Taimiyah Slide 98 – 105

Page 5: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

Penghantar Penulis

Naskah ringkas ini yang disampaikan dalam bentuk Power Point diterbitkan untuk mengimbas kembali secara ringkas bagi kami yang telahmenghadirkan diri di majlis “ Konvensyen Fiqh Ummah 2012” yang telahdiadakan pada 18 – 19 Feb 2012 di Dewan PWTC Kuala Lumpur. Naskahini hanya menyentuh beberapa bahagian sahaja daripada apa yang disampaikan oleh para panesli Konvensyen Fiqh Ummah 2012. Penjelasan

secara menyeluruh hendaklah diruju‟ kepada buku “Manhaj FiqahWasathiy – Kertas Kerja Konvensyen Fiqh Ummah 2012”

Di antara yang hadir ke majlis Konvensyan Fiqh Ummah 2012 ialah;Ust Fakhrur Razi Mohd Noor dan saya sendiri.

Sebagai tanda terima kasih kami kepada pihak pentadbir Masjid Al-

Mukminin yang telah menaja kami, kami menyiapkan laporan ini sebagaihadiah kepada teman-teman semua untuk dijadikan tatapan bersama.

Semoga apa yang telah disampaikan melalui naskah ringkas ini dapatlahdijadikan bahan bacaan untuk kita fikirkan bersama. Dan semoga ianyajuga bermanfaat kepada teman-teman yang membacanya sebagaiOleh-Oleh Dari Seberang dari kami untuk antum semua…

Selamat Membaca

M Yusri B HamidMarch 2012Rabiulakhir 1433H

Page 6: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

Muqaddimah

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah memberikan kita peluangmenikmati keindahan Islam, ilmu, ukhwah serta kehidupan di muka bumi

yang sementara ini secara umumnya.

Dunia kini menghadapi pelbagai aliran pemikiran yang begitu ekstrem kearah satu-satu pandangan yang tertentu. Keadaan ini menimbulkanperselisihan diantara satu pihak dengan pihak yang lain sehinggakansanggup menggadaikan persaudaraan sesama Islam.

Konvensyen Fiqh Ummah 2012 bertujuan untuk memberi penekanankeperluan bagi setiap individu muslim bersifat sederhana (wasatiy). Inisesuai dengan firman Allah s.w.t di dalam Surah Al-Baqarah ayat 143:

Maksudnya: “Demikianlah (sebagaimana Kami telah meimpin kamu kejalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umatwasathan supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan

kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) danRasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkankebenaran perbuatan kamu.”

Semoga kita mendapat manfaat daripada ringkasan yang diusahakan ini.Sabda Rasulullah s.a.w.: “Barangsiapa dikehendaki Allah kebaikan keatas

dirinya maka Allah memberikan kepadanya kefahaman dalam Agam”(Muttafaqun„alaih). Wallahu‟alam. Wassalam.

Md Fakhrur Radzi Md Noor22 Mac 201229 Rabiulakhir 1433H

Page 7: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

Hasil dari Pertemuan Sebahagian Para Ustaz & Da'i Malaysia yang dianjurkansejak 26 Mei 2011 yang lalu, telah beberapa kali pertemuan ( sekitar 6-7 kali) danhasil perbincangan yang berlangsung, fokus perbincangan kami lebih kepadamembincangkan kaedah untuk memperkenalkan satu kefahaman ilmu-ilmuIslam berteraskan displin yang sederhana pada penghayatannya namun jitu padaprinsipnya.

Menyedari umat Islam yang cintakan kebaikan dan Islam kini sedikit kelirudisebabkan begitu banyak sumber yang wujud, dari pelbagai medium sepertiinternet, buku, majalah, blog, facebook, ceramah, fatwa dari dalam dan luarNegara, maka menurut observasinya, didapati lambakan sumber-sumber ilmusebegini, yang sebahagiannya masih mentah (raw), belum sedia dijamah olehorang awam tapi telah dijamahnya lalu mengakibatkan kelencungan dalam polapemikiran dan pendekatan serta kefahaman.

Atas kesedaran dan tanggungjawab serta kepercayaan sebahagian masyarakat terhadap sebahagian besar diantara kami adalah menjadi kewajiban atas kami untuk membantu menyebarluaskan pendekatankefahaman ilmu-ilmu Islam yang kami yakini sesuai serta baik (jika bukan yang terbaik) pada penilaian ilmukami yang serba sederhana.

Page 8: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

PENDEKATANWASATIY?

Hari ini, semakin banyak pihak yang cuba menisbahkan nama ‘sederhana’ dan wasatiy kepada merekadan kumpulan mereka. Bagi kami, terpulanglah kepada niat dan ilmu masing-masing, Cuma pastinyasemua kita berhak untuk menyebarluaskan kefahaman atas penilaian ilmu masing-masing dengan carayang terbaik lagi tersusun. Terpulanglah kepada mad’u untuk memilih dan menerima mana yangterlebih baik.

Dalam menentukan dan menta’yinkan pendekatan wasatiy yang dimaskudkan oleh kami, kamicenderung untuk bersetuju dengan model wasatiy yang dijelaskan dengan lebih terang lagi jelas olehKesatuan Ulama Muslimin Antarabangsa, yang sama antara lainnya menentukan sikap sepertiberikut:-

AsasWasatiy di ambil firman Allah swt :-

Ertinya : Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihanagar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas(perbuatan) kamu.. (Al-Baqarah : 143)

Wasatiy yang kami yakini adalah kesepaduan yang positif dalam segenap aspek lapangankehidupan, sama ada dari sudut aqidah, amalan fizikal dan spriritual, individu dan kumpulan.

Kami meyakini bahawa ghuluw atau ekstremism dalam agama bakal merosakkan individu ataukumpulan, sebagaimana disebut Nabi

Ertinya : Jauhilah melampau (ghuluw) dalam agama, kerana telah binasa mereka yang sebelummudisebabkan melampaunya mereka di dalam agama ( Riwayat IBn Majah dan An-nasaie dengan sanadyang sohih)

Page 9: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

Pendekatan atau pemikiran wasatiy yang ingin disebarluaskan ini hampir semuanya diambil dari kefahamanulama salafussoleh dan kontemporari iaitu:

•Pertengahan atau sederhana DI ANTARA penyeru kepada mazhab yang terlalu sempit ( sehingga seolah yangselainnya adalah sesat dan salah) DENGAN mereka yang menyeru agar tiada perlu bermazhab untuk berpegangterus kepada teks Al-Quran dan Al-Hadis dengan tafsiran sendiri tanpa panduan mazhab.

•Pertengahan atau sederhana DI ANTARA pengikut tasawwuf yang tidak mengambil kira walau wujudpenyelewengan DENGAN mereka yang memusuhi tasawwuf walaupun sebahagiannya masih menuruti ajaranIslam sepenuhnya.

•Pertengahan atau sederhana DI ANTARA golongan yang hanya menghukum menggunakan aqal hattabercanggah nas qat’ie DENGAN kumpulan yang menolak hampir sepenuhnya fungsi aqal (literalis) dalammemahami nas yang anjal bentuk pelaksanaannya.

•Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang menafikan dalalah ilham secara mutlaq DENGANmereka yang berlebih-lebihan dalam mengunapakainya sehinggamenjadikannya sumber utama hukum Islam.

•Pertengahan atau sederhana DI ANTARAmereka yang terlalu berkeras hatta dalam perkara cabang dan rantingDENGAN mereka yang mengajak kepada tasahul ( mengambil mudah) hingga dalam hal berkaitan usul dankuliyyat.

•Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang terlalu memuliakan khazanah penulisan silam (turath)sehingga seolah menafikan kekurangan kemanusian seseorang manusia ( walaupun seorang ulama terhebat)DENGAN mereka yang berusaha menghilangkan terus relevansi khazanah silam, walaupun ternyata jelaskehebatan dan kejituan huraiannya.

•Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang terlalu obses dengan teori idealis sehingga kelihatantidak mengambil kira praktikaliti dan suasana semasa DENGAN mereka yang terlalu mementingkan suasanasemasa sehingga tidak mahu melihat langsung kepada yang ideal.

Page 10: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

•Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang menyeru kepada falsafah liberal yang seolahmenyucikan hak individu sehingga meninggikannya atas hak komuniti DENGAN mereka yang menyeru kepadafalsafah sosialisme yang terlalu menyucikan komuniti sehingga menzalimi hak individu.

•Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang menyeru kepada kemestian menuruti apa sahaja yangdilakukan oleh Nabi walau dalam hal cabang dan medium urusan muamalat DENGAN mereka yang menyerupembangunan dan pengubahan walau dalam hal asas dan prinsip Islam.

•Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang menyeru kepada tajdid dan ijtihad sehingga dalamurusan Usul Agama dan hal Qat’iyyat DENGANmereka yang menyeru sepenuhnya kepada taqlid dan memusuhiijtihad, walaupun dalam isu-isu semasa yang tidak pernah disentuh oleh ulama silam (kerana belum wujud).

•Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang mengabaikan nusus yang thabit dengan dakwanmenjaga maqasid shariah DENGAN mereka yang mengabaikan pertimbangan Maqasid al-Shari’ah dengandakwaan ingin menjaga nusus secara seratus peratus.

•Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang melampau-lampau dalam menyesat dan mengkafirkanDENGAN mereka yang terlalu bermudahan hingga kepada hal kemurtadan yang jelas terang dan mencabulikehormatan Islam serta berkerja untuk musuh Islam.

•Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang melampau-lampau dalam menghukum haram atasperkara, sehingga hampir tiada yang boleh dianggap halal di atas dunia ini DENGAN mereka yang melampaudalammengharuskan perkara, sehingga seolah tiada yang haram.

•Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang tenggelam dalam suasana lampau tidak menyedariperkembangan terkini DENGAN mereka yang melupakan sejarah seolah mahu memadamkan terus pengajaranlampau.

Page 11: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

Itulah antara yang sama-sama kami cenderung kepadanya, walau menyedari mungkin ada sebilangan kecil halcabang yang kami turut berbeza pendekatan dan kecenderungan hukumnya, namun prinsip asas danumumnya adalah sama dan sepakat di antara kami.

Kami sepakat kami perlu berakhlak dalam mengendalikan perbezaan idea, pendekatan dananalisa hukum.

Kami sepakat jiwa yang luhur, ikhlas lagi bersih amat penting dalam melahirkan ilmuwan yangsoleh danmasyarakat yang baik.

Kami sepakat bahawa guru-guru kami memainkan peranan penting dan memberi bekas terhadapcara gaya dan pendekatan dakwah kami, justeru carilah ramai guru agar tidaklah kita terikuthanya dengan satu acuan dan pendekatan, agar kita mampu melakukan perbandingan yang lebihadil. Membukaminda tidak tertutup.

Kami sepakat bahawa hal yang asas dan prinsip khususnya di dalam bab aqidah dan ibadat tidakboleh bersifat anjal dalam banyak perkara.

Kami juga yakin dan seakat bahawa kemahiran, penghayatan dan kedalaman seseorang ilmuwandi dalam ilmu Usul Fiqh (khususnya dalalah al-alfaz) dalam memahami Al-Quran & Al-Hadismampu memberi kesan yang besar kepada pendekatannya, sama ada di dalam babaqidah, ibadah, siyasah, muamalat dan lainnya.

Kami juga sepakat lagi menyedari bahawa ilmu kami adalah sederhana, namun dengan pertemuan kerap di antarapara ustaz dan dai’ ini diharap mampu menampung sebahagian besar kelemahan kami di antara satu samalain, seterusnya mampu mencipta persepakatan , menambat ukhuwwah dan memudahkan jalan untukmenggerakkan dakwah kepada ummah yang kini semakin ramai yang mendambakan bimbingan dan ilmu.

Justeru, melalui KONVENSYEN FIQH UMMAH 2012 (K-FIQH 2012) ini, kami amat berharap dapatmembentangkan ‘blue print’ utama untuk membantu masyarakat dari segenap latarbelakang dari sudut mendapatkefahaman yang baik terhadap pelbagai aspek ilmu Islam.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Page 12: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

Bermulalah Satu Perjalanan……

Page 13: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

Setelah berjam-jam lamanya kami menempuhi perjalanan kami dari

Singapura menuju ke Kuala Lumpur, dengan keizinan Allah S.W.T, akhirnya saya dan Ust Fakhrur Razi Mohd Noor tiba di destinasi. Tanpa berlengah, kami terus meletakkan beg kami di biliknumber (1840) tingkat 18.

Page 14: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

Kami mula menyusun dan mengatur segala

kelengkapan dan keperluan yang diperlukan untukpagi esuk.

Suasana di hotel ini sangat nyaman dan tenteram.

Menyebabkan segala keletihan kami hilang dalamsekelip mata.

Page 15: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

Perjalanan yang agak jauh dan kesesakkan lalu lintas yang

terpaksa kami tempuh ketika di dalam perjalanan waktu siang haritadi, membuatkan kami terasa lapar dan dahaga.

Setelah selesai menyiapkan kelengkapan untuk esuk, kami pun

keluar untuk mencari makanan dan minuman. Ketika itu, jam sudah menunjukkan hampir pukul 11.00 malam.

Page 16: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

Tibalah hari yang dinanti-nantikan

Mengorak langkah menuju ke tempat tujuanDewan PWTC menjadi pilihan, “Konvensyen Fiqh Ummah 2012” satu majlisilmu yang didahagakan.

Buku Kerja Konvensyen pun diedarkan

Lencana juga mula diberikanBermulalah satu Proces pembentukkanSatu Ummat Wasathiyyah yang diidamkan.

Page 17: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

Beginilah keadaan pada hari itu

3000 manusia datang berpusu-pusu

Memenuhi dewan PWTC

Pada hari itu, ia tidak sunyi lagi

Page 18: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

HariPertama…

Page 19: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

“Demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) umat wasathan (satu umat pilihan lagiadil), supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat

manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasul (Nabi Muhammad) pula akanmenjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.”

(Surah al-Baqarah:143)

------------------------

Takrif Wasathiyyah:

Dr Ahmad Umar Hashim mengatakan:

“Yang dimaksudkan dengan wasathiyyah iaitu keseimbangan dan kesaksamaan antaradua pihak, yang mana satu pihak tidak mendominasi yang lain, tidak terlalu rigid dantidak terlalu longgar, tidak melampau dan tidak mengabaikan, tetapi mengikut kepada

yang paling utama, paling tepat, paling baik dan paling sempurna.”

Page 20: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

“Katakanlah, Wahai ahli Kitab! Janganlah kamu melampau dalamagama kamu secara yang tidak benar, dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatukaum yang telah tersesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia, dan juga

(sekarang) mereka telah tersesat (jauh) dari jalan yang betul.”

Surah Al-Maidah: 77

------------

Wasathiyyah Dalam Akidah

“…Wasathiyyah dalam akidah boleh dibahaskan meliputi 6 perkara asas:

•Wasathiyyah dalam definasi Iman•Wasathiyyah dalam sumber akidah•Wasathiyyah dalam pendekatan ilmu akidah•Wasathiyyah dalam perkara ilahiyyat•Wasathiyyah dalam perkara nubuwwat•Wasathiyyah dalam perkara ghaibiyyat

Ust Dr Zaulkifli Bin Mohamad Al-Bakri dan Ust Mohd Aizam Bin Mas’odPembentang Kertas Kerja Wasathiyyah dalam Akidah – Konvensyen Fiqh Ummah 2012

Page 21: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

Abu Hurairah R.A menceritakan dari Nabi S.A.W bersabda:

“Sesungguhnya Allah akan mengutus untuk Umat ini bagi setiap kepala seratus tahunseseorang yang akan memberikan tajdid (pembaharuan) bagi agamanya.”

(Riwayat Abu Daud: 3740)

----------

Wasathiyyah Dalam Dakwah

Tajdid merupakan sebahagian maksud perubahan. Nah inilah roh perubahan yang ada di

dalam Islam sehingga dakwah dekat dengan maksud perubahan dan transformasi. Berubahdaripada buruk kepada baik dan daripada baik kepada yang lebih baik. Disebabkan subjekutama dakwah ini adalah “Manusia” dan bukannya “Material” dalam menentukankesejahteraan manusia dan umat keseluruhannya, maka dakwah perlu bersifat manusiawiiaitu adanya unsur emosi yang perlu dilayani, adanya juga unsur intelek yang perludigarap, adanya unsur fizikal yang perlu dipenuhi, dan adanya unsur rohani yang perlu diisi. Ada manusia yang tidak terkawal emosinya perlu dihadapi oleh setiap daripada kita denganakhlak yang mulia dan bukannya membalas kembali lampias emosi. Mereka yang menangadalah mereka yang berjaya melawan sifat marahnya dan paling menjaga akhlak, keranayang penting adalah hasil kejayaan perubahan daripada dakwah yang dibuat, bukannyakepuasan melepaskan emosi membalas tindakkan yang ada.

Ust Mohd Zambri Mohd ZainuldinPembentang Kertas Kerja Wasathiyyah Dalam Dakwah – Konvensyen Fiqh Ummah 2012

Page 22: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmatKebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang

Engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah juayang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.”

(Surah An-Nahl:125)

Manhaj Dakwah

Daripada ayat ini, terdapat tiga pendekatan yang penting dalam gerak kerja dakwah iaitual-hikmah, al-maw’izah al-hasanah dan al-mujaadalah bi al-husna. Ketiga-tiga Manhaj(Cara) ini dilaksanakan berdasarkan contoh situasi-situasi yang dilalui oleh para rasul a.sterutamanya Nabi Muhammad S.A.W. Oleh itu, menjadi keperluan yang sangat utamakepada para pendakwah untuk mengkaji sejarah para rasul lalu menggali segala rahsiayang tersurat dan tersirat di sebaliknya untuk dijadikan panduan dalam menjalankantugas-tugas dakwah di tempat dan zaman masing-masing.

Takrif al-Hikmah

Sayyid Qutub menerangkan di dalam kitab tafsirnya:

“al-Hikmah adalah kemampuan seseorang pendakwah untuk memerhati realiti setiapsasaran dakwah dan keadaan mereka lalu menyampaikan Islam dengan cara yang

paling sesuai; kepelbagaian cara bercakap dan isi kandungan yang bersesuaian dengankadar akal dan pemikiran yang belum mampu dipikul mereka. Ia tidak dilakukan di atas

dasar semangat yang berkobar-kobar semata-mata sehingga terkeluar dari orbit al-Hikmah.”

Page 23: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

Sifat-sifat Para Pendakwah yang Bijaksana

1) Keikhlasan dalam setiap ucapan dan amalan

2) Bertepatan amalan dengan apa yang disampaikan

3) Kelembutan dalam mengendalikan mad’u

4) Berhati-hati dalam setiap ucapan dan tindakan

5) Kefahaman yang jelas dalam ilmu agama dan sentiasa berusahamempertingkatkannya

6) Kefahaman yang jelas tentang waqi’ (realiti) zaman dan tempat ia menjalankandakwah

7) Kesabaran dalam menelurusi jalan dakwah yang dipenuhi dengan onak dan duri

8) Sentiasa bersedia memaafkan dan bertolak ansur

9) Menjadi pendengar yang baik dalam perkongsian masalah dan persoalan yang dikemukakan

10) Pergantungan yang erat dengan Allah S.W.T

Page 24: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

“Berdakwah perlu mengambil kira konteks dakwah yang ditujukan.”

“..Isu nama seperti “bin Abdullah” hanya mengukuhkan kerisauan bahawa masuk Islam maknanya buang nama asal, buang keluarga dan buang bangsa. Budaya yang memaksamuallaf berubah drastik boleh membawa salah faham di kalangan keluarga muallaf yang kebanyakkannya belum Islam tetapi memerhati setiap langkah pihak pendakwah Islam. Contohnya, kadang-kadang pendakwah yang kurang matang dalam dakwah mewajibkanmemakai tudung atau berkhatan sebagai syarat memeluk Islam. Syarat-syarat yang dikenakan kadang-kadang terlalu ketat sehingga memberi gambaran bahawa Islam ituhanya sesuai diamalkan oleh yang lahir dalam keluarga yang sudah Islam turun-temurun….”

“Bakal-bakal ulama atau ustaz, tidak kira sama ada dalam bidang fiqh atau aqidah perludiwajibkan bukan sekadar mengambil subjek manhaj dakwah, tetapi juga menjalani tarbiahyang berterusan dan intensif sepanjang tempoh pengajiannya dari segi akhlak interaksidengan bukan Islam…….Setakat ini, penulis rasa bajet untuk melahirkan ustaz-ustaz yang mampu berdakwah kepada yang bukan Islam teramat kurang jika dibandingkan denganbajet melahirkan aliran-aliran sains. Perlu diberi perhatian, bahawa adalah jauh lebih sukarmelahirkan ulama’ yang hebat jika dibandingkan melahirkan seorang pakar bedah jantungkerana pakar bedah jantung menjaga jantung tetapi ulama menjaga akal, hati dan rohseorang manusia. Seorang manusia yang sihat jantung tetapi sakit aqidah atau akhlakadalah jauh lebih mudarat daripada seorang manusia yang sakit jantung tetapi sihat aqidahatau akhlak.”

XIFU Abdul Naser Abdul Rahman – Pembentang Kertas kerja dalam Metodologi BerdakwahKepada Bukan Islam Dalam Konteks Malaysia Barat – Konvensyen Fiqh Ummah 2012

Metodologi Berdakwah kepada Bukan Islam dalamKonteks Malaysia Barat

Page 25: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

Aktiviti manusia secara umumnya terbahagi kepada dua kategori iaitu:Ibadah dan Muamalah. Imam Ibnu Taimiyyah berkata:

“Urusan hamba (manusia seluruhnya sama ada perkataan dan perbuatan itu bolehdiklasifikasikan kepada dua jenis; ibadah yang baik untuk agama mereka dan hal adat

yang diperlukan manusia untuk urusan dunia mereka.”

Dr Yusuf al-Qaradhawi ada menyebut:

“Ciri-ciri asasi aliran wasathiyyah (al-madrasa al-wasathiyyah) adalah untuk membezakanantara ibadah dan muamalah dari sudut penelitian objektifnya.”

--------------

Dalam konteks ibadah, manusia tidak memiliki sebarang hak untuk mereka ciptamelainkan ia tunduk kepada segala perintah-Nya

Muamalah pula merangkumi daerah yang sangat luas. Muamalah bukan semata-mataberkisar tentang kewangan Islam bahkan ia merangkumi persoalankekeluargaan, jenayah, kehakiman, mawarits, jihad dan pemerintahan. Sebab itulahpara ilmuan Syariah menamakan kewangan Islam secara spesifik sebagai muamalahmaliyyahdan muamalah umum dirujuk sebagai muamalah ‘ammah.

Dalam artikel ini, muamalah hanya merujuk kepada muamalah maliyyah sahaja yang khususnya akan menyentuh tentang sistem kewangan dan ekonomi.

Manhaj Dalam Ekonomi Dan Kewangan

Page 26: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

APA ITU DUIT?

Secara mudahnya , semua item yang diterima umum sebagai perantaraan (medium of exchange) untuk pertukaran sesuatu barang dan khidmat, ia boleh dianggap duit.

Ada yang menggunakan batu, kulit kerang, garam dan sebagainya sebagai duit. KerajaanRoman memulakan penggunaan syilling emas (denarius) dan Parsi menggunakan syillingyang berwarna perak (drachma) sebagai mata wang mereka. Menurut sejarah, semasakebangkitan Nabi Muhammad S.A.W, Baginda berterusan menggunakan dua jenis matawang Roman dan Parsi dan dikenali sebagai dinar (emas) dan dirham (perak).

[Dalam perkembangan sistem ekonomi pelbagai kerajaan di dunia, mereka berterusanmenggunakan mata wang yang diperbuat daripada emas dan perak sehinggalah berlakuperubahan yang paling ketara bermula pada tahun 1971. Perubahan ini sebenarnyabermula dari satu perbincangan untuk melahirkan satu sistem yang diberi nama “ SistemBretton Woods” yang telah diadakan sejurus selepas Perang Dunia Kedua pada tahun 1944 yang mana melalui perbincangan tersebut menyebabkan tertubuhnya juga Bank Dunia(World Bank) dan juga International Monetary Fund (IMF) - Penerangan dari PenulisNaskah Oleh-Oleh dari Seberang]

Sistem Bretton Woods

Ia adalah satu sistem permulaan untuk memperkenalkan mata wang kertas yang mempunyai nilai tukaran tetap (fixed ecxhange rate). Nilai United States Dollar telahdiikiat dengan 1/35 daripada troy ounce (888.671 miligram emas), kemudian mata wangdari negara-negara lain pula diikat dengan nilai US Dollar. Pihak kerajaan AS ketika ituberjanji akan membolehkan tebus tuntut (redeemable) setiap satu USD yang ada di tanganmana-mana pihak kepada emas sebenar.

Page 27: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

Hasil daripada perbincangan ini maka terciptalah wang kertas yang pertama yang diberinama “Gold Backed Paper Money” iaitu duit dalam bentuk kertas yang disandarkankepada emas sebagai ganti mata wang emas. Ia dijangka lebih baik kerana lebihringan, mudah untuk dibawa serta dipinda dan disimpan. Ia juga dikenali sebagai“Representative Money”.

Pada thun 1971, perjanjian tadi “Gold Backed Paper Money” telah dibatalkan. Antarapuncanya adalah disebabkan oleh jumlah emas fizikal yang tidak mencukupi untukmenampung lambakan wang kertas di dalam pasaran. Memang sepatutnya setiap matawang yang dicetak mestilah terdapat emas di belakangnya. Namun masalah bermulaapabila pihak kerajaan USA mencetak mata wang kertas lebih banyak daripada jumlahemas fizikal yang berada di dalam simpanannya. Tindakan ini dinamakan “Fractional Reverse Banking” iaitu satu sistem menetapkan pihak bank untuk mengekalkansebahagian daripada jumlah wang yang disimpan oleh pendeposit dan menggunakanbakinya untuk memberi pinjaman kepada pelanggan lain.

Kesimpulannya, sistem “Fractional Reserve Banking” adalah sistem yang membenarkanpihak bank menyimpan sebahagian dan meminjamkan bakinya atas alasan menggalakkanperkembangan ekonomi, manakala “Fractional Reserve Requirement” adalah jumlahminima deposit (wang simpanan) yang wajib disimpan.

Page 28: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

Sebagai Contoh:

•Johan menyimpan wang tunainya sebanyak SGD$1000 di dalam Bank A.

•Bank menerimanya dengan syarat Johan mesti mengekalkan 20% = (SGD$200/-) daripadawang simpanannya dalam akaunya. Ini bermakna Johan hanya boleh menggunakanSGD$800/- dollar sahaja daripada jumlah wang keseluruhan.

•Dalam masa yang sama, 80% peratus =(SGD$800/-) daripada jumlah asal wang simpananJohan , pihak bank mempunyai hak untuk menggunakan wang ini sebagai pinjamankepada orang yang ingin membuat pinjaman daripada pihak bank dan mengenakaninterest kepada peminjam mengikut kadar yang ditetapkan oleh pihak bank dalamtempoh yang dipersetujui. Katakanlah dalam senario ini, Encik Ali ingin meminjamSGD$800/- dari pihak bank untuk menyelesaikan hutangnya. Setelah segala syaratmeminjam dipersetujui oleh Encik Ali, permohonan pinjaman itu pun diluluskan.

•Setelah Encik Ali mendapatkan wang tersebut, dia terus menggunakannya untukmembayar hutang keretanya dengan YUZ Car Centre.

•YUZ Car Centre pun menyimpan hasil kutipan SGD$800/- itu di dalam Bank B.

•Bank B juga mengenakan syarat yang sama pada YUZ Car Centre iaitu YUZ Car Centre mesti mengekalkan 20% =(SGD$160/-) daripada jumlah simpanan asalnya. Ini bermaknaYUZ Car Centre hanya boleh menggunakan SGD$640/- daripada jumlah asal. Seandainyaada peminjam yang ingin membuat pinjaman daripada Bank B, Bank B juga akanmengenakan interest kepada peminjam itu dengan menggunakan wang simpanan yang disimpan oleh YUZ Car Centre.

Begitulah pusingan wang di semua bank dan peminjam. Kesimpulannya, setiap kali ada orang meyimpan duit di bank. Setiap kali itulah ia mempunyai kuasa untuk menciptawang melaui pinjaman dengan interest. Sistem ini dinamakan “Money Multiplier”

Page 29: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

HUKUM YANG DIPAKAI

Terdapat sekumpulan pemikiran, ahli ekonomi, dan cendekiawan yang menyatakan sistemini sebagai tidak Islamik, haram dan menindas.

Pandangan kedua, mereka yang mengharuskannya secara total tanpa bersetuju bahawasistem ini memerlukan ubah suai agar ia benar-benar tidak mencipta mudarat di masaakan datang.

Apabila semua ini disemak, kita akan dapati menjatuhkan hukuman haram secaratotal, tidak mampu mengubahnya secara radikal juga, malah lebih buruk ia hanyamemberati Muslim dengan sesuatu yang mereka tiada pilihan dan jalan keluar. Allah S.W.T telah menegaskan yang bermaksud:

“Tiadalah diberati ke atas kamu kecuali apa yang terdaya olehmu.”

(Surah Al-Baqarah:286)

Banyak lagi dalil yang menunjukkan keringanan diberikan. Selain itu, terdapat dalil yang cukup komprehensif menunjukkan perubahan secara tadarruj atau beransur adalah yang terkuat untuk digunakan dalam keadaan perubahan radikal teramat sukar dilaksanakan.

Perkembangan ekonomi negara perlu dijaga kerana keruntuhannya bakal membawakesusahan secara berantai kepada seluruh sistem perbankan dan perindustrian di dalamnegara. Kejatuhan sistem ini secara tiba-tiba bakal membawa kehilangankerja, kelumpuhan syarikat korporat, kegagalan membayar gaji dan akhirnya menimbulkanhuru-hara. Atas sebab itu, perubahan dimulakan secara mikro dengan beransur-ansurmeraih sokongan ramai.

Page 30: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

DUIT KERTAS FIAT (FIAT MONEY)

Semuanya bermula pada tahun 1971, munculnya Fiat Money iaitu duit yang ada disekeliling kita hari ini. Ia adalah wang kertas yang tidak disandarkan kepada apa-apaprecious metals seperti emas dan perak. Ia bukan lagi “Representative Money” sebagaimana yang diterangkan sebelum ini.

Perkataan Fiat pula berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud “Let it be done”. Memang benar, fiat money yang wujud hari ini boleh dicetak oleh kerajaan berdasarkankehendak mereka.

Jelasnya, apakah asas penciptaan wang kertas hari ini? Ia hanyalah berdasarkan kehendakdan keyakinan dan kepercayaan orang ramai terhadap nilainya. Jika tiba-tiba semua rakyatdi dunia, enggan mengiktiraf USD dalam transaksi mereka, nilai USD akan menghadapimasalah. Demikian juga dengan nilai wang negara-negara lain.

Justeru itu, cetakan wang kertas dalam sesebuah negara mesti dikawal oleh kerajaansebaik-baiknya. Biarlah ia selaras dengan perkembangan industri dan perniagaan dalamnegaranya. Jika tidak jumlah wang kertas yang dihasilkan melebihi kadar pertumbuhanindustri dan perniagaan sesebuah negara itu, hasilnya nilai mata wangnya akan jatuhmerudum dan kuasa beli mengecut. Tatkala itu infalsi akan berlaku.

Ustaz Dr Zaharuddin Abd Rahman & Ust Mohd Ramadhan Fitri Ellias –Pembentang kertas kerja dalam Wasathiyyah Dalam Ekonomi dan Kewangan –Konvensyen Fiqh Ummah 2012.

Page 31: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

Pengajaran yang dapat diambil

Di dalam melakukan sesuatu perubahan terutama apabila ia melibatkan masa depanorang ramai serta negara, ia merupakan satu keputusan yang besar dan keputusanitu tidak boleh dilakukan secara drastic. Cubalah kira ambil I’tibar mengenai perkarabagaimana pengharaman khamar atau arak dilaksanakan. Adakah pengharamankhamar itu dilakukan secara mendadak?

Contoh di atas jika kita ingin menjadikan ia sebagai qiyas pada perbincanganmengenai topik ini memang ia tidak bertepatan dari sudut ‘illah. Tetapi mengambilpengajaran daripada sudut hikmah bagaimana pengharaman Khamar itu dilakukanpasti akan memberikan kita pengajaran dan kemanfaatan.

Contoh yang lain pula, Alhamdulillah sekarang ini sudah ada langkah-langkah untukmemperkenalkan kembali matawang dinar dan dirham. Tetapi cara untukmengimplementasikannya itu akan membawa kita kepada satu perbincangan yang amat luas. Ini kerana apabila satu perubahan dilakukan ia pasti mempunyai kesan‘kegenjutan’. Kegenjutan ini pula boleh diambil kira dari dua bahagian:

1) Kegenjutan sementara. Setiap perubahan pasti akan mengalami kegenjutan ini. Dan kegenjutan ini terkadang ia dapat dijangkakan.T etapi ia akan hilang apabilapembaharuan itu sudah menjadi satu perkara biasa.

2) Kegenjutan yang berpanjang. Bermaksud kegenjutan ini mungkin dijangkakanatau tidak dijangkakan dan kemungkinan juga ia aberpunca daripada satumasalah yang tidak dapat dikawal.

Page 32: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

Satu senario. Jika ia hanya diimplementasikan di negara Islam sahaja sedangkan di negara-negara lain di Europah sebagai contoh tidak melakukannya, bagaimanakahimplekasinya?

Contoh

Encik Ahmad datang dari Singapura dengan membawa matawang Dinar ke Eropah. Kerana di Eropah system matawang Dinar belum lagi dilaksanakan, maka Encik Ahmad terpaksa menukar matawang dinar yang dimilikinya kepada matawang kertas Euro , Tidakkah ini akan mengakibatkan sejarah lama berulang kembali?

Dan maksud saya dengan “secara berperingkat-peringkat” ialah dari sudutperbincangan dan juga dalam mengimplementasikannya dan dalam masa yang samatidak mengenepikan akan kepentingannya– Penulis Naskah Oleh-Oleh Dari Seberang

Page 33: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

Definasi Turath

Syeikh Ali Jum’ah mendafinasikan pengertian turats sebagai:

“Hasil pemikiran akal orang muslim zaman yang lampau.”

[Denga takrif ini, dapatlah kita ringkaskan dan fahami bahawa Turath dari sudut definasiialah ilmu khazanah lama (Pusaka ) yang telah ditinggalkan oleh ulama’ulama’ terdahulu –Keterangan daripada penulis naskah Oleh-Oleh Dari Seberang]

--------

Bilakah sesuatu ilmu itu dianggap sebagai Turath?

Dr Saadudin Hilali telah menyatakan di dalam pengajian bersama beliau di Mesir bahawatempoh sesuatu ilmu itu menjadi turath itu adalah seratus tahun.

Adakah penting berpegang kepada Turath?

Imam al-Haramain menyatakan di dalam al-Waraqat yang bermaksud:

“ Di antara syarat-syarat mufti hendaklah dia mengetahui usul fiqh dan cabangnya, perbezaan pendapat fiqh dan mazhab fiqh.”

Di sini menunjukkan bahawa Imam al-Haramain mensyaratkan kepada mufti yang bertarafmujtahid pada setiap zaman mengetahui peninggalan fiqh yang ditinggalkan oleh paraulama kita. Sekiranya dia tidak mengetahui maka gugur syarat mejadi mufti.

Page 34: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

Adab-Adab Apabila Berinteraksi Dengan Turath

1) Bersangka baik dengan ulama-ulama terdahulu2) Tidak mencerca kitab-kitab dan para ulama-ulama terdahulu3) Beriktikad bahawa mujtahid tidak meningalkan sunnah melainkan terdapat

keuzuran

---------

Pengajaran yang dapat diambil:

Kitab-kitab turath masih boleh dijadikan bahan rujukkan untuk penyelidikkan. Namundi dalam membuat penyelidikkan dengan menggunakan kitab-kitab turath hendaklahberlandaskan kerana mencari ilmu dan bukan atas kepentingan lain seperti adanyaunsur-unsur ta’assub yang hanya menerima sesetangah kitab-kitab turath dan menolakkitab-kitab turath yang lain, apa lagi menghina atau memperkecil-kecilkan pandangan-pandangan atau pun kajian-kajian ulama’ulama’ terdahlu.

Seandainya di situ terdapat sikap sedemikian, ia mungkin akan hanya menghasilkansatu keputusan yang kurang tepat disebabkan kajian yang dilakukan tidak menyeluruh. Dan jika ini berlaku, ia amat merugikan dari sudut penghasilan sesuatu keputusan danjuga kerugian kerana tidak memanfaatkan kajian-kajian yang telah sedia ada dan inisudah tentu tidak wasathiy –Penulis Naskah Olej-Oleh Dari Seberang.

Page 35: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

HariKedua…

Page 36: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

Wasathiyyah Dalam Berpolitik: Satu Lontaran Idea

KESIMPULAN : MANHAJ WASATIYYAH DI DALAM BERPOLITIK MENURUT LIQA’ ASATIZAH.

Berdasarkan realiti dan juga rasional yang telah dibincangkan sebelum ini, penulismencadangkan 30 asas pelan kaedah wasatiyyah di dalam berpolitik bagi umat Islam. 30 asas ini telah pun dipersetujui oleh ahli Liqa’ Ilmuan di dalam pertemuan-pertemuan yang telah dijalankan. 30 asas tersebut ialah:

1. Politik adalah sebahagian dari syariah Islam, tetapi ia terletak di dalam kerangkamuamalat dan bukannya akidah atupun ibadat.

2. Hukum asal bagi segala aktiviti politik ialah harus, kecuali ada dalil yang mengharamkannya (al-Aslu al-Ibahah).

3. Ruang politik merupakan ruang ijtihad yang luas dan memerlukan kepada input kontemporari dengan meraikan faktor tempat, masa, budaya dan perbezaan akalmanusia.

4. Hukum mengenai politik terletak kepada manfaat sesuatu perbuatan politik itu kepadaumat melalui neraca Maqasid asy-Syariah.

5. Perbezaan pendapat di dalam politik adalah isu furu’ dan bukannya usul.6. Perbezaan pendekatan di dalam politik bukanlah alasan untuk umat berpecah belah,

tetapi termasuk di dalam ruang ijtihad.7. Kesatuan umat merupakan agenda utama politik, tetapi ini tidak bermakna ruang

untuk berbeza pendapat dan pendekatan tidak dibolehkan.8. Mengambil kira pengalaman daripada sejarah umat yang panjang sebagai teladan

(‘ibar) kepada umat masa kini dan masa hadapan.9. Tidak menjadikan pengalaman dan pengamalan umat terdahulu di dalam lipatan

sejarah sebagai sesuatu yang maksum ataupun teks kudus, tetapi disingkap sebagaiperistiwa yang mempunyai pengajaran kepada umat terkemudian.

Page 37: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

Wasathiyyah Dalam Berpolitik: Satu Lontaran Idea

10. Melihat isu politik tidak terpisah daripada isu sosiologi, ekonomi, sejarah, budaya danjuga perundangan.

11. Ilmu politik Islam mengintergrasikan dan mengharmonikan antara prinsip-prinsipSiyasah Syar’iyyah dan juga ilmu-ilmu semasa, terutamanya ilmu sains kemanusiaandan falsafah. Hal ini telah dibuktikan oleh para ulama silam yang menulis tentangpolitik pada zaman mereka.

12. Fiqah terdahulu berkaitan politik merupakan ijtihad para fuqaha berdasarkan tuntutanzaman mereka, maka disingkap dengan mengambil iktibar dari kaedah istinbat hukumdan keupayaan mereka berinteraksi dengan konteks.

13. Tidak meletakkan bangsa atau parti sebagai kayu ukur kebenaran, tetapi hujah danprinsip keadilan.

14. Meletakkan tumpuan kepada kesempuranaan hidup individu yang diseimbangkandengan faktor keluarga dan juga masyarakat.

15. Ijtihad-ijtihad di dalam politk merupakan sesuatu yang bersikap relatif dan ia sesuatupercubaan berterusan sepanjang zaman.

16. Politik hanya merupakan wasilah dan bukannya matlamat.17. Matlamat tertinggi berpolitik adalah untuk mendapat falah di dunia dan Akhirat.18. Mengutamakan kesan sesuatu perbuatan di dalam aktiviti politik berbanding

perbuatan itu sendiri (an-Nazhar ila al-Ma’al)19. Tidak meletakkan golongan tertentu sebagai kata putus dan golongan suci di dalam

ruang politik, tetapi golongan yang berilmu merupakan pembimbing dan pemudahcara.

20. Aktiviti-aktiviti politik hendaklah berpijak di atas dasar tauhid, amanah, ‘adl waihsan, ukhuwah, islah dan Maqasid asy-Syariah.

Page 38: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

Wasathiyyah Dalam Berpolitik: Satu Lontaran Idea

21. Tidak menolak hikmah dan juga amalan yang terbit dari bukan Islam selagi mana iamemberikan maslahat kepada umat dan juga menepati Maqasid Asy-Syari’ah.

22. Pengalaman politik di dalam Islam meraikan asas-asas kemanusiaan sejagat, di manaumat Islam menganggap umat Islam sebagai saudara seakidah, manakala golonganbukan Islam pula sebagai saudara sesama manusia, dan juga alam sekitar sebagaisebahagian daripada kehidupan manusia itu sendiri.

23. Politik merupakan wasilah untuk umat Islam menyebarluaskan maksud ihsan danrahmat.

24. Akhlak merupakan teras utama umat Islam di dalam berpolitik. Sebarang penglibatanpolitik yang membelakangkan akhlak adalah tertolak daripada ajaran Islam yang mulia.

25. Islam meraikan semua kerjasama dengan bukan Islam selagi mana ia bertujuanmencapai Maqasid asy-Syari’ah, namun sebarang kerjasama politik yang mencabuliMaqasid asy-Syari’ah ataupun memberikan kerugian kepada umat adalah tertolak.

26. Kerangka politik Islam tidak mendiskriminasikan gender, tetapi menekan persoalankelayakan dan juga kemampuan untuk melaksanakan amanah.

27. Amanah dan Quwwah merupakan asas utama di dalam pemilihan pemimpin di dalamIslam, kedua-duanya juga merupakan tema utama para kepimpinan politik di dalamIslam.

28. Bertitik-tolak daripada prinsip Islah dan juga amanah, konsep akauntabiliti, keluwesan(ketelusan) dan juga keluhuran undang-undang menjadi tonggak utama di dalamproses politik di dalam Islam. Tiada seorang pun, hatta pemimpin tertinggi umat Islam boleh terlepas daripada proses akauntibiliti, ketelusan dan juga keluhuran undang-undang.

Page 39: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

Wasathiyyah Dalam Berpolitik: Satu Lontaran Idea

29. Konsep ketaatan rakyat kepada para pemimpin adalah bersandarkan kepada konsepukhuwah, keadilan dan amanah. Tiada istilah ketaatan membuta tuli ataupunkekebalan para pemimpin dari undang-undang di dalam Islam.

30. Kesedaran berpolitik dan juga kepedulian politik merupakan tuntuan agama Islam bertunjangkan prinsip amar makruf nahi mungkar dan juga ukhuwah, walaubagaimanapun, ini tidak bermakna kesibukan.

Diharap lontaran idea di dalam artikel ini dapat membuka horizon baru untukperbincangan yang lebih intenseif demi mengayakan literasi tentang pemikiran politikIslam dalam kerangka yang baru dan segar. Segala yang baik itu dari Allah, dan yang buruk itu berpunca dari daripada kelemahan penulis sendiri.

Page 40: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

Manhaj Wasathiy Dalam Aspek Tazkiyah An-Nafs

Tazkiyah bermaksud penyucian dan pembersihan, manakala an-Nafs ialah jiwa. Olehitu, tazkiyah an-nafs membicarakan persoalan berkaitan akhlak yang baik dan akhlak yang keji. Akhlak keji dihindari manakala akhlak mulia menjadi hiasan diri.

Dalam nama yang lebih mashyur, tazkiyah an-nafs dikenali sebagai tasawuf. Namun adajuga istilah yang menyebut sebagai ilmu akhlak. Bagi sebahagian sarjana Muslim, istilahilmu suluk atau fiqah suluk digunakan.

Apa pun istilah yang digunakan, ia tidak menjadi isu yan g besar. Sebaliknya isi dan“content” disiplin ilmu yang wajar dinilai.

---------

Sikap-Sikap Para Ulama Terhadap Ilmu Tazkiyah An-Nafs

Dalam aspek tazkiyah an-nafs yang dikenali sebagai ilmu tasawuf, terdapat dua sikap paraulama iaitu:

1) Menentang ilmu tasawuf2) Menerima ilmu tasawuf

Page 41: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

Penentangan dan penerimaan terhadap ilmu tasawuf kerana aspek-aspek yang wujuddalam ilmu tasawuf sebagai tidak mengikut sunah Nabi S.A.W, melakukan perkarabid’ah, penyerupaan terhadap sistem kepaderian dalam hidup dengan tidakberkahwin, penggunaan hadis yang bermasalah dan sebagainya . Oleh itu, ilmu tasawufditolak.

Manakala penerimaan terhadap ilmu tasawuf kerana didapati tiada wujud perkara yang menyalahi hukum syarak.

Manhaj Wasathiy Dalam Aspek Tazkiyah An-Nafs

1) Al-Quran sebagai sumber dasar yang pertama2) As-Sunnah sebagai sumber dasar yan gkedua

Pandangan Yang Tidak Wasathiy Dalam Tazkiyah An-Nafs

Adapun pandangan yang melampau dari sudut tazkiyah an-nafs ialah, merekamenganggap syariah sebagai kulit manakala hakikat dan makrifat dianggap sebagai isi.Olehitu, ada yang berpendapat syariat boleh diabaikan apabila sudah sampai kepada maqamhakikat dan maqam makrifat.

Atas nama hakikat dan makrifat, ada pandangan yang menolak kefarduan solat lima waktu, puasa dan sebagainya.

Ustaz Mohammad Nidzam Abd Kadir - Pembentang kertas kerja Manhaj Wasathiy DalamAspek Tazkiyah An-Nafs – Konvensyen Fiqh Ummah 2012

Page 42: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

Pengajaran Yang Dapat Diambil

Dalam sesi ini apa yang dapat dipelajari ialah agar kita tidak terlalu mendalaminya(tazkiyatun nafs) sehingga ke tahap memudaratkan diri atau memberat-beratkan dirikerana mempelajarinya.

Dalam situasi yang lain pula, ada yang membesar-besarkan kehebatan gurunya yang mengajarkan sesuatu ilmu yang bersangkutan dengan tazkiyatun nafs. Mengagung-agungkan karamah guru mereka . Memang tidak dapat dinafikan kewujudan ‘karamah’ yang dikurniakan oleh Allah kepada Para Auliya’ Nya. Tetapi dalam masa yang sama ,kitajanganlah terlalu melebihkan seseorang meletakkan seseorang itu hampir setaraf denganJunjungan Nabi Besar kita Muhammad S.A.W . Dan yang paling parah lagi ialah melaluiperbuatan mereka , hampir-hampir mereka meletakkan kedudukan seseorang itusetanding dengan Al-Khaliq iaitu Pencipta Kita dan seluruh alam ini tanpa disedari.

Contoh:

Akibat terlalu melebihkan karamah guru mereka yang diketahui mempunyai satu karamahyang dinamakan “kasyaf” iaitu dapat mengetahui apa yang dilakukan oleh anak-anak muridmereka , anak-anak murid mereka takut untuk mengangkat muka terhadap guru-guru mereka apalagi melihat wajah guru mereka ini.

Persoalannya adakah mereka lebih takut kepada guru-guru mereka berbanding denganAllah? Di manakah kita letakkan kedudukan Allah Azza Wajal?

Inilah persoalannya.

Wallahu A’lam

Penulis Naskah Oleh-Oleh Dari Seberang

Page 43: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

Wasathiyyah Dalam Ibadah

Konsep Wasathiiyah Dalam Ibadat

Konsep wasathiyyah dalam ibadat yang paling terserlah dalam agama Islam ialah konsepkesederhanaan Islam dalam pensyariatan hukum-hukum ibadat serta mudah danpraktikal untuk diamalkan. Bagi menjelaskan konsep ini, kita perlu melihat kepadapendekatan-pendekatan agama lain dalam konsep ibadat mereka.

Pendekatan Yahudi Dalam Ibadat

Jika kita membuka kitab Taurat yang telah diubahsuai oleh kaum Yahudi, kita dapatihampir keseluruhan isi kitab ini tidak menyebut mengenai hari Akhirat danpembalasannya. Malah hukuman dan ancaman yang disebut di dalam kitab ini hanyaberkisar hukuman di dunia semata-mata tanpa menyatakan balasan yang akan diterimapada hari Akhirat.

Pendekatan Nasrani Dalam Ibadat

Pendekatan ini pula lebih banyak menjurus kepada pengasingan dunia dalam ibadat dankehidupan serta menokok tambah perkara berkaitan ketuhanan dan keimanan. Walaupun ada di kalangan mereka yang benar-benar beriman, namun kebanyakkandaripada mereka telah tersesat jalan dan menderhakai Allah S.W.T

Page 44: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

[Pendekatan Wasathiy di dalam ibadah boleh kita fahamkan melalui Manhaj Wasathiy

Islam Dalam Ibadat yang diterangkan di bawah ini.]- Penulis Oleh-Oleh Dari Seberang

Manhaj Wasathiy Islam Dalam Ibadat

Manhaj wasati Islam dalam ibadah yang dijelaskan Allah S.W.T di dalam Al-Quran , antaranya Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akanpahala dan kebahagiaan hari Akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu

(keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) Sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang

melimpah-limpah); dan janganlah Engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.”

(Surah Al-Washash:77)

Jelas di sini Allah S.W.T menuntut agar umat Islam menggunakan segala nikmat yang dianugerahkan kepada mereka untuk beribadat kepada-Nya dan mentaati perintah-Nyaserta menjauhi segala larangan-Nya. Namun begitu, tanggungjawab ini dilaksanakan tanpamengabaikan keperluan kehidupan di dunia yang dibenarkan seperti makanan danminuman yang baik, pakaian , tempat tinggal dan keluarga.

Page 45: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

Berdasarkan Sunnah Nabi S.A.W pula terdapat banyak hadis yang menjelaskan manhaj

wasathiy Islam dalam ibadah, antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari

yang bermaksud:

“Anas bin Malik R.A diriwayatkan daripada beliau menceritakan: Datang tiga orang kerumah-rumah para isteri Nabi S.A.W bertanya tentang ibadat Nabi S.A.W tatkaladikhabarkan (tentang ibadat baginda) , mereka merasakan seolah-olah ia sedikit. Lalumereka berkata: “Di manakah kedudukan kita jika dibandingkan dengan kedudukanNabi S.A.W yang telah diampunkan dosa-dosanya yang lalu dan apa yang akandatang?” Berkata salah seorang daripada mereka: “Adapun aku, maka aku akanbersolat malam selama-lamanya.” Berkata yang lain : “Aku akan berpuasa sepanjangmasa dan tidak akan berbuka.” Berkata yang terakhir: “Aku akan menghindari wanitadan tidak akan bernikah selama-lamanya.”

Maka Rasulullah S.A.W datang kepada mereka dan bersabda: “Kaliankah yang mengatakan begini dan begitu? Ketahuilah ! Demi Allah, sesungguhnya aku orang yang paling takut di antara kalian kepada Allah dan paling bertakwa kepada-Nya antarakalian . Akan tetapi aku berpuasa dan berbuka , bersolat (malam) dan tidur, serta akumenikahi wanita. Maka sesiapa yang berpaling daripada sunahku maka dia tidaktermasuk daripadaku.”

(Riwayat al-Bukhari , Kitab Nikah:5063)

Inilah yang dimaksudkan dengan manhaj wasathiy dalam beribadat di dalam Islam yang menggabungkan dan mengharmonikan antara kedua-dua keperluan dunia dan akhirattanpa mengaibaikan salah satu daripada keduanya.

Ust Dr Roslan Mohamed / Ust Dr Ahmad Wifaq Moktar / Ust Ahmad Husni Abd RahmanPembentang kertas kerja – Wasathiyyah Dalam Ibadah – Konvensyen Fiqh Ummah 2012

Page 46: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

Pengajaran Yang Boleh Diambil

Saya petik daripada apa yang dijelaskan oleh Baginda S.A.W yang bermaksud:

“…..Demi Allah, sesungguhnya aku orang yang paling takut di antara kalian kepada Allah dan paling bertakwa kepada-Nya antara kalian . Akan tetapi aku berpuasa dan berbuka, bersolat (malam) dan tidur, serta aku menikahi wanita. Maka sesiapa yang berpalingdaripada sunnahku maka dia tidak termasuk daripadaku.”

Penjelasan Baginda S.A.W sudah cukup jelas dan tiada apa yang perlu dibicarakan.

- Penulis naskah – Oleh-Oleh Dari Seberang

Page 47: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

Manhaj Wasathiyyah Dalam Ibadah Zakat

Muqaddimah

Zakat merupakan salah satu rukun Islam yang menjadi salah satu sistem pentadbiransumber kewangan yang disusun oleh Allah S.W.T sebagai asas keseimbangan hiduphambanya-Nya. Kewajipan berzakat memberi kesan yang positif bukan sahaja kepadaindividu pembayar itu sendiri, malah ia sangat berkait rapat dengan keberkatan harta, keutuhan ekonomi , keseimbangan sosial, kestabilan politik , pemurnian iman danakhlak. Bukan sekadar itu sahaja bahkan sistem mikroekonomi yang dijana menerusiibadah zakat ini dapat memberi kesan dan impak yang positif kepada kekuatan dankeamanan sesebuah negara. Inilah satu manhaj ibadah yang bersifat wasathiy dalammenangani kemaslahatan manusia secara menyeluruh.

Kesimpulannya

Sebagai kesimpulannya, wasathiyya dalam zakat perlu dilihat daripada semua aspek agar perlaksanaannya menepati kehendak wahyu Allah. Sekiranya ibadat yang ditunaikan ituihklas , pengurusannya juga ikhlas dan penerimanya juga ikhlas, sudah pasti akan lahirmasyarakat yang bertaqwa dan maju dalam kehidupan dan berjaya keluar daripadamasalah dan ujian kemiskinan. Namun, jika terdapat kecacatan dari mana-maa aspek, iaakan memberi kesan kepada perlaksanaannya terutama daripada aspek kejayaannyayang belum dilihat begitu membanggakan. Bahkan menuding untuk menyalahkan, namun sesuatu kecacatan itu perlu diinsafi dan dimurnikan semula agar segala arahandan ibadah yang telah diwajibkan Allah kepada kita dapat dibuktikan kesan kebaikkannyajika semua melaksanakannya dalam bentuk yang tepat dan benar.

Ust Husni Abd Rahman – Pembentang kertas kerja – Wasathiyyah Dalam Ibadah Zakat –Konvensyen Fiqh Ummah 2012

Page 48: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

Manhaj Wasathiy Dalam Pengajian Al-Quran

Mukadimah

Al-Quran adalah kitab hidayah dan petunjuk yang membimbing manusia ke jalankebenaran. Sebelum mendalami pengajian al-Quran, beberapa aspek berkaitan al-Quran perlu terlebih dahulu difahami agar kita benar-benar mendapat maklumat yang sahihberkaitan al-Quran.

Takrif al-Quran: Kalam Allah, merupakan mukjizat yang diturunkan kepada NabiMuhammad S.A.W melalui malaikat Jibrail a.s , ditulis dalam Mushaf, disampaikansecara mutawatir, dimulai dengan surah al-Fatihah dan disudahi dengan surah an-Nas, membacanya menjadi ibadah pada setiap hurufnya.

Kertas kerja ringkas ini akan menfokuskan perbincangkan kepada aspek yang paling penting sahaja dalam kehidupan masyarakat Melayu dan dirasakan paling sesuaiuntuk dipersembahkan kepada orang awam di Malaysia. Oleh itu, fokus kertas kerja iniadalah kaedah Wasathiy (Sederhana & Pertengahan) dalam pengajian Tafsir danTajwid al-Quran.

Tafsir Al-Quran

Terdapat banyak definasi yang diberikan oleh para ulama Tafsir al-Quran. Definasipilihan penulis (penulis kertas kerja) adalah: Suatu ilmu yang digunakan untukmemahami Kitab Allah (al-Quran) , menghuraikan dalil-dalilnya mengikut kehendak Allah dan tahap kemampuan akal manusia.

Page 49: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

Dalam konteks ilmu tafsir, manusia dibenarkan menggunakan akal mereka untuk mentafsiral-Quran sekiranya mereka memilih kelayakkan yang sepatutnya. Kaedah ini disebutsebagai “ Tafsir Bi – ar-Ra’yi”. Walau bagaimana pun, bukan semua orang bebas atau layakmenggunakan kaedah ini. Ia memerluan 2 syarat utama iaitu: mempunyai niat yang suciikhlas. Bebas dari sebarang kepentingan peribadi atau puak dan memiliki ilmu alat untukmemahami al-Quran seperti bahasa Arab dan segalanya cabangnya, ilmu hadith , sejarah, ilmu moden dan sebagainya.

Ilmu Tajwid

Perlu wujud keseimbangan yang adil antara ilmu Tajwid , Tarannum dan Tafsir al-Quran. Dalam berinteraksi dan mempelajari al-Quran, umat Islam tidak sepatutnya hanyatenggelam dalam pengajian Tajwid dan Tarannum (seni lagu) sehingga menutup pengajianTafsir al-Quran.

Kecenderungan sesetengah masyarakat awam dan para Ustaz untuk menghabiskan masahanya untuk mempelari dan mendalami Tajwid, sehingga mengabaikan aspek Tafsirsebenarnya kurang tepat kerana tujuan utama penurunan al-Quran adalah untuk dihayatiserta diamalkan . Kedua-duanya hanya direalisasikan dengan pengajian Tafsir.

Mengutamakan Tajwid sehingga mengabaikan Tafsir seumpama perjalanan- si pencari hartakarun yang terhenti pada gerbang khazanah Allah yang amat luas dan kaya, manakalamengutamakan Tafsir sehingga mengabaikan Tajwid seumpama menceroboh masuk kedalam khazanah Allah tanpa melalui pintu atau gerbang yang sepatutnya.

Kedua ekstrim ini silap dan perlu diperbetulkan dengan memberikan setiap bidang ilmuhaknya.

Page 50: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

Manhaj Wasathiyyah Dalam Pengajian Al-Quran

Beberapa peringatan penting tentang al-Quran dalam konteks Wasathiy:

1. Al-Quran adalah Kitab Hidayah yang membimbing manusia dan jin ke jalankebenaran. Ia Bukan Buku Sains tetapi mengandungi petunjuk kepada kewujudanAllah sebagai Pencipta dan beberapa fakta saintifik. Ia merupakana salah satumukjizat Al-Quran.

2. Al-Quran menggalakkan penerokaan Sunnah Alam yang berpaksikan hukum sebabmusabab (sains). Ia akan membuahkan Iman, takwa dan menguhkan Tauhid kepadaAllah.

3. Makna sebenar Syifa’/penawar pada al-Quran perlu difahami dalam konteks sebenar. Para ulama Tafsir mentafsirkan perkataan syifa/penawar dalam sebahagian ayatsebagai penawar kepada penyakit rohani yang melibatkan hati sepertisyirik, menafik, tidak percaya akan perkara ghaib seperti Kiamat, mazmumah dansebagainya.

4. I’jaz al-Quran atau kemukjizatan al-Quran perlu difahami dalam bentuk yang luas. Antaranya: Mukjizat tentang perkhabaran peristiwa ghaib, sentuhan padahati, bahasa & syariat.

5. Tafsir al-Quran bukan suatu ilmu yang ekslusif untuk sesetengah orangsahaja, sebaliknya ia perlu didedahkan kepada masyarakat secara menyeluruh keranaal-Quran diturunkan untuk semua manusia.

6. Tafsir al-Quran ialah suatu ilmu tersusun dan memiliki peraturan tersendiri yang perlu dihormati dan dipatuhi. Tidak semua orang layak berbicara tentang al-Quran dan tanpa penguasaan ilmu alat, bicara tentang al-Quran akan tersasar jauh daripadakehendak sebenar Allah.

Page 51: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

Manhaj Wasathiyyah Dalam Pengajian Al-Quran

7. Buku terjemahan makna al-Quran yang bersesuaian dengan tahap orang awam perludigunakan sebagai alat bantu untuk memahami maksud al-Quran. Orang yang mahumenterjema al-Quran perlu merujuk kepada penjelasan bahasa Arab agar tidakterpesong.

8. Al-Quran ialah sebuah kitab yang senantiasa berinteraksi dengan zaman. Walaupunorientasi kebanyakkan ayat al-Quran merujuk pada zaman nabi s.a.w, ia menerangkanprinsip untu ksetuap peristiwa yang boleh dilaksanakan untuk setiap zaman.

9. Kaedah Tafsir bi al-Ma’thur mesti diutamakan terlebih dahulu berbanding Tafsir bi ar-Ra’y.

10. Membezakan Tafsir Maudhu’I antara Keperluan dan Keterbatasan11. Penceritaan kisah al-Quran bertujuan memberi pengajaran dan bukan penceritaan

biasa yang biasa dibawa oleh para pengliur lara atau Qusshash.12. Sebarang kisah al-Quran perlu difokuskan kepada inti sati sebenar kisah seperti

keutamaan konsep iman, tauhid, hidayah dan takwa kepada Allah.13. Etika dengan periwayatan Israiliyyat perlu dijaga.14. Umat Islam wajib meniktifar al-Quran sebagai teks Arab yang mesti dibaca dengan

Tajwid yang betul.15. Pembelajaran ilmu Tajwid berkait rapat dengan pembeljaran Qiraat.16. Perlu wujud keseimbangan yang adil antara ilmu Tajwid, Taranum dan Tafsir al-Quran.17. Para ilmuan Islam, ustaz & ustazah mesti memiliki kemampuan membaca al-Quran

yang baik (walaupun tidak sempurna)

Page 52: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

Penutup

Al-Quran adalah hidangan Allah untuk manusia di bumi bertepatan dengan sabda NabiAllah S.A.W yang bermaksud:

“Sesungguhnya al-Quran adalah hidangan Allah (untuk manfaat manusia), maka ambillah(manfaat/belajar) daripadanya semampumu.”

(Sunan ad-Darimi, kitab Fadail al-Quran/ Kelebihan al-Quran, Bab Fadl Man Qara’a al-Quran/ kelebihan orang yang membaca al-Quran)

Manusia perlu mengambil peluang daripada hidangan ini untuk merasakan segala manfaatdan kelazatan al-Quran. Anugerah yang tidak ternilai ini ialah Kitabullah yang merupakanpetunjuk-Nya kepada kita menemui nilai-nilai yang dapat dijadikan pedoman bagipenyelesaian berbagai masalah dalam hidup. Apabila ia dihayati dan diamalkan akanmenjadikan fikiran, rasa dan objektif hidup mengarah kepada realiti keimanan yang diperlukan bagi menjamin kestabilan dan ketenteraman hidup peribadi dan masyarakat. Inilah al-Quran yang pernah memandu mereka hingga menjadi generasi yang tiada tolokbandingnya seperti yang disifatkan oleh pengarang Fi Zhilali Quran sebagai “Generasi al-Quran yang Unik”.

Ust Dr Zahazan Mohamad / Ust Sukki Otthman / Ust Abdullah Bukhari Abd RahimPembentang kertas kerja – Wasathiy Dalam Pengajian Al-Quran – Konvensyen Fiqh Ummah2012

Page 53: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

Wasathiy Dalam Gaya Hidup

Mukadimah

Islam adalah agama yang begitu indah. Ini kerana Islam tidak terlalu susah dan tidak jugaterlalu senang untuk diamalkan dalam kehidupan umat Islam. Agama Islam sangatmenekankan agar umat Islam berpegang kepada prinsip Wasathiyyah ataukesederhanaan sepertimana yang Allah S.W.T terangkan dalam surah al-Baqarah: 143

“Demikianlah Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) sebahagian daripada umatterpilih (yang bersikap sederhana).”

Berdasarkan ayat ini, al-Mawardy , Ibnu Qayyim, dan ramai lagi berpendapat bahawaIslam sangat-sangat menginginkan masyarakatnya bersikap sederhana dalam banyakperkara. Sama ada dalam perkaraakhlak, ibadah, riadah, muamalt, persahabatan, perhiasan, hubungan, dan banyak lagi.

Kaedah fiqh juga ada menjelaskan:

“Asal bagi setiap sesuatu itu adalah harus sehingga terdapatnya dalil yang mengharamkannya.”

-------

Sebagai manusia yang mempunyai fitrah yang normal, kita tidak akan terlepas daripadamenginginkan gaya hidup yang serba mewahdan berkualiti. Bahkan kesemua itu tidakmenjadi satu kesalahan di sisi Allah S.W.T selagi mana umat Islam berpegang teguhdengan prinsip yang telah ditetapkan oleh para ulama’ . Hal ini dapat dibuktikan melaluifirman Allah S.W.T dalam surah al-A’raf ayat 31 yang bermaksud:

Page 54: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

“Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah dan berhiaslah pada setiapkali kamu ingin ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang). Makanlah, minumlah

dan jangan pula kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak sama sekali sukakepada orang-orang yang melimpaui batas.”

Antara perkara yan gdielakkan, penalis juga ada menyentuh mengenai program perkaraseperti berikut:

1) Wasathiyyah dalam permakanan2) Tidak berlibeihan dalam mengambil makanan atau minuman yang halal.3) Tidak mendekati sebarang bahan makanan yang haram dimakan dan dimanfaatkan4) Wasathiyyah dalam memilih pakaian dan aksesori

Kesimpulannya

Hasil daripada perbincangan berhubung wasathiyyah dalam kehidupan yang sempurnadapatlah disimpulkan kepada beberapa perkara:

1) Islam merupakan agama yang membentuk generasi yang bersifat kesederhanaan. Ini bermaksudumat Islam dilarang untuk melakukan sesuatu yang luar dareipadakemampuan mereka.

2) Sikap kesederhanan merupakan sunah nabi S.A.W dan para sahabat RA. Namunjangan pula ada kalangan umat Islam yang cuba mengeksploitasikan kesederhanaanBaginda itu sehingga menampakkan Islam itu agama yang kolot dan tidakbertamadun.

Page 55: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

3) Anggaplah Islam ini satu agama yang sederhana dan sempurna. Tidak terlalumenyusahkan dan tidak pula terlalu mudxah sehingga boleh diperkotak-katikkan olehgolongan yan gtidak bertanggung jawab.

4) Sesiapa sahaja yang beranggapan bahawa Islam adalah agama yang hanya perlumenumpukan kepada ibadah solat dan zikir di tikar sembahyang semata. Ada pula yang berpendapat, umat Islam harus miskin, fakir, selekeh, kotor, tidak bergaya, busuk dansebagainya, sesungguhnya pandangan seperti itu sangat tersasar jauh daripadakebenaran.”

5) Oleh sebab itu, Islam tidak pernah melarang umatnya daripada berkahwin, bermewah-mewahan dengan pakaian atau eksesori yang berjenama, bercantik-cantik dengan alatan-alatan tertentu, Kelihatan bergaya, kemas, kaya-raya, dan menikmati kenikmatan yang dianugerahkan Allah kepada manusia di muka bumi ini. Anggaplah kesemua nikmat duniayang wujud ini merupakan jambatan untuk menuju ke alam akhirat yang kekal abadi.

Sekiranya kita pandai mengagih-agihkan nikmat itu ke jalan yang betul, makaberuntunglah kita di Akhirat kelak. Jika sebaliknya yang berlaku, maka tunggulah azabAllah yang amat pedih dan menakutkan. Inilah yang dinamakan wasathiyyah dalamkehidupan.

Ust Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim / Ust Imam Muda Muhammad Syraf RidzuanPembentang kertas kerja – Wasathiyyah Dalam Gaya Hidup – Konvensyen Fiqh ummah 2012

Page 56: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

RESOLUSI

KONVENSYEN

FIQH UMMAH

2012

Page 57: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

Wasatiy yang dimaksudkan dalam konvensyen ini adalah sesuatu

metode kefahaman ilmu dan pengamalan beragama yang paling adil

dan terpilih bersandarkan Al-Quran dan Sunnah berdasarkan situasi

semasa tertentu

Manhaj atau metod wasatiy amat perlu didokong oleh umat bagi

memastikan kejituan dalam kefahaman ilmu Islam, mengurangkan

pergeseran di kalangan sebahagian ulama dan umat Islam, merapatkan

ukhwah serta membenihkan kasih sayang sesama Muslim.

AQIDAHWasatiy dalam aqidah adalah aqidah ahli sunnah wal jama'ah (merangkumi

salafiyah, asya'irah, maturidiah) yang bersumber dari nas Al-Quran dan hadis yang sahih sambil

menyedari bahawa kefahaman teks Al-Quran dan Hadis boleh membawa kepada pembahagian ilmu

aqidah kepada Usul dan Furu' (cabang).

Umat Islam diwajibkan bersatu di atas Usul Aqidah namun dibenarkan berbeza tafsiran di dalam hal

furu'. Dengan itu, konvensyen menekankan umat Islam agar mendalami ilmu Usul Aqidah dan

mengurangkan perdebatan dalam hal ehwal cabang aqidah.

Page 58: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

IBADAH

Wasatiyah dalam ibadah merupakan tanggungjawab dan tugas asas umat Islam

dalam kepelbagaian pensyariatan hukum-hakam dengan memurnikan wawasan

ukhrawi tanpa melupakan keperluan duniawi yang menjadi alat kebahagiaan di

akhirat.

Perlaksanaan ibadah meraikan keadaan dan kemampuan manusia dan perbezaan

situasi mereka serta meraikan aspek-aspek kemudahan dan keringanan dalam

pensyariatan.

Persoalan bida'ah dalam ibadah terdedah kepada pelbagai tafsiran, justeru perlu diperhalusi pengertiannya

dengan lebih teliti agar tidak dijadikan sebagai mediun kafir-mengkafir dan saling menyalahkan antara satu

sama lain.

Wasatiyah dalam ibadah

Zakat merangkumi ketelusan pentadbiran, mengelakkan penyalahgunaan, kaedah pengagihan yang lebih

efektif dan sebarang bentuk penyalahgunaan sumber demi kepentingan individu mahupun kumpulan

tertentu.

Meraikan pandangan dari pelbagai pihak dalam usaha penambahbaikan serta mengelakkan salah faham

dan kekeliruan isu zakat. Bersifat lebih terbuka dalam menangani permasalahan dan keperluan asnaf serta

memelihara maslahat muzakki

Page 59: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

DAKWAH

Wasatiy di dalam dakwah adalah yang dilakukan secara berhikmah sambil

meraikan kepelbagaian latar belakang mad'u, persekitaran dan kesesuaian

teknik dakwah, menjinak hati serta tidak menghukum.

Pun begitu, kandungan dakwah adalah sama iaitu membawa diri pendakwah

sendiri dan masyarakat (mad'u) untuk hampir kepada Allah dan RasulNya

dengan mentaati syariah Islam. Juga disedari, dakwah kepada Islam

memerlukan pendakwah dari pelbagai bangsa dan ia pula bukan bererti

membawa mad'u kepada identiti bangsa dan kumpulan tertentu.

KEWANGAN DAN EKONOMI

Wasatiy di dalam ekonomi dan kewangan adalah menerima sistem dan matawang yang sedia ada sambil

menegaskan usaha untuk memahamkan umat Islam berkenaan ilmu dan sistem muamalat Islam adalah

menjadi keutamaan.

Konvensyen juga menegaskan sokongan terhadap usaha memantapkan muamalat Islam sama ada melalui

sistem perbankan Islam terkini atau pengenalan sistem matawang Emas. Dengan menolak sebarang

pendekatan meremehkan kedua-dua usaha tadi. Namun usaha penambahbaikan mesti diteruskan demi

kemaslahatan umat Islam.

Page 60: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

TURATH

Wasatiy dalam khazanah dan karya ulama silam adalah mengiktiraf

kepentingannya dalam memahami nas syarak dan menjadi asas kepada

perkembangan intelektual umat Islam kini.

Juga ditegaskan ilmu alat bahasa Arab dan pemahaman terhadap terminologi

khas, konteks karya tersebut dihasilkan adalah sangat penting dalam

memahami maksud yang ingin disampaikan oleh penulis. Juga disedari

bahawa sebahagian kesimpulan yang terdapat di dalam khazanah silam -

berkemungkinan kurang menepati suasana, penemuan dan kajian semasa, justeru ia terbuka dan memerlukan

kepada proses pembaharuan melalui ijtihad ulama kontemperori.

TAZKIYAH AN-NAFS

Mengiktiraf kepentingan 'penyucian jiwa' bagi mencapai kemuliaan akhlak, ketinggian iman dan kejituan ibadah

yang merupakan tuntutan terbesar di dalam diri setiap individu muslim.

Juga, konvensyen menetapkan bahawa kaedah, jalan dan caranya mungkin berbeza di antara satu dengan

yang lain, namun yang terbaik adalah yang berpandukan kepada Al-Quran dan Sunnah.

Page 61: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

POLITIKKonvensyen menekankan peri pentingnya politik di dalam Islam dengan tidak

mengambil ruang ekstrem menjadikannya sebagai lapangan kafir-

mengkafir, menyesat dan menzalimi sesama umat Islam.

Juga menyeru umat Islam untuk berpegang kepada politik yang berpaksikan

prinsip, hujah, moral dengan berlandaskan ukhwah.

Persaingan sihat di dalam politik berdasarkan kerangka demokrasi dan

tatakelola yang baik adalah untuk kemaslahatan umat berteraskan maqasid

syariah tanpa menggadaikan nilai-nilai akhlak di dalam Islam.

PENGAJIAN AL-QURAN

Al-Quran adalah kitab Allah yang wajib difahami sebagaimana kehendak Allah, menurut kemampuan akal

manusia dengan bersandarkan sunnah Rasulullah, athar para sahabat dan tafsir para ulama muktabar.

Ilmu-ilmu yang merangkumi qira'at, tajwid, tafsir Al-Quran dan yang berkait dengan Al-Quran adalah satu

disiplin ilmu tersusun yang mempunyai tuntutan tersendiri. Kelayakan ilmu dalam bidang ini sangat diperlukanbagi mengelakkan berlakunya penyelewengan dalam memahami nas Al-Quran

Page 62: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

http://www.youtube.com/watch?v=BR-ZXVyGh34

Mufti Ismail Menk PWTC 18 Feb 2012 @k-fiqh convention

Ikutilah Syarahan Yang Disampaikan oleh beliau memaluijalur yang tertera di bawah;

http://www.youtube.com/watch?v=Q-9swiQqyk0&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=uhHitC8FlY4&feature=related

Bahagian Pertama:

Bahagian Kedua:

Bahagian Ketiga:

Page 63: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012
Page 64: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

Lawatan KeJabatan

Kemajuan Islam Malaysia

Page 65: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

Kunjungan Kami KeMasjid Besi

Page 66: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

Pintu masuk Masjid Besi

Tulisan Asmaul Husna Menghiasiruang gerbang Masjid Besi

Page 67: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

Pintu Masuk Masjid BesiDan Perkarangan Masjid

Page 68: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

Bahagian dalam Masjid Besi

Page 69: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

Tandas Masjid dan Tempat Wudu

Page 70: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

Gambaran Di Dalam Dewan Solat

Page 71: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

Kolam air menghiasi bahagiandalaman masjid

Page 72: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

PENGESAHAN

MASYAYIKH PERGAS

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Dengan bantuan dari Allah serta taufiq dan inayah-Nya, setelah jangka masasetahun dalam usaha penulisan, pemulihan dan penelitian, telah disempurnakanKertas Kerja bagi Konvensyen Ulama PERGAS 03 yang bertemakan“Kesederhanaan Dalam Islam”

Kami telah membaca, menyemak dan membuat pembetulan secara keseluruhanke atas kertas kerja ini dan mendapati bahawa ianya satu usaha yang baik dansesuai serta tepat dalam memberikan penjelasan mengenai isu-isu penting hariini.

Oleh yang demikian, kami mengesyorkan agar ianya dijadikan sebagai panduandan penerangan kepada masyarakat Singapura melalui suara PERGAS.

Kami berharap agar usaha kecil ini mendapat penerimaan dari Allah masyarakatumum.

Sekian.

(Almarhum) Ustaz Sonhadji Bin Mohamad & Ustaz Mohd Ibrahim Bin Mohammed KassimAhli Masjlis Masyayikh PERGAS & Pakar Rujuk Dalaman

Page 73: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

PENGAKUAN DARI PAKAR RUJUK LUAR

Perbincangan dalam kertas “Kesederhanaan Dalam Islam Dalam KonteksMasyarakat Islam Singapura” adalah jelas dan mencerahkan persoalan-persoalan yang ‘representatif’ dalam tajuk yang ditanggapi.

Ianya “well researched” (selidikan yang terperinci), “balanced” (seimbang), cermat, dan moderat dalam erti yang dikehendaki mengikutsuasana yang memerlukannya.

Menggunakan bahasa yang “non-emotional” (tidak emosi) atausentimental, bersifat “matter-of-fact” (hakikat mengikutfakta), objektif, intelektual, dalam nuansa menyeliesaikan persoalan.

Menggunakan sumber-sumber yang ‘mainstream’ , Sunni, juga maklumat-maklumat terkini, termasuk yang ada dalam internet.

Peka terhadap perkembangan Singapura, serantau, dan dunia antarabangsa.

Nampaknya mengikut kaedah “qaulan layyinan” dalam berwacana, yang memang sepatutnya.

Dengan itu saya bersetuju kertas ini diterima pakai dalam Konvensyen UlamaPERGAS 03, selepas bersyura dan bertawakkal kepada Allah Yang Maha Kuasadan Maha Mengaishani.

Mudah-mudahan selamat semuanya. Amin

Dr Mohammad Uthman El-MuhammadyZamil KehormatUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia

Page 74: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

MUKADDIMAHOLEH PRESIDEN PERGAS

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Assalamualaikum wr. Wb

Alhamdulillah! Segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan kita semua Imandan Islam, memberikan kita taufik dan hidayah serta memberi amanah yang jugamerupakan suatu penghormatan bagi setiap para ilmuwan, du’at dan pendidikanIslam. Tugas kita sebagai mewarisi perjuangan Rasulullah S.A.W di jalanAllah, sememangnya ditaburi dengan berbagai onak dan duri; yang harus kitasama-sama merasakan kepedihan dan kepahitan dalam memberikan kita contohtauladan pendidikan terulung, da’I yang agung, dan contoh pemimpin umat yang amat disanjung – junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W serta para sahabatbeliau yang telah pun melalui rintangan dan dugaan jauh lebih hebat dari apayang kita hadapi. Seperti mereka, kita juga wajib menyahut anjuran Allah:

“Hai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmudan tetaplah bersiap siaga dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”

(Surah Ali-Imran:200)

Seperti mana mereka (leluhur kita), para Salafus-Soleh , kita juga akan tetap yakinakan janji Allah kepada setiap yang berjuang di jalan Allah tentu akan mendapatpertolongan dariNya:

Page 75: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benarakan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar berserta orang-orang yang berbuat baik.”

(Al-Ankabut:69)

Cabaran bagi umat Islam yang paling berbahaya adalah serangan ideologi dankefahaman, yang cuba memutar belitkan maksud dan pengertian Islam; sehinggamengakibatkan timbulnya kekeliruan dan kebingungan pemahaman orang terhadap agama suci Islam. Ini dikeruhkan lagi apabila tidak muncul pembelaan. Kalau pun ada, ianya sekadar suara-suara kecil secara perseorangan; suara yang mungkin tidak disenangi oleh pihak-pihak tertentu akan keberadaannya, dan inidengan mudah diketepikan kerana ianya tidak dilihat datang dari kelompok Islam secara bersepadu, terutama dari golongan para ulama’ dan agamawan Islam. Iniberlaku sehinggakan pandangan mereka-mereka yang awam dan mungkin cetekpengetahuan mereka tentang Islam, sengaja dikedepankan, dan tentunya iniakan mengusutkan lagi kesalah fahaman tentang Islam. Ini belum lagi dikirakekecohan yang ingin diusahakan oleh mereka yang terkenal sebagai paraorientalis yang memusuhi Islam, dengan berbagai rencana dan di’ayah sejakberkurun-kurun lamanya mereka usahakan, sehinggakan ‘racun-racun’ daripenyebaran pandangan dan maklumat melalui buku-buku dan kajian-kajianmereka, masih leluasa menjadi santapan mereka yang menuntut ilmu.

Amat buruklah keadaan ummat Islam di sini, sekiranya kita relakan ummat Islam diajarkan tentang agama kita sendiri oleh orang-orang yang bukan dari orang Islam. Amat hinanya kita jika kita relakan maksud dan makna yang suci tentangIslam diobrak-abrik tanpa kita melakukan sesuatu untuk membelanya! Cara pembelaan yang amat diperlukan dari kita golongan pendidik bukanlahketajaman pedang; tetapi ketajaman minda, kejelasan pertuturan dan penulisan. Bekal yang paling ampuh untuk itu bagi kita dan umat Islam, adalah ilmu yang benar dan kefahaman yang mendalam tentangnya.

Page 76: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

Harapan masyarakat kepada golongan asatizah dan ulama Islam di Singapurakini akan irsyadat dan bimbingan untuk mereka dari kita, memerlukan golonganini menyusun barisan serta memperkukuh perpaduan di kalangan kita semua. Walaupun sesama para ilmuwan Islam mungkin ada perbezaan pandangantentang sesuatu, wadah untuk golongan ini untukbermusyawarah, bermunaqashah atau pun bermunadzarah sudah pun ada. Dan hendaklah kita laksanakan secara hikmah dan beradab, sesuai denganbudaya ‘ilmu para ulama’ Islam. Sesama para ilmuan Islam sememangnyaterdapat perbezaan faham dan pendapat. Menurut Islam, sifat orang yang berilmu menghendaki agar kita menunjukkan sikap tawaduk dan kesediaanuntuk ditegur dan ditunjuk ajar, terutama dari mereka dari kalangan kita yang benar keilmuannya. Demi menjaga ukhuwah, sikap berbaik sangka sertamemberi kesempatan kepada yang berbeza pandangan untuk memberipenjelasan mestilah diutamakan daripada sikap menuduh dan menghukum.

Sesama kita, tentunya ada perbezaan ‘ilmu dan pandangan. Ini lumrah. Menyatukan para ‘ulama dan Asatizah dalam wadah perbincangan bukanbererti ianya akan dapat menghilangkan segala perbezaan dan perselisihanpendapat di kalangan kita. Itu bukan tujuan terpenting. Yang perlu, kita para‘ulama dan Asatizah tunjukkan , adalah sikap berlapang dada dalamperbincangan ilmiah dan keilmuan; menunjukkan sikap hormat menghormatisesama kita dalam isu yang menyangkut ummah; dan mengutamakanpandangan jama-’ie dari pandangan sendiri (fardiy). Kita sama-samabertanggungjawab menentukan agar masyarakat umum tidak dikelirukan olehisu-isu khilafiah. Sememangnya kekuatan Islam adalah keupayaan membentukmasyarakat yang bersatu padu dengan juga mengekalkan keunikan atau ciri-ciriperbezaan dan kelainan yang ada pada diri penganutnya. Ini adalah keranapada dasar dan prinsip, umat Islam berpegang kepada pegangan yang sama. Ingatlah, Allah telah berfirman:

Page 77: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

“Wahai orang-orang yang beriman! Ta’atilah Allah dan ta’atilah Rasul (Nya), danulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentangsesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Quran) danRasul(Sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan harikemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.”

(An-Nisaa’:59)

Oleh kerana ini julung-julung kali PERGAS mengusahakan konvensyen, kami terlebih dahulu ingin memohon maaf sekiranya terdapat kelemahan-kelemahandalam kami menjalankan program ini. Semoga usaha ini dapat mengukuhkan lagibarisan para asatizah dan agamawan Islam serta membawa manfaat kepadamasyarakat dan negara. Namun, usaha kita semua ini sebenarnya, adalah demi untuk melaksankan amanah dan tuntutan Islam, untuk meninggikan kalimatAllah, agar kita mendapat keredhaan Allah.

Wassalam

Ustaz Mohamad Hasbi Bin HassanPreseden PERGAS

Page 78: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

Kesederhanaan dalam IslamDalam Konteks Masyarakat Islam Singapura

Islam – UMMATAN WASATAN

Page 79: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

KESEDERHANAAN & PERTENGAHAN DALAM ISLAMKesederhanaan dan moderat adalah salah satu dari ciri-ciri utama Islam. Hakikatini dapat dilihat dari satu hakikat bahawa Allah Taala menyifatkankesederhanaan dan pertengahan bagi umat Islam dalam firmanNya(bermaksud):

“Dan demikian (pula) Kami menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil danpilihan , agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia agar Rasul(Muhammad) S.A.W menjadi saksi atas (perbuatan) kamu.”

(Al-Baqarah:143)

Para ulama telah mentafsirkan perkataan Ummatan Wasatan dengan erti adil(Al-Adl) dan juga pilihan (Al-Khiyar). Kedua-dua tidak bercanggah keranagolongan yang terpilih ialah golongan yang adil. Pengertian ini juga tidakbercanggah dengan erti pertengahan, sederhana dan moderat sebagai lawandari pelampauan kerana yang dikatakan adil ialah apabila ia seimbang dandipertengahkan antara dua ekstrem.

Sifat kesederhanaan yang wujud dalam Islam diperkukuhakn oleh beberapa ciriberikut:

1. Islam sebagai agama yang mudah dan anjuran agar mempermudahkan dalam mengamalkan agama.

Allah berfirman (bermaksud):

“ Dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama satukesempitan.”

(Al-Haj:78)

Page 80: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

Hakikat ini disokong pula oleh hadith Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“Sesungguhnya agama ini mudah dan tidak ada sesiapa yang menyulitkanagama ini kecuali dia akan dikalahkan olehnya.”

(Riwayat Al-Bukhari)

Maksud ‘dikalahkan olehnya’ ialah: dia tidak akan mampu melakukan amalanyang dia sendiri memberat-beratkannya.

Aisyah R.A pernah berkata yang bermaksud:

“ Tidaklah Rasulullah S.A.W diberi dua pilihan kecuali dia akan memilih yang paling mudah antara keduanya selama mana dia tidak berdosa.”

(Riwayat Al-Bukhari)

Antara lambang kemudahan Islam dalam beragama ialah pensyariatan rukhsah(keringanan) apabila seseorang menghadapi kesulitan untuk menunaikanperintah yang asal.

2. Toleransi adalah satu difat yang tidak terpisah dari Islam.

Sifat ini dapat ditemukan pada dasar tiada paksaan dalam beragamasebagaiaman firman Allah Taala (bermaksud):

“ Adakah kau ingin memaksa manusia sehingga mereka menjadi orang-orang beriman.”

(Yunus:99)

Page 81: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

Islam juga menganjurkan sikap hormat kepada agama lain dan tidak mencampuriurusan keagamaan penganut agama lain. Ini dapat difahami dari firman Allah Taala yang bermaksud:

“Katakanlah wahai orang-orang kafir. Aku tidak akan menymbah apa yang kamusembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidakpernah menjadi menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak pernah

(pula) menjadi penyembah yang aku sembah. Untukmu agamamu, dan untukkuagamaku.”

(Al-Kafiruun:1-6)

Sebahagian dari sifat hormat ini ditunjukkan dalam bentuk larangan dari menceladan menghina agama lain. Perkara ini disebut dalam firman Allah Taala yang bermaksud:

“ Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selainAllah, kerana nanti (mereka) akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa

pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baikpekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah, tempat kembali mereka

lalu Dia memberitahukan mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.”

(Al-An’am:108)

Satu bentuk toleransi juga ialah anjuran agar membalas kejahatan dengansesuatu yang lebih baik. Allah Taala berfirman yang bermaksud:

“Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengancara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang di antaramu dan antara dia ada

permusuhan, seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia.”

(Fussilat:34)

Page 82: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

Selain itu, Islam menganjurkan sifat pemaaf di kalangan umatnya kepada orang lain. Bukti mengenainya ialah anjuran agar keluarga mangsa pembunuhanmemaafkan si pembunuh yang bersalah dari dihukum bunuh dan begitu jugaorang yang bersalah melakukan kecederaan atas diri (qisas). Allah Taala berfirmanyang bermaksud:

“Dan barangsiapa mendapat satu kemaafan dari saudaranya, hendaklah (yang memaafkan) mengikut dengan cara yang baik, dan hendaklah (yang dimaafkan) membayar (diyah) kepada yang memberi maaf dengan cara yang baik (pula).”

(Al-Baqarah: 178)

Hatta diyat pun dianjurkan bagi keluarga mangsa pembunuhan agar dihalalkansahaja. Allah Taala berfirman yang bermaksud:

“Dan barangsiapa membunuh seorang mukmin kerana tersalah (hendaklah) iamemerdekakan seorang hamba yang beriman serta membayar diyah yang diserahkan kepada keluarganya (mangsa pembunuhan) kecuali jika mereka

(keluarga mangsa pembunuhan bersedekah.”(An-Nisa’:92)

Pembunuhan adalah satu dosa besar. Namun Islam menganjurkan sikap pemaafkepada mereka yang telah melakukannya.

Dalam urusan rumahtangga, Allah Taala berfirman yang bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya di antara isteri-isteri dan anak-anak kamu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamuterhadap mereka , dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta

mengampuni (mereka), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi MahaPenyayang.”

(At-Taghabun: 14)

Page 83: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

Ayat ini diturunkan seorang sahabat yang dipujuk rayu oleh isteri dan anak-anaknya agar tidak menyertai pasukan tentera Rasulullah S.A.W untuk melawanmusuh. Jihad adalah satu kewajiban yang besar dan menghalang orang dariberjihad adalah satu kesalahan besar juga. Namun, Islam tetap menganjurkansifat pemaaf dalam kesalahan yang besar ini.

Satu bentuk toleransi juga ialah anjuran agar membalas kejahatan dengansesuatu yang lebih baik. Allah Taala berfirman yang bermaksud:

“ Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengancara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang di antaramu dan antara dia ada

permusuhan, seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia.”

(Fussilat:34)

Dalam surah yang lain pula Allah berfirman (bermaksud):

“Tolaklah satu kejahatan dengan sesuatu yang lebih baik. Kami lebih mengetahuiapa yang mereka sifatkan.”

(Al-Mukminun:96)

3. Islam menganjurkan sifat lembut, kehalusan budi dan mencela sifat kasar.

Sebagaimana Islam adalah agama yang mudah, ia juga adalah agama yang lembutdan halus. Di antara petunjuk besar terhadap kelembutan dan kehalusan Islam ialah dalam bidang dakwah, penyebaran agama, muamalah dengan orang yang bermaksiat dan melanggar aturan.

Page 84: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya tidaklah sifat lembut itu ada pada sesuatu kecuali dia akanmenyeimbangkannya dan jika dicabut dari sesuatu, dia akan memburukkannya.”

(Riwayat Muslim)

Islam menganjurkan kelembutan dalam berdakwah. Sesungguhnya asas dakwahialah kata-kata yang lembut dan halus. Walaupun jika yang didakwah itu seorangyang paling ingkar. Contoh dalam hal ini ialah perintah Allah Taala kepada NabiMusa dan Harun A.S ketika keduanya diutus kepada Firaun. Firman Allah Taala:

“ Maka katakanlah (Musa & Harun) kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lembut. Moga-moga ia akan beringat atau takut.”

(Taha:44)

Begitu jugalah perintah Allah Taala kepada nabi Muhammad S.A.W dan sekelianpendakwah sesudahnya:

“Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan contoh yang baik danberdebatlah dengan mereka menggunakan cara yang terbaik. SesungguhnyaTuhanmu lebih tahu siapa yang sesat dari jalan-Nya dan dia lebih mengetahui

akan golongan yang mendapat petunjuk.”(An-Nahl:125)

Dalam ayat ini, Allah Taala mengajar agar dakwah dilakukan dengan salah satudari tiga cara:

a) Hikmahb) Contoh yang baikc) Debat dengan cara yang terbaik

Page 85: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

Dalam ayat ini juga, Allah Taala menggunakan kata sifat baik dan terbaik sebagaimengukuhkan lagi sifat lembut dan halus dalam Islam yang bertentangan dengansifat kasar dan ganas.

Allah Taala juga telah menganjurkan agar kita berdialog dengan Ahli Kitab dengancara yang baik. FirmanNya (bermaksud):

“Dan janganlah kamu berdebat dengan Ahli Kitab kecuali dengan cara yang terbaik kecuali golongan yang zalim di antara mereka.”

(Al-Ankabut:46)

Walaupun di dalam Islam terdapat syariat jihad dalam menyebarkanagama, mempertahankan agama-agama, tempat-tempat suci, harga diri danharta tetapi ia tidak bertentangan dengan sifat lembut Islam dalam berdakwah. Hal ini kerana jihad hanya dilakukan setelah jalan lembut dan baik sudah tiadalagi berguna.

Hakikat ini diperkuatkan dengan perjalanan dakwah Rasulullah S.A.W Selama 13 tahun beliau diperintah agar bersabar dengan dakwah secara lembut. Hanyasetelah penentang agama Islam terus mengganggu perjalanan dakwahnya, walaupun beliau telah meninggalkan Mekah, barulah Baginda menggunakan Jihad bagimemastikan kebebasan dakwah terus wujud.

4. Islam sentiasa mengutamakan keamanan dan perdamaian dari keganasan.

Penderian Islam terhadap pro-keamanan dan perdamaian dapat dilihat dariperkara-perkara berikut:

a. Islam itu dari segi namanya membawa erti kesejahteraan dan aman. Kekerasan pula tidak sejajar dengan nama tersebut.

Page 86: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

b. Rasulullah S.A.W diutus untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.

Allah Taala berfirman (bermaksud):

“Dan tidak Kami mengutuskan kau (Muhammad) kecuali sebagai rahmat bagisekalian alam.”

(Al-Anbiya’:107)

Kekerasan tidak sejajar dengan pengertian yang wujud dalam perkataan rahmat

c. Allah Taala memerintahkan Rasulullah S.A.W untuk mengutamakanperdamaian dalam firmanNya;

“ Dan jika mereka cenderung kepada perdamaian, maka cenderunglahkepadanya dan bertawakkal kepada Allah Taala.”

(Al-Anfaal:61)

d. Kekerasan tidak sesuai dengan fitrah manusia.

Allah Taala melarang sifat sedemikian dari Rasulullah S.A.W dalam frimannya:

“ Jika engkau kasar dan keras hati, nescaya mereka akan lari dari kau, makamaafkanlah mereka dan pohonkan keampunan untuk mereka dan

bermesyuaratlah dengan mereka.”

(Al-Imran:159)

Page 87: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

e. Rasulullah S.A.W sentiasa diajar untuk membalas kejahatan dengan kebaikkan. Kekerasan pula berlawanan dengan anjuran ini.

f. Kekerasan banyak menimbulkan kesulitan, kepayahan dan hanya akanmenyusahkan diri sendiri.

g. Rasulullah S.A.W sendiri menegakkan Madinah melalui proses dakwah yang aman.

h. Islam akan lebih mudah tersebar dalam suasana yang aman. Ini terbuktiapabila jumlah manusia yang masuk Islam setelah Perjanjian Hudaibiyah lebihdari sebelumnya (19 tahun setelah perutusan Rasulullah S.A.W)

i. Sejarah juga membuktikan bahawa Islam tetap berpotensi untuk disebar secaraaman seperti yang berlaku di kepulauan Melayu dan Cina.

Oleh itu, selama mana ada jalan dan cara yang aman untuk melakukan dakwah, kita harus mengutamakannya dari apa jua bentuk kekerasan, apatah lagikeganasan.

Page 88: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

Contoh-contoh Kesederhanaan Dalam Islam

1. Islam berada di pertengahan di antara golongan yang menolak dunia danmenganjurkan kependitaan dengan golongan kapitalis yang terlalumembesarkan keuntungan kebendaan dan kesenangan material.

Hakikat ini ditunjukkan dalam firman Allah Taala (bermaksud):

“ Dan carilah apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri Akhirat dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan)

dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuatbaik kepadamu dan janganlah kamu berbuat kerosakkan di (muka) bumi.

Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan.”(Al-Qasas:20)

2. Islam berada di pertengahan di antara golongan yang melarang perkahwinankerana untuk mencapai kesucian jiwa dengan adat kebiasaan yang membenarkan gundek dan isteri yang tidak terbatas dengan membataskanpoligami hanya kepada empat dengan syarat mampu untuk berlaku adil.

Allah Taala berfirman yang bermaksud:

“ Kahwinlah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi, dua atau tiga atauempat, kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka

(kahwinilah) seorang sahaja.” (An-Nisa’:4)

3. Islam berada di pertengahan di antara golongan yang suka menyendiri danmenjauhi masyarakat kerana ingin mengelak dari kejahatannya dengangolongan yang bergaul dalam masyarakat tanpa batas dan menganjurkankebebasan bagi semua.

Page 89: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

Islam berada dipertengahan dengan menggalakkan umatnya bercampur denganmasyarakat tetapi menjaga adab-adab tertentu.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

“Seorang muslim yang bercampur dengan manusia dan bersabar atas kejahatanmereka lebih baik dari seorang muslim yang tidak bercampur dengan manusia

dan tidak sabar atas kejahatan mereka.”

(Riwayat At-Tirmizhi)

Page 90: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

PENGERTIAN PELAMPAUAN MENGIKUT AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

Islam Melarang Pelampauan

Intipati ajaran Islam mengajar kepada kesederhanaan dan jauh dari pelampauan. Ini dapat dilihat dari dalil-dalil berikut:

1. Allah Taala memerintahkan umat Islam agar sentiasa memohon agar ditunjukkan jalan yang lurus.

Allah Taala berfirman:

“Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, jalan orang-orang yang kau beri nikmat keatas mereka, bukan jalan orang-orang yang dimurkai ke atas mereka dan bukan

jalan orang-orang yang sesat.”

(Al-Fatihah:6-7)

Ayat ini berkehendak agar umat Islam menjauhi dua kelompok dari dua ekstremyang berbeza. Iaitu kelompok ekstrem yang mencuaikan perintah agama dankelompok ekstrem yang melampau dalam menunaikan perintah agama. Ayat inidibaca oleh umat Islam dalam setiap rakaat solat dan ini menunjukkan betapaIslam sentiasa mengingatkan umatnya agar jauh dari pelampauan.

2. Islam melarang umatnya dari melampau.

Allah Taala berfirman (bermaksud):

“Dan itu adalah batas-batas Allah, maka janganlah kamu melampauinya danbarangsiapa yang melampau batas-batas Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.” ( Al-Baqarah:229)

Page 91: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

Ayat ini secara jelas melarang umat Islam dari melampau. Ayat ini juga memberigambaran erti pelampauan dalam Islam iaitu melanggar ajaran Islam.

3. Perintah agar umat Islam beristiqamah.

Allah Taala berfirman (bermaksud):

“ Dan beristiqamahlah sebagaimana yang diperintahkan kepada kau dan (juga) orang yang bertaubat bersama kamu dan janganlah kamu melampaui batas.

Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.”

(Hud:112)

Ayat ini memerintahkan umat Islam agar beristiqamah. Istiqamah pula diertikandengan larangan agar tidak melampau. Syed Qutb dalam tafsir Fi Zilal Al-Quran telah mentafsirkan perkataan istiqamah dengan erti i’tidal (sederhana) danmengikut manhaj tanpa penyelewengan.

4. Islam menerangkan akibat buruk sifat melampau.

Allah Taala berfirman:

“Dan itu adalah batas-batas Allah, maka janganlah kamu melampauinya danbarangsiapa yang melampaui batas-batas Allah, maka mereka itu adalah orang-

orang yang zalim.”

(Al-Baqarah: 229)

Ayat ini menunjukkan bahawa pelampauan menyebabkan kezaliman.

Page 92: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

Ciri-ciri Malampau Dalam Islam

Antara ciri-ciri melampau yang boleh dipetik dari Al-Quran dan Sunnah ialah:

1. Mengambil ringan dan mencuaikan perintah agama atau menyulitkan danmemberatkan urusan agama.

Allah Taala berfirman (bermaksud):

““Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, jalan orang-orang yang kau beri nikmat keatas mereka, bukan jalan orang-orang yang dimurkai ke atas mereka dan bukan

jalan orang-orang yang sesat.”

(Al-Fatihah:6-7)

Ulama tafsir telah menerangkan bahawa yang dimaksudkan dengan golonganmereka yang dimurkai ialah kelompok Ahli Kitab yang meringan dan mencuaikanperintah agama dan yang sesat ialah kelompok Ahli Kitab yang menyulit danmemberatkan perintah agama.

2. Kelompok Al-Mutanattiun

Kelompok ini disebut dalam hadith Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“Musnahlah mereka Al-Mutanattiun.”(Riwayat Muslim, Abu Daud dan Ahmad)

Imam An-Nawawi mengertikan Al-Mutanattiun sebagai mereka yang sukamendalami dalam sesuatu perkara, yang berlebih-lebih dan melampau batasdalam kata-kata dan perbuatan.

Page 93: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

3. Mereka yang suka memberat-berat ke atas diri.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya agama ini mudah dan tidak ada sesiapa yang menyulitkanagama ini kecuali dia akan dikalahkan olehnya.”

(Riwayat Al-Bukhari)

Rasulullah S.A.W menggandingkan sifat sederhana dengan laranganmemberatkan dalam urusan agama. Ini memberi pengajaran bahawa antara cirimereka yang melampau (tidak sederhana) ialah suka memberatkan urusanagama.

---------------

Jenis-jenis Pelampauan

Pelampauan boleh dibahagi kepada dua jenis:

a. Pelampauan dalam persoalan pokok dan aqidahb. Pelampauan dalam persoalan juz’ii dan amali

Pelampauan pokok ialah yang berkaitan dengan kuliiyat syariat dan persoalankepercayaan. Contoh pelampauan dalam aspek ini ialah menyandarkan sifatmaksum kepada makhluk selain para anbiya’, mengkafirkan orang Islam keranamelakukan dosa dan memerangi orang Islam.

Page 94: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

Pelampauan juz’ii ialah pelampauan dalam persoalan cabang syariat dalamaspek amalan ibadah. Contoh pelampauan seperti ini ialah tidak mahubernikah, bersolat sepanjang malam tanpa tidur dan bersedekah sehinggamengabaikan nafkah keluarga.

---------------

Erti Pelampauan Di Sisi Syara’

1. Pelampauan ialah apabila seseorang itu mentafsirkan nas dengan tafsiranyang ketat dan memberatkan yang bercanggah dengan sifat syara’ yang mudah dan tujuan-tujuan syariat, samada ke atas diri sendiri atau orang lain.

2. Pelampauan ialah apabila seseorang suka mendalami makna dan maksudwahyu yang tidak dituntut ke atas seorang mukallaf.

Kedua yang di atas termasuk dalam kelompok Al-Mutanattiun yang disebutdalam hadith.

3. Mewajibkan atas diri atau orang lain apa yang tidak diwajibkan oleh syaradengan tujuan beribadah, walau pun dalam melakukan satu amalan yang dianjurkan oleh Islam.

Contoh seperti ini dapat dilihat dalam hadith tiga orang lelaki. Seorang mahuberpuasa dan tidak mahu berbuka, seorang pula mahu berqiyam dan tidak mahutidur dan seorang pula mahu menjauhi perempuan dan tidak mahu bernikah. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

“Aku adalah yang paling takut kepada Allah Taala dan paling bertakwa di antarakamu tetapi aku puasa dan berbuka dan aku solat dan tidur dan aku berkahwin.

Sesiapa yang tidak suka dengan sunnahku, maka dia bukan dari kalanganku.”(Riwayat Al-Bukhari)

Page 95: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

4. Mengharamkan perkara-perkara baik yang dihalalkan oleh Allah Taala atas niatberibadat sama seperti hadith di atas.

5. Meninggalkan perkara-perkara yang dharuri seperti makan,minum dan tidur.

6. Pelampauan bukan hanya dalam aspek melakukan sesuatu tetapi juga denganmeninggalkan sesuatu.

Walau bagaimanapun, yang berikut ini tidak dianggap pelampauan dalam agama:

1. Melakukan sesuatu untuk mencari kesempurnaan. Pelampauan hanyaberlaku jika ia menyebabkan kesulitan dan berat ke atas diri.

2. Berpegang dengan pandangan fiqh yang keras, jika ia dihasilkan oleh ulamayang mujtahid atau mengikut seorang alim dalam agama. Sebagai contohberpegang dengan hukum haram terhadap alat-alat muzik yang bertali dantiupan. Jika pelampauan wujud dalam hal ini, biasanya ia bukan disebabkanoleh pandangan berkenaan tetapi terhadap sikap mereka yang berpandangan berlainan seperti jika seseorang itu mencerca mereka yang berpegang pada pandangan fiqh yang berlawanan. Maka dalam hal ini, pelampauan berlaku pada cercaan bukan disebabkan berpegang denganpandangan fiqh yang keras.

---------------------

Erti Pelampauan Di Sisi Ulama

Bagi menyempurnakan perbahasan mengenai erti pelampauan, dibawakan di sinipandangan ulama mengenai erti pelampauan.

Ibni Taimiyah menulis:

Page 96: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

“Pelampauan (Ghuluw) ialah melebihi batas seperti jika ditambah ke atassesuatu, dalam memuji mencela seseorang yang layak atau seumpanya.”

Ibn Hajar mengertikannya pula dengan:

“Melebih-lebih dalam sesuatu yang bertegas / keras dalamnya sehinggamelampau had.”

Erti yang sama juga diberikan oleh Imam Asy-Syatibi.

Begitulah beberapa penjelasan yang kesemuanya saya petik daripada buku“Kesederhanaan dalam Islam Dalam Konteks Masyarakat Islam Singapura.” yang diterbitkan oleh PERGAS. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, silalahdapatkan buku seperti mana gambar yang tertera disebelah kiri slide ini.

Wallahu A’lam

Page 97: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

SharhAl-Aqeedat-il-Wasitiyah

Fundamental Belief of Islam & Rejection of False ConceptsWritten by:

Sheikh ul-Islam Ibn Taimiyah

Commentary by:Dr . Muhammad Khalil Harras

Page 98: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

SHEIKH-UL-ISLAM IMAM IBN TAIMIYAH -BIOGRAPHY

Imam Ibn Taimiyah’s full name is Taqi’ud-Din Ahmad bin “Abdul Halim. He was born in Harran on 22 January, 1263 (10 Rabi’Al-Awwal, 661 H). His family had a long been renowned for its learning. His father ‘Abdul Halim’, uncle Fakhr ud-Din and grandfather Majd ud-Din were great scholars of Hanbalite school of jurisprudence and authors of many books. His family members were forced to leave their native place in 1269 before the approach of the Mongols and to take refuge in Damascus. At that time, Ibn Taimiyah was seven years old. His father ‘Abdul Halim’ was appointed as Professor and Head of the Sukkariyah Madrasah. Endowed with a penetrating intellect and a wonderful memory, Ibn Taimiyah studied, at an early stage, all the disciplines of jurisprudence, Ahadith of the Prophet S.A.W , commentaries of the Qur’an, mathematics and philosophy, and in each he was far ahead of his contemporaries. Among his teachers, was Shams ud-Din Al-Maqdisi, first Hanbali Chief Justice of Syria following the reform of the judiciary by Baibars. The number of Ibn Taimiyah’s teachers exceed two hundred. Ibn Taimiyah was barely seventeen, when Qadi Al-Maqdisi authorised him to issue Fatwa (legal verdict). Qadi remembered with pride that it was he who had first permitted an intelligent and learned man like Ibn Taimiyah to give Fatwa. At the same age, he started delivering lectures. When he was thirty, he was offered the office of Chief Justice, but refused, as he could not persuade himself to follow the limitations imposed by the authorities.

Imam Ibn Taimiyah’s education was essentially that of a Hanbali theologian and jurisconsult. But to his knowledge of early and classic Hanbalism, he added not only that of the other schools of jurisprudence but also that of heresiographical literature, in particular of philosophy and Sufism. He had extensive knowledge of Quran, Sunnah, Greek philosophy, Islamic history, and religious books of others, as is evident from the variety of the books he wrote. Though he preferred the Hanbali school of jurisprudence, EVEN OTHERS. Ina number of matters, he himself held opnions different from those of the four schools. In fact, he was an original thinker (Mujtahid) who merely drew upon the wisdom of the four established schools.

Page 99: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

A brief biography of Dr.Muhammad Khalil Harras

Dr. Muhammad Khalil Harras was a great Salafi Aalim and research scholar. He was born in 1916 at Tanta in the western region of the Arab Republic of Egypt. He was educated in Al-Azhar University and received the doctorate degree in Islamic subject from it.

On completion of his studies, he was appointed as a professor in the Fazulty of Islamic Fundamentals of Al-Azhar University.

Then he was selected by the Government of Saudi Arabia to serve in Imam Muhammad bin Saud Islamic University at Riyadh for some years. He was again selected as the Head of the Department of Islamic Creed of Ummul-QuraUniversity in Makkah al-Mukarramah.

He then returned back to Egypt and was appointed as First Deputy Chief of “Ansar As Sunnah Organization” and then Chief of that Salafi Organization.

In 1973, he along with Dr . Abdul Fattah Salaamah founded “Islamic D’awahCommittee” in the western region of Egypt and was appointed its first President.

He breathed his last in 1975 at the age of about 60 years.

He was a firm Salafi scholar, much strong in expressing the truth, argumentation and exposition. He dedicated all his in preaching and propagating the true Islamic faith and creed.

His works and compilations are too many, out of which some best ones are as follow:

1. Research and editing on the book Al-Mughni for Ibn Qudama

Page 100: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

2. Research and compilation of the book At-Tauhid for Ibn Khuzaimah.3. Al-Amwal for Abi Ubaid Al-Qasim bin Salam4. Al-Khasaais Al-Kubra for As-Syooti5. As –Seerah An-Nabawiyah for Ibn Hisham.6. Sharh Al-Qaseedah An-Nooniyah (2Vols).7. Ibn Taimiyah and his critisize on philisophers.8. Sharh Al-Aqeedat-il-Wasitiyah, etc.

Page 101: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

“In such Ahadith in which the Prophet S.A.W gives information about Allah the Mighty and Glorious, the men of the Saved Sect, Ahlus Sunnah wal Jama’ah, have faith in the same manner as they have faith on the information given about them by Allah in His Book without distortion and negation and without adding quality and resemblance. In fact, among all the sects of the Ummah, this sect alone is moderate just as the community of the Muslims is a moderate one among all the communities.

The followers of the Ahlus Sunnah wal Jama’ah occupy a moderate position between the Ahlut Ta’teel (Jahmiyah) and Ahlut- Tamtheel (Mushabbiha), and are moderate between the Jabariyah sect and the Qadariyah sect regarding the Acts of Allah, and are moderate about the Promises of Allah between the Murji’ah and the Wa’eediyah sects among Qadariyah, and are moderate on matters of the Faith and names of the religion between Harooriyah and Mu’tazilah, and between Murji’ah and Jahmiyah, and are moderate regarding the Companions of the Prophet S.A.W between the Raafidah and the Khawarij.”

Page 102: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

Al-Jahmiyah: This sect of people came out in the last era of Umawi empire. It belongs to

“Jahm bin Safwan”. They deny the Names and Attributes of Allah, similar to the extremists of Murji’ah and Jabariyah.

Al-Mashabbiha: They are also called Al-Mujassimah They are opponent of Al-Jahmiyah

in affirmation of Names and Attributes of Allah. They believe that Allah possesses Hand similar to the hand of creatures, Hearing as hearing of creatures, Sight as sight of creatures etc. Exalted is Allah from that the wrong-doers say about Him. He is High and Great.

Al-Jabariyah: They are Al-Jahmiyah and all those people who follow them. Their belief is

that slaves have no will and power to do good deeds and avoid bad. They are enforced to do all. Therefore, they are opponent of Al-Qadariyah.

Al-Qadariyah: They are Al-Mu’tazilah and all those who agreed with them. Their belief is

that Allah the Exalted has enjoined the slaves to do good and forbided them from evil. He doesn't know His obedient slaves from among disobedients but only after committing the good or bad deeds. They are opponent of Al’Jabariyah.

Al-Murji’aj: They believe that Iman (Faith) is the name of testimony of heart and

confession through tongue only. Actions through limbs are not the part of Faith. One group of them called Karramiyah says that Iman is only the confession of tongue. The extremists of them say: “It is only the testimony of heart, and Shahadatain is not to be proclaimed. They say that committing sins does not harm Iman, and likewise good acts do not benefit in state of Kufr (disbelief).

Al-Wa’eedah: They are same as Qadariyah in the implementation of Wa’eed. They believe

that if a person committing the major sin, dies without repentence, he will be in Hell-Fire forever. The reason is that Allah has promised the sinners to Hell and Dooms and He never breaks His Promise.

Page 103: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

Al-Harooriyah : They are Al-Khawarij who rebelled against Ali R.A when he aceepted

arbitration with Mu’awiyah R.A These people gathered in a place named “Haroora” which is located at two miles from Kufa and named Harooriyah in this respect.

Ar-Raafidah: They are the extremist sect of Shiite (Shi’a) who gave up Zaid bin Ali bin

Husain when he showed love to Abu Bakr and Umar Radiyallahu Anhuma. They disregarded him in Kufa and adopted the same attributes as they have done with his grandfather i.eHusain.

The author says, that Ahlus Sunnah wal Jama’ah are the moderate community between the deviationist and the misguided of this nation just as the Muslim nation is a moderate nation between the nations of the past, Allah says (which means):

“ Thus We have made you [true Muslims – real believers of Islamic Monotheism,

true followers of Prophet Muhammad S.A.W and his Sunnah (legal ways)], a just(and the best) nation, that you be witness over mankind and the Messenger (Muhammad S.A.W) be a witness over you.”

‘Just’ means – moderate and better, as has already occurred in the Hadith.

Inthis way this nation is moderate among all those nations which fell into fatal extremism of deviation from the Straight Path or got strayed due to short sightedness. They are many nations which committed exaggeration about the Messiah and the monks. There are some in these communities who acted unjustly with the Prophets and Messengers and went to the extend of murdering them and rejected their mission such as the Jews who killed Prophet Zacharia and Yahya (John) and tried to crucify Jesus and levelled false charges againts him. But this Muslim nation has faith in all those Messengers who were sent by Allah; it believes in their teachings and recognises their lofty status with which they were bestowed.

Page 104: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

There are some such communities also who refused to act according to the prohibited or permissible things and some committed extremism and made even the permitted and sacres things as forbidden, but for this Muslim nation, Allah held the scared things permissible and filthy and profane things as forbidden. These things apart, these are a number of issues through which Allah obliged this perfect nation and made it a better nation.

Likewise the Ahlus Sunnah wal Jama’ah are on the Right Path and a moderate people among the heretical innovators and from those who strayed from the Straight Path.

-----

Wallahu A’lam

Page 105: Laporan konvensyen fiqh ummah 2012

Alhamdulillah

SekianTerima Kasih